senarai peribahasa
Post on 24-Feb-2016
118 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Senarai Peribahasa
Untuk menengah 1
Air dicencang tiada putus
MAKNA:Perbalahan atau pergaduhan di antara saudara mara itu tidak akan berpanjangan kerana akhirnya mereka akan berbaik –baik semula.
MAKNA:Keadaan seseorang yang sangat bengis.
Bagai harimau beranak muda
Bagai itik berebutkan tembolok
MAKNA:-Perbantahan kerana Sebab yang terlalu
kecil.- Perbantahan kerana
makanan atau keuntunhan yang sedikit.
Bagaimana acuan begitulah kuihnya
• MAKNA:• Seseorang anak itu
akan menurut budi dan perangai ibu bapanya.
• Keadaan sesuatu itu menurut asalnya.
Bagai Belanda minta tanahMAKNA:Hal orang yang tamak; diberi sedikit hendak banyak, diberi banyak hendak semuanya
Bagai kaduk naik junjung
• MAKNA:• Orang yang hina
apabila mendapat keistimewaan
(mendapat pangkat dll)akan menjadi mengada-ngada
Bagai ayam bertelur di padi
• MAKNA: • Hal seorang yang
senang, tiada khuatir akan kekurangan apa-apa.
Bagai hujan jatuh ke pasir
• MAKNA:• Kebaikan (pertolongan
dll)yang sia-sia(tidak berbalas.
Bagai tikus membaiki labu
• MAKNA:• Seseorang yang
mencuba memperbaiki sesuatu yang tidak diketahuinya,
akhirnya merosakkannya
Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam
• MAKNA:• Seseorang yang
bodoh sekalipun.kalau diajar betul-betul pandai juga sudahnya.
Berhakim kepada beruk
• MAKNA:• Meminta pengadilan
kepada seseorang yang tamak, akhirnya kedua-dua pihak akan mengalami kerugian.
Bukannya diam penggali berkarat, melainkan diam ubi berisi
MAKNA:Diam seseorang yang
berilmu itu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu sia sia sahaja.
Busut juga ditimbun oleh anai-anai
• MAKNA:• Orang kaya juga yang
bertambah kekayaannya.
• Orang yang pernah bersalah juga yang dituduh jika terjadi sesuatu kejahatan.
Garam jatuh di air
• MAKNA:• Seseorang yang
sangat cepat menerima dan mudah memahami sesuatu pengajaran atau nasihat yang di beri.
Ibarat bunga dedap, sungguh merah berbau tidak
• MAKNA:• Tidak guna
seseorang itu cantik molek jika dia tidak berbudi bahasa yang mulia.
Melepaskan anjing tersepit
• MAKNA:• Menolong orang
yang tiada tahu membalas budi, melainkan kadang-kadang membalas dengan jahat.
Melepaskan batuk di tangga
• MAKNA:• Membuat sesuatu
pekerjaan secara tidak bersungguh- sungguh
Ringan tulang,berat perut
• MAKNA:• Jika rajin dan tekun
berusaha melakukan sesuatu pekerjaan,maka akan murahlah rezeki.
Sebab buah dikenal pohonnya
• MAKNA:• Daripada tingkah
laku serta pertuturan seseorang itu kita dapat mengetahui atau mengenali watak dan asal seseorang itu.
PeribahasaSeperti labah-labah cinta kepada telurnya
Makna• Perihal kasih sayang yang mendalam sekali dan sukar diceraikan
PeribahsaSeperti pucuk yang layu disiram hujan
Makna• Memperoleh barang yang sangat diharapkan• Orang yang susah beroleh kekayaan, atau orang yang sakit beroleh penawar
KayaMiskin
PeribahasaSeperti harimau menyembunyikan kukunya
Makna• Orang yang bijaksana tetapi menyembunyikan pengetahuan dan kebolehannya.
PeribahasaSeperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul
Makna• Tiada berguna menasihati orang, kalau kelakuan sendiri tiada sesuai dengan apa yang dinasihatikan itu.
PeribahasaTakut titik lalu tumpah
Makna• Hendak mengelakkan kerugian kecil akhirnya mendapat kerugian besar
Dibuat oleh:Sakinah(2b2)Dewi(2b1)Amirah(2c)
top related