report arka( kimpalan)
Post on 05-Aug-2015
2.066 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Kimpalan Arka
Pengenalan Kimpalan Arka
Secara amnya, proses kimpalan arka ialah proses kimpalan yang melibatkan pemanasan atau
peleburan logam asas oleh arka elektrik. Arka elektrik terbentuk apabila berlaku perbezaan voltan
arus elektrik antara salutan logam hujung elektrod dengan permukaan logam asas. Arka yang
terbentuk akan menghasilkan haba yang tinggi yang meleburkan logam asas dan hujung elektrod
untuk membentuk satu kolam leburan. Suhu yang terhasil daripada proses ini menjangkau 3900C.
Sebatian kolam itu akan membentuk kumai yang disaluti oleh satu lapisan yang dikenali sebagai
jemang. Kumai yang terbentuk itu akan menghasilkan satu sambungan yang kekal.
Perinsip Kimpalan Arka
Pancaran arka akan terjadi apabila arus elektrik yang dialirkan melalui elektrod menyentuh atau
digoreskan pada permukaan logam. Arka akan terus terjadi apabila pergerakan elektrod dikawal
dengan pergerakan malar. Keadaan ini akan menghasilkan haba yang tinggi sehingga boleh
DKM1B
mencair kan hujung elektrod dan permukaan logam. Perleburan hujung elektrod dan logam akan
membentuk kawah lebur (molten pool). Perleburan dua logam akan membentuk kumai(bead).
Elektrod adalah bahan yang membentuk kumai kerana itu elektrod dikenali sebagai bahan
penambah. Pemilihan elektrod mestilah betul untuk mendapat hasil kerja yang baik. Bahan asal
dalam elektrod mestilah sama dengan bahan logam yang hendak dikimpal. Contohnya elektrod
keluli lembut hanya sesuai diguna untuk mengimpal logam-logam yang berasaskan keluli lembut
sahaja. Elektrod adalah sebatang dawai yang disaluti dengan lapisan khas. Lapisan elektrod akan
membentuk asap untuk melindungi kawah cair(molten pool) dari udara luar yang boleh
menyebabkan kecacatan kimpalan. Salutan elektrod juga akan membentuk jemerang(slag).
Mesin Kimpalan Arka
Mesin kimpalan arka adalah merupakan sebuah alat ubah perendah iaitu ia mngubah dari voltan
tinggi kepada voltan rendah tetapi menghasilkan arus yang tinggi untuk menerbitkan arka bagi
kegunaan mengimpal. Dilengkapi dengan kabel pemegang elektrod dan juga kabel bumi ke meja
kerja.
Jenis–Jenis Mesin Kimpalan Arka
Terdapat dua jenis mesin kimpalan arka iaitu :
Jenis Rectifier (DC) / Arus Terus
Jenis Alatubah (AC) / Arus Ulang alik
DKM1B
Jenis Rectifier (DC) / Arus Terus
Mesin kimpalan arka jenis ‘rectifier ’ (penerus) digunakan kerana ianya mempunyai dua pilihan
aliran arus, iaitu arus terus kekutuban berbalik dan arus terus kekutuban lurus.Punca positif
disambungkan kepada elektrod maka ianya adalah kekutuban berbalik. Punca negatif
disambungkan kepada elektrod maka ia adalah kekutuban lurus. Semua jenis kerja mengimpal
bagi kebanyakan logam adalah amat sesuai dengan mesin jenis ini. Bagi kerja-kerja pembinaan
dan penyelengaraan mesin jenis ini adalah pilihan yang tepat.
Kebaikan :
Sesuai digunakan oleh semua jenis elektrod
Dapat menghasilkan kimpalan yang lebih halus.
Boleh mengimpal logam yang nipis.
Lebih selamat berbanding jenis lain.
DKM1B
Kelemahan :
‘semburan arka’ (arc blow).
Arka tidak begitu stabil berbanding jenis janakuasa.
Tiada pilihan untuk ciri-ciri arka.
