sejarah pengakap mpsi (upsi)
Post on 23-Jun-2015
2.508 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
PERGERAKAN PENGAKAP MAKTAB
PERGURUAN SULTAN IDRIS PADA TAHUN 1953 HINGGA 1980
MOHD ASWADI BIN ADAM SAKERI
JABATAN SEJARAH
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
SESI 2007/2008
2
PERGERAKAN PENGAKAP MAKTAB PERGURUAN SULTAN IDRIS PADA TAHUN 1953 HINGGA 1980
MOHD ASWADI BIN ADAM SAKERI
(D20041019202)
LATIHAN ILMIAH BAGI MEMENUHI SYARAT PENGAJIAN IJAZAH SARJANAMUDA PENDIDIKAN SEJARAH : JABATAN SEJARAH,
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
JABATAN SEJARAH FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS SESI 2007/2008
3
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
............................................... ...................................................................... (Tarikh) (MOHD ASWADI BIN ADAM SAKERI)
D20041019202
4
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang...
Alhamdullilah, bersyukur kehadrat Ilahi, kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya,
maka saya dapat menyiapkan Latihan Ilmiah ini dalam tempoh masa yang telah
ditetapkan. Proses pelaksanaan Latihan Ilmiah ini sesungguhnya berhadapan dengan
pelbagai cabaran dan dugaan terutamanya semasa menjalankan kajian dan
penyelidikan. Walaupun begitu, kajian yang dijalankan selama dua semester ini
berjaya disiapkan dengan berkat kesabaran dan sokongan serta bantuan daripada
pelbagai pihak. Oleh itu, saya mengambil kesempatan ini merakamkan penghargaan
dan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak memberikan kerjasama dan
sumbangan yang tidak ternilai dalam menghasilkan Latihan Ilmiah ini.
Ucapan penghargaan dan terima kasih pertama sekali ditujukan kepada Puan
Wan Norlizawati Binti Wan Mat Ali selaku penyelia Latihan Ilmiah ini yang banyak
memberi tunjuk ajar serta dorongan kepada saya dalam menyempurnakan Latihan
Ilmiah ini. Selain itu, jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua pensyarah-
pensyarah Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti
Pendidikan Sultan Idris yang telah sama-sama membantu dalam proses menyiapkan
Latihan Ilmiah ini.
Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada pihak Arkib Negara Malaysia
(ANM), Perpustakaan Tuanku Bainun Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Perpustakaan Tun Sri Lanang Universiti Kebangsaan Malaysia, Perpustakaan
Peringatan Za’ba Universiti Malaya dan Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia
serta pihak-pihak lain yang telah memberikan kerjasama, bantuan dan kebenaran
dalam menggunakan bahan-bahan berkaitan dengan tajuk Latihan Ilmiah ini.
Di samping itu, jutaan penghargaan kepada Tuan Haji Jauhar Bin Md. Yassin,
Encik Nasaruddin Bin Shamsuddin dan Tuan Haji Megat Khas Bin Megat
Mahayuddin kerana sudi meluangkan masa untuk ditemu ramah. Tidak lupa juga
kepada ayahanda dan bonda yang tersayang, Adam Sakeri Bin Ibrahim dan Raizan
5
Binti Wan Mat serta seluruh ahli keluarga yang banyak berkorban dan menghulurkan
bantuan sepanjang pengajian saya di Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Akhir kata, saya sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak
langsung dalam menghasilkan Latihan Ilmiah ini. Saya memohon ampun dan maaf
sekiranya terdapat kecacatan dalam penghasilan Latihan Ilmiah ini. Semoga Latihan
Ilmiah ini akan menjadi sumber rujukan yang berguna kepada semua.
Sekian, terima kasih.
Mohd Aswadi Bin Adam Sakeri D20041019202 Jabatan Sejarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjong Malim, Perak.
6
ABSTRAK
Kajian ilmiah ini adalah satu tinjauan tentang perkembangan pergerakan pengakap di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) bermula pada tahun 1953 hingga 1980. Pertubuhan ini mempunyai pengaruh yang besar dalam kegiatan kokurikulum pelajar di maktab tersebut. Pengakap merupakan salah satu badan sukarela yang terbesar di dunia sejak ditubuhkan pada tahun 1907 lagi oleh Lord Baden Powell. Pergerakan pengakap ini meresap ke seluruh dunia termasuk Malaysia dan tidak ketinggalan juga MPSI. Apabila Pengakap MPSI ditubuhkan pada 1929, ia muncul sebagai salah satu pertubuhan Kokurikulum yang aktif di MPSI. Malahan, peranannya dilihat aktif sehingga ke peringkat kebangsaan apabila menjadi Pusat Latihan 1 bagi melatih bakal pemimpin-pemimpin pengakap sekolah. Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia (PBBPM) memberikan sokongan dan bantuan yang sewajarnya terhadap perkembangan yang berlaku kepada Pergerakan Pengakap MPSI sehingga ia dianggap sebagai kubu kuat PBBPM sejak sebelum merdeka lagi. Kekuatan dan kehebatan Pergerakan Pengakap MPSI menjadi salah satu daripada tarikan kepada murid-murid lepasan sekolah untuk memasuki MPSI. Hubungan akrab yang dijalinkan antara MPSI dan PBBPM juga menjadikan ia sebagai pertubuhan yang mempunyai sokongan yang padu dalam merencanakan kegiatan dan aktiviti kepengakapan.
7
ISI KANDUNGAN
KANDUNGAN HALAMAN
Pengakuan 3
Penghargaan 4-5
Abstrak 6
Isi Kandungan 7-9
Senarai Kependekan 10-11
Senarai Gambar 12
Senarai Jadual 13
Senarai Rajah 14
Senarai Lampiran 15
BAB 1 : PENDAHULUAN
Pengenalan 16-17
Objektif dan Tujuan Kajian 17-18
Sorotan Kajian Terdahulu 18-22
Permasalahan Kajian 22
Metodologi Kajian 22-23
Sinopsis Bab 24-26
8
BAB 2 : SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP DI MALAYSIA
Pengenalan 27
Sejarah Pengakap Dunia 28-29
Sejarah Pengakap Malaysia 29-33
Pentadbiran 33-41
Latihan dan Kegiatan 42-44
Hubungan Antarabangsa 44-46
Penganugerahan 46-48
Kebajikan 48-49
Kesimpulan 49-50
BAB 3 : PERGERAKAN PENGAKAP MPSI DARI 1953 HINGGA 1980
Pengenalan 51
Perkembangan Pengakap Di Institusi-Institusi Pendidikan Malaysia 52-53
Sejarah Penubuhan Pengakap MPSI 53-60
Penubuhan S.I.T.C Scouter Training Group 60-63
Pentadbiran S.I.T.C Scouter Training Group 1953-1980 63-65
Kewangan 65-66
Kegiatan dan Aktiviti 67-72
Kursus Kepimpinan Pengakap 72-74
Kesimpulan 74-75
9
BAB 4 : KEJAYAAN-KEJAYAAN YANG DICAPAI PERGERAKAN
PENGAKAP MPSI
Pengenalan 76-77
Kursus Wood Badge 77-78
Jambori dan Persidangan 78-80
Individu 80-84
Lain-Lain 84-85
Kesimpulan 85
BAB 5 : PERANAN DAN SUMBANGAN PERGERAKAN PENGAKAP MPSI
Pengenalan 86-87
Peranan dan Sumbangan Kepada Pelajar MPSI 87-91
Peranan dan Sumbangan Kepada MPSI 91-94
Peranan dan Sumbangan Kepada Masyarakat Tanjong Malim 95-98
Peranan dan Sumbangan Kepada Negara 98-101
Kesimpulan 101-102
Penutup 102-104
BIBLIOGRAFI 105-111
LAMPIRAN 112-129
10
SENARAI KEPENDEKAN
A.K.L - Akela Kommissioner Leader
A.L - Akela Leader
Dlm - Dalam
D.Y.M.M - Duli Yang Maha Mulia
Hlm - Halaman
Ibid - Ibidem
I.P.S.I - Institut Perguruan Sultan Idris
J.P.N - Jabatan Pendidikan Negeri
K.L.K.M - Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia
K.L.M - Kumpulan Latihan Maktab
K.L.P - Kursus Latihan Permulaan
K.P.N - Ketua Pengakap Negara
K.P.P.N - Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
M.C.K.K - Malay College Kuala Kangsar
M.P.M - Majlis Pengakap Malaysia
M.P.N.P - Majlis Pengakap Negeri Perak
M.P.S.I - Maktab Perguruan Sultan Idris
M.V.I - Malayan Volunteer Infantry
No. - Nombor
P.B.B.P.T.M - Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu
P.B.B.P.M - Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia
P.P.M - Persekutuan Pengakap Malaysia
P.P.M.P.S.I - Persatuan Pelajar Maktab Perguruan Sultan Idris
11
S.I.T.C - Sultan Idris Training College
S.M - Scout Master
U.P.S.I - Universiti Pendidikan Sultan Idris
Y.A.B - Yang Amat Berhormat
Y.B - Yang Berhormat
12
SENARAI GAMBAR
Halaman
Gambar 1 Lord Baden Powell, Pengasas Pengakap Dunia 29
Gambar 2 Frank Cooper Sands, Pengasas Pengakap Malaysia 30
13
SENARAI JADUAL
Halaman
Jadual 1 Menunjukkan Pertambahan Bilangan Ahli Pengakap 34
Jadual 2 Senarai Ketua Pengakap Negara Malaysia 37
Jadual 3 Senarai Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Malaysia 38
Jadual 4 Senarai Ketua Setiausaha Kerja 39
Jadual 5 Bilangan Ahli Pengakap MPSI Pada Tahun 1950-an 65
14
SENARAI RAJAH
Halaman
Rajah 1 Malaysia Dalam Pertubuhan Pengakap Sedunia 45
15
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran 1 Tun Sardon Jubir, Mantan Ketua Pengakap Negara 1963-1973 Lampiran 2 Tuan Haji Jauhar B. Md Yassin, Mantan Ketua Setiausaha
Pengakap Negara 1976-1988 Lampiran 3 Pakaian Seragam Pemimpin Pengakap Malaysia Lampiran 4 Rumah B-P, Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia
Lampiran 5 Kem Semangat (Sardon Jubir) Lampiran 6 Wood Badge atau Manikayu Jurulatih Pengakap Lampiran 7 Derma Wang Dan Pakaian Untuk Mangsa Banjir Di Kelantan &
Terengganu Oleh Ketua Pengakap Dato Sardon Bin Haji Jubir Lampiran 8 Dato Sardon Bin Haji Jubir Telah Menyampaikan Sumbangan
Kepada Tuan Nghiem My Pada 1 Mei 1965 Lampiran 9 Carta Organisasi SITC Scouter Training Group Lampiran 10 Aktiviti Perkhemahan Pengakap MPSI Lampiran 11 Ahli Pengakap MPSI Yang Terpilih ke Jambori Pengakap
Sedunia Ke-10 di Filipina Lampiran 12 Haji Md. Yusof Bin Ahmad, Mantan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara 1957-1960 Lampiran 13 Encik Zainal Abidin Bin Ali, Mantan Ketua Pesuruhjaya
Pengakap Negara 1960-1963 Lampiran 14 Encik Mohd Zain B. Abdul Rashid Lampiran 15 Encik Abdul Razak Bin Abdul Hamid, Mantan Pesuruhjaya Ibu
Pejabat
Lampiran 16 Encik Wahi Bin Long, Mantan Akela Leader MPSI Lampiran 17 Statut Universiti Pendidikan Sultan Idris (Badan-Badan Pelajar)
1998 (Perenggan 19), Borang 4, Sijil Pendaftaran B
16
BAB 1
PENDAHULUAN
Pengenalan
Pergerakan pengakap adalah salah satu badan sukarela yang penting serta antara
pertubuhan terbesar di dunia. Pemilihan tajuk ini adalah mahu melihat perkembangan
pengakap di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI)1 yang dilihat bermula semenjak
awal penubuhan maktab tersebut. Selain itu, penyelidik juga mahu membuktikan
bahawa, pengaruh MPSI terhadap perkembangan dalam melahirkan pemimpin-
pemimpin pengakap di sekolah adalah begitu tinggi. Hal ini sebenarnya
memperlihatkan pengaruh asal pergerakan pengakap yang bermula dari England
apabila ditubuhkan oleh Lord Robert Stephenson Smyth Baden Powell apabila
memberi tumpuan melatih golongan kanak-kanak dan remaja mempunyai disiplin diri
1 Penubuhan MPSI diilhamkan oleh R.O Winstedt. Ia bermula pada tahun 1917 apabila satu tapak seluas 64 hektar dibeli di Tanjong Malim dengan harga $49,000 dan kerja-kerja tanah bermula pada Ogos 1919. Ia dirasmikan pada 29 November 1922 oleh Sir George Maxwell dan penuntut pertama berjumlah 120 orang yang semuanya lelaki. Nama Sultan Idris diambil sempena Almarhum DYMM Paduka Seri Sultan Idris Mursidul Adzam Shah, iaitu Sultan Perak yang ke-28 memerintah Perak antara 1889 hingga 1916. Penubuhan MPSI ini menandakan bermulanya perkembangan pendidikan vernakular Melayu dan Pengetua pertama ialah O.T. Dussek. Mohd Zuber Hj. Zain, Aspirasi Kebitaraan, Tanjong Malim, Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2003, hlm. 54-55.
17
melalui berpengakap.2 Pergerakan ini telah dibawa ke Malaya melalui pegawai-
pegawai British yang datang berkhidmat di Tanah Melayu seperti Frank Cooper
Sands. Pergerakan ini dilihat telah menular melalui pengaruh yang wujud daripada
guru-guru pengakap yang mengajar di Maktab Melayu Melaka setelah maktab
tersebut ditutup. Ia dibantu oleh beberapa pelajar yang sekaligus menjadikan
pertubuhan pergerakan pengakap ini satu aktiviti pengakap yang paling penting di
MPSI. Dalam aspek kokurikulum, ianya amat mempengaruhi para pelajar di situ.
Kegiatan bersifat pendidikan luar atau outdoor menjadikan ia salah satu badan aktif
yang memberikan pelbagai kemahiran kepada pelajar seperti khidmat masyarakat,
ilmu-ilmu pengakap, pertolongan cemas, kepimpinan berpersatuan dan sebagainya.
Perkara yang ingin dicapai apabila melakukan aktiviti-aktiviti ini adalah untuk
menjadikan ahli pengakap itu seorang pemimpin pengakap sekolah apabila keluar
daripada MPSI kelak. Jadi, skop kajian ini akan menceritakan keadaan sebenarnya
perkembangan pengakap di MPSI yang bermula tahun 1953 hingga 1980.
Objektif dan Tujuan Kajian
Pengakap merupakan salah satu daripada pertubuhan yang berjaya menarik minat
masyarakat di Malaysia amnya dan para pelajar di MPSI khususnya. Oleh itu, kajian
ini akan meninjau perkembangan pergerakan pengakap di Maktab Perguruan Sultan
Idris (MPSI) bermula pada tahun 1953 hingga 1980 yang berfungsi sebagai salah satu
pertubuhan kokurikulum yang penting.
2 Zulzila Zulkifli, “Pengakap Diiktiraf Seluruh Dunia”, Dewan Siswa, hlm. 10-13, Ogos 1998.
18
Sehubungan dengan itu, pengkajian ini bertujuan untuk meneliti beberapa
perkara seperti :-
i. Mengkaji sejarah dan latar belakang Pengakap Malaysia amnya dan
Pergerakan Pengakap Maktab Perguruan Sultan Idris bermula tahun
1953 hingga 1980.
ii. Mengkaji kejayaan-kejayaan yang pernah dicapai oleh Pergerakan
Pengakap MPSI
iii. Meninjau peranan dan sumbangan yang telah dijalankan oleh
Pergerakan Pengakap di MPSI.
Sorotan Kajian Terdahulu
Berdasarkan kajian perpustakaan yang dijalankan, pengkaji mendapati hasil-hasil
kajian serta penulisan berkaitan aktiviti pengakap terlalu kurang dan hanya
menjelaskan secara umum sahaja. Malahan, tidak ada satu kajian sejarah yang khusus
berkaitan pengakap di Malaysia. Walaupun begitu, terdapat juga beberapa buku yang
ada menjelaskan serba sedikit berkaitan aktiviti kokurikulum yang sesuai diadakan di
sekolah ini. Buku-buku ini walaupun tidak memberikan penjelasan secara
keseluruhannya, namun ia akan diguna pakai serta menjadi sumber awalan bagi kajian
ini terutamanya dalam memahami tajuk kajian yang dijalankan oleh pengkaji. Antara
rujukan yang dijadikan sebagai sumber awal ialah buku Kegiatan Ko-Kurikulum:
Penyeliaan dan Pentadbiran. Penulis buku ini ialah Vasudevan, T. Arasoo. Beliau
menjelaskan bahawa negeri yang terawal menubuhkan pergerakan pengakap untuk
19
orang Melayu ialah di Singapura oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z. Alsagoff.3
Pada masa ini, pergerakan pengakap merupakan cawangan kepada Persekutuan
Pengakap di Great Britain. Selepas itu, barulah pergerakan ini meresap ke Malaya.
Jadi, buku ini akan memberikan maklumat kepada pengkaji bagi mendapatkan
penerangan awal tentang penubuhan pengakap di Malaysia.
Selain itu, pengkaji juga menjadikan buku SITC-UPSI: Pelopor Pendidikan
Bangsa yang ditulis oleh Abu Bakar Nordin sebagai salah satu sumber awalan yang
penting bagi mengkaji perkembangan pergerakan pengakap di MPSI. Dalam buku ini,
dijelaskan tentang Pasukan Pengakap MPSI didaftarkan sebagai pasukan pengakap
pertama ditubuhkan di Malaysia dengan nombor pendaftaran Kumpulan Latihan
Maktab 01 (KLM 01). Selain itu, dijelaskan perkara penting iaitu pengasas pergerakan
pengakap ini iaitu Abdul Kuddus Muhammad, yang juga merupakan ahli Biro
Penterjemahan MPSI. Bilangan ahli juga disertakan iaitu seramai 200 orang.4 Hal-hal
berkaitan dengan kokurikulum di MPSI juga dijelaskan untuk memberikan satu
gambaran awal tentang corak dan pentadbiran unit-unit beruniform yang terdapat di
MPSI. Namun begitu, penjelasan yang dikemukakan dalam buku ini tidak
diperincikan dalam perbincangan-perbincangan selanjutnya.
Di samping itu, bagi penjelasan tentang kemahiran dan skop latihan
kepengakapan, ia dijelaskan dalam buku Ilmu Pengakap yang ditulis oleh Abdul Alim
Abdul Rahim. Buku ini banyak menjelaskan tentang kemahiran yang meliputi
persetiaan dan undang-undang kepengakapan, perbarisan pengakap, pertolongan 3 Vasudevan, T. Arasoo, Kegiatan Ko-Kurikulum: Penyeliaan dan Pentadbiran, Petaling Jaya, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1991, hlm. 140. 4 Abu Bakar Nordin, et. al., SITC–UPSI: Pelopor Pendidikan Bangsa, Petaling Jaya, Longman Malaysia Sdn. Bhd, 2000, hlm. 52.
20
cemas, perkhemahan, pengembaraan, permainan serta kebudayaan pengakap.5 Buku
ini juga menerangkan hal berkaitan pakaian seragam, sejarah pergerakan pengakap
dunia dan kepimpinan, pentadbiran serta kesetiaan kepada negara. Penerangan yang
jelas berkaitan buku ini banyak berkisar mengenai hal-hal kepengakapan dan sudut
latihannya. Sumber buku ini memudahkan pengkaji menilai sendiri aktiviti-aktiviti
yang dirancang serta dijalankan oleh Pergerakan Pengakap MPSI yang
kebanyakannya sama dengan pertubuhan pengakap di tempat lain.
Di samping itu, penjelasan tentang pergerakan pengakap juga dijelaskan dalam
buku Falsafah Moral Ilmu Berpengakap yang menjelaskan bahawa pergerakan
pengakap adalah salah satu pergerakan yang penting. Ia meliputi perkara yang
berkaitan falsafah kepengakapan, tafsiran undang-undang pengakap dan perkaitan
pergerakan pengakap dengan perundangan negara. Ini akan menjadi satu rujukan
penting dalam melihat prinsip-prinsip yang menjadi landasan dan pegangan
pergerakan pengakap di Malaysia.6 Ia juga memberikan satu pendedahan kepada
pengamal ilmu pengakap, pemimpin dan ahli pengakap tentang setiap aspek dalam
pergerakan pengakap supaya dapat dihayati dengan lebih mendalam. Buku ini ditulis
oleh Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Apabila melihat penjelasan ini, pengkaji mendapat
satu aliran yang jelas bahawa pergerakan pengakap ini merupakan badan yang
mempunyai dasar serta tujuan tersendiri.
Seterusnya ialah buku Maktab Melayu Melaka 1900-1922, dengan ulasan skop
yang kecil, ia turut membincangkan peranan Maktab Melayu Melaka sebagai tempat 5 Abdul Alim Abdul Rahim, Ilmu Pengakap, Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1988, hlm. V. 6 Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Falsafah Moral Ilmu Berpengakap, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007, hlm. V.
21
melahirkan ramai golongan yang menyertai pergerakan pengakap dan berkhidmat di
MPSI. Penulis buku ini ialah Ramlah Adam. Dalam buku ini, dijelaskan berkenaan
tokoh penting pengakap daripada Maktab Melayu Melaka yang bertindak membangun
serta memajukan Pergerakan Pengakap MPSI. Beliau ialah Md. Yusof Ahmad yang
juga merupakan bekas Penolong Pengetua Melayu yang pertama di MPSI pada tahun
1940 hingga 1950.7 Md. Yusof memainkan peranan yang aktif apabila bertindak
memajukan pergerakan pengakap di MPSI. Tambahan pula, beliau memiliki Bintang
“Semangat Padi” dan “Semangat Rimba” yang menjadi idaman setiap pemimpin
pengakap.8
Buku Pelajaran dan Perguruan Melayu di Malaya Zaman British juga
menjelaskan pergerakan pengakap di MPSI. Namun begitu, penjelasannya hanyalah
secara sepintas lalu dan tidak ada perincian selanjutnya. Walaupun begitu, ia menjadi
satu rujukan penting bagi melihat asas permulaan pergerakan pengakap di MPSI.
Penulis buku ini ialah Awang Had Salleh. Antara penjelasannya ialah pergerakan
pengakap ini merupakan unit beruniform kedua terpenting selepas Malayan Volunteer
Infantry (MVI) serta sering mendapat sambutan para pelajar di MPSI.9 Malahan,
terdapat juga maklumat ringkas diterangkan tentang aktiviti pengakap yang
dijalankan. Penjelasan oleh Awang Had Salleh ini akan menjadi satu rujukan penting
bagi menunjukkan peranan aktif pergerakan pengakap di MPSI.
7 Ramlah Adam, Maktab Melayu Melaka 1900-1922, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm. 94. 8 Ibid., hlm. 98. 9 Awang Had Salleh, Pelajaran dan Perguruan Melayu di Malaya Zaman British, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1974, hlm. 134.
22
Keseluruhan buku-buku ini tidaklah menjelaskan secara terperinci berkenaan
pergerakan pengakap di MPSI. Hal ini kerana, ia hanya menjelaskan secara sepintas
lalu ataupun melalui bab yang berkaitan dengan kegiatan kokurikulum di MPSI.
Sehingga kini, masih tidak terdapat lagi kajian yang terperinci berkenaan pergerakan
pengakap di MPSI.
Permasalahan Kajian
Sejarah pergerakan pengakap tidak menjadi tumpuan utama dalam penyelidikan di
Malaysia. Kajian tentang sejarah pengakap di Malaysia juga belum lagi dilakukan
secara menyeluruh kerana kebanyakan perkara yang dihuraikan adalah bersifat umum.
Begitu juga dengan pergerakan pengakap di MPSI. Kebanyakan kajian lebih
menumpukan kepada aspek-aspek kurikulum serta perkembangan politik di maktab
itu sahaja. Persoalan yang wujud dalam kajian ini tertumpu kepada Pergerakan
Pengakap MPSI. Ini kerana, pengkaji akan meninjau secara lebih mendalam sama ada
pertubuhan ini benar-benar muncul sebagai satu pertubuhan pengakap yang disegani
di MPSI ataupun tidak.
Metodologi Kajian
Pelaksanaan kajian dilakukan dengan menggunakan kaedah penulisan yang bersifat
pelbagai bagi membentuk satu kajian ilmiah yang menarik. Antara kaedahnya ialah
naratif, deskiptif, statistik dan juga analitikal. Hal ini dilihat apabila pengkaji akan
menggabungkan antara kaedah naratif dalam menghuraikan setiap perkembangan
pengakap MPSI bermula tahun 1953 sehingga 1980. Pengkaji mahu menilai setiap
23
perubahan serta kemajuan yang dicapai dari semasa ke semasa. Namun begitu,
pengkaji juga akan menggunakan pendekatan deskriptif sekiranya sesuatu maklumat
memerlukan huraian yang teliti dan terperinci. Huraian yang jelas penting bagi
menggambarkan keadaan sebenar pergerakan pengakap ketika itu.
Manakala kaedah deskriptif pula dijelaskan melalui aspek peranan pengakap
tersebut sebagai salah satu aktiviti kokurikulum pelajarnya. Setiap aktiviti pelajar
yang berkaitan dengan pergerakan pengakap akan diperincikan. Manakala, untuk
menjelaskan tentang aspek yang menjadi permasalahan kajian yang meliputi isu,
keadaan serta kaitan antara satu sama lain, kaedah analitikal pula digunakan.
Menggunakan kaedah analitikal ini juga, pengkaji akan memberikan penekanan
kepada ilmu yang dipelajari dengan membuat kajian terhadap aktiviti-aktiviti
pengakap pada masa itu. Kaedah statistik juga digunakan walaupun ia tidak
melibatkan semua proses kajian. Namun begitu, penting bagi menghuraikan hal
berkaitan data contohnya penyata-penyata akaun, bilangan ahli, bahagian logistik dan
sebagainya dalam Pergerakan Pengakap MPSI. Peranan berbeza ini tidak dianggap
mengganggu proses kajian, kerana ianya akan memberikan kepelbagaian terhadap
penulisan sejarah.
24
Sinopsis Bab
Bab 1 : Pendahuluan
Pada bab satu ini diterangkan berkenaan tujuan dan objektif kajian tentang
‘Pergerakan Pengakap Maktab Perguruan Sultan Idris tahun 1953 hingga 1980’.
Penjelasan dibuat agar ia menjadi panduan dalam penyelidikan. Di samping itu,
sorotan kajian terdahulu diterangkan untuk penjelasan mengenai sumber dan kajian
yang pernah dibuat sebelum ini. Ia juga dijadikan panduan agar tidak akan
menghasilkan penyelidikan sama dengan yang sebelum ini. Permasalahan kajian juga
disertakan bagi mendapatkan satu cara serta corak dalam penyelidikan tentang
pergerakan pengakap di MPSI ini. Metodologi atau kaedah kajian juga dihuraikan
agar menjadi satu panduan penyelidikan serta menghasilkan penulisan yang pelbagai.
