sang nila utama tekad

Post on 09-Aug-2015

84 Views

Category:

Education

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Sang Nila Utama menamakan SingapuraTekad - Sastera Melayu

Sebuah sastera sejarah....

✤ Kewujudan 3 hal penting dalam teks: pemerintah, rakyat, negeri. - elemen yang membina sebuah sastera sejarah.

✤ Pembukaan negeri baru - berkait dengan kekuasaan sesuatu kerajaan.

✤ Pengaruh raja yang memerintah rakyat - rakyat akur pada perintah raja. (Waadat)

✤ Permulaan kepada beberapa cerita mengenai Temasek.

Tema: pembukaan negeri

✤ Pengembaraan seorang anak raja untuk membuka negeri.

✤ Keistimewaan negeri tersebut melalui peristiwa yang dihadapi oleh raja hatta sebelum tiba di negeri tersebut.

✤ Politik: pembukaan sesebuah negara bererti perluasan jajahan/negara milik.

Persoalan

1. Pembukaan / asal negeri Singapura

Bermula dengan keinginan SNU untuk mengembara.

2. Keistimewaan raja

Terletak pada mistik mahkotanya.

3. Kasih seorang ibu

Kebimbangan ibu terhadap anak.

Merestui kemahuan anak.

4. Hubungan baik antara raja dengan rakyat

Mendengar pendapat.

Meminta tunjuk ajar daripada bendahara.

Watak dan perwatakan1. Sang Nila Utama (watak utama/bulat)

Berani: membuka dan meneroka negeri baharu.

Mendengar pendapat Demang Lebar Daun.

Tekad: bersungguh-sungguh ingin ke Singapura.

2. Demang Lebar Daun

Pandai: tentang nama haiwan, mahkota

Setia: sentiasa bersama raja

Menjalankan tanggungjawab sebagai penasihat.

3. Permaisuri Iskandar Syah

Penyayang: sokong anak walaupun takut

Kaya: mampu menghadirkan kapal yang hebat

Plot

✤ Kronologi: daripada permulaan cerita ( sebelum kedatangan ke Singapura hingga kemakmuran).

✤ Suspens: dalam episod Singa dan Mahkota.

Latar

✤ Masa: zaman pemerintahan Sang Nila Utama.

✤ Tempat: Bintan (tempat asal mereka), Tanjung Bemban (tempat persinggahan mereka) dan laut (perjalanan mereka ke Temasek)

✤ Masyarakat: feudal (raja-rakyat).

Nilai: keberanian

✤ Pengajaran:

1. Hendaklah kita berani untuk melakukan suatu perubahan. (Sikap SNU untuk merantau).

2. Hendaklah kita mendengar pendapat daripada pelbagai pihak walaupun berbeza kedudukan atau pangkat.

3. Hendaklah kita bekerjasama apabila menghadapi masalah. (Peristiwa atas kapal).

Soalan:

1. Apakah kualiti seorang pemerintah yang berjaya ditonjolkan oleh SNU? (10 markah)

2. Cerita ini menunjukkan Singapura adalah sebuah negara yang istimewa. Jelaskan. (10 markah)

top related