sektor audit kerajaan negeri

102

Upload: dinhnguyet

Post on 19-Dec-2016

267 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sektor Audit Kerajaan Negeri
Page 2: Sektor Audit Kerajaan Negeri

kandungan

J a b a t a n A u d i t N e g a r a

2 0 0 7Laporan Aktiviti Jabatan

Pernyataan Korporat 2

Perutusan Ketua Audit Negara 4

Imbasan Pencapaian 2007 6

Maklumat Korporat 9

Hubungan Antarabangsa 65

Laporan Khas 75

Peristiwa Jabatan 81

Aktiviti Agama, Sosial, Sukan & Kebajikan 87

Direktori 95

Sektor Pengurusan Koporat 21

Sektor Audit Kerajaan Persekutuan 45

Sektor Audit Kerajaan Negeri 53

Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan 61

Aktiviti Utama19

Page 3: Sektor Audit Kerajaan Negeri

2 l a p o r a n a k t i v i t i t a h u n a n 2 0 0 7

Menjadi penyumbang utama ke arah kecemerlangan pengurusan kewangan dan akauntabiliti sektor awam.

VISIVISI

Melaksanakan pengauditan secara profesional dan bebas serta mengemukakan laporan seimbang kepada Parlimen dan Dewan Perundangan Negeri ke arah

meningkatkan akauntabiliti pengurusan awam.

MISIMISI

• Menyediakan Laporan Audit yang berkualiti dan menepati masa untuk dikemukakan kepada Parlimen/Dewan Undangan Negeri.

• Melaksanakan aktiviti pengauditan dan penyediaan laporan secara bebas dan seimbang.

• Memenuhi keperluan dan harapan daripada stakeholders dan auditi.• Menguruskan aktiviti Audit dengan cekap dan berkesan.• Menjadi majikan contoh.

OBJEKTIFOBJEKTIF

• Menjalankan pengauditan secara profesional berpandukan kepada standard pengauditan antarabangsa.

• Mengesahkan Penyata Kewangan, mengeluarkan Sijil Audit dan menyiapkan Laporan Audit dalam tempoh empat bulan selepas penerimaan penyata kewangan tahunan.

• Menyediakan Laporan Audit yang seimbang tanpa sebarang prejudis dan prasangka.

PIAGAM PELANGGANPIAGAM PELANGGAN

Page 4: Sektor Audit Kerajaan Negeri

Pernyataan Korporat

J A B ATA N A U D I T N E G A R A 3

Jabatan Audit Negara adalah komited kepada pengauditan dan pelaporan yang berkualiti dan profesional selaras dengan standard pengauditan antarabangsa.

DASAR KUALITIDASAR KUALITI

ProfesionalismeProfesionalismeMemastikan tahap profesionalisme yang tinggi dalam pelaksanaan Audit dengan memberi penekanan kepada disiplin kakitangan dan kualiti kerja.

KebebasanKebebasanMelaksanakan tugas tanpa kekangan supaya dapat melapor dan memberi pendapat dengan bebas selaras dengan peruntukan Akta Audit 1957.

KualitiKualitiMemastikan kualiti yang tinggi dalam melaksanakan tugas dengan menekankan kepada budaya kerja yang baik dan pembangunan profesional yang berterusan.

IntegritiIntegritiMematuhi kod etika profesional dalam melaksana dan melaporkan penemuan Audit.

Espirit de CorpsEspirit de CorpsMenekankan kepentingan kerja berpasukan dengan mewujudkan persekitaran kerja yang produktif yang menekankan kepada semangat espirit de corps dan berinovasi.

BertanggungjawabBertanggungjawabBertanggungjawab di dalam semua tindakan sama ada sebagai juruaudit atau kakitangan Jabatan.

BUDAYA KORPORATBUDAYA KORPORAT

Audit Berkualiti Meningkatkan Akauntabiliti

SLOGAN KUALITISLOGAN KUALITI

Page 5: Sektor Audit Kerajaan Negeri

4 l a p o r a n a k t i v i t i t a h u n a n 2 0 0 7

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Alhamdullilah, pada tahun 2007 hasil kerja warga Jabatan Audit Negara telah mendapat sambutan dan perhatian yang agak hangat dari stakeholders disebabkan liputan media yang meluas terhadap Laporan Ketua Audit Negara bagi tahun 2006. Kesedaran masyarakat terhadap akauntabiliti awam telah dapat dipertingkatkan melalui pengauditan yang dilaksanakan. Stakeholders semakin menaruh harapan yang tinggi agar Jabatan Audit Negara dapat berperanan dengan berkesan dalam memupuk tadbir urus yang baik dalam pengurusan wang awam. Alhamdulillah berkat ketekunan dan kegigihan warga audit serta kerjasama pihak yang terlibat peranan ini telah dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Dengan harapan untuk meninggikan lagi mutu pengauditan serta impaknya dan juga sebagai persediaan menghadapi cabaran masa hadapan daripada emerging audit issues, Jabatan telah menyediakan Perancangan Strategik Jabatan 2008 hingga 2010 bagi

memperkukuh dan memperkemaskan hala tuju Jabatan bagi menghadapi persekitaran yang semakin mencabar. Usaha

yang berterusan untuk mempertingkatkan kepakaran serta keupayaan profesional anggota Jabatan

dilaksanakan melalui latihan, bantuan teknikal serta penglibatan dalam aktiviti pembangunan profesional yang relevan dan terkini di dalam dan luar negara. Saya juga

yakin bahawa kesinambungan kepada usaha ini akan menyerlahkan lagi Jabatan Audit Negara sebagai sebuah institusi yang unggul, bebas dan berwibawa sesuai dengan peranannya dalam mempertingkatkan akauntabiliti awam dan seterusnya menambah keyakinan umum terhadap profesionalisme Jabatan

dalam melaksanakan pengauditan.

Perutusan Ketua Audit Negara

Page 6: Sektor Audit Kerajaan Negeri

J A B ATA N A U D I T N E G A R A 5

Pada tahun ini Jabatan telah memperkenalkan Indeks Akauntabiliti (IA) yang merupakan inovasi baru yang dirancang untuk dilaksanakan pada tahun 2008 bagi meningkatkan budaya akauntabiliti dan integriti dalam pengurusan kewangan awam. IA akan mendorong Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan mengambil tindakan yang konsisten untuk menambahbaik tahap pengurusan kewangan mereka. Pengukuran yang dilakukan secara objektif dan telus ini akan menimbulkan daya saing positif untuk menambah baik pengurusan kewangan di agensi masing-masing.

Di samping itu, Jabatan sentiasa meningkatkan kerjasama dengan Agensi/Institusi sektor awam dan juga Supreme Audit Institutions (SAIs) luar negara melalui perkongsian maklumat dan kepakaran dalam bidang pengauditan yang kian mendapat perhatian seperti fraud dan alam sekitar. Pada tahun 2007 anggota Jabatan telah terlibat secara aktif dalam pengauditan di bidang-bidang baru seperti eKerajaan, penyelenggaraan bangunan, pengurusan air dan pengurusan alam sekitar.

Di peringkat antarabangsa pula, Jabatan telah buat pertama kalinya melaksanakan 2 latihan antarabangsa untuk negara luar di bawah Malaysian Technical Cooperation Programme dalam bidang Pengauditan Prestasi dan ICT di mana Jabatan mempunyai pengalaman dan kepakaran. Selain itu, Jabatan Audit Negara terus mencebur diri secara aktif dalam aktiviti Asian Organisation Of Supreme Audit Institutions (ASOSAI) dan International Organisation Of Supreme Audit Institutions (INTOSAI) di bidang penyelidikan dan pasukan kerja ASOSAI/INTOSAI. Buat pertama kalinya Jabatan ini telah dilantik menjadi juruaudit INTOSAI. Pada tahun 2007 juga, Jabatan telah membekalkan tenaga pengajar kepada 3 kursus/bengkel ASOSAI dan menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Badan Pemeriksa Keuangan Republik Indonesia dalam bidang pengauditan dan latihan.

Perutusan Ketua Audit Negara

Di bidang ICT, Jabatan ini telah berperanan memberi teguran-teguran yang membina terhadap beberapa pembangunan sistem dan aplikasi eKerajaan yang seterusnya memberi impak terhadap pendekatan pelaksanaan dan mengelakkan pembaziran.

Bagi memantapkan lagi fokus dan keupayaan Jabatan kepada perkembangan dan kemajuannya untuk beberapa tahun yang akan datang, Jabatan telah menyusun semula organisasi dan keperluan pembangunan modal insan dalam pelbagai bidang. Dari aspek prasarana, Jabatan telah memperkenalkan Sistem Pengurusan Pengauditan (eSPP) serta memperluaskan penggunaan Sistem Pengurusan Aset dan sidang video bagi membantu dalam keberkesanan pengurusan Jabatan.

2007 merupakan tahun merayakan 50 tahun kemerdekaan negara, di mana Malaysia sekarang berada di barisan hadapan negara-negara membangun yang telah berjaya dalam pelbagai bidang. Antara faktor kejayaannya ialah sumbangan perkhidmatan awam melaksanakan pelbagai dasar, program dan projek. Jabatan Audit Negara turut berbangga dengan pencapaian ini dan akan terus melaksanakan tanggungjawab memantau akauntabiliti dan integriti perkhidmatan awam dalam menguruskan kewangan negara supaya pembangunan negara dapat dipacu secara berhemah dan berkesan.

Page 7: Sektor Audit Kerajaan Negeri

6 l a p o r a n a k t i v i t i t a h u n a n 2 0 0 7

1. Laporan Ketua Audit Negara Bagi Tahun 2006:

• Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Akaun Awam dan Aktiviti Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 12 Julai 2007 dan dibentangkan di Parlimen pada 7 September 2007.

• Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Akaun Awam dan Aktiviti Kementerian/Jabatan bagi 13 Kerajaan Negeri dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 12 Julai dan 28 Ogos 2007 dan dibentangkan di Parlimen pada 11 September 2007.

• Laporan Ketua Audit Negara bagi Pengurusan dan Aktiviti Badan Berkanun Persekutuan dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 12 Julai 2007 dan dibentangkan di Parlimen pada 7 September 2007.

2. Pengauditan yang dilaksanakan dalam tahun 2007:

3. Pengauditan pengurusan kewangan dilaksanakan terhadap 64 Pejabat Perwakilan Malaysia, Jabatan Penuntut Malaysia dan lain-lain agensi luar negara.

4. Pemeriksaan mengejut telah dilaksanakan di 51 jabatan/pejabat Kerajaan Persekutuan.

5. Jabatan Audit Negara dilantik mengetuai pasukan bagi menjalankan pemeriksaan terhadap bangunan Kerajaan di Putrajaya dan Kuala Lumpur.

6. Unit Pengauditan Pengurusan Air telah ditubuhkan pada Februari 2007 untuk menjalankan auditan terhadap program/aktiviti Jabatan Bekalan Air dan Syarikat Air.

7. Pelancaran 3 Garis Panduan Pengauditan:

• Garis Panduan Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan Dan Negeri• Garis Panduan Pengauditan Fraud• Garis Panduan Pengendalian Kertas Kerja Audit

Imbasan Pencapaian 2007

Sektor Audit

Aktiviti Pengauditan Utama

Penyata Kewangan

Pengurusan Kewangan/

Agensi(Dalam Negara)

Prestasi

Kerajaan Persekutuan 1 61 38

Kerajaan Negeri 312 128 52

Badan Berkanun

Persekutuan115 37 19

Jumlah 428 226 109

Page 8: Sektor Audit Kerajaan Negeri

J A B ATA N A U D I T N E G A R A 7

8. Pelancaran Perancangan Strategik Jabatan 2008 hingga 2010.

9. Seminar Audit Dalam julung kali diadakan dengan penyertaan seramai 350 peserta dari Unit Audit Dalam Sektor Awam dan Government Link Companies (GLCs).

10. Jabatan Audit Negara dipilih menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian Dan Ketua Perkhidmatan yang diadakan di Akademi Audit Negara dan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara.

11. Akademi Audit Negara menganjurkan 2 kursus antarabangsa di bawah Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP).

12. Akademi Audit Negara menganjurkan kursus pengauditan prestasi untuk pegawai dari National Audit Authority Of Cambodia.

13. Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang pengauditan sektor awam ditandatangani antara Jabatan Audit Negara dengan Badan Pemeriksa Keuangan Republik Indonesia.

14. Jabatan Audit Negara dilantik menjadi Juruaudit International Organisation Of Supreme Audit Institutions (INTOSAI) bagi tahun kewangan 2007 hingga 2009.

15. Jabatan Audit Negara menjadi tuan rumah bengkel ASOSAI bertajuk “Financial Audit and Fraud Awareness” bagi Institusi Utama Audit di Lembah Mekong dan Asia Selatan.

16. Penambahbaikan aplikasi ICT Jabatan:

• Sistem Pengurusan Pengauditan (eSPP)• Sistem Integrated Library Management Utility (ILMU)• Sistem Peperiksaan • Sistem Fail• Integrated Campus Management System (ICMS)

17. Pemasangan peralatan sidang video di Akademi Audit Negara dan 13 Cawangan Audit Negeri.

18. Konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) peringkat Jabatan Audit Negara telah diadakan pada bulan Oktober 2007.

19. Cawangan Audit Negeri Sembilan telah menjadi juara Konvensyen peringkat Negeri Sembilan buat kali kedua berturut-turut dan seterusnya mewakili Negeri ke peringkat kebangsaan.

20. Cawangan Audit Negeri Johor menjadi tuan rumah majlis Sambutan Hari Audit Se-Malaysia 2007.

21. Sambutan 50 tahun kemerdekaan peringkat Jabatan Audit Negara diadakan di Ibu Pejabat Putrajaya, Akademi Audit Negara dan semua Cawangan Audit Negeri.

22. Seminar Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) Negeri telah diadakan di Akademi Audit Negara pada 24 April 2007 yang dihadiri oleh 109 ahli PAC Negeri.

23. Akademi Audit Negara menganjurkan 75 kursus/bengkel dalam bidang pengauditan, perakaunan, ICT dan pengurusan yang melibatkan penyertaan 2,930 peserta.

Imbasan Pencapaian 2007

Page 9: Sektor Audit Kerajaan Negeri

8 l a p o r a n a k t i v i t i t a h u n a n 2 0 0 7

Page 10: Sektor Audit Kerajaan Negeri

MAKLUMAT korporat

9

Page 11: Sektor Audit Kerajaan Negeri

10 l a p o r a n a k t i v i t i t a h u n a n 2 0 0 7

Mak

lum

at K

orpo

rat

Perspektif

PERLANTIKAN KETUA AUDIT NEGARAKetua Audit Negara dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja mengikut Artikel 105 Perlembagaan Persekutuan. Seseorang yang telah memegang jawatan Ketua Audit Negara boleh dilantik semula tetapi tidak boleh dilantik bagi apa-apa jawatan lain dalam perkhidmatan Persekutuan atau perkhidmatan sesebuah Negeri. Ketua Audit Negara boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatan tetapi tidak boleh dilucutkan jawatannya kecuali atas asas dan kaedah yang sama bagi melucutkan jawatan seseorang Hakim Mahkamah Persekutuan.

MANDAT AUDITPerkara 106 Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957 menggariskan tanggungjawab Ketua Audit Negara untuk mengaudit Akaun Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Agensi Kerajaan, Pihak Berkuasa Awam Lain dan Badan-badan yang ditentukan dengan perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Mandat bagi pengauditan Syarikat Kerajaan/Anak Syarikat Kerajaan juga diterima melalui Perintah daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Laporan Ketua Audit Negara bagi Kerajaan Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk dibentangkan di Parlimen. Manakala Laporan Ketua Audit Negara bagi Kerajaan Negeri dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong/Sultan/Raja/Yang di-Pertuan Besar/Yang di-Pertua Negeri untuk dibentangkan di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Ketua Audit Negara berkuasa penuh untuk mendapatkan segala maklumat dan keterangan serta penjelasan dalam menjalankan kewajipannya. Beliau berhak memeriksa semua dokumen dan boleh meminta individu tertentu memberi keterangan secara bersumpah serta memberi kuasa kepada mana-mana individu menjalankan penyiasatan dan pemeriksaan bagi pihak beliau. Di samping itu, Ketua Audit Negara juga boleh mendapatkan khidmat nasihat perundangan bagi menjalankan tugasnya. Segala keterangan dan maklumat yang didapati oleh Ketua Audit Negara berkaitan dengan kewajipannya adalah rahsia.

JENIS PENGAUDITAN • Pengauditan Penyata Kewangan - untuk mengesahkan penyata kewangan

tahunan yang dikemukakan oleh Kerajaan Persekutuan/Negeri/Agensi Kerajaan bagi memenuhi keperluan undang-undang dan standard perakaunan. Melalui pengauditan ini Ketua Audit Negara akan memberi pendapat sama ada penyata yang disediakan menggambarkan kedudukan kewangan yang benar dan saksama serta rekod-rekod perakaunan mengenainya telah diselenggarakan dengan teratur dan dikemas kini.

Page 12: Sektor Audit Kerajaan Negeri

J A B ATA N A U D I T N E G A R A 11

Perspektif

• Pengauditan Pematuhan - untuk menentukan sama ada pengurusan kewangan di Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan kewangan yang berkaitan.

• Pengauditan Prestasi - untuk menilai sama ada sesuatu program/ aktiviti Kerajaan dilaksanakan dengan cekap, berhemat serta mencapai objektif yang ditetapkan.

Selain menjalankan pengauditan sebagaimana mengikut peruntukan perundangan yang telah ditetapkan, Jabatan Audit Negara dikehendaki menjalankan pengauditan/semakan berikut:

• Pengurusan kewangan sesebuah Kementerian/Jabatan bagi tujuan pengesahan jawatan pegawai Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA).

• Penampilan Audit atau Audit Presence ke beberapa Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang tidak termasuk dalam program pengauditan pengurusan kewangan bagi sesuatu tahun. Penampilan Audit dibuat dengan memberi penekanan kepada aspek semakan kawalan dalaman dan pemeriksaan audit terhadap wang hasil/panjar.

• Bermula tahun 2003, Jabatan Audit Negara melaksanakan Program Anak Angkat bertujuan memberi bimbingan dan nasihat kepada Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan dalam meningkatkan kualiti pengurusan kewangan.

PERANCANGAN STRATEGIK JABATAN AUDIT NEGARAPerancangan Strategik Jabatan Audit Negara bagi tahun 2008 hingga 2010 merupakan usaha Jabatan bagi merangka strategi atau matlamat dan membuat keputusan berkenaan pengagihan sumber untuk membantu Jabatan menghadapi isu dan cabaran masa kini dan akan datang. Perancangan ini disediakan dengan mengambil kira keperluan untuk menyesuaikan peranan Jabatan selaras dengan perkembangan semasa. Matlamat utama perancangan strategik ini adalah untuk memupuk dan memantapkan prinsip-prinsip akauntabiliti dan integriti dalam perkhidmatan awam, mengeluarkan Laporan Audit yang berkualiti dan memperkasa Jabatan ke arah organisasi yang cemerlang bersesuaian dengan peranan Jabatan untuk memastikan kemantapan akauntabiliti awam serta membantu Kerajaan melaksanakan dasar dengan berhemah, cekap dan berkesan.

Page 13: Sektor Audit Kerajaan Negeri

12 l a p o r a n a k t i v i t i t a h u n a n 2 0 0 7

Mak

lum

at K

orpo

rat

Pengurusan Tertinggi

Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Setia Ambrin bin BuangKETUA AUDIT NEGARA

Y. Bhg. Dato’ Azizah bt. Hj. ArshadTIMBALAN KETUA AUDIT NEGARA

(PERSEKUTUAN)

Tuan Hj. Anwari bin SuriTIMBALAN KETUA AUDIT NEGARA

(NEGERI)

Page 14: Sektor Audit Kerajaan Negeri

J A B ATA N A U D I T N E G A R A 13

12 3 4

5

1. En. Boon Jon LinPengarah Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan

2. Tuan Hj. Mustapha bin Naina MaricarPengarah Audit Negeri Cawangan Sabah

3. En. Mustafa bin Hj. SamanPengarah Sektor Pengurusan Korporat

4. En. Hamdan bin AhmadPengarah Sektor Audit Kerajaan Persekutuan

5. Pn. Ong Swee LengPengarah Audit Negeri Cawangan Sarawak

Pengurusan Tertinggi

Page 15: Sektor Audit Kerajaan Negeri

14 l a p o r a n a k t i v i t i t a h u n a n 2 0 0 7

Mak

lum

at K

orpo

rat

Carta Organisasi

Caw

anga

n A

udit

Pen

guru

san

Air

Keda

h

Kela

ntan

Tere

ngga

nu

Paha

ng

Neg

eri S

embi

lan

Mel

aka

Perl

is

Saba

h

Sara

wak

Joho

r

Sela

ngor

Pera

k

Pula

u Pi

nang

Caw

anga

n Ke

wan

gan

Caw

anga

n So

sial

Kew

anga

n 1

Kew

anga

n II

Kew

anga

n III

Kew

anga

n IV

Sosi

al 1

Sosi

al II

Sosi

al II

I

Sosi

al IV

JUSA

A

Kas

tam

& P

enga

ngku

tan

Wila

yah

Pers

ekut

uan

Kerj

a R

aya

Cuk

ai P

enda

pata

n

Pelb

agai

Kem

ente

rian

/Ja

bata

n II

Pert

ania

n &

Indu

stri

Asa

s Ta

ni

Pelb

agai

Kem

ente

rian

/Ja

bata

n I

Kese

lam

atan

& H

al E

hwal

D

alam

Neg

eri

Kew

anga

n

Kesi

hata

n &

Pe

mba

ngun

an M

asya

raka

t

Pert

ahan

an

Pend

idik

an

Peng

urus

an &

Sya

rika

t

Baha

gian

Pen

guru

san

Baha

gian

Pen

yelid

ikan

Baha

gian

Tek

nolo

gi

Mak

lum

at &

Kom

unik

asi

Caw

anga

n Pe

nyel

aras

an

& P

engu

rusa

n M

aklu

mat

Caw

anga

n K

hidm

at

Nas

ihat

Tek

nika

l

Aka

dem

i Aud

it N

egar

a

Page 16: Sektor Audit Kerajaan Negeri

J A B ATA N A U D I T N E G A R A 15

Perancangan Strategik Jabatan 2008 - 2010

TERAS 1 Pengukuhan Organisasi Melalui Latihan

• Membangunkan sumber manusia bagi memperkasa modal insan

• Komitmen terhadap budaya pembelajaran berterusan

• Memantapkan institusi latihan

• Berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan Institusi Audit negara luar

TERAS 2 Pengauditan Yang Berkualiti, Cekap, Berkesan Dan Berhemah

• Pengauditan berkualiti melalui pematuhan kepada standard pengauditan antarabangsa

• Memantap sistem dan prosedur pengauditan

• Menceburi bidang pengauditan baru bersesuaian dengan perkembangan semasa

• Penggunaan teknik dan metodologi pengauditan terkini

TERAS 3 Laporan Ketua Audit Negara Yang Berkualiti

• Meningkatkan kualiti secara berterusan

• Impak positif untuk meningkatkan kecemerlangan pengurusan dan akauntabiliti sektor awam

Page 17: Sektor Audit Kerajaan Negeri

16 l a p o r a n a k t i v i t i t a h u n a n 2 0 0 7

Mak

lum

at K

orpo

rat

Kod Etika Juruaudit dikeluarkan untuk menjadi panduan kepada semua anggota Audit selaras dengan hasrat bagi mempertingkatkan prestasi dan profesionalisme Jabatan bersesuaian dengan fungsi Jabatan untuk meningkatkan akauntabiliti dalam pengurusan wang awam.