Selain itu, sinopsis bab dijelaskan sebagai gambaran awal penyelidikan Pergerakan
Pengakap MPSI.
Bab 2 : Sejarah Pergerakan Pengakap Di Malaysia
Pada peringkat ini, sejarah dan latar belakang awal pergerakan pengakap akan
dihuraikan. Pada peringkat awal, sejarah pengakap dunia yang diasaskan di England
akan dijelaskan. Selepas itu, rentetan penubuhan pengakap tersebut, ia membawa
kepada penubuhan pengakap Malaysia. Penubuhan pergerakan pengakap ini
dijelaskan mengikut kronologi kerana mempunyai perbezaan tarikh-tarikh
penubuhannya. Huraian tentang sejarah pengakap Malaysia akan diterangkan
merangkumi aspek berkaitan pentadbiran peringkat pusat, latihan dan aktiviti,
25
hubungan antarabangsa, penganugerahan dan juga perkara yang berkaitan kebajikan.
Penerangan ini meliputi sejak sebelum hingga selepas Malaysia mencapai
kemerdekaan.
Bab 3: Pergerakan Pengakap MPSI Dari 1953 Hingga 1980
Bahagian ini akan menjelaskan tentang perkembangan awal pengakap di sekolah dan
institusi-institusi pendidikan Malaysia. Dalam penjelasan ini menghuraikan beberapa
buah institusi dan sekolah yang mempunyai peranan awal mengembangkan
pergerakan pengakap terutamanya awal tahun 1900-an. Perkembangan awal
Pergerakan Pengakap MPSI pada awal 1930-an sehingga akhir tahun 1940-an akan
dijelaskan. Selepas itu, sejarah Pergerakan Pengakap MPSI dan beberapa pentadbiran
kerja akan turut diterangkan secara lebih terperinci yang memberikan fokus terhadap
kegiatan dan aktiviti, hal kewangan, kursus kepimpinan pengakap MPSI bagi tahun
1953 hingga 1980.
Bab 4: Kejayaan-Kejayaan Yang Dicapai Pergerakan Pengakap MPSI
Terdapat pelbagai kejayaan yang diraih oleh pergerakan pengakap di MPSI. Dalam
bahagian ini akan dijelaskan hal berkaitan pencapaian kepengakapan yang berjaya
diraih oleh Pergerakan Pengakap MPSI. Perkara yang penting adalah berkenaan
dengan Kursus Manikayu yang merupakan satu kejayaan kerana menjelaskan tujuan
asal penubuhan pergerakan pengakap di MPSI. Selain itu, pemilihan beberapa ahli
pengakap MPSI untuk menyertai jambori-jambori peringkat antarabangsa juga
merupakan satu kejayaan. Di samping itu, penganjuran satu persidangan pengakap
26
adalah satu kejayaan kepada Pergerakan Pengakap MPSI. Kejayaan individu juga
akan diterangkan yang berkait rapat dengan beberapa nama besar dalam pendidikan
negara. Lain-lain kejayaan juga dijelaskan terutamanya beberapa kegiatan dan aktiviti
yang bersifat sederhana atau di peringkat maktab sahaja.
Bab 5: Peranan Dan Sumbangan Pergerakan Pengakap MPSI
Berkaitan dengan bahagian ini, skop yang akan dihuraikan adalah berkenaan peranan
dan sumbangan Pergerakan Pengakap MPSI. Ia meliputi peranan dan sumbangan
kepada pelajar di MPSI itu sendiri. Selain itu, ia juga dilihat kepada peranan dan
sumbangan kepada Maktab Perguruan Sultan Idris. Dalam hal ini, pergerakan
pengakap mempunyai sumbangan yang dilihat secara langsung dan tidak langsung.
Pengakap MPSI juga memberi sumbangan kepada masyarakat di sekitar MPSI
terutamanya di Tanjong Malim dan Ulu Bernam. Malahan, di peringkat negara,
Pergerakan Pengakap MPSI mempunyai peranan dan sumbangan bermakna
terutamanya berkaitan hal kebajikan, pencapaian, bantuan dan sebagainya. Dalam bab
ini juga, akan dijelaskan penutup secara keseluruhannya yang merangkumi rumusan
daripada bab satu sehingga bab lima.
27
BAB 2
SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP DI MALAYSIA
Pengenalan
Sejarah pergerakan pengakap di Malaysia merupakan satu rentetan daripada
perkembangan pengakap yang berlaku di England. Ia memperlihatkan tertubuhnya
satu badan sukarela di Malaysia yang dapat diterima oleh masyarakat berkenaan. Hal
ini dapat disifatkan sebagai satu mekanisme penting bagi melahirkan individu
terutamanya ahli pengakap yang berdisiplin serta bersemangat waja. Oleh itu, dalam
bahagian ini, perkara yang dijelaskan adalah merangkumi peringkat awal pergerakan
pengakap ini ke seluruh dunia. Ini diikuti dengan penubuhan pergerakan pengakap di
Malaysia. Perkara penting yang dijelaskan adalah berkaitan dengan corak dan susunan
pentadbiran pengakap Malaysia, aktiviti-aktiviti yang sering diadakan, hubungan
antarabangsa yakni di Asia Pasifik serta Badan Pengakap Dunia, pengiktirafan dan
penganugerahan serta kebajikan.
28
Sejarah Pengakap Dunia
Pergerakan pengakap bermula di England atau lebih tepat lagi di Pulau Brown Sea
oleh Lord Robert Stephenson Smyth Baden Powell atau lebih dikenali sebagai Lord
Baden Powell bekas Mejar Jeneral Angkatan Tentera Inggeris.10 Pada peringkat awal,
ia dianggap sebagai satu perkhemahan percubaan ke atas 20 orang remaja yang tidak
bermaya dan terbiar di England pada masa itu. Walaupun begitu, melalui
perkhemahan percubaan di Pulau Brown Sea itu, ia membuahkan hasil serta kejayaan
apabila remaja tersebut dilatih menjadi ahli pengakap yang berdisiplin. Malahan ia
dianggap sebagai perintis kepada penubuhan pengakap.11 Panduan utama yang
digunakan oleh Lord Baden Powell adalah berasaskan catatannya yang pernah
dirangka dan ditulis serta dibukukan pada tahun 1907 iaitu “Aids To Scouting”.12
Selepas perkhemahan di Pulau Brown Sea, Lord Baden Powell menulis sebuah
lagi buku yang lengkap berjudul “Scouting For Boys” sebagai konsep untuk
meletakkan asas dan latihan dalam pengakap. Dalam tempoh tiga tahun, pergerakan
‘Boys Scouts’ menarik minat masyarakat bukan sahaja daripada golongan anak muda,
10 Lord Baden Powell adalah seorang tentera yang berkhidmat di Afrika Selatan. Hasil daripada peperangan di Boer War, Afrika Selatan dengan kemenangan dalam mempertahankan Mafeking pada tahun 1899 telah mendorong beliau dalam menubuhkan pengakap. Robert Baden Powell, “Scouting For Boys”, dlm Kevin Y.L. Tan, Scouting For Boys Singapore – Malaysia Edition, Singapore, Brownsea Services (S) Pte Ltd, 2004, hlm. XXXII-XXXIII. 11 Melalui perkhemahan ini, antara tujuannya ialah memperbaiki cara berkhemah bagi menulis semula buku sebelum ini iaitu “Aids For Scouting”. Di samping itu, beliau hendak melihat sama ada rancangan yang dijalankan ini berjaya ataupun tidak. Perkhemahan pada 31 Julai hingga 9 Ogos 1907 ini menjadi detik permulaan pergerakan pengakap yang terdapat pada hari ini seramai 28 juta ahli di 216 buah negara. Ibid., hlm. XXXIII-XXXIV. 12 Buku ini banyak menerangkan rancangan latihan bagi menolong membentuk akhlak dan kepercayaan diri. Segala pengalaman semasa bercampur dengan dengan kaum Zulu dan masyarakat di Afrika dikumpulkan oleh Baden Powell lalu dibukukan. Abdul Alim Abdul Rahim, Ilmu Pengakap, Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1988, hlm. 3.
29
tetapi juga pemimpin negara di England.13 Asas penting yang diterapkan oleh Lord
Baden Powell adalah ilmu berhubung dengan perkembangan mentalnya,
perkembangan jasmani, rohani dan sosial dan ekonominya. Ia disalurkan melalui satu
sistem latihan yang progresif berdasarkan Persetiaan dan Undang-undang Pengakap.
Kegiatan-kegiatan berpengakap ini dilaksanakan di luar rumah serta memberi khidmat
bakti secara sukarela yang didasarkan kepada konsep belajar sambil bekerja.14
Gambar 1 : Lord Baden Powell, Pengasas Pengakap Dunia
(Sumber : Robert Baden Powell, Scouting For Boys: Singapore – Malaysia
Edition, 2004, hlm. 1.)
Sejarah Pengakap Malaysia
Pergerakan pengakap merupakan satu pertubuhan sukarela yang pertama wujud di
Malaysia.15 Ia mula wujud selepas dua tahun pergerakan pengakap ditubuhkan di
England. Walaupun begitu, dipercayai bahawa satu percubaan menubuhkan pengakap
dilakukan di Pulau Pinang pada tahun 1908, setahun selepas penubuhan pengakap di
13 Dalam rapat umum pertama di Stadium Crystal Palace, London. Seramai 10,000 pengakap telah mengambil bahagian. Ia menjadi simbol pencetusan minat orang Inggeris dan masyarakat antarabangsa. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Falsafah Moral Ilmu Berpengakap, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007, hlm. 1-3. 14 Atondra, Pengakap Malaysia Di Dada Dunia, Kuala Lumpur, The International Cultural Study & Development Centre Of Asia, 2004, hlm. 6. 15 Jauhar Mohd Yassin, “Sejarah Pengakap Di Malaysia”, Kertas Kerja Pesuruhjaya Antarabangsa PPM, Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, Kuala Lumpur, 1997, hlm. 4.
30
London. Dipercayai juga bahawa pergerakan pengakap ditubuhkan di Selangor secara
percubaan pada tahun 1909, tetapi tidak cergas sehingga tahun 1926.16 Pergerakan
pengakap secara rasmi dan bermula cergas ialah pada tahun 1910 di Singapura yang
diasaskan oleh Frank Cooper Sands atau lebih dikenali sebagai F.C. Sands.17 Selepas
itu, satu demi satu pergerakan pengakap ditubuhkan di setiap negeri-negeri sehingga
seluruh Malaysia.18
Gambar 2 : Frank Cooper Sands, Pengasas Pengakap Malaysia
(Sumber : Robert Baden Powell, Scouting For Boys: Singapore – Malaysia Edition, 2004, hlm. XL.) Masyarakat Melayu yang mula-mula terlibat dalam pergerakan ini terdiri
daripada bekas tentera serta guru-guru Melayu yang berkhidmat serta mengajar di
sekolah-sekolah Inggeris. Ia berlaku disebabkan pengaruh serta perkembangan Sistem
Pendidikan Inggeris. Anak Melayu yang terawal terlibat dalam pergerakan pengakap 16 Abdul Alim Abdul Rahim, Ilmu Pengakap, Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1988, hlm. 10. 17 F.C. Sands dilahirkan pada 29 Oktober 1884 di Bandar Nottingham yang merupakan anak lelaki dalam keluarga Sands. Beliau merupakan perintis dan juga Kumpulan Pertama Pengakap di Nottingham. Penglibatan beliau bermula selepas Lord Baden Powell menyampaikan syarahan pertamanya berkaitan pengakap dan seterusnya menarik minat F.C. Sands untuk menyertainya. Robert Baden Powell, “Scouting For Boys”, dlm Kevin Y.L. Tan, Scouting For Boys Singapore – Malaysia Edition, Singapore, Brownsea Services (S) Pte Ltd, 2004, hlm. XLI-XLII. 18 Jauhar Mohd Yassin, “Secebis Dan Sepintas Lalu Perihal Pergerakan Pengakap Serta Pentadbiran & Pergerakan Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM)”, Kertas Kerja Pesuruhjaya Antarabangsa PPM, Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, Kuala Lumpur, 2006, hlm. 2.
31
ialah Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z. Alsagoff iaitu pada tahun 1919. Kedua-
duanya merupakan bekas anggota tentera yang berkhidmat dengan Inggeris. Mereka
melatih golongan anak-anak Melayu di sekolah-sekolah Inggeris yang bertujuan untuk
memahirkan diri dengan disiplin diri serta ketahanan fizikal.19
Apabila dilihat kepada pengasas awal di setiap Negeri-negeri Melayu pula,
kebanyakannya diasaskan oleh Pegawai Inggeris. Keadaan ini dapat dilihat di negeri
Pahang (Pekan) yang menjadi negeri Melayu pertama menubuhkan pergerakan
pengakap oleh G.M. Laidlow. Pergerakan ini terkubur apabila G.M. Laidlow
meninggal dunia. Walau bagaimanapun, pergerakan pengakap di Pahang bermula
kembali oleh H.P Herslet bersama-sama Wheeler dan Frisbby.20 Selepas itu,
pergerakan pengakap mula tersebar ke Pulau Pinang diasaskan yang oleh H.R.
Cheesman21 pada tahun 1915. Dalam masa yang sama, pergerakan pengakap ini
tersebar ke negeri Sabah pada tahun 1915 yang mula diasaskan oleh Thomas Cecil
Alexander di Sandakan. Namun begitu, ia tidak bergiat cergas.22
Di Sarawak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan pada tahun 1915 oleh
Hockien Free atau lebih dikenali sebagai Mr. Cox yang merupakan seorang guru
19 Gordon Koh Hong Kian, Panduan Lencana Kemajuan Pengakap Muda, Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1993, hlm. 12. 20 H.P Herslet, Wheeler dan Frisbby merupakan pegawai di Pejabat Pelajaran Pahang pada ketika itu. Affendy Zabkha Mohamad Zain, Ko-Kurikulum Kelanasiswa 1, Kuala Lumpur, Penerbit Unit Ko-Kurikulum, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), 2000, hlm. 43. 21 H.R Cheeseman merupakan individu penting yang terlibat dalam menyusun semula dasar pelajaran seperti yang disenaraikan dalam Council Paper No. 53 tahun 1946 oleh Malayan Union yang bertujuan membina semula sistem pelajaran untuk menjamin perkembangan pelajaran sepenuhnya bagi tiap-tiap bahagian masyarakat. Paul Chang Ming Phang, Perkembangan Pelajaran Dalam Masyarakat Berbilang Kaum: Kajian Kes Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1975, hlm. 46. 22 Ibid., hlm. 43.
32
Inggeris dan juga pengetua sekolah di Sarawak.23 Perkembangan pengakap di
Sarawak pada masa itu tidak jelas kerana banyak penerimaan interpretasi dasar serta
prinsipnya kurang jelas dan tidak sempurna.24 Hal ini berlaku hampir sama dengan
perkembangan pengakap di Sabah. Di Kedah pula, pergerakan pengakap telah
ditubuhkan pada tahun 1922 oleh E.C. Hicks, E.A.G. Stuart, C.W. Bloomfield dan
R.P.S. Walker.25
Manakala di Perak pula pergerakan pengakap secara rasminya telah
ditubuhkan oleh pegawai pelajaran yang bernama L.R. Wheeler. Penubuhan
pergerakan pengakap dilakukan di Malay College Kuala Kangsar atau MCKK pada
tahun 1926. Walaupun begitu, penubuhan pengakap di MCKK sebenarnya berlaku
lebih awal lagi.26 Melaka dan Negeri Sembilan pula memulakan pergerakan pengakap
pada tahun 1926 oleh Pegawai Inggeris bernama Brunstone. Selangor menubuhkan
pergerakan pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan
memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle
dan di Kelantan pula ialah Y.M. Tengku Ahmad Temenggong.27 Di Johor pula,
23 Paul Chang Ming Phang, Perkembangan Pelajaran Dalam Masyarakat Berbilang Kaum: Kajian Kes Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1975, hlm. 43. 24 Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Falsafah Moral Ilmu Berpengakap, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007, hlm. 6. 25 Affendy Zabkha Mohamad Zain, Ko-Kurikulum Kelanasiswa 1, Kuala Lumpur, Penerbit Unit Ko-Kurikulum, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), 2000, hlm. 43. 26 Muhamad Yusof Bin Ahmad adalah salah seorang pelajar yang melibatkan diri dalam pergerakan pengakap di MCKK. Dalam temuramah dengan Ramlah Adam, beliau menyatakan terlibat dalam pengakap di MCKK sejak tahun 1916. Jadi, hal ini menunjukkan bahawa, pergerakan pengakap di Perak wujud lebih awal berbanding penjelasan yang mengatakan bahawa pergerakan pengakap wujud di Perak hanya pada tahun 1926. Dalam hal ini, berlaku percanggahan tarikh sebenar perkembangan pengakap di Perak. Ramlah Adam, Maktab Melayu Melaka, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm. 97. 27 Tengku Ahmad telah memohon kebenaran bagi menubuhkan pasukan pengakap di Kota Bharu daripada F.C. Sands pada Disember 1927. Pengesahan kelulusan diterima dan F.C. Sands telah melantik Tengku Ahmad sebagai Scoutmaster di Kota Bharu dan ia disahkan oleh Kapten H.A. Anderson di Kelantan. No. 311/1927 Surat Tengku Ahmad Bin Tengku Temenggong Pohon Kebenaran Hendak Mengadakan Pasukan Boy Scout (Budak Pengakap).
33
pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di English
College. Pergerakan pengakap di Perlis pula ditubuhkan pada tahun 1931.28
Penubuhan pergerakan pengakap yang tersebar secara berperingkat ini berlaku hasil
daripada kesan perkembangan pendidikan terhadap Negeri-negeri Melayu.
Pentadbiran
Merujuk kepada aspek pentadbiran, pergerakan pengakap di Malaya pada peringkat
awal adalah secara berpusat. Pergerakan wujud di peringkat daerah tetapi pengurusan
dan kepimpinannya daripada pusat. Hal ini berlaku disebabkan masalah komunikasi
dan perhubungan yang sekaligus menyebabkan pergerakan pengakap menjadi kurang
teratur. Masalah juga wujud kerana bilangan pemimpin pengakap yang tidak
mencukupi bagi membuat aktiviti dan latihan kepengakapan. Didapati bahawa,
bilangan ahli pengakap yang didaftarkan pada tahun 1930 ialah seramai 7,000 orang.
Pada masa itu, pentadbiran pengakap adalah di bawah Ibu Pejabat Persekutuan
Pengakap Great Britain di London.29
Walaupun begitu, jumlah tersebut dianggap ramai apabila merujuk kepada
keadaan semasa di Negeri-negeri Melayu. Selepas merdeka bilangan pengakap telah
bertambah dari semasa ke semasa. Ini berlaku hasil peranan yang dimainkan oleh
Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu (PBBPTM) terutamanya institusi
28 Gordon Koh Hong Kian, Panduan Lencana Kemajuan Pengakap Muda, Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1993, hlm. 13. 29 Jauhar Mohd Yassin, “Sejarah Pengakap Di Malaysia”, Kertas Kerja Pesuruhjaya Antarabangsa PPM, Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, Kuala Lumpur, 1997, hlm. 4.
34
pendidikan yang menubuhkan pergerakan pengakap sebagai salah satu aktiviti
kokurikulum di sekolah.
Jadual 1 : Menunjukkan Pertambahan Bilangan Ahli Pengakap.
Bil. Tahun Keahlian
1.
2.
3.
4.
1964-1965
1969-1970
1974-1975
1975-80
48,267
65,703
77,174
85,000
(Sumber : Kertas Kerja Pesuruhjaya Antarabangsa PPM, Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, Kuala Lumpur, 1997, hlm. 4.)
Pergerakan pengakap terhenti seketika semasa Perang Pasifik pada tahun 1937
hingga 1945 apabila ia diharamkan oleh pentadbiran tentera Jepun. Walau
bagaimanapun, masih ada yang menjalankan aktiviti mereka secara senyap-senyap di
luar pengetahuan pihak Jepun. Selepas Perang Pasifik pada tahun 1948 pergerakan
pengakap di Malaya mula kembali aktif dan telah menubuhkan pentadbiran peringkat
negeri serta Negeri-Negeri Selat untuk mentadbir daerah. Pentadbiran ini dinamakan
Majlis Pengakap Negeri atau Majlis Pengakap Negeri-Negeri Selat.30
Pergerakan pengakap di Malaya juga dimasukkan menjadi cawangan Scouts
Federation Great Britain atau Persekutuan Pengakap Great Britain.31 Di samping itu,
Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu (PBBPTM) ditadbir oleh tiga
bahagian yang penting. Ketiga-tiga bahagian ini mempunyai fungsi yang tersendiri
30 Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Falsafah Moral Ilmu Berpengakap, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007, hlm. 7. 31 Gordon Koh Hong Kian, Panduan Lencana Kemajuan Pengakap Muda, Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1993, hlm. 13.
35
dalam membangunkan pergerakan pengakap di Negeri-negeri Melayu pada waktu itu.
Hal ni dapat dilihat daripada Perlembagaan Budak-Budak Pengakap 1949 :-
The Federation of Malaya (which shall comprise the area of the Federation of Malaya) shall be administered by a Chief Scout, a Chief Commisioner and a Scout Council.32
Bagi mengembangkan pertubuhan ini, ‘Daerah Pengakap’ ditubuhkan di setiap
negeri termasuk Negeri-Negeri Selat berdasarkan kaedah yang difikirkan sesuai oleh
Ketua Pesuruhjaya Pengakap pada masa itu. Ia merupakan satu penyusunan semula,
iaitu tiap-tiap negeri menjadi satu persekutuan yang terdiri daripada beberapa daerah
pengakap atau lebih dikenali sebagai ‘Local Association’. Tiap-tiap daerah pula
mempunyai persekutuan pengakapnya yang tersendiri. Ia bertujuan membantu
Pesuruhjaya Pengakap Daerah melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya. Langkah
ini merupakan peringkat awal dalam menggabungkan dan membangunkan pergerakan
pengakap semasa pentadbiran Inggeris di Malaya sehingga mencapai kemerdekaan
pada tahun 1957.33
Pada tahun 1963 selaras dengan penubuhan Malaysia, Persekutuan Budak-
Budak Pengakap Tanah Melayu (PBBPTM) ditukar kepada Persekutuan Budak-
Budak Pengakap Malaysia (PBBPM).34 Pergerakan pengakap selepas penubuhan
Malaysia telah menjadi semakin berkembang. Malahan, ia tertakluk di bawah Akta
Parlimen No.38 Tahun 1968 dengan pindaan Undang-undang Malaysia Akta 143,
32 Maktab Perguruan Tanjong Malim, Perak 1946-1964 No. Fail 24/1949 Boy Scouts Association: Changes in Constitution & Administration. 33 Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Falsafah Moral Ilmu Berpengakap, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007, hlm. 7. 34 Affendy Zabkha Mohamad Zain, Ko-Kurikulum Kelanasiswa 1, Kuala Lumpur, Penerbit Unit Ko-Kurikulum, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), 2000, hlm. 43.
36
Akta Persekutuan Pengakap Malaysia 1974. Dalam akta tersebut, dijelaskan beberapa
perkara yang penting antaranya ialah :-
Maka inilah diperbuat Undang-undang oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang
dalam parlimen dan dengan kuasa daripadanya seperti berikut: 35
1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Persekutuan Pengakap Malaysia 1974. 2. (1) Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia yang diperbadankan di bawah Seksyen 3(1)
Akta (Perbadanan) Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia, 1968. (Kemudian daripada ini disebut ‘persekutuan’ itu) hendaklah selepas akta ini mula berkuatkuasa dikenali sebagai Persekutuan Pengakap Malaysia dan semua sebutan di dalam akta itu dan mana-mana undang-undang bertulis lain mengenai persekutuan itu hendaklah ditaksirkan sewajarnya.36
Dalam aspek pentadbiran, pergerakan pengakap di Malaysia mempunyai
susunannya yang tersendiri dan lebih tersusun selepas merdeka. Persekutuan
Pengakap Budak-Budak Malaysia (PBBPM) mengandungi Penaung Agong iaitu Duli
Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong, manakala penaung pengakap
di peringkat negeri ialah Duli-duli Yang Maha Mulia Sultan-sultan, Raja-raja dan
Tuan-tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri.37 Bagi mengetuai pergerakan
pengakap, jawatan Ketua Pengakap Negara (KPN) diwujudkan. Tempoh memegang
jawatan ini adalah selama lima tahun dan akan ditauliahkan oleh Yang di-Pertuan
Agong. Tauliah yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Persekutuan Budak-Budak
Pengakap Malaysia ini akan ditandatangani bersama oleh penaung utama dan semua
penaung peringkat negeri.38
KPN berfungsi memelihara dan menggalakkan semua ahli dan pemimpin
patuh kepada tujuan dan Dasar Persekutuan Pengakap Negara selaras dengan
35 Abdul Alim Abdul Rahim, Ilmu Pengakap, Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1988, hlm. 12. 36 Ibid., hlm. 12. 37 Laporan Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia, 1970/1971/1972, hlm. 2. 38 Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Falsafah Moral Ilmu Berpengakap, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007, hlm. 85.
37
kehendak Persidangan Pengakap Sedunia.39 Selain itu, KPN juga perlu
mempengerusikan mesyuarat Majlis Pengakap Malaysia (MPM) dan
jawatankuasanya, melantik Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara (KPPN), penolong-
penolongnya di samping perlu menandatangani semua tauliah perlantikan.40 Di
Malaysia, kebanyakan KPN merupakan pemimpin pengakap serta tokoh penting
dalam sesuatu bidang ataupun politik. Sebagai contohnya Dato’ Haji Sardon Bin Jubir
merupakan Menteri Kesihatan manakala Dato’ Mohamad Bin Yaakob adalah bekas
Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Menteri Besar Kelantan.41 Mereka merupakan
ahli politik yang penting di Malaysia pada masa itu. Berikut adalah nama-nama Ketua
Pengakap Negara sebelum dan selepas merdeka :-
Jadual 2 : Senarai Ketua Pengakap Negara Malaysia
Bil. Nama Tahun
1.
2.
3.
4.
5.
6.
General Sir Gerald Walter Robert Templer
Sir Donald Mcgillivray
Dato’ Sulaiman B. Dato’ Abdul Rahman
Encik Abd Rahman Talib
YB. Dato’ Haji Sardon Jubir42
Y.A.B. Dato’ Mohamad B. Yaakob
Sebelum merdeka
Sebelum merdeka
1957- 1961
1961-1963
1963-1973
1973-1978
(Sumber: Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), Rumah B-P.)
Selain itu, untuk menyelaraskan pergerakan pengakap sebagai satu pertubuhan
yang mempunyai pentadbiran yang tersusun, jawatan Ketua Pesuruhjaya Pengakap
39 Maktab Perguruan Tanjong Malim, Perak 1946-1964 No. Fail 24/1949 Boy Scouts Association: Changes in Constitution & Administration. 40 Ibid. 41 Peristiwa-Peristiwa Malaysia, Kota Bharu, Syarikat Dian Sdn. Bhd, 1971, hlm. 77-78. 42 Cecilia Tan, Tun Sardon Jubir: His Life & Times, Petaling Jaya, Pelanduk Publications, 1986, hlm. 52. (Lihat lampiran 1).
