sistem undang-undang
Post on 13-Apr-2016
51 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
1.0 PENGENALAN
1.1 Sistem undang-undang di Malaysia
Undang-undang di Malaysia merupakan undang-undang yang berteraskan sistem
perundangan common low. Undang-undang Malaysia terbahagi kepada dua jenis
undang-undang iaitu undang-undang bertulis dan adat kebiasaan. Perlembagaan
Malaysia juga dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan merupakan dokumen bertulis
yang merupakan undang-undang tertinggi Malaysia. Perlembagaan ini mengandungi 183
perkara dan dibahagikan kepada 15 bahagian.
Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi Malaysia yang
menggariskan rangka perundangan serta hak-hak warganegara Malaysia. Perlembagaan
Persekutuan telah dibentuk berasaskan dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Parlimen
Malaysia menggubal undang-undang persekutuan berkaitan dengan keseluruhan Negara
manakala undang-undang negeri pula digubal oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) yang
berkaitan dengan sesebuah negeri. Di samping itu, sistem kehakiman yang berganda iaitu
undang-undang sekular (jenayah dan sivil) serta undang-undang syariah juga dibenarkan
oleh perlembagaan Malaysia.
Adat kebiasaan merupakan undang-undang yang tidak terkandung di dalam mana-
mana statut tetapi boleh diperolehi dalam keputusan kes. Antara sumber lain bagi adat
kebiasaan adalah undang-undang adat. Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk
yang terdiri daripada pelbagai bangsa, kelompok dan etnik. Setiap kelompok atau etnik di
Malaysia mempunyai undang-undang adat tersendiri yang diikuti dan diamalkan. Namun
1
begitu tidak semua undang-undang adat masih berkuatkuasa kerana ada diantaranya telah
dimansuhkan oleh perudangan Parlimen.
Masyarakat Melayu di semenanjung mengamalkan dan patuh kepada adat yang
berkaitan tempoh pegangan tanah dan perwarisan. Dua bentuk adat utama yang
diamalkan oleh masyarakat Melayu di semenanjung ialah adat Perpatih dan adat
Temenggong. Adat Perpatih merupakan adat yang bersifat nasab ibu manakala adat
Temenggong pula mengikut nasab bapa. Walaupun adat Perpatih dan adat Temenggong
mempunyai perbezaan yang sangat jelas namun, kedua-dua hukum adat ini mempunyai
maksud yang sama iaitu untuk melindungi anggota masyarakat, hidup dengan mematuhi
kepada peraturan berdisiplin, hormat-menghormati sesama insan, serta mematuhi adat
istiadat. Kedua-dua jenis adat ini merupakan adat yang diamalkan pada sekitar abad 17
Masehi di Tanah Melayu dan adat ini khususnya adat Perpatih masih diamalkan di Negeri
Sembilan dan Naning di Melaka.
Di Malaysia Timur juga terdapat undang-undang adat yang masih dilaksanakan.
Undang-undang ini dikuatkuasakan oleh Mahkamah Asli dan digunakan terutamanya di
kawasan luar bandar. Di samping itu, terdapat juga undang-undang adat yang lain seperti
undang-undang adat Cina dan Hindu yang menekankan tentang hal undang-undang
kekeluargaan. Namun begitu undang-undang ini tidak lagi dikuatkuasakan berikut satu
Enakmen pada tahun 1976.
2
2.0 SEJARAH ASAL USUL ADAT PERPATIH
Pepatah ‘biar mati anak, jangan mati adat’ cukup sinonim dengan budaya masyarakat
yang mengamalkan Adat Perpatih di Negeri Sembilan. Menurut sejarah, Adat Perpatih
berasal dari Pagar Ruyung, Minangkabau, Sumatera Barat Indonesia. Adat ini dinamakan
Adat Perpatih bersempena orang yang menyusun serta membuat peraturan adat tersebut.
Adat Perpatih di bawa ke Negeri Sembilan oleh orang-orang Minangkabau yang
merantau ke Tanah Melayu untuk menjadi peneroka dan petani sejak ratusan tahun lalu.
Namun, tiada tarikh yang tepat dicatatkan mengenai bila adat ini mula diwujudkan.
Adat Perpatih mula diasaskan oleh Datuk Perpatih yang berasal dari Negeri
Padang Luas, Pagar Ruyung, Minangkabau. Adat ini tercipta hasil dari persengketaan
Datok Perpatih dan abangnya, Datok Temenggung. Datok Temenggung merupakan
abang kepada Datuk Perpatih, tetapi dari bapa yang berbeza. Walaupun mereka
merupakan adik-beradik, tetapi mereka mempunyai perbezaan pendapat dalam cara
pemerintahan. Bagi menggelakkan terjadinya pergaduhan yang besar, negeri Padang
Luas terpaksa dibahagi kepada dua pemerintahan. Datok Temenggung memerintah di
bahagian pesisir pantai manakala Datok Perpatih berkuasa di bahagian daratan. Dengan
ini, kawasan pemerintahan Datok Temenggung memakai adat yang disusun oleh Datok
Temenggong iaitu adat Temenggong manakala kawasan Datok Perpatih menggunapakai
adat yang disusun oleh Datok Perpatih iaitu adat Perpatih.
Namun begitu, persengketaan antara Datok Temenggong dan Datuk Perpatih
tidak terhenti di situ sahaja. Perbalahan ini kian marak apabila anjing Datuk Perpatih
menggigit kaki Datuk Termenggong. Sebagai akibat, anjing tersebut dibunuh sehingga
3
mati. Hal ini telah menimbulkan kemarahan Datok Perpatih dan menyebabkan beliau
berjumpa Datuk Temenggong. Berlakulah cabar mencabar antara kedua-dua beradik ini,
dan bagi mengelakkan sengketa ini berpanjangan, maka kedua-duanya bersetuju
meninggalkan negeri Padang Luas untuk membuka negeri baru.
Masyarakat Minangkabau di Pagar Ruyung telah berhijrah ke Tanah
Semenanjung atau Tanah Melayu pada akhir kurun ke 13 lagi, mereka telah mendirikan
penempatan dibeberapa buah daerah di kawasan jajahan.