Kod Etika Juruaudit

Penglibatan Dalam Aktiviti Luar

Profesionalisme

Keutuhan

Jaminan Kualiti

Kod Etika Juruaudit

Kerahsiaan

Kompetensi dan Ketelitian Profesional Yang Sewajarnya

Disiplin Diri

Kebebasan, Adil Dan Saksama

Urus Tadbir Yang Baik Percanggahan Kepentingan

Page 18: Sektor Audit Kerajaan Negeri

J A B ATA N A U D I T N E G A R A 17

NaziranUnit Naziran Jabatan Audit Negara ditubuhkan berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Bil.9 Tahun 2004 bertujuan untuk memastikan kawalan dalaman Jabatan adalah mencukupi bagi mewujudkan sistem kewangan dan pentadbiran yang telus, bersih, cekap dan amanah. Unit Naziran membuat pemeriksaan terhadap sistem pengurusan kewangan dan pentadbiran Jabatan bagi memastikan:

• Wujud sistem kawalan dalaman pengurusan kewangan dan pentadbiran yang baik.• Rekod kewangan, pentadbiran dan pengurusan sumber diselenggarakan dengan lengkap, kemaskini dan

mengikut peraturan.• Harta modal dan inventori dikawal dan direkod dengan kemas kini serta mengikut peraturan.• Semua pekeliling, panduan dan arahan yang dikeluarkan oleh Agensi Pusat dan Ibu Pejabat dipatuhi.• Suasana tempat kerja adalah bersih dan kondusif.

Pada tahun 2007 Unit Naziran telah menjalankan pengauditan di Negeri/Bahagian/Cawangan Jabatan Audit Negara seperti berikut:

Tarikh Negeri/Bahagian/Cawangan

29 - 31 Januari 2007 Cawangan Audit Pelbagai Kementerian/Jabatan I

5 - 7 Februari 2007 Cawangan Audit Pelbagai Kementerian/Jabatan II

5 - 9 Februari 2007 Cawangan Audit Negeri Selangor

20 - 25 Jun 2007 Cawangan Audit Pendidikan

25 - 27 Julai 2007 Bahagian Pengurusan, Ibu Pejabat JAN

6 - 10 Ogos 2007 Akademi Audit Negara

Mesyuarat JabatanJabatan Audit Negara telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan mengikut jadual yang dirancang dan Mesyuarat Jawatankuasa secara berkala sebagaimana ditetapkan. Ini adalah untuk memastikan semua Rancangan Tahunan Jabatan dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan serta untuk memantapkan lagi pengurusan Jabatan.

Mesyuarat BilanganMesyuarat Pengurusan 18

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun 4Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan 4Mesyuarat Jawatankuasa Standard Pengauditan & Perakaunan 4Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) 4Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset 4Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan 4

Kawalan Dalaman & Mesyuarat Jabatan

Page 19: Sektor Audit Kerajaan Negeri

18 l a p o r a n a k t i v i t i t a h u n a n 2 0 0 7

Mak

lum

at K

orpo

rat

Jawatankuasa yang dianggotai di peringkat Kerajaan Persekutuan adalah seperti berikut:

• Jawatankuasa Kerja Majlis Tindakan Negara• Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan• Mesyuarat Ketua-ketua Setiausaha Dan Ketua Perkhidmatan• Mesyuarat Ketua-ketua Jabatan Persekutuan• Mesyuarat Ketua-ketua Eksekutif Badan Berkanun Persekutuan• Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negara• Jawatankuasa Perhubungan Antara Kerajaan Persekutuan Dan Kerajaan Negeri• Jawatankuasa Pemandu Kerajaan Elektronik• Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan, Jabatan Perdana Menteri• Ahli Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia• Panel Anugerah Kualiti Perdana Menteri – MAMPU• Majlis Bersama Jabatan, JPM• Lembaga Penilaian Kompetensi, JPM• Jawatankuasa IT dan Internet Kerajaan (JTIK)• Jawatankuasa Pemandu Standard Accounting Systems For Government Agencies (SAGA)• Jawatankuasa Pengauditan Bangunan-bangunan Kerajaan Di Putrajaya Dan Kuala Lumpur• Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan• Jawatankuasa Penambahbaikan Sistem Rundingan Harga Perolehan Kerajaan

Jawatankuasa yang dianggotai di peringkat Negeri adalah seperti berikut:

• Jawatankuasa Pembangunan Negeri• Jawatankuasa Majlis Tindakan Negeri• Jawatankuasa Kerja Tindakan Negeri• Jawatankuasa Pemantauan Projek Pembangunan• Jawatankuasa Integriti Kerajaan Negeri• Jawatankuasa IT Dan Internet Kerajaan• Jawatankuasa Pengaduan Awam Negeri• Jawatankuasa Tetap Kewangan Dan Belanjawan Kerajaan Negeri• Jawatankuasa Kerja Keutuhan Pengurusan Kerajaan Negeri• Jawatankuasa Induk Pengurusan Kewangan, Akaun Dan Audit Negeri• Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negeri• Jawatankuasa Pemantauan Tanah/Projek-projek Persekutuan• Jawatankuasa Bertindak Perancangan Kewangan, Tanah Dan Sumber Asli• Jawatankuasa Penyelarasan/Pengurusan Dan Keselamatan Wisma Persekutuan• Jawatankuasa Tunggakan Hasil Negeri• Jawatankuasa Teknikal Sistem Perakaunan Berkomputer Standard Kerajaan Negeri• Jawatankuasa Pelarasan Tabung-tabung Amanah Bagi Kerajaan Negeri• Jawatankuasa Perhubungan Antara Jabatan/Agensi Negeri, Jabatan Persekutuan Dan Pihak Berkuasa Tempatan• Jawatankuasa Anugerah Laporan Korporat Dewan Perniagaan Dan Perindustrian• Jawatankuasa Pemandu Peningkatan Kualiti Agensi-agensi Persekutuan/Panel Anugerah Kualiti• Jawatankuasa Pemandu Teknologi Maklumat Dan Komunikasi• Jawatankuasa Audit Dan Pemeriksaan Lembaga Pelancongan

Penglibatan Di Peringkat Jawatankuasa Persekutuan & Negeri

Page 20: Sektor Audit Kerajaan Negeri

AKTIVITI utama

19

Page 21: Sektor Audit Kerajaan Negeri
Page 22: Sektor Audit Kerajaan Negeri

21

aktiviti utama

sektor pengurusan korporat

Sektor Pengurusan Korporat merupakan sektor sokongan dalam Jabatan Audit Negara. Sektor ini terdiri daripada Bahagian Pengurusan, Bahagian Penyelidikan, Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Akademi Audit Negara, Cawangan Penyelarasan Dan Pengurusan Maklumat dan Cawangan Khidmat Nasihat Teknikal.

Sektor Pengurusan Korporat memberi tumpuan kepada perkara berikut:

• Mempertingkatkan mutu penyampaian perkhidmatan sokongan kepada setiap sektor.

• Mengekal dan membangunkan keupayaan sumber manusia untuk mencapai pembangunan profesional yang berterusan.

• Meningkatkan keupayaan dan mengasah bakat penghasilan, perundingan dan kepimpinan kakitangan.

• Mengenal pasti pemimpin sebagai pelapis, pemangkin dan penggerak masa depan.

Page 23: Sektor Audit Kerajaan Negeri

22 l a p o r a n a k t i v i t i t a h u n a n 2 0 0 7

BAHAGIAN PENGURUSANBahagian Pengurusan mempunyai 2 Cawangan iaitu Cawangan Pentadbiran dan Kewangan dan Cawangan Sumber Manusia. Fungsi utama Bahagian ialah :

• Mengurus pentadbiran am Jabatan yang merangkumi pengurusan harta modal, inventori, kenderaan, pelupusan, surat menyurat, fail dan urusan lain selaras dengan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA);

• Mengurus kewangan Jabatan yang merangkumi bajet, perbelanjaan mengurus dan pembangunan, Akaun Amanah, Akaun Hasil dan perolehan;

• Mengurus sumber manusia merangkumi urusan perkhidmatan, persaraan, kenaikan pangkat dan lain-lain; dan• Mengendali urusan peperiksaan Jabatan seperti peperiksaan perkhidmatan, Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)

dan Peperiksaan Khas Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL).

CAWANGAN PENTADBIRAN AM DAN KEWANGANFungsi utama Cawangan Pentadbiran Am dan Kewangan adalah meliputi urusan Pentadbiran Am, Pembangunan dan Kewangan Jabatan. Unit Pentadbiran Am bertanggungjawab mengurus pentadbiran am, penyelenggaraan pejabat dan penggunaan kemudahan pejabat. Manakala, tanggungjawab utama Unit Kewangan ialah sebagai Pusat Tanggungjawab yang berurusan dengan Akauntan Negara Cawangan Wilayah Persekutuan untuk urusan gaji, tuntutan, bayaran bil dan penyediaan laporan prestasi perbelanjaan. Unit Kewangan juga bertanggungjawab sebagai Ibu Pejabat yang berurusan dengan Agensi Pusat seperti Perbendaharaan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri dan Akauntan Negara. Selain itu, unit ini juga berperanan sebagai urus setia pembangunan Jabatan untuk menjadi penggerak utama jentera penyelaras projek pembangunan Jabatan.

UNIT PENTADBIRAN AM

Pengurusan Harta Modal/Inventori Dan Stor JabatanJabatan Audit Negara telah memperolehi Sistem Pengurusan Aset dan Stor yang dikenali sebagai MyAsset dan MyStor bagi mengurus dan mengawal Harta Modal, Inventori dan Stor/Stok Bekalan Pejabat. Unit Pentadbiran Am telah selesai mengemaskini rekod-rekod Harta Modal/Inventori di Pejabat Ketua Audit Negara, Pejabat Timbalan Ketua Audit Negara (Persekutuan), Pejabat Timbalan Ketua Audit Negara (Negeri) dan semua Sektor serta Cawangan Audit Negeri.

Sistem MyAsset ini juga telah dipertingkatkan selaras dengan keperluan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007 (Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan) terutama daripada aspek pelaporan kepada Perbendaharaan Malaysia selain daripada pematuhan kepada segala aspek borang-borang yang dikuatkuasakan oleh pekeliling tersebut .

Sehubungan itu, antara tugas yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut :-• Mengemaskini rekod harta modal dan inventori;• Mengeluarkan senarai aset mengikut lokasi dan nama pegawai;• Membuat pelabelan aset dan lokasi; • Membuat pemerhatian dan pemantauan terhadap penggunaan sistem; dan• Menyediakan laporan kedudukan aset semasa kepada Perbendaharaan Malaysia.

Page 24: Sektor Audit Kerajaan Negeri

Sektor Pengurusan Korporat

J A B ATA N A U D I T N E G A R A 23

UNIT KEWANGAN

Prestasi Perbelanjaan MengurusPada tahun 2007, peruntukan perbelanjaan mengurus Jabatan Audit Negara berjumlah RM104.3 juta iaitu peningkatan sebanyak RM16.9 juta (19.29%) dari tahun 2006. Daripada jumlah tersebut, sejumlah RM98.1 juta (94.05%) telah dibelanjakan. Maklumat terperinci adalah seperti berikut:

Peruntukan Dan Perbelanjaan Mengurus Bagi Tahun 2006 & 2007

Perkara2006 2007

Peruntukan(RM)

Perbelanjaan(RM)

Peruntukan(RM)

Perbelanjaan(RM)

Emolumen 50,074,300 49,753,060 57,213,200 52,255,606

Perkhidmatan dan Bekalan

33,975,100 32,880,507 42,603,600 41,422,081

Aset 3,291,600 3,174,736 4,395,800 4,341,907

Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap

54,000 53,175 69,800 64,757

Lain-lain Perbelanjaan

35,000 30,869 15,000 11,958

Jumlah 87,430,000 85,892,347 104,297,400 98,096,309

Ubah Suai Pejabat Dan Pembelian KenderaanJabatan Audit Negara telah melaksanakan ubah suai ruang pejabat untuk Ibu Pejabat Jabatan Audit Negara, Cawangan Audit Negeri Johor dan Akademi Audit Negara. Selain itu, Jabatan Audit Negara juga telah membuat perolehan sebanyak 6 kenderaan pacuan 4 roda untuk kegunaan di Ibu Pejabat, Cawangan Audit Negeri Sabah dan Cawangan Audit Negeri Sarawak. Maklumat peruntukan dan perbelanjaan adalah seperti berikut :

Ubah Suai Pejabat

LokasiPeruntukan

(RM)Perbelanjaan

(RM)

Ibu Pejabat 376,770 265,269

Cawangan Audit Negeri Johor

547,000 525,715

Akademi Audit Negara

126,000 119,363

Jumlah 1,049,770 910,347

Perolehan Kenderaan

LokasiPeruntukan

(RM)Perbelanjaan

(RM)

Ibu Pejabat 340,000 317,279

Cawangan Audit Negeri Sabah

210,000 210,000

Cawangan Audit Negeri Sarawak

400,000 399,600

Jumlah 950,000 926,879

Page 25: Sektor Audit Kerajaan Negeri

24 l a p o r a n a k t i v i t i t a h u n a n 2 0 0 7

Prestasi Perbelanjaan PembangunanDi bawah Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMK-9) Jabatan Audit Negara telah diberi peruntukan pembangunan sejumlah RM70.3 juta bagi melaksanakan projek pembinaan 7 Pejabat Cawangan Audit Negeri, Akademi Audit Negara dan Projek Pengkomputeran. Sehingga tahun 2007 sejumlah RM14.8 juta telah dibelanjakan. Maklumat terperinci prestasi perbelanjaan adalah seperti berikut:

Prestasi Peruntukan Dan Perbelanjaan Pembangunan Bagi Tahun 2006 & 2007

Projek2006 2007

Peruntukan(RM)

Perbelanjaan(RM)

Peruntukan(RM)

Perbelanjaan(RM)

Akademi Audit Negara/ Bangunan Pejabat

3,000,000 1,444,258 3,000,000 2,863,557

Projek Pengkomputeran 2,286,000 2,089,570 5,644,550 5,635,964

Tabung Tanah - - 2,808,334 2,806,823

Jumlah 5,286,000 3,533,828 11,452,884 11,306,344

Projek Pembinaan Pejabat Audit Cawangan NegeriKemajuan Pelaksanaan Projek-projek pembinaan pejabat Cawangan Audit Negeri di bawah RMK-9 Jabatan Audit Negara sehingga 31 Disember 2007 adalah seperti berikut :-

• Pembinaan Pejabat Audit Negeri Selangor Perjanjian jual beli tanah telah ditandatangani pada 2 Oktober 2007. Bayaran perolehan tapak sebanyak 10% iaitu

sejumlah RM549,800 telah dibayar kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada 7 November 2007. Baki sebanyak 90% iaitu sejumlah RM4,948,198 akan dibayar setelah pindah hakmilik tanah dilakukan oleh PKNS. Pelan rekabentuk bangunan masih dalam tindakan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan perunding.

• Pembinaan Pejabat Audit Negeri Pahang Perjanjian jual beli tanah telah ditandatangani pada 25 September 2007. Bayaran perolehan tapak sebanyak

RM3,789,729 telah dilakukan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) pada 31 Oktober 2007. Pelan konsep telah dipersetujui oleh pihak Jabatan Audit Negara. Projek telah ditender pada 22 November 2007.

• Pembinaan Pejabat Audit Negeri Perak Perjanjian jual beli tanah telah ditandatangani oleh pihak Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian pada 6

September 2007. Bayaran perolehan tapak sebanyak RM1,602,790 telah dibayar kepada PCB Development Sdn. Bhd. Projek telah ditender pada 13 Disember 2007.

• Pembinaan Pejabat Audit Negeri Sembilan Perjanjian jual beli tanah telah ditandatangani pada 11 Disember 2007. Bayaran sebanyak 10% iaitu sejumlah

RM400,000 telah dibayar kepada Oakland Holdings Sdn. Bhd. Baki bayaran sebanyak 90% iaitu sejumlah RM3,600,000 akan dijelaskan setelah pindahmilik diselesaikan oleh tuan tanah. Rekabentuk bangunan disediakan oleh JKR.

Page 26: Sektor Audit Kerajaan Negeri

Sektor Pengurusan Korporat

J A B ATA N A U D I T N E G A R A 25

• Pembinaan Pejabat Audit Negeri Terengganu Perbicaraan pengambilan tanah diadakan pada 9 hingga 10 Oktober 2007. Bayaran pampasan kepada tuan

tanah telah diselesaikan pada 31 Disember 2007. Pihak JKR telah pun melantik perunding bagi menyediakan rekabentuk.

• Pembinaan Pejabat Audit Negeri Kelantan Perbicaraan pengambilan balik tanah diadakan pada 28 hingga 29 November 2007. Bayaran pampasan kepada

tuan tanah telah diselesaikan pada 11 Januari 2008. Rekabentuk bangunan tersebut telah disediakan oleh JKR.

• Pembinaan Pejabat Audit Negeri Melaka Perjanjian jual beli tanah telah ditandatangani pada 12 Disember 2007. Bayaran sebanyak 10% iaitu sejumlah

RM161,370 telah dilakukan pada bulan Disember 2007. Baki sebanyak 90% iaitu sejumlah RM 1,452,330 akan dilakukan setelah proses pindah milik selesai dibuat oleh Jabatan Ketua Menteri Melaka. Rekabentuk bangunan telah disediakan oleh JKR.

CAWANGAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIACawangan Pengurusan Sumber Manusia bertanggungjawab dalam melaksanakan urusan perkhidmatan kakitangan Jabatan Audit Negara. Perjawatan yang telah diluluskan bagi Jabatan Audit Negara pada tahun 2007 adalah sebanyak 1,620 jawatan di mana sebanyak 1,499 jawatan telah diisi. Kekosongan perjawatan sebanyak 121 jawatan adalah termasuk 77 jawatan Pembantu Juruaudit Gred W17 di mana Jabatan telah memutuskan tidak mengisi jawatan tersebut sebaliknya akan di trade off dengan jawatan Penolong Juruaudit Gred W27 dalam penstrukturan semula Jabatan Audit Negara. Perincian kedudukan perjawatan adalah seperti berikut :

Kedudukan Perjawatan Mengikut Kategori

Kategori Diluluskan Diisi Kekosongan

Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) 7 7 0

Pengurusan & Profesional 275 266 9

Sokongan 1,338 1,226 112

Jumlah 1,620 1,499 121

Page 27: Sektor Audit Kerajaan Negeri

26 l a p o r a n a k t i v i t i t a h u n a n 2 0 0 7

Aktiviti utama Cawangan Pengurusan Sumber Manusia adalah menguruskan pengisian Jawatan, pengesahan dalam perkhidmatan, pertukaran dalaman, urusan kenaikan pangkat, persaraan, urusan tatatertib, kaunseling, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, anjakan gaji dan pelanjutan pengajian ke peringkat Diploma, Ijazah dan Sarjana. Pencapaian cawangan ini sepanjang tahun 2007 adalah seperti berikut:

Pencapaian Cawangan Pengurusan Sumber Manusia Bagi Tahun 2007

Perkara Bilangan Pegawai/Kakitangan

Pengisian Jawatan 327

Pengesahan Dalam Jawatan 18

Pertukaran 122

Kenaikan Pangkat 254

Persaraan 39

Tindakan Tatatertib 3

Kaunseling 2

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 112

Anjakan Gaji 165

Program Diploma, Ijazah Dan Sarjana 31

UNIT PEPERIKSAANUnit Peperiksaan dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan peperiksaan bagi pegawai dan kakitangan Jabatan Audit Negara. Bilangan dan jenis peperiksaan yang dijalankan sepanjang tahun 2007 adalah seperti di bawah:

Peperiksaan Perkhidmatan

Bilangan Tarikh Gred

Bilangan Calon

Perlembagaan & Undang-undang

Perakaunan Pengauditan

1/200710 – 12 Julai

2007

W41 47 48 48

W27 16 17 16

W17 - 3 2

2/200713 – 15

November 2007

W41 10 21 10

W27 136 137 144

W17 - 1 2

Page 28: Sektor Audit Kerajaan Negeri

Sektor Pengurusan Korporat

J A B ATA N A U D I T N E G A R A 27

Peperiksaan Khas Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) Ke Skim Perkhidmatan Penolong Juruaudit W27

Bilangan Tarikh

Bilangan Calon

Perlembagaan, Undang-undang,

Peraturan Kewangan & Pentadbiran

Perakaunan Pengauditan

1/2007 10 – 12 Julai 2007 14 18 16

2/2007 13 – 15 November 2007 2 2 2

Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)

Bilangan TarikhBilangan Calon

GredKompetensi

UmumKompetensi

Khusus

1/2007 20-21 Mac 2007

W41 46 49

W32 41 49

W27 275 314

W22 10 10

W17 46 44

2/2007 26-27 Jun 2007

W41 51 83

W32 23 42

W27 184 207

W22 11 10

W17 43 38

3/2007 4-5 September 2007

W41 7 16

W32 10 16

W27 64 67

W22 2 2

W17 19 20

4/2007 11-12 Disember 2007

W41 25 47

W32 11 23

W27 60 112

W22 3 5

W17 21 20

Page 29: Sektor Audit Kerajaan Negeri

28 l a p o r a n a k t i v i t i t a h u n a n 2 0 0 7

BAHAGIAN PENYELIDIKANObjektif Bahagian Penyelidikan ialah untuk membantu pihak pengurusan dalam perancangan dan penggubalan dasar Jabatan melalui penyelidikan dan perhubungan luar. Sehubungan dengan ini, fungsi utama bahagian ini adalah seperti berikut:

• Menjalankan penyelidikan terhadap perkembangan pengauditan terkini daripada sumber luar dan di kalangan anggota Negara Asian Organisation Of Supreme Audit Institutions (ASOSAI) dan International Organisation Of Supreme Audit Institutions (INTOSAI);

• Menyedia manual/garis panduan pengauditan baru dan mengkaji semula untuk penambahbaikan manual/garis panduan pengauditan yang sedia ada;

• Mengurus dan menyelaras pelantikan Firma Audit Swasta bagi menjalankan pengauditan akaun Badan Berkanun Persekutuan/Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan;

• Memberi maklumbalas terhadap soal selidik dan maklumat yang diperlukan oleh Institusi Antarabangsa dan dalam negara;

• Menyediakan ringkasan petikan Penyata Rasmi Parlimen (Hansard) yang mengandungi isu-isu signifi kan berkaitan pengauditan yang dibincangkan semasa persidangan Dewan Rakyat;

• Memantau berita berhubung pengauditan dari media cetak dan eletronik termasuk blog Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO);

• Menyedia/menyelaras penyediaan kertas Negara untuk kongres, persidangan, urusan surat-menyurat/e-mail dengan ASOSAI/INTOSAI;

• Menjadi sekretariat kepada persidangan/seminar serta kursus dalam negara dan antarabangsa; dan • Mengurus lawatan Ketua Audit Negara serta mengurus lawatan delegasi dari luar negara.

Aktiviti Bahagian Penyelidikan Tahun 2007 Sepanjang tahun 2007 beberapa aktiviti telah dijalankan oleh Bahagian Penyelidikan seperti berikut: Penyediaan Perancangan Strategik Jabatan 2008 – 2010Perancangan Strategik Jabatan 2008 – 2010 bertujuan untuk menyediakan rangka kerja kepada warga Jabatan dalam merancang, melaksana serta memantau pelaksanaan aktiviti-aktiviti bagi menangani perubahan dan cabaran dalam meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan. Teras Perancangan Strategik Jabatan ditumpukan kepada tiga perkara iaitu pengukuhan organisasi melalui latihan, pengauditan yang berkualiti, cekap dan berkesan serta Laporan Ketua Audit Negara yang berkualiti. Empat komponen utama yang dikenalpasti sebagai penyumbang kepada pelaksanaan Perancangan Strategik Jabatan ialah komitmen pengurusan atasan, modal insan, kecemerlangan operasi serta kemudahan infrastruktur dan infostruktur.

