seni logam

Post on 16-Feb-2016

288 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Seni Ukir Melayu

TRANSCRIPT

ZAMAN LOGAM DAN BESI

SENI UKIRAN LOGAMSENI UKIRAN LOGAM

neolitik

Daripada petempatan-petempatan zaman neolitik di kawasan persisiran pantai telah lahir petempatan yamg mengamalkan kebudayaan daripada logam.

Mengikut perkembangan dari zaman logam ini, zaman gangsa muncul dahulu tetapi keadaan seumpama itu tidak semestinya berlaku di semua tempat di dunia.

Antara faktor yang menolong kita membuat andaian bahawa zaman gangsa dan zaman besi di Malaysia sezaman termasuklah wujudnya alat-alat daripada gangsa yang kecil bilangannya.

Alat-alat itu terdiri daripada :

gendang gangsaloceng gangsamangkuk gangsa

Zaman tembagaMangkuk dan gendang Kapak besi

Alat-alat gangsa ini djumpai di Sungai Lang (Selangor), Batu Buruk (Terengganu), Tembeling (Pahang) dan Pagoh, Muar (Johor).

Semua alat gangsa itu dijumpai di kawasan sungai atau pesisir pantai.Keadaan ini menunjukkan bahawa kawasan ini merupakan tempat persinggahan kapal-kapal yang berdagang.

Dengan kedudukan yang sedemikian, besar kemungkinannya pembesar-pembesar di situ berupaya membeli barang-barang import seperti gendang dan loceng gangsa.

 Barang-barang itu dipercayai diimport dari Dong Son, Vietnam berasaskan hiasan dan bentuk alat-alat itu.

Petempatan-petempatan itu juga merupakan jalan keluar bahan-bahan hutan dan logam seperti bijih timah, emas dll. yang terdapat di kawasan pedalaman Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Di Malaysia, kepercayaan kepada wujudnya zaman gangsa dan besi serentak didasarkan kepada bukti-bukti arkeologi.

Antara bukti-bukti itu termasuklah yang terdapat di tapak arkeologi di Sungai Lang dan kubur-kubur batu kepingan yang dijumpai di Changkat Menteri, Perak.

Manik-manik dan mangkuk gangsa yang dijumpai bersama-sama dengan gendang gangsa jenis Dong Son di Sungai Lang dijumpai juga di tapak kubur di Changkat Menteri.

Di kubur itu dijumpai juga alat-alat daripada besi.

Setakat ini tiada pendapat yang tepat tentang alat itu.Alat-alat lain yang dijumpai ialah beliung dan cangkul, dan fungsinya ialah untuk memotong, menebas dan menggali.

Zaman gangsa besi di sesetengah tempat seperti petempatan di Sungai Kelumpang, Selising (Perak) wujud hingga abad ke-10 tanpa pengaruh kebudayaan India sepenuhnya walaupun kebudayaan itu mula meresap ke dalam masyarakat di Asia Tenggara.

Keadaan di Kuala Selising itu agak berbeza daripada yang berlaku di Lembah Bujang (Kedah).Di Kedah, telah wujud pelabuhan entreport, dalam abad ke-8 dan pengaruh India telah berkembang.

Cara hidup masyarakat pada zaman besi menunjukkan satu lagi tahap kemajuan yang dicapai dalam sejarah hidup manusia.

 Pelbagai jenis alat dicipta oleh masyarakat

tempatan daripada bahan mentah dari dalam dan luar negara dapat dilihat daripada hasil arkeologi di Kelumpang (Perak).

Petempatan-petempatan pada zaman logam itu adakalanya berkembang menjadi kerajaan pelabuhan pada abad-abad sebelum 1000 masihi di Malaysia.

Zaman logam ini kadangkala ditafsirkan sebagai zaman akhir pra sejarah yang menjadi pembuka tirai pada zaman yang lebih agung dan menarik.

top related