38
Negara (KPPN) diwujudkan.43 KPPN ini dilantik untuk menjadi pengelola utama
dasar dan pentadbiran persekutuan. Malahan berfungsi sebagai penjaga undang-
undang dan perlembagaan pengakap negara. Ia juga mempunyai kuasa veto terhadap
semua tindakan termasuk keputusan Majlis Pengakap Malaysia (MPM) yang
bertentangan dengan Undang-undang Pengakap. Selain itu, kuasa yang berkaitan
bidang KPPN turut meliputi dasar dan peraturan pengakap serta kehendak-kehendak
Persidangan Pengakap Sedunia.44
KPPN ini akan dibantu pentadbirannya oleh beberapa orang yang dipanggil
sebagai Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara. Perlantikan mereka ini adalah
di atas persetujuan KPN.45 Perlantikannya ini akan ditauliahkan oleh Ibu Pejabat
PBBPM. Sebelum merdeka, jawatan ini digelar Pesuruhjaya Agong.46 Berikut adalah
senarai KPPN di Malaysia :-
Jadual 3 : Senarai Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Malaysia
Bil. Nama Tahun
1.
2.
3.
4.
5.
6.
Mr. Frank C. Sands (Pesuruhjaya Agong)
Mr. E.M.F Payne (Pesuruhjaya Agong)
YB. Encik Muhamad Yusof B. Ahmad
YB. Encik Zainal Abidin B. Ali
YB. Dato’ Syed Esa B. Alwee
YB. Dato’ Syed Hashim B. Abdullah
1910-1948
1948-1957
1957-1960
1960-1963
1963-1968
1969-1987
(Sumber: Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), Rumah B-P.)
43 Maktab Perguruan Tanjong Malim, Perak 1946-1964 No. Fail 24/1949 Boy Scouts Association: Changes in Constitution & Administration. 44 Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Falsafah Moral Ilmu Berpengakap, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007, hlm. 87. 45 Maktab Perguruan Tanjong Malim, Perak 1946-1964 No. Fail 24/1949 Boy Scouts Association: Changes in Constitution & Administration. 46 Ibid.
39
Persekutuan Pengakap Malaysia ini juga mempunyai Setiausaha Agungnya
yang tersendiri. Ia bertanggungjawab dalam menguruskan segala hal-hal yang
berkaitan dengan pentadbiran kepengakapan. Ia dipanggil Ketua Setiausaha Kerja.
Jatawan ini dilantik atas persetujuan KPN dan KPPN serta ditauliahkan oleh Ibu
Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia. Tugas Ketua Setiausaha Kerja ini
merangkumi pengurusan di peringkat pusat serta mempunyai hubungan di antara
cawangan-cawangan Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia di negeri lain.47
Berikut adalah senarai Ketua Setiausaha Kerja bermula sebelum merdeka sehingga
tahun 1988 :-
Jadual 4 : Senarai Ketua Setiausaha Kerja
Bil. Nama Tahun
1.
2.
3.
Mr. Godfrey Gelvard
Tn. Haji Mohd Yasin Abdul Rahman
Tn. Haji Jauhar B. Haji Mohd Yassin48
1950-1961
1962-1975
1976-1988
(Sumber: Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), Rumah B-P.)
Sebelum mencapai kemerdekaan, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah
Melayu pada masa itu telah diiktiraf oleh Persekutuan Pengakap Sedunia apabila
dilantik menjadi salah satu daripada Anggota Pengakap Dunia pada tahun 1954.49
Undang-undang seterusnya digubal untuk menyatu dan menyeragamkan pertubuhan
pengakap di Malaysia. Dengan itu juga, diwujudkan Undang-undang Pengakap pada
47 Temu ramah dengan Tuan Haji Jauhar B. Md Yassin, pada 14 Ogos 2007. 48 Atondra, Ringkasan Pengakap Selangor, Petaling Jaya, Persatuan Kebajikan Penulis Muda Selangor (KEMUDI), 1990, hlm. 127. (Lihat lampiran 2). 49 Jauhar Mohd Yassin, “Secebis Dan Sepintas Lalu Perihal Pergerakan Pengakap Serta Pentadbiran & Pergerakan Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM)”, Kertas Kerja Pesuruhjaya Antarabangsa PPM, Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, Kuala Lumpur, 2006, hlm. 6.
40
tahun 1968 sebagai landasan pertubuhan pergerakan itu di Malaysia.50 Undang-
undang Pengakap yang digubal ini sebenarnya selaras serta sama dengan negara-
negara yang mempunyai pergerakan pengakap.
Begitu juga dengan ‘Persetiaan Pengakap’. Persetiaan Pengakap berbeza
dengan Undang-undang Pengakap. Persetiaan adalah satu perjanjian dalam pergerakan
pengakap yang dibuat dengan rela hati dan pilihan pengakap itu sendiri.51 Pengakap
Malaysia juga mempunyai pakaian seragamnya yang tersendiri. Pada peringkat awal,
pakaian seragam masih lagi mengikut corak asal pengakap dari England.52 Namun
begitu, aspek pemakaian telah diubah dan disesuaikan dengan persekitaran serta
budaya masyarakat Malaysia.53 Ini dilihat pada tahun 1987, Majlis Pengakap
Malaysia memberi mandat kepada Majlis Pengakap Negeri Perak (MPNP) untuk
mengubah corak pemakaian pengakap Malaysia. Penukaran ini dijelaskan melalui
Surat Pekeliling Persekutuan Pengakap Malaysia, PPM-5 (097)/87 yang bertarikh 11
Mac 1987.54
Apabila melihat daripada segi peruntukan yang diperolehi PBBPM, ia
mendapat peruntukan untuk membangun serta memajukan pergerakan pengakap
50 Undang-undang Pengakap terdiri daripada sepuluh perkataan seperti dipercayai, taat, berguna, bersaudara, berbudi, kasihkan binatang, menurut perintah, tabah hati, berjimat, suci fikiran, perkataan, perbuatan. Gordon Koh Hong Kian, Panduan Lencana Kemajuan Pengakap Muda, Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1993, hlm. 9-10. 51 Affendy Zabkha Mohamad Zain, Ko-Kurikulum Kelanasiswa 1, Kuala Lumpur, Penerbit Unit Ko-Kurikulum, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), 2000, hlm. 49. 52 Berdasarkan Undang-Undang Anak Serigala No. 281, aspek pemakaian meliputi songkok warna hijau, skaf, baju warna biru hitam atau khaki (kuning tua), seluar biru hitam atau khaki atau kelabu, kasut atau boots hitam atau kuning tua. Maktab Perguruan Tanjong Malim, Perak 1946-1964, Fail No. 61/1951 Boy Scouts Association Policy Organisation Rules, hlm. 2. 53 Temu ramah dengan Tuan Haji Jauhar B. Md Yassin, pada 14 Ogos 2007. Lihat juga Abdul Alim Abdul Rahim, Ilmu Pengakap, Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1988, hlm. 50. (Lihat lampiran 3). 54 Abdul Alim Abdul Rahim, Ilmu Pengakap, Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1988, hlm. 46.
41
daripada Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Kewangan, Kementerian
Kebudayaan dan Kementerian Pelajaran.55 Dianggarkan jumlah yang diterima pada
setiap tahun adalah RM 230 ribu.56 Selain itu, PBBPM juga memperoleh pendapatan
melalui kutipan yuran ahli pengakap di seluruh negara. Malahan, wujud satu lagi
peranan yang dimainkan oleh badan yang bertanggungjawab dalam mengurus serta
mendapatkan dana untuk PBBPM ialah Majlis Pengakap Malaysia (MPM).57
Dana juga diperolehi dalam bentuk perolehan tanah untuk dijadikan tapak-
tapak kem.58 Bagi menguruskan pergerakan pengakap di Malaysia ini, sebuah pejabat
pentadbiran bagi PBBPM telah dibangunkan yang bertempat di Rumah Baden Powell
(B-P), Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur. Di pejabat inilah segala pentadbiran dan
pengurusan dengan Majlis-Majlis Pengakap Negeri dan Persekutuan Pengakap
Tempatan serta perhubungan di peringkat antarabangsa diuruskan.59 Antara
kemudahan yang terdapat di Rumah B-P ialah dewan mesyuarat, pejabat, surau,
asrama dan kedai pengakap.60
55 Laporan Dwi Tahunan Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia April 1972 hingga Mac 1974. hlm. 32. 56 Peruntukan sebanyak RM230 ribu itu diterima antara tahun 1960-an. Kini, peruntukan yang diberikan oleh kerajaan telah berkurang sehingga RM100 ribu sahaja. Ini berlaku kerana faktor semakin banyak pertubuhan serta persatuan lain yang memerlukan peruntukan daripada kerajaan. Temu ramah dengan Tuan Haji Jauhar B. Md Yassin, pada 14 Ogos 2007. 57 Ibid. 58 Laporan Tahunan Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia (Boy Scouts Association of Malaysia) 1970/1971, hlm. 32. 59 Abdul Alim Abdul Rahim, Ilmu Pengakap, Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1988, hlm. 14. (Lihat lampiran 4). 60 Laporan Dwi Tahunan Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia April 1972 hingga Mac 1974, hlm. 21.
42
Latihan dan Kegiatan
Apabila dijelaskan berkenaan dengan aspek latihan yang dijalankan, ia merangkumi
kepelbagaian kemahiran pengakap. Kesemuanya menjurus kepada matlamat
meningkatkan semangat patriotisme, kepimpinan, disiplin diri, perkembangan kendiri
dan sebagainya. Kesemua aspek ini dijelaskan dalam Undang-undang Pengakap. Skop
latihan pengakap dikelaskan kepada tahap-tahap tertentu yang bermula daripada
Pengakap Kanak-kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja, Pengakap Kelana dan
Pemimpin Pengakap. Bagi Pengakap Kanak-kanak, ia mempunyai skop latihan
tersendiri yang dikenali sebagai Skema Latihan Pengakap Kanak-kanak. Bagi
Pengakap Muda dan Remaja pula dikenali sebagai Skema Latihan Pengakap Muda
dan Remaja. Manakala, bagi Pengakap Kelana pula dikenali sebagai Skema Latihan
Pengakap Kelana.61
Semasa pengakap di Malaya menjadi sebahagian daripada cawangan Inggeris,
ahli-ahli di Malaya terpaksa tunduk serta patuh kepada Ratu England pada masa itu
bagi meningkatkan semangat agar menyokong pihak Inggeris. Hal ini jelas dilihat
melalui penganugerahan tertinggi kepada ahli pengakap iaitu “Queen Scouts”. Ia
menggunakan gelaran Queen (Permaisuri) yang menunjukkan penghormatan untuk
Ratu England.62 Tetapi selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, skema serta
penekanan dalam pembelajaran serta penganugerahan telah diubah. Semangat
patriotisme ditujukan agar mencintai negara sendiri.
61 Affendy Zabkha Mohamad Zain, Ko-Kurikulum Kelanasiswa 1, Kuala Lumpur, Penerbit Unit Ko-Kurikulum, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), 2000, hlm. 175. 62 Gelaran Queen Scouts ditukar kepada King Scouts sebelum diubah kepada Pengakap Diraja pada tahun 1957. Temu ramah dengan Tuan Haji Jauhar B. Md Yassin, pada 14 Ogos 2007.
43
Bagi membuat latihan serta mengadakan perkhemahan, pengakap seharusnya
perlu mempunyai kem-kemnya yang tersendiri. Kebanyakan kem-kem pengakap yang
diperolehi ini adalah hasil bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri contohnya
kem di Taiping, Perak iaitu Kem Maju.63 Selain itu, terdapat banyak lagi kem yang
dibangunkan untuk kemudahan pengakap menjalani latihan. Antara kem yang menjadi
tumpuan serta terkenal dalam kalangan pengakap ialah Kem Sardon Jubir (Semangat)
yang terletak di Selangor,64 Kem Castle (Kota Raya) juga terletak di Selangor, Kem
Kijang65 dan Kem Kok Keli di Kelantan. Manakala Kem Diamond Jubli Park,66
terletak di Batu Pahat.67 Di Sarawak juga terdapat sebuah kem yang sentiasa
digunakan untuk mengadakan aktiviti pengakap khususnya perkhemahan.68 Kem-kem
lain yang terkenal ialah Kem Herslet yang terletak di Ipoh,69 Kem Purdy di Singapura
dan Kem Mrs. Tan Chay Yen di Melaka.70
63 Kem ini selain digunakan oleh pengakap, ia juga digunakan oleh pertubuhan-pertubuhan belia lain. Laporan Tahunan 1973 Majlis Pengakap Negeri Perak (MPNP), hlm. 16. Lihat juga Laporan Tahunan 1971 Majlis Pengakap Negeri Perak (MPNP), hlm. 6. 64 Kem Semangat atau dikenali juga Kem Sardon Jubir ini dihadiahkan oleh kerajaan kepada Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu. Keluasannya ialah 46.75 ekar. Usaha kepada pembukaan kem ini dilakukan oleh E.M.F. Payne yang merupakan bekas Pesuruhjaya Agong Pengakap sebelum merdeka. Beliau bersama-sama pengakap dan Pemimpin-pemimpin Pengakap Kuala Lumpur melakukan kerja-kerja penerokaan terhadap kawasan yang berhampiran bekas lombong itu. Majalah Pengakap Persekutuan Tanah Melayu (Keluaran Pertama) 1963, hlm. 12. (Sila lihat lampiran 5). 65 Kem ini mempunyai keluasan sekitar 30 ekar. Laporan Tahunan Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia (Boy Scouts Association of Malaysia) 1970/1971, hlm. 14. 66 Kem ini mempunyai keluasan sekitar 23.5 ekar. Ibid., hlm. 14. 67 Temu ramah dengan Tuan Haji Jauhar B. Md Yassin, pada 14 Ogos 2007. 68 Kebanyakan kem yang dinyatakan kini tidak wujud lagi. Sebagai contoh, Kem Sardon Jubir dan Kem Castle dijual dan dibina bangunan untuk perniagaan. Begitu juga dengan Kem di Sarawak yang dibina dengan Stadium Kuching. Kem Kijang masih lagi wujud, ianya menjadi salah satu kem terkenal sehingga kini dan mempunyai aset bangunan serta wisma. Begitu juga dengan Kem Kok Keli di Tumpat, Kelantan. Ibid. 69 Kem ini amat terkenal sebagai kem pengakap di Perak. Ia sering digunakan untuk kursus dan latihan pengakap. Namun begitu, pada awal 1970-an, kem ini dianggap tidak lagi sesuai digunakan kerana banyak pembangunan yang berlaku disekeliling kem ini. Laporan Tahunan 1973 Majlis Pengakap Negeri Perak (MPNP), hlm. 16. 70 Robert Baden Powell, “Scouting For Boys”, dlm Kevin Y.L. Tan, Scouting For Boys Singapore – Malaysia Edition, Singapore, Brownsea Services (S) Pte Ltd, 2004, hlm. XLIV.
44
Pergerakan pengakap ini mempunyai satu perhimpunan besar-besaran yang
dipanggil sebagai ‘Jambori’. Ia diadakan setiap empat tahun sekali. Perhimpunan
besar-besaran ini mengumpulkan semua pemimpin, ahli pengakap dari seluruh negara
termasuklah yang dijemput dari negara luar sebagai peserta jemputan. Di Malaysia
selepas merdeka, PPM mengaturkan satu jambori yang dipanggil Jambori Pengakap
Malaysia. Jambori yang pertama sejak penubuhan pergerakan pengakap di Malaysia
diadakan di Teluk Bahang, Pulau Pinang pada tahun 1966. Selepas itu, satu Jambori
Pengakap Malaysia kemudiannya diadakan di Kem Air Keroh, Melaka pada tahun
1970. Ia diikuti pada tahun 1974 di Kem Istana di Johor Bharu, tahun 1978 di
Petrajaya, Kuching. Pada tahun 1982, jambori ini diadakan di Kem Kijang, Kelantan.
Selepas itu di Gebeng, Pahang pada tahun 1986 dan seterusnya di Teluk Batik, Perak
pada tahun 1990.
Hubungan Antarabangsa
Pada peringkat antarabangsa, PBBPM menjadi ahli rasmi kepada Biro Pengakap
Sedunia sejak tahun 1954 manakala bagi anggota Kawasan Asia Pasifik pada tahun
1957 iaitu tiga tahun selepas menjadi ahli Pengakap Sedunia. Biro Pengakap Sedunia
merupakan satu badan yang bertanggungjawab ke atas perkembangan enam buah
kawasan iaitu Asia Pasifik, Afrika, Arab, Eropah, Inter Amerika dan Eurasia.71
71 Biro Pengakap Sedunia yang pertama didirikan di London pada tahun 1920, kemudian berpindah ke Ottawa pada 1959 dan akhirnya ke Geneva pada tahun 1968 hingga sekarang. Biro ini diketuai oleh Setiausaha Agung dan pegawai-pegawai tetap berpusat di Geneva. Atondra, Pengakap Malaysia di Dada Dunia, Kuala Lumpur, The International Cultural Study & Development Centre of Asia, 2004, hlm. 7.
45
Hubungan PBBPM berada dalam kelolaan pentadbiran Asia Pasifik yang beribu
pejabat di bandar Makati, Manila, Filipina.72
Rajah 1 : Malaysia Dalam Pertubuhan Pengakap Sedunia
sssss (Sumber : Kertas Kerja Pesuruhjaya Pengakap Antarabangsa, Ibu Pejabat Persekutuan
Malaysia
Inter Amerika Eurasia Eropah Asia Pasifik Arab Afrika
Biro Pengakap Sedunia
Jawatankuasa Pengakap Sedunia
Persidangan Pengakap Sedunia
Pengakap Malaysia, Kuala Lumpur, 1999, hlm. 4.)
Pada peringkat ini juga, PBBPM tidak terkecuali terlibat dalam pelbagai
aktiviti dan penganjuran kepengakapan peringkat antarabangsa seperti jambori atau
perkhemahan. Sebagai contohnya, jambori yang diadakan di Australia pada tahun
1940 dan 1945. Kebanyakan pemimpin pengakap menjalani latihan kepengakapan di
Gillwell Park, London terutamanya sekitar tahun 1930-an. Antara pemimpin utama
pengakap Malaya yang menjalani latihan di sana ialah Haji Muhamad Yusof B.
Ahmad dan Syed Esa B. Alwee, bekas Penolong Pesuruhjaya Pengakap Tanah
72 Jauhar Mohd Yassin, “Secebis Dan Sepintas Lalu Perihal Pergerakan Pengakap Serta Pentadbiran & Pergerakan Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM)”, Kertas Kerja Pesuruhjaya Antarabangsa PPM, Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, Kuala Lumpur, 2006, hlm. 6.
46
Melayu.73 Begitu juga dengan beberapa persidangan pengakap peringkat antarabangsa
yang diadakan di luar negara. Pergerakan Pengakap Malaya pada masa itu sentiasa
menghantar wakil dalam persidangan yang diadakan. Contohnya ‘Persidangan
Pengakap Antarabangsa’ di London pada tahun 1938, Persidangan “Scout Wood-
Badge” pada tahun 1951, ‘Persidangan Pengakap Antarabangsa ke-15’ di New Delhi,
India pada tahun 1959. Begitu juga dengan penglibatan dalam ‘Persidangan Pengakap
Kawasan Timur Jauh’ pada tahun 1957.74
Penganugerahan
Dalam pengakap ini juga, terdapat pengiktirafan ataupun anugerah yang disampaikan
berdasarkan jasa serta perkhidmatan yang disumbangkan dalam membangunkan
pergerakan pengakap. Sejak penubuhan pergerakan pengakap lagi penganugerahan
pun diwujudkan. Pada peringkat awal pergerakan pengakap di Malaya, anugerah ini
disampaikan oleh Kerajaan Inggeris setelah dipersetujui oleh Scouts Federation Great
Britain (SFGB). Selepas Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia keluar
daripada SFGB. Anugerah dan tanda kehormatan ini disampaikan oleh Ketua
Pengakap Negara yang biasanya diberikan semasa upacara-upacara pengakap atau
Hari Ulang Tahun Pengasasan Pengakap.75 Kebiasaannya, pemimpin pengakap yang
mendapat anugerah ini adalah yang menjadi Jurulatih Pengakap Peringkat
73 Ramlah Adam, Maktab Melayu Melaka, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm. 97. 74 Persidangan ini disertai oleh Haji Muhamad Yusof yang kemudiannya menjadi Ketua Pesuruhjaya Pengakap Malaysia berbangsa Melayu yang pertama. Beliau terlibat semasa menjawat jawatan Timbalan Ketua Kem Persekutuan Tanah Melayu. Ramlah Adam, Maktab Melayu Melaka, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm. 98. 75 Laporan Dwi Tahunan Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia April 1972 hingga Mac 1974, hlm. 19.
47
Antarabangsa.76 Antara anugerah yang diberikan ialah “Medal of Merit”, “Silver
Acron” dan “Silver Wolf”. 77 Apabila Malaya mendapat kemerdekaan, ianya ditukar
dan ditambah mengikut keperluan dan keadaan semasa. Antaranya ialah ‘Surat
Penghargaan’, ‘Kepujian Ketua Pengakap Negara’, ‘Pingat Perkhidmatan Baik’,
‘Pingat Perkhidmatan Lama’, ‘Pingat Perkhidmatan Setia’, ‘Pingat Perkhidmatan
Cemerlang’, ‘Anugerah Semangat Rimba’, ‘Anugerah Semangat Padi Kelas Satu’ dan
‘Anugerah Semangat Padi Kelas Dua’ serta ‘Pingat Keberanian’.78
Bagi ahli pengakap pula, penganugerahan tertinggi yang diberikan ialah
Anugerah ‘Queen Scouts’. Selepas itu, nama anugerah ini diubah kepada ‘Anugerah
Pengakap Raja’.79 Namun begitu, untuk mendapatkan anugerah tertinggi ini, setiap
pengakap perlu lulus dalam beberapa lencana, seperti Lencana Usaha, Lencana Maju
dan Lencana Jaya bagi Pengakap Muda dan seterusnya dikalungkan dengan Rambu
Hijau iaitu ‘Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara’ bagi peringkat umur 13
hingga 15 tahun.80 Setelah memperoleh anugerah tersebut, mereka akan digelar
Pengakap Remaja. Pada tahap ini, mereka perlu lulus Lima Lencana Tertinggi untuk
mendapatkan Rambu Kuning iaitu ‘Anugerah Ketua Pengakap Negara’ serta Ujian
Sikap Pengakap Raja bagi peringkat umur 16 hingga 18 tahun. Bilangan ahli 76 Untuk menjadi pemimpin atau jurulatih peringkat antarabangsa, pemimpin tersebut perlu mendapatkan dua manikayu (Jurulatih Daerah), selepas itu mendapatkan tiga manikayu (Penolong Jurulatih Kebangsaan) dan seterusnya ialah empat manikayu (Jurulatih Kebangsaan atau Jurulatih Antarabangsa). Abdul Alim Abdul Rahim, Ilmu Pengakap, Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1988, hlm. 19-22. (Lihat lampiran 6). 77 Antara pemimpin pengakap Melayu yang terawal mendapat anugerah pengakap ini ialah Muhamad Yusof B. Ahmad. Ramlah Adam, Maktab Melayu Melaka, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm. 97-98. 78 Laporan Dwi Tahunan Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia April 1972 hingga Mac 1974, hlm. 19. Lihat juga Zalma Abdul Rahman & Aminuddin Yusof, “Pergerakan Pengakap Melahirkan Generasi Berketrampilan”, dlm Mohd Sofian Omar Fauzee, Aminuddin Yusof & Borhan Yusof, Kokurikulum: Peranan dan Implikasi, Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, 2002, hlm. 37. 79 Temu ramah dengan Tuan Haji Jauhar B. Md Yassin, pada 14 Ogos 2007. 80 Gordon Koh Hong Kian, Panduan Lencana Kemajuan Pengakap Muda, Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1993, hlm. 252-253.
48
pengakap yang mendapat ‘Anugerah Pengakap Raja’ ini tidak ramai kerana kesukaran
untuk melepasi serta lulus dalam setiap ujian.81
Kebajikan
Pergerakan pengakap adalah satu pertubuhan yang sentiasa menekankan kepada kerja-
kerja kebajikan terutamanya kepada mereka yang memerlukan bantuan daripada segi
tenaga, bantuan moral, buah fikiran dan juga kewangan. Berkhidmat juga adalah salah
satu motto dalam pergerakan pengakap, jadi secara tidak langsung ia menerapkan
aspek-aspek memberikan pertolongan kepada yang memerlukan. Ia merupakan tujuan
utama yang diterapkan kepada setiap ahli pengakap yakni menolong orang setiap
masa.
Pada tahun 1965, berlaku banjir di Kelantan dan Terengganu, oleh itu
pengakap-pengakap di Kuala Lumpur mengutip sejumlah RM350 dan 30 bungkusan
pakaian untuk mangsa-mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu. Wang dan pakaian
itu disampaikan kepada Menteri Kebajikan Am pada masa itu iaitu Tuan Haji Abdul
Hamid Khan oleh Ketua Pengakap Negara Dato’ Sardon bin Haji Jubir dan Ketua
Pesuruhjaya Pengakap Negara Tuan Syed Esa bin Alwee pada 13 Disember 1965.82
Di peringkat antarabangsa, PBBPM juga menghantar wakil bagi memberikan
sumbangan derma kepada mangsa-mangsa banjir di Mexico ketika menghadiri
81 Temu ramah dengan Tuan Haji Jauhar B. Md Yassin, pada 14 Ogos 2007. 82 Jabatan Penerangan Malaysia No. Fail 2001/0030195, Derma Wang dan Pakaian Untuk Mangsa Oleh Pengakap Kuala Lumpur. (Lihat lampiran 7).
49
‘Persidangan Pengakap Sedunia ke-20’ di Mexico City.83 Dalam aspek kebajikan ini,
pergerakan pengakap memang sentiasa prihatin. Apabila berlaku bencana banjir di
Vietnam, PBBPM menyampaikan 53 bungkus pakaian-pakaian lama kepada
Setiausaha Pertama, Kedutaan Republik Vietnam, Tuan Nghiem My pada 1 Mei
1965.84 Pergerakan pengakap di Malaysia pada masa itu juga amat mementingkan
aspek penjagaan terhadap alam sekitar apabila terlibat dalam kerja-kerja bersama
dengan Persatuan Pencinta Alam.85 Sesungguhnya pergerakan pengakap di Malaysia
ini, selain terlibat dalam menjalankan aktiviti serta latihan, perkembangan serta aspek
kebajikan dalam bermasyarakat juga menjadi satu perkara yang penting.
Kesimpulan
Penubuhan pergerakan pengakap di Malaysia membuktikan bahawa pengaruh kepada
keadaan yang berlaku di England. Kesan penubuhan pengakap di England oleh Lord
Baden Powell membawa kepada penubuhan dan perkembangan pengakap di Malaysia
sejak sebelum merdeka dan seterusnya kekal sehingga ke hari ini. Badan ini dapat
berfungsi sebagai salah satu pertubuhan sukarela yang memberikan pelbagai faedah
kepada ahlinya. Perkembangan pengakap di Malaysia serta corak pentadbirannya
secara jelas berasaskan pengakap di England. Ini kerana, Pertubuhan Pengakap
Malaysia pada peringkat awal beribu pejabat di London, England. Begitu juga dengan
pelbagai kursus, aktiviti, latihan dan sebagainya. Lebih menjuruskan kepada
kepengakapan di England terutamanya pada awal tahun 1900-an sehingga merdeka.