Penyediaan Kertas Cadangan Penstrukturan Semula Organisasi Jabatan Pada tahun 2007, Jabatan Audit Negara telah membuat penilaian semula terhadap struktur organisasi yang sedia ada selaras dengan peningkatan peranan dan tanggungjawab serta peluasan fungsi Jabatan. Tujuan penstrukturan semula Jabatan adalah untuk memantapkan struktur organisasi dan perjawatan Jabatan yang sedia ada bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatannya dan sekaligus meningkatkan tadbir urus perkhidmatan awam. Hasil perbincangan bersama pihak pengurusan dan pegawai di semua sektor (Persekutuan, Negeri, Badan Berkanun Persekutuan dan Pengurusan Korporat), satu kertas cadangan penstrukturan semula Jabatan telah disediakan dan telah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam untuk pertimbangan pada bulan Oktober 2007.

Page 30: Sektor Audit Kerajaan Negeri

Sektor Pengurusan Korporat

J A B ATA N A U D I T N E G A R A 29

Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Dengan Badan Pemeriksa Keuangan Republik IndonesiaSempena Kongres Antarabangsa Institusi Utama Audit ke-19 di Mexico City, Mexico pada 5 hingga 10 November 2007, Jabatan Audit Negara telah mengambil kesempatan untuk mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Setia Ambrin bin Buang, Ketua Audit Negara Malaysia dan Y. Bhg. Dr. Anwar Nasution, Pengerusi Badan Pemeriksa Keuangan Republik Indonesia pada 4 November 2007 bagi menjimatkan kos dan masa. Majlis yang serba ringkas ini telah diadakan di La Hacienda D Los Morales dan dihadiri oleh seramai 25 orang delegasi termasuk pegawai daripada Badan Pemeriksa Keuangan Republik Indonesia, Pejabat Kedutaan Indonesia dan Pejabat Kedutaan Besar Malaysia.

Penyediaan Dan Penyemakan Semula Garis Panduan Jabatan Selaras dengan saranan Perdana Menteri mengenai isu rasuah, amalan salah guna kuasa dan penyelewengan, Jabatan Audit Negara telah mengeluarkan Garis Panduan Pengauditan Fraud bagi membantu juruaudit mengambil langkah-langkah yang sewajarnya semasa proses pengauditan. Garis Panduan ini telah disediakan berdasarkan dokumen yang dikeluarkan oleh ASOSAI, INTOSAI Development Initiative (IDI) dan General Accountability Offi ce (GAO), Amerika Syarikat serta disesuaikan mengikut keperluan Jabatan dan keadaan di Malaysia. Antara kandungan Garis Panduan ini ialah mengenai elemen dan petanda fraud serta langkah-langkah penting dalam proses pengauditan bagi mengesan fraud.

Di samping itu, semakan semula terhadap Garis Panduan Pengendalian Kertas Kerja Audit telah dilakukan bagi mengemaskini dan memantapkan garis panduan ini. Kertas Kerja Audit merupakan dokumen penting bagi menyokong penemuan dan pendapat Audit. Garis Panduan ini menghuraikan tujuan penyediaan kertas kerja, ciri utama, fail kertas kerja yang perlu diselenggarakan, tanda periksa audit, rujuk silang, pengelasan kertas kerja serta pemilikan dan penyimpanan kertas kerja.

Page 31: Sektor Audit Kerajaan Negeri

30 l a p o r a n a k t i v i t i t a h u n a n 2 0 0 7

Penyediaan Kertas Kabinet Dan LaporanBahagian ini bertanggungjawab menyediakan beberapa kertas kabinet, kertas kerja dan laporan berikut:

• Kertas kabinet mengenai Bengkel Kedua ASOSAI Bagi Institusi Utama Audit Mekong Dan Asia Selatan • Kertas kabinet bagi Kursus Pengauditan Prestasi untuk Pejabat Audit Kemboja• Kertas kabinet mengenai Memorandum Persefahaman dengan Badan Pemeriksa Keuangan Republik Indonesia• Kertas kabinet mengenai Cadangan Penubuhan Dana Untuk Membiayai Persidangan Ketua-ketua Audit Negara

Komanwel• Kertas mengenai Cadangan Penawaran Sebagai Juruaudit kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)• Laporan Hari Audit Se-Malaysia 2007• Laporan ringkas mengenai Kajian Mengenai Cadangan Perpindahan Perpustakaan Jabatan Ke Akademi Audit

Negara• Laporan ringkas mengenai Kajian Soal Selidik Kesediaan Pembantu Juruaudit Gred W26/22/17 Untuk Meningkatkan

Kelayakan Akademik.

Bengkel Kedua ASOSAI Bagi Institusi Utama Audit Lembah Mekong Dan Asia Selatan Jabatan Audit Negara telah dipilih oleh ASOSAI untuk menjadi hos kepada bengkel Financial Audit and Fraud Awareness pada 3 hingga 27 Mei 2007 bertempat di Hotel Legend, Kuala Lumpur. Bengkel ini merupakan bengkel Kedua ASOSAI bagi Institusi Utama Audit Lembah Mekong dan Asia Selatan. Seramai enam tenaga pengajar dan seorang pengurus latihan ASOSAI dari lima negara iaitu Indonesia, Filipina, Jepun, Nepal dan Pakistan serta Malaysia dan 28 peserta dari 6 negara iaitu Afghanistan, Cambodia, Laos, Maldives, Myanmar dan Vietnam telah menjayakan bengkel ini.

Bengkel ini merupakan bengkel anjuran bersama ASOSAI, INTOSAI Development Initiative (IDI) dan Asian Development Bank (ADB). Di antara objektif mengadakan bengkel ini adalah untuk memberi pengetahuan dan kemahiran kepada peserta bagi membolehkan mereka melaksanakan pengauditan kewangan dan mendedahkan peserta mengenai pengetahuan terhadap fraud dan rasuah. Sepanjang tempoh menghadiri bengkel, para peserta, tenaga pengajar serta pengurus latihan ASOSAI juga telah membuat beberapa lawatan bagi memberi peluang kepada mereka untuk mengenali negara Malaysia dengan lebih dekat.

Pengurusan Dan Penyelarasan Firma Audit Swasta (FAS)Tugas mengurus dan menyelaras Firma Audit Swasta (FAS) meliputi menyedia kertas cadangan pelantikan FAS untuk pertimbangan Jawatankuasa, menyedia kontrak FAS, mengemaskini profi l FAS dan memantau prestasi perkhidmatan pengauditan FAS. Pada tahun 2007, sebanyak 61 FAS telah dilantik bagi mengaudit 95 akaun Badan Berkanun Persekutuan, 116 Badan Berkanun Negeri dan 137 Pihak Berkuasa Tempatan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 56 FAS adalah merupakan lantikan semula bagi tempoh satu tahun lagi berdasarkan maklumbalas prestasi perkhidmatan yang diberi.

Page 32: Sektor Audit Kerajaan Negeri

Sektor Pengurusan Korporat

J A B ATA N A U D I T N E G A R A 31

BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASIBahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) bertanggungjawab dalam perancangan dan penyediaan infrastruktur serta menguruskan perkara yang melibatkan pengkomputeran Jabatan Audit Negara. Fungsi utama bahagian meliputi aktiviti pembangunan dan operasi, sokongan teknikal dan penyediaan infrastruktur ICT serta memberi khidmat nasihat bagi pengauditan ICT.

Unit Pembangunan Dan OperasiDi bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), Jabatan Audit Negara telah menerima peruntukan pembangunan berjumlah RM15.17 juta untuk pembelian peralatan komputer dan pembangunan sistem komputer Jabatan. Sehingga tahun 2007, sebanyak RM7.72 juta telah dibelanjakan bagi pelaksanaan projek pembangunan seperti berikut:

• Pemasangan peralatan sidang video di 13 Cawangan Audit Negeri dan Akademi Audit Negara digunakan bagi Mesyuarat Pengurusan, Mesyuarat antara Ibu Pejabat dengan Cawangan Audit Negeri, Simposium Antarabangsa, Ceramah Eksekutif dan sebagainya. Inisiatif ini dapat meningkatkan prestasi kerja dan komunikasi yang berkesan di antara Cawangan Audit Negeri.

• Perkhidmatan Bandwidth Management Services telah dipasang untuk memantau network availability dengan lebih berkesan bagi mencapai kualiti yang optimum untuk sidang video.

• Keselamatan rangkaian Audit*Net, JAN telah dikukuhkan dengan mewujudkan centralised fi rewall yang boleh mengawal dan menyaring gateway Audit*Net. Kemudahan fi rewall ini telah ditempatkan di gateway Audit*Net di Cyberjaya.

• Penambahbaikan dan peluasan untuk sistem aplikasi Jabatan iaitu:

i) Integrated Campus Management System (ICMS) di Akademi Audit Negara.ii) Sistem MyAsset dan MyStor untuk mengurus pendaftaran dan pergerakan harta modal. iii) Sistem Integrated Library Management Utility (ILMU) di Akademi Audit Negara bagi mewujudkan sebuah

perpustakaan berkomputer yang berpusat dengan dilengkapi prasarana digital.iv) Menaiktaraf sistem dari ILMU Perintis kepada ILMU Profesional.

• Menaik taraf Sistem Peperiksaan dan Sistem Fail.

• Menaik taraf Oracle Collaboration Suites (OCS) dari 9i kepada 10g untuk tujuan e-mail, calendaring dan Sistem Fail.

Page 33: Sektor Audit Kerajaan Negeri

32 l a p o r a n a k t i v i t i t a h u n a n 2 0 0 7

Peralatan komputer yang rosak dan usang yang dibeli semenjak tahun 2001 dan sebelumnya telah dilupuskan pada tahun 2007. Ringkasan peralatan ICT yang telah dilupuskan adalah seperti berikut:

Proses pelupusan kedua telah dimulakan pada bulan November 2007 bagi melupuskan peralatan yang dibekalkan pada tahun 2002 yang telah usang, rosak dan tidak ekonomikal untuk dibaiki.

Pada tahun 2007 Jabatan telah membuat perolehan sebanyak 748 unit komputer peribadi, 120 unit komputer riba, 20 unit pencetak warna, 80 unit pencetak hitam putih, 17 unit LCD projektor dan 20 unit pengimbas bagi menampung keperluan pengguna dan untuk kegunaan penyambungan ke rangkaian Audit*Net. Senarai pengagihan peralatan ICT bagi tahun 2007 adalah seperti berikut:

Perolehan Dan Pengagihan Peralatan ICT

Bil. Sektor Komputer Peribadi

Komputer Riba

Pencetak Warna

Pencetak Hitam Putih

Pengimbas LCD Projektor

1Sektor Pengurusan Korporat

70 22 1 15 2 0

2Sektor Audit Kerajaan Persekutuan

200 24 12 23 9 1

3 Sektor Audit Kerajaan Negeri 400 64 6 32 9 15

4Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan

78 10 1 10 0 1

JUMLAH 748 120 20 80 20 17

Pelupusan Peralatan ICT

Peralatan Jumlah

Komputer Peribadi 455

Komputer Riba 77

Pencetak Hitam Putih 163

Pencetak Warna 5

Pengimbas 14

Server/Peralatan lain 60

Page 34: Sektor Audit Kerajaan Negeri

Sektor Pengurusan Korporat

J A B ATA N A U D I T N E G A R A 33

Sepanjang tahun 2007, sebanyak 797 laporan kerosakan/teknikal telah diterima dan diselesaikan dan ringkasan laporan adalah seperti di berikut:

Statistik Kerosakan Dan Pembaikan Perlatan ICT

BulanJumlah

Kerosakan

Tempoh Pembaikan

1 hari 2- 6 hariMelebihi 7 hari

Januari 138 94 25 19

Februari 127 96 27 4

Mac 84 60 14 10

April 74 56 15 3

Mei 76 58 12 6

Jun 38 29 5 4

Julai 78 54 15 9

Ogos 32 21 8 3

September 75 64 8 3

Oktober 32 28 3 1

November 31 28 3 -

Disember 12 11 1 -

Jumlah 797 599 136 62

Unit Khidmat Nasihat Audit ICTAktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2007 ialah:

• Kajian Audit Terhadap Projek Perintis e-Tanah Fasa I Kajian ini melibatkan pengauditan berterusan terhadap sistem yang dilaksanakan di Kementerian Sumber Asli

Dan Alam Sekitar. Pejabat Tanah Dan Galian di Pulau Pinang sebagai projek perintis sistem e-Tanah telah dilawati dan laporan awal mengenai pelaksanaan sistem tersebut telah disediakan.

• Kajian Audit Terhadap Hospital Information System BTMK telah menjalankan kajian terhadap pelaksanaan projek Hospital Information And Communication Technology

System (HICT) Of Government Hospital atau Hospital Information System (HIS) package 1. Pengauditan ini dijalankan untuk melihat sejauh mana kejayaan projek tersebut berdasarkan objektif dan keperluan yang telah digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Page 35: Sektor Audit Kerajaan Negeri

34 l a p o r a n a k t i v i t i t a h u n a n 2 0 0 7

• Kajian Audit Terhadap Sistem e-PBT Sistem e-PBT yang merupakan versi upgrade untuk Sistem Perakaunan Bersepadu Pihak Berkuasa Tempatan

(SPBT) mula beroperasi di pejabat perintis di Negeri Sembilan pada bulan Julai 2007. Sehubungan itu, BTMK melaksanakan kajian mengenai system usability di 3 pejabat perintis di Negeri Sembilan iaitu Majlis Daerah Jelebu, Majlis Perbandaran Nilai dan Majlis Perbandaran Port Dickson.

• Pembangunan Sistem Pengurusan Pengauditan (eSPP) Sistem Pengurusan Pengauditan (eSPP) merupakan sistem core business JAN dan sebagai pemangkin bagi

menyokong proses kerja JAN. Latihan mengenai pengendalian eSPP telah bermula sejak bulan Oktober 2007 dan sehingga akhir bulan Februari 2008 BTMK telah melatih semua pegawai JAN.

• Sokongan Teknikal Bagi Perisian Audit Command Language (ACL) Memberi sokongan teknikal bagi penggunaan perisian ACL untuk Kajian Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer

(SPTB), Modul Audit Sistem e-Perolehan dan analisis data Penyata Kewangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

• Khidmat Nasihat Bagi Sistem Pengkomputeran Kerajaan BTMK mewakili Jabatan Audit Negara bagi memberi nasihat terhadap sistem pengkomputeran yang bakal

dibangunkan oleh agensi-agensi Kerajaan dengan menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal ICT yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah ICT, Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri.

• Persidangan Pegawai ICT Usaha yang berterusan bagi memperkasakan pengetahuan dan kemahiran pegawai JAN telah dilaksanakan oleh

BTMK dengan mengadakan persidangan pegawai ICT pada 11 hingga 14 Jun 2007 di Bukit Merah Laketown Resort. Seramai 72 pegawai dari semua Cawangan Audit telah hadir bagi melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan mengenai ICT melalui sesi Technology Update – Key Performance Indicator On ICT, perancangan dan sasaran pencapaian tahun 2007 dan mendengar amanat dan ucapan oleh Ketua Audit Negara.

Page 36: Sektor Audit Kerajaan Negeri

Sektor Pengurusan Korporat

J A B ATA N A U D I T N E G A R A 35

CAWANGAN PENYELARASAN & PENGURUSAN MAKLUMATCawangan Penyelarasan Dan Pengurusan Maklumat (CPPM) berperanan sebagai penyelaras kepada aktiviti-aktiviti dalaman di antara Sektor/Bahagian/Cawangan Jabatan Audit Negara dan juga antara Jabatan Audit Negara dengan organisasi luar. Selain itu, Cawangan ini menyediakan sumber maklumat kepada Sektor/Bahagian/Cawangan dalam membantu menjalankan pengauditan dan pengurusan.

Penerbitan Laporan Aktiviti Tahunan JabatanLaporan Aktiviti Tahunan merupakan buku tahunan yang dikeluarkan oleh Jabatan meliputi perkembangan aktiviti Jabatan sepanjang tahun. Selain untuk edaran dalaman, laporan ini juga diedarkan kepada Ahli Parlimen/Dewan Undangan Negeri, Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam peringkat Persekutuan dan Negeri, Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan dan Institusi Pengajian Tinggi Awam. Laporan Aktiviti Tahunan Jabatan Audit Negara Tahun 2006 telah diedarkan pada bulan April 2007.

Penerbitan Buletin AuditPada tahun 2007 sebanyak 2 siri Buletin Audit telah diterbitkan iaitu pada bulan Jun dan Disember. Penerbitan Buletin Audit adalah bertujuan untuk menjadi penghubung maklumat kepada warga Audit dan sebagai media perantara bagi penyampaian mesej kepada auditi. Antara lain Buletin Audit bertujuan berkongsi pengetahuan mengenai beberapa aspek seperti Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan dan ringkasan hasil simposium/seminar berkaitan pengauditan yang diadakan pada tempoh tersebut. Buletin Audit diedarkan kepada Ahli Parlimen/Dewan Undangan Negeri, Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam peringkat Persekutuan dan Negeri, Kementerian/Jabatan/Agensi, Institusi Pengajian Tinggi Awam dan kakitangan/pesara Jabatan.

Penyelenggaraan Kandungan Laman Web Jabatan Audit NegaraKandungan Laman Web Jabatan dikemas kini dari semasa kesemasa dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi. Ruangan yang diselenggara adalah seperti berikut:

• Maklumat semasa Jabatan di Papan Buletin.

• Maklumat Jabatan antaranya Profi l Ketua Audit Negara, perutusan dan ucapan Ketua Audit Negara, misi, visi, dan piagam pelangan Jabatan, standard pengauditan, pembentangan kertas kerja, hubungan antarabangsa, perkhidmatan, kod etika juruaudit dan direktori Jabatan.

• Ruangan perundangan yang berkaitan dengan Institusi Ketua Audit Negara.

• Ruangan penerbitan meliputi Buletin Audit dan Laporan Aktiviti Tahunan Jabatan.

• Laporan Ketua Audit Negara bagi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun Persekutuan.

• Ruangan media memaparkan liputan media/keratan akhbar berkaitan Jabatan dan temubual media dengan Ketua Audit Negara.

• Ruangan pertukaran Pegawai Audit.

• Maklumat mengenai peristiwa dan aktiviti Ibu Pejabat, Cawangan Audit Negeri dan Akademi Audit Negara termasuk aktiviti KMK, Kelab Audit dan PUSPANITA.

Page 37: Sektor Audit Kerajaan Negeri

36 l a p o r a n a k t i v i t i t a h u n a n 2 0 0 7

Ceramah EksekutifJabatan Audit Negara sentiasa menggalakkan pegawai/kakitangannya menambah ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Oleh itu, Jabatan telah mengadakan siri ceramah eksekutif bulanan yang merangkumi bidang seperti pengauditan, perakaunan, pengurusan, agama, pengetahuan am dan isu-isu semasa sebagai salah satu usaha membantu pegawai meningkatkan pengetahuan mereka. Sepanjang tahun 2007 sebanyak 9 siri ceramah eksekutif telah diadakan seperti berikut:

Tajuk Ceramah Eksekutif Anjuran Jabatan Audit Negara Tahun 2007

Bil Tajuk Penceramah Tarikh

1. Minda Kelas PertamaTuan Hj. Mohamad Pakarul Razy bin MohamadBahagian Perkhidmatan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam

2 Mac 2007

2. Perancangan Strategik Ke Arah K-Ekonomi

Dr. Nordin bin Othman Pengarah Zetta Consultants Sdn. Bhd. 28 Mac 2007

3. Isu Kepenggunaan Y. Bhg. Datuk Marimuthu NadasonPresiden FOMCA 25 April 2007

4. Kanser Y. Bhg. Dato’ Mohd Farid bin Ariffi nPresiden Majlis Kanser Nasional (MAKNA) 19 Jun 2007

5.Pengurusan Sisa Pembentungan Yang Efektif Dan Kesan Kepada Alam Sekitar

Encik Mohd Ridhuan bin IsmailKetua Pengarah Jabatan Pembentungan 29 Jun 2007

6. Fraud & Forensic Auditing Encik Akhbar bin SatarPengarah Akhbar & Associates 30 Julai 2007

7. Menjana Insan Seimbang Melalui Kaedah 10 Q’s

Y. Bhg. Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah bin Kamsah Pengarah Urusan Excel Traning & Consultancy (M) Sdn. Bhd.

20 Ogos 2007

8.Akauntabiliti & Integriti Teras Kegemilangan Perkhidmatan Awam

Y. Bhg. Tan Sri Datuk Arshad bin AyubPengerusi PFM Capital Sdn. Bhd.

3 Oktober 2007

9. Audit Of IT Project Management

Encik John ThurleyIT Consultant for the International Technical Co-operation TeamUK National Audit Offi ce

27 November 2007

Page 38: Sektor Audit Kerajaan Negeri

Sektor Pengurusan Korporat

J A B ATA N A U D I T N E G A R A 37

Bilik BacaanPerpustakaan Jabatan Audit Negara yang sebelum ini diselia oleh CPPM telah dipindahkan ke Akademi Audit Negara pada pertengahan tahun 2007 sebagai satu daripada usaha untuk memperkasakan perpustakaan Akademi Audit Negara. Ruang perpustakaan berkenaan telah dijadikan sebagai bilik bacaan bagi memberi kemudahan kepada warga Jabatan Audit Negara dalam membuat rujukan dan persediaan bagi menghadapi peperiksaan. Bilik bacaan menempatkan buku-buku rujukan serta pelbagai jenis majalah dan akhbar. Bilik bacaan ini beroperasi setiap hari sepanjang waktu bekerja.

Keratan AkhbarLaporan akhbar menjadi sebagai satu daripada sumber informasi atau bahan rujukan kepada pegawai-pegawai Audit dalam menjalankan tugas mereka. CPPM berperanan memilih berita-berita daripada akhbar perdana yang berkaitan dengan isu-isu semasa seperti pelaksaanan dasar-dasar kerajaan, hal berkaitan pengurusan kewangan di agensi-agensi kerajaan serta isu-isu dan maklum balas daripada Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan di Parlimen. Artikel berkenaan akan dikumpul setiap bulan dan dibukukan oleh cawangan ini dan diedarkan kepada Sektor-sektor Audit dan Perpustakaan Akademi Audit Negara.

Kumpulan Koir Dan Nasyid Jabatan Audit NegaraCPPM menyelaras kumpulan Koir dan Nasyid Jabatan Audit Negara dari segi persediaan dan logistik dalam membuat persembahan. Pada tahun 2007 kumpulan koir telah membuat persembahan di majlis-majlis berikut:

• Hari Audit Se-Malaysia• Hari Kualiti Jabatan Audit Negara• Seminar Audit Dalam• Sambutan 50 Tahun Kemerdekaan• Anugerah Perkhidmatan Cemerlang• Ceramah Perdana di Melaka

Kumpulan nasyid telah menyertai pertandingan di Festival Nasyid peringkat Jabatan Perdana Menteri pada bulan April 2007.