Jenis Alat ubah (AC) / Arus Ulang alik
Mesin kimpalan arus ulang-alik (AC) digunakan adalah kerana ianya menghasilkan arka
yang lebih stabil dan tiada berlaku ‘semburan arka’ (arc blow) dengan penembusan yang
sederhana dan senyap.
DKM1B
Kebaikan :
Harganya lebih murah.
Penyelenggaraan sangat mudah.
Boleh diguna dimana sahaja.
Ketika mengimpal tiada tiupan arka.
Kelemahan :
Mengimpal ke atas logam tertentu dan penggunaan yang terhad.
Tidak semua elektrod boleh digunakan.
Mampu beroperasi pada ampiar yang tinggi.
Peralatan Bagi Kimpalan Arka
DKM1B
Berikut ialah beberapa peralatan tambahan penting bagi kegunaan pekerja-pekerja kimpalan.
Pemegang elektrod.
Pelindung muka.
Sarung Tangan..
Apron kulit.
DKM1B
Berus dawai.
Elektrod.
DKM1B
Playar Gabung.
Kapur.
DKM1B
Tukul Kerepek (Chipping Hammer)
Tukul Besi.
DKM1B
Pahat.
Prosedur Mengimpal Arka
PROJEK 1 : MEMBUAT KIMPALAN KEDUDUKAN RATA PADA PLAT.
1. Mendiri siapkan mesin kimpalan.
2. Pastikan semua pemasangan kabel pada mesin kimpalan dipasangdengan ketat.
3. ’ON ́mesin kimpalan. Laraskan arus ulang-alik pada julat 90 ampere.(arus ulang alik yang dicadangkan
ialah 120 ampere hingga 130 ampere).
4. Letakkan benda kerja diatas meja kerja pada kedudukan rata.
5. Mulakan arka dengan teknik menggetuk dan menggores.
6. Kimpal dari kiri ke kanan. Gerakkan elektrod dengan menggunakan teknik seretan.
7. Tetapkan sudut kecondongan elektrod supaya condong 70 darjah hingga 80 darjah arah perjalanan
kimpalan dan 90 darjah kepada sisi kimpalan logam.
8. Kimpal dengan sudut dan kelajuan yang seragam sepanjang larian.
DKM1B
9. Pastikan jarak arka antara 2 mm hingga 3 mm dan sentiasa seragam sepanjang larian kimpalan.
10. Kimpal kumai sepanjang 40cm. Berhenti, buang sanga dan bersihkan kumai.cara untuk memberhentikan
arka.
PENILAIAN KUMAI KIMPAL
Periksa rupa bentuk kumai dengan ujian visual dari segi:
1. Kelurusan.2. Kelebaran.3. Ketinggian.4. Riak Kumai.5. Kebersihan.
KESIMPULAN
Mengimpal kumai pendek merupakan latihan asas dalam kimpalan arka.Tujuan latihan ini adalah untuk
membolehkan anda menguasai kemahiran memulakan dan memberhentikan arka. Anda juga perlu mengetahui
jarak arka supaya seragam sepanjang larian kimpalan. Kumai yang pendek dapat dihasilkan apabila teknik
kimpalan dan pelarasan arus yang betul dilakukan semasa mengimpal.
PROJEK 2 : MEMBUAT KIMPALAN TEMU PADA 2 KEPING PLAT.
1. Mendiri siapkan mesin kimpalan.2. Pastikan semua pemasangan kabel pada mesin kimpalan dipasangdengan ketat.3. ’ON ́mesin kimpalan. Laraskan arus ulang-alik pada julat 90 ampere.(arus ulang alik yang dicadangkan
ialah 120 ampere hingga 130 ampere).4. Letakkan benda kerja diatas meja kerja pada kedudukan rata.5. Mulakan arka dengan teknik menggetuk dan menggores.6. Kimpal dari kiri ke kanan. Gerakkan elektrod dengan menggunakan teknik seretan.7. Tetapkan sudut kecondongan elektrod supaya condong 70 darjah hingga 80 darjah arah perjalanan
kimpalan dan 90 darjah kepada sisi kimpalan logam.8. Kimpal dengan sudut dan kelajuan yang seragam sepanjang larian.9. Pastikan jarak arka antara 2 mm hingga 3 mm dan sentiasa seragam sepanjang larian kimpalan.10. Kimpal kumai sepanjang 40 cm. Berhenti, buang sanga dan bersihkan kumai.cara untuk
memberhentikan arka.