83 Jabatan Penerangan Malaysia No. Fail 2001/0030195, Derma Wang dan Pakaian Untuk Mangsa Oleh Pengakap Kuala Lumpur. 84 Jabatan Penerangan Malaysia No. Fail 2001/0034580, Dato’ Sardon Bin Haji Jubir Menyampaikan Sumbangan Kepada Tuan Nghiem My di Kuala Lumpur pada 01.05.1965. (Lihat lampiran 8). 85 Jabatan Penerangan Malaysia No. Fail 2001/0030909, Sumbangan Kepada Persatuan Pengakap Malaysia dan Pasukan Pencinta Alam di Kuala Lumpur pada 10.08.1966.
50
Setelah mencapai kemerdekaan, PBBPM mengambil alih pentadbiran secara langsung
dan seterusnya menggabungkan dengan konsep serta kefahaman pengakap agar
bersesuaian dengan keadaan dan juga masyarakat sekitarnya yang mementingkan adat
ketimuran.
51
BAB 3
PERGERAKAN PENGAKAP MPSI DARI 1953 HINGGA 1980
Pengenalan
Perkembangan awal pengakap institusi pendidikan dilihat berkembang seiring dengan
pembangunan yang berlaku kepada sekolah-sekolah terawal yang wujud di Negeri-
negeri Melayu ketika itu. Hal ini seterusnya mempengaruhi kepada para pelajar di
MPSI dan sekaligus menubuhkan pergerakan pengakap di MPSI. Walaupun pada
peringkat awal pertubuhan pengakap ini mengalami pelbagai kekurangan terutamanya
berkaitan dengan kelengkapan serta pemimpin-pemimpin pengakap, namun ia
berkembang dengan baik apabila mendapat tempat di MPSI sehingga menjadi salah
satu pertubuhan beruniform yang paling diminati oleh pelajar di maktab tersebut. Hal
ini dapat dikaitkan dengan pelbagai aspek seperti pengurusan dan pentadbiran
berkesan. Selain itu, Pengakap MPSI juga diberikan bantuan yang cukup oleh PBBPM
bagi melahirkan pemimpin-pemimpin pengakap di peringkat sekolah yang banyak
dipengaruhi oleh keadaan yang berlaku terhadap institusi-institusi pendidikan negara.
52
Perkembangan Pengakap Di Institusi-Institusi Pendidikan Malaysia
Pengakap adalah sebuah badan beruniform yang bertaraf antarabangsa bagi melatih
golongan belia menjadi warganegara yang berguna. Pada peringkat awal pengakap ini,
institusi dan sekolah adalah tempat yang mula-mula menerima pergerakan pengakap.
Ia sebagai satu pertubuhan yang penting pada masa itu dan mendapat sambutan seperti
di Penang Free School, Maktab Melayu Melaka, Malay College Kuala Kangsar
(MCKK), Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), dan English College. Kemasukan
pergerakan pengakap ke dalam institusi ini kerana ia adalah pusat pendidikan terawal
di Malaya pada masa itu. Hal ini mendorong kepada peranan institusi ini, apabila ia
menjadi tempat permulaan dalam mengembangkan ilmu-ilmu kepengakapan. Keadaan
ini menjadi satu pengakap yang belajar kemahiran serta ilmu pengakap, apabila
pulang ke tempat asal masing-masing akan mengembangkannya di sekolah-sekolah
Melayu lain.86
Pergerakan pengakap pada peringkat awalnya lebih memfokuskan kepada
golongan kanak-kanak dan remaja. Oleh sebab itu, segala aktivitinya bertumpu di
sekolah-sekolah dan guru bertindak menjadi pemimpin. Hal ini dapat dilihat di
beberapa buah sekolah Negeri-Negeri Melayu Bersekutu seperti Victoria Institution,
Sekolah St. John dan Methodist Boys School yang terletak di Kuala Lumpur.87
Peranan sekolah tersebut pada masa itu amat penting dalam perkembangan
86 Pada tahun 1924 hingga 1931, sekolah-sekolah Melayu mula berkembang dengan pesat daripada bilangan sebanyak 840 buah pada tahun 1924 kepada 1,054 buah (1930) dan 1,169 (1938) di seluruh Malaya meliputi Negeri-Negeri Selat, Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Awang Had Salleh, Malay Secular Education and Teacher Training In British Malaya, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, hlm. 15. 87 Jauhar Mohd Yassin, “Sejarah Pengakap Di Malaysia”, Kertas Kerja Pesuruhjaya Antarabangsa PPM, Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, Kuala Lumpur, 1997, hlm. 4.
53
kokurikulum sekolah terutamanya pengakap, yang menjadi satu aktiviti kokurikulum
penting serta dapat menarik minat pelajar.
Penubuhan pergerakan pengakap di Malay College Kuala Kangsar (MCKK)
menjadi pemangkin utama kepada penubuhan pergerakan pengakap untuk golongan
Melayu sehingga perkembangan ini semakin meningkat apabila ia kemudiannya
dilaksanakan di peringkat yang lebih tinggi seperti MPSI.88 Pada peringkat ini,
perkembangan serta corak latihan juga semakin meningkat dan menjurus kepada
aspek kepimpinan dan kejurulatihan. Tambahan pula, pergerakan pengakap yang
ditubuhkan di institusi pengajian seperti MPSI ini bertujuan melahirkan pemimpin-
pemimpin pengakap. Pada awal perkembangan, ia dikembangkan oleh guru-guru
lepasan daripada Maktab Melayu Melaka dan juga bekas pelajar daripada MCKK
yang melanjutkan pelajaran ke MPSI dan seterusnya mengembangkan pengakap di
institusi tersebut.89 Keadaan ini menyaksikan peranan MPSI sebagai satu platform
untuk melahirkan guru serta pemimpin pengakap di Malaya pada masa itu.
Sejarah Penubuhan Pengakap MPSI
Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) ditubuhkan dengan rasminya pada 29
November 1922 oleh Sir George Maxwell yang merupakan Ketua Setiausaha Negeri-
Negeri Melayu Bersekutu. Dijelaskan bahawa MPSI berfungsi untuk melatih guru
88 Atondra, Ringkasan Pengakap Selangor, Petaling Jaya, Persatuan Kebajikan Penulis Muda Selangor (KEMUDI), 1990, hlm. 5. 89 Muhamad Yusof B. Ahmad adalah contoh ahli pengakap serta bekas pelajar dari Maktab Melayu Melaka dan juga MCKK serta Penolong Pengetua MPSI berbangsa Melayu yang pertama. Beliau juga bekas Ketua Pesuruhjaya Pengakap Tanah Melayu berbangsa Melayu pertama. Ramlah Adam, Maktab Melayu Melaka, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm. 97.
54
Melayu yang pada masa itu hanya untuk golongan lelaki sahaja. Pelbagai mata
pelajaran yang diajar di MPSI seperti Ilmu Kira-Kira, Ilmu Alam, Bahasa Melayu,
Tawarikh, Tulisan dan Lukisan, Kaedah Mengajar, Ilmu Kesihatan, Pengajaran
Agama, Pekerjaan Tangan dan Pertanian Asas.90 Selain melibatkan diri dengan kuliah,
wujud juga kegiatan luar seperti unit beruniform, sukan, permainan dan kelab serta
persatuan. Masa bagi menjalankan kegiatan ini secara umumnya bermula jam 5.00
hingga 6.00 petang untuk kegiatan padang dan persatuan dari jam 8.00 hingga 9.30
malam. Kokurikulum di MPSI merupakan satu aktiviti lapangan yang penting apabila
ia menjadi landasan kepada pelajarnya untuk berkumpul serta saling kenal-mengenali
antara satu sama lain. Di MPSI pada awal penubuhannya sangat terkenal dengan
pasukan sukarela yang dikenali sebagai Malayan Volunteer Infantry (MVI).91 Ia
ditubuhkan oleh L.R. Wheeler, seorang guru di MPSI serta pemimpin pengakap.92
Satu lagi pasukan unit beruniform yang terkenal di MPSI ialah pasukan
pergerakan pengakap. Hakikatnya, pengakap ini merupakan salah satu daripada
‘Aktiviti Pendidikan Luar’. Ia sangat ditekankan dalam memorandum yang
dikeluarkan pada tahun 1931 oleh E.H.S Bretherton iaitu ‘Memorandum In The Sultan
Idris Training College and Malay Vernacular Education’, yang menerangkan agar
setiap pelajar belajar tentang ilmu pengetahuan pengakap di sekolah vernakular dan
90 Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Perak dengan Kerjasama Yayasan Perak dan JPN Perak, “Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjong Malim”, dlm Sejarah Perkembangan Pendidikan Negeri Perak, Ipoh, Cipta Printing, 1985, hlm. 179-181. 91 Pasukan MVI ini ditubuhkan pada tahun 1924 oleh L.R. Wheeler. Pada asalnya, pasukan ini adalah Platun Ketujuh Volunteer Negeri Perak. Tetapi, kemudiannya MVI ini telah dijadikan pasukan volunteer yang bersendiri dan dinamakan Sultan Idris Company yang berada di bawah tadbir Pejabat Agong Volunteer Federal di Kuala Lumpur. Buyong Bin Adil, “Kenangan Kepada Sultan Idris Training College”, dlm Khoo Kay Kim & Mohd Fadzil Othman, Pendidikan Di Malaysia: Dahulu dan Sekarang, Kuala Lumpur, Persatuan Sejarah Malaysia, 958 Jalan Hose, 1980, hlm. 137. Lihat juga Maktab Perguruan Tanjong Malim, Perak 1946-1964 No. Fail 45/53 Volunteer Company-SITC. 92 Abdul Rahman Abd. Rashid, et. al., SITC-UPSI, Pelopor Pendidikan Bangsa, Kuala Lumpur, Penerbit Longman Sdn. Bhd, 1998, hlm. 51.
55
melanjutkannya ke maktab untuk menjadi pemimpin pengakap dan apabila mengajar
di sekolah tempat asal masing-masing, ia dikembangkan kepada kumpulan-kumpulan
pengakap sekolah tersebut.93
Pasukan Pengakap MPSI didaftarkan sebagai pasukan pengakap yang pertama
ditubuhkan di Malaysia (dikenali sebagai Malaya ketika itu) dengan nombor
pendaftaran Kumpulan Latihan Maktab 01 (KLM 01).94 Biasanya, ahli pergerakan ini
terdiri daripada pelajar yang tidak menyertai MVI.95 Pergerakan pengakap maktab ini
ditubuhkan pada November 1929 oleh Abdul Kuddus Muhammad yang merupakan
salah seorang ahli Biro Penterjemahan di MPSI. Beliau kemudiannya menjadi
pemimpin pengakap yang aktif sehingga dapat mengumpulkan ahlinya yang dianggap
ramai pada ketika itu iaitu 200 orang.96
Walaupun begitu, terdapat juga bukti yang menyatakan bahawa pergerakan
pengakap di MPSI ini bermula lebih awal. Hal ini dilihat kepada tulisan Ahmad
Bakhtiar (Ahmad Bin Abdullah) bekas pelajar dan guru di MPSI dalam ucapan terima
kasihnya kepada L.R. Wheeler yang merupakan seorang pemimpin pengakap yang
terkenal di Malaya ketika itu. Ahmad Bakhtiar menyatakan “bagi galakan untuk kerja-
kerja pengakap” yakni membantunya dalam berpengakap. Ucapan itu didedikasikan
93 Bretherton, E.H.S, Department Of Education, Straits Settlements and Federated Malay States. Memorandum In The SITC and Malay Vernacular Education, Singapore, Printers Limited, 1931, hlm. 20. 94 Pertubuhan pengakap bagi maktab ini diletakkan dalam kategori yang dikenali sebagai ‘Kumpulan Latihan Maktab’. Terdapat beberapa lagi kumpulan latihan lain seperti Maktab Perguruan Harian Jalan Hamilton, Pulau Pinang (Kumpulan Maktab 09), Maktab Perguruan Harian Jalan Kuantan, Kuala Lumpur (Kumpulan Latihan 10), Maktab Perguruan Teknik, Jalan Cheras, Kuala Lumpur (Kumpulan Maktab 12) dan lain-lain lagi. Laporan Tahunan Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia (Boy Scouts Association of Malaysia) 1970/1971, hlm. 14. 95 Zali Bin Abu Bakar, “Sultan Idris Training College: Antara Pendidikan dan Semangat Nasionalisme Melayu (1922-1945)”, Sarjana Sastera, Universiti Indonesia, Jakarta, 1992, hlm. 116. 96 Chendera Mata MPSI 1947, hlm. 79-81.
56
kepada L.R.Wheeler kerana membantunya dalam pergerakan pengakap bagi tahun
1924 hingga 1925 dalam buku yang ditulisnya iaitu Kenang2an Di College Tanjong
Malim.97 Jadi, berkemungkinan pergerakan pengakap di MPSI bermula awal selaras
dengan penubuhan MPSI. Namun begitu, secara rasminya Pergerakan Pengakap MPSI
ini ditubuhkan pada tahun 1929. Pada peringkat awal pengakap MPSI ini diletakkan
dalam pentadbiran persekutuan pengakap yang beribu pejabat di Singapura.98
Bermula tahun 1929, Abdul Kuddus Muhammad dengan dibantu oleh enam
orang penolong pemimpin pengakap antaranya Muhamad Said Bin Mohamad, Ahmad
Murad Bin Nasruddin, Ambi Bin Soleh dan Muda Bin Muhamad bertindak sebagai
jurulatih kepada Pergerakan Pengakap MPSI.99 Pergerakan Pengakap MPSI ini juga
mendapat perhatian Pesuruhjaya Agong Pengakap Malaya iaitu F.C. Sands apabila
beliau melawat Pergerakan Pengakap MPSI pada 5 Jun 1930 bersama-sama
Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak, Encik Sidi Singapura. F.C. Sands memuji akan
perkembangan pergerakan pengakap walaupun baru ditubuhkan.100 Kedatangan F.C.
Sands tidak hanya seketika sahaja apabila beliau sekali lagi telah datang ke MPSI
bersama-sama dengan H.R. Hertslet pada 2 September 1933.101 Lawatan kedua ini
adalah susulan daripada lawatan pertama beliau yang begitu mengambil berat akan
97 Ahmad Bin Abdullah, Kenang2an di-College Tanjong Malim, Tanjong Malim, Lot 128 Slim Road, 1956, hlm. 21. 98 Pada masa itu, Singapura menjadi tempat latihan utama pergerakan pengakap di Malaya malahan Pesuruhjaya Agong juga berada di Singapura. Pentadbiran di bawah Persekutuan Pengakap Singapura berakhir apabila tercetus Perang Pasifik. Norasiah Bt. Abdullah, “Maktab Perguruan Sultan Idris Dari Segi Kurikulum dan Kokurikulum (Uniform)”, Kertas Kerja Sejarah Tempatan, Institut Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim, 1988, hlm. 26. 99 Jumlah ahli pengakap pada tahun 1932 ialah seramai 181 orang. Chendera Mata MPSI 1932, hlm. 21. 100 Chendera Mata MPSI April 1930, hlm. 20. 101 Chendera Mata MPSI 1933, hlm. 19.
57
peranan yang dimainkan oleh Pergerakan Pengakap MPSI. Beliau juga menegaskan
akan sentiasa memberi bantuan terutamanya dari segi peralatan dan teknikal.102
Pada masa ini, Pergerakan Pengakap MPSI tidak mempunyai pakaian yang
khusus serta kemudahan untuk menjalankan aktiviti. Mereka hanya mempunyai
parang, kapak, peralatan memasak dan pakaian lama milik tentera.103 Namun begitu,
bilangan keahliannya tidak pernah berkurangan kerana minat pelajar MPSI sendiri
kepada pertubuhan pengakap. Pada tahun 1936 pernah dicatatkan bahawa keahlian
pengakap hampir separuh pelajar di MPSI.104 Ini adalah hasil terhadap beberapa
aktiviti yang berjaya dijalankan terutamanya berkaitan ilmu ikhtiar hidup dan
berdikari yang diajar dengan lebih mendalam serta pelaksanaan ujian dan kursus
seperti Tenderfoot, Ujian Pengakap Kelas Dua dan Ujian Pengakap Kelas Satu.105
Pada peringkat ini, latihan hanya menjuruskan kepada kemahiran
kepengakapan dan khidmat masyarakat. Mereka juga belajar kemahiran pengakap
secara teori terutamanya berkaitan perlembagaan pengakap, sejarah pengakap, pakaian
seragam pengakap, cara pengendalian kursus dan sebagai pada setiap hari Isnin
bermula jam 3.30 hingga 4.30 petang. Biasanya lima orang pemimpin akan mengajar
tentang perkara tersebut secara bergilir-gilir termasuklah Encik Md. Yusof Bin
102 Chendera Mata MPSI 1933, hlm. 19. 103 R.C. Selangor 335/1947, Annual Report Of Sultan Idris Training College, Tanjong Malim For 1946, hlm. 18. 104 Bilangan ahli pengakap pada tahun 1936 ialah seramai 166 orang dan pemimpin pengakap seramai 15 orang. Sel. Sec. General 154/1937, Annual Report SITC For Year 1936, hlm. 14. 105 Selepas dilantik menjadi Terderfoot, Anak Serigala terus berlatih untuk melayakkan diri menjadi Anak Serigala Satu Bintang dan Dua Bintang yang diterangkan dalam Undang-undang No. 409 dan 411. Selepas itu, ia perlu melalui Ujian Special Proficiency Badges seperti yang disebut dalam Undang-undang No. 414-425. Maktab Perguruan Tanjong Malim, Perak 1946-1964, No. Fail 61/1951 Boy Scouts Association Policy Organisation Rules, hlm. 2.
58
Ahmad, Timbalan Ketua Perkhemahan Malaya ketika itu.106 Selain itu, terdapat juga
kursus yang dijalankan dan lebih kepada mendalami bidang pengakap seperti cara-
cara berkhemah, simpulan dan ikatan, pioneering, ikhtiar hidup dalam hutan, masakan
hutan dan latihan asas kawad kaki.107
Pengakap MPSI juga aktif dalam kegiatan lakonan dan dapat juga mewujudkan
satu pasukan pancaragam yang dikenali sebagai sebagai ‘Piccolo Band’.108
Pergerakan pengakap juga aktif menjalankan aktiviti di luar MPSI. Sebagai contoh
pada 14 hingga 16 Oktober 1933, Pengakap MPSI bersama-sama Pasukan
Pancaragam MPSI mengadakan perkhemahan di Lembah Minyak berdekatan Hulu
Sungai Bernam.109 Pengakap MPSI juga melibatkan diri dalam aktiviti yang
dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Perak apabila pada Ogos 1949, seramai 18 ahli
menyertai perkhemahan “Perak Boy Scouts Camp”.110 Jadi, pada masa ini hubungan
Pengakap MPSI dengan pengakap daripada luar juga amat baik berdasarkan
penglibatan mereka. Kebanyakan bekas pengakap daripada MPSI ini tidak mensia-
siakan segala ilmu pengakap yang ada kerana ramai daripada mereka menubuhkan
pasukan pengakap sendiri, menjadi guru pengakap sekolah, pemimpin pengakap
jajahan, pemimpin pengakap negeri dan sebagainya.111 Sesungguhnya peranan
Pergerakan Pengakap MPSI adalah besar dan menjadikannya sebagai kokurikulum
yang penting di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.
106 Maktab Perguruan Tanjong Malim, Perak 1946-1964 No. Fail 107/1949, Annual Report 1949. 107 Chendera Mata MPSI 1954, hlm. 14. 108 Chendera Mata MPSI 1933, hlm. 21. 109 Chendera Mata MPSI Mac 1934, hlm. 21. 110 Maktab Perguruan Tanjong Malim, Perak 1946-1964, No Fail. 18/1949, Boy Scouting in SITC in 1949. 111 Chendera Mata MPSI 1933, hlm. 21.
59
Pengakap MPSI mempunyai hubungan yang akrab dengan MVI terutamanya
sering dipanggil untuk menolong pasukan tersebut menjalani latihan. Keadaan ini
tidak menghairankan apabila pasukan pengakap adalah asas kepada pasukan
tentera.112 Di samping itu, Pergerakan Pengakap MPSI sentiasa mengambil bahagian
bersama-sama dengan Pasukan MVI dalam acara-acara rasmi yang diadakan seperti
terlibat dalam perbarisan menyambut tetamu atau perbarisan di Padang MPSI. Pada
bulan Mac 1930, Pasukan Pengakap MPSI seramai 202 orang terlibat dalam
perbarisan menyambut guru baru iaitu En. Abdul Rahman b. Harun.113 Dari segi
keahlian pada masa itu, Pergerakan Pengakap MPSI ini bersifat satu kegiatan yang
ahlinya sentiasa bertukar ganti. Sebagai contohnya, bagi pengakap yang menamatkan
pengajian di MPSI pada tahun 1931, tempat mereka akan diganti oleh pelajar-pelajar
baru bagi tahun 1932.114 Maknanya, pengakap ini silih berganti dan bilangannya tidak
konsisten.
Pergerakan Pengakap MPSI merupakan kubu kuat dalam melahirkan
pemimpin-pemimpin pengakap di pelbagai peringkat sama ada di sekolah mahupun
negeri.115 Hal ini kerana, bermula dengan penubuhan Pengakap MPSI pada tahun
1929, ramai guru yang tamat belajar telah berkhidmat di seluruh negeri dan sekaligus
menyebarkan aktiviti kepengakapan seperti di sekolah-sekolah sekitar Selangor.116
Walau bagaimanapun, apabila berlaku Perang Pasifik pada tahun 1939, seluruh
Malaya mendapat kesan daripada peperangan tersebut termasuklah MPSI. Ia sekaligus
mempengaruhi pergerakan pengakap di maktab tersebut. Pada tahun 1940, semua
112 Chendera Mata MPSI 1933, hlm. 20. 113 Chendera Mata MPSI April 1930, hlm. 20. 114 Chendera Mata MPSI 1932, hlm. 21. 115 Temu ramah dengan Tuan Haji Jauhar B. Md Yassin, pada 14 Ogos 2007. 116 J. Victor Morcis (Ed), Undang-Undang dan Persetiaan, Kuala Lumpur, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia, 1972, hlm. 126.
60
pelajar dan guru MPSI dipindahkan ke Kuala Kangsar. Mereka ditempatkan di tiga
buah istana iaitu Istana Hulu, Istana Hilir dan Istana Kuning. Semasa di Kuala
Kangsar ini, pergerakan pengakap tetap meneruskan latihan, namun begitu ia tidak
begitu menggalakkan.117 MPSI yang dipindahkan ke Kuala Kangsar juga terpaksa
ditutup dan cadangan pembukaan semula hanya dilakukan pada awal tahun 1946 oleh
J. Pearce yang merupakan Pengetua MPSI pada masa itu.118
Penubuhan S.I.T.C Scouter Training Group
Setelah berlaku peperangan di Malaya, semua kegiatan di Maktab Perguruan Sultan
Idris (MPSI) terhenti seketika termasuklah pergerakan pengakap. Apabila Perang
Pasifik berakhir pada tahun 1945, MPSI dibuka kembali dalam keadaan yang kucar-
kacir akibat peperangan. Rentetan itu, pergerakan pengakap dihidupkan kembali pada
April 1946. Namun begitu, tiada sebarang aktiviti dijalankan kerana pelbagai masalah
yang wujud ditambah pula dengan banyak barang-barang pengakap seperti alat-alatan
pengakap, pakaian dan sebagainya musnah semasa di Kuala Kangsar akibat serangan
Jepun.119 Peranan mereka ketika itu ialah membantu membersihkan keadaan di sekitar
MPSI yang banyak mengalami kerosakan akibat peperangan. Tambahan pula, penggal
persekolahan masih belum dibuka. Kebanyakan pelajar yang melapor diri hanya
mereka yang tidak sempat menamatkan pengajian pada tahun 1939.120
117 Ahmad Bin Abdullah, Kenang2an di-College Tanjong Malim, Tanjong Malim, Lot 128 Slim Road, 1956, hlm. 26. 118 Maktab Perguruan Tanjong Malim, Perak 1946-1964, No. 1/46, Re-Opening of Sultan Idris Training College at Kuala Kangsar. 119 Chendera Mata MPSI Oktober 1947, hlm. 14-15. 120 Ibid., hlm. 15.
61
Apabila penggal persekolahan disambung kembali pada 1 September 1946,
pergerakan pengakap juga memulakan kembali latihan mereka. Pada masa ini, jumlah
pengakap kembali meningkat daripada 69 orang kepada 104 orang.121 Pengakap MPSI
juga mula kembali kepada keadaan sebelum Perang Pasifik apabila mula menjalankan
latihan serta mengadakan perkhemahan seperti di Ulu Bernam pada 13 Januari 1947
yang melibatkan seramai 88 pengakap. Ia diteruskan lagi pada 21 Januari 1947 apabila
mengadakan ‘Camp Fire’ di Padang MPSI.122 Pada 23 Januari 1947 pula, mereka
dilawati oleh Pesuruhjaya Agong Pengakap Malaya iaitu F.C. Sands bersama-sama
Penguasa Pelajaran Negeri-Negeri Melayu iaitu H.R. Cheeseman.123 Hasil kedatangan
kedua pemimpin ini, mereka diberikan bantuan dari segi pakaian, kemeja pengakap,
skaf dan seluar pengakap pada Mei 1947.124 Pada tahun 1949, Pengakap MPSI
bergabung dengan Persekutuan Budak-Budak Pengakap Negeri Perak.125
Hal ini membawa perubahan dan meningkatkan lagi kemajuan pengakap
apabila berjaya menyertai satu perkhemahan besar iaitu ‘Jambori Pengakap Australia’
di Swan Bourne Camp pada 29 Disember 1948 hingga 9 Januari 1949. Di antara ahli
pengakap MPSI yang menyertai jambori tersebut ialah Md Nayan Bin Saad.126
Aktiviti pengakap menjadi lebih menyerlah pada tahun 1949 terutamanya bagi pelajar
tahun tiga yang sentiasa mengadakan perkhemahan setiap minggu dengan diselia oleh
Penolong Pesuruhjaya Ibu Pejabat. Biasanya perkhemahan ini diadakan selama sehari
121 Chendera Mata MPSI Oktober 1947, hlm. 14-15. 122 Ibid., hlm. 15. 123 Ibid., hlm. 15. 124 Ibid., hlm. 15. 125 Norasiah Bt. Abdullah, “Maktab Perguruan Sultan Idris Dari Segi Kurikulum dan Kokurikulum (Uniform)”, Kertas Kerja Sejarah Tempatan, Institut Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim, 1988, hlm. 26. 126 Chendera Mata MPSI 1953, hlm. 33.