Aktiviti LainCPPM menjadi urus setia bagi mesyuarat dan jawatankuasa seperti berikut:

• Urus setia Mesyuarat Pengurusan• Urus setia Mesyuarat Sektor Pengurusan Korporat• Urus setia Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan MS ISO 9001:2000• Urus setia Jawatankuasa Pemandu KMK• Urus setia Konvensyen KMK Peringkat Jabatan Audit Negara• Urus setia Jawatankuasa Standard Perakaunan• Urus setia Seminar Audit Dalam

Page 39: Sektor Audit Kerajaan Negeri

38 l a p o r a n a k t i v i t i t a h u n a n 2 0 0 7

CAWANGAN KHIDMAT NASIHAT TEKNIKAL

PengenalanCawangan Khidmat Nasihat Teknikal bertanggungjawab memberi khidmat nasihat dari segi teknikal khususnya pembinaan kepada pegawai Audit di Sektor Audit Kerajaan Persekutuan, Sektor Audit Kerajaan Negeri, Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan dan Unit Audit Dalam. Cawangan ini turut memberi khidmat nasihat teknikal kepada Sektor Pengurusan Korporat bagi aktiviti-aktiviti projek pembinaan dan pengubahsuaian pejabat Jabatan Audit Negara. Selain itu, pegawai-pegawai cawangan ini juga terlibat memberi latihan kepada pegawai Jabatan dan Unit Audit Dalam. Bidang khidmat nasihat teknikal yang diberi meliputi aspek kejuruteraan awam, bangunan dan pentadbiran kontrak pembinaan. Cawangan ini mempunyai 4 orang pegawai teknikal iaitu 2 Jurutera Awam, seorang Jurukur Bahan dan seorang Pembantu Teknik Ukur Bahan.

Aktiviti Tahun 2007Sepanjang tahun 2007, aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Cawangan Khidmat Nasihat Teknikal adalah seperti berikut:

Auditan Prestasi – Projek Pembinaan.

Bil. Sektor Audit/Auditan KhasBilangan Projek

1. Kerajaan Persekutuan 7

2. Kerajaan Negeri 3

3. Badan Berkanun Persekutuan 1

4.Auditan KhasKerja-kerja “Audit & Assessment” bangunan-bangunan Kerajaan di Putrajaya dan Kuala Lumpur

161

Jumlah Projek 172

Pembinaan Dan Pengubahsuaian Pejabat

Bil. TempatBilangan Projek

1. Jabatan Audit Negara Cawangan Negeri 7

2. Akademi Audit Negara 2

Jumlah Projek 9

Latihan

Bil. Kursus Tempat

1. Kursus Pengauditan Kontrak Kerja (Modul II) pada 6 – 10 Ogos 2007 Akademi Audit Negara

2. Kursus Induksi Kumpulan 1 pada 20 September 2007 Akademi Audit Negara

3. Kursus Pengauditan Prestasi Projek Pembinaan pada 11 April 2007

Unit Audit Dalam UiTM Shah Alam, Selangor

Page 40: Sektor Audit Kerajaan Negeri

Sektor Pengurusan Korporat

J A B ATA N A U D I T N E G A R A 39

AKADEMI AUDIT NEGARAAkademi Audit Negara (AAN) ditubuhkan sebagai peneraju bidang latihan Jabatan Audit Negara bertanggungjawab dalam merangka program pembangunan modal insan berasaskan kepada Dasar Latihan Jabatan. Sejak ditubuhkan pada 24 November, 2005, AAN telah melaksanakan kursus/latihan kepada warga Jabatan dan agensi lain di Sektor Awam serta anggota Supreme Audit Institutions (SAI) di peringkat antarabangsa. Kesemua program latihan ini dijalankan dalam usaha untuk merealisasikan hasrat jabatan agar AAN muncul sebagai pusat kecemerlangan (centre of excellence) pengauditan Sektor Awam di rantau ini. Bagi mencapai programnya dengan berkesan AAN menganjurkan kursus/latihan mengikut bidang pengkhususan melalui 4 sekolah iaitu Sekolah Pengurusan, Sekolah Perakaunan, Sekolah Pengauditan dan Sekolah ICT.

Visi Latihan Jabatan Audit NegaraMelengkapkan warga Jabatan Audit Negara dengan ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi penyumbang utama ke arah kecemerlangan pengurusan kewangan dan akauntabiliti.

Kursus/Begkel Anjuran AAN Tahun 2007

BidangBilangan Kursus/Bengkel

Bilangan Peserta

Jabatan Agensi Luar Antarabangsa

Pengauditan 28 887 61 35

ICT 13 324 68 19

Perakaunan 11 333 43 -

Pengurusan 23 1,158 2 -

Jumlah 75 2,702 174 54

Misi Latihan Jabatan Audit NegaraMenyediakan program latihan yang berkesan bagi semua warga Jabatan Audit Negara dan memberikan ruang secukupnya untuk mereka mempertingkatkan budaya kerja cemerlang.

Pencapaian Kursus/Latihan 2007Menjelang akhir tahun 2007, AAN menjangkau usia dua tahun sejak mula beroperasi pada lewat tahun 2005. Dalam tempoh tersebut berbagai usaha telah dilakukan bagi melaksanakan kursus-kursus dalam bidang pengauditan, perakaunan, ICT dan juga pengurusan. Ini adalah selaras dengan strategi menyediakan program latihan yang berkesan di bawah sasaran mempertingkatkan kualiti pengurusan modal insan dalam Perancangan Strategik Jabatan Audit Negara. Ianya dapat melahirkan pekerja yang berpengetahuan (knowledge worker), berkemahiran dan mempunyai perilaku yang bersesuaian dengan aspirasi organisasi. AAN juga menghantar pegawai Audit menghadiri kursus, seminar dan persidangan yang dianjurkan oleh agensi luar dalam bidang-bidang yang berkaitan tugas pengauditan, dengan harapan ilmu yang diperolehi itu dapat diperkembangkan kepada pegawai Audit yang lain. Pada tahun 2007 AAN telah berjaya melaksanakan sebanyak 75 kursus/bengkel berbanding sebanyak 71 kursus/bengkel dalam tahun 2006. Seramai 2,930 pegawai Jabatan Audit Negara serta peserta dari agensi luar dan antarabangsa telah menghadiri kursus/ bengkel yang diadakan berbanding 2,116 peserta pada tahun 2006. Selain itu, buat julung kalinya AAN telah menganjurkan 3 kursus antarabangsa. Butiran lengkap kursus/bengkel yang telah dianjurkan oleh AAN adalah seperti berikut:

Page 41: Sektor Audit Kerajaan Negeri

40 l a p o r a n a k t i v i t i t a h u n a n 2 0 0 7

Selain menganjurkan kursus, AAN juga menghantar pegawai Jabatan menghadiri kursus dan seminar anjuran agensi luar sebagai program Pembelajaran Profesional Berterusan. Dalam tahun 2007 seramai 44 pegawai Audit telah dihantar menghadiri kursus dan seminar anjuran agensi luar dengan dibiayai sepenuhnya oleh Jabatan Audit Negara. Kursus dan seminar yang dihadiri oleh pegawai Audit adalah seperti berikut:

Kursus/Seminar Anjuran Agensi Luar

Tajuk Kursus/Seminar

Bilangan Peserta

Risk Based Audit 8

Perundangan Tanah 13

Tax Audit 3

Forensic Audit 10

Stress Management 10

Jumlah 44

Malaysian Technical Cooperation Programme Pada tahun 2007 AAN telah menganjurkan dua kursus antarabangsa di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia atau Malaysian Technical Cooperation Programme (MTCP). Kursus yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia melalui Unit Perancang Ekonomi ini bertujuan untuk membantu negara membangun dengan memberi latihan dalam bidang di mana Malaysia mempunyai pengalaman dan kepakaran. Ini adalah hasil daripada kesepakatan yang dijalin dalam semangat kerjasama Negara-negara ASEAN, Asia Timur (East-Asia) dan Negara-negara Selatan (South-south Cooperation). Melalui kursus MTCP ini Kerajaan Malaysia berharap untuk menggalakkan kerjasama teknikal di kalangan negara membangun dan meningkatkan kerjasama serantau dalam bidang-bidang tertentu. Kedua-dua kursus yang telah dianjurkan itu ialah Performance Audit Course dan IT Audit Course.

Page 42: Sektor Audit Kerajaan Negeri

Sektor Pengurusan Korporat

J A B ATA N A U D I T N E G A R A 41

Performance Audit CourseKursus ini telah diadakan di AAN pada 18 hingga 29 Jun 2007 dan dihadiri seramai 27 peserta yang terdiri dari 20 peserta antarabangsa dan 7 peserta tempatan. Peserta-peserta antarabangsa adalah dari negara Afghanistan, Bhutan, Brunei, Cambodia, China, Indonesia, Iran, Kyrgyztan, Laos, Mongolia, Mauritius, Nepal, Sri Lanka, Thailand, The Philippines, Timor Leste, Vietnam dan Yemen.

Objektif kursus adalah untuk meningkatkan kefahaman para peserta mengenai prinsip-prinsip utama, konsep dan kaedah yang digunakan dalam melaksanakan pengauditan prestasi. Selain itu kursus ini juga memberi peluang kepada peserta untuk bertukar pengalaman dan mewujudkan jaringan perhubungan profesional di kalangan peserta. Kaedah pelaksanaan kursus adalah melalui ceramah, kajian kes, persembahan kes dan juga lawatan sambil belajar. Selain mengikuti ceramah secara formal, peserta juga berpeluang mendengar ‘luncheon talk’ yang telah disampaikan oleh Y. Bhg. Tan Sri Dr. Hadenan bin A. Jalil, mantan Ketua Audit Negara dan Mr. Michael McFarlane, penceramah jemputan daripada Australian National Audit Offi ce (ANAO). Di samping itu, peserta kursus juga di bawa menyertai program keluarga angkat di Banghuris Homestay, Sepang untuk mengetahui dengan lebih dekat adat resam dan cara hidup rakyat Malaysia.

IT Audit CourseKursus ini diadakan pada 19 hingga 30 November 2007 dan dihadiri seramai 26 peserta yang terdiri dari 19 peserta antarabangsa dan 7 peserta tempatan. Peserta-peserta kursus antarabangsa adalah dari negara Bangladesh, Bhutan, Brunei, China, Cambodia, Fiji, Indonesia, Kazakhstan, Laos, Maldives, Nepal, Saudi Arabia, Sri Lanka, The Bahamas, Thailand dan Vietnam.

Objektif kursus ini adalah untuk mewujudkan kesedaran dan meningkatkan kefahaman terhadap prinsip-prinsip utama dalam persekitaran IT di samping bertukar pengalaman di kalangan para peserta. Seperti juga dalam kursus Performance Audit, kaedah pelaksanaan kursus adalah melalui ceramah, perbincangan dan lawatan sambil belajar. Penceramah luar yang diundang termasuklah Mr. John Thurley daripada UK National Audit Offi ce. Di samping itu, peserta juga dibawa melawat tempat-tempat menarik di sekitar Putrajaya, Kuala Lumpur dan juga Melaka. Selain itu peserta kursus juga di bawa menyertai program keluarga angkat di Melaka.

Page 43: Sektor Audit Kerajaan Negeri

42 l a p o r a n a k t i v i t i t a h u n a n 2 0 0 7

Kursus Prestasi Untuk Pegawai National Audit Authority Of CambodiaKursus ini telah dijalankan pada 9 hingga 18 Mei 2007 dan dihadiri seramai 15 peserta yang terdiri daripada para pegawai yang berkhidmat di National Audit Authority of Cambodia. Objektif kursus ini adalah untuk memperkenalkan prinsip-prinsip asas, konsep dan kaedah pengauditan prestasi di samping meningkatkan kefahaman, kemahiran, teknik-teknik pengauditan prestasi dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman dalam pengauditan prestasi di Malaysia. Seperti juga dalam kursus MTCP, kaedah pelaksanaan kursus adalah melalui ceramah, perbincangan dan lawatan sambil belajar. Di samping itu, peserta juga dibawa melawat tempat-tempat menarik di sekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Koleksi Perpustakaan AAN

BidangBilangan Koleksi

Pengauditan (termasuk Laporan Ketua Audit Negara, Garis Panduan Pengauditan dan Laporan Audit dari negara ASOSAI dan INTOSAI)

2,780

Perakaunan 751

ICT 692

Pengurusan 1,053

Lain-lain (ensiklopedia, agama, sains kemasyarakatan, sains tulen, sejarah, geografi dan bacaan ringan)

1,108

Jumlah 6,384

Perpustakaan Akademi Audit NegaraSebagai satu usaha Jabatan untuk menjadikan AAN pusat kecemerlangan pengauditan Sektor Awam, Perpustakaan AAN telah dijadikan pusat sumber utama Jabatan. Bagi maksud tersebut, segala koleksi dan bahan-bahan rujukan Perpustakaan Jabatan Audit Negara yang sebelum ini terletak di Putrajaya telah dipindahkan ke Perpustakaan AAN. Sehingga akhir tahun 2007 Perpustakaan Akademi Audit Negara mempunyai koleksi buku dan bahan rujukan sebanyak 6,384 buah meliputi bidang pengauditan, perakaunan, ICT, pengurusan dan lain-lain. AAN sedang berusaha untuk menambah bilangan koleksi buku-buku dari semasa ke semasa. Bilangan koleksi buku dan bahan rujukan adalah seperti berikut:

Page 44: Sektor Audit Kerajaan Negeri

Sektor Pengurusan Korporat

J A B ATA N A U D I T N E G A R A 43

Perpustakaan AAN telah dilengkapi dengan Sistem Keselamatan Bahan Perpustakaan (Library Detection Systems) pada September 2007 bagi mengesan pergerakan keluar/masuk buku-buku yang telah didaftarkan. Di samping itu, Sistem Integrated Library Management Utility (ILMU) iaitu sistem yang mengawal proses pinjaman, pemulangan dan juga sirkulasi buku mula dilaksanakan pada bulan Disember 2007. Statistik pengunjung dan pinjaman koleksi perpustakaan bagi tahun 2007 adalah seperti berikut:

Statistik Pengunjung Dan Pinjaman Koleksi Perpustakaan Tahun 2007

Bil. BulanBil.

PengunjungBahan

DirujukBahan

DipinjamPertanyaan/

Rujukan

1 Januari 273 203 54 27

2 Februari 254 156 65 20

3 Mac 278 211 62 35

4 April 349 206 152 113

5 Mei 315 168 108 129

6 Jun 263 177 83 129

7 Julai 319 174 98 126

8 Ogos 415 251 188 159

9 September 354 165 162 137

10 Oktober 138 86 26 58

11 November 376 148 119 113

12 Disember 127 71 23 51

Jumlah 3,461 2,016 1,190 1,097

Peristiwa Penting Yang Berlangsung Di AANSepanjang tahun 2007, beberapa peristiwa penting telah berlangsung di AAN, antaranya adalah seperti berikut:

Peristiwa Penting Yang Berlangsung Di AAN Tahun 2007

Bil. Peristiwa Tarikh

1. Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian & Ketua Perkhidmatan 22 Januari 2007

2 Seminar Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam Negeri 24 April 2007

3. Seminar Audit Dalam 29 Mei 2007

4. Lawatan Delegasi China 6 Julai 2007

5. Sambutan 50 Tahun Merdeka 27 Ogos 2007

6. Konvensyen KMK Peringkat Jabatan Audit Negara 25 - 26 Oktober 2007

Page 45: Sektor Audit Kerajaan Negeri

44 l a p o r a n a k t i v i t i t a h u n a n 2 0 0 7

Page 46: Sektor Audit Kerajaan Negeri

45

aktiviti utama

sektor audit kerajaan persekutuan

Sektor Audit Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab untuk mengaudit dan melaporkan kepada Parlimen sama ada wujudnya akauntabiliti dalam pengurusan wang awam dan aktiviti Kerajaan Persekutuan seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957. Pengauditan ini dijalankan oleh Sektor Audit Kerajaan Persekutuan terhadap Penyata Akaun Awam Kerajaan Persekutuan serta aktiviti di Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan. Aktiviti pengauditan dilaksanakan oleh 13 Cawangan Audit Persekutuan di sekitar Putrajaya dan Kuala Lumpur serta 13 Seksyen Audit Persekutuan di Cawangan Audit Negeri.

Page 47: Sektor Audit Kerajaan Negeri

46 l a p o r a n a k t i v i t i t a h u n a n 2 0 0 7

Pengauditan Penyata Kewangan Tahunan Kerajaan PersekutuanPenyata Akaun Awam Kerajaan Persekutuan yang disediakan setiap tahun oleh Akauntan Negara Malaysia diperakukan oleh Ketua Audit Negara dan dibentangkan di Parlimen mengikut Seksyen 16(2) Akta Acara Kewangan 1957. Proses pengauditan Penyata Akaun Awam Kerajaan Persekutuan yang dilaksanakan di semua Cawangan Audit Persekutuan dibahagikan kepada dua peringkat iaitu:

i. Pengauditan Interim Pengauditan ini dijalankan sepanjang tahun kewangan

untuk mengesahkan ketepatan Penyata Kewangan. Terdapat dua aspek pengauditan interim iaitu pengauditan sistem dan pengauditan transaksi. Pengauditan sistem dijalankan bagi menentukan wujudnya kawalan dalaman di sesebuah organisasi. Manakala pengauditan transaksi pula adalah bagi menentukan segala urusan operasi organisasi dilaksanakan mengikut kehendak undang-undang dan peraturan kewangan yang ditetapkan.

ii. Pengauditan Muktamad Pengauditan ini dijalankan selepas Penyata Kewangan

diterima daripada Pejabat Perakaunan. Di peringkat ini, penyemakan, pengesahan dan analisis terhadap baki akhir tahun pelbagai butiran di Lembaran Imbangan, Penyata Penerimaan dan Pembayaran Wang Tunai, Penyata Akaun Memorandum dan Nota Kepada Akaun Awam akan dibuat untuk memberi pendapat terhadap Penyata Kewangan dari segi kesempurnaan, ketepatan dan kesahihannya. Penyata Akaun Awam Kerajaan Persekutuan bagi tahun berakhir 31 Disember 2006 telah diterima daripada Jabatan Akauntan Negara pada 9 Mac 2007 dan dokumen sokongan yang berkaitan dikemukakan antara 14 Mac hingga 30 April 2007. Pengauditan telah selesai dijalankan dan Sijil Bersih telah dikeluarkan pada 7 Jun 2007.

Laporan Ketua Audit Negara 2006Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Akaun Awam Dan Aktiviti Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan Tahun 2006 telah dikemukakan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 12 Julai 2007. Laporan ini telah dibentangkan di Parlimen pada 7 September 2007.

Page 48: Sektor Audit Kerajaan Negeri

Sektor Audit Kerajaan Persekutuan

J A B ATA N A U D I T N E G A R A 47

Pencapaian PengauditanSepanjang tahun 2007, Sektor Audit Kerajaan Persekutuan telah dapat melaksanakan tugas-tugas pengauditan yang dirancang seperti berikut:

Pelaksanaan Pengauditan Tahun 2007

Bil Cawangan Audit Pengauditan Prestasi

PengauditanPengurusan Kewangan

PengauditanAkaun

Amanah

Program Anak

Angkat

Pengurusan Kewangan

Untuk Pengesahan

JUSA

Penampilan Audit

1 Kewangan 1 2 13 - - 2

2Pelbagai Kementerian/ Jabatan I

2 9 70 2 - 8

3Keselamatan & Hal Ehwal Dalam Negeri 2 4 9 1 - 7

4 Kesihatan Dan Pembangunan Masyarakat 3 6 50 - - 11

5 Pertahanan 4 6 4 - - 2

6 Pengurusan & Syarikat 9 2 - - 61 -

7 Wilayah Persekutuan 2 5 7 1 - 2

8 Pendidikan 2 3 59 - - 6

9 Kastam Dan Pengangkutan 3 5 5 - - 10

10 Jabatan Kerja Raya 3 6 4 - - 1

11 Pelbagai Kementerian/ Jabatan II 3 4 43 - - 1

12 Cukai Pendapatan 2 5 - - - -

13 Pertanian Dan Industri Asas Tani 2 4 9 4 - 2

Jumlah 38 61 273 8 61 52

Page 49: Sektor Audit Kerajaan Negeri

48 l a p o r a n a k t i v i t i t a h u n a n 2 0 0 7

Pengauditan Prestasi Yang Telah Dilaksanakan Pada Tahun 2007Bil Cawangan Audit Tajuk Kajian

1 Kewangan i. Projek Pembinaan Empangan Hiroelektrik Bakun Sarawak

2Pelbagai Kementerian/ Jabatan I

i. Pengurusan Aktiviti Pemantauan Dan Penguatkuasaan Pensijilan Halal.ii. Tabung Khas Pelancongan.

3Keselamatan Dan Hal Ehwal Dalam Negeri

i. Pengurusan Perolehan Pelbagai Jenis Kenderaan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia.ii. Pengurusan Tanah Polis Diraja Malaysia Yang Tidak Dibangunkan.

4Kesihatan Dan Pembangunan Masyarakat

i. Pengurusan Sisa Klinikal Di Hospital Dan Institusi Di Bawah Kementerian Kesihatan.ii. Pengurusan Aktiviti Penguatkuasaan Perundangan Makanan Dan Pelesenan Di Bawah

Kementerian Kesihatan Malaysia.iii. Pengurusan Aktiviti Akreditasi, Pentauliahan Profesionalisme Tenaga Pakar (MLVK).

5 Pertahanan

i. Pengurusan Program Latihan Khidmat Negara.ii. Pengurusan Perolehan, Penggunaan Dan Penyelenggaraan Helikopter Agusta A109 LOH

Pasukan Udara Tentera Darat.iii. Pembangunan Markas Wilayah Laut 2, TLDM Teluk Sepanggar.iv. Pengurusan Pesawat Pengangkutan Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM).

6 Pengurusan Dan Syarikat

i. Pengurusan Zoo Negara.ii. Pengurusan Multi-Modal Sreight Sdn. Bhd.iii. Fly Asian Express Sdn. Bhd.iv. Pengurusan Syarikat Kedah Aquaculture Sdn. Bhd.v. Pengurusan Syarikat Perumahan Negara.vi. Sistem Pension Online Workfl ow Environment (Power) – Bahagian Pencen, Jabatan

Perkhidmatan Awam.vii. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.viii. Composites Technology Research Malaysia Sdn. Bhd.ix. Columbia Aircraf Manufacturing Corporation.

7 Wilayah Persekutuani. Pemantauan Dan Pengawalselian Terhadap Operasi Penjana Tenaga Bebas (Independent

Power Producers).ii. Pembangunan Projek Pasar Datuk Keramat, DBKL.

8 Pendidikani. Pengurusan Peralatan Program Pengajaran & Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam

Bahasa Inggeris.ii. Pengurusan Peralatan Di Politeknik

9 Kastam Dan Pengangkutan

i. Pengurusan Kenderaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.ii. Pengurusan Dan Kawalan Bagi Barangan Rampasan Dan Lucuthak Kastam Diraja

Malaysia.iii. Projek Landasan Berkembar Elektrik Di Antara Rawang Dan Ipoh - Kerja Infrastruktur.

10 Kerja Raya

i. Pembinaan Jambatan Di Atas Sungai Galas, Dabong, Kelantan.ii. Projek Pembinaan Kompleks Kastam, Imigresen Dan Kuarantin, Johor.iii. Syarikat Konsesi Lebuhraya:

a) Butterworth – Kulim Expreswayb) Linkeduac) ELITE Sdn. Bhd.d) PROLINTAS

11 Pelbagai Kementerian/ Jabatan II

i. Penguatkuasaan Pembuangan Sisa Terjadual Jabatan Alam Sekitar.ii. Pengurusan Projek Pusat Sumber Jabatan Kemajuan Masyarakat.iii. Stormwater Management And Road Tunnel (SMART).

