sej form 1 bab 1

Post on 13-Aug-2015

190 Views

Category:

Education

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

BAB 1

SEJARAH DAN KITA

Pengertian Sejarah

Syajaratun (Arab)

Maksud=Pohon / Pokok

1. Salasilah 2.Riwayat

3.Keturunan 4.Asal-Usul

Kaedah Pengkajian Sejarah

1.Kaedah lisan diperolehi dari ucapan, penceritaan pengisahan, dan perbualan.

2.Kaedah bertulis didapati daripada sumber yang bertulis, dilakar, atau dipahat pada batu, dinding gua, kulit kayu, daun kayu, logam, gading, dan kertas.

3.Kaedah arkeologi ialah cara mendapatkan maklumat melalui kajian saintifik. Bidang arkelogi termasuklah angkasa lepas, maritim, dan gali cari.

Tujuan Mempelajari Sejarah

1.Berbangga menjadi warganegara dan bertanggungjawab mempertahankan negara.

2.Melahirkan perasaan jati diri yang tinggi.

3. Membentuk keperibadian bangsa dan menghapuskan rasa rendah diri dengan bangsa lain di dunia.

4. Menghargai jasa pemimpin yang telah menyumbang khidmat bakti demi mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara.

5. Generasi baru boleh merangka wawasan masa depan dan mempertahankan kedaulatan negara dan memajukan negara.

Faedah mempelajari Sejarah

1.Memberi iktibar untuk memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan.

2. Menjadi perangsang untuk mencapai kemajuan negara.

3. Dapat mengulang zaman keagungan pada masa dahulu dengan kegigihan dan kesungguhan rakyat.

4. Memupuk semangat patriotisme terhadap negara.

5. Berbangga menjadi rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan hidup dalam suasana aman damai.

6. Menghargai serta memelihara kemerdekaan dan kedaulatan negara.

top related