Sejarah kedatangan adat Perpatih ke negeri Sembilan adalah berkait rapat dengan
kedatangan peneroka-peneroka orang Minangkabau kerana penyerapan adat itu ke dalam
masyarakat di sini adalah selaras dengan kedatangan mereka. Penduduk negeri Sembilan
kebanyakkan mereka berasal dari tanah minangkabau di Sumatera Barat. Apabila mereka
berhijrah ke negeri ini, mereka membawa bersama-sama cara hidup dan warisan
kebudayaan yang diamalkan di negeri asal mereka. Selain itu, terdapat juga peneroka-
peneroka yang berkahwin dengan wanita tempatan dan turut menyerapkan adat yang
digunakan dalam keluarganya dan keluarga mentuanya.
3.0 PERLAKSANAAN ADAT PERPATIH DI MALAYSIA
Di Malaysia, adat perpatih ini masih wujud dan diamalkan oleh masyarakat Melayu di
Negeri Sembilan khususnya masyarakat yang berketurunan Melayu Minangkabau. Adat
Perpatih yang terasas di Negeri Sembilan ini adalah adunan adat Perpatih yang diamalkan
di Minangkabau dengan adat tempatan kemudian disesuaikan dengan hukum syarak.
Adat Perpatih ini diwariskan dari satu generasi ke generasi melalui kata-kata perbilangan.
4
Ia merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuk soal pemerintahan,
susunan masyarakat, perkahwinan dan penceraian, pewarisan harta dan banyak lagi.
3.1. Konsep-konsep Adat perpatih
3.1.1 Konsep Pemerintahan Adat Perpatih
Menurut adat perpatih, pemerintahan yang pertama terletak dalam tangan
seorang saudara lelaki yang tertua kepada ibu yang dikenali sebagai mamak.
Ketua antara semua kalangan mamak ini pula digelar sebagai perut. Ketua perut
pula dikenali sebagai buapak. Ketua antara semua golongan buapak dikenali
sebagai suku, seterusnya ketua suku dikenali sebagai luak manakala ketua luak
dikenali sebagai undang. Seterusnya, undang tersebut akan memilih ketua negeri
yang dikenali sebagai Yang DiPertuan Besar atau Yamtuan. Oleh sebab itu,
sistem pemerintahan yang diamalkan dalam adat perpatih ini adalah amalan
sistem demokrasi dalam istilah moden.
Pembahagian kuasa tersebut dinyatakan dalam kata-kata adat seperti yang berikut:
Raja memerintah alam,
Undang memerintah luak,
Lembaga memerintah suku dan
Buapak memerintah anak buahnya.
5
3.1.2 Konsep Susunan Masyarakat
Susunan masyarakat menurut adat perpatih adalah bersendi pada
sistem unilaterial-matrilineal, iaitu setiap orang baik lelaki mahupun
perempuan menarik garis keturunan hanya melalui orang perempuan
sahaja, iaitu dari ibu kepada ibu sehingga semua penghubung dalam garis
keturunan adalah semata-mata perempuan. Hal ini bermaksud, sistem adat
Perpatih mengutamakan keturunan kepada nisab sebelah ibu.
Dengan dasar sistem ini, maka timbullah satu keasatuan yang
dinamakan suku sebagai teras pengangan dalam konsep adat perpatih.
Suku ialah satu kesatuan, yang menggabungkan beberapa perut.
Berdasarkan sejarah, terdapat 12 suku dalam adat Perpatih, iaitu :
1. Biduanda
2. Batu Hampar
3. Paya Kumbuh
4. Mungkal
5. Tiga batu
6. Tiga Nenek
7. Tanah Datar
8. Seri Melenggang
9. Seri Lemak
10. Batu Belang
11. Anak Acheh
6
12. Anak Melaka
Di antara kedua belas suku tersebut, suku Biduanda merupakan
satu suku yang mempunyai kedudukan istimewa, kerana menurut
anggapan penganut-penganut adat Perpatih, suku Biduanda adalah suku
peribumi yang sememangnya adalah orang asal di Negeri Sembilan
manakala suku-suku lain ialah orang yang merantau dan menetap di situ.
Oleh sebab itu, anggota-anggota dari suku Biduanda ini mempunyai hak
mutlak untuk menjadi dan menyandang pusaka Undang dan Luak. Jadi, ini
menunjukkan susunan msyarakat adat Perpatih adalah sistem bersuku.
3.1.3 Konsep Perkahwinan dan Penceraian
Dalam konsep perkahwinan dan penceraian ini, adat perpatih telah
banyak dipengaruhi oleh hukum syarak, terutamanya mengenai nikah dan
talak. Adat perpatih juga turut menggalakkan perkahwinan sesama suku.
Selain itu, Kepala Masyarakat Hukum Adat Perpatih sangat menjaga
peraturan eksogami demi mempertahankan suku, walapupun mereka telah
lama memeluk agama Islam berabad-abad lamanya.
Selain itu, sekiranya berlaku perkahwinan, suami akan berpindah
ke tempat isteri dan jika sekiranya berlaku penceraian, si suami perlu
keluar dari tempat isteri tersebut.
7
3.1.4 Konsep Pewaris Harta
Harta pusaka adalah milik suku dan kebiasaannya terdiri daripada
tanah-tanah kampung, sawah, dusun buah-buahan dan rumah yang
diwarisi dari ibu yang terletak di atas tanah pusaka. Harta sebegini
dikenali sebagai harta pusaka benar. Harta pusaka sendiri pula ialah harta
warisan perempuan daripada ibu atau bapa, yang merupakan pakaian atau
barang-barang kemas, yang dapat dibahagikan kepada anak lelaki atau
anak perempuan. Tetapi, bersesuaian dengan sistem kekeluargaan yang
unilaterial-matrilineral, secara tidak langsung yang berhak mewarisi harta
ialah kaum perempuan sahaja.
3.2 Kategori Adat
Keseluruhan sistem adat perpatih di Negeri Sembilan ini boleh dikategorikan
kepada empat jenis iaitu:
3.2.1 Adat nan sebenar adat
Kategori ini tidak mungkin berubah kerana adat perpatih adalah
berdasarkan kejadian alam semula jadi. Hidup bersuku, mengira keturunan
dari nisab ibu, hukum tanah pusaka. Kesemua peraturan ini adalah asas
adat perpatih yang dikatakan,
Tak lapuk dek hujan
Tak lekang dek panas
Dianjak layu dicabut mati
8
Peraturan asasi yang dimaksudkan ialah :
Dari nenek turun ke mamak
Dari mamak ke kemanakan
Patah tumbuh hilang berganti
Pesaka begitu jua
3.2.2 Adat nan teradat
Kategori ini adalah kelaziman, kekerapan dan kebiasaan manusia
melakukannya, misalnya hormat kepada yang tua, kepatuhan anak buah
kepada lembaga dan sebagainya.
