sgrm 3143 tajuk 11 bahan bantu mengajar

Post on 21-Oct-2015

105 Views

Category:

Documents

9 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

BAHAN BANTU MENGAJAR

BAHASA MELAYU

Bahan Bantu Mengajar , juga dikenali dengan panggilan media pengajaran, boleh menimbulkan rangsangan dan keinginan pelajar untuk mengetahui lebih mendalam akan sesuatu aspek pengajaran di samping boleh menjadikan pembelajaran lebih menarik dan berkesan

Prinsip-prinsip Pemilihan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu

Kepentingan Dari Segi Objektif Pengajaran

Dalam sesuatu pengajaran terdapat dua objektif am dan objektif khusus. Objektif am merupakan matlamat yang hendak dicapai dalam jangka masa yang panjang. Sementara objektif khusus ialah matlamat jangka pendek, matlamat selepas sesuatu pengajaran.

Kepentingan Terhadap Pelajar

Bahan sastera yang telah dipilih perlu disesuaikan supaya menjadi lebih menarik, berkesan, dan bermakna dalam pengajaran Bahasa Melayu.

Ia berperanan merangsang dan mencabar pemikiran pelajar untuk bertindak dan mendorong mereka untuk terus maju dalam pelajaran. Rangsangan dan dorongan penting kerana dapat mewujudkan tanggapan pemerolehan, penyimpanan, pengingatan, generalisasi, prestasi dan maklum balas.

Kepentingan Dari Segi Masa

Masa merupakan suatu aspek yang amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah.

Guru bahasa perlu merancang penggunaan masanya dgn teliti dan munasabah agar bahan- tersebut dapat memanfaatkan pelajar.

Perancangan guru hendaklah berbeza-beza mengikut perkara yg diajarkan atau dirancangkan contohnya objektif yg hendak dicapai ruang yg hendak digunakan, cara pentadbiran, dan kebolehan serta minat para pelajar.

Terdapat 3 kategori bahan bantu mengajar iaitu

i) Bahan bantu mengajar bukan elektronikii)Bahan bantu mengajar berbentuk elektronikiii)Bahan bantu mengajar bercorak pengalaman

BBM dalam 2D dan 3D yang tidak menggunakan kuasa elektrik dalam persembahan

• Bahan 2D atau dua dimensi adalah bahan- bahan visual yang dilukis atau dicetak atau digambarfotokan di atas sekeping kertas atau permukaan rata.

Bahan bantu mengajar bukan elektronik

Jenis-jenis bahan 2D yang dapat digunakan di dalam bilik darjah termasuklah:

a. Gambar

b. Grafik

c. Carta

d. Peta

f. Poster

g. Kad imbasan

GAMBAR / GAMBAR FOTO

Gambar sama ada dalam bentuk hitam atau putih atau berwarna merupakan gambaran sebenar rupa bentuk manusia, tempat dan benda yang telah dirakamkan dengan kamera di atas kertas foto atau filem.

PANDUAN Untuk alat bantu mengajar gunakan gambar foto yang besar

agar dapat dilihat dengan jelas oleh semua murid dalam kelas.

Semasa digunakan, letak gambar foto di atas alas atau pemegang atau kaki diletakkan di atas papan kapur, supaya gambar foto berkedudukan tegap.

Hadkan jumlah gambar foto yang bakal digunakan pada satu-satu masa.

Gunakan satu gambar pada satu-satu ketika agar perhatian murid tidak terganggu kerana terlalu banyak visual.

Cuba tarik perhatian murid dengan memberi soalan-soalan yang bersangkutan dengan gambar foto yang dipamerkan.

GRAFIK

Grafik adalah gambar-gambar yang dilukis dalam bentuk hitam putih atau berwarna-warni

Semasa menggunakan grafik, guru haruslah berhati-hati kerana telah terbukti berlakunya perbezaan interpretasi mengenai mesej yang berlainan mengenai maksud sesuatu grafik yang dilihatnya.

