respon mendengar dan empati

Post on 16-Jan-2015

329 Views

Category:

Education

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU

RESPON MENDENGAR&

RESPON EMPATI

DISEDIAKAN OLEH:

FARAH FAZRIYANA BT BASRI

FITRI NORLIDA BT IBRAHIM

KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN RESPON EMPATI

PENGENALAN

Mendengar merupakan aktiviti paling penting dan mempengaruhi fasa memahami dan mentafsir mesej dalam komunikasi.

Mendengar dalam proses komunikasi ialah mendengar dengan aktif.

Mendengar merupakan kemasukkan input bahasa melalui alat pendengaran manusia iaitu telinga.

Kemasukan input bahasa adalah penyerapan makna ayat dan ujaran seterusnya dilakukan oleh otak untuk diproses.

Mendengar memerlukan perhatian dan mengkehendaki tumpuan berfokus kepada peranan minda.

Mendengar merupakan salah satu daripada aktiviti yang penting yang dilakukan di peringkat kanak-kanak dan dewasa.

Proses mendengar merupakan proses paling utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Mengikut kajian Barker (1971), dalam keadaan manusia itu sedar, 45% digunakan untuk mendengar, 30% bercakap, 16% membaca dan 9% menulis.

KEMAHIRAN MENDENGAR

ARAS-ARAS KOMUNIKASI :ARAS FUNGSI CONTOH

I Mengiktiraf kehadiran ‘Assalamualaikum’ ‘Waalaikumsalam’‘Apa khabar’ ‘Baik’‘Nak kemana? ‘turun bandar sekejap’

II Menukar maklumat “Saya Syariff” “Nama saya Ghazali”“Tinggal di mana?” “Damansara Jaya”

III Memberi pendapat “Awak nampak kurang sihat” “Ya kah?”“Tindakan begitu tak baik” “Mengapa pula?”

IV Mengemukakan perasaan

“Saya kecil hati bila Ramli buat begitu”“Saya pernah berasa kecil hati dengan awak dulu”“Saya kecil hati dengan awak”

HALANGAN-HALANGAN MENDENGAR

Ketandusan Idea

Lara

Mendengar dengan minat yang khusus

Kaki bangkang

Mendengar secara cetek

Kaki tembak

Gagal banteras gangguan

Pendengar Palsu

Buruk sangka / prasangka

Mendengar dengan telinga sahaja

Keinginan menilai dan menghukum

Sukar berkomunikasi

MENDENGAR SECARA AKTIF bermaksud seseorang berkeupayaan mendengar

sambil menterjemah maksud dan mesej yang diterima dengan menimbangkan aspek-aspek lain seperti situasi, emosi penyampai mesej, bahasa badan dan berkeupayaan pula memahami mesej-mesej yang tersirat.

Oleh itu, kita bukan hanya mendengar dan menunjukkan yang kita sedang mendengar (bahasa badan/anggota) tetapi juga kata-kata lisan yang mengemukakan apa yang telah kita fahami.

MEMBERI SAMBUTAN

Dia tu kacaulah. Saya tak

dapat buat kerja sebab

ia asyik kacau saya

Apa yang ingin disampaikan –

apa perasaannya?

1. Beri pandangan yang sesuai

2. Keadaan anggota yang menunjukkan minat

Awak marah sebab ia

selalu mengganggu

awak?

Katakan kembali apa yang anda telah faham

Sambutan tanpa lisan

Sambutan lisan

TEKNIK MENDENGAR SECARA BERKESAN

Bersedia untuk mendengar Dengar dengan penuh tumpuan Kawal emosi dan tingkah laku ketika me

ndengar Berfikiran positif terhadap maklumat ya

ng disampaikan Dengar dengan mata dan hati Menangguh penilaian Dengar dengan sabar Dengar dengan penuh perhatian dan kri

tikal

Bersedia untuk mendengar

Pendengar harus bersedia mendengar dengan rasa ikhlas, jujur dan dengan penuh minat.

Perlu berusaha memahami apa yang disampaikan oleh komunikator.

Perlu bersedia secara mental, fizikal dan emosi.

Mendengar dengan tumpuan

Tabiat menyampuk merupakan tabiat yang buruk

Budaya mengelamun menghilangkan daya tumpuan

Biasakan diri mendengar sehingga komunikator selesai bercakap.