3.2.3 Adat nan diadatkan
Merupakan ketetapan dan peraturan yang dibuat hasil daripada
permuafakatan dan musyawarah antara ketua-ketua adat. Misalnya
pindaan keatas perlembagaan adat yang dibuat setelah menamatkan adat
menjemput seorang anak raja dari Pagar Ruyung untuk ditabalkan menjadi
Yang DiPertuan Besar pada tahun 1830an dahulu.
3.2.4 Adat istiadat
Kategori ini merupakan hiasan dan tambahan kepada ketiga kategori
tersebut. Ia bertujuan adalah untuk mencantikkan adat yang sedia ada.
Segala peraturan atau undang-undang adat perpatih terkandung dalam
kata-kata atau perbilangan, perumpamaan, peribahasa, pantun, tamthil,
9
teromba dan sebagainya. Kata-kata adat ini diturunkan secara lisan dari
satu generasi ke satu generasi. Masyarakat yang mencipta perbilangan ini
ialah masyarakat tani. Ciptaan mereka tidak dapat lari dari menggunakan
kiasan-kiasan dari alam sekitar yang berkait rapat dengan hidup mereka.
Kata-kata adat ini juga tidak mementingkan keseragaman, tetapi lebih
kepada idea yang ingin disampaikan.
Kata adat banyak kiasan
Ditunjuk dia tetapi bukan
Bergulung pendik panjang direntang
Tak faham kalau tak direnungkan.
3.3 Adat Perpatih Dari Perspektif Perlembagaan
Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi yang menubuhkan dan mengawal
keseluruhan institusi dan sistem kerajaan sesebuah negara. Perlembagaan
mengawal struktur, fungsi dan kuasa organ-organ utama kerajaan dalam
hubungan antara satu organ dengan organ yang lain serta hubungan organ-organ
berkenaan dengan rakyat.
Undang-undang ini merupakan hasil yang dipersetujui bersama
dikuatkuasakan untuk menjamin keadilan dan kesejahteraan dan mewujudkan
kestabilan politik negara. Mengikut konsep moden, perlembagaan perlu
mengandungi enam prinsip sejagat yang meliputi doktrin pengasingan kuasa,
10
kontrak sosial, sistem undang-undang, kedaulatan parlimen, penyertaan rakyat
dalam kerajaan dan kebebasan badan kehakiman.
Dalam erti kata kerajaan berperlembagaan dan raja berperlembagaan
bukanlah suatu yang asing dalam sistem adat Perpatih. Minangkabau mendahului
United Kingdom mewujudkan sistem raja berperlembagaan. United Kingdom
telah melalui suatu revolusi berdarah bagi mewujudkan sistem berkenaan pada
tahun 1688. Perlembagaan adat yang mula menginstitusikan Raja Melewar
sebagai raja berperlembagaan mendahului Revolusi Perancis 1789 dan negara-
negara lain yang mengalami kemudiannya.
Perlembagaan adat adalah segala hukum adat Perpatih yang terkandung
dalam bentuk perbilangan yang dijadikan sebagai undang-undang bagi penubuhan
sistem politik yang diamalkan sebelum dan selepas pembentukan konfederasi
pada abad ke-18 dan penubuhan institusi raja. Perbilangan ini diciptakan, diterima
pakai oleh masyarakat yang mendukungnya dan dijadikan sebagai asas
pembentukan sistem politik negeri (luak) dan sistem konfederasi Negeri
Sembilan.
Perbilangan juga diciptakan sebagai asas penubuhan dan pembahagian
bidang kuasa institusi-institusi tradisional yang terlibat, khasnya waris, buapak,
lembaga, penghulu dan raja. Undang-undang perlembagaan adat ini terkandung
didalam kata-kata adat atau perbilangan. Semua perbilangan ini perlu ditafsirkan
bersama dengan peraturan-peraturan adat yang berkaitan seperti dalam sistem
nilai, sistem kekeluargaan, sistem ekonomi dan sistem hukum adat yang
diamalkan dan sejarah yang dilalui.
11
Selain daripada perbilangan ini ialah peraturan dan istiadat yang
ditetapkan oleh adat yang boleh diklasifikasikan sebagai sebahagian daripada
undang-undang perlembagaan adat. Sebagai contoh, kelayakan calon bagi mengisi
kekosongan sesuatu institusi, pihak yang berkuasa membuat pemilihan, cara
pemilihan yang perlu dilaksanakan, boleh dianggap sebagai kovensyen
perlembagaan adat itu.
Kata-kata adat ini tersusun secara lisan. Ia diturunkan dari satu generasi ke
satu generasi. Daya ingatan adalah memainkan peranan penting dan dalam
konteks ini. Keadaan ini memang mewujudkan sedikit sebanyak tokok tambah
dari mulut ke mulut dan dari zaman ke zaman. Tidak semua kata-kata adat itu
dapat dikelaskan sebagai undang-undang atau ciri-ciri yang berunsur undang-
undang.
Sebahagian besar cuma berupaya memberi pernyataan am yang
mencerminkan tingkah laku dan budi pekerti. Yang ditakrifkan sebagai undang-
undang adalah peraturan yang dibuat oleh sesuatu unit berkuasa yang bersifat
sovereign atau berdaulat dan sebarang pencabulan atau penyelewengan peraturan
ini akan menerbitkan hukuman. Perlembagaan adat yang mantap ini mewujudkan
sistem pemerintahan berperlembagaan dan sistem raja berperlembagaan.
3.4 Pemerintahan Berasaskan Perlembagaan Adat
Perbilangan yang diklasifikasikan menjadi undang-undang perlembagaan ini
meliputi:
Alam beraja
12
Negeri berpenghulu;
Suku bertua
Anak buah beribu bapa
Orang Semenda bertempat semenda
Perlembagaan moden menubuhkan 3 peringkat, bermula dari peringkat tempatan,
negeri, dan pusat. Perbilangan ini melambangkan perlembagaan adat juga
menubuhkan struktur politik yang berperingkat bermula dari peringkat bawah
iaitu buapak, suku, luak dan seterusnya alam (konfederasi). Secara langsung ia
menubuhkan institusi yang memimpin pada setiap peringkat
Bulat anak buah menjadikan Buapak
Bulat Buapak menjadikan Lembaga
Bulat Lembaga menjadikan Penghulu
Bulat Penghulu menjadikan keadilan
Perbilangan ini menggariskan peraturan yang perlu diikut sebagai peraturan yang
sah bagi memilih dan memasyhurkan ketua bagi satu-satu peringkat berkenaan.
