sistem kerajaan negeri

Post on 15-Jan-2016

55 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

sistem kerajaan negeri merupakan salah satu sub tajuk dalam pengajian am p1.

TRANSCRIPT

SISTEM KERAJAAN NEGERI

SUMBER KEWANGAN KERAJAAN NEGERI

• Terdiri daripada :

a)Hasil daripada kedai arak

b)Hasil tanah , galian dan perhutanan

c)Hasil daripada bayaran-bayaran yang dipungut oleh mahkamah syariah.

d)Hasil daripada jualan atau sewa harta kerajaan negeri

e)Hasil daripada bayaran perbekalan air

f) Hasil daripada zakat fitrah dan harta karun.

• Sumber kewangan daripada kerajaan persekutuan berdasarkan kepada:

a)Bilangan penduduk di negeri tersebut.

b)Panjang jalan atau penyelenggaraan jalan raya.

* semua hasil dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang yang Disatukan Negeri

STRUKTUR KERAJAAN NEGERI

A) Sultan / Raja atau Yang Dipertuan Negeri

Kuasa eksekutif

I ) bertindak mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) yang diketuai oleh MB atau KM.

II) Sultan akan melantik MB, dan MB akan menasihati sultan untuk melantik ahli MMK.

III) YDN akan melantik ahli MMK atas nasihat KM.

IV) Sultan atau raja merupakan ketua agama bagi negerinya.

V) Negeri yang tidak beraja, YDPA sebagai ketua agama.

Kuasa Perundangan

I) YDN dan Sultan sebahagian daripada DUN.

II)Berhak merasmikan persidangan DUN.

III)Berhak menolak atau menerima pembubaran DUN atas nasihat MB atau KM.

Kuasa Kehakiman

I) Berkuasa melantik majistret

II)Berkuasa mengampunkan kesalahan yang dibuat di negerinya atas nasihat Jemaah Pengampunan negeri.

III)Sultan/raja didakwa di mahkamah khas raja-raja, YDN di mahkamah awam.

Kuasa budi bicara

I) Sultan- melantik MB yang beragama islam dan Melayu.YDN- melantik KM ( tidak semestinya beragama islam)

II)Bersetuju atau menolak pembubaran DUN

III)Meminta supaya mesyuarat MRR diadakan.

IV)Berkuasa melantik waris, permaisuri, pemangku raja atau jemaah pemangku raja.

V) Melaksanakan tugas sebagai ketua agama islam dan adat negeri

VI) Menganugerahkan bintang-bintang kehormat.

Sekatan ke atas Sultan/Raja atau YDN

I) Tidak boleh terlibat dalam perniagaan atau politik

II)Tidak boleh memegang jawatan berpendapatan

B) MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI (MMK)

1) Menyerupai kabinet di peringkat persekutuan.

2) Menjalankan kuasa eksekutif di peringkat negeri.

3) MMK diketuai oleh MB atau KM yang dilantik oleh sultan/ YDN.

4) Fungsi MMK:

i) membuat dasar-dasar negeri

ii) Terlibat dalam penggubalan undang-undang negeri.

iii) Menjalankan pentadbiran negeri.

5) MMK juga terdiri 3 orang pegawai kerajaan iaitu:

a) Setiausaha kerajaan negeri

b) Pegawai Kewangan Negeri

c) Penasihat undang-undang negeri

6) Di negeri beraja- ketiga-tiga pegawai dibenarkan turut serta dalam prosiding DUN tetapi tidak boleh mengundi.

7) Di Pulau Pinang hanya Penasihat Undang-undang Negeri berhak turut serta dalam prosiding DUN tetapi tidak boleh mengundi.

8) Sabah dan Serawak- ketiga-tiga tidak berhak dalam prosiding DUN.

C) JABATAN PERINGKAT NEGERI

1) Berperanan sebagai agensi pelaksana negeri.

2) Jabatan dibahagi kepada 2:

i) jabatan negeri

ii) Cawangan jabatan persekutuan

3) Antara jabatan negeri yang penting ialah:

i) Pejabat SU kerajaan Negeri

ii) Pejabat Kewangan Negeri

iii) Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri

iv) Unit Perancang Ekonomi Negeri

Pejabat SU kerajaan Negeri

i) Jabatan negeri utama yang diketuai oleh setiausaha kerajaan negeri sebagai ketua pentadbir negeri.

ii)Di Sabah- Pejabat KM.

iii)Tugas :

a) merancang dan menyelaras dasar-dasar

b) memastikan pelaksanaan dasar kerajan negeri diperingkat negeri

Pejabat Kewangan Negeri

I) Diketuai oleh Pegawai Kewangan Negeri yang bertindak sebagai perbendaharaan negeri.

II)Tugas:

a) melaksanakan dasar kewangan negeri

b) menyediakan belanjawan negeri

c) memeriksa belanjawan tahunan negeri

d) mengagih sumber kewangan kepada agensi negeri

e) merancang penggunaan wang melalui pinjaman dan cukai.