62
iaitu bermula jam 3.30 petang Khamis hingga jam 4.00 petang hari Jumaat.127 Pada
tahun 1950, Pergerakan Pengakap MPSI terhenti kesan mogok besar-besaran pelajar
MPSI yang dilakukan pada akhir tahun 1949.128 Walaupun begitu, kerana mengambil
kira kepentingannya kepada pelajar yang akan menjadi pendidik kelak, maka ia
ditubuhkan kembali pada Ogos 1953.129
Pergerakan Pengakap MPSI ditubuhkan semula pada 11 Ogos 1953 dengan
nama ‘1st Federation of Malaya Training Group’.130 Ia juga dikenali S.I.T.C Scouter
Training Group atau Pusat Latihan 01 atau Kumpulan Latihan 01.131 Pada masa itu,
latihan pesat dapat dilihat tambahan pula corak latihannya berbeza daripada ahli
pengakap biasa.132 Objektif penubuhan pada kali ini berubah kerana penubuhannya
mula menjuruskan kepada melahirkan guru-guru pengakap (pemimpin) yang terlatih
apabila mula bertugas di sekolah kelak.
Kriteria pemilihan ahli pengakap juga berubah apabila ujian-ujian tertentu
seperti Ujian Tenderfoot diadakan untuk diserap sebagai bakal pemimpin pengakap
yang berkualiti.133 Oleh kerana pergerakan pengakap di MPSI mula dilihat sebagai
tempat melahirkan guru-guru, Pesuruhjaya Agong Pengakap Malaya melantik
127 Maktab Perguruan Tanjong Malim, Perak 1946-1964, No. Fail 107/1949, Annual Report-1949. 128 Mogok ini dilakukan kerana perasaan tidak puas hati beberapa pelajar MPSI kerana diarah membuat kad mengajar dengan begitu banyak. Mereka yang merupakan pelajar tahun dua dibuang daripada maktab dan sekaligus mencetuskan rasa marah pelajar tahun satu dan tiga MPSI yang bertindak keluar meninggalkan maktab. Mohd Nor Long, Dari Kuala Ke Tanjung: Memoir Seorang Guru Melayu, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004, hlm. 80. 129 Chendera Mata MPSI 1954, hlm. 14. 130 Chendera Mata MPSI 1957, hlm. 61. 131 Chendera Mata MPSI 1954, hlm 14. 132 Norasiah Bt. Abdullah, “Maktab Perguruan Sultan Idris Dari Segi Kurikulum dan Kokurikulum (Uniform)”, Kertas Kerja Sejarah Tempatan, Institut Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim, 1988, hlm. 26. 133 Ibid., hlm. 14.
63
Pesuruhjaya Ibu Pejabat dengan dibantu oleh dua orang penolong dari Persekutuan
Budak-Budak Pengakap Malaysia bagi membantu Pengakap MPSI.134
Pentadbiran S.I.T.C Scouter Training Group 1953-1980
Dalam aspek pentadbiran, penaung utama ialah Pengetua MPSI. Antara Penaung
Pengakap MPSI ialah Mr. R.A. Goodchild, Encik Zainal Abidin B. Ali dan Encik
Mohd Zain B. Rashid. Penaung ini dibantu secara langsung oleh Persekutuan Budak-
Budak Pengakap Tanah Melayu (PBBPTM) apabila Pesuruhjaya Agong Pengakap
Malaya iaitu F.C. Sands menghantar Pesuruhjaya Ibu Pejabat dan juga dua orang
Penolong Pesuruhjaya Ibu Pejabat untuk membantu dalam menjalani latihan bagi
melatih pengakap bagi menjadi pemimpin pengakap di sekolah. Ketua bagi Pemimpin
atau Jurulatih Pengakap MPSI ialah Pesuruhjaya Ibu Pejabat.
Di antara yang pernah menjawat jawatan tersebut ialah A.L Encik Zainal
Abidin B. Ali, A.L Encik Abdul Razak B. Abdul Hamid, A.K.L Encik Syafie B. Tasi.
Pesuruhjaya ini mempunyai dua orang Penolong Pesuruhjaya Ibu Pejabat dengan
dibantu oleh pemimpin yang mempunyai wood badge.135 Antara pemimpin pengakap
yang pernah berkhidmat di MPSI bermula tahun 1953 hingga 1980 ialah S.M Encik
Wahi B. Long, S.M Che Hassan B. Zahid, S.M Encik Abd. Rahim B. Darus, S.M
Encik Syed Omar B. Syed Ahmad, S.M Che Ishak B. Meon, S.M Encik Ahmad B.
134 Chendera Mata MPSI 1957, hlm. 61. 135 Untuk menjadi pemimpin yang mempunyai manikayu, mereka perlu melalui beberapa tahap seperti Kursus Penerangan (Peringkat Manikayu Satu), Kursus Peringkat Dua (Peringkat Manikayu Dua), Peringkat Ketiga (melatih sebuah pasukan pengakap dalam masa enam hingga lapan minggu), Kursus Peringkat Empat (Manikayu 4A) berkhemah selama enam hari dan Selepas itu, pemimpin perlu menyiapkan satu karangan atau esei panjang berkenaan pengakap (Manikayu 4B). Abdul Alim Abdul Rahim, Ilmu Pengakap, Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1988, hlm. 20-21.
64
Abdul Rashid, S.M Encik Muhammad B. Jaafar, S.M Encik Abu Bakar B. Musa, S.M
Encik Zakaria dan S.M Puan Hapizan.
Bagi membantu pemimpin pula, terdapat penolong pemimpin pengakap yang
sekaligus bertugas dalam menggerakkan aktiviti pengakap. Penolong pemimpin
pengakap ini terbahagi kepada dua bahagian atau unit iaitu ‘Anak Serigala’ dan juga
‘Pengakap’.136 Biasanya penolong pemimpin ini terdiri daripada guru di MPSI, begitu
juga dengan pemimpin pengakap.137 Dijelaskan bahawa, bilangan pemimpin dan juga
penolong pemimpin tidaklah tetap kerana ia bergantung kepada kemasukan tenaga
pengajar MPSI yang mempunyai kepakaran dalam berpengakap. Pembahagian dua
unit dilakukan bertujuan melatih bakal pemimpin pengakap untuk sekolah rendah
yakni ‘Anak Serigala’, manakala ‘Pengakap’ untuk bakal Pemimpin Pengakap Muda
dan Remaja.138
Seterusnya bagi ahli pengakap, ia akan diketuai oleh seorang Ketua Pengakap
Maktab dan dibantu oleh Penolong Ketua Pengakap Maktab, Setiausaha Agung,
Bendahari dan Quartermaster Alatan dan Masakan. Oleh kerana pergerakan pengakap
mempunyai bilangan ahli yang ramai, maka ia dibahagikan kepada beberapa troop
ataupun kumpulan tertentu. Ia akan diketuai oleh seorang Ketua Patrol. Pergerakan
Pengakap MPSI juga mempunyai sebuah bangunan kecil yang menjadi tempat
136 Anak Serigala adalah gelaran bagi Pengakap Kanak-Kanak dan Pengakap pula kepada Pengakap Muda dan Remaja. Di MPSI ini, ahli pengakap dilatih untuk menjadi Pemimpin Pengakap di peringkat sekolah rendah. Majalah Pengakap Persekutuan Tanah Melayu (Keluaran Pertama) 1963, hlm. 9. 137 Pemimpin dan Penolong Pemimpin Pengakap juga disebut sebagai Guru Anak Serigala (G.A.S) dan Penolong Anak Serigala (P.G.A.S). Ia tertakluk di bawah Undang-undang Anak Serigala No. 214 yang meletakkan syarat-syarat untuk menjadi GAS dan PGAS mestilah mempunyai pengetahuan am seperti dalam ‘Kitab Ilmu Pengakap’, Risalah Ilmu Anak Serigala’, dan ‘Dasar dan Tujuan Peraturan dan Undang-Undang’ yang diterbitkan oleh Persekutuan Pengakap. Maktab Perguruan Tanjong Malim, Perak 1946-1964, No. 61/1951, Boy Scouts Association Policy Organisation Rules, hlm. 1. 138 Chendera Mata MPSI 1957, hlm. 61. (Lihat lampiran 9).
65
perjumpaan ahli, mengadakan mesyuarat, latihan, tempat simpanan barang-barang
pengakap. Bangunan ini sebenarnya adalah bekas sekolah menengah yang telah
dipindahkan ke Ipoh. Ia berdekatan dengan Bilik Persatuan Tawarikh MPSI, Bilik
Kelab Seni Lukis MPSI dan Bilik St. John Ambulans.139 Pada awal penubuhan
pergerakan pengakap di MPSI (pada masa itu dikenali sebagai Sultan Idris Training
College) tahun 1929, ahlinya ialah seramai 200 orang.140 Begitu juga pada tahun
1936, pengakap mempunyai bilangan ahli seramai 166 orang dan pemimpin pula
seramai 15 orang.141 Berikut jumlah ahli pada permulaan Pergerakan Pengakap MPSI
ditubuhkan.
Jadual 5 : Bilangan Ahli Pengakap MPSI Pada Tahun 1950-an
Bil. Bilangan Ahli Tahun
1.
2.
3.
4.
5.
6.
73
150
150
156
148
126
1954
1955
1956
1957
1958
1959
(Sumber: Diubahsuai daripada Chendera Mata MPSI tahun 1954, 1957, 1958, 1959.)
Kewangan
Dalam aspek kewangan Pergerakan Pengakap MPSI, ia adalah sesuatu yang bersifat
pelbagai. Hal ini dilihat bahawa, selain menerima sumbangan daripada Ibu Pejabat
Persekutuan Pengakap Malaysia, mereka juga mempunyai cara atau kaedah lain bagi
139 Chendera Mata MPSI 1958, hlm. 9. 140 Abdul Rahman Abd. Rashid, et. al, SITC-UPSI, Pelopor Pendidikan Bangsa, Kuala Lumpur, Penerbit Longman Sdn. Bhd, 1998, hlm. 52. 141 Sel. Sec. General 154/1937, Annual Report SITC For The Year 1936, hlm. 14.
66
mendapatkan dana kewangan. Antaranya ialah dengan membuka Kedai Pengakap. Ia
dijalankan hasil kerjasama sesama ahli. Antara barangan yang diniagakan ialah pisang
goreng, kuih-muih, rokok, mancis api, minuman sejuk, gambar-gambar, majalah dan
pelbagai lagi. Malahan, mereka juga mengambil barangan daripada pelbagai tempat
contohnya Kain Songket Kelantan untuk dijual kepada pelajar dan kakitangan
MPSI.142 Di samping itu, Pergerakan Pengakap MPSI juga memperolehi kewangan
dengan menjalankan ‘Minggu Kerja Pengakap’. Minggu kerja ini dijalankan biasanya
pada setiap kali cuti pengajian di maktab. Pada tahun 1956, Pengakap MPSI telah
mendapat $82.00. Pada tahun 1957 pula, mereka mendapat sebanyak $86.25.
Seterusnya pada tahun 1958 pula pendapatan hasil minggu kerja ialah sebanyak
$99.15. Pendapatan ini merosot pada tahun 1959 apabila hanya mendapat $63.30.
Selain itu, pergerakan pengakap juga mendapatkan dana kewangan melalui
Gang Show yang merupakan satu persembahan pentas yang dilaksanakan oleh
Pergerakan Pengakap MPSI. Sebagai contohnya, ia diadakan pada 14 September 1956
di Dewan Suluh Budiman, MPSI.143 Ini diikuti pada 15 November 1958.144 Begitu
juga dengan tahun-tahun yang seterusnya, pergerakan pengakap sentiasa mengadakan
minggu kerja, persembahan, mengadakan jualan untuk menambahkan pendapatan
pertubuhannya di samping menjalankan aktiviti perniagaan. Kebanyakan hasil yang
diperolehi adalah untuk kegunaan pergerakan pengakap seperti menampung dana
aktiviti, peruntukan ke perkhemahan jambori, aktiviti kebajikan seperti derma dan
sebagainya.
142 Chendera Mata MPSI 1959, hlm. 195. 143 Chendera Mata MPSI 1957, hlm. 62. 144 Chendera Mata MPSI 1959, hlm. 80.
67
Kegiatan dan Aktiviti
Pelbagai kegiatan dan aktiviti dijalankan oleh Pergerakan Pengakap MPSI apabila
dipimpin oleh Pesuruhjaya Ibu Pejabat PBBPM. Ia merangkumi aspek yang berkaitan
dengan kepimpinan dan juga pengurusan kepengakapan. Walaupun begitu, aspek
kemahiran pengakap juga dilatih agar pengakap yang bakal menjadi guru dapat
menguasai semua ilmu-ilmu pengakap. Latihan pengakap di MPSI dibahagikan
kepada tiga peringkat.145
i) Peringkat Pertama
Pasukan akan diasingkan kepada patrol kumpulan-kumpulan kecil atau dikenali
dalam pergerakan pengakap sebagai patrol. Setiap patrol akan mempunyai seramai
enam orang ahli. Latihan yang perlu dilakukan ialah terlibat dalam semua
pelajaran berkaitan pengakap dalam Ujian Kelas Dua Pengakap dan Ujian Kelas
Satu Pengakap. Mereka perlu menguasai kedua-dua kelas tersebut dan seterusnya
melayakkan mereka untuk menjadi tenaga pengajar untuk kedua-dua kelas
tersebut.
ii) Peringkat Kedua
Dalam peringkat ini, patrol yang sama masih dikekalkan dan perlu membuat dan
lulus dalam beberapa lencana seperti Lencana Kepandaian, Lencana
Pengembaraan, Lencana Pengawal Perkhemahan dan Perintis, Pertolongan Cemas,
dan dua Lencana Perkhidmatan. Pada peringkat ini, ahli-ahli dalam patrol tidak
145 Chendera Mata MPSI 1959, hlm 81.
68
akan bertukar kecuali Ketua Patrol sahaja yang ditukarkan dalam kalangan ahli
setiap patrol. Dijelaskan juga setiap Ketua Patrol ini tertakluk dalam Mesyuarat
Ketua-Ketua Patrol (Court Of Honour) dengan dipantau oleh Ketua Pengakap
Maktab.
iii) Peringkat Ketiga
Peringkat ketiga ini, ahli-ahli kumpulan akan diberi peluang untuk mengambil
bahagian dalam kerja troop di MPSI. Mereka akan terlibat dalam kelompok yang
lebih besar dalam kumpulan pengakap tersebut seperti Group Council, Group
Committee dan Persekutuan Budak-Budak Pengakap Daerah Batang Padang. Di
samping itu, ahli-ahli pengakap yang terlibat dalam peringkat ketiga akan diberi
peluang menjadi pembantu untuk Ujian Latihan Wood Badge Part I (Manikayu
Peringkat Satu) dan terlibat sebagai peserta dalam Ujian Latihan Wood Badge Part
II (Manikayu Peringkat Dua). Dijelaskan bahawa, dalam ujian wood badge ini
terbahagi kepada dua iaitu Kursus Latihan Permulaan (Anak Serigala) dan Kursus
Latihan Permulaan (Pengakap).146 Semua pengakap digalakkan untuk
menghabiskan serta lulus kedua-dua ujian tersebut sebelum menamatkan
pengajian di MPSI. Dalam hal ini, dijelaskan bahawa seramai 51 ahli pengakap
terlibat dalam Ujian Wood Badge Peringkat Satu yang dikelola oleh Pesuruhjaya
Ibu Pejabat iaitu Encik Abdul Razak Bin Abdul Hamid.147
Bagi Pemimpin Pengakap MPSI juga, terdapat latihan yang diadakan yang
kebiasaannya diadakan untuk memperkemas kemahiran dan juga menambahkan ilmu
146 Abdul Alim Abdul Rahim, Ilmu Pengakap, Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1988, hlm. 19. 147 Chendera Mata MPSI 1959, hlm. 81.
69
di samping berkongsi maklumat berkaitan pengakap. Latihan serta kursus yang
dijalankan oleh pemimpin pengakap ini bertujuan mendapatkan taraf sebagai
Penolong Jurulatih (tiga manikayu) dan Jurulatih (empat manikayu).148
Selain latihan tersebut, Pergerakan Pengakap MPSI juga menganjurkan
beberapa aktiviti lasak sebagai satu cara untuk melatih ahli berdikari, bersemangat dan
mempunyai kekuatan kerjasama dalam berpasukan. Selepas diberikan tauliah sebagai
1st Federation of Malaya Training Group, pelbagai aktiviti dalam dan luar maktab
dianjurkan. Oleh kerana bangunan baru dibina di MPSI untuk keperluan Sekolah
Menengah Melayu, maka Pergerakan Pengakap MPSI kekurangan kawasan untuk
berkhemah.149 Perkhemahan merupakan aktiviti yang sering diadakan terutama bagi
membiasakan diri dalam berdikari serta menghadapi latihan ikhtiar hidup.150 Ia
dijalankan pada setiap hujung minggu terutamanya pada hari Jumaat dan Sabtu.151
Aktiviti perkhemahan biasanya diadakan di sekitar MPSI dan juga di luar maktab.
Contohnya di Sungai Bernam, Sungai Samak, Sungai Bil dan Kalumpang.152
Selain perkhemahan tertutup yang melibatkan penyertaan ahli pengakap MPSI
sahaja, mereka juga terlibat dalam beberapa perkhemahan peringkat maktab, daerah
dan juga negeri. Hal ini dilihat pada 17 hingga 21 Ogos 1956, Pengakap MPSI
148 Abdul Alim Abdul Rahim, Ilmu Pengakap, Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1988, hlm. 21-22. 149 Antara sekolah Melayu yang berada dalam kawasan MPSI ialah Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim dan Sekolah Dato’ Abdul Razak. Temu ramah dengan Tuan Haji Megat Khas Bin Hj. Megat Mahayuddin, pada 11/09/2007. 150 Berkhemah ialah mendirikan (memasang) khemah untuk membuat tempat kediaman sementara bagi tujuan berteduh atau bermalam. Khemah ini diperbuat daripada kain tebal, nilon dan kain layer. Khemah yang diperbuat daripada nilon lebih popular kerana ia lebih ringan dan senang dibawa. Khemah-khemah ini ditegakkan dengan tiang besi atau kayu dan tali. Abdul Alim Abdul Rahim, Panduan Perkhemahan, Simpulan & Pioneering Untuk Pengakap dan Pandu Puteri, Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1992, hlm. 1. 151 Chendera Mata MPSI 1959, hlm. 81. 152 Ibid., hlm. 81. Lihat juga Chendera Mata MPSI 1958, hlm. 46. (Lihat lampiran 10).
70
seramai 28 orang ke Kem Jubelee dan Kem Coronation di Pulau Pinang.153 Mereka
juga terlibat dalam perkhemahan dengan Pasukan Anak Serigala (Pengakap Kanak-
Kanak) pada 14 hingga 15 Julai 1961 di Sekolah Batang Kali.154 Pada tahun 1963
pula, Pengakap MPSI telah mengadakan perkhemahan di Cameron Highlands dan
beberapa tempat lagi di kawasan tersebut.155 Begitu juga pada tahun 1964, Pengakap
MPSI sekali lagi mengadakan perkhemahan di Cameron Highlands yang melibatkan
seramai 50 orang. Lawatan juga dilakukan seperti di Ladang Teh Boh, Pusat
Percubaan Pertanian, Kebun Bunga dan pelbagai lagi.156 Sesungguhnya, Pergerakan
Pengakap MPSI sentiasa mengadakan aktiviti perkhemahan terutamanya untuk
meningkatkan lagi kemahiran kepengakapan dan juga menambahkan pengalaman
dalam menjalankan kehidupan melalui kegiatan luar ini.
Selain aktiviti perkhemahan, Pergerakan Pengakap MPSI juga menjalankan
aktiviti pengembaraan, ‘camp fire’ (Malam Pengakap)157 dan kursus wood badge.
Dalam kalangan Pengakap MPSI, pengembaraan merupakan kegiatan lasak yang
paling diminati.158 Pergerakan pengakap ini juga sering mengadakan aktiviti atau
kegiatan secara bersama contohnya dengan Kadet Puteri dalam mengadakan
perkhemahan dan lawatan.159 Hal ini disebabkan dalam aktiviti ini, selain menguji
153 Chendera Mata MPSI 1957, hlm. 62. 154 Chendera Mata MPSI 1961, hlm. 88. 155 Chendera Mata MPSI 1963, hlm. 90. 156 Chendera Mata MPSI 1964, hlm. 101. 157 Malam pengakap dipanggil juga temasya unggun api. Ia merupakan satu acara yang diadakan pada waktu malam di kawasan lapang. Semua peserta akan mengelilingi satu longgokan kayu api yang sedang menyala sambil melakukan pelbagai persembahan seperti nyanyian, tarian, jenaka dan permainan. Vasudevan T. Arasoo, Kegiatan Ko-Kurikulum: Penyeliaan & Pentadbiran, Petaling Jaya, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1987, hlm. 146. 158 Temu ramah dengan Tuan Haji Megat Khas Bin Hj. Megat Mahayuddin, pada 11/09/2007. 159 Apabila Kadet Puteri ditubuhkan pada tahun 1975 setelah kemasukan sulung pelajar perempuan ke MPSI, kebanyakan aktiviti dijalankan bersama-sama dengan Pertubuhan Pengakap MPSI seperti perkhemahan dan Ujian Tenderfoot. Norasiah Bt. Abdullah, “Maktab Perguruan Sultan Idris Dari Segi Kurikulum dan Kokurikulum (Uniform)”, Kertas Kerja Sejarah Tempatan, Institut Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim, 1988, hlm. 32-33.
71
ketahanan mental dan fizikal, ia juga menjalankan aktiviti-aktiviti lain di sepanjang
perjalanan mereka ke sesuatu tempat atau dipanggil check point.160 Antaranya ialah
pengembaraan ke Bukit Fraser selama empat hari yang dikelola oleh Encik Md. Sharif
B. Salleh pada 13 hingga 16 Jun 1959 yang disertai oleh lima orang ahli pengakap
daripada Patrol II A, MPSI.161 Selain itu, pengembaraan ke Pulau Langkawi juga
diadakan pada September 1959,162 Demikian juga dengan aktiviti berbasikal ke
Cameron Highlands dan Bukit Fraser pada 24 hingga 27 Mei 1961.163 Aktiviti bersifat
pengembaraan ini menjadi salah satu kegiatan yang sentiasa diadakan oleh Pergerakan
Pengakap MPSI dan menjadi kegemaran kepada mereka.
Begitu juga dengan aktiviti camp fire tahunan. Pada 14 September 1956, satu
camp fire yang dinamakan “Gang Show” diadakan secara terbuka kepada semua
penuntut di MPSI.164 Ini diikuti pada 15 November 1958, sekali lagi Gang Show ini
diadakan di pentas maktab.165 Antara camp fire terbesar diadakan ialah pada 17 Mac
1957 dan 8 Ogos 1959 di maktab tersebut. Grand Camp Fire ini menarik minat
golongan bukan pengakap untuk melihat aktiviti ini.166 Ini dilihat pada tahun 1959,
mereka menjemput pengakap dari Daerah Batang Padang dan sekolah sekitar untuk
menyertainya.167 Selain itu, Grand Camp Fire juga diadakan pada 18 Mac 1967 yang
dilihat mahu mengulangi pencapaian pada tahun 1957 dan 1959 apabila ia melibatkan
160 Di sepanjang aktiviti pengembaraan, ahli pengakap akan diuji dengan pelbagai kemahiran berpengakap seperti membaca peta topografi, menggunakan kompas, membuat pengagakan (estimation), simpulan dan ikatan dan pertolongan cemas. Biasanya ia dijalankan pada setiap ‘check point’ tertentu sebelum sampai ke tempat tujuan atau matlamat. Fadhil B. Osman & Sazili B. Ayit, “Kursus Ketua Patrol Pengakap Remaja Negeri Perak 2003”, Kertas Kerja Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak, Ipoh, 2003, hlm. 23-26. 161 Chendera Mata MPSI 1959, hlm. 81. 162 Chendera Mata MPSI 1960, hlm. 56. 163 Chendera Mata MPSI 1961, hlm. 16. 164 Chendera Mata MPSI 1957, hlm. 62. 165 Chendera Mata MPSI 1959, hlm. 80. 166 Ibid., hlm 62. 167 Ibid., hlm. 81.
72
semua ahli pengakap MPSI dan juga pengakap daripada Batang Padang. Kemampuan
untuk Pengakap MPSI menganjurkan camp fire ini sebenarnya dibantu oleh ‘Pasukan
Band Pengakap’ yang ditubuhkan oleh Pergerakan Pengakap MPSI sendiri.168
Kumpulan ini mempunyai peralatan sendiri dan ia menjadi salah satu aktiviti
pengakap ketika waktu lapang.169 Jadi, aktiviti camp fire dapat dilaksanakan dengan
baik dengan adanya ‘Pasukan Band Pengakap’. Lain-lain aktiviti yang dijalankan
ialah menyertai Sukan Agong Maktab. Contohnya pada tahun 1958, ahli pengakap
mengadakan pertandingan yang hanya disertai oleh pengakap sahaja iaitu
pertandingan membuat trestle170 atau ‘sokongan jambatan’.171
Kursus Kepimpinan Pengakap
Tujuan utama Pergerakan Pengakap MPSI ini ditubuhkan semenjak 1953 adalah untuk
melatih pengakap agar menjadi pemimpin pengakap apabila ke sekolah kelak. Oleh
itu, selain menjalankan aktiviti-aktiviti kemahiran pengakap, kegiatan lasak, ikhtiar
hidup dan sebagainya, mereka didedahkan juga dengan kursus serta seminar yang
berlandaskan skema kepimpinan pengakap pada masa itu. Walaupun begitu, kursus ini
merupakan kesinambungan kursus yang diadakan sebelum penubuhan kembali
Pengakap MPSI 1953. Kursus pengakap ini merupakan perkara yang paling diberikan
penekanan terutamanya oleh PBBPTM pada masa itu.172
168 Individu penting melatih ‘Pasukan Band Pengakap’ ini ialah Leftenan Kolonel Ismail daripada Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Tapah. Chendera Mata MPSI 1958, hlm. 95. 169 Chendera Mata MPSI 1957, hlm. 63. 170 Trestle atau sokongan jambatan amat diperlukan untuk merentangi tali air dan anak sungai. Dua jenis ikatan yang sering digunakan untuk membina sokongan jambatan ini, iaitu ikatan seraya dan ikatan serong. Abdul Alim Abdul Rahim, Panduan Perkhemahan, Simpulan & Pioneering Untuk Pengakap dan Pandu Puteri, Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1992, hlm. 165. 171 Chendera Mata MPSI 1958, hlm. 66. 172 No. 3 in F. of M. B.S.A 46/48 Surat daripada Mr. E.M.F Payne, Ketua Pesuruhjaya Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu kepada Mr. Bretherton pada 18 Januari 1949.