Perbilangan ini juga menampakkan unsur demokrasi dan pada teorinya ada
penyertaan rakyat walaupun tidak dalam erti demokrasi sepenuhnya.
Patah tumbuh hilang berganti
Ganti hidup berkerelaan
Ganti mati berkebulatan
Kebulatan anak buah membuat atau memecat buapak
13
Buapak bulat, warisnya rapat, membuat atau memecat tua
Kebulatan tua, boleh membuat atau memecat penghulu
Penghulu bulat, lembaga rapat, waris sedia,
Membuat atau memecat raja
Perlembagaan adat memperuntukkan kuasa bagi memecat sesaorang
pemimpin termasuk Raja dan Penghulu yang hilang kelayakan kerana bertindak
diluar bidang kuasa yang diperuntukkan oleh adat, melanggar etika kelakuan, atau
kerana kecacatan fizikalnya menjadikan ia tidak sesuai memimpin. Semua
jawatan dalam sistem adat adalah jawatan sepanjang hayat. Namun pemecatan
dibenarkan bagi seorang penjawat yang telah hilang kelayakan tertentu. Seorang
Penghulu boleh dipecat sekiranya beliau zalim dalam menjalankan tugas atau
sekiranya tidak tahu menjaga kedudukannya seperti kata pepatah:
Orang beradat tiada tahu akan adatnya,
maka gugur pesakanya.
Kuasa menjadikan Penghulu adalah kuasa Lembaga, maka itu Lembaga-
Lembaga boleh menasihatkan salahlaku Penghulu dan sekiranya dia ingkar dia
boleh dipecat melalui kuasa kebulatan Lembaga.
Raja menobat di dalam alam
Penghulu menobat di dalam luak
14
Lembaga menobat dalam lingkungannya
Buapak menobat pada anak buahnya
Orang banyak menobat dalam terataknya
Peruntukan perbilangan ini menjelaskan parameter bidang kuasa
sesaorang ketua adat dan juga kuasa individu biasa. Terdapat prinsip pengagihan
kuasa dari peringkat bawah sehingga keperingkat atas dalam melaksanakan kuasa
eksekutif dan kehakiman. Dengan demikian prinsip-prinsip adat yang mantap ini
menjadi panduan masyarakat apabila mereka mewujudkan institusi beraja seolah
kedudukan Yam Tuan itu merupakan seorang raja berperlembagaan. Pada
teorinya Yam Tuan berkuasa tetapi pada praktiknya segala tindakan baginda
dikawal oleh perlembagaan adat.
Nan bergajah tunggal
Memancung putus
Meliang tembus
Memakan habis
Membunuh mati
Boleh menghitam dan memutihkan
Boleh memanjang dan memendekkan
Boleh mengsah dan membatalkan
Perbilangan ini menjelaskan kedudukan kebesaran Penghulu Luak Yang
Empat serta ketinggian bidang kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan adat
15
itu. Melihat kepada pemerintahan berperlembagaan yang ditubuhkan oleh
perlembagaan adat itu walau pun tidak setepat dengan konsep kerajaan
berperlembagaan sepenuhnya namun dalam perlembagaan adat itu ada unsur-
unsur prinsip sejagatnya.
Contohnya doktrin pengasingan kuasa yang menjadi teras dalam sistem
kerajaan berperlembagaan, walaupun ini tidak begitu jelas dalam perlembagaan
adat tetapi kuasa perundangannya adalah diputuskan melalui kemuafakatan yang
berlangsung dibalai adat . Kuasa eksekutif pula diagihkan mengikut fungsi hieraki
ketua adat berkenaan. Begitu juga kuasa kehakiman adalah juga mengikut hieraki
serta perlaksanaan melalui mesyuarat dan muafakat serta berpandukan kepada
nilai keadilan dan hukuman yang digariskan oleh adat. Begitu juga dengan prinsip
penyertaan rakyat dalam kerajaan, walaupun ‘demokrasi’ ini terhad perlembagaan
adat mempunyai prinsip ini seperti sistem pemilihan bagi sesuatu jawatan ketua
adat, bahkan bagi pemilihan Yamtuan.
4.0 KES-KES YANG TERLIBAT
Penelitian dalam setiap kajian kes yang berkaitan dengan tanah adat ianya akan
diperolehi atau dirujuk pada Pejabat Tanah Daerah Rembau. Biasanya setiap kes-kes
yang berlaku akan diselesaikan di pejabat tanah tersebut. Di antara kes-kes yang biasa
dibicarakan ialah seperti tuntutan hak pusaka tanah adat ke atas harta waris yang telah
lama meninggal dunia. Terdapat di antaranya yang menuntut hak ke atas tanah yang saiz
komposisinya kecil dan kesukaran dalam pembahagian akan berlaku sekiranya waris
yang berhak adalah ramai. Hal ini akan menjadi salah satu sebab timbul satu kesukaran
16
dan akan berlaku sedikit selisih faham. Oleh yang demikian, peranan Dato’ lembaga akan
menyiasat terlebih dahulu setiap kes yang berkaitan dengan anak buahnya mengikut suku
masing-masing. Biasanya segala konflik atau permasalahan yang berlaku dapat
diselesaikan. Tetapi setiap kes akan diselesaikan dalam jangka masa yang lama dan ada
juga dalam jangka masa yang singkat.
Selain itu, kes seperti bantahan terhadap kesilapan dalam pembahagian harta
waris yang sebenar seperti waris yang sepatutnya berhak ke atas harta tersebut tidak
memiliki apa-apa yang sepatutnya sebaliknya waris yang tidak berhak memiliki
sepenuhnya. Akibat dari kes seperti ini, akan mewujudkan satu bantahan atau rasa tidak
puas hati kepada pihak yang terlibat untuk menuntut bahagian mereka. Kes-kes seperti ini
berlaku biasanya akibat daripada kelalaian pihak Lembaga yang tidak menyiasat dengan
lebih teliti siapa yang berhak ke atas harta anak buahnya. Selain daripada itu, ada juga
kes dari sikap waris yang menipu atau sengaja menyorokkan waris yang sebenar ke atas
harta tersebut. Akibat sikap tamak segelintir daripada pihak waris yang ingin membolot
semua harta, maka masalah akan timbul ke atas waris yang berikutnya.