Pejabat Undang-undang Negeri

i) Diketuai oleh Penasihat Undang-undang negeri

ii) Fungsi:

a) menasihati kerajaan negeri dalam hal ehwal undang-undang

b) menggubal undang-undang bagi negeri.

c) mengendalikan pendakwaan bagi kes jenayah

d) menyediakan dokumen undang-undang negeri

iii) Fungsi lain:

a) menasihati MB atau KM dalam dalam hal ehwal undang-undang.

b) menganggotai MMK

c) membuat draf undang-undang negeri

Unit Perancang Ekonomi Negeri

i) Diketuai oleh ketua pengarah perancang ekonomi negeri

ii) Fungsi:

a) menyediakan rancangan pembangunan negeri bagi 5 tahun

b) menyelaras dan melaksana program-program pembangunan negeri

c) membuat pelaburan dalam negeri

e) memberi nasihat kepada kerajaan negeri berkenaan pembangunan negeri

Cawangan jabatan persekutuan di peringkat negeri

i) tujuan- menyelaras pelaksanaan dasar kerajaan persekutuan dengan negeri dan merancang pembangunan negeri.

ii) Contoh jabatan: ( senarai bersama)

- Jabatan Pelajaran, Imigresen, Polis, Bomba, Pendaftaran

Pejabat Negeri ( agensi pelaksana)

A)Melaksanakan perkara-perkara yang termasuk dalam senarai negeri.

B)Contoh jabatan :

- Jabatan tanah dan galian, pejabat daerah dan tanah.

D) SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI

I) Dilantik oleh sultan atau YDN atas nasihat MB atau KM

II) SPA negeri hanya ada di negeri- Johor, kedah, Kelantan, perak, Terengganu, Pahang, Sabah dan serawak.

III) negeri lain terdapat cawangan SPA persekutuan.

IV) Fungsi SPA negeri:

a) melantik kakitangan awam

b) mengurus kenaikan pangkat kakitangan awam

c) mengenakan tindakan tatatertib kepada kakitangan awam

d) menguruskan pertukaran kakitangan awam.

E) PERBADANAN AWAM

I) Terdiri daripada badan berkanun dan tidak berkanun.

II) Badan berkanun ditubuh di bawah enekmen negeri seperti PKNS, perbadanan perpustakaan awam negeri yayasan negeri, dll.

III) Badan tidak berkanun ditubuh di bawah akta syarikat seperti Syarikat gula perak dan syarikat kemajuan perumahan serawak.

iv) Terdapat juga cawangan perbadanan awam persekutuan di peringkat negeri seperti :

- cawangan FAMA, FELDA, FELCRA, MARA.

STRUKTUR PENTADBIRAN KERAJAAN SABAH DAN SERAWAK

1. Dua komponen penting iaitu:

a. Yang Di pertuan Negeri

b. Majlis Tertinggi dan DUN

2. YDN

- dilantik oleh YDPA

- YDN bertindak mengikut nasihat MMKN atau KM.

3. Majlis Tertinggi / Kabinet

- kuasa eksekutif terletak di bawah YDN.

- di serawak, kuasa eksekutif dijalankan oleh Majlis Tertinggi dan Sabah oleh Kabinet Negeri.

- badan utama dalam pembentukan dasar.

-YDN bertindak atas nasihat MT/ Kabinet dalam semua hal kecuali agama dan adat istiadat Melayu.

- mengamalkan sistem kabinet yang dianggotai oleh menteri-menteri di peringkat negeri yang mengetuai sesuatu kementerian. Pegawai tadbir di peringkat kementerian ini di sebut sebagai setiausaha tetap.

PERINGKAT PENTADBIRAN NEGERI

SEMENANJUNG

1. Pejabat utama ialah Pejabat Daerah yang diketuai oleh Pegawai Daerah.

2. Di peringkat daerah diketuai oleh penghulu dan kampung diketuai oleh ketua kampung.

3. Di peringkat kampung terdapat JKKK berfungsi:

a. memberi peluang kepada masyarakat untuk turut serta dalam aktiviti pembangunan.

b. Menjadi penghubung antara kerajaan dan penduduk.

SABAH

1. Pegawai daerah mengetuai daerah yang dibantu oleh Penolong Pegawai daerah dan ketua daerah.

2. Ketua daerah berperanan mentadbir hal ehwal suku kaum di sesuatu daerah.

3. Setiap kaum di Sabah diketuai oleh Ketua Anak Negeri atau Ketua Bumiputera yang terdiri daripada kakitangan awam.

4. Ketua kampung berperanan di peringkat kampung.

SERAWAK

1. Setiap bahagian diketuai oleh Residen.

2. Setiap bahagian dibahagikan kepada beberapa buah daerah yang diketuai oleh Pegawai Daerah.

3. Daerah besar dibahagikan kepada daerah kecil yang diketuai oleh Pegawai Perkhidmatan Tadbir.

4. Peringkat kampung diketuai oleh Penghulu.

PENYELARASAN PENTADBIRAN

• ( sila rujuk lampiran)

top related