DKM1B
PENILAIAN KUMAI KIMPAL
Periksa rupa bentuk kumai dengan ujian visual dari segi:
1. kelurusan2. kelebaran3. ketinggian4. riak kumai5. kebersihan6. riak kumai7. Percikan lampau8. keselitan sanga9. Potong bawah10. Tindih bawah
Kesimpulan
Sambungan temu persegi dibuat dengan meletakkan kedua-dua tepi logam yang hendak disambung itu antara
satu sama lain. Bagi logam yang ketebalannya melebihi 5 mm, kedudukan tepian logam perlu dijarakkan antara 2
mm hingga 3 mm untuk memberi ruang pengembangan logam. Sambungan ini dikenali sebagai sambungan
temu persegi terbuka.
DKM1B
DKM1B
Langkah Keselamatan Semasa Mengendalikan Kimpalan Arka
Awas! Renjatan elektrik boleh membunuh.
Jangan sentuh bahagian elektrik yang terdedah dan mengalirkan arus.
Pastikan mesin kimpalan dipasang dengan sempurna dan berada di dalam keadaan yang
baik.
Elakkan daripada mengimpal ditempat yang basah atau lembap. Jika ianya tidak dapat
dielakkan, pakai kasut getah dan berdiri di atas platform yang kering.
Mesin kimpalan perlu dibumikan terus kepada bahan yang dikimpal dan seberapa dekat
yang boleh dengan tempat kimpalan dilakukan.
Alihkan semua barangan yang mempunyai kemungkinan bahaya terbakar daripada
kawasan kimpalan.
Jangan lakukan kimpalan berdekatan dengan tangki bahan api.
Jangan lakukan kimpalan pada bekas, tong atau tangki yang mengandungi bahan mudah
terbakar atau bahan yang merbahaya.
DKM1B
KESIMPULAN
Kimpalan arka adalah sesuatu proses yang sangat penting dalam pelajaran ini. Pelajar dapat mengetahui
bagaimana cara untuk mengimpal dan yang paling penting penggunaan kimpalan kepada dunia ini. Pelbagai jenis
kimpalan yang sering digunakan dan setiap jenis kimpalan itu mempunyai fungsi yang tersendiri.
Projek membuat kimpalan kedudukan rata bertujuan untuk melatih kita agar tidak gentar semasa menggunakan
kimpalan tersebut. Hal ini dapat ditunjukandengan cara kita mengimpal. Sekiranya kita mengimpal dalam
kedudukan yang tidak lurus, maka itu bermakna kita masih lagi takut untuk melakukan kimpalan tersebut.
Projek ini bukan sekadar untuk tujuan itu sahaja, banyak lagi tujuan yang mungkin kita tidak sedari. Kita juga
dapat mengenal pelbagai jenis elektrod yang digunakan di industi-industri di dunia. Antaranya adalah elektrod
yang bersaiz kecil, sederhana dan ada juga yang besar.
Projek membuat kimpalan cantuman 2 keping plat membolehkan kita memgetahui kekukuhan kimpalan yang
kita buat. Selain itu, kita dapat mengetahui cara - cara yang lebih kukuh kimpalannya. Projek ini adalah projek
yang kedua selepas kita belajar mengimpal.
Oleh yang demikian, jelaslah bahawa bengkel mengimpal ini bukan sekadar kita akan tahu mengimpal sahaja,
tetapi kita perlu memahami isi yang tersirat yang ada pada projek-projek yang kita telah lakukan ini. Tidak lupa
juga, keselamatan merupakan aspek yang utama yang perlu kita tanam dalam diri kita agar dapat mengelakkan
diri daripada perkara yang tidak diingini berlaku.
DKM1B
top related