Oleh sebab itu, jika terdapat bantahan ke atas perintah tanah dan setelah kelulusan
diperolehi oleh pihak berkuasa negeri, maka Lembaga Rayuan tanah adat akan bersidang
dan akan memberi keputusan semula. Hal ini akan mengarahkan pentadbir tanah adat
membuat perbicaraan semula atau lembaga rayuan . Setiap kes-kes yang berlaku mestilah
dirujuk pada pejabat tanah di daerah Rembau untuk direkodkan bagi meneliti segala
permasalahan yang berlaku dalam tanah adat tersebut. Manakala mereka yang terlibat
dalam setiap kes hendaklah terlebih dahulu mengisi borang yang telah ditetapkan.
Borang–borang ini telah disediakan oleh setiap pejabat tanah bagi memastikan segala
17
penyelesaian dalam semua kes mengikut lunas-lunas undang-undang yang telah
ditetapkan. Hal-hal yang berkaitan akan mengikut prosedur-prosedur yang telah
ditetapkan dan segala contoh-contoh borong yang perlu diisi berdasarkan pada kes-kes
tertentu akan disertakan dalam bahagian lampiran.
4.1 Kes yang Berlaku Dalam Bantahan dari Waris
Salah satu contoh kes yang akan cuba dikupas disini adalah kes yang berkaitan
dengan tanah pusaka adat iaitu kes bantahan ke atas turun milik tanah pusaka adat
terhadap waris yang sebenar. Kes yang agak menarik adalah kes ‘appeal
Vol.64/folio:83. Rayuan Ulang Bicara dalam bantahannya ini dibuat oleh Gimila
binti. Hj. Ahmad dari suku Seri Melenggang Minangkabau yang beralamat di
Kampung Kundor Tengah, 71400, Pedas kerana membantah ke atas harta simati
iaitu Siti Pih binti Siamang di bawah seksyen 15 (i) Enakmen Pemegang Adat
(Bab 215) dan pada 11 Ogos 2003 telah membuat perbicaraan semula. Tanah
yang dituntut dan diturun milik ini asalnya tanah pusaka kepunyaan nenek
saudara Gimila binti Hj. Ahmad. Kemudian keputusan dalam Majlis Mesyuarat
kerajaan pada 16 April 2003 kertas Mesyuarat No.1458/2003 ke atas tuntutan
Gimila binti Hj. Ahmad sebagai pembantah , melalui hak warisan kepada Siti Piah
binti Siamang, simati iaitu tuan punya asal tanah adat yang diperihalkan di bawah
perintah ini dan sekarang dipegang oleh Puteh binti Long.
18
Manakala terjemahan salinan kes ini adalah seperti berikut:
Pihak yang terlibat:
Gimila binti Hj. Ahmad
Waris-waris yang berhak
Dirujuk pada:
Penolong Pentadbir Tanah Adat Rembau
Dato Lembaga yang bertanggungjawab iaitu Dato’ Perba Hj Yahya
Berikutan dengan kes bantahan ini ialah akibat dari kesilapan dalam
pembahagian harta kepada waris yang tidak berhak. Hal ini adalah disebabkan si
mati tidak mempunyai anak perempuan dan beliau hanya mempunyai adik
beradik perempuan. Oleh itu, Gilmila binti Hj. Ahmad telah membuat bantahan
dalam memastikan tanah peninggalan si mati dibahagikan dengan betul terhadap
waris yang benar-benar berhak memiliknya. Gimila binti Hj. Ahmad telah
bersumpah bahaw dirinya serta waris yang hadir dalam perbicaraan itu mengaku
dan bersumpah bahawa dengan sesungguhnya apa yang mereka nyatakan dalam
perbicaraan itu tiada yang tidak benar melainkan benar belaka. Terdapat juga
waris yang tidak hadir tetapi perbicaraan tetap diteruskan juga. Didapati
berdasarkan dari keterangan saksi utama iaitu Gamila binti Hj. Ahmad, hubungan
beliau dengan si mati ialah nenek saudara dan suku si mati adalah Semelenggang
naming. Lembaga yang bertanggungjawab dalam pentadbiran tanah adat si mati
19
ialah Dato’ Perba Yahya bin Abd. Ghani. Si mati telah meninggal dunia pada 2
November 1939 akibat dari sakit tua.
Gimila binti Hj. Ahmad yang telah membantah ke atas turun tanah milik
Tranmission Tanah Pusaka Adat MG 53 lot 137, MG 54 lot 512, MG 55 lot 513,
MG 56 lot 514, MG 57 lot 515, di daerah Rembau di bawah seksyen 15(v)
Enakmen Pemegang Adat (Bab 215) kepunyaan si mati iaitu Siti Piah binti
Siamang kepada Puteh binti Long.
Keputusan dibuat oleh:
Yang Teramat Mulia Dato’ Lela Maharaja Dato’ Hj Muhammad Sharip
bin Hj Othman DTNS Undang Luak Rembau, pengerusi Lembaga Rayuan Tanah
Adat Luak Rembau yang diperuntukkan di bawah seksyen 15 telah memberikan
keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan yang bersidang pada 2
Februari 1987, melalui kertas Mesyuarat No. 1048/1989, telah berpuas hati dalam
semua keterangan siasatan awal yang dibuat pada 13 November 2001, dan
persidangan Jawatankuasa Lembaga Rayuan yang dibuat pada 30 Januari 2003.
Kemudian Yang Teramat Mulia Undang Luak Rembau telah meneliti
fakta-fakta kes dan didapati keputusan perbicaraan pembahagian tanah adat
seperti berikut di mana :
Lot 137 MG 53 Mukim Kundor semua bahagian
Lot 512 MG 54 Mukim Kundor semua bahagian
Lot 513 MG 53 Mukim Kundor semua bahagian
Lot 514 MG 53 Mukim Kundor semua bahagian
20
Lot 515 MG 53 Mukim Kundor semua bahagian
Lot 534 MG 53 Mukim Kundor semua bahagian
Lot-lot ini telah dibahagikan serta dilaksanakan perbicaraannya pada 11
November 1970 adalah dinyatakan Tidak Teratur dan selaras dengan rumusan
siasatan awal, pihak pembantah mempunyai alasan-alasan yang kukuh ke atas
bantahannya seperti alasan yang diberikan.
Setelah segala persetujuan serta perbicaraan telah dilaksanakan, maka
kerajaan Negeri Sembilan akan memberi surat perintah dan mengesahkan
bantahan dari waris ini iaitu Gimila binti Haji Ahmad dan bantahan itu dapat
diselesaikan dengan teratur pada 2 Oktober mengikut Jadual F yang telah
dikeluarkan di bawah perintah pentadbir tanah di bawah Seksyen 10 Enakmen
Pemegang Adat Bab 215. Salinan borang perbicaraan seperti yang terdapat dalam
bahagian lampiran bagi memudahkan sebarang rujukan.