12 Cukai Pendapatan i. Pengurusan Skim Bayaran Ansuran Cukai Pendapatan Di Lembaga Hasil Dalam Negeriii. Pengurusan Potongan Cukai Berjadual Di Lembaga Hasil Dalam Negeri

13 Pertanian Dan Industri Asas Tani

i. Pengeluaran Daging Ruminan Di Jabatan Perkhidmatan Haiwan.ii. Program Pembangunan Infrastruktur Mempelbagai Tanaman Oleh Jabatan Pengairan Dan

Saliran, Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani.

Page 50: Sektor Audit Kerajaan Negeri

Sektor Audit Kerajaan Persekutuan

J A B ATA N A U D I T N E G A R A 49

Pelaksanaan Government Financial And Management Accounting System (GFMAS) GFMAS telah dilaksanakan secara berperingkat di semua 36 Pejabat Perakaunan Kerajaan Persekutuan di seluruh negara mulai bulan Januari 2006 hingga Oktober 2006. Sistem ini telah dibangunkan dengan menggunakan Web-enabled yang berkemampuan untuk berintegrasi dengan sistem lain seperti Sistem Perancangan Dan Kawalan Belanjawan Elektronik (eSPKB), Human Resource Management System (HRMIS) dan Pension Online Workfl ow Environment (POWER). Sebanyak 14 modul GFMAS telah dibangunkan iaitu Lejar Am, Pengurusan Dana, Akaun Terimaan, Akaun Bayaran, Gaji, Pengurusan Pelaburan, Pengurusan Tunai, Perakaunan Kos, Pengurusan Aset, Material Management, Sistem Pengurusan Pinjaman (G-LoMIS), Sistem Pendahuluan Dan Pinjaman Kepada Kakitangan (G-ALMOS), Sistem Pengurusan Wang Tak Dituntut (G-UMIS) dan Sistem Pengurusan Sekuriti (G-SMIS). Penyata Akaun Awam Kerajaan Persekutuan Tahun 2006 telah disediakan berasaskan data GFMAS. Ia melaporkan semua urus niaga kewangan bagi tahun 2006 yang berkaitan dengan sumber dan penggunaan wang awam. Penyata ini mengandungi Lembaran Imbangan, Penyata Penerimaan dan Pembayaran Wang Tunai, Penyata Memorandum dan Nota Kepada Penyata Akaun Awam.

Pemeriksaan Audit Secara MengejutPada bulan Jun 2007 Sektor Audit Kerajaan Persekutuan telah menyediakan Garis Panduan Pengauditan Secara Mengejut bagi memudahkan pegawai Audit menjalankan pengauditan di Jabatan/Agensi Kerajaan. Panduan ini diguna pakai semasa menjalankan pengauditan secara mengejut terhadap segala terimaan wang, wang panjar, setem, borang hasil yang dikawal, wang yang diterima untuk dibahagi-bahagikan dan barang-barang berharga yang dipegang oleh auditi. Pengauditan ini ditumpukan terhadap transaksi semasa Pejabat auditi. Lawatan pegawai Audit tidak perlu dimaklumkan terlebih dahulu kepada pihak auditi. Dari bulan Julai hingga Disember 2007 sebanyak 51 Jabatan/Pejabat yang terdiri daripada 23 Institut Perguruan, 15 Jabatan/Pejabat Imigresen, 10 Pejabat Pelajaran Daerah dan setiap satu di Jabatan Kastam Dan Eksais DiRaja, Jabatan Pengangkutan Jalan serta Polis Diraja Malaysia telah dilawati di seluruh Negara. Pegawai yang terlibat dalam menjalankan pengauditan secara mengejut ini terdiri daripada pegawai yang bertugas di Sektor Audit Kerajaan Persekutuan, Sektor Audit Negeri, Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan, Sektor Pengurusan Korporat dan Cawangan Audit Negeri.

Pemeriksaan Ke Atas Bangunan-bangunan Jabatan KerajaanPada 9 Mei 2007 Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Jabatan Audit Negara mengetuai pasukan bagi menjalankan pengauditan terhadap semua bangunan kerajaan di Putrajaya dan Kuala Lumpur. Pengauditan ini bertujuan untuk menilai keberkesanan penyenggaraan dan keselamatan bangunan-bangunan Kerajaan. Pengauditan dijalankan dengan menyemak dokumen yang berkaitan dan membuat pemeriksaan fi zikal. Pada 11 Mei 2007, Ketua Audit Negara telah menubuhkan Jawatankuasa Pemandu yang terdiri daripada Jabatan Audit Negara, Jabatan Kerja Raya dan Kementerian Wilayah Persekutuan bagi menyelaras kerja-kerja pengauditan yang dijalankan. Bagi membantu Jabatan Audit Negara menjalankan pengauditan tersebut, sebuah syarikat juruperunding iaitu KLIA Consultancy Services Sdn. Bhd. telah dilantik. Beberapa pegawai daripada Sektor Audit Kerajaan Persekutuan juga telah diarah oleh Ketua Audit Negara untuk membantu Syarikat tersebut dalam menjalankan pemeriksaan ke atas bangunan-bangunan Kerajaan. Sebanyak 90 bangunan di Putrajaya, 67 bangunan milik Kerajaan di Kuala Lumpur dan 120 ruang pejabat Kerajaan yang disewa di Kuala Lumpur telah diperiksa bagi menentukan sama ada ia selamat diduduki. Sebanyak 119 laporan dan 3 ringkasan eksekutif telah disediakan hasil daripada pemeriksaan tersebut. Ringkasan eksekutif mengenai laporan tersebut telah dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Negara pada 21 Januari 2008.

Aktiviti Pengauditan Di Antara Cawangan Jabatan Audit Negara Dan Unit Audit DalamPada tahun 2007 Jabatan Audit Negara telah mempertingkatkan kerjasama dengan Unit Audit Dalam. Sungguhpun masing-masing mempunyai tanggungjawab yang berbeza, tetapi ia mempunyai matlamat yang sama, bagi memastikan wujudnya akauntabiliti dan integriti dalam penggunaan wang awam serta menggalakkan pentadbiran yang cekap dan berhemat. Kerjasama ini dipertingkatkan lagi melalui pelbagai pendekatan seperti menjalankan pengauditan terhadap sesuatu aktiviti Kementerian/Jabatan/Agensi yang sama tetapi di pejabat/cawangan yang berbeza supaya pengauditan yang lebih komprehensif dan menyeluruh dapat dijalankan.

Page 51: Sektor Audit Kerajaan Negeri

50 l a p o r a n a k t i v i t i t a h u n a n 2 0 0 7

Pengauditan di Pejabat Perwakilan Malaysia Dan Agensi Di Luar NegaraPada tahun 2007, seramai 34 pegawai Jabatan Audit Negara telah melaksanakan pengauditan pengurusan kewangan di 64 Pejabat Perwakilan Malaysia dan agensi di luar negara. Pengauditan pengurusan kewangan yang dilaksanakan meliputi aspek kawalan pengurusan, kawalan terimaan, kawalan perbelanjaan, pengurusan wang amanah dan deposit, pengurusan aset dan inventori serta pengesahan wang di tangan. Senarai Pejabat Perwakilan dan agensi yang dilawati adalah seperti berikut:

Pejabat Perwakilan Dan Agensi Malaysia Di Luar Negara Yang Diaudit Pada Tahun 2007

Negara Pejabat Bil. Pegawai Audit

Afrika Selatan

• Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Pretoria• Atase Pertahanan, Pretoria• MATRADE, Johannesburg• TDC, Johannesburg

4

Kuwait • Kedutaan Besar Malaysia, Kuwait

4 Arab Saudi

• Konsulat Jeneral Malaysia, Jeddah• MATRADE. Jeddah• TDC, Jeddah• Jabatan Penuntut Malaysia, Jeddah• Kedutaan Besar Malaysia, Riyadh

Emiriah Arab Bersatu

• Kedutaan Besar Malaysia, Abu Dhabi• MATRADE, Dubai• TDC, Dubai

Mesir

• Kedutaaan Besar Malaysia Kaherah • Jabatan Penuntut Malaysia • MATRADE • MPOB • Rumah Kelantan • Asrama Pelajar Selangor 4

Jordan • Kedutaan Besar Malaysia, Amman • Jabatan Penuntut Malaysia

Morocco • Kedutaan Besar Malaysia Rabat

Argentina • Kedutaan Besar Malaysia, Buenos Aires

4Chile • Kedutaan Besar Malaysia, Santiago

Mexico • Kedutaan Besar Malaysia, Mexico City

Canada • Kedutaan Besar Malaysia, Vancouver

Page 52: Sektor Audit Kerajaan Negeri

Sektor Audit Kerajaan Persekutuan

J A B ATA N A U D I T N E G A R A 51

Negara Pejabat Bil. Pegawai Audit

Amerika Syarikat

• Konsulat Jeneral Malaysia, New York• Perutusan Tetap Malaysia, New York• TDC, New York• MIDA, New York• MATRADE, New York• Bank Negara, New York• Atase Pertahanan, New York• Kedutaan Besar Malaysia, Washington• MPOB, Washington• MARA, Washington• Atase Pertahanan, Washington• Jabatan Penuntut, Washington• MITI, Washington• Konsulat Jeneral Malaysia, Los Angeles• Jabatan Penuntut Malaysia, Los Angeles• MATRADE, Los Angeles• TDC, Los Angeles• MIDA, Los Angeles• MIDA, San Jose• Jabatan Penuntut Malaysia, Chicago

9

Jepun• Kedutaan Besar Malaysia, Tokyo• TDC, Tokyo• Atase Pertahanan, Tokyo

5

Hong Kong

• Konsulat Jeneral Malaysia, Hong Kong• Imigresen, Hong Kong• Anak Syarikat Kerajaan Sabah, Hong Kong• MATRADE, Hong Kong• TDC, Hong Kong• MPOB, Hong Kong

Australia

• Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Canberra• Atase Pertahanan, Canberra• Jabatan Penuntut Malaysia, Canberra• Konsulat Jeneral Malaysia, Perth• TDC, Perth• Anak Syarikat SEDC S’wak -Northern Territory, Perth• MIDA, Sydney• MATRADE, Sydney• TDC, Sydney

4

Page 53: Sektor Audit Kerajaan Negeri

52 l a p o r a n a k t i v i t i t a h u n a n 2 0 0 7

Persidangan Tahunan Sektor Audit Kerajaan PersekutuanSektor Audit Kerajaan Persekutuan telah mengadakan persidangan tahunan sebanyak 2 kali pada tahun 2007. Seramai 174 pegawai dan kakitangan Sektor Audit Kerajaan Persekutuan di seluruh Malaysia telah menghadiri persidangan tahunan pada 23 hingga 25 Januari 2007 di Water City Resort, Melaka bagi membincangkan isu-isu kajian audit yang telah dijalankan untuk dimasukkan dalam Laporan Ketua Audit Negara tahun 2006 dan mempertimbangkan program/aktiviti audit bagi Rancangan Audit tahun 2007. Pada 2 hingga 4 Disember 2007 pula, seramai 125 pegawai dan kakitangan Sektor Audit Kerajaan Persekutuan telah menghadiri persidangan Sektor Audit Kerajaan Persekutuan di Star Regency Hotel & Apartments Brinchang, Cameron Highlands bagi membincangkan isu-isu kajian audit yang telah dijalankan untuk dimasukkan dalam Laporan Ketua Audit Negara tahun 2007 dan mempertimbangkan program/aktiviti audit bagi Rancangan Audit tahun 2008. Selain itu, 4 kertas kerja telah dibentangkan oleh Timbalan Pengarah Audit Persekutuan/Ketua Juruaudit seperti berikut:

Pembentangan Kertas Kerja di Persidangan Sektor Audit Kerajaan Persekutuan

Bil Tajuk Nama Pembentang

1 Pelaksanaan Indeks Akauntabiliti di Kementerian/Jabatan Persekutuan - Analisis dan Masalah Puan Lau Tze Ngiik

2 Penilaian Terhadap Keberkesanan Fungsi Unit Audit Dalam di Kementerian/Jabatan Persekutuan Cik Mariam Kholidah Bt. Zulkifl i

3Pengauditan Akaun Kerajaan Persekutuan - Isu dan Masalah (Pengauditan di Peringkat Negeri) Serta Cadangan Penambahbaikan

Encik Pg. Amir Bin Pg. Omar

4 Susulan Terhadap Isu-isu Laporan Ketua Audit Negara Puan Yusnani Bt. Zakaria

Page 54: Sektor Audit Kerajaan Negeri

53

aktiviti utama

sektor audit kerajaan negeri

Sektor Audit Kerajaan Negeri bertanggungjawab untuk mengaudit dan melaporkan kepada Parlimen dan Dewan Undangan Negeri sama ada wujudnya akauntabiliti dalam pengurusan wang awam dan aktiviti Kerajaan Negeri seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit 1957. Pengauditan ini dijalankan terhadap Penyata Kewangan Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Majlis Agama Islam serta aktiviti di Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri.

Page 55: Sektor Audit Kerajaan Negeri

54 l a p o r a n a k t i v i t i t a h u n a n 2 0 0 7

Pencapaian Pengauditan

Penyata Kewangan Kerajaan NegeriPengauditan dijalankan terhadap penyata kewangan bagi tujuan memberi pendapat sama ada penyata tersebut menggambarkan kedudukan yang benar dan saksama serta rekod kewangan Kerajaan Negeri yang berkaitan diselenggara dengan lengkap dan kemas kini.

Laporan Ketua Audit Negara mengenai 13 Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Tahun 2006 telah dikemukakan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan bagi dibentangkan di Parlimen. Laporan tersebut telah dibentangkan di Parlimen pada 11 September 2007. Di samping itu, kedudukan pembentangan Laporan bagi 13 negeri di Dewan Undangan Negeri adalah seperti berikut:

Pembentangan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2006 Di Dewan Undangan Negeri

Bil. Negeri Tarikh Pembentangan

1. Johor Belum dibentang

2. Kedah 18.11.2007

3. Kelantan 19.11.2007

4. Melaka 20.11.2007

5. Negeri Sembilan 30.11.2007

6. Pahang 23.11.2007

7. Perak 20.11.2007

8. Perlis 21.11.2007

9. Pulau Pinang 19.11.2007

10. Sabah 24.09.2007

11. Sarawak 19.11.2007

12. Selangor 19.11.2007

13. Terengganu Belum dibentang

Penyata Kewangan Badan Berkanun Negeri, Majlis Agama Islam dan Pihak Berkuasa Tempatan Sebanyak 312 Penyata Kewangan Agensi Negeri telah disahkan sehingga 31 Disember 2007. Butiran lanjut adalah seperti berikut:

Pengesahan Penyata Kewangan BBN/MAI/PBT

AgensiBilangan Penyata

Kewangan Yang Telah Disahkan

Badan Berkanun Negeri 150

Pihak Berkuasa Tempatan 146

Majlis Agama Islam 16

Jumlah 312

Page 56: Sektor Audit Kerajaan Negeri

Sektor Audit Kerajaan Negeri

J A B ATA N A U D I T N E G A R A 55

Pengauditan Pengurusan Kewangan, Prestasi, Syarikat Subsidiari, Anak Angkat dan Penampilan AuditSektor Audit Kerajaan Negeri telah melaksanakan pengauditan sebagaimana yang dirancangkan pada tahun 2007 seperti berikut:

Pelaksanaan Pengauditan 2007

Bil. NegeriPengauditanPengurusan Kewangan*

PengauditanPrestasi**

PengauditanSyarikat

Subsidiari

ProgramAnak

Angkat

Penampilan Audit Jumlah

1. Johor 10 4 1 - - 15

2. Kedah 8 4 1 - 3 16

3. Kelantan 7 2 1 1 20 31

4. Melaka 6 1 1 - - 8

5. N.Sembilan 7 2 1 1 17 28

6. Pahang 9 4 1 3 21 38

7. Perak 11 4 1 - 4 20

8. Perlis 8 2 1 - 8 19

9. P.Pinang 8 4 1 1 14 28

10. Sabah 16 7 1 - 26 50

11. Sarawak 17 6 1 4 31 59

12. Selangor 12 6 1 - - 19

13. Terengganu 9 4 1 3 7 24

JUMLAH 128 50 13 13 151 355

Nota * - Pengauditan berpandukan kepada Garis Panduan Indeks Akauntabiliti. ** - Tidak termasuk 2 pengauditan Across the Board iaitu Pengurusan Zakat Majlis Agama Islam Negeri dan Pengurusan Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer.

Page 57: Sektor Audit Kerajaan Negeri

56 l a p o r a n a k t i v i t i t a h u n a n 2 0 0 7

Pengauditan PrestasiSektor Audit Kerajaan Negeri telah menjalankan 50 pengauditan prestasi sepanjang tahun 2007 yang meliputi 13 Cawangan Audit Negeri. Tajuk pengauditan adalah seperti berikut:

Pengauditan Prestasi Mengikut Cawangan Audit Negeri

Bil. Tajuk Kajian Kementerian/Jabatan/Agensi

JOHOR

1 Pengurusan Bahan Artifak Yayasan Warisan Negeri

2Pengurusan Pelesenan dan Penguatkuasaan Terhadap Premis Perniagaan

Majlis Perbandaran Kulai

3 Pengurusan Projek Saliran Bandar Jabatan Pengairan dan Saliran

4 Pengurusan Pembangunan Industri Ternakan Jabatan Perkhidmatan Haiwan Johor

KEDAH

5 Pengurusan Aktiviti Bantuan Am Jabatan Kebajikan Masyarakat

6 Pengurusan Pinjaman/Biasiswa Pendidikan Lembaga Biasiswa Negeri Kedah

7 Pembinaan dan Pengurusan GeraiMajlis Bandar Raya Alor Setar dan Majlis Perbandaran Langkawi

8 Pembinaan Perumahan Awam Kos RendahPejabat Menteri Besar dan SUK Negeri

KELANTAN

9 Pengurusan Aset Yayasan Kelantan Darul Naim

10 Projek Usaha Sama Pembangunan Bandar Baru Pasir Mas Majlis Daerah Pasir Mas

MELAKA

11 Program Pembinaan Perumahan Awam Kos Rendah Lembaga Perumahan Melaka

NEGERI SEMBILAN

12Program Pembangunan Usahawan Memproses Makanan Dan Industri Asas Tani

Jabatan Pertanian Negeri Sembilan

13 Pengurusan GeraiMajlis Perbandaran Port Dickson

PAHANG

14 Pengurusan Pengeluaran Bahan Batuan Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan

15 Pengurusan Perpustakaan DaerahPerbadanan Perpustakaan Awam Pahang

Page 58: Sektor Audit Kerajaan Negeri

Sektor Audit Kerajaan Negeri

J A B ATA N A U D I T N E G A R A 57

Bil. Tajuk Kajian Kementerian/Jabatan/Agensi

16Penswastaan Perkhidmatan Pelupusan Sisa Pepejal Kepada Alam Flora Sdn. Bhd.

Majlis Daerah Lipis

17 Pembinaan 2 Blok Kuarters Kelas G1 JKR Daerah Cameron Highlands

PERAK

18 Pengurusan Loji Rawatan Air Lembaga Air Perak

19Pengurusan Pembinaan Kompleks Mahkamah Syariah, Jalan Kuala Pari, Ipoh

Jabatan Kehakiman Syariah Perak

20Program Rancangan Perumahan Awam Jalan Bemban 2, Fasa 3, Batu Gajah

Pejabat Menteri Besar

21 Pengurusan Pelupusan Bahan Pepejal Majlis Perbandaran Taiping

PERLIS

22 Projek Pengindahan Sungai Negeri Perlis Jabatan Pengairan dan Saliran

23Projek Pengindahan Dan Penyediaan Kemudahan Kuala Perlis Dan Persisiran Pantai Kuala Perlis

Majlis Perbandaran Kangar

PULAU PINANG

24 Pembinaan Kompleks Mahkamah Syariah Seberang Perai UtaraJabatan Kehakiman dan Syariah Pulau Pinang

25 Program Pembangunan Industri Tanaman Makanan Jabatan Pertanian

26Pengurusan Pembinaan Perumahan Dan Kompleks Perniagaan (PDC)

Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang

27 Pengeluaran Lesen Perniagaan Majlis Perbandaran Pulau Pinang

SABAH

28 Pengurusan Projek Tebatan Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran

29Pemberian Kerajaan Negeri Untuk Penyenggaraan Jalan Raya Dan Jambatan

Jabatan Kerja Raya Sabah

30 Aktiviti Penguatkuasaan Jabatan Perlindungan Alam Sekitar

31 Aktiviti Pembinaan Pasar Umum Sandakan Majlis Perbandaran Sandakan

32 Pengurusan Program Pembasmian KemiskinanKementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah

33 Penswastaan Pelabuhan-Pelabuhan Sabah Lembaga Pelabuhan Tawau

34 Penguatkuasaan Undang-Undang dan Peraturan Majlis Daerah Penampang

Page 59: Sektor Audit Kerajaan Negeri

58 l a p o r a n a k t i v i t i t a h u n a n 2 0 0 7

Bil. Tajuk Kajian Kementerian/Jabatan/Agensi

SARAWAK

35 Pengurusan Dewan SuarahKementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi

36Membina dan Menyiapkan Jalan Mulukun/Ng. Gaat (Fasa I) Bahagian Kapit

Jabatan Kerja Raya Bahagian Kapit

37 Program Perikanan Dalam dan Akuakultur Jabatan Pertanian

38 Program Akuakultur Air Payau (LKTS) Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak

39 Pelaksanaan Program Pengindahan dan Landskap Bandar Sibu Majlis Perbandaran Sibu

40 Penyenggaraan Jalan, Laluan, Jambatan dan Lampu Jalan Majlis Perbandaran Miri

SELANGOR

41 Projek Memperkukuhkan Benteng Pantai Jabatan Pengairan dan Saliran

42 Pengurusan Pembangunan LadangPerbadanan Kemajuan Pertanian Selangor

43 Pembinaan dan Pengurusan Pasar Moden di SS15 Subang Jaya Majlis Daerah Subang Jaya

44 Rancangan Tebatan Banjir di Kawasan Shah Alam Jabatan Pengairan dan Saliran

45Pembinaan dan Pengurusan Pasar Basah di Pasir Penambang, Kuala Selangor

Majlis Daerah Kuala Selangor

46 Pengurusan Peralatan KomputerPusat Teknologi Maklumat & Komunikasi, SUK Selangor

TERENGGANU

47 Pengurusan Penyenggaraan Jalan Negeri Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu

48 Pengurusan Projek Usaha Sama di atas Tanah Yayasan Terengganu Yayasan Terengganu

49 Pengurusan Premis Perniagaan Majlis Daerah Marang

50 Projek Membina dan Menaik Taraf Jalan Dan Jambatan Kampung Pejabat Daerah Hulu Terengganu

Page 60: Sektor Audit Kerajaan Negeri

Sektor Audit Kerajaan Negeri

J A B ATA N A U D I T N E G A R A 59

Program Anak AngkatProgram Anak Angkat dilaksanakan bertujuan memberi bimbingan dan nasihat kepada Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan dalam meningkatkan kualiti pengurusan kewangan. Sehingga akhir tahun 2007 sebanyak 22 Jabatan/Agensi yang menyertai Program Anak Angkat dari tahun 2006 hingga 2007 telah dianugerahkan sijil seperti berikut:

Penerima Sijil Program Anak Angkat

Cawangan Audit Negeri

Bilangan Jabatan/Agensi

Johor 3

Kelantan 2

Negeri Sembilan 4

Pahang 3

Perak 4

Perlis 2

Pulau Pinang 1

Terengganu 3

Jumlah 22

Pengauditan Prestasi Secara Across The BoardSelain menjalankan pengauditan prestasi sebagaimana mengikut perancangan, setiap Cawangan Audit Negeri juga menjalankan 2 pengauditan prestasi secara across the board seperti yang diarahkan oleh Sektor Audit Kerajaan Negeri sepanjang tahun 2007. Pengauditan tersebut dijalankan bertujuan untuk menilai keberkesanan dan impak program/aktiviti secara menyeluruh. Tajuk pengauditan tersebut adalah seperti berikut:

• Pengurusan Zakat Pengauditan terhadap pengurusan zakat dilaksanakan

bagi menentukan sama ada pengurusan kutipan dan agihan zakat dirancang, dilaksana dan dipantau dengan cekap dan berkesan serta mencapai objektif yang ditetapkan. Skop pengauditan meliputi aktiviti pengurusan kutipan dan agihan zakat bagi tahun 2005 hingga 2007. Pengauditan dilakukan dengan menyemak dokumen dan rekod berkaitan serta mengadakan perbincangan dan temubual dengan pegawai Majlis/Lembaga/ Pusat/Jawatankuasa dan Ejen Pungutan Zakat. Lawatan ke Pusat Pungutan Zakat juga dijalankan dan soal selidik turut diedarkan kepada pembayar dan penerima zakat secara persampelan untuk mendapatkan maklum balas secara langsung.

• Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) Pengauditan terhadap Sistem Pendaftaran Tanah

Berkomputer dipilih bagi menentukan sama ada pengurusan SPTB yang dilaksanakan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri (PTG) serta Pejabat Tanah Dan Daerah (PTD) telah dilaksanakan dengan cekap dan berkesan serta mencapai objektif yang ditetapkan. Skop pengauditan meliputi pengurusan SPTB dari tahun 2005 hingga 2007 di semua PTG dan 2 PTD di setiap negeri. Pengauditan dilakukan terhadap dokumen dan rekod berkaitan serta membuat analisis terhadap data menggunakan perisian Audit Command Language (ACL). Soal selidik bagi mendapatkan maklum balas turut diedarkan kepada pelanggan, pihak pengurusan dan kakitangan yang terlibat secara langsung.

Page 61: Sektor Audit Kerajaan Negeri

60 l a p o r a n a k t i v i t i t a h u n a n 2 0 0 7

Persidangan Sektor Audit Kerajaan Negeri Pada tahun 2007, Persidangan Sektor Audit Kerajaan Negeri telah diadakan di Melaka pada 9 hingga 13 Januari 2007. Persidangan ini melibatkan seramai 114 pegawai dari Cawangan Audit Negeri dan Ibu Pejabat Sektor Audit Kerajaan Negeri. Tema persidangan adalah “Peranan Sektor Audit Kerajaan Negeri Ke Arah Menjayakan RMK-9”. Kertas kerja /taklimat berikut telah dibentangkan dalam persidangan ini:

• Rancangan Audit Tahun 2007 oleh semua Pengarah Audit Negeri • Taklimat Piawaian Perakaunan Kerajaan oleh Jabatan Akauntan Negara• Garis Panduan Penarafan Indeks Akauntabiliti oleh Ketua Penyelaras Sektor Audit Kerajaan Negeri• Format Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Tahun 2006 oleh Ketua

Penyelaras Sektor Audit Kerajaan Negeri• Taklimat Pengurusan Air oleh Konsultan Air (Aquadeluxe Sdn. Bhd.)

Sektor Audit Kerajaan Negeri juga telah mengadakan persidangan Pengarah-pengarah Audit Negeri di Pulau Langkawi pada 21 hingga 24 Oktober 2007 yang melibatkan semua Pengarah Audit Negeri, Timbalan Pengarah Audit Negeri, Juruaudit Gred W48 dan Juruaudit Gred W44. Tema persidangan ialah “Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan Meningkatkan Keberkesanan Laporan Ketua Audit Negara”. Pada persidangan ini semua Pengarah Audit Negeri telah membentangkan laporan kemajuan pengauditan prestasi tahun 2007. Perkara lain yang turut dibincangkan adalah seperti berikut:

• Kajian Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) • Kajian Pengurusan Zakat• Kajian Pengurusan Perolehan Pihak Berkuasa Tempatan• Taklimat Pengurusan Air• Penyediaan Kertas Kerja Audit • Status Pelaksanaan MS ISO 9001:2000 di Cawangan Audit Negeri• Indeks Akauntabiliti Pejabat Kewangan Negeri

Pembentangan Kertas Kerja Sepanjang tahun 2007, Sektor Audit Kerajaan Negeri telah menyediakan 5 kertas kerja untuk dibentangkan oleh Ketua Audit Negara dan Timbalan Ketua Audit Negara dalam mesyuarat dengan Ketua Setiausaha Negara dan seminar/taklimat lain yang diadakan. Kertas kerja yang disediakan adalah seperti berikut:

• Keberkesanan Unit Audit Dalam Di Pihak Berkuasa Tempatan• Kertas Makluman Status Pembentangan Penyata Kewangan, Sijil Audit Dan Laporan Ketua Audit Negara

Mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Negeri, Badan Berkanun Negeri, Majlis Agama Islam Dan Pihak Berkuasa Tempatan

• Peranan Pegawai Pengawal Dalam Meningkatkan Akauntabiliti• Isu-isu Dalam Pengauditan Program/Aktiviti Kerajaan Dan Agensi Negeri• Isu Dan Masalah Pengurusan Kewangan Jabatan Kerajaan

Page 62: Sektor Audit Kerajaan Negeri

61

aktiviti utama

sektor audit badan berkanun persekutuan

Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan bertanggungjawab untuk menjalankan pengauditan penyata kewangan, pengurusan agensi dan syarikat subsidiari serta pengauditan prestasi terhadap aktiviti Badan Berkanun Persekutuan.

Sehingga akhir tahun 2007, terdapat sebanyak 115 Badan Berkanun Persekutuan termasuk 6 agensi yang baru ditubuhkan pada tahun 2007 iaitu Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (PPSP), Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCER) dan Malis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Di samping itu, Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan juga mengaudit 11 Kumpulan Wang Persekutuan.

Mengikut Akta Audit 1957, Ketua Audit Negara diberi kuasa melantik mana-mana pihak yang difi kirkan layak untuk mengaudit penyata akaun tahunan bagi pihak beliau. Sehubungan itu, bagi akaun 2007, sebanyak 96 penyata kewangan telah diaudit oleh Firma Audit Swasta.

Page 63: Sektor Audit Kerajaan Negeri

62 l a p o r a n a k t i v i t i t a h u n a n 2 0 0 7

Pencapaian PengauditanLaporan Ketua Audit Negara bagi Pengurusan Dan Aktiviti Badan Berkanun Persekutuan telah dikemukakan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 12 Julai 2007. Laporan tersebut telah dibentangkan di Parlimen pada 7 September 2007. Laporan Ketua Audit Negara bagi Pengesahan Penyata Kewangan Badan Berkanun Persekutuan pula telah dikemukakan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 2 November 2007 untuk dibentangkan di Parlimen. Pengauditan yang dijalankan pada tahun 2007 adalah seperti berikut:

Pelaksanaan Pengauditan 2007

Bil. Jenis Pengauditan Jumlah

1. Penyata Kewangan 115

2. Pengurusan Agensi (Indeks Akauntabiliti) 27

3. Pengurusan Syarikat Subsidiari 10

4. Prestasi 18

5. Penampilan Audit 40

6. Kajian Khas 8

Sebanyak 115 penyata kewangan Badan Berkanun Persekutuan dan Kumpulan Wang bagi tahun kewangan 2006 telah diaudit dan disahkan. Sebanyak 19 Agensi diaudit oleh Ketua Audit Negara dan 96 diaudit oleh Firma Audit Swasta seperti di jadual berikut:

Pengauditan Penyata Kewangan

Perkara Bil. BBPBil.

Kumpulan Wang

Jumlah

Diaudit oleh Ketua Audit Negara

10 9 19

Diaudit oleh Firma Audit Swasta

94 2 96

Jumlah 104 11 115

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 106 agensi mendapat Sijil Tanpa Teguran dan 9 Agensi mendapat Sijil Berteguran kerana tidak mematuhi piawaian perakaunan dan tidak menyelenggara rekod perakaunan dengan lengkap dan teratur. Agensi yang mendapat Sijil Berteguran adalah seperti berikut:

Agensi Yang Mendapat Sijil Berteguran

BIL. NAMA AGENSI

1 Lembaga Pembangunan Langkawi

2 Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu

3 Maktab Kerjasama Malaysia

4 Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

5 Perbadanan Aset Keretapi

6 Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang

7 Perbadanan Stadium Merdeka

8 Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia

9 Perbadanan Labuan

Sektor ini juga telah berjaya melaksanakan 27 pengauditan pengurusan agensi pada tahun 2007 meliputi 16 Institusi Pengajian Tinggi Awam dan 11 Institusi Kewangan. Pengauditan ini akan memberi penarafan (indeks akauntabiliti) terhadap pengurusan kewangan kepada agensi yang berkaitan.

Page 64: Sektor Audit Kerajaan Negeri

Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan

J A B ATA N A U D I T N E G A R A 63

Sektor ini turut menjalankan sebanyak 10 pengauditan terhadap syarikat subsidiari Badan Berkanun Persekutuan, 18 pengauditan prestasi dan 40 penampilan Audit. Pengauditan prestasi yang dilaksanakan dalam tahun 2007 adalah seperti berikut:

Pengauditan Prestasi

Bil. Tajuk Agensi

1. Pengurusan Harta Mudah Alih Bank Negara Malaysia (BNM)

2. Pengurusan Aktiviti Tabung Mempromosikan Jenama Malaysia

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)

3. Pengurusan Geran Untuk Persijilan dan Sistem Pengurusan Kualiti

Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC)

4. Pengurusan E-Diesel Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)

5. Pengurusan Projek Pembangunan Kampus Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

6. Pengurusan Skim Baja Bantuan Tanam Semula Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)

7. Pengurusan dan Pengawasan Pinjaman Projek dan Jentera Bank Pertanian Malaysia (BPM)

8. Pengurusan Hartanah Lembaga Getah Malaysia (LGM)

9. Pengurusan Kemudahan dan Peralatan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

10. Pengurusan Geran kepada Badan Sukan Majlis Sukan Negara (MSN)

11. Pengurusan Pembangunan Usahawan Perabot Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)

12. Pengurusan Kemudahan Pemulihan Jasmani dan Vokasional Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO)

13. Pengurusan Projek Pembangunan Kampus Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

14. Pengurusan Projek Pembinaan Perumahan Pokok Manggis

Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA)

15. Pengurusan Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

16. Pengurusan Peralatan Perfi leman Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS)

17.Pengurusan Kawalan dan Penjagaan Aset Mudah Alih Lembaga Tabung Haji (LTH)

18. Pengurusan Sistem Kewangan Al Maaliyah Universiti Sains Islam Malaysia USIM)

Page 65: Sektor Audit Kerajaan Negeri

64 l a p o r a n a k t i v i t i t a h u n a n 2 0 0 7

Persidangan Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan Persidangan Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan (BBP) telah diadakan di Selesa Beach Resorts, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 29 dan 30 November 2007 dan dihadiri seramai 123 pegawai terdiri daripada semua pegawai Sektor BBP peringkat Ibu pejabat dan Negeri. Persidangan Sektor BBP telah dirasmikan oleh Ketua Audit Negara, Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Setia Ambrin bin Buang. Objektif persidangan adalah seperti berikut:

• Membentangkan rancangan Audit tahunan Sektor Audit BBP Tahun 2008 mengikut Perancangan Strategik Jabatan Audit Negara.

• Penambahbaikan terhadap pengauditan penyata kewangan, pengurusan kewangan dan prestasi supaya laporan yang disediakan lebih berkualiti dan berkesan.

• Memupuk semangat kerjasama dan kerja berpasukan di kalangan kakitangan Sektor BBP.

Tema persidangan pada tahun ini adalah ’Peranan Juruaudit Dalam Persekitaran Yang Berubah’. Sebanyak 11 kertas kerja telah dibentangkan semasa persidangan tersebut seperti berikut:

Kertas Kerja Yang Dibentangkan Dalam Persidangan BBP

Bil. Tajuk

1. Rancangan Audit Tahun 2008 Cawangan Kewangan

2. Rancangan Audit Tahun 2008 Cawangan Sosial

3.

Pelaksanaan Indeks Akauntabiliti Pengauditan Pengurusan Kewangan Badan Berkanun Persekutuan - Isu-isu yang dibangkitkan:

i. Institusi Kewangan BBPii. Institusi Pengajian Tinggi Awam

4. Standard Accounting For Government Agencies (SAGA) - Updates

5. Pelaksanaan Sistem Pengurusan Pengauditan (eSPP)

6. Pemakaian Standard Perakaunan FRS/PERS dan FRS 136 - Impairment of Asset

7. Overview Perbincangan Jawatankuasa Penasihat Teknikal & Cadangan Penambahbaikan Manual BBP

8. Pelaporan – Kelemahan Dalam Penulisan Laporan Ketua Audit Negara

9. Ketidakpatuhan dan cadangan penambahbaikan Dalam MS ISO 9001:2000 Sektor BBP

10. Keberkesanan Kursus Yang Telah Dihadiri Dan Jenis Kursus Yang Diperlukan

11. Pemantauan Firma Audit Swasta - Isu dan Cabaran

Selain itu, satu ceramah bertajuk ’Peningkatan Produktiviti Ke arah Kecemerlangan Organisasi’ telah disampaikan oleh Encik Ab. Razak bin Omar iaitu Pengarah Bahagian Produktiviti Sektor Awam, Perbadanan Produktiviti Negara (NPC).

Page 66: Sektor Audit Kerajaan Negeri

65

HUBUNGAN antarabangsa

Page 67: Sektor Audit Kerajaan Negeri

66 l a p o r a n a k t i v i t i t a h u n a n 2 0 0 7

One Day Seminar On Public Sector Audit In Conjunction With The 60th Anniversary Of the Audit Board Of The Republic Of Indonesia8 - 9 Januari 2007

Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Setia Ambrin bin Buang, Ketua Audit Negara telah dijemput untuk membentangkan satu kertas bertajuk ‘Emerging Issues and Global Challenges in the Public Sector Audit in the 21st Century – Malaysian Perspective’ sempena ulang tahun ke-60 Badan Pemeriksa Keuangan Republik Indonesia (BPKRI). Turut hadir bersama beliau ke majlis sambutan ulang tahun tersebut adalah 6 pegawai Jabatan Audit Negara iaitu En. Mohd. Said bin Supar, Timbalan Pengarah Audit Persekutuan, Tn. Hj. Mohd. Zaki bin Ismail, Pengarah Audit Negeri Kelantan, Pn. Saadatul Nafi sah bt. Bashir Ahmad, Ketua Juruaudit Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan, En. Roslan bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah Akademi Audit Negara, En. Allias bin Alwi, Juruaudit Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Pn. Nor Asma bt. Abdullah Sani, Juruaudit Bahagian Penyelidikan.

Pada masa yang sama, perbincangan telah dibuat dengan BPKRI mengenai kerjasama dalam bidang pengauditan percukaian dan alam sekitar. Delegasi juga telah menghadiri jamuan makan malam sempena majlis penganugerahan ‘Best Achievement in Pursuing Sound Administration of State Finance’ daripada BPKRI. Tetamu kehormat pada majlis tersebut adalah Dr. H. Susilo Bambang Yudhoyono, Presiden, Republik Indonesia.

Dalam usaha untuk meningkatkan imej di peringkat antarabangsa, Jabatan Audit Negara memberi penekanan kepada penglibatan aktif dalam persidangan, seminar, bengkel, kursus, mesyuarat dan pembentangan kertas kerja. Penyertaan dalam aktiviti tersebut juga dapat memberi pendedahan kepada pegawai mengenai pengauditan sektor awam di peringkat antarabangsa melalui perkongsian pengalaman dan pengetahuan. Penglibatan Jabatan di peringkat antarabangsa sepanjang tahun 2007 adalah seperti di jadual.

Perkara Bilangan

Kongres/Persidangan 4

Kursus/Seminar 13

Mesyuarat 3

Soal Selidik 3

Sumbangan artikel untuk Jurnal ASOSAI/INTOSAI 6

Environment Audit Course8 Januari – 7 Februari 2007

Pn. Swaibatul Aslamiah bt. Hj. Hussin, Timbalan Pengarah Audit Negeri Perak dan Pn. Nor Haiza bt. Hj. Abd. Aziz, Ketua Juruaudit Unit Audit Dalam Kementerian Pelajaran telah mengikuti kursus Environment Audit anjuran Offi ce of the Comptroller & Auditor General of India. Kursus di bawah tajaan Rancangan Kolombo ini telah diadakan di International Centre for Information Systems and Audit (iCISA), Noida, India bagi membolehkan pegawai mendapat pendedahan dan bertukar pengalaman mengenai pelaksanaan pengauditan alam sekitar yang dijalankan di India.

Successfully Combating Corporate Fraud Conference31 Januari – 2 Februari 2007

Persidangan yang diadakan di Hotel Marina Mandarin, Singapura ini telah dihadiri oleh En. Boon Jon Lin, Pengarah Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan dan En. Abdul Ghani bin Md. Lakin, Pengarah Audit Negeri Pulau Pinang. Objektif utama persidangan ini adalah untuk memperkenalkan teknik terkini dan strategi dalam mengesan fraud di sesebuah organisasi serta peranan juruaudit dalam mencegah dan mengesan fraud.

Penglibatan Di Peringkat Antarabangsa

Page 68: Sektor Audit Kerajaan Negeri

Hubungan Antarabangsa

J A B ATA N A U D I T N E G A R A 67

ASOSAI Seminar On Managing Audit Results12 – 16 Februari 2007

Seminar anjuran ASOSAI ini diadakan di International Centre for Information Systems and Audit (iCISA), Noida, India telah dihadiri oleh En. Azmi b. Mohamad, Timbalan Pengarah Audit Negeri Pahang. Seminar ini bertujuan untuk membolehkan pegawai mempelajari bagaimana untuk memaksimumkan hasil penemuan audit, mengenal pasti cabaran dan mencadangkan strategi untuk menghadapi cabaran tersebut.

International Intensive Training Programme In Performance Auditing 6 Februari – 10 Mac 2007

Program latihan anjuran Audit Offi ce of Pakistan ini telah diadakan di Lahore, Pakistan dan dihadiri oleh Pn. Rosni bt. Razali, Juruaudit Akademi Audit Negara. Program latihan ini telah dibiayai sepenuhnya oleh United Nations Development Program (UNDP) di bawah naungan Unit Perancang Ekonomi (UPE) Malaysia. Objektif latihan adalah untuk bertukar pengalaman serta mempelajari teknik baru dalam pengauditan prestasi yang diamalkan oleh negara lain khususnya berhubung dengan projek pembangunan Kerajaan.

Workshop On Performance Audit For Mekong And South Asian Region Of ADB-IDI-ASOSAI Cooperation Program8 Februari - 3 Mac 2007

En. Roslan bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah, Akademi Audit Negara telah dipilih menjadi salah seorang tenaga pengajar bagi bengkel tersebut yang telah diadakan di Bangkok, Thailand. Objektif bengkel adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan pengauditan prestasi.

Seminar On Internal Audit And Performance Management, UK International Perspective19 Februari – 5 Mac 2007

Seminar ini telah diadakan di London, United Kingdom dan dihadiri oleh En. Mohd. Serjana bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Audit Negeri Terengganu. Seminar ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pegawai mengenai peranan audit, pengurusan risiko serta mengenal pasti isu dan cabaran terkini berhubung pengauditan seperti risk-based, corporate governance dan kawalan dalaman.

Singapore International Waqf Conference 2007 6 – 7 Mac 2007

Jabatan Audit Negara telah menghantar dua pegawai iaitu En. Muntadar bin Mohd. Salleh, Juruaudit dari Sektor Audit Kerajaan Negeri dan Pn. Kasmawati binti Abdul Latif, Juruaudit dari Cawangan Audit Selangor bagi menghadiri persidangan di atas yang telah berlangsung di Hotel Fullerton, Singapura. Objektif utama persidangan adalah untuk mempelajari dengan lebih mendalam mengenai waqf seperti kepentingan waqf dalam membangunkan sosio ekonomi sesebuah negara dan cara untuk menguruskannya mengikut sistem kewangan Islam.

Page 69: Sektor Audit Kerajaan Negeri

68 l a p o r a n a k t i v i t i t a h u n a n 2 0 0 7

International Auditors Fellowship Program 2007, General Accountability Offi ce (GAO), USA23 April – 21 September 2007

En. Roslan bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah Akademi Audit Negara telah dipilih oleh pihak GAO untuk mengikuti International Auditors Fellowship Program 2007 di Washington DC, Amerika Syarikat. Objektif utama program adalah untuk meningkatkan kemahiran individu dalam memperkukuhkan keupayaan sesebuah SAI, meningkatkan kompetensi dan kemahiran profesional melalui pembelajaran berterusan dan memperkukuhkan rangkaian profesional dan kerjasama di antara SAI. Program ini telah dibiayai oleh United Nations Development Program (UNDP) di bawah naungan Unit Perancang Ekonomi (UPE) Malaysia.

11th Meeting Of Working Group On Environmental Auditing25 – 29 Jun 2007

Tuan Hj. Anwari bin Suri, Timbalan Ketua Audit Negara (Negeri), En. Zaaba bin Zainuddin, Timbalan Pengarah Penyelidikan, En. Sawaludin bin Mohd. Nor, Pengarah Audit Negeri Sembilan dan Cik Norizan bt. Tahir, Timbalan Pengarah Persekutuan telah menghadiri 11th Meeting of Working Group on Environmental Auditing pada 25 hingga 29 Jun 2007 di Arusha, Tanzania. Tujuan mesyuarat adalah untuk membincangkan kepentingan pengauditan alam sekitar melalui perkongsian ilmu dan pengalaman antara SAI. Antara kertas kerja yang dibentangkan dalam mesyuarat tersebut ialah:

• Environment and Sustainable Development from a Tanzanian Perspective oleh Profesor Mark Mwandosya, Menteri Alam Sekitar, Tanzania;

• The State of our Global Environment: The UNEP Fourth Global Environment Outlook – Perspectives and Key Findings oleh Mr. Thierry de Oliveira, Programme Offi cer, United Nations Environment Programme; dan

• Climate Change: What we know and what the future might be oleh Dr. Chris Magadza, Intergovernmental Panel on Climate Change (IPCC).

ASOSAI Seminar On System-Based Audit25 - 30 Jun 2007

Seminar anjuran ASOSAI ini telah dihadiri oleh Pn. Norhizan binti Omar, Ketua Juruaudit Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan dan diadakan di International Cooperation Training Center (ICTC) of KOICA, Seoul, Korea. Seminar ini telah memberi peluang kepada pegawai untuk berkongsi pengalaman dan bertukar pendapat mengenai pembaharuan terkini dalam amalan pengauditan yang dilaksanakan oleh pelbagai SAI selaras dengan perubahan persekitaran.

International Training Programme On Auditing In Information Technology Environment 7 Ogos - 6 September 2007

Jabatan telah menghantar dua pegawai iaitu En. Hairul Nizam bin Mohd. Yusoff, Juruaudit Bahagian Penyelidikan dan Pn. Rosenani bt. Ahmad, Juruaudit Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi. Kursus anjuran Offi ce of the Comptroller & Auditor General of India telah diadakan di International Centre for Information Systems and Audit (iCISA), Noida, India dan dibiayai di bawah Rancangan Kolombo. Kursus ini telah memberi peluang kepada pegawai untuk mempelajari teknik terkini yang digunakan oleh SAI India dalam melaksanakan pengauditan ICT.