73
Antara kursus yang dijalankan bagi melatih bakal pemimpin pengakap di
sekolah ialah Study Circle Bahagian (Pengakap).173 Selain itu, terdapat satu kursus
yang khusus untuk Pengakap MPSI sebagai bakal pemimpin pengakap di sekolah iaitu
Kursus Wood badge Peringkat Satu dan Dua atau dikenali juga sebagai Kursus
Latihan Permulaan (K.L.P). Ia terbahagi kepada dua iaitu (Anak Serigala) dan
(Pengakap). Kursus yang pertama setelah pertubuhan pengakap ditubuhkan kembali
pada tahun 1953 ini diadakan di Kem Semangat pada 29 hingga 31 Oktober 1959
yang melibatkan penyertaan seramai 30 pengakap. Ini diikuti pada 26 hingga 28
November 1959 apabila MPSI menghantar seramai 35 pengakap ke Kem Semangat
untuk K.L.P.174
Manakala K.L.P Anak Serigala dan K.L.P Pengakap Bahagian Dua pula
diadakan pada 3 hingga 11 Ogos 1960 di Kem Semangat. Ia melibatkan seramai 24
bakal pemimpin mengambil bahagian dalam K.L.P Anak Serigala dan seramai 33
orang pula mengambil K.L.P Pengakap. Kursus ini diteruskan lagi untuk ahli seramai
30 orang yang baru menyertai Pengakap MPSI apabila menyertai K.L.P Anak Serigala
di Kem Semangat yang dikelola oleh Encik Abdul Razak B. Abdul Hamid, pada 28
hingga 30 Julai 1961. Terdapat juga kursus yang dijalankan secara bersama dengan
pasukan lain seperti K.L.P Pengakap. Ia dijalankan bersama Kumpulan Latihan II.175
Pengakap MPSI juga turut menyertai K.L.P yang dianjurkan oleh Persekutuan Budak-
Budak Pengakap Negeri Perak pada tahun 1971, bersama-sama pertubuhan-
pertubuhan pengakap dari daerah lain di Perak.176
173 Chendera Mata MPSI 1957, hlm. 63. 174 Chendera Mata MPSI 1959, hlm. 82. 175 Chendera Mata MPSI 1961, hlm. 89. 176 Laporan Tahunan 1971 Majlis Pengakap Negeri Perak (MPNP), hlm. 6.
74
Kursus K.L.P ini dilihat sentiasa berterusan sejak tahun 1960 hingga 1980-an,
kerana tujuan utama Pergerakan Pengakap MPSI adalah untuk melatih pengakap
menjadi pemimpin pengakap di sekolah nanti.177 Kem yang menjadi tempat kursus
dijalankan ialah di Kem Semangat yang terletak di Cheras. Keadaan ini juga secara
tidak langsung menjelaskan keadaan bahawa Pergerakan Pengakap MPSI menjadi
salah satu kubu kuat pengakap di Malaysia dan tempat utama untuk melahirkan
pemimpin pengakap sama ada di peringkat sekolah, daerah mahupun negeri.
Keaktifan kegiatan kokurikulum Pergerakan Pengakap MPSI ini menjadikan ia
disegani oleh pergerakan pengakap dari maktab-maktab lain. Malahan aktiviti juga
dilakukan secara tersusun dan mengikut kaedah yang berasaskan kepada corak
pengakap, begitu juga dengan pentadbiran Pengakap MPSI yang dilihat sentiasa
mementingkan pembangunan dan kemajuan ahlinya dalam menjalankan kegiatan
pengakap.
Kesimpulan
Selaras dengan perkembangan di institusi-institusi pendidikan dan sekolah, pengakap
juga mengalami perkembangannya yang tersendiri. Pergerakan pengakap menjadi
tumpuan utama pelajar sekitar awal 1900-an kerana ia merupakan pertubuhan sukarela
yang terawal ditubuhkan di dunia sekaligus meresap ke Malaysia (Malaya). Begitu
juga dengan MPSI yang menjadikan pergerakan pengakap sebagai satu badan
beruniform yang mempunyai keahlian yang ramai. Ia muncul sebagai pertubuhan
kokurikulum yang aktif di MPSI dengan pelbagai aktiviti dan latihan kepengakapan. 177 Temu ramah dengan Tuan Haji Megat Khas Bin Hj. Megat Mahayuddin, pada 11/09/2007.
75
Pergerakan Pengakap MPSI juga diberikan sokongan yang padu daripada PBBPM
tidak kira dari segi bantuan kewangan, teknikal dan juga tenaga jurulatih. Hal ini
menyebabkan MPSI menjadi Pusat Latihan 1 di Malaysia dalam melahirkan
pemimpin pengakap di peringkat sekolah. Segala perancangan dan pentadbiran
kepengakapan disusun rapi dan diketuai sendiri oleh Pesuruhjaya Ibu Pejabat yang
dilihat mempunyai peranan dalam menghubungkan Pengakap MPSI dengan PBBPM.
Secara jelasnya, Pengakap MPSI ini sentiasa bergerak aktif dengan pelbagai aktiviti
dan legasi pertubuhan ini berterusan sehingga ke hari ini.
76
BAB 4
KEJAYAAN-KEJAYAAN YANG DICAPAI PERGERAKAN PENGAKAP
MPSI
Pengenalan
Setiap pertubuhan mempunyai kehebatan dan juga kemegahan yang tersendiri. Hal ini
juga berlaku kepada Pergerakan Pengakap MPSI yang dilihat mempunyai kehebatan
dan kejayan-kejayaan yang dapat dibanggakan. Kejayaan-kejayaan ini kebanyakannya
amat berkait rapat dengan bidang kepengakapan. Ia meliputi daripada pelbagai sudut
yang menunjukkan akan peranan besar yang dimainkan oleh Pergerakan Pengakap
MPSI. Perkara penting yang disifatkan kejayaan-kejayaan Pengakap MPSI ialah
berkaitan pengurusan menjalankan kursus wood badge, peningkatan kemahiran dalam
kepimpinan setiap ahli pengakap yang berjaya lulus ujian-ujian tertentu serta dapat
melayakkan diri untuk menjadi pemimpin pengakap. Kejayaan juga dikaitkan dengan
penerimaan anugerah oleh Pemimpin-pemimpin Pengakap MPSI seperti ‘Anugerah
Manikayu’. Begitu juga dengan kejayaan untuk terpilih ke jambori pengakap
peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa. Kejayaan secara individu juga dicapai
terutamanya Pemimpin-pemimpin Pengakap MPSI yang bertaraf kebangsaan.
77
Kejayaan-kejayaan lain Pergerakan Pengakap MPSI yang dicapai serta dapat
dibanggakan ialah berkaitan pertandingan kawad kaki, pertandingan perkhemahan,
pertandingan memasak ala hutan, ekspedisi berbasikal, berjalan kaki dan sebagainya.
Kursus Wood Badge
Lulus dalam kursus yang dijalankan merupakan satu kejayaan bagi Pergerakan
Pengakap MPSI. Ujian ini ialah Ujian Wood Badge Bahagian Satu dan Ujian Wood
Badge bahagian Dua. Kejayaan pertama semenjak ditubuhkan Pergerakan Pengakap
MPSI ialah seramai 48 orang pengakap lulus Ujian Wood Bagde Bahagian Satu pada
tahun 1960. Hasilnya, mereka dapat menduduki Ujian Wood Badge Bahagian Dua.178
Pada 16 April 1961, seramai 16 pengakap lulus dalam Ujian Wood Badge Bahagian
Satu (Pengakap) dan tiga pengakap lulus dalam Ujian Wood Badge Bahagian Satu
(Anak Serigala).179 Ia diteruskan lagi pada tahun-tahun yang seterusnya dengan
bantuan penuh daripada pihak Ibu Pejabat Budak-Budak Persekutuan Pengakap
Malaysia. Kursus ini biasanya dijalankan di Kem Semangat, Cheras.180
Hasil daripada kursus dan ujian yang dijalankan ini membawa kepada
pentauliahan pengakap sebagai penolong pemimpin dan juga pemimpin pengakap. Ini
dapat dilihat apabila ahli Pergerakan Pengakap MPSI yang menyertai kursus K.L.P
(Pengakap) dan juga (Anak Serigala) menerima “Anugerah Manikayu” yang sekaligus
melayakkan mereka untuk menjadi penolong pemimpin dan seterusnya pemimpin
pengakap. Keadaan ini juga turut membolehkan Pergerakan Pengakap MPSI
178 Chendera Mata MPSI 1960, hlm. 57. 179 Chendera Mata MPSI 1961, hlm. 89. 180 Chendera Mata MPSI 1967, hlm. 90.
78
membahagikan ahlinya kepada dua kumpulan iaitu ‘Kumpulan Pengakap’ dan
‘Kumpulan Anak Serigala’ bermula tahun 1966.181
Jambori dan Persidangan
Di peringkat kebangsaan, Pergerakan Pengakap MPSI dilihat mempunyai pelbagai
kejayaan yang dapat dibanggakan. Perkara yang penting berkaitannya ialah
pertubuhan ini merupakan Kumpulan Latihan 01 yang ditubuhkan di Malaysia, selain
dikenali juga sebagai Pusat Latihan 01. Dalam hal ini, Pengakap MPSI diiktiraf
sebagai pusat atau tempat yang utama dalam melahirkan pemimpin pergerakan
pengakap untuk diajar di sekolah-sekolah oleh Persekutuan Budak-Budak Pengakap
Tanah Melayu (PBBPTM) bermula pada tahun 1929 lagi. Keadaan ini berterusan
walaupun Pergerakan Pengakap MPSI terhenti seketika semasa Perang Pasifik apabila
ditubuhkan kembali pada tahun 1953 yang mengekalkan status sebagai Kumpulan
Latihan Maktab 01.
Pergerakan Pengakap MPSI juga mendapat tempat dalam kalangan pemimpin
pengakap peringkat kebangsaan apabila sentiasa dipilih untuk menyertai jambori-
jambori pengakap antarabangsa. Ini dilihat pada penyertaan beberapa pengakap seperti
ke Jambori Pengakap Australia, Jambori Pengakap Filipina, Jambori Pengakap
Sedunia dan Jambori Pengakap Songkla. Selain itu, mereka juga terlibat dengan
jambori-jambori yang dianjurkan di Malaysia seperti Jambori Melaka, Jambori
Malaysia di Pulau Pinang dan sebagainya.182
181 Chendera Mata MPSI 1966, hlm. 122. 182 Temu ramah dengan Tuan Haji Megat Khas Bin Hj. Megat Mahayuddin, pada 11/09/2007.
79
Dalam jambori peringkat antarabangsa, Pengakap MPSI mula terpilih dalam
penyertaan pada tahun 1948-49 dalam ‘Jambori Pengakap Australia’ di Kem Swan
Bourne, Perth. Perkara menarik ialah, ia diadakan di antara tahun 1948 dan 1949 iaitu
selama 12 hari yakni 29 Disember 1948 hingga 9 Januari 1949. Ahli yang terlibat
ialah Md. Nayan B. Sa’ad.183 Pergerakan Pengakap MPSI juga terpilih untuk
menghantar ahlinya ke Jambori Pengakap Sedunia Ke-10 di Filipina. Antara ahli yang
terpilih ialah Zainuddin B. Rafa’i dan Md. Yusof B. Saleh.184 Pergerakan Pengakap
MPSI juga melibatkan diri dalam ‘Jambori Pengakap Songkla’ yang diadakan pada
tahun 1979 melibatkan seramai 21 orang ahli.185
Di samping itu, sebagai penghormatan kepada Pergerakan Pengakap MPSI
yang dianggap antara pertubuhan pengakap yang terawal ditubuhkan di pusat
pengajian, satu ‘Persidangan Pemimpin-Pemimpin Kebangsaan Pengakap Persekutuan
Tanah Melayu’ pada 15 hingga 17 April 1955 diadakan di maktab tersebut.
Persidangan ini mengumpulkan semua pemimpin pengakap di seluruh negara. Ia juga
turut mengundang Ketua Pengakap Negara iaitu Sir Donald Mcgillivray dan
Pesuruhjaya Agong Pengakap, Mr E.M.F Payne. Pada persidangan ini, Pergerakan
Pengakap MPSI telah mendapat pengiktirafan sebagai pusat latihan kepengakapan
untuk melatih bakal pemimpin pengakap di sekolah. Selain itu, ia juga menyentuh
berkenaan dengan cara dalam membangunkan dan memajukan pergerakan pengakap
di seluruh negara selain meningkatkan kemahiran dan kecekapan setiap pemimpin
183 Chendera Mata MPSI 1953, hlm. 33-35. 184 Bilangan ahli pengakap dari Tanah Melayu yang menyertai jambori ini seramai 119 orang termasuk 12 pemimpin. Mereka bertolak dengan menaiki Kapal Cambodge dan pelepasan ahli pengakap Tanah Melayu ke jambori ini dilakukan oleh Yang Berhormat Dato’ Sulaiman B. Dato’ Abdul Rahman. Chendera Mata MPSI 1959, hlm. 81 dan 87. (Lihat lampiran 11). 185 Temu ramah dengan En. Nasaruddin Shamsuddin, pada 28 Ogos 2007.
80
pengakap.186 Penganjuran persidangan ini menjadi satu kejayaan yang bermakna
kepada Pergerakan Pergerakan Pengakap MPSI dan sekaligus membantu menaikkan
nama maktab tersebut dalam dunia pendidikan di Persekutuan Tanah Melayu pada
masa itu.
Individu
Pergerakan Pengakap MPSI dapat diibaratkan sebuah kilang untuk melahirkan
pemimpin pengakap terutamanya bagi mengembangkan pertubuhan itu ke sekolah-
sekolah. Walaupun begitu, terdapat juga beberapa ahli serta Pemimpin Pengakap
MPSI yang mencapai kejayaan di peringkat negara. Permulaan kejayaan individu ini
dapat dilihat pada Haji Othman B. Ali. Beliau merupakan Pelajar MPSI pada tahun
1934. Peranannya dalam Pergerakan Pengakap MPSI sangat membanggakan. Beliau
sama-sama terlibat pada peringkat awal penubuhan pengakap di SITC (MPSI) pada
1930-an. Beliau adalah antara ahli pengakap MPSI yang awal terlibat dan berjaya
mengikuti kursus-kursus pengakap seperti Kursus Teknik Ilmu Perintis, Kursus
Penyelaras Daya Kepimpinan dan mendapat “Anugerah Manikayu” sekaligus dilantik
sebagai Jurulatih Pengakap.187
Ini diteruskan pula dengan kejayaan yang dicapai oleh Haji Md. Yusof B.
Ahmad yang juga merupakan Penolong Pengetua MPSI berbangsa Melayu yang
186 Mohd Zamzamy Bin Abdullah Sapar, “Sejarah Pergerakan Pengakap 1968 Hingga 1998: Satu Kajian Kes di Negeri Selangor”, Sarjana Sastera, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2003, hlm. 9. 187 Raja Ahmad Shalaby, Siti Zabeda Ibrahim & Mohd Zuber Zain, Tokoh-Tokoh Guru Nusantara, Tanjong Malim, Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2004, hlm. 26.
81
pertama bermula tahun 1940 hingga 1950.188 Md. Yusof adalah antara pengakap
berbangsa Melayu yang berjaya melanjutkan latihan kepengakapan di Gilwell Park,
England. Malahan, beliau juga pernah menjadi Timbalan Ketua Kem Persekutuan
Pengakap Malaya pada tahun 1930-an. Oleh kerana peranan besar dalam Pergerakan
Pengakap MPSI dan Malaya, beliau menerima pelbagai anugerah pengakap daripada
Kerajaan Inggeris seperti mendapat Pingat “Medal of Merit” pada tahun 1940, “Silver
Acron” (1953) dan “Silver Wolf” pada tahun 1956. Di samping itu, Kerajaan Inggeris
juga mengurniakan beliau Pingat Member of British (M.B.E). Kerajaan Negeri
Sembilan pula mengurniakan beliau Pingat Jasa Negeri (P.J.N), manakala Kerajaan
Persekutuan mengurniakan Pingat Johan Mangku Negara (J.M.N).189 Di peringkat
antarabangsa, Md. Yusof merupakan Ahli Jawatankuasa Persidangan Pengakap
Kawasan Timur Jauh pada tahun 1957 dan 1959 di Manila, Filipina. Bermula pada
tahun 1957 hingga 1960, beliau dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Pengakap Tanah
Melayu, sekaligus menjadi bangsa Melayu pertama memegang jawatan tersebut.190
Pengetua MPSI berbangsa Melayu pertama iaitu Zainal Abidin B. Ali juga
merupakan seorang pemimpin pengakap yang meraih pelbagai anugerah dan gelaran
dalam pergerakan pengakap.191 Dianggap sebagai penggerak utama Pergerakan
Pengakap MPSI sekitar tahun 1950-an, beliau bersama-sama beberapa pemimpin lain
membangunkan pergerakan pengakap menjadi salah satu aktiviti kokurikulum yang
aktif di MPSI. Selain itu, beliau juga turut bertungkus lumus menterjemahkan buku-
buku pengakap seperti ‘Bagaimana Menjalankan Pack’, ‘Panduan Anak Serigala’ dan
188 Ramlah Adam, Maktab Melayu Melaka, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm. 94. (Lihat lampiran 12). 189 Ibid., hlm. 98. 190 Ibid., hlm. 98. 191 Raja Ahmad Shalaby, Siti Zabeda Ibrahim & Mohd Zuber Zain, Tokoh-Tokoh Guru Nusantara, Tanjong Malim, Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2004, hlm. 50.
82
‘Bintang-Bintang Kepandaian’ yang ditulis oleh Lord Baden Powell.192 Beliau pernah
menjadi Pesuruhjaya Ibu Pejabat dan juga Akela Leader.193 Malahan, Zainal Abidin
ini pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara pada
tahun 1960 hingga 1963.194 Berdasarkan pencapaian tersebut, beliau menerima
pelbagai anugerah dalam pergerakan pengakap termasuk “Silver Acron” dalam tahun
1956 daripada PBBPM.195 Beliau juga menerima penganugerahan peringkat negeri
iaitu ‘Ahli Mangku Negara’ (AMN) daripada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong.196
Selain itu, Pengetua MPSI berbangsa Melayu yang kedua iaitu Encik Mohd
Zain B. Abdul Rashid juga merupakan seorang Pemimpin Pengakap MPSI yang
berjaya meraih kejayaan dalam pergerakan pengakap. Mohd Zain dianggap sebagai
pemimpin pengakap yang sentiasa terlibat dalam kursus yang dilaksanakan dan
berjaya melanjutkan latihan pengakap di Gilwell Park, England pada tahun 1948 dan
1960. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Pesuruhjaya Ibu pejabat dan
Akela Leader. Sebagai pemimpin yang aktif dalam Pergerakan Pengakap MPSI di
samping menjadi pengetua, beliau menerima pelbagai anugerah termasuk “Medal of
Merit” oleh Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu.197
Penolong Pensyarah MPSI penghujung 1950-an, Encik Abdul Razak B. Abdul
Hamid juga adalah antara ahli serta Pemimpin Pengakap MPSI yang berjaya meraih
192 Atondra, Ringkasan Pengakap Selangor, Petaling Jaya, Persatuan Kebajikan Penulis Muda Selangor (KEMUDI), 1990, hlm. 6. 193 Beliau sentiasa terlibat dengan dalam kegiatan Pengakap MPSI terutamanya Kursus Latihan Permulaan. Chendera Mata MPSI 1959, hlm. 82. 194 Majalah Pengakap Persekutuan Tanah Melayu (Keluaran Pertama) 1963, hlm. 1. 195 Chendera Mata MPSI 1958, hlm. 6. (Lihat lampiran 13). 196 Majalah Pengakap Persekutuan Tanah Melayu (Keluaran Pertama) 1963, hlm. 1. 197 Chendera Mata MPSI 1950, hlm. 9. (Lihat lampiran 14).
83
anugerah dalam pergerakan pengakap. Peranan beliau dalam pergerakan pengakap
bermula sejak memasuki MPSI lagi. Pada 26 Julai 1958, beliau terpilih untuk
melanjutkan latihan kepengakapan ke Gilwell Park di England. Oleh kerana
sumbangan dan bakti Abdul Razak dalam Pengakap MPSI terutamanya sebagai
Pesuruhjaya Ibu Pejabat, beliau dianugerahkan “Medal of Merit” pada 5 April
1958.198 Abdul Razak juga pernah memegang jawatan sebagai Akela Leader serta
Penolong Timbalan Ketua Perkhemahan dalam Pasukan Latihan Kebangsaan bagi
Tahun 1970/1971.199 Selain itu, beliau pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi
Pasukan Latihan Negeri Selangor.200
Begitu juga dengan Encik Md. Wahi B. Long.201 Beliau adalah merupakan
seorang guru dan juga terlibat dalam pelbagai persatuan di MPSI. Walaupun begitu,
Wahi Long ini lebih dilihat sebagai salah seorang pemimpin pengakap yang aktif dan
berperanan besar memajukan Pergerakan Pengakap MPSI. Ini diperhatikan apabila
beliau telah dilantik sebagai Akela Leader oleh PBBPM.202 Di samping itu, hasil
daripada peranan beliau dalam Pengakap MPSI, beliau menerima ‘Pingat Bintang
Khidmat Baik’ dan ‘Bintang Perkhidmatan Lama’ oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap
Negara ketika itu iaitu Encik Zainal Abidin B. Ali pada 1963.203
198 Chendera Mata MPSI 1958, hlm. 10. (Lihat lampiran 15). 199 Laporan Tahunan Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia (Boy Scouts Association of Malaysia) 1970/1971, hlm. 2. 200 Atondra, Ringkasan Pengakap Selangor, Petaling Jaya, Persatuan Kebajikan Penulis Muda Selangor (KEMUDI), 1990, hlm. 14. 201 Beliau seorang yang gemar bergurau dengan ahlinya dan mempunyai pengalaman pengakap dan ilmu ikhtiar hidup kepengakapan yang banyak. Temu ramah dengan Tuan Haji Megat Khas Bin Hj. Megat Mahayuddin, pada 11/09/2007. Lihat juga Chendera Mata MPSI 1958, hlm. 10. (Lihat lampiran 16). 202 Chendera Mata MPSI 1963, hlm. 89. 203 Ibid., hlm. 90.
84
Salah seorang pemimpin pengakap merangkap Pesuruhjaya Ibu Pejabat yang
terkenal di MPSI ialah Encik Syafie B. Tasi.204 Beliau adalah antara pemimpin
pengakap yang memegang jawatan Pesuruhjaya Ibu Pejabat paling lama di MPSI
bermula pada tahun 1962 hingga 1970-an. Beliau bersama-sama dengan Encik Wahi
B. Long bertungkus lumus memajukan pergerakan pengakap sehingga dianggap
pertubuhan paling aktif di MPSI.205 Hasilnya, pada tahun 1967 Syafie B. Tasi
dianugerahkan pingat “Merit of Medal” dan “Pingat Jasa Istimewa” oleh PBBPM.206
Lain-Lain
Pergerakan Pengakap MPSI sepanjang bergiat sebagai salah satu pertubuhan
kokurikulum juga mencapai pelbagai kejayaan di peringkat maktab. Kejayaannya
merangkumi penglibatan dalam pertandingan yang dianjurkan oleh pentadbiran dan
juga bahagian kokurikulum MPSI. Hal ini dilihat pada awal tahun 1970-an,
Pergerakan Pengakap MPSI menjadi pergerakan yang paling aktif terutamanya dalam
pertandingan kawad yang dianjurkan oleh bahagian pentadbiran maktab pada masa
itu.207 Selain itu, pengakap juga memenangi pelbagai anugerah lain yang terutamanya
pada tahun 1980, seperti Anugerah Badan Beruniform Paling Aktif, Anugerah
Kepimpinan, pertubuhan yang paling banyak membuat aktiviti dan sebagainya.208
Walaupun begitu, kejayaan di peringkat maktab juga dilihat dalam aspek lain iaitu
204 Syafie B. Tasi merupakan seorang pemimpin pengakap yang tegas serta mempunyai prinsip dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya. Sangat ditakuti dan kurang bercakap dengan ahli. Walau bagaimanapun, Syafie Tasi adalah salah seorang pemimpin pengakap yang dihormati oleh ahlinya. Temu ramah dengan Tuan Haji Megat Khas Bin Hj. Megat Mahayuddin, pada 11/09/2007. 205 Ibid. 206 Chendera Mata MPSI 1967, hlm. 91. 207 Kali terakhir Pergerakan Pengakap MPSI memenangi pertandingan kawad kaki ialah pada tahun 1980. Pada masa itu, ahli yang terlibat dalam pertandingan kawad kaki seramai 67 orang. Temu ramah dengan En. Nasaruddin Shamsuddin, pada 28 Ogos 2007. 208 Ibid.
85
berjaya mengekalkan dan meneruskan kesinambungan pergerakan pengakap semenjak
daripada awal penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris lagi.
Kesimpulan
Pencapaian-pencapaian yang diperolehi oleh Pergerakan Pengakap MPSI ini dilihat
bukan hasil daripada usaha individu tertentu sahaja, namun ia adalah hasil kerjasama
serta sikap kepimpinan yang berlandaskan Undang-undang Pengakap yang menuntut
setiap ahlinya agar mementingkan disiplin dan sahsiah dalam berpengakap. Malahan,
ia turut dianggap sebagai hasil yang diperoleh apabila menyertai pergerakan pengakap
oleh setiap individu. Ia ditambah pula dengan galakan yang berterusan oleh
Persekutuan Pengakap Malaysia untuk mengembangkan serta memajukan lagi
pertubuhan ini di MPSI khususnya dan seluruh negara amnya.
86
BAB 5
PERANAN DAN SUMBANGAN PERGERAKAN PENGAKAP MPSI
Pengenalan
Pergerakan pengakap secara keseluruhannya merupakan pertubuhan yang bersifat
‘multi purpose’. Ini kerana, selain menjalankan aktiviti dan kegiatan yang berfaedah,
ia juga memainkan peranan dalam aspek perkhidmatan dan kebajikan awam. Malahan,
ia menjadi salah satu asas dalam pergerakan pengakap. Begitu juga dengan
perkembangan Pergerakan Pengakap MPSI. Pelbagai peranan dan sumbangan dapat
dikaitkan dengan Pergerakan Pengakap MPSI yang sekaligus meletakkan pertubuhan
ini berada dalam kelas yang tersendiri. Peranan dan sumbangan dilihat merangkumi
terhadap aspek pergerakan pengakap kepada para pelajar MPSI. Pada peringkat ini, ia
lebih memberikan tumpuan kepada kemampuan Pergerakan Pengakap MPSI menarik
minat pelajar dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Peranan juga dijelaskan tentang
hubung kait antara Pergerakan Pengakap MPSI dan maktab tersebut. Begitu juga
dengan peranan dan sumbangan Pergerakan Pengakap MPSI kepada masyarakat di
Tanjong Malim. Hal ini kerana, pengakap adalah sebuah pertubuhan yang sentiasa
menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan awam. Demikian juga apabila
87
Pergerakan Pengakap MPSI dilihat aktif dan peka dengan isu-isu semasa apabila turut
memberikan peranan serta sumbangan kepada negara.
Peranan dan Sumbangan Kepada Pelajar MPSI
SITC Scouter Training Group atau Pusat Latihan 01 atau Kumpulan Latihan Maktab
01 merupakan satu pertubuhan yang ditubuhkan khususnya kepada pelajar-pelajar di
Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI). Oleh demikian, maka wujud kaitan yang amat
rapat dalam menjelaskan kegiatan kokurikulum pelajar-pelajar di MPSI. Tambahan
pula, pada tahun-tahun sekitar 1950-an hingga 1980-an, Pergerakan Pengakap MPSI
adalah salah satu daripada pertubuhan yang aktif dan banyak memberikan peluang
untuk ahli-ahlinya mendapatkan kemahiran di luar kelas. Bilangan ahli pergerakan
pengakap ini juga tidak pernah berkurangan walaupun ia adalah satu pertubuhan
sukarela di MPSI. Walaupun bilangan ahlinya tidak sekata sepanjang penggal
pengajian, namun ia tetap menjadi salah satu pertubuhan kokurikulum penting kepada
pelajar MPSI yang kebanyakan mereka ini berasal dari seluruh Semenanjung Tanah
Melayu, Singapura serta Brunei bagi mengikuti ilmu keguruan selama tiga tahun.209
Sejak ditubuhkan pada 1929 lagi, ia mula memainkan peranan dan sumbangan
kepada para pelajar MPSI. Jadi, hal ini berterusan selepas ia ditubuhkan kembali pada
tahun 1953 dengan perkembangan dan peranan yang lebih aktif lagi. Peranan dan
sumbangan yang paling penting kepada pelajar di MPSI ialah pertubuhan pengakap
menjadi salah satu tempat atau medium untuk mereka yang berminat dengan kegiatan
luar meluaskan pengalaman selain mengisi masa lapang. Hal ini dapat dilihat pelbagai 209 Atondra, Ringkasan Pengakap Selangor, Petaling Jaya, Persatuan Kebajikan Penulis Muda Selangor (KEMUDI), 1990, hlm. 6.