Apa yang jelas, dalam menyebut kes ini kita dapati tempoh jangka masa
yang digunakan terlalu lama. Hal ini memakan masa yang panjang. Dari contoh
kes bantahan ini ialah kesilapan yang dilakukan dalam pentadbiran tanah adatnya
berlaku pada tahun 1970 dan kes ini berbangkit pada sekitar tahun-tahun masa
sekarang. Jelas menunjukkan terdapat beberapa kes yang berlaku dalam
pentadbiran tanah adat ada yang memakan masa yang lama dan ada yang dapat
diselesaikan dengan masa yang singkat. Segala hal yang berkaitan dengan kes ini
perlulah merujuk kepada pihak yang bertanggungjawab.
21
4.2 Kes yang melibatkan tanah adat terbiar
Dalam mengkaji kes yang melibatkan tanah adat terbiar dalam daerah Rembau
ini, melalui survey yang telah dilakukan oleh pengkaji masalah ini berpunca dari
ramai nama waris dalam satu geran dan ini menyebabkan kesukaran dan
persetujuan mereka untuk mencagarkan tanah ini kepada pihak pemaju. Ada di
antara waris yang berstuju dalam gadaian atau cagaran kepada pengusaha tanah
adat. Selain dari sikap tuan tanah yang tidak menghiraukan tanah adat mereka
inilah yang menyebabkan banyak tanah adat terbiar dan tidak diusahakan.
Selain daripada itu akibat berpunca daripada dari sikap pemaju yang tidak
bertanggungjawab dalam memajukan tanah adat tersebut timbullah masalah yang
mengakibatkan tanah adat ini terbiar. Sikap sambil lewa dalam projek yang
dijalankan telah menyebabkan tanah adat ini terbiar sekaligus menjadi kes saman
kepada pihak tuan tanah ke atas pemaju di atas kegagalan dalam melaksanakan
projek ke atas tanah mereka. Kes-kes seperti tanah terbiar seperti kes saman ini
biasanya dari pihak tuan tanah kerana ada pemaju gagal menamatkan kontrak dan
kebanyakan projek yang dijalankan terbengkalai. Selain daripada itu juga,
kawasan tanah adat yang dibiarkan menjadi belukar atau tanah yang boleh
mendatangkan perasaan tidak puas hati dari sesetengah pihak kerana merosakkan
penglihatan menikmati keindahan alam.
22
Dalam usaha memajukan tanah adat ini, ada sesetengah pendapat yang
mengatakan ia suatu perkara yang sukar dilaksanakan akibat dari kes-kes yang
telah dibincangkan di atas. Dalam mengatasi masalah ini, satu enakmen telah
memberi nilai ekonomi kepada semua tanah adat iaitu Enakmen Tanah Adat
(Pindaan) 1983. Dalam wujudnya enakmen ini maka ia telah memberi ruang
kepada usaha dalam memajukan semua tanah adat yang terbiar dengan secara
komersial. Apa yang jelas, dengan terbentuknya enakmen ini, ia telah
membenarkan tanah adat dicagarkan kepada pentadbir tanah daerah, di institusi
kewangan yang telah ditetapkan dan koperasi yang telah diiktirafkan oleh
kerajaan.
Syarat memajukan tanah adat ini ialah, ia boleh dimajukan dengan secara
usaha sama antara agensi kerajaan dengan pemilik tanah adat yang sebenar seperti
yang telah dimajukan oleh Jabatan Pertanian. Di samping itu, Kerajaan Negeri
juga menggalakkan tanah adat diusahakan sama dengan pihak swasta bagi
memajukan tanah tersebut. Biasanya program dalam menggalakkan usaha
memajukan tanah adat terbiar ini kurang diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri.
Malahan ada di antaranya seperti Jabatan Pertanian Negeri Sembilan walaupun
giat memajukan tanah adat yang terbiar, tetapi ia tidak mempunyai program
khusus untuk memajukan tanah adat terbiar ini. Hal ini bermakna, masalah
pembangunan tanah adat bukan lagi berpunca dari faktor luaran khususnya nilai
ekonomi tetapi dari faktor tanah adat itu sendiri. Namun melihat kepada sistem
adat itu terutama sekali dari aspek adat (aturan) aktiviti ekonominya, faktor
23
penghalangnya bukan dari adat Perpatih itu sebagai satu sistem tetapi beberapa
orang pengamal dan pemimpin adat sebagai individu yang kebetulan pengamal
adat Perpatih.
4.3 Contoh kes `hidup-hidup`
Kes hidup-hidup bererti kes pemindahan hakmilik tanah adat daripada waris yang
masih hidup kepada ahli waris yang berhak mengikut sistem Adat Perpatih.
4.3.1 Kes Pertama
Permohonan bertarikh pada 31 Mei 2007 untuk memindah milik Tanah
Pesaka Adat menurut Seksyen 7 (iv) Enakmen Tanah Pesaka Adat Bab
215 daripada Ramlah binti Udin iaitu dari suku Tanah Datar kepada
Rokiah binti Majid juga dari suku Tanah Datar. Mereka merupakan anak
buah kepada Maharaja Inda iaitu Hj.Samat bin Hassan. Tuan Tanah iaitu
Ramlah binti Udin mengaku dan bersumpah bahawa pindahmilik tanah
adalah dengan berian percuma kerana kasih sayang dan masih ada dua
orang anak perempuan dan mempunyai sekeping tanah pesaka adat. Tuan
Tanah memohon hendak memindah milik tanah lot 1586 Mukim Tanjung
Keling kepada Rokiah binti Majid. Kaitan Tuan Tanah dengan penerima
adalah hubungan ibu dengan anak. Waris-waris kadim pihak-pihak iaitu
Zainun binti Majid dan Abd. Hamid bin Majid, telah memberi keterangan
bahawa mereka bersetuju dengan pemindahan hakmilik Tanah Adat tanpa
24
ada sebarang halangan. Dato` Lembaga iaitu Maharaja Inda- Hj. Samat bin
Hassan memberi keterangan bahawa beliau mengakui Tuan Tanah adalah
anak buahnya dan bersetuju tanah dipindahmilik kepada Rokiah binti Abd.
Majid sebab ia tidak bercanggah dengan adat Rembau.