Page 70: Sektor Audit Kerajaan Negeri

Hubungan Antarabangsa

J A B ATA N A U D I T N E G A R A 69

38th Meeting Of Governing Board Of ASOSAI3 - 5 September 2007

Mesyuarat yang berlangsung di Kuwait ini telah dihadiri oleh 5 pegawai kanan Jabatan yang diketuai oleh Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Setia Ambrin bin Buang, selaku anggota Lembaga Pentadbir ASOSAI. Ahli delegasi lain yang turut hadir adalah Tn. Hj. Mustafa bin Hj. Saman, Pengarah Sektor Pengurusan Korporat, Tn. Hj. Mohamed Nor bin Hassan, Pengarah Audit Negeri Terengganu, En. Juhari bin Haron, Ketua Penyelaras Sektor Audit Kerajaan Negeri dan En. Ridzwan bin Abdullah, Timbalan Pengarah Audit Kerja Raya. Negara anggota lain yang menghadiri mesyuarat ini adalah China, India, Jepun, Korea, Kuwait, Pakistan, Arab Saudi dan Turki. Antara agenda utama mesyuarat adalah Pemilihan Ahli Lembaga Pentadbir INTOSAI, Mesyuarat Jawatankuasa Latihan ASOSAI dan Aktiviti Latihan ASOSAI.

ASOSAI Instructors’ Design Meeting 16 – 29 September 2007

Cik Alifah Aida bt. Lope Abdul Rahman, Ketua Juruaudit, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang merupakan salah seorang tenaga pengajar ASOSAI telah menghadiri ASOSAI Instructors’ Design Meeting pada 16 hingga 29 September 2007 di Jakarta, Indonesia. Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk menyediakan bahan kursus bagi bengkel Financial Audit in IT Environment yang diadakan pada bulan Disember 2007 di Lahore, Pakistan.

Start Up Workshop For The 8th ASOSAI Research Project On “Environment Audit Guidelines”1- 4 Ogos 2007

En. Rezuoi bin Abdullah, Pengarah Audit Negeri Melaka telah mewakili Jabatan sebagai salah seorang ahli pasukan penyelidik ASOSAI yang ke-8. Bengkel permulaan bagi membincangkan Garis Panduan Pengauditan Alam Sekitar ini telah diadakan di New Delhi, India.

Commonwealth Public Expenditure Thematic Fellowship Programme20 - 31 Ogos 2007

Program anjuran Urus Setia Komanwel di bawah naungan Unit Perancang Ekonomi (UPE) telah dihadiri oleh En. Abdul Rahim bin Abdul Kader, Timbalan Pengarah Audit Persekutuan. Objektif utama program adalah untuk memberi pendedahan kepada pegawai mengenai bagaimana untuk memperkukuhkan tadbir urus melalui pengauditan serta berkongsi pengalaman pengauditan di New Zealand. Program tersebut telah diadakan di Victoria University of Wellington, New Zealand.

CNAO Sponsored International Audit Training Course 20 Ogos - 20 November 2007 Kursus tajaan National Audit Offi ce of the People’s Republic of China (CNAO) ini telah dihadiri oleh En. William Yapp Thou Kiong, Juruaudit Cawangan Audit Negeri Sabah. Kursus selama 3 bulan ini telah diadakan di Nanjing Audit University of China. Objektif utama kursus adalah untuk menggalakkan pertukaran pendapat dan pandangan dalam bidang pengauditan terutama metodologi pengauditan di antara Institusi Audit. Ia juga memberi peluang kepada peserta memahami sistem dan amalan pengauditan di Republik Rakyat China.

Page 71: Sektor Audit Kerajaan Negeri

70 l a p o r a n a k t i v i t i t a h u n a n 2 0 0 7

ASOSAI Audit Seminar15 - 24 Oktober 2007

Seminar anjuran National Audit Offi ce of the People’s Republic of China (CNAO) telah diadakan di Beijing, China dan dihadiri oleh En. Doubless John ak Sarok, Juruaudit Cawangan Audit Negeri Sarawak. Objektif utama seminar adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang sistem pengauditan di Republik Rakyat China.

XIX International Congress Of Supreme Audit Institutions (INCOSAI)5-10 November 2007

Kongres INTOSAI ke 19 ini telah diadakan di Mexico City, Mexico. Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Setia Ambrin bin Buang, Ketua Audit Negara telah mengetuai delegasi Malaysia yang terdiri daripada En. Hamdan bin Ahmad, Pengarah Sektor Audit Kerajaan Persekutuan, Pn. Lau Tze Ngiik, Timbalan Pengarah Audit Kewangan, En. Abdul Ghani bin Md. Lakin, Pengarah Audit Negeri Pulau Pinang dan Pn. Dr. Masiah bt. Ahmad, Ketua Juruaudit, Bahagian Penyelidikan.

Dalam kongres ini, penilaian telah dibuat terhadap pencapaian Pelan Strategik INTOSAI 2005-2010 yang mana telah diendors oleh INCOSAI pada tahun 2004. Kongres ini telah membincangkan dua tema iaitu Management Accountability and Audit of Public Debt dan Performance Assessment Systems Based on Universally Accepted Key Indicators.

Dalam kongres tersebut, Ketua Audit Negara dan delegasi juga telah menghadiri mesyuarat Professional Standards Committee Meeting, Meeting of the Commonwealth dan Panel – UN.

Sesi kedua Plenary pada 10 November 2007, kongres telah mempersetujui pelantikan Jabatan Audit Negara Malaysia dan SAI Paraguay sebagai Juruaudit INTOSAI bagi tahun kewangan 2007 hingga 2009. Dalam sesi yang sama, kongres telah memaklumkan bahawa kongres INTOSAI ke 20 pada tahun 2010 akan dianjurkan oleh SAI South Afrika pada 15 hingga 20 November 2010.

ASOSAI Seminar For Asian Organizations Of Supreme Audit Institutions – JICA19 - 29 November 2007

Seminar ASOSAI anjuran JICA telah diadakan di Tokyo, Jepun dan dihadiri oleh En. Mohd. Nasri bin Mohd. Nasir, Timbalan Pengarah Audit Negeri Selangor dan En. Zaharuddin bin Zainal Abidin, Juruaudit Akademi Audit Negara. Objektif utama seminar adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan berkongsi idea di kalangan peserta kursus dari pelbagai negara ASOSAI berkenaan pembangunan dan pengurusan sumber manusia.

ASOSAI – Sponsored Workshop On Financial Audit In An Information Technology Environment In 20073 - 14 Disember 2007

Bengkel tajaan ASOSAI ini telah dihadiri oleh Cik Alifah Aida bt. Lope Abdul Rahman, Ketua Juruaudit Unit Audit Dalam, Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertindak sebagai salah seorang tenaga pengajar dan En. Khairul Anuar bin Amat Johari, Juruaudit Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan sebagai peserta. Matlamat bengkel adalah untuk memberi pengetahuan dan kemahiran kepada Juruaudit dalam melaksanakan pengauditan kewangan dalam persekitaran IT dan memantapkan pemahaman berlandaskan standard INTOSAI dan standard pengauditan yang berkaitan.

Page 72: Sektor Audit Kerajaan Negeri

Hubungan Antarabangsa

J A B ATA N A U D I T N E G A R A 71

China6 Julai 2007

Indonesia18 Ogos 2007

Jordan27-31 Disember 2007

Timor-Leste7 Mac 2007

Bhutan18 April 2007

Mengurus Lawatan Dan Kunjungan Hormat Delegasi Luar Negara

Pada setiap tahun, Jabatan Audit Negara dikunjungi oleh delegasi negara luar bertujuan untuk bertukar maklumat dan berkongsi pengalaman mengenai amalan terbaik pengauditan sektor awam serta untuk mengeratkan hubungan dua hala. Dalam tahun 2007, seramai 29 delegasi dari Timor Leste, Bhutan, China, Indonesia dan Jordan telah mengadakan lawatan ke Jabatan Audit Negara. Di samping itu, seramai 5 delegasi dari National Institute of Accountant (NIA) Australia, Canada Deposit Insurance Corporation dan Suruhanjaya Tinggi Perancis telah membuat kunjungan hormat kepada Ketua Audit Negara.

Lawatan Delegasi Luar Negara

Page 73: Sektor Audit Kerajaan Negeri

72 l a p o r a n a k t i v i t i t a h u n a n 2 0 0 7

Suruhanjaya Tinggi Perancis28 November 2007

Canada Deposit Insurance Corporation 25 Oktober 2007

National Institute of Accountants (NIA) Australia 24 Julai 2007

Kunjungan Hormat

Page 74: Sektor Audit Kerajaan Negeri

Hubungan Antarabangsa

J A B ATA N A U D I T N E G A R A 73

Lawatan Kerja Delegasi Jabatan Audit Negara ke Luar Negara

Lawatan Kerja Timbalan Ketua Audit Negara (Persekutuan) ke Pejabat Audit Republik Rakyat China (CNAO)2 - 6 Julai 2007

Y. Bhg Dato’ Azizah bt. Hj. Arshad, Timbalan Ketua Audit Negara (Persekutuan) serta tiga pegawai telah mengadakan lawatan kerja ke Negara China pada 2 hingga 6 Julai 2007. Tiga pegawai yang turut serta semasa lawatan kerja ini adalah Tn. Hj. Mustafa bin Naina Maricar, Pengarah Audit Negeri Sabah, En. Abd. Wahab bin Ahmad, Pengarah Akademi Audit Negara dan Pn. Dr. Masiah bt. Ahmad, Ketua Juruaudit, Bahagian Penyelidikan.

Lawatan kerja ini bertujuan untuk mempelajari amalan pengauditan sektor awam, latihan dan penyelidikan yang dilaksanakan oleh Pejabat Audit Republik Rakyat China (CNAO) serta bertukar pandangan dan pengalaman dalam pengauditan sektor awam. Fokus perbincangan adalah berkaitan pengauditan fraud/forensic, pengauditan alam sekitar dan pengauditan ICT selain mengeratkan hubungan kerjasama antara CNAO dan Jabatan Audit Negara Malaysia dalam bidang pengauditan sektor awam.

Delegasi juga telah berkesempatan mengadakan kunjungan hormat kepada Duta Besar Malaysia iaitu TYT Dato’ Syed Norulzaman Syed Kamarulzaman pada 2 Julai 2007 di Kedutaan Malaysia, Beijing bagi membincangkan perkara-perkara yang berbangkit daripada hasil pengauditan.

Semasa lawatan tersebut, beberapa perbincangan mengenai aspek pengauditan sektor awam telah diadakan bersama Timbalan Ketua Audit Negara CNAO dan Timbalan Ketua Pengarah, Pejabat Residen Audit Nanjing. Delegasi juga telah mengadakan lawatan ke Nanjing Audit University (NAU) dimana satu taklimat dan perbincangan telah diadakan dengan Ketua-ketua Jabatan NAU. NAU merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang menawarkan pengajian dalam bidang ekonomi, pengurusan, undang-undang, bahasa dan sastera, sains dan kejuruteraan. Terdapat 13 sekolah/Jabatan bagi 20 disiplin iaitu Sekolah Pengauditan Antarabangsa, Sekolah Perakaunan, Sekolah Kewangan, Sekolah Ekonomi, Sekolah Pengurusan, Sekolah Sains Maklumat, Sekolah Undang-undang dan Politik, Jabatan Bahasa Asing, Jabatan Pengajaran Bahasa China sebagai Bahasa Asing, Jabatan Matematik, Jabatan pendidikan Fizikal, Sekolah Pentadbiran, Sekolah Pendidikan Dewasa, Sekolah Vokasional Teknologi dan Kolej Jinshen. Disiplin pengauditan, perakaunan dan kewangan disenaraikan sabagai disiplin utama.

Delegasi turut mengadakan lawatan kerja ke Municipal Audit Shanghai di mana satu taklimat telah disampaikan oleh Pn. Wu Yindie, Timbalan Ketua Pengarah, Biro Municipal Audit Shanghai merangkumi sistem kepimpinan, struktur organisasi serta tugas dan tanggungjawab Biro.

Page 75: Sektor Audit Kerajaan Negeri

74 l a p o r a n a k t i v i t i t a h u n a n 2 0 0 7

Lawatan Kerja Y. Bhg Tan Sri Ketua Audit Negara Ke PT TH Gambut Plantations, Riau, Indonesia2 - 4 Ogos 2007

Satu lawatan kerja ke PT TH Gambut Plantations (THGP), Riau Indonesia telah dilakukan oleh Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Setia Ambrin bin Buang, Ketua Audit Negara Malaysia pada 2 hingga 4 Ogos 2007 dengan disertai oleh 3 pegawai Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan iaitu Encik Khalid Khan bin Abdullah Khan, Timbalan Pengarah, Encik Azmin bin Husin, Ketua Juruaudit dan Encik Saiful Anuar bin Mohd Jaafar, Ketua Seksyen Audit Lembaga Tabung Haji. Turut mengiringi lawatan adalah Y. Bhg. Dato’ Rashidi bin Omar, Ahli Lembaga Pengarah THGP, Y. Bhg. Datuk Dr. Abdul Samad bin Haji Alias, Pengerusi Jawatankuasa Audit Lembaga Tabung Haji dan Tuan Haji Azhar bin Nayan, Ketua Audit Dalam Lembaga Tabung Haji.

Lawatan ini adalah atas jemputan daripada pihak Lembaga Tabung Haji untuk melihat dengan lebih dekat aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam projek usaha sama di samping mendapatkan gambaran mengenai pembangunan ladang serta hala tuju projek di masa hadapan. Sepanjang tempoh lawatan kerja ini, Ketua Audit Negara berkesempatan untuk melawat kilang Suntai dan Nyato serta beberapa buah ladang yang terdapat di sana.

Page 76: Sektor Audit Kerajaan Negeri

75

LAPORAN khas

Page 77: Sektor Audit Kerajaan Negeri

76 l a p o r a n a k t i v i t i t a h u n a n 2 0 0 7

Cawangan Audit Negeri Melaka diberi penghormatan sebagai tuan rumah kepada majlis dan program Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Anugerah 25 Tahun Perkhidmatan, Program Motivasi dan Hari Sukan Audit Se-Malaysia ke-15 mulai 18 hingga 20 Ogos 2007. Sebagai persediaan, satu Jawatankuasa Induk ditubuhkan dengan dibantu oleh 10 jawatankuasa kecil iaitu Hadiah, Buku Cenderamata, Keselamatan, Penginapan, Majlis Perasmian dan Penutup, Promosi, Pengangkutan, Sukan, Makanan dan Siaraya bagi memastikan program tersebut berjalan dengan lancar dan teratur.

Seramai 900 kakitangan Jabatan Audit Negara telah berkampung di negeri Melaka bagi mengikuti majlis dan program ini. Penginapan peserta disediakan di Hotel Puteri, D’Village, INB Resort dan Seri Warisan Ayer Keroh, Melaka.

Majlis Penganugerahan Perkhidmatan Cemerlang Dan Penghargaan Perkhidmatan 25 Tahun Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Penghargaan Perkhidmatan 25 Tahun telah diadakan pada 18 Ogos 2007 di Puteri Resort, Ayer Keroh dan dirasmikan oleh Ketua Audit Negara. Seramai 112 pegawai menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang manakala 64 pegawai menerima Sijil Penghargaan Perkhidmatan 25 Tahun. Dalam perutusan, Ketua Audit Negara menekankan bahawa kualiti modal insan merupakan faktor penentu kecemerlangan sesebuah organisasi. Warga Audit diseru meningkatkan kecemerlangan sedia ada dan menjadikan perkhidmatan yang cekap, berkualiti dan berintegriti sebagai budaya kerja bagi menaikkan lagi imej Jabatan Audit Negara.

Sukan Audit Se-MalaysiaMajlis perasmian Sukan Audit Se-Malaysia telah disempurnakan oleh Ketua Audit Negara pada 19 Ogos 2007 di Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit Melaka. Majlis perasmian telah diserikan dengan perarakan kontinjen yang mengambil bahagian dengan diiringi persembahan pancaragam dari Sekolah Henry Gurney, Jabatan Penjara Malaysia. Kakitangan dari Jabatan Pertahanan Awam telah mengarak dan menaikkan bendera di samping menjaga keselamatan warga Audit sepanjang tempoh majlis tersebut. Antara acara sukan yang diadakan adalah

Majlis Penganugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2006, Penghargaan Perkhidmatan 25 Tahun, Program Motivasi Dan Sukan Audit Se-Malaysia

terompah gergasi, sungai beracun, menyerang Kota Melaka, lari dalam guni dan tarik tali. Pada sebelah petang pula acara sukan bola tampar, bola jaring, karom, dart dan sepak takraw diadakan di Kompleks Sukan Belia Dan Sukan di Ayer Keroh, Melaka. Acara sukan futsal diadakan di Sport Galectico De’ Futsal, badminton di pusat sukan MBMB/MSN, Ayer Keroh dan boling di Extreme Bowl, Melaka Raya. Cawangan Audit Negeri Sarawak telah menjadi juara keseluruhan pesta sukan tersebut.

Program MotivasiPada 20 Ogos 2007, Ceramah Motivasi Perdana bertajuk “Menjana Insan Seimbang Melalui Kaedah 10Q’s” telah diadakan di Melaka International Trade Centre (MITC) dan disampaikan oleh pakar motivasi terkenal Y.Bhg. Dato’ Dr. Mohd Fadzilah bin Kamsah. Antara lain, ciri insan cemerlang ialah mereka yang mengamalkan sikap sentiasa bersyukur dengan apa yang dicapai dalam kehidupan. Insan cemerlang akan sentiasa bersikap bijaksana, tenang, kurang stres, bersemangat dan seronok bekerja seterusnya bertindak untuk menjadi lebih cemerlang.

Page 78: Sektor Audit Kerajaan Negeri

Laporan KHAS

J A B ATA N A U D I T N E G A R A 77

Konvensyen KMK Jabatan Audit Negara 2007Konvensyen KMK peringkat Jabatan Audit Negara telah diadakan pada 26 Oktober 2007 bertempat di Akademi Audit Negara. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato’ Azizah bt. Haji Arshad, Timbalan Ketua Audit Negara (Persekutuan). Sebanyak 13 buah kumpulan daripada Sektor dan Negeri telah turut serta. Dalam konvensyen tersebut, Kumpulan Dinamik yang mewakili Cawangan Audit Negeri Sembilan telah diisytihar sebagai Johan manakala kumpulan Harmoni daripada Sektor Audit Kerajaan Persekutuan sebagai Naib Johan dan Kumpulan Perkasa daripada Cawangan Audit Negeri Sarawak mendapat tempat ketiga. Kumpulan Dinamik telah membuat persembahan bertajuk “Mengoptimumkan Penyelenggaraan Bukti Audit”. Dalam persembahan tersebut kumpulan ini mencadangkan penambahbaikan bagi penyelenggaraan bukti audit dengan menyediakan format kertas kerja yang standard, mewujudkan sistem daftar induk dan menyediakan senarai semak untuk menjalankan pengauditan. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan di Hotel The Zon Regency, Johor Bahru pada 29 Oktober 2007 sempena Hari Kualiti Jabatan Audit Negara 2007.

Majlis Sambutan 50 Tahun Kemerdekaan NegaraSempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-50, Jabatan Audit Negara telah mengadakan “Majlis Sambutan 50 Tahun Kemerdekaan Negara” di Ibu Pejabat Putrajaya, 13 Cawangan Audit Negeri dan Akademi Audit Negara pada 27 Ogos 2007. Tema sambutan ialah “Akauntabiliti Teras Kegemilangan Perkhidmatan Awam”. Majlis utama yang diadakan di Akademi Audit Negara telah dihadiri oleh warga Jabatan Audit Negara, wakil-wakil daripada Firma Audit Swasta dan warga Audit yang telah bersara. Majlis ini juga disiarkan secara lansung melalui persidangan video ke Ibu Pejabat Audit di Putrajaya dan Cawangan-cawangan Audit Negeri. Para hadirin telah diserikan dengan persembahan nyanyian lagu-lagu patriotik, deklamasi sajak dan pentomen yang dipersembahkan oleh warga Jabatan Audit Negara. Dalam ucapan aluan, Ketua Audit Negara menyatakan bahawa perhimpunan ini disambut bagi mengenang jasa mereka yang telah memperjuangkan kemerdekaan negara bagi memastikan negara terus aman dan stabil supaya rakyat boleh menikmati taraf hidup yang lebih baik dan selesa. Majlis ini juga diadakan bagi mengenang perjuangan warga Audit bagi memastikan wujudnya akauntabiliti dan integriti dalam perbelanjaan wang awam.

Page 79: Sektor Audit Kerajaan Negeri

78 l a p o r a n a k t i v i t i t a h u n a n 2 0 0 7

Hari Audit Se-Malaysia 2007 Cawangan Audit Negeri Johor telah menjadi tuan rumah Sambutan Hari Audit Se-Malaysia kali ke-3 yang diadakan pada 29 Oktober 2007 bertempat di Hotel The Zon Regency, Johor Bahru. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Haji Mohd Ali bin Hassan, Speaker Dewan Undangan Negeri Johor. Majlis ini telah dihadiri oleh 700 jemputan yang terdiri daripada pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Johor, Firma Audit Swasta, badan profesional, Unit Audit Dalam serta pegawai Jabatan Audit Negara.

Tema sambutan pada tahun ini adalah “Sumbangan Juruaudit Ke Arah Mempertingkatkan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam”. Tema ini dipilih kerana sistem penyampaian perkhidmatan awam merupakan salah satu aspek yang ditekankan bagi menjayakan Misi Nasional Negara. Oleh itu, juruaudit memainkan peranan penting untuk mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam melalui pengauditan dan pelaporan yang berkualiti. Tindakan-tindakan proaktif dan berterusan perlu diambil untuk menambah baik kerja pengauditan dan pelaporan bagi memperkukuhkan pengurusan dan pentadbiran sektor awam.

Di antara aktiviti yang telah dilaksanakan pada sambutan kali ini adalah Majlis Penyampaian Sijil Penyertaan Program Anak Angkat kepada 29 Jabatan/Agensi Kerajaan dari seluruh negara dan sumbangan buku kepada 7 buah sekolah terpilih. Pemilihan sekolah adalah dibuat berdasarkan kepada sosio ekonomi dan pencapaian sekolah tersebut. Sekolah yang terpilih menerima sumbangan adalah Sekolah Agama Kampung Jawa, Segamat; Sekolah Agama Kundang Ulu, Muar; Sekolah Kebangsaan Gombang, Muar; Sekolah Kebangsaan Labung, Mersing; Sekolah Kebangsaan Punan, Kluang dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ladang Kulai Besar, Kulai.

Hari Kualiti Jabatan Audit Negara 2007Sambutan Hari Kualiti Jabatan Audit Negara 2007 telah diadakan pada 29 Oktober 2007 bertempat di Ballroom 3 Hotel The Zon Regency, Johor Bahru yang dirasmikan oleh Ketua Audit Negara. Tema sambutan pada tahun ini adalah “Akauntabiliti Dan Integriti Teras Kegemilangan Perkhidmatan Awam”. Tujuan majlis ini adalah untuk memperkukuhkan nilai budaya kualiti di Jabatan Audit Negara. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk memberi pengiktirafan serta memperbaharui komitmen dan dedikasi kakitangan. Upacara bacaan ikrar telah dilakukan oleh warga Audit diketuai oleh Encik Azmar bin Momin dari Cawangan Audit Negeri Johor. Pada majlis ini Ketua Audit Negara telah menyampaikan hadiah kepada peserta Konvensyen Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) peringkat Jabatan Audit Negara 2007 yang telah diadakan di Akademi Audit Negara pada 26 Oktober 2007. Ketua Audit Negara juga telah melancarkan 5 dokumen rasmi Jabatan iaitu:

• Perancangan Strategik Jabatan Audit Negara (2008 hingga 2010)

• Pelan Strategik Teknologi Maklumat Jabatan Audit Negara

• Garis Panduan Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan Kementerian/Jabatan/Agensi Persekutuan Dan Negeri

• Garis Panduan Pengauditan Fraud• Garis Panduan Pengendalian Kertas Kerja Audit.

