rupa
Post on 04-Nov-2015
67 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
RUPA (unsur seni)
Pengenalan Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan permulaannya. Rupa boleh dihasilkan daripada garisan, warna dan jalinan.
pertemuan antara permulaan dan penghujung sesuatu garisan menghasilkan rupa
Jenis-jenis Rupa
Rupa terdiri daripada 2 jenis iaitu:
1. Rupa Geometri Rupa Geometri ialah rupa yang mempunyai sudut seperti bulatan, tiga segi, empatsegi dan lain-lain rupa yang bersudut. dicipta dengan menggunakan alatan khas iaitu pembaris, set geometri dengan ukuran-ukuran tertentu
2. Rupa Organik
Rupa organic merujuk kepada rupa bebas yang tidak dapat diukur sudutnyaseperti rupa daun, rupa orang, rupa ikan dan sebagainya. Dihasilkan secara sepontan
C. Rupa Positif dan Rupa Negatif
Rupa positif ialah rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan tertentu. Rupa negatif ialah ruang di sekeliling rupa objek tersebut.rupa positifrupa negative
D. Rupa dalam Aktiviti Mencorak
Rupa boleh berubah dan mewujudkan rupa yang lain dengan cara tindanan, tambahan atau luakan ( pengurangan ). Rupa dalam aktiviti mencorak, merupakan susunan rupa yang berulang-ulang dengan jarak dan kedudukan tertentu. Rupa akan menghasilkan kesan corak daripada perlawanan rupa positif dengan rupa negatif. Hasilan corak akan lebih menarik apabila rpa disusun berulang-ulang dalam susunan tertentu.
Jenis-jenis Susunan dalam Mencorak
1. susunan selang-seli2. Susunan turun separa3. Susunan batu-bata4. Susunan orgee5. susunan cerminan6. Susunan sisik ikan
E. Rupa dan Lambang / logo
Rupa boleh diolah menjadi lambang atau simbol kepada sesebuah syarikat, persatuan dan pertubuhan. Rupa juga boleh menjadi jenama kepada sesuatu barangan.
F. Rupa dan Muka Taip
Muka taip ialah jenis-jenis rupa berbentuk huruf. Rupa muka taip boleh menghasilkan pelbagai gaya. Rupa muka taip boleh terdiri daripada muka taip serif ( berekor ) dan san serif( tidak berekor ).
top related