Keputusan kes :
Keputusan Pentadbir Tanah Rembau iaitu En. Zulkifli bin Mohd Rashid
selaku Penolong Pentadbir Tanah Rembau, telah berpuas hati terhadap
keterangan dalam perbicaraan dan mendapati ia tidak bercanggah dengan
Enakmen Tanah Adat Bab 215, dan setelah mendapat persetujuan beserta
kebenaran Dato` Maharaja Inda – Hj. Samat bin Hassan yang mana
permohonan ini juga tidak bercanggah dengan adat Luak Rembau, maka
telah mengambil keputusan meluluskan permohonan pindah milik tanah.
4.3.2 Kes Kedua
Permohonan bertarikh 18 Julai 2007, permohonan untuk memindah milik
Tanah Pesaka Adat menurut Seksyen 7 (iv) Enakmen Tanah Pesaka Adat
Bab 215 daripada Ramlah binti Abdullah iaitu Suku Tiga Nenek kepada
Faridah binti Mohamad juga dari Suku Tiga Nenek. Tuan Tanah mengaku
dan bersumpah bahawa beliau merupakan anak buah kepada Dato` Bangsa
Balang Hj. Kassim Ismail dan masih mempunyai dus orang anak
perempuan dan mempunyai tiga bidang tanah pesaka adat. Tuan Tanah
memohon memindah milik tanah lot 384 Mukim Legong Ulu dan pindah
25
milik adalah dengan berian percuma kerana sayangkan anaknya dan telah
tua serta tidak mampu mengusahakannya. Kaitannya dengan penerima
iaitu Faridah binti Mohamad ialah hubungan emak dengan anak. Penerima
telah mengaku bersetuju dengan pindahmilik tersebut. Dalam kes ini tiada
bantahan dari waris-waris kadim. Dato` Lembaga telah memberi
keterangan bahawa Tuan Tanah adalah anak buahnya dan bersetuju tanah
dipindah milik kerana ia tidak bercanggah dengan adat Rembau.
Keputusan kes :
Keputusan Pentadbir Tanah Rembau iaitu En. Nazri bin Ali selaku
Penolong Pentadbir Tanah Rembau, telah berpuashati terhadap
keterangan dalam perbicaraan dan mendapati ia tidak bercanggah
dengan Enakmen Tanah Adat Bab 215, dan setelah mendapat
persetujuan beserta kebenaran Dato` Bangsa Balang yang mana
permohonan ini juga tidak bercanggah dengan adat Luak Rembau,
maka telah mengambil keputusan meluluskan permohonan pindah
milik tanah.
4.3.3 Kes Ketiga
Permohonan bertarikh 15 Januari 2007, permohonan untuk
memindah milik Tanah Pesaka Adat menurut Seksyen 7 (iv)
Enakmen Tanah Pesaka Adat Bab 215 daripada Siti Rahmah binti
26
Ahmad iaitu dari Suku Mungkal kepada Maria binti Ramli dan
Pauzi bin Ramli juga dari Suku Mungkal. Tuan Tanah mengaku
dan bersumpah bahawa beliau merupakan anak buah kepada Dato`
Ngiang Hj. Salim Ahmad dan masih mempunyai dua orang anak
perempuan dan mempunyai dua bidang tanah pesaka adat. Tuan
Tanah memohon memindah milik tanah lot 507 Mukim Pedas dan
pindah milik adalah dengan berian percuma kerana sayangkan
anaknya dan tidak mampu mengusahakannya. Kaitannya dengan
penerima iaitu Maria binti Ramli dan Pauzi bin Ramli ialah
hubungan emak dengan anak. Penerima telah mengaku bersetuju
dengan pindahmilik tersebut. Dalam kes ini Tuan Tanah tidak
mempunyai waris-waris kadim. Dato` Lembaga Ngiang Hj. Salim
Ahmad telah memberi keterangan bahawa Tuan Tanah adalah anak
buahnya dan bersetuju tanah dipindah milik kerana ia tidak
bercanggah dengan adat Rembau.
Keputusan kes :
Keputusan Pentadbir Tanah Rembau iaitu En. Nazri bin Ali selaku
Penolong Pentadbir Tanah Rembau, telah berpuas hati terhadap
keterangan dalam perbicaraan dan mendapati ia tidak bercanggah
dengan Enakmen Tanah Adat Bab 215, dan setelah mendapat
persetujuan beserta kebenaran Dato` Ngiang Hj. Salim Ahmad
yang mana permohonan ini juga tidak bercanggah dengan adat
27
Luak Rembau, maka telah mengambil keputusan meluluskan
permohonan pindah milik tanah.
4.3.4 Kes Keempat
Permohonan bertarikh 21 November 2007, permohonan untuk
memindah milik Tanah Pesaka Adat menurut Seksyen 7 (iv)
Enakmen Tanah Pesaka Adat Bab 215 daripada Siram bt. Yunus
iaitu dari Suku Biduanda kepada Tiany bt. Mohd. Amin juga dari
Suku Biduanda. Tuan Tanah mengaku dan bersumpah bahawa
beliau merupakan anak buah kepada Dato` Perba Hj. Yahaya Abd.
Ghani dan masih mempunyai dua orang anak perempuan dan
mempunyai dua bidang tanah pesaka adat. Tuan Tanah memohon
memindah milik tanah lot 4616 Mukim Titian Bintangor kepada
Norpiah binti Abdullah dan 4617 Mukim Titian Bintangor kepada
Tiany Mohd Amin dan pindahmilik adalah dengan berian percuma
kerana sayangkan anaknya dan tidak mampu mengusahakannya
kerana telah tua dan uzur. Kaitannya dengan penerima ialah
hubungan emak dengan anak.
Penerima telah mengaku bersetuju dengan pindah milik
tersebut. Dalam kes ini Tuan Tanah tidak mempunyai waris-waris
kadim. Dato` Perba Hj. Yahaya Abd. Ghani telah memberi
keterangan bahawa Tuan Tanah adalah anak buahnya dan bersetuju
28
tanah dipindah milik kerana ia tidak bercanggah dengan adat
Rembau.
Keputusan kes :
Keputusan Pentadbir Tanah Rembau iaitu En. Nazri bin Ali selaku
Penolong Pentadbir Tanah Rembau, telah berpuashati terhadap
keterangan dalam perbicaraan dan mendapati ia tidak bercanggah
dengan Enakmen Tanah Adat Bab 215, dan setelah mendapat
persetujuan beserta kebenaran Dato` Perba Hj. Yahaya Abd. Ghani
yang mana permohonan ini juga tidak bercanggah dengan adat
Luak Rembau, maka telah mengambil keputusan meluluskan
permohonan pindah milik tanah.