88
aktiviti pengakap yang dijalankan merangkumi perkhemahan, pengembaraan dan
lawatan, kemahiran berkawad, pembentukan sahsiah diri, kemahiran berkomunikasi
dan latihan kepimpinan. Malahan, terdapat beberapa aktiviti pengakap bersifat
tahunan seperti Kursus Latihan Permulaan (K.L.P), perkhemahan di luar MPSI,
pengembaraan dan juga camp fire.210
Selain itu, peranan dan sumbangan juga dapat dikaitkan dengan tujuan utama
penubuhan pergerakan pengakap di MPSI, iaitu melatih ahli-ahli pengakap MPSI
yang juga bakal guru untuk menjadi seorang pemimpin pengakap di sekolah kelak.211
Jadi, bagi pelajar yang menyertai Pergerakan Pengakap MPSI, mereka akan
memperolehi pengalaman serta kemahiran berpengakap, dalam masa yang sama juga
melatih diri menjadi seorang pemimpin. Hal ini dilihat kepada bekas pelajar (SITC)
MPSI iaitu Wahi B. Long, setelah menamatkan pengajian di situ, beliau membuat
permohonan untuk menjadi guru di MPSI sekaligus menjadi pemimpin pengakap di
situ. Semasa menjadi pelajar di MPSI antara tahun 1940-an, beliau juga terlibat dalam
Pergerakan Pengakap MPSI dan menjalani latihan serta kursus pemimpin pengakap
pada masa itu. Setelah menjawat jawatan sebagai guru di MPSI, beliau meneruskan
minatnya apabila menjadi salah seorang pemimpin pengakap yang disegani oleh ahli-
ahlinya.212
Demikian juga dengan meningkatkan sahsiah diri, memupuk nilai-nilai murni
serta sentiasa memberikan pertolongan. Ia adalah aspek penting yang amat
210 Chendera Mata MPSI 1959, hlm. 80-81. 211 Chendera Mata MPSI 1957, hlm. 61. 212 Wahi B. Long berasal dari Selangor dan merupakan bekas pelajar di SITC (MPSI). Beliau mula menjadi guru di MPSI pada tahun 1941. Ahmad Bin Abdullah, Kenang2an di-College Tanjong Malim. Tanjong Malim, Lot 128 Slim Road, 1956, hlm. 43.
89
dititikberatkan dalam pergerakan pengakap secara amnya. Aspek-aspek ini menjadi
salah satu perkara yang ditekankan dalam Pergerakan Pengakap MPSI. Kebanyakan
aspek ini banyak diajar dalam Kursus Latihan Permulaan dan juga perjumpaan
pengakap yang diadakan pada setiap hujung minggu. Ia merangkumi satu sistem nilai
berdasarkan prinsip-prinsip rohaniah, sosial dan peribadi, seperti yang dihasrat dan
termaktub dalam Persetiaan Pengakap dan Undang-undang Pengakap.213
Sesungguhnya Pergerakan Pengakap MPSI ini berfungsi membuka dan
membina minda serta pengalaman melalui pelbagai aktiviti yang diterap serta diajar
berasaskan kepengakapan. Hal ini kerana, aktiviti pengakap di MPSI ini sentiasa
memberi peluang kepada ahlinya untuk mengembara sama ada dalam atau luar negeri.
Dalam negeri contohnya, tempat yang menjadi tumpuan ialah di Cameron Highlands,
Pulau Langkawi, Bukit Fraser dan Kuala Lumpur.214 Manakala di luar negara,
biasanya ahli pengakap ini terpilih untuk menyertai jambori pengakap peringkat
antarabangsa. Contohnya di Los Banos, Filipina dan di Australia.215 Melalui program-
program sedemikian, ahlinya akan memperolehi pengalaman serta membuka minda
tentang keadaan dan persekitaran. Peranan sebegini menyebabkan Pergerakan
Pengakap MPSI juga secara tidak langsung bertindak sebagai Duta MPSI dan
Pengakap Malaysia sekaligus mengharumkan nama institusi serta pertubuhan tersebut.
Dalam aspek kokurikulum, Pergerakan Pengakap MPSI menjadi satu
pertubuhan beruniform yang penting dan sentiasa menjadi batu loncatan kepada
213 Jauhar Mohd Yassin, “Secebis Dan Sepintas Lalu Perihal Pergerakan Pengakap Serta Pentadbiran & Pergerakan Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM)”, Kertas Kerja Pesuruhjaya Antarabangsa PPM, Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, Kuala Lumpur, 2006, hlm. 4. 214 Chendera Mata MPSI 1959, hlm. 81. 215 Ibid., hlm. 87.
90
ahlinya dalam mengaplikasikan kemahiran dan aspek kepimpinan yang diajar dalam
pengakap untuk terlibat dalam kegiatan lain. Ini kerana terdapat ramai ahli pengakap
menjawat jawatan penting dalam persatuan lain yang terdapat di MPSI.216 Menurut
Encik Nasaruddin B. Shamsuddin, beliau menjelaskan bahawa banyak persatuan
pelajar pada penghujung tahun 1970-an dan awal 1980-an dikuasai oleh mereka yang
juga ahli pengakap di MPSI.
Sebagai contoh dalam kepimpinan Persatuan Penuntut Maktab Perguruan
Sultan Idris (PPMPSI), Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Tawarikh, Persatuan
Bahasa Inggeris, Kelab Teater, dan beberapa lagi persatuan dan pertubuhan di MPSI.
Ini termasuklah penglibatan dalam kegiatan sukan dan permainan seperti bola sepak,
badminton, ragbi dan sebagainya. Hal ini dapat dikaitkan dengan sikap Pemimpin
Pengakap MPSI yang mementingkan penglibatan pengakap agar mempelajari semua
kegiatan kokurikulum pada masa itu.217
Pergerakan Pengakap MPSI juga muncul sebagai pertubuhan yang terbaik
apabila diumumkan sebagai pertubuhan yang paling aktif kegiatannya pada tahun
1979 dan 1980. Pada masa itu juga, ramai di antara ahlinya yang mendapat
kecemerlangan dalam akademik. Ketika inilah pergerakan pengakap dianggap
mencapai kemuncak dalam pencapaian kokurikulum di MPSI apabila mendapat
pelbagai anugerah dan juga penghargaan oleh pentadbiran MPSI. Dalam hal ini,
216 Temu ramah dengan Tuan Haji Megat Khas B. Megat Mahayuddin, pada 11 September 2007. 217 Pada masa itu, kebanyakan ahli pengakap pada penghujung tahun 1970-an dan awal 1980-an terdiri daripada mereka yang pernah bekerja serta mempunyai pengalaman mentadbir atau menguruskan sesebuah pertubuhan dan persatuan sukarela. Temu ramah dengan En. Nasaruddin Shamsuddin pada 28 Ogos 2007.
91
walaupun ahlinya sentiasa mengadakan aktiviti, namun aspek akademik tidak
diabaikan kerana ia menjadi faktor utama bagi menjadi guru di sekolah kelak.218
Aktiviti kokurikulum seperti pergerakan pengakap ini disifatkan sebagai satu
perkhidmatan yang menyumbang kepada pembangunan kemasyarakatan. Jadi, ahli
pengakap yang menyertai aktiviti akan berasa puas memberikan khidmat sosial sama
ada dalam bentuk projek dan sebagainya, lebih-lebih lagi jika mereka diiktiraf dan
diberi penghargaan.219
Peranan dan Sumbangan Kepada MPSI
Pergerakan Pengakap MPSI merupakan antara pertubuhan beruniform terawal yang
ditubuhkan sejak zaman Sultan Idris Training College lagi. Pelbagai aktiviti yang
dianjurkan oleh MPSI pada masa itu disertai oleh pergerakan pengakap.220 Hal ini
berterusan sehingga pertubuhan ini ditubuhkan sekali lagi pada tahun 1953. Pelbagai
peranan dan sumbangan dapat dijelaskan terutamanya berkaitan dengan MPSI. Ini
kerana, maktab tersebut adalah tempat tumpuan latihan dan perjumpaan Pergerakan
Pengakap MPSI. Peranan dan sumbangan ini dilakukan sama ada secara langsung
ataupun tidak langsung. Peranan secara langsung Pergerakan Pengakap MPSI ialah
apabila dipanggil untuk membantu sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh pentadbiran
MPSI. Manakala peranan dan sumbangan secara tidak langsung pula berkaitan dengan
kerja-kerja kebajikan atau bantuan secara adhoc.
218 Temu ramah dengan En. Nasaruddin Shamsuddin pada 28 Ogos 2007. 219 Adnan Kamis, “Aktiviti Kokurikulum Dasar KBSM: Ke Arah Kemantapan Insan Seimbang”, dlm Adnan Kamis, Aktiviti Kokurikulum Dasar KBSM, Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 261. 220 Sel. Sec. General 154/1937, Annual Report SITC For The Year 1936, hlm. 14.
92
Antara peranan dan sumbangan utama Pergerakan Pengakap MPSI ialah
terlibat dalam Sukan Agong Maktab yang merupakan satu acara tahunan di MPSI.221
Ini dilihat pada 11 Ogos 1956 apabila seramai 50 pengakap telah membantu
kelancaran Sukan Agong Maktab.222 Begitu juga pada 30 Julai 1960, ahli pengakap
sekali lagi bertindak membantu dalam mengawasi kelancaran Sukan Agong
Maktab.223 Bantuan semasa berlangsungnya Sukan Agong Maktab ini sentiasa
diberikan pada setiap tahun yang sekaligus menjadikan Pergerakan Pengakap MPSI
ini berperanan dalam menyumbangkan bantuan dari segi tenaga dan juga kepakaran
terutamanya dalam hal pengendalian sesuatu aktiviti semasa sukan berlangsung
seperti petugas kawalan keselamatan, penyambut tetamu, terlibat dalam perbarisan
dan lain-lain lagi.224 Kebanyakan bantuan yang diberikan pada masa itu tidak dibayar
atau diberi sebarang imbuhan, kerana prinsip pergerakan pengakap dalam kerja
kebajikan biasanya tidak memerlukan upah atau ganjaran seumpamanya.
Di samping itu, terdapat juga peranan dan sumbangan yang dilihat amat
penting di MPSI iaitu menjaga keselamatan MPSI. Ini dilihat apabila pergerakan
pengakap terlibat dalam ‘Pasukan Kawalan Kawasan Maktab’ yang ditubuhkan pada
Oktober 1963 oleh Pengetua MPSI ketika itu iaitu Encik Mohd Zain B. Abdul
Rashid.225 Ia diwujudkan kerana pada masa itu, keadaan di Malaysia dianggap masih
221 Norasiah Bt. Abdullah, “Maktab Perguruan Sultan Idris Dari Segi Kurikulum dan Kokurikulum (Uniform)”, Kertas Kerja Sejarah Tempatan, Institut Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim, 1988, hlm. 26. 222 Chendera Mata MPSI 1957, hlm. 62. 223 Chendera Mata MPSI 1960, hlm. 57. 224 Temu ramah dengan Tuan Haji Megat Khas B. Megat Mahayuddin, pada 11 September 2007. 225Beliau adalah antara ahli-ahli yang bergiat aktif dalam pergerakan pengakap sehingga dihantar ke Gilwell Park, England pada tahun 1948 dan 1960. Beliau juga pernah menjadi Akela Leader iaitu satu jawatan tinggi dalam pergerakan pengakap di Malaysia. Raja Ahmad Shalaby, Siti Zabeda Ibrahim & Mohd Zuber Zain, Tokoh-Tokoh Nusantara, Tanjong Malim, Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2004, hlm. 51.
93
dalam berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan yang berlaku terutamanya
berkaitan dengan konfrontasi daripada Indonesia dan juga serangan pihak komunis.226
Di samping itu, peranan dan sumbangan Pergerakan Pengakap MPSI juga
dapat dilihat dalam Perbarisan Kehormatan Hari Keputeraan Ke-Bawah Duli Yang
Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 4 Jun 1958 yang
diadakan di Padang MPSI.227 Begitu juga dengan perbarisan menyambut tetamu-
tetamu daripada luar seperti kedatangan Pesuruhjaya Tinggi Pakistan, Mejar Jeneral
Nawabzada Muhammad Sher Khan pada 16 Januari 1960, diikuti lawatan Menteri
Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu ketika itu, iaitu Encik Abdul Rahman Talib pada
12 Mei 1960.228 Pergerakan Pengakap MPSI juga terlibat dalam Perayaan Jubli Emas
yang diadakan pada 20hb Julai 1973 iaitu dalam perbarisan menyambut Tun Abdul
Razak yang merupakan Perdana Menteri Malaysia ketika itu.229
Begitu juga dengan peranan dan sumbangan yang dijalankan berkaitan dengan
aktiviti gotong-royong dalam kawasan MPSI. Pada setiap penggal pengajian di MPSI,
bahagian pentadbiran sentiasa mengadakan aktiviti ini bertujuan menjaga kebersihan
dan juga mencantikkan sekeliling MPSI terutamanya di kawasan Perpustakaan Za’ba,
Bangunan Suluh Budiman, kelas dan juga sekitar kawasan asrama. Biasanya aktiviti
ini dijalankan bersama-sama pertubuhan lain seperti St. John Ambulans, Kadet Bomba
dan sebagainya.230 Begitu juga dengan penganjuran beberapa persembahan yang
226 Pasukan ini tidak hanya melibatkan pengakap sahaja, ia turut disertai oleh pensyarah, kakitangan maktab, para pelajar MPSI, guru-guru Sekolah Dato’ Abdul Razak dan juga murid-muridnya. Chendera Mata MPSI 1965, hlm. 85. 227 Chendera Mata MPSI Disember 1958, hlm. 20. 228 Ibid., hlm. 15. 229 Jabatan Penerangan Malaysia No. Fail 2001/0042165, Perayaan Jubli Emas MPSI pada 20 Julai 1973. 230 Temu ramah dengan Tuan Haji Megat Khas B. Megat Mahayuddin, pada 11 September 2007.
94
dilangsungkan serta dipersembahkan untuk para pelajar di MPSI seperti Gang Show
dan Grand Camp Fire.231 Kelebihan mengadakan persembahan ini disebabkan
Pergerakan Pengakap MPSI mempunyai kumpulan muziknya yang tersendiri,
tambahan pula, pemimpin bagi kumpulan muzik ini diketuai oleh Encik Syafie B.
Tasi, yang merupakan salah seorang Pesuruhjaya Ibu Pejabat dan Ketua Pemimpin
Pengakap MPSI.232 Tidak hairan apabila Pergerakan Pengakap MPSI diberikan
penghormatan untuk menganjurkan persembahan-persembahan di maktab dan juga
sekitar Tanjong Malim, contohnya ‘Pesta Muzik’ yang diadakan pada 1964.233
Demikian juga dengan membantu mengharumkan nama MPSI sebagai satu
institusi yang aktif dalam kegiatan kokurikulum. Ini dapat dijelaskan apabila
Pengakap MPSI sentiasa mengadakan aktiviti luar seperti lawatan, pengembaraan dan
sebagainya. Ini dapat dilihat dalam peranan dan sumbangan kepada masyarakat di
sekitar Tanjong Malim seperti aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan 234 Malahan
Pergerakan Pengakap MPSI mempunyai hubungan yang baik dengan Persekutuan
Pengakap Malaysia yang beribu pejabat di Rumah B-P, Kuala Lumpur. Hubungan ini
dapat dikaitkan dengan kursus-kursus yang dianjurkan oleh MPSI bersama-sama
Bahagian Ibu Pejabat PBBPM yang sering diadakan di Kem Semangat.235
231 Chendera Mata MPSI 1958, hlm. 80. 232 Penubuhan kumpulan muzik ini telah membawa kepada pengasasan kumpulan muzik di MPSI. Ibid., hlm. 97. 233 Chendera Mata MPSI 1964, hlm. 101. 234 Pelbagai aktiviti yang melibatkan masyarakat sekitar Tanjong Malim bersama-sama Pergerakan Pengakap MPSI diadakan. Temu ramah dengan Tuan Haji Megat Khas B. Megat Mahayuddin, pada 11 September 2007. 235 Chendera Mata MPSI 1957, hlm. 63.
95
Peranan dan Sumbangan Kepada Masyarakat Tanjong Malim
Hubungan yang baik dengan masyarakat di sekitar Tanjong Malim umumnya
merupakan sesuatu perkara yang sentiasa diberi perhatian oleh Pergerakan Pengakap
MPSI. Begitu juga hubungan yang diwujudkan dengan Persekutuan Pengakap
Malaysia Negeri Perak.236 Hal ini dapat dilihat dalam peranan dan sumbangan yang
diberikan oleh Pengakap MPSI merangkumi tenaga, wang dan juga masa. Keadaan
sebegini sudah menjadi kewajipan bagi ahlinya yang menekankan kepada prinsip
Persetiaan Pengakap iaitu ‘menolong orang pada setiap masa’.237 Peranan dan
sumbangan mereka banyak tertumpu kepada membuat kerja gotong-royong seperti
membersihkan kawasan Hospital Tanjong Malim, kawasan perkuburan Kampung
Ketoyong dan sebagainya.238
Selain itu, khidmat Pengakap MPSI sering kali diperlukan oleh masyarakat di
sekitar Tanjong Malim terutamanya semasa mengadakan acara atau majlis-majlis
tertentu. Sebagai contohnya, pada 30 Jun 1956, ahli pengakap MPSI seramai 50 orang
telah terlibat dalam Upacara Perasmian Jam Besar Tanjong Malim.239 Mereka
dijemput untuk terlibat dalam perbarisan dan juga membantu melancarkan upacara
perasmian tersebut.
Pada 10 hingga 27 September 1956 pula, seramai 18 ahli pengakap MPSI telah
berkhidmat di pusat pendaftaran Gerakan Lampu Suluh di Tanjong Malim. Gerakan
236 Temu ramah dengan En. Nasaruddin Shamsuddin, pada 28 Ogos 2007. 237 Temu ramah dengan Tuan Haji Megat Khas B. Megat Mahayuddin, pada 11 September 2007. 238 Norasiah Bt. Abdullah, “Maktab Perguruan Sultan Idris Dari Segi Kurikulum dan Kokurikulum (Uniform)”, Kertas Kerja Sejarah Tempatan, Institut Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim, 1988, hlm. 26. 239 Chendera Mata MPSI 1957, hlm. 62.
96
ini merupakan satu program yang dijalankan oleh Majlis Bandaran Tanjong Malim. Ia
dilaksanakan bertujuan memantau dan menghubungkan masyarakat di sekitar kawasan
tersebut. Ia dilakukan secara bergilir-gilir selama 17 hari.240 Pada 4 Jun 1958,
Pergerakan Pengakap MPSI terlibat dalam ‘Minggu Kebajikan Tanjong Malim’
apabila bersama-sama membantu Majlis Bandaran Tanjong Malim mengawal
keselamatan semasa program ini berlangsung.241 Pergerakan Pengakap MPSI juga
turut terlibat dalam Hari Sambutan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang
diadakan di Tanjong Malim pada 31 Ogos 1960. Dalam sambutan ini, Pergerakan
Pengakap MPSI terlibat dalam perarakan yang disertai oleh Persatuan-persatuan
Badan Beruniform MPSI dan juga badan-badan lain seperti Majlis Bandaran Tanjong
Malim, sekolah-sekolah sekitar Tanjong Malim dan sebagainya.242
Pergerakan Pengakap MPSI juga sentiasa mengadakan kerja-kerja kebajikan di
sekitar Tanjong Malim. Antara aktiviti yang melibatkan masyarakat sekitar ialah
semasa menjalankan ‘Minggu Kerja Pengakap’. Minggu kerja ini sentiasa diadakan
pada setiap tahun dan menjadi aktiviti tahunan Pergerakan Pengakap MPSI. Biasanya
ia dilakukan pada setiap pertengahan tahun seperti bulan Mei dan Jun. Tempoh
mengadakan minggu kerja ini hanya selama dua minggu sahaja. Pergerakan pengakap
memulakan minggu kerja ini buat pertama kali pada tahun 1956.243 Selepas itu,
kegiatan ini berterusan pada tahun pada 1957 dan 1958.244 Tumpuan sasaran aktiviti
ini ialah di kawasan Pekan Tanjong Malim, Ulu Bernam, Kampung Ketoyong,
240 Chendera Mata MPSI 1957, hlm. 62. 241 Chendera Mata MPSI 1958, hlm. 9. 242 Chendera Mata MPSI 1960, hlm. 57. 243 Chendera Mata MPSI 1957, hlm. 62. 244 Chendera Mata MPSI 1958, hlm. 81.
97
Kampung Kubu dan Kampung Berop.245 Ahli pengakap akan bergerak dalam pecahan
beberapa kumpulan atau dipanggil sebagai ‘Patrol’. Oleh yang demikian, pengakap-
pengakap tersebut akan tersebar ke seluruh kawasan di sekitar Tanjong Malim dan
juga Ulu Bernam.246
Dalam menjalankan kerja-kerja kebajikan ini, antara perkara yang sering
dilakukan ialah membersihkan kawasan persekitaran rumah-rumah persendirian serta
mencuci longkang dan perparitan. Biasanya ahli pengakap akan mendapat upah
sebagai bayaran hasil kerja yang dilakukan.247 Perkara penting dalam menjalankan
minggu kerja ini ialah, Pengakap MPSI dapat menjalinkan hubungan yang baik
dengan masyarakat di sekitar Tanjong Malim dan sekaligus pertubuhan mereka akan
dikenali oleh masyarakat sekitarnya.
Peranan dan sumbangan penting dalam memajukan pergerakan pengakap di
sekolah-sekolah sekitar Tanjong Malim juga dilakukan oleh Pergerakan Pengakap
MPSI. Antara sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim, Sekolah
Dato’ Abdul Razak dan Methodist Boys School Tanjong Malim.248 Hal ini dijelaskan
bahawa, penubuhan Pergerakan Pengakap MPSI ialah bagi melatih ahlinya menjadi
pemimpin di sekolah kelak. Jadi, hal ini memerlukan mereka untuk membuat latihan
praktikal untuk membiasakan diri dan keadaan apabila dilantik menjadi pemimpin
pengakap sekolah.
245 Temu ramah dengan Tuan Haji Megat Khas B. Megat Mahayuddin, pada 11 September 2007. 246 Ibid. 247 Ibid. 248 Chendera Mata MPSI 1962, hlm. 90.
98
Jadi, apabila pihak pentadbiran sekolah meminta bantuan daripada Pengakap
MPSI untuk mengajar ilmu kepengakapan bagi murid-murid di sekolah-sekolah
tersebut, ia dianggap sebagai satu latihan permulaan pemimpin pengakap dan secara
tidak langsung mereka telah memberi sumbangan kepada sekolah tersebut. Ini
dijelaskan pada tahun 1959, seramai 15 ahli pengakap dipilih untuk mengajar ilmu
kepengakapan di tiga buah sekolah tersebut.249 Dijelaskan bahawa, pada masa itu,
Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim dan Sekolah Dato’ Abdul Razak berada di dalam
kawasan MPSI secara sementara atas peruntukan sebagai Sekolah Menengah
Melayu.250
Peranan dan Sumbangan Kepada Negara
Pergerakan Pengakap MPSI dianggap sebagai sebuah pertubuhan yang mempunyai
peranan dan sumbangan besar sehinggakan dianggap sebuah kubu dan pusat latihan
utama melahirkan pemimpin-pemimpin pengakap yang berkaliber melalui latihan-
latihan kepengakapan yang sentiasa diadakan setiap tahun.251 Hal ini sebenarnya
berlaku apabila sebahagian besar Pengakap MPSI yang menamatkan pengajian telah
tersebar ke seluruh negara termasuklah Singapura dan Brunei. Kesinambungan
penglibatan dalam pengakap juga berlaku contohnya kepada guru-guru lepasan MPSI
yang mengajar di Selangor apabila mereka mendapat latihan lanjutan kepengakapan
seperti Kursus Latihan Wood Badge Peringkat Tiga dan juga Peringkat 4A di Kem
Purdy, Singapura yang merupakan antara kem pengakap terkenal pada masa itu.252
249 Chendera Mata MPSI 1959, hlm. 81. 250 Temu ramah dengan Tuan Haji Megat Khas B. Megat Mahayuddin, pada 11 September 2007. 251 Temu ramah dengan Tuan Haji Jauhar B. Md Yassin, pada 14 Ogos 2007. 252 Mohd Zamzamy Bin Abdullah Sapar, “Sejarah Pergerakan Pengakap 1968 Hingga 1998: Satu Kajian Kes di Negeri Selangor”, Sarjana Sastera, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 2003, hlm. 22.
99
Latihan kepengakapan peringkat kebangsaan sering diadakan oleh Pergerakan
Pengakap MPSI. Latihan itu merangkumi seperti Kursus Latihan Permulaan (Anak
Serigala dan Pengakap), Kursus Wood Badge dan sebagainya yang diadakan di Kem
Coronation (Pulau Pinang),253 Kem Maju (Perak), Kem Diamond Jubli Park (Johor),
Kem Kijang (Kelantan) dan Kem Semangat (Cheras). Biasanya ia diadakan bersama-
sama dengan unit pengakap lain seperti dari Selangor, Kuala Lumpur dan juga
sekolah-sekolah sekitar ibu kota.254 Pemimpin dan Penolong-penolong Pemimpin
Pengakap MPSI juga sering dipanggil oleh Ibu Pejabat PBBPM untuk membantu
dalam mengelola kursus-kursus lain di peringkat Malaysia yang diadakan di Kem
Semangat. Malahan, ada di antara mereka yang dihantar ke maktab lain seperti
Maktab Perguruan Bahasa di Kuala Lumpur untuk mengembangkan pergerakan
pengakap contohnya Encik Abdul Razak B. Abdul Hamid.255
Apabila dilihat peranan dan sumbangan secara individu kepada negara,
Pergerakan Pengakap MPSI dianggap sebagai tempat melahirkan pemimpin peringkat
kebangsaan. Antaranya ialah Encik Yusof B. Ahmad (bekas Penolong Pengetua
Melayu Pertama MPSI)256 dan Encik Zainal Abidin B. Ali (bekas Pengetua MPSI)257
yang merupakan bekas Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara.258 Begitu juga dengan
253 Keluasan kem ini ialah sekitar 12 ekar. Laporan Tahunan Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia (Boy Scouts Association of Malaysia) 1970/1971, hlm. 14. 254 Penyertaan biasanya bergantung kepada tempat kursus tersebut diadakan. Sekiranya ia diadakan di Kem Jubli Park (Johor), maka ramai penyertaan akan melibatkan pengakap dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Temu ramah dengan Tuan Haji Megat Khas B. Megat Mahayuddin, pada 11 September 2007. 255 Chendera Mata MPSI 1960, hlm. 56-57. 256 Ramlah Adam, Maktab Melayu Melaka, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, hlm. 94. 257 Chendera Mata MPSI 1958, hlm. 5-6. 258 Temu ramah dengan Tuan Haji Jauhar B. Md Yassin, pada 14 Ogos 2007.