Keadaan ini menjadi dasar yang digunakan di dalam Ujian Warna ‘Rorschah Color Test’ oleh ahli-ahli psikologi untuk menguji personality seseorang.

PANDUAN

Guru mestilah sentiasa memberi pandangan semasa grafik digunakan agar bahan tersebut boleh mencapai objektif yang diperlukan.

Semakin rendah tahap penerimaan murid, semakin banyaklah panduan dan bimbingan yang diperlukan untuk memastikan mesej yang betul diterima daripada sebarang grafik yang digunakan.

Carta pada amnya merupakan kumpulan gambar rajah yang menunjukkan acara-acara yang kompleks atau perkara-pekara yang telah berlaku dalam jangka masa tertentu.

Carta selalunya mempunyai satu sifat utama, iaitu melibatkan gambaran satu proses ataupun aliran perubahan sesuatu.

CARTA

JENIS-JENIS CARTA

Carta Organisasi

Carta Klasifikasi

Carta Masa

Carta Jadual

Carta Urutan

CARTA ORGANISASI

Carta Organisasi yang menunjukan hubungan atau rantaiaan pentadbiran ataupun pemerintahan di dalam sesuatu organisasi kumpulan dan sebagainya.

CARTA KLASIFIKASI

Carta klasifikasi digunakan untuk mengkelaskan atau menunjukan kategori bahan-bahan tertentu, peristiwa, sepsis dan taksonomi haiwan atau tumbuhan mengikut sifat, kumpulan dan sebagainya.

CARTA MASA

Carta masa mengambarkan hubungan masa dan peristiwa, berguna untuk meringkaskan masa satu siri peristiwa yang telah berlaku.

CARTA JADUAL

Carta jadual menunjukkan keterangan berdata atau bernilai yang memberi penjelasan mengenai masa waktu suatu perkara atau peristiwa akan berlaku.

JADUAL PENGGUNAAN PSS MENGIKUT SUBJEK BAGI 2007

MINGGU

TARIKH    SUBJEK CATATAN

1 3/1/2007 - 5/1/2007 BAHASA MELAYU TING. 1 , 2 & 3 / TING 4 & 5

2 8/1/2007 - 12/1/2007 BAHASA INGGERIS TING. 1 , 2 & 3 / TING 4 & 5

3 15/01/2007 - 19/01/2007 BAHASA MELAYU TING. 1 , 2 & 3 / TING 4 & 5

4 22/01/2007 - 26/01/2007 BAHASA INGGERIS TING. 1 , 2 & 3 / TING 4 & 5

5 29/01/2007 - 2/2/2007 BAHASA MELAYU TING. 1 , 2 & 3 / TING 4 & 5

6 5/2/2007 - 9/2/2007 BAHASA INGGERIS TING. 1 , 2 & 3 / TING 4 & 5

7 12/2/2007 - 16/02/2007 BAHASA MELAYU TING. 1 , 2 & 3 / TING 4 & 5

8 19/02/2007 - 23/02/2007 BAHASA INGGERIS TING. 1 , 2 & 3 / TING 4 & 5

9 26/02/2007 - 2/3/2007 BAHASA MELAYU TING. 1 , 2 & 3 / TING 4 & 5

CARTA URUTAN

Carta urutan menggambarkan satu siri urutan atau sekuen atau prosedur atau tatacara atau aliran suatu proses atau tindakan tertentu.

Carta ini selalunya dibuat mendatar agar perkembangannya mudah diikuti serta difahami langkah-langkah satu persatu.

GRAF

Gambaran visual mengenai satu set nilai data yang dapat memberi penerangan boleh tampak mengenai hubungan dan perubahan-perubahan yang berlaku pada set data itu.

• Pemilihan jenis graf untuk digunakan di dalam bilik darjah bergantung kepada dua faktor penting.

• Kadar kesukaran fakta atau data yang hendak disampaikan tahap fahaman atau penerima murid.