Page 80: Sektor Audit Kerajaan Negeri

Laporan KHAS

J A B ATA N A U D I T N E G A R A 79

Liputan Media 2007

Page 81: Sektor Audit Kerajaan Negeri

80 l a p o r a n a k t i v i t i t a h u n a n 2 0 0 6

Liputan Media 2007

Page 82: Sektor Audit Kerajaan Negeri

81

PERISTIWA jabatan

Page 83: Sektor Audit Kerajaan Negeri

82 l a p o r a n a k t i v i t i t a h u n a n 2 0 0 7

Mac 2007

Mesyuarat pembentangan Laporan Audit Prestasi Tahun 2006 Zon Timur bersama Ketua Audit Negara pada 5 Mac 2007 bertempat di Dewan Chengal Woodlands Resort Taman Negara, Kuala Tahan, Jerantut, Pahang.

Perbincangan Laporan Ketua Audit Negara mengenai kajian/aktiviti Jabatan bagi Zon Utara di Taiping Resort, Taiping, Perak pada 14 hingga 16 Mac 2007.

Lawatan Ketua Audit Negara ke Projek Taman-Taman Sabah, Pulau Sipadan, Semporna, Sabah pada 21 Mac 2007.

Januari 2007

Perbincangan Kajian Audit Tahun 2006 Zon Timur diadakan di Universiti Teknologi Mara Dungun, Terengganu pada 4 hingga 5 Januari 2007.

Persidangan Sektor Audit Kerajaan Negeri di A ’Farmosa Resort, Melaka pada 9 hingga 13 Januari 2007.

Februari 2007

Sesi Brainstorming Kajian Zon Selatan yang diadakan di Gemas Golf Resort Negeri Sembilan pada 22 Febuari 2007. Sesi ini turut dihadiri oleh Ketua Audit Negara.

Page 84: Sektor Audit Kerajaan Negeri

Peristiwa Jabatan

J A B ATA N A U D I T N E G A R A 83

Lawatan Ketua Audit Negara ke Institut Perguruan Tawau, Sabah pada 22 Mac 2007.

Lawatan kerja Ketua Audit Negara ke Lembaga Pelabuhan Miri dan Muzium Petrolium Sarawak di Miri, Sarawak pada 28 Mac 2007.

April 2007

Pengarah Audit serta 2 Pegawai Audit Cawangan Audit Negeri Kedah bersama Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) Negeri Kedah telah mengadakan lawatan ke Dewan Undangan Negeri Sarawak pada 26 hingga 29 April 2007.

Mei 2007

Lawatan Ketua Audit Negara ke tapak cadangan bangunan baru Cawangan Audit Negeri Selangor pada 4 Mei 2007.

Exit Conference Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Sembilan Tahun 2006 serta penyampaian Sijil Bersih oleh Ketua Audit Negara telah diadakan di Allson Klana Resort pada 22 Mei 2007

Jun 2007

Exit Conference Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Terengganu telah di adakan pada 21 Jun 2007 di Hotel Herritage, Pulau Duyong, Terengganu.

Page 85: Sektor Audit Kerajaan Negeri

84 l a p o r a n a k t i v i t i t a h u n a n 2 0 0 7

Exit Conference Penyata Akaun Awam Negeri Sabah Tahun 2006 dipengerusikan oleh Ketua Audit Negara pada 26 Jun 2007.

Julai 2007

Konvensyen KMK Peringkat Negeri Sembilan pada 4 dan 5 Julai 2007. Kumpulan Dinamik dari Jabatan Audit Negara telah menjadi Johan dalam Kategori Pengurusan.

Exit Conference Laporan Ketua Audit Negara 2006 diadakan pada 10 Julai 2007 di Bilik Mesyuarat Cawangan Audit Negeri Kedah. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Pegawai Kewangan Negeri, Bendahari Negeri bersama kakitangannya serta Ketua/wakil Jabatan yang terlibat.

Lawatan Ketua Audit Negara ke projek bermasalah di Negeri Kedah pada 11Julai 2007.

Exit Conference Penyata Kewangan Dan Aktiviti Kerajaan Negeri Pahang Tahun 2006 pada 17 Julai 2007 dengan Pegawai Kewangan Negeri di Colmar Tropicale Bukit Tinggi Resort, Pahang.

Mesyuarat Kajian Perolehan Pihak Berkuasa Tempatan bagi Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2006 di Serai d Lanjut Beach & Golf Resort Rompin, Pahang yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Audit Negara (N) Tuan Hj. Anwari Bin Suri pada 18 Hingga 20 Julai 2007.

Page 86: Sektor Audit Kerajaan Negeri

Peristiwa Jabatan

J A B ATA N A U D I T N E G A R A 85

Exit Conference Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Johor yang dihadiri oleh Ketua Audit Negara dan Pegawai Kewangan Negeri di Bilik Gerakan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor pada 23 Julai 2007.

Exit Conference Penyata Kewangan Negeri Selangor dipengerusikan oleh Ketua Audit Negara pada 27 Julai 2007

Ogos 2007

Lawatan kerja Ketua Audit Negara serta rombongan ke Tanjung Manis, Sarikei pada 8 Ogos 2007.

Exit Conference Penyata Kewangan Negeri Sarawak bagi tahun 2006 yang dipengerusikan oleh Ketua Audit Negara pada 9 Ogos 2007. Sijil Ketua Audit Negara diserahkan kepada Dato Sri Ahmad Tarmizi Hj. Sulaiman, Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak.

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Perkhidmatan 25 Tahun dan Program Motivasi Jabatan Audit Negara Malaysia di Negeri Melaka Pada 18 hingga 20 Ogos 2007.

September 2007

Penyerahan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2006 kepada Ketua Menteri Sarawak oleh Puan Ong Swee Leng, Pengarah Cawangan Audit Negeri Sarawak pada 3 September 2007.

Page 87: Sektor Audit Kerajaan Negeri

86 l a p o r a n a k t i v i t i t a h u n a n 2 0 0 7

Perbincangan Laporan Audit Negeri Sabah Tahun 2006 bersama Ketua Menteri Sabah pada 26 September 2007.

Oktober 2007

Persidangan Pengarah-pengarah Audiit Negeri telah diadakan di Langkawi pada 23 Oktober 2007.

Sambutan Hari Audit Se-Malaysia di Hotel The Zon Regency, Johor Bahru pada 29 Oktober 2007.

Sambutan Hari Kualiti Jabatan Audit Negara di Hotel The Zon Regency, Johor Bahru pada 29 Oktober 2007.

Konvensyen KMK peringkat kebangsaan di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, Kelantan pada 28 dan 29 Oktober 2007 yang disertai oleh Pasukan Dinamik dari Cawangan Audit Negeri Sembilan.

November 2007

Persidangan Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan diadakan pada 29 hingga 30 November 2007 di Selesa Beach Resort, Port Dickson.

Page 88: Sektor Audit Kerajaan Negeri

87

AKTIVITI agama, sosial, sukan & kebajikan

Page 89: Sektor Audit Kerajaan Negeri

88 l a p o r a n a k t i v i t i t a h u n a n 2 0 0 7

Januari 2007

Cawanagan Audit Negeri Perak turut serta dalam Majlis Qurban anjuran bersama jabatan-jabatan di Bangunan Persekutuan Ipoh pada 3 Januari 2007.

Pegawai Cawangan Audit Negeri Johor membantu membersihkan Tadika Kemas dan surau di Kampung Sepakat Baru Skudai, Johor Bahru yang dilanda banjir pada 16 Januari 2007.

Cawangan Audit Negeri Kedah menganjurkan Hari Kesihatan pada 25 Januari 2007. Pegawai Perubatan dijemput memberi ceramah kesihatan dan membuat pemeriksaan kesihatan terhadap semua kakitangan Cawangan ini.

Februari 2007

Majlis penyampaian sumbangan bantuan mangsa banjir oleh Kelab Audit Wilayah Persekutuan (KAWIP) kepada kakitangan Jabatan Audit Negara Cawangan Negeri Johor pada 8 Februari 2007.

Bersempena sambutan Maal Hijrah 1428, Kakitangan Cawangan Audit Negeri Kelantan bersama-sama Jawatankuasa Penyelaras Wisma Persekutuan Kelantan telah menganjurkan Majlis Assyura pada 15 Februari 2007.

Page 90: Sektor Audit Kerajaan Negeri

Aktiviti Agama, Sosial, Sukan & Kebajikan

J A B ATA N A U D I T N E G A R A 89

Cawangan Audit Negeri Kelantan mengadakan perlawanan persahabatan futsal dengan Majlis Sukan Negeri Kelantan pada 19 April 2007.

Cawangan Audit Negeri Sembilan mengadakan ceramah kesihatan bertajuk ‘Pemakanan Sihat’ yang disampaikan oleh Cik Siti Adibah Abd Halim dari Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan pada 25 April 2007.

Mei 2007

Perlawanan persahabatan Futsal antara Kelab Sukan dan Kebajikan Audit Sabah (KESKAS) dan Polis Diraja Malaysia pada 5 Mei 2007.

Mac 2007

Mesyuarat Agong Kelab Rekreasi Audit Sarawak (KERAS) diadakan pada 21 Mac 2007 di Bilik Mesyuarat Cawangan Audit Negeri Sarawak.

April 2007

Majlis ceramah sempena Maulidur Rasul yang diadakan di bilik mesyuarat Cawangan Audit Negeri Sembilan pada 4 April 2007.

Majlis penyampaian kecemerlangan anak-anak ahli Kelab Sukan Dan Kebajikan Audit Pahang (KESKAP) dan sambutan Maulidur Rasul Cawangan Audit Negeri Pahang pada 13 April 2007.

Page 91: Sektor Audit Kerajaan Negeri

90 l a p o r a n a k t i v i t i t a h u n a n 2 0 0 7

Julai 2007

Pesta makan buah-buahan tempatan oleh Cawangan Audit Negeri Pulau Pinang pada 13 Julai 2007.

Mesyuarat Agong Tahunan Kelab Sukan dan Kebajikan Audit Terengganu (KESKAT) kali ke 11 telah diadakan pada 24 Julai 2007 di Cawangan Audit Negeri Terenganu.

Pertandingan Bola Sepak 6 Sebelah telah diadakan pada 28 Julai 2007 di Kompleks Belia Dan Sukan Paroi, Seremban yang dianjurkan bersama oleh Cawangan Audit Negeri Sembilan dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Sembilan.

September 2007

Ceramah Ramadhan diadakan pada 7 September 2007 di bilik mesyuarat Cawangan Audit Negeri Selangor. Ceramah tersebut bertajuk ‘Ramadhan Dulu, Kini Dan Selamanya’ yang disampaikan oleh Ustaz Hj. Abu Bakar bin Abd. Samad.

Wakil Cawangan Audit Negeri Pahang menyertai kejohanan boling antara Jabatan Kerajaan anjuran Majlis Perbandaran Kuantan, sempena menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-50 di Megamall Kuantan pada 8 September 2007.

Lawatan oleh kakitangan Cawangan Audit Negeri Perak ke Rumah Anak Yatim Dan Miskin di Kampung Manjoi, Ipoh pada 27 September 2007.

Page 92: Sektor Audit Kerajaan Negeri

Aktiviti Agama, Sosial, Sukan & Kebajikan

J A B ATA N A U D I T N E G A R A 91

Majlis Khatam Al-Quran dan berbuka puasa warga Cawangan Audit Negeri Sembilan dan keluarga pada 28 September 2007 di perkarangan Wisma Persekutuan Negeri Sembilan.

Majlis Khatam Al-Quran dan berbuka puasa anjuran Cawangan Audit Negeri Johor diadakan pada 29 September 2007.

Oktober 2007

Cawangan Audit Negeri Perak bersama kakitangan pelbagai Jabatan di Bangunan Persekutuan memasak bubur lambuk pada 3 Oktober 2007.

Majlis berbuka puasa Cawangan Audit Negeri Pahang diadakan di Annexe Rest House Kuantan pada 4 Oktober 2007.

Sumbangan derma oleh Cawangan Audit Negeri Pulau Pinang kepada fakir miskin pada 4 dan 5 Oktober 2007.

Warga Cawangan Audit Negeri Kelantan telah mengumpulkan derma untuk disumbangkan kepada Rumah Anak-anak Yatim Taman Sabariah pada 8 Oktober 2007.

Page 93: Sektor Audit Kerajaan Negeri

92 l a p o r a n a k t i v i t i t a h u n a n 2 0 0 7

Cawangan Audit Negeri Kedah telah menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfi tri pada 24 Oktober 2007. Majlis ini dihadiri oleh Pengarah-pengarah Audit Negeri sempena lawatan Pengarah-pengarah Audit Negeri ke Cawangan Audit Negeri Kedah.

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfi tri Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan telah diadakan pada 25 Oktober 2007 di Putrajaya.

November 2007

Jamuan Hari Raya Aidilfi tri Jabatan Audit Negeri Selangor telah diadakan pada 1 November 2007 dihadiri oleh pegawai dari Jabatan Audit Selangor dan pejabat Bangunan Darul Ehsan

Jamuan Hari Raya Aidilfi tri Cawangan Audit Negeri Pulau Pinang telah diadakan pada 2 November 2007.

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfi tri Cawangan Audit Negeri Pahang pada 2 November 2007 di Pejabat Cawangan Audit Negeri Pahang.

Majlis Rumah Terbuka Aidilfi tri di Cawangan Audit Negeri Melaka pada 9 November 2007.

Page 94: Sektor Audit Kerajaan Negeri

Aktiviti Agama, Sosial, Sukan & Kebajikan

J A B ATA N A U D I T N E G A R A 93

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfi tri Cawangan Audit Negeri Sabah bersama anak-anak yatim pada 10 November 2007.

Hari Keluarga Cawangan Audit Negeri Kedah telah diadakan di Taman Rekreasi Bukit Hijau dan Kolam Air Panas Ulu Legong, Baling pada 18 dan 19 November 2007. Seramai 120 orang kakitangan Audit dan keluarganya telah mengambil bahagian.

Disember 2007

Sambutan Hari Keluarga Kelab Sukan Audit Negeri Johor telah diadakan pada 9 Disember 2007 di Kompleks Nusa Mutiara Johor Bahru.

Majlis Penyampaian sumbangan kepada mangsa banjir kakitangan Cawangan Audit Negeri Pahang oleh KAWIP pada 26 Disember 2007 di bilik mesyuarat Cawangan Audit Negeri Pahang.

Page 95: Sektor Audit Kerajaan Negeri

94 l a p o r a n a k t i v i t i t a h u n a n 2 0 0 6

Lawatan sambil belajar PUSPANITA Cawangan Audit Negeri Johor ke Singapura pada 3 Februari 2007.

Lawatan PUSPANITA Cawangan Audit Negeri Perak ke Galeri Tun Mahathir dan Tun Hussein, Kuala Lumpur pada 3 Mac 2007.

Pertandingan congkak yang diadakan di Bilik PUSPANITA, Jabatan Audit Negara, Putrajaya pada 9 Mac 2007.

Pertandingan boling yang diadakan di ARL Power Bowl, Alamanda, Putrajaya pada 25 Mei 2007.

Ahli PUSPANITA sedang menguji kemahiran menjahit manik di kelas jahitan manik yang diadakan di Bilik PUSPANITA, Jabatan Audit Negara, Putrajaya pada 7 September 2007.

Majlis Khatam Al-Quran dan berbuka puasa yang diadakan di Surau Jabatan Audit Negara, Putrajaya pada 3 Oktober 2007.

PUSPANITA

Page 96: Sektor Audit Kerajaan Negeri

95

DIREKTORI jabatan

Page 97: Sektor Audit Kerajaan Negeri

96 l a p o r a n a k t i v i t i t a h u n a n 2 0 0 7

Nama Jawatan Alamat No. Telefon & Faks

Ketua Audit Negara Malaysia

Pejabat Ketua Audit NegaraNo.15, Aras 4Persiaran Perdana Presint 2Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62518 Putrajaya

Tel : 03-88889700 03-88899001

Faks : 03-88889701

Timbalan Ketua Audit Negara (Persekutuan)

Jabatan Audit NegaraSektor Audit Kerajaan PersekutuanNo.15, Aras 4Persiaran Perdana Presint 2Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62518 Putrajaya

Tel : 03-88889706 03-88899003

Faks : 03-88889707

Timbalan Ketua Audit Negara (Negeri)

Jabatan Audit NegaraSektor Audit Kerajaan NegeriNo.15, Aras 4Persiaran Perdana Presint 2Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62518 Putrajaya

Tel : 03-88889704 03-88899005

Faks : 03-88889705

Pengarah Sektor Pengurusan Korporat

Jabatan Audit NegaraSektor Pengurusan KorporatNo.15, Aras 5Persiaran Perdana Presint 2Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62518 Putrajaya

Tel : 03-88889702 03-88899009

Faks : 03-88889703

Pengarah Sektor Audit Kerajaan Persekutuan

Jabatan Audit NegaraSektor Audit Kerajaan PersekutuanNo.15, Aras 4Persiaran Perdana Presint 2Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62518 Putrajaya

Tel : 03-88889727 03-88899011

Faks : 03-88889728

Pengarah Sektor Audit Badan Berkanun Persekutuan

Jabatan Audit NegaraSektor Audit Badan Berkanun PersekutuanNo.15, Aras 3Persiaran Perdana Presint 2Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62518 Putrajaya

Tel : 03-88889715 03-88899007

Faks : 03-88889716

Ketua PenyelarasSektor Audit Kerajaan Negeri

Jabatan Audit NegaraSektor Audit Kerajaan NegeriNo.15, Aras 3Persiaran Perdana Presint 2Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62518 Putrajaya

Tel : 03-88889708 03-88899021

Faks : 03-88899395

Page 98: Sektor Audit Kerajaan Negeri

Direktori Jabatan

J A B ATA N A U D I T N E G A R A 97

Nama jawatan Alamat No. Telefon & Faks

Ketua Unit Pengauditan Pengurusan Air

Jabatan Audit NegaraUnit Pengauditan Pengurusan AirNo.15, Aras 3Persiaran Perdana Presint 2Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62518 Putrajaya

Tel : 03-88899062

Faks : 03-88899395

Pengarah Audit Negeri Johor

Jabatan Audit NegaraCawangan Negeri JohorTingkat 5, Blok A, Wisma PersekutuanJalan Ayer Molek80990 Johor BahruJohor

Tel : 07-2235061

Faks : 07-2238127

Pengarah Audit Negeri Kedah

Jabatan Audit NegaraCawangan Negeri KedahTingkat 15, Wisma PersekutuanJalan Kampung Baru05000 Alor SetarKedah

Tel : 04-7309714 Faks : 04-7327417

Pengarah Audit Negeri Kelantan

Jabatan Audit NegaraCawangan Negeri KelantanTingkat 10, Wisma PersekutuanJalan Bayam15518 Kota BharuKelantan

Tel : 09-7418484

Faks : 09-7445399

Pengarah Audit Negeri Melaka

Jabatan Audit NegaraCawangan Negeri MelakaTingkat 5, Wisma PersekutuanJalan Hang Tuah75300 Melaka

Tel : 06-2829575 Faks : 06-2835937

Pengarah Audit Negeri Sembilan

Jabatan Audit NegaraCawangan Negeri SembilanTingkat 5, Wisma PersekutuanJalan Dato’ Abdul Kadir70000 SerembanNegeri Sembilan

Tel : 06-7622610 Faks : 06-7639817

Pengarah Audit Negeri Pahang

Jabatan Audit NegaraCawangan Negeri PahangTingkat 6, Wisma PersekutuanJalan Gambut25518 KuantanPahang

Tel : 09-5121364 Faks : 09-5157546

Page 99: Sektor Audit Kerajaan Negeri

98 l a p o r a n a k t i v i t i t a h u n a n 2 0 0 7

Nama Jawatan Alamat No. Telefon & Faks

Pengarah Audit Negeri Perak

Jabatan Audit NegaraCawangan Negeri PerakTingkat 3, Blok B, Bangunan PersekutuanJalan Panglima Bukit Gantang Wahab30518 IpohPerak

Tel : 05-2547764 Faks : 05-2532984

Pengarah Audit Negeri Perlis

Jabatan Audit NegaraCawangan Negeri PerlisTingkat 1, Wisma PersekutuanPersiaran Jubli Emas01000 KangarPerlis

Tel : 04-9765924 Faks : 04-9765015

Pengarah Audit Negeri Pulau Pinang

Jabatan Audit NegaraCawangan Negeri Pulau PinangTingkat 9&10, Wisma Sin KangNo.33, Jalan Pengkalan Weld10300 Pulau Pinang

Tel : 04-2622824 Faks : 04-2626464

Pengarah Audit Negeri Sabah

Jabatan Audit NegaraCawangan Negeri SabahAras 4, Blok A Kompleks Pentadbiran Kerajaan PersekutuanJalan UMS-Sulaman88450 Kota KinabaluSabah

Tel : 088-488100 Faks : 088-488140

Pengarah Audit Negeri Sarawak

Jabatan Audit NegaraCawangan Negeri SarawakTingkat 4, Bandar Sultan IskandarJalan Simpang Tiga93518 KuchingSarawak

Tel : 082-243517 Faks : 082-242191

Pengarah Audit Negeri Selangor

Jabatan Audit NegaraCawangan Negeri SelangorTingkat 19&20, Bangunan Darul EhsanNo. 3, Jalan Indah, Seksyen 1440632 Shah AlamSelangor

Tel : 03-55194155 Faks : 03-55100157

Pengarah Audit Negeri Terengganu

Jabatan Audit NegaraCawangan Negeri TerengganuTingkat 11, Wisma Persekutuan20518 Kuala TerengganuTerengganu

Tel : 09-6231443 Faks : 09-6225194

Pengarah Akademi Audit Negara

Akademi Audit NegaraPersiaran Timur 3Bandar Enstek71760 NilaiNegeri Sembilan

Tel : 06-7916900 06-7822001

Faks : 06-7822082

Page 100: Sektor Audit Kerajaan Negeri

Direktori Jabatan

J A B ATA N A U D I T N E G A R A 99

Page 101: Sektor Audit Kerajaan Negeri

100 l a p o r a n a k t i v i t i t a h u n a n 2 0 0 7

S I D A N G R E D A K S I

PENASIHAT

Tan Sri Dato’ Setia Ambrin bin BuangKetua Audit Negara

Dato’ Azizah bt. Hj. ArshadTimbalan Ketua Audit Negara (Persekutuan)

Hj. Anwari bin SuriTimbalan Ketua Audit Negara (Negeri)

SIDANG PENGARANG

Mustafa bin Hj. Saman(Ketua Pengarang)

Khalid Khan bin Abdullah Khan Abdul Wahab bin Ahmad

Muhammad Iskandar bin Mokhtar Dr. Masiah bt. Ahmad

Noor Akma bt. Mohd Baki Alifah Aida bt. Lope Abdul Rahman

Abdul Rahim bin Abdul Kadir Mona bt. Othman

Badariah bt. Abas Tuan Badrul Hisham bin Tuan Jusoh

Khairul Anuar bin Amat Johari Seh Hanafi bin Sheh Omar

Zaini bt. Madon Norizah bt. Abd. Ghani

GRAFIK & REKA LETAK

Muhammad Syafi q bin Pauzee

Page 102: Sektor Audit Kerajaan Negeri