100
Encik Abdul Razak B. Abdul Hamid, Encik Wahi B. Long, Encik Syafie B. Tasi259
dan Encik Abdul Rahim B. Darus. Mereka ini merupakan antara pengakap yang
memimpin Pergerakan Pengakap MPSI sehingga berjaya menjawat jawatan tinggi
dalam Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia pada masa itu.260 Peranan dan
sumbangan pemimpin ini amat besar dalam memajukan pergerakan pengakap di
Malaysia umumnya dan MPSI khasnya.
Di samping itu, Pergerakan Pengakap MPSI turut menghulurkan derma kepada
Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia sebanyak $50 bagi keperluan
kelengkapan Ibu Pejabat PPM, Rumah B-P di Davidson Road (Jalan Hang Jebat),
Kuala Lumpur.261 Selain itu, Pengakap MPSI juga mengumpulkan pakaian dan
barangan untuk didermakan kepada mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur pada 25
Januari 1967. Ahli pengakap mengumpul pakaian terpakai ini daripada pelajar-pelajar
MPSI dan juga penduduk di sekitar Tanjong Malim seterusnya disalurkan kepada
mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur seperti Terengganu dan Kelantan.262
Secara keseluruhannya, Pergerakan Pengakap MPSI mempunyai peranan dan
sumbangan yang tidak kira sama ada untuk ahli pengakapnya sendiri, sumbangan
kepada maktab, masyarakat di sekitar Tanjong Malim dan juga di peringkat Malaysia.
Hal ini dapat dikaitkan dengan sahsiah dan moral yang diterapkan dalam ilmu-ilmu
259 Ketiga-tiga mereka ini adalah guru-guru selepas Perang Pasifik iaitu Abdul Razak B. Abdul Hamid bermula sebagai guru pada 1948, Wahi B. Long (1941) dan Syafie B. Tasi (1946). Mohd Zuber Zain, Aspek Kebitaraan, Tanjong Malim, Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2003, hlm. 105. 260 Mereka telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Ibu Pejabat dan juga Akela Leader. Temu ramah dengan Tuan Haji Megat Khas B. Megat Mahayuddin, pada 11 September 2007. 261 Chendera Mata MPSI 1957, hlm. 63. 262 Chendera Mata MPSI 1967, hlm. 90.
101
kepengakapan untuk menjadi insan yang berguna. Sesungguhnya mereka berpegang
kepada kata-kata Lord Baden Powell iaitu :-
Tuhan akan memimpin dan membantumu di dalam kerja-kerjamu, dan tuhan akan menolong kamu apabila kamu berbuat kebajikan.263
Kesimpulan
Pengakap disifatkan satu pertubuhan yang amat mementingkan kebajikan dan juga
perkhidmatan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan kerana ia
berketepatan dengan Persetiaan Pengakap. Perkara ini diterjemahkan dengan baik oleh
Pergerakan Pengakap MPSI yang melaksanakan peranan serta memberi sumbangan
dalam pelbagai bentuk. Ia meliputi peranan dan sumbangan kepada para pelajar MPSI
sendiri yakni berkaitan dengan fungsi pergerakan pengakap ini iaitu mengisi masa
lapang dan juga sebagai satu aktiviti kokurikulum semasa belajar di MPSI. Selain itu,
peranan dan sumbangan terarah kepada MPSI sendiri yang dilihat berlaku secara
langsung atau tidak langsung.
Peranan kepada MPSI dianggap sebagai satu perkara penting dan
penghormatan kepada pergerakan pengakap kerana ia menunjukkan akan kewujudan
serta fungsi pergerakan pengakap itu sendiri. Begitu juga dengan peranan dan
sumbangan kepada masyarakat terutamanya di sekitar Tanjong Malim. Peranan ini
dilihat sekaligus menunjukkan sikap serta kebaikan pergerakan pengakap. Pada
peringkat kebangsaan, peranan dan sumbangan diberikan dari segi penyediaan ahli- 263 Jessica Kang Tan Hooi Sim & Mohd Sofian Omar Fauzee, “Bagaimana Kegiatan Kokurikulum Pengakap Membentuk Keperibadian Berkaliber”, dlm Mohd Sofian Omar Fauzee, Aminuddin Yusof & Borhan Yusof, Kepentingan dan Keperluan Aktiviti Kokurikulum di Sekolah, Shah Alam, Karisma Publications Sdn. Bhd, 2000, hlm. 79.
102
ahli pengakap untuk ditauliahkan sebagai pemimpin pengakap peringkat sekolah di
samping turut menyalurkan bantuan derma dan juga tenaga.
Penutup
Secara keseluruhannya didapati bahawa Pergerakan Pengakap MPSI merupakan salah
satu tempat latihan utama bakal guru yang belajar untuk dididik menjadi pemimpin
pengakap sekolah kelak. Sesungguhnya pengakap ini merupakan pertubuhan yang
sentiasa mendapat tempat dalam kalangan pelajar yang merupakan golongan yang
mempunyai keinginan untuk meneroka, mengkaji dan memajukan diri mereka. Ini
amat bersesuaian dengan aktiviti yang dianjurkan oleh pengakap iaitu menyediakan
program yang penuh dengan aktiviti agar seiring dengan kehendak ahlinya.264 Maka,
ini disifatkan sebagai salah satu peranan guru lepasan MPSI yang pernah terlibat
dengan pengakap di maktab tersebut untuk mengembangkannya ke sekolah-sekolah.
Bagi mereka yang menyertai kokurikulum pengakap di MPSI ini, ia menjadi
suatu aktiviti yang amat berguna. Mereka bukan sahaja dapat memenuhi masa lapang
dengan kegiatan-kegiatan yang dianjurkan, malah mendedahkan kepada mereka
dengan pengalaman dan pengetahuan yang berfaedah.265 Kebanyakan ahli pengakap
di MPSI didedahkan dengan aspek sedemikian yang menjadikan mereka insan yang
mempunyai pengalaman dan prinsip kehidupan yang berlandaskan disiplin pengakap.
Ia menuntut setiap ahlinya agar melihat dunia dengan penuh imaginasi dan perasaan
264 Zulzila Zulkifli, “Pengakap Diiktiraf Seluruh Dunia”, Dewan Siswa, hlm. 10-13, Ogos 1998. 265 Abdul Razak, “Ekspedisi Pupuk Nilai Murni”, Harian Metro, hlm. 18, Januari 1995.
103
ingin tahu. Melalui perasaan sebegini, ahli pengakap boleh menempuh pelbagai
cabaran dengan perasaan yang bersemangat.266
Demikian juga dengan aspek pengurusan pentadbiran pertubuhan pengakap
yang memastikan Pergerakan Pengakap MPSI sentiasa berada dalam kelas yang
tersendiri terutamanya sebagai unit beruniform paling berpengaruh di MPSI bermula
penubuhan pada tahun 1953 lagi sehingga 1980. Perkara penting berkaitan Pengakap
MPSI bermula daripada tahun tersebut merupakan satu peringkat kegemilangan dalam
pelbagai aspek bersama-sama dengan Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia
yang dianggap sebagai tulang belakang bagi melahirkan pemimpin-pemimpin
pengakap. Dijelaskan juga bahawa, walaupun menjadi pertubuhan yang aktif, namun
ahli-ahlinya juga sentiasa cemerlang dalam bidang akademik yang dilihat berjaya
melahirkan tokoh-tokoh terkenal di Malaysia selain penglibatan dalam pengakap.
Penganjuran pelbagai aktiviti pengakap, kursus, latihan kepimpinan,
persidangan, jambori, perkhemahan dan sebagainya menjadi ia satu landasan kukuh
dalam meneruskan kesinambungan pertubuhan ini dan dapat bertahan dengan lebih
lama di MPSI. Semua perancangan ini juga dapat dilihat oleh peranan pemimpin-
pemimpin utama mereka yang dilihat bertaraf kebangsaan seperti Md. Yusof B.
Ahmad, Zainal Abidin B. Ali, Abdul Razak Abdul Hamid dan lain-lain lagi.
Penekanan terhadap sikap kerja berpasukan sememangnya menjadi kewajipan kepada
semua pengakap dalam menyertai aktiviti yang dianjurkan. Sikap ini penting bagi
menghadapi suasana yang lebih mencabar pada masa akan datang. Dengan cara itu,
ahli pengakap akan lebih berkeyakinan untuk berbincang, menyuarakan permasalahan
266 Norhasliza, “Korobori dan XPDC Pengakap”, Mingguan Kanak-Kanak, hlm. 17, Ogos 1995.
104
serta pendapat mengenai sesuatu perkara kepada rakan bagi membantu meningkatkan
hasil kerja mereka.267
Peranan dan sumbangan serta kejayaan Pengakap MPSI adalah hasil yang
paling bererti untuk ahli-ahlinya. Bermula dalam peringkat maktab, seterusnya kepada
peringkat kebangsaan dengan pelbagai aktiviti dan kegiatan yang bermanfaat telah
memajukan dan membawa kepada kegemilangan Pengakap MPSI. Sesungguhnya
Pergerakan Pengakap MPSI ini tidak terhenti sehingga tahun 1980 sahaja. Ia masih
berterusan pada tahun-tahun seterusnya sehingga penubuhan Institut Pendidikan
Sultan Idris (IPSI) pada tahun 1987. Selepas itu, apabila IPSI dinaikkan taraf sebagai
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 1 Mei 1997, pergerakan pengakap ini
ditukarkan kepada nama lain iaitu Kumpulan Latihan Kelana Siswa Malaysia
(KLKM) Ke-16 dengan gelaran “Oscar Rovers”.268 Pada masa kini, Pengakap
KLKM telah melalui satu fasa baru yakni dalam keadaan yang berbeza dengan era
atau zaman permulaan penubuhan pergerakan pengakap di MPSI, walaupun begitu,
tujuan utama masih lagi dikekalkan iaitu melahirkan golongan pemimpin pengakap
untuk diserapkan di sekolah-sekolah kelak.
267 Zalma Abdul Rahman & Aminuddin Yusof, “Pergerakan Pengakap Melahirkan Generasi Berketrampilan”, dlm Mohd Sofian Omar Fauzee, Aminuddin Yusof & Borhan Yusof, Kokurikulum: Peranan dan Implikasi, Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd, 2002, hlm. 34. 268 Penubuhan Kumpulan Latihan Kelana Siswa Malaysia (KLKM) ini tertakluk di bawah Seksyen 52 Perlembagaan yang disahkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Statut Universiti Pendidikan Sultan Idris (Badan-Badan Pelajar) 1998 (Perenggan 19), Borang 4, Sijil Pendaftaran Badan Pelajar. (Lihat lampiran 17).
105
BIBLIOGRAFI Sumber Primer Annual Report of Sultan Idris Training College, Tanjong Malim For 1946. Annual Report SITC For The Year 1936. Annual Report SITC-1949. Chendera Mata MPSI, (Bil. 10), April 1928. Chendera Mata MPSI, April 1930. Chendera Mata MPSI, (Bil. 17), September 1931. Chendera Mata MPSI, (Bil 19), September 1932. Chendera Mata MPSI, (Bil 20), Mac 1933. Chendera Mata MPSI, Mac 1934. Chendera Mata MPSI, Februari 1937. Chendera Mata MPSI, 1947. Chendera Mata MPSI, 1948. Chendera Mata MPSI, 1953. Chendera Mata MPSI, 1954. Chendera Mata MPSI, 1957. Chendera Mata MPSI, 1958. Chendera Mata MPSI, 1959. Chendera Mata MPSI, 1960. Chendera Mata MPSI, 1961. Chendera Mata MPSI, 1962. Chendera Mata MPSI, 1963. Chendera Mata MPSI, 1964.
106
Chendera Mata MPSI, 1965. Chendera Mata MPSI, 1966. Chendera Mata MPSI, 1967. Chendera Mata MPSI, 1968. Chendera Mata MPSI, 1976. Chendera Mata MPSI, (Bil 71), 1979/80. Jabatan Penerangan Malaysia No. Fail 2001/0030195. Derma Wang dan Pakaian Untuk Mangsa Oleh Pengakap Kuala Lumpur. Jabatan Penerangan Malaysia No. Fail 2001/0034580. Dato’ Sardon Bin Haji Jubir Menyampaikan Sumbangan Kepada Tuan Nghiem My di Kuala Lumpur pada 01.05.1965. Jabatan Penerangan Malaysia No. Fail 2001/0030909. Sumbangan Kepada Persatuan Pengakap Malaysia dan Pasukan Pencinta Alam di Kuala Lumpur pada 10.08.1966. Jabatan Penerangan Malaysia No. Fail 2001/0042165. Perayaan Jubli Emas MPSI pada 20 Julai 1973. Laporan Dwi Tahunan Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia, April 1972 hingga Mac 1974. Laporan Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia, 1970/1971/1972. Laporan Tahunan 1973 Majlis Pengakap Negeri Perak (MPNP). Laporan Tahunan 1971 Majlis Pengakap Negeri Perak (MPNP). Laporan Tahunan Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia (Boy Scouts Association of Malaysia) 1970/1971. Majalah Pengakap Persekutuan Tanah Melayu (Keluaran Pertama) 1963. Maktab Perguruan Tanjong Malim Perak 1946-1964, Boy Scouting in SITC in 1949. Maktab Perguruan Tanjong Malim Perak 1946-1964, Boy Scouts Association: Changes in Constitution and Administration. Maktab Perguruan Tanjong Malim Perak 1946-1964, Boy Scouts Association Policy, Organisation and Rules Translation. Maktab Perguruan Tanjong Malim Perak 1946-1964, Re-Opening of Sultan Idris Training College at Kuala Kangsar.
107
Maktab Perguruan Tanjong Malim Perak 1946-1964, Volunteer Company – SITC. No. 3 in F. of M. B.S.A 46/48 Surat daripada Mr. E.M.F Payne, Ketua Pesuruhjaya Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu kepada Mr. Bretherton pada 18 Januari 1949. No. 311/1927 Surat Tengku Ahmad Bin Tengku Temenggong Pohon Kebenaran Hendak Mengadakan Pasukan Boy Scout (Budak Pengakap). Statut Universiti Pendidikan Sultan Idris (Badan-Badan Pelajar) 1998 (Perenggan 19), Borang 4, Sijil Pendaftaran Badan Pelajar. Buku Abdul Alim Abdul Rahim. 1992. Panduan Perkhemahan, Simpulan dan Pioneering
Untuk Pengakap dan Pandu Puteri. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Abdul Alim Abdul Rahim. 1988. Ilmu Pengakap. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti
Sdn. Bhd. Abdul Rahman Abd. Rashid, et. al. 1998. SITC-UPSI, Pelopor Pendidikan Bangsa.
Kuala Lumpur: Penerbit Longman Sdn. Bhd. Adnan Kamis. 1989. “Aktiviti Kokurikulum Dasar KBSM: Ke Arah Kemantapan
Insan Seimbang”. Dlm Adnan Kamis. Aktiviti Kokurikulum Dasar KBSM. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Affendy Zabkha Mohamad Zain. 2000. Ko-Kurikulum Kelanasiswa 1. Kuala Lumpur: Penerbit Unit Ko-Kurikulum Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Ahmad Bin Abdullah. 1956. Kenang2an di-College Tanjong Malim. Tanjong Malim:
Lot 128 Slim Road. Atondra. 2004. Pengakap Malaysia di Dada Dunia. Kuala Lumpur: The International
Cultural Study & Development Centre of Asia. Atondra. 1990. Ringkasan Pengakap Selangor. Petaling Jaya: Persatuan Kebajikan
Penulis Muda Selangor (KEMUDI). Awang Had Salleh. 1979. Malay Secular Education and Teacher Training In British
Malaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bretherton, E.H.S. 1931. Department Of Education, Straits Settlements and Federated
Malay States. Memorandum In The SITC and Malay Vernacular Education. Singapore: Printers Limited.
108
Buyong Bin Adil. 1980. “Kenangan Kepada Sultan Idris Training College”. Dlm Khoo Kay Kim & Mohd Fadzil Othman. Pendidikan Di Malaysia: Dahulu dan Sekarang. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia 958 Jalan Hose.
Cecilia Tan. 1986. Tun Sardon Jubir: His Life & Times. Petaling Jaya: Pelanduk
Publications. Gordon Koh Hong Kian. 1993. Panduan Lencana Kemajuan Pengakap Muda. Kuala
Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. J. Victor Morcis (Ed). 1972. Undang-Undang dan Persetiaan. Kuala Lumpur: Persekutuan Budak-Budak Pengakap Malaysia. Jessica Kang Tan Hooi Sim & Mohd Sofian Omar Fauzee. 2000. “Bagaimana
Kegiatan Kokurikulum Pengakap Membentuk Keperibadian Berkaliber”. Dlm Mohd Sofian Omar Fauzee, Aminuddin Yusof & Borhan Yusof. Kepentingan dan Keperluan Aktiviti Kokurikulum di Sekolah. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.
Mohd Nor Long. 2004. Dari Kuala Ke Tanjung: Memoir Seorang Guru Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Zuber Zain. 2003. Aspirasi Kebitaraan. Tanjong Malim: Penerbit Universiti
Pendidikan Sultan Idris. Paul Chang Ming Phang. 1975. Perkembangan Pelajaran Dalam Masyarakat
Berbilang Kaum: Kajian Kes Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Peristiwa-Peristiwa Malaysia. 1971. Kota Bharu: Syarikat Dian Sdn. Bhd. Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Perak dengan Kerjasama Yayasan Perak dan
JPN Perak. 1985. “Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjong Malim”. Dlm Sejarah Perkembangan Pendidikan Negeri Perak. Ipoh: Cipta Printing.
Powell, R.B. 2004. “Scouting For Boys”. Dlm Kevin Y.L. Tan. Scouting For Boys:
Singapore – Malaysia Edition. Singapore: Brownsea Services (S) Pte Ltd. Raja Ahmad Shalaby, Siti Zabeda Ibrahim & Mohd Zuber Zain. 2004. Tokoh-Tokoh
Guru Nusantara. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Ramlah Adam. 1991. Maktab Melayu Melaka. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. Vasudevan, T.A. 1991. Kegiatan Kokurikulum: Penyeliaan dan Pentadbiran. Petaling
Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Wan Junaidi Tuanku Jaafar. 2007. Falsafah Moral Ilmu Berpengakap. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
109
Zalma Abdul Rahman & Aminuddin Yusof. 2002. “Pergerakan Pengakap Melahirkan Generasi Berketrampilan”. Dlm Mohd Sofian Omar Fauzee, Aminuddin Yusof & Borhan Yusof. Kokurikulum: Peranan dan Implikasi. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Kertas Kerja Fadhil B. Osman & Sazili B. Ayit. “Kursus Ketua Patrol Pengakap Remaja Negeri
Perak 2003”. Kertas Kerja Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak. Ipoh. 2003.
Jauhar Mohd Yassin. “Secebis Dan Sepintas Lalu Perihal Pergerakan Pengakap Serta Pentadbiran & Pergerakan Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM)”. Kertas Kerja Pesuruhjaya Antarabangsa PPM. Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia. Kuala Lumpur. 2006.
Jauhar Mohd Yassin. “Dari Pulau Brown Sea Ke Menjalar Ke Seluruh Dunia”. Kertas
Kerja Pesuruhjaya Pengakap Antarabangsa. Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia. Kuala Lumpur. 1999.
Jauhar Mohd Yassin. “Sejarah Pengakap Di Malaysia”. Kertas Kerja Pesuruhjaya
Antarabangsa PPM. Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia. Kuala Lumpur. 1997.
Norasiah Bt. Abdullah. “Maktab Perguruan Sultan Idris Dari Segi Kurikulum dan
Kokurikulum (Uniform)”. Kertas Kerja Sejarah Tempatan. Institut Perguruan Sultan Idris. Tanjong Malim. 1988.
Tesis Mohd Zamzamy Bin Abdullah Sapar. “Sejarah Pergerakan Pengakap 1968 Hingga
1998: Satu Kajian Kes di Negeri Selangor”. Sarjana Sastera. Universiti Malaya. Kuala Lumpur. 2003.
Zali Bin Abu Bakar. “Sultan Idris Training College: Antara Pendidikan dan Semangat
Nasionalisme Melayu (1922-1945)”. Tesis Sarjana Sastera. Universiti Indonesia. Jakarta. 1992.
110
Akhbar Zulzila Zulkifli. “Pengakap Diiktiraf Seluruh Dunia”. Dewan Siswa. Ogos 1998. Abdul Razak. “Ekspedisi Pupuk Nilai Murni”. Harian Metro. Januari 1995. Norhasliza. “Korobori dan XPDC Pengakap”. Mingguan Kanak-Kanak. Ogos 1995. Temu ramah Nama : Tuan Haji Megat Khas Bin Hj. Megat Mahayuddin Tarikh lahir : 1944 Tempat Lahir : Lombar Kiri, Perak Umur : 63 Alamat : No.3, Lorong Teratai, Kampung Bahagia, Teluk Intan, Perak Pekerjaan : Pesara Guru Besar Jawatan pengakap : Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Hilir Perak 1980 hingga 1999. Temuramah Pada : 11/09/2007 Lokasi : No.3, Lorong Teratai, Kampung Bahagia, Teluk Intan, Perak. Nama : Encik Nasaruddin Bin Shamsuddin Tarikh lahir : 1959 Tempat Lahir : Lenggong, Perak Umur : 48 Alamat : 4-2A, Jalan UP 1/1, Taman Ukay Perdana, 68000 Ampang,
Selangor. Pekerjaan : Pengarah Urusan Golden Initiators Sdn. Bhd. Jawatan pengakap : Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara (Pembangunan
Kepengakapan). Temuramah Pada : 28 Ogos 2007. Lokasi : Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, Rumah B-P,
Jalan Hang Jebat, 50150, Kuala Lumpur. Nama : Tuan Haji Jauhar B. Md Yassin Tarikh Lahir : 1934 Tempat Lahir : Temerloh, Pahang Umur : 74 Alamat : 31-13, Golf View Apartment Solok Bukit Jambul 1, 11950, Bayan Lepas, Pulau Pinang
111
Pekerjaan : Ketua Setiausaha Kerja Persekutuan Pengakap Malaysia 1976- 1989, Pengarah Urusan Shipping Company
Jawatan pengakap : Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara (Sumber Dewasa)
Temuramah Pada : 14 Ogos 2007 Lokasi : Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, Rumah B-P,
Jalan Hang Jebat, 50150, Kuala Lumpur.
112
113
Lampiran 1
Tun Sardon Jubir, Mantan Ketua Pengakap Negara 1963-1973
Sumber : Cecilia Tan, Tun Sardon Jubir: His Life & Times, Petaling Jaya, Pelanduk Publications, 1986, hlm. 52.
114
Lampiran 2
Tuan Haji Jauhar B. Md Yassin, Mantan Ketua Setiausaha Pengakap Negara 1976-1988
Sumber : Atondra, Ringkasan Pengakap Selangor, Petaling Jaya, Persatuan Kebajikan Penulis Muda Selangor (KEMUDI), 1990, hlm. 127.
115
Lampiran 3
Pakaian Seragam Pemimpin Pengakap Malaysia
Sumber : Abdul Alim Abdul Rahim, Ilmu Pengakap, Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1988, hlm. 50.
116
Lampiran 4
Rumah B-P, Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia
Sumber : Abdul Alim Abdul Rahim, Ilmu Pengakap, Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1988, hlm. 14.
117
Lampiran 5
Kem Semangat (Sardon Jubir)
Sumber : Majalah Pengakap Persekutuan Tanah Melayu (Keluaran Pertama) 1963, hlm. 12.
118
Lampiran 6
Wood Badge atau Manikayu Jurulatih Pengakap
Sumber : Abdul Alim Abdul Rahim, Ilmu Pengakap, Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1988, hlm. 20.
119
Lampiran 7
Derma Wang Dan Pakaian Untuk Mangsa Banjir Di Kelantan & Terengganu Oleh Ketua Pengakap Dato’ Sardon Bin Haji Jubir
Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia
120
Lampiran 8
Dato Sardon Bin Haji Jubir Telah Men ampaikan Sumbangan Kepada Tuan
y
Nghiem My Pada 1 Mei 1965
Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia
121
Lampiran 9
Carta Organisasi SITC Scouter Training Group
Sumber : Diubahsuai daripada Chendera Mata MPSI 1957, hlm 61.
Pesuruhjaya Ibu Pejabat
Pen. Pesuruhjaya Ibu Pejabat
Pemimpin Pengakap
Pen. Pemimpin Pengakap Pen. Pemimpin Pengakap
Pemimpin Pengakap
Pemimpin Pengakap
Pemimpin Pengakap
Pemimpin Pengakap
Pemimpin Pengakap
Pen. Pesuruhjaya Ibu Pejabat
Ketua Patrol Dua
Ketua Patrol Tiga
Ketua Patrol Satu
Ketua Patrol Satu
Ketua Patrol Dua
Ketua Patrol Tiga
Ketua Patrol Sek. Latihan
Ketua Patrol Sek Latihan
Pengetua SITC
122
Lampiran 10
Aktiviti Perkhemahan Pengakap MPSI
Sumber : Chendera Mata MPSI 1958, hlm. 46.
123
Lampiran 11
Ahli Pengakap MPSI Yang Terpil bori Pengakap Sedunia Ke-10 di Filipina
ih ke Jam
Zainuddin Bin Rafa’i
Md. Yusof Bin Salleh
Sumber : Chendera Mata MPSI 1959, hlm. 87.
124
Lampiran 12
Haji Md. Yusof Bin Ahmad, Mantan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara 1957-1960
Sumber : Ramlah Adam, Maktab Melayu Melaka, Kuala Lumpur, Dewan
ahasa dan Pustaka, 1991, hlm. 94.
B
125
Lampiran 13
Encik Zainal Abidin Bin Pesuruhjaya Pengakap Negara 1960-1963
Ali, Mantan Ketua
Sumber : Chendera Mata MPSI 1958, hlm. 6.
126
Lampiran 14
Encik Mohd Zain B. Abdul Rashid
Sumber : Chendera Mata MPSI 1959, hlm. 3.
127
Lampiran 15
Encik Abdul Razak Bin Abdul Hamid, Mantan Pesuruhjaya Ibu Pejabat
Sumber : Chendera Mata MPSI 1958, hlm. 10.
128
Lampiran 16
Encik Wahi Bin Long, Mantan Akela Leader MPSI
Sumber : Chendera Mata MPSI 1958, hlm. 10.
129
Lampiran 17
Statu 1998 (Perenggan 19), Borang 4, Sijil Pendaftaran Badan Pelajar
t Universiti Pendidikan Sultan Idris (Badan-Badan Pelajar)
Sumber : Kumpulan Kelanasiswa Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
top related