Kawal emosi dan tingkah laku

Emosi boleh menghalang seseorang mendengar secara aktif

Berfikiran positif tentang maklumat yang disampaikan

Menganggap sesuatu maklumat itu penting dan perlu diketahui untuk kehidupan.

Sikap ini boleh meningkatkan minat mendengar dengan teliti.

Dengar dengan mata dan hati

Bermaksud mendengar untuk mendapatkan fakta tetapi mendengar melalui perasaan pengucap, mendengar dan memahami bahasa lisan serta bukan lisan

Memerlukan pendengaran melalui mesej lisan terhadap komunikator.

Melatih diri memerhati dan membaca komunikasi bukan lisan komunikator.

Dengar dengan sabar

Mendengar dengan penuh budi bahasa, sabar dan tenang.

Hal ini penting bagi mewujudkan komunikasi dua hala dan penting.

Mendengar dengan penuh perhatian

Mendengar dengan sepenuh tumpuan dan berminat terhadap penerangan komunikator.

Ini dapat mengelakkan komunikator berasa kecewa

Terdapat beberapa cara mewujudkan komunikasi berkesan : Menganggukkan kepala, memandang

komunikator, hubungan mata, mengeluarkan kata-kata seperti ‘oh!’ dan membalas pertanyaan.

HALANGAN KOMUNIKASI

Kesilapan yang kerap berlaku dalam komunikasi interpersonal ialah kegagalan untuk mendengar. Apabila seseorang tidak mendengar, dia akan memberi respon dengan hujah-hujah yang menghalang komunikasi. Untuk mendengar dengan baik, kita perlu memahami keadaan orang yang sedang mengalami kesusahan itu.

JENIS-JENIS RESPON YANG MENGHALANG KOMUNIKASI

Menghukum (menyetujui atau membakang) - mengkritik, melebel, mengkelas, menginterpretasi, menasihati, memberi syarahan

Memberi penyelesaian - Mengarah, mengancam, memberi syarahan, menyoal

keterlaluan menasihati

Mengetepikan - Mengalih topik, memujuk, menyokong, menurut logik

CONTOH RESPON YANG MENGHALANG KOMUNIKASI

Saya rasa macam nak gila. Tengoklah result saya semester ni, terok. Saya tungkus lumus belajar. Saya rasa setiap masa saya celik mata, tak ada masa nak relaks tapi tak berhasil juga.

Saya rasa awak ni terlalu serious sangat dengan pembelajaran awaklah. Awak patut relak dan bersuka-

suka juga

Ini masalah time management –

sebenarnya, you tak pandai atur masa. Cuba cerita bagaimana you

uruskan masa you

Alah – apa nak susah-susah. Marilah kita

pergi shopping – cuba hiburkan hati

Mengkritik dan memberi syarahan

Mengkritik dan menyoal keterlaluan

Mengalih topik

RESPON EMPATI

Apabila berkomunikasi dalam perhubungan menolong, kita perlu memahami orang berkenaan, agar sambutan yang kita kemukakan menunjukkan yang kita memahami apa yang dikata dan apa yang sedang dia alami.

Pendengaran empati berlaku apabila kita memahami orang itu dengan sepenuhnya dan secara mendalam, secara emosi dan intelek.

Dalam memberi respon empati, kita mendengar dengan telinga, mata dan hati kita

4 PERINGKAT RESPON EMPATI

Meniru Kandungan Menyebut semula

kandungan Menggunakan otak

kanan dan mencerminkan perasaan

Menyebut semula kandungan dan membalikkan perasaan

Contoh Empat Peringkat Pendengaran Empati

Dialog seorang anak dengan ayahnya:

“Ayah, saya dah bosan! Sekolah memang tak bergunalah!”

Meniru Kandungan“Kau dah bosan? Sekolah memang tak berguna?”

Menyebut Semula Kandungan

“Kau tak mahu pergi ke sekolah lagi.”

Menggunakan Otak kanan dan mencerminkan perasaan

“Kau rasa amat kecewa tentang sekolah.”

Menyebut semula kandungan dan membalikkan perasaan

“Kau betul-betul dah kecewa tentang sekolah?”

CONTOH RESPON EMPATI

Saya rasa macam nak gila. Tengoklah result saya semester ni, teruk. Saya tungkus- lumus belajar. Saya rasa setiap masa saya celik mata, tak ada masa nak relaks tapi tak berhasil juga.

Awak hampa kerana walau macam mana

awak berusaha pun, keputusan

ujian awak masih tidak memuaskan.

top related