JENIS – JENIS GRAF

Graf Bar atau Batang

Graf Gambar atau Piktograf

Graf Bulat atau Pie

Graf Garisan

GRAF BAR Data-data ditukar menjadi blok atau selinder

yang mempunyai nilai-nilai tertentu. Selalunya graf ini dilukis menegak, dimana skala menegak menunjukan perubahan kuantiti

Untuk pastikan tidak ada kekeliruan mesej berlaku, ini adalah baik jika ketebalan atau lebar blok yang dibuat itu dilukis dengan menggunakan sukatan unit yang serupa. Graf Bar adalah mudah dibaca dan amat sesuai untuk murid tahap rendah.

GRAF PIKTOGRAF

Dalam garaf ini data-data ditukar menjadi gambar atau simbol ringkas yang membawa nilai-nilai tertentu.

Untuk memastikan tidak berlaku sebarang kekeliruan, adalah lebih baik andainya guru dapat menulis unit nilai seiap gambar atau simbol yang digunakan itu dengan jelas dan nyata.

GRAF BULAT / PIE CHART

Satu bulatan dilukis dan bulatan itu dibahagikan kepada beberapa bahagian atau segmen. Setiap satu segmen merupakan sebahagian ataupun peratus daripada nilai utama satu set data.

Graf jenis ini adalah untuk diterjemahkan jika data nilai utamanya boleh difahami oleh murid-murid.

GRAF GARISAN

Graf ini merupakan graf yang paling tepat dan paling kompleks.

Graf garis di tulis berpandukan kepada dua paksi bersudut tepat. Setiap paksi membawa skala-skala masing-masing.

Titik ditandakan mengikut kordinat pada satu set nilai data-data.kemudian titik-titik disambungkan dengan garis lurus atau garis lengkung.

Graf gariasan dapat menunjukkan perubahan atau perkembangan unit-unit data dalam 2 dimensi seperti 2 atau lebih unit data berubah atau berkembang mengikut jangka masa tertentu.

GRAF GARISAN

POSTER

Satu rekabentuk bergambar yang biasanya simbolik dan menyatakan tujuannya dengan cara yang paling tepat serta ringkas.

Poster adalah satu lukisan atau cetakan yang mengabungkan penggunaaan garisan-garisan, huruf-huruf serta warna-warna di dalam satu persembahan visual yang memaparkan satu atau lebih mesej-mesej tertentu.

BAHAN TIGA DIMENSI(3D)

Bahan 3D atau Tiga Dimensi adalah bahan-bahan yang mempunyai bentuk serta

menyerupai bahan yang sebenar.

BAHAN – BAHAN 3D

Realia Model

Diorama Akuarium dan terrarium

Boneka ‘Mobile Topeng

REALIA

1) Realia Asli

merupakan bahan hidup yang sebenarnya, dan masih hidup seperti cacing tanah, belalang dan sebagainya, ataupun bahan sebenarnya yang kaku (bukan hidup) seperti mesin, jentera dan lain-lain.

2) Realia AwetBahan-bahan hidup yang telah diawet dan disimpan didalam bendalir kimia. Contoh, ikan dan serangga.

3) Spesimen

Ini merupakan sampel atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hidup-hidupan tertentu

yang mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri yang lazimnya terdapat pada kumpulan hidup tersebut. Biasanya spesimen didapati dalam bentuk bahan awetan. Contohnya kutu daun dan udang.

MODEL

Model adalah binaan rupa bentuk bahan atau benda asal

yang mungkin diperbuat daripada bahan keras seperti tanah liat, plastisin dan getah.

PECAHAN JENIS MODEL

Model dan Model Olok-Olok:

Bahan 3D yang mewakili struktur, rupa bentuk atau

bagaimana sesuatu itu berfungsi.