4.4 Contoh kes atas kematian
Kes yang berkaitan kematian ialah permohonan pindah milik tanah yang mana
pemilik tanahnya telah meninggal dunia oleh ahli waris yang berhak mengikut
Sistem Adat Perpatih.
4.4.1 Kes Pertama
Permohonan daripada Zuraidah binti Zulkifli. Notis telah
dikeluarkan pada 24 Julai 2006 dan tiada bantahan daripada waris-
waris lain. Perbicaraan Pembahagian Pusaka Kecil Di Bawah
Seksyen 10 Tanah Adat terhadap harta peninggalan simati iaitu
29
Saodah binti Ujang. Tarikh kematian pada 16 April 2004. Harta
simati yang dibicarakan ialah tanah di Lot 285 mukim Pedas, Lot
1029 mukim Tanjung Keling, Lot 838 mukim Tanjung Keling, Lot
35 mukim Selemak dan Lot 298 mukim Selemak.
Hubungan pemohon dengan simati ialah hubungan anak
dengan emak. Simati daripada Suku Tanah Datar dan anak buah
kepada Dato` Lembaga Maharaja Inda Hj. Samat bin Hassan.
Simati telah meninggal dunia pada 16 April 2004 kerana sakit tua.
Simati meninggalkan tujuh orang anak perempuan dan seorang
anak lelaki.
Kesemua waris-waris yang hadir perbicaraan bersetuju
untuk membahagikan harta pesaka simati secara muafakat
pembahagian seperti berikut :
i ) GM 1034 Lot 285 Pedas - 1) Zuraidah
- 2) Zahariah
- 3) Ruzainee
ii ) GM 40 Lot 1029 Tanjung Keling - 1) Ruzila
iii ) GM 762 Lot 35 Selemak - 1) Ruzainee
iv ) GM 1238 Lot 838 Tanjung Keling - 1) Rohana
30
- 2) Azlina
v ) GM 952 Lot 298 Selemak - 1) Fazilahanim
Dato` Lembaga Maharaja Inda Hj. Samat bin Hassan memberi
keterangan bahawa mereka yang hadir adalah anak buahnya dari suku
Tanah Datar dan bersetuju harta simati dipindahkan secara muafakat.
Keputusan kes :
Keputusan bagi kes ini, Raja Shah bin Raja Salim sebagai Penolong
Pentadbir Tanah Rembau berpuas hati terhadap segala keterangan yang
diberi dalam perbicaraan dan dengan persetujuan Dato` Maharaja Inda Hj.
Samat bin Hassan, maka membuat perintah harta simati dibahagi-
bahagikan kepada ahli waris secara muafakat.
4.4.2 Kes Kedua
Permohonan daripada Fatimah binti Hj. Kadir. Notis telah dikeluarkan
pada 23 Ogos 2006 dan tiada bantahan daripada waris-waris lain.
Perbicaraan Pembahagian Pusaka Kecil Di Bawah Seksyen 10 Tanah Adat
terhadap harta peninggalan simati iaitu Che Yah binti Dahlan. Tarikh
kematian pada 7 Mei 2000. Harta simati yang dibicarakan ialah tanah
di Lot 1584 mukim Nerasau. Hubungan pemohon dengan simati ialah
hubungan anak dengan emak. Simati daripada Suku Batu Hampar Baroh
31
dan anak buah kepada Dato` Lembaga Gempa Maharaja Hj. Ismail bin Hj.
Yasin. Simati telah meninggal dunia pada 7 Mei 2000 kerana sakit tua.
Simati meninggalkan 7 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.
Kesemua waris-waris yang hadir perbicaraan bersetuju untuk
membahagikan harta pesaka simati kepada semua waris perempuan secara
sama rata iaitu dengan 3/60 bahagian setiap seorang.
Dato` Lembaga Gempa Maharaja Hj. Ismail bin Hj. Yasin
memberi keterangan bahawa mereka yang hadir adalah anak buahnya dari
Suku Batu Hampar Baroh dan bersetuju harta simati dibahagikan secara
samarata kepada 6 waris perempuan.
Keputusan Kes :
Keputusan bagi kes ini, Raja Badrul Shah bin Raja Salim sebagai
Penolong Pentadbir Tanah Rembau berpuas hati terhadap segala
keterangan yang diberi dalam perbicaraan dan dengan persetujuan Dato`
Gempa Maharaja Hj. Ismail bin Hj. Yasin, maka membuat perintah harta
simati dibahagi-bahagikan kepada ahli waris secara samarata.
5.0 PENUTUP
32
Setiap masyarakat yang berasal daripada masyarakat adat Perpatih memang tidak boleh
lari daripada konsep adat Perpatih itu sendiri. Masyarakat ini secara tidak langsung
mempunyai etika dan peraturan yang telah ditetapkan dalam sistem adat tersebut. Adat
Perpatih merupakan satu adat yang diguna pakai dan dikembangkan di Negeri Sembilan
yang telah melambangkan kecenderungan masyarakat Minangkabau untuk membina satu
tamadun bangsa yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah antara satu masyarakat
dengan masyarakat lain.
Terdapat pelbagai peraturan yang perlu dipatuhi dalam adat Perpatih. Namun
begitu, masyarakat adat Perpatih khususnya di Negeri Sembilan telah menyelaraskan
setiap adat tersebut dengan konteks agama Islam pada masa kini. Di samping itu,
kebanyakan masyarakat di Negeri Sembilan kini sudah tidak mengamalkan peraturan
yang terdapat dalam adat Perpatih kerana berlakunya perkahwinan luar dari daerah atau
negeri. Hal ini menyebabkan kesatuan dalam persukuan sesebuah masyarakat adat
Perpatih semakin lemah kerana tiada generasi muda yang mengembangkan adat ini.
Di samping itu, proses Islamisasi yang berlaku dalam adat Perpatih terutamanya
dalam peraturan pembahagian harta pusaka merupakan satu usaha yang amat baik. Bagi
mengatasi masalah pemilikan yang merupakan penghalang utama dalam mengaplikasikan
sistem faraid dalam adat Perpatih, satu bentuk undang-undang baru perlulah dikemukan
supaya dapat mengwujudkan pengamalan sistem adat Perpatih yang bersesuaian dengan
masyarakat kini.
33
top related