MODEL BERSKALA

Model berskala ialah model bahan yang diperbuat dalam saiz yang sama besar dengan benda asal ataupun dalam saiz yang lebih

Kecil dengan berpandukan kepada skala pembesaran atau pengecilan tertentu. Setiap bahagian yang dibuat menyerupai

Benda yang asal. Contohnya keretapi dan kapal terbang

MODEL OLOK-OLOK

Model olok-olok merupakan model yang diubahsuai daripada rupa bentuk benda yang sebenarnya, untuk menunjukan pergerakan atau perjalanan kerja pada benda asal itu.

Biasanya model olok-olok ini dibuat lebih besar daripada keadaan asal tanpa menghiraukan skala pembesaran tertentu tetapi masih dapat menunjukan keadaan asal yang sebenarnya.

Contoh:model enjin keretapi dan neraca.

MODEL KERATAN RENTAS

Model besar yang menunjukkan keratan rentas pada satu bahagian tertentu untuk memperlihatkan rupa bentuk bahagian dalam benda tersebut.

Ianya selalu digunakan dengan meluas dalam subjek sains.

Contohnya: kulit manusia / daun

DIORAMADiorama adalah satu persembahan pameran

model-model yang disusun rapi supaya dapat menggambarkan keadaan atau rupa bentuk satu situasi pemandangan asal. Contoh: pemandangan-pemandangan atau keadaan semasa zaman silam.

DIORAMA

AKUARIUM & TERRARIUM

Akuarium ialah tempat untuk memelihara hidupan dalam air.

Terrarium pula ialah tempat untuk memelihara hidupan kecil atas tanah.

BONEKA @ PATUNG

Boneka boleh digunakan sebagai alat Bantu mengajar yang berkesan terutama untuk pelajaran Bahasa atau Pendidikan Moral

JENIS – JENIS BONEKA

Beberapa jenis boneka boleh dihasikan untuk kegunaan guru termasuklah

Boneka sarung TanganBoneka LidiWayang KulitBoneka BertaliTopeng

BONEKA SARUNG TANGAN

Sarung tangan boleh digubah menjada bahan dan anggota boneka.

Jari dimasukkan ke dalam sarung tangan untuk mengerakkan anggota boneka

BONEKA LIDI

Diperbuat dari bahan keras @ tebal. Lidi panjang diletakkan pada badan boneka

@ anggota Boneka dijulang pada lidi utama dan lidi-lidi

laun digoyangkan

WAYANG KULIT

Rupa boneka dilukis pada kulit tebal, diwarna dan dipotong

Lidi halus diletakkan pada anggota boneka Dimainkan di belakang skrin putih

BONEKA BERTALI

Boneka bertali atu “marionette” diperbuat dari bahan keras seperti plaster of Paris atau kayu.

Tali-tali halus disambung kepada bahagian-bahagian boneka

TOPENG

Topeng boleh diperbuat dari kertas. Sesuai dalam situasi main peranan dalam

subjek Bahasa dan Pendidikan Moral

Bahan –Bantu Elektronik

1.Overhead projektor (OHP )

*Digunakan untuk penyampaian taklimat dan pengajaran kaedah kuliah.*Keberkesanan trasparensi sangat dipengaruhi oleh jumlah dan mutu maklumat yang dimuatkanke dalamnya.(ringkas, menarik dan bermakna)

c. Bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar dari alam sekitar

Bahan-bahan bercorak pengalaman seperti lakonan, pantomin, lawatan dan projek pameran.

Dapat mengekalkan keberkesanan pengetahuan dan pemahaman kerana melibatkan pelajar-pelajar secara langsung.*

Bahan daripada alam sekitar atau 'realia' yang dikelaskan sebagai bahan tiga dimensi

*Realia terbahagi kepada:

i- bahan bukan hidup:batu, tanah, pasir, air,dsb

ii- bahan buatan:kerusi, jam, permainan, dsb

iii- tumbuhan:rumput, paku pakis, bunga dsbiv- benda hidup: ikan, katak, nyamuk, rama-rama dan sebagainya.

*Keberkesanan penggunaan realia ialah pelajar-pelajar dapat melihat secara nyata dan semulajadi

top related