refleksi(bmm 3105)
Post on 03-Apr-2018
230 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
7/29/2019 REFLEKSI(BMM 3105)
1/3
58
REFLEKSI
Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada
Allah kerna dengan limpahdan kurnia-Nya dapat saya menyiapkan
Kerja Kursus BMM 3101 Pengajian Sukatan Bahasa Melayu Sekolah
Rendah pada kali ini dengan jayanya. Pertama kali mendapat tugasan
ini, saya sebenarnya tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Namun,
selepas mendapat penerangan dan taklimat daripada pensyarah iaitu
Hjh. Ramlah Binti Abdul Rahman barulah saya faham apa sebenarnya
kehendak tugasan.
Bagi saya tugasan kursus ini merupakan tugasan yang menarik
untuk saya terokai dan selesaikan, seperti mana yang diarahkan saya
dikehendaki untuk menjelaskan elemen-elemen kemahiran bernilai
tambah yang terdapat dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah. Melalui proses mencari maklumat, saya juga mula
merasai kepentingan mengaplikasikan Kemahiran Bernilai Tambah
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu rendahterhadap diri saya kerana saya kerana saya juga bakal mengajar
Bahasa Melayu apabila telah tamat pengajian. Saya begitu teruja
dalam meneliti dan membaca setiap ilmu yang bagi saya amat bernilai
ini
Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya
perolehi, dengan izin Allah S.W.T, saya akan praktikkan sebaik
mungkin. Dalam menghasilkan rancangan persediaan mengajar iaatu
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap, saya
mengetahui bahawa tugas untuk mengajar memerlukan perancangan
yang rapi sebelum guru memulakan sesi pengajarannya di dalam
kelas. Setelah selesai sesi pengajaran, saya perlu melakukan refleksi
kendiri untuk melakukan penambaikan.
-
7/29/2019 REFLEKSI(BMM 3105)
2/3
59
Selain itu, melalui proses membuat tugasan kerja kursus ini
yang saya laksanakan bersama rakan-rakan telah membuatkan
hubungan silaturrahim antara kami semakin rapat. Sikap toleransi,
bekerjasa sama, dan disiplin antara semua rakan-rakan juga dapat di
tingkatkan melaui proses membuat tugasan kerja kursus ini. Saya
mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara
pengajaran pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan
dua hala kami.
Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah
dan rakan-rakan bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya
memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini
sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan
membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti.
Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam
proses menyiapkan tugasan kerja kursus ini membolehkan saya
memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya yang tidak
akan ulanginya lagi pada masa hadapan. Insya-Allah.
Secara keseluruhannya, melalui proses membuat tugasan
kerja kursus ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan
membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta
menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang
berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup
berkorban demi agama bangsa dan negara.
Saya berharap segala yang telah saya curahkan dalam
penulisan ini dapat memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang
lain. Akhir kata, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih
kepada Hajah Ramlah Binti Abdul Rahman atas tunjuk ajar dandidikan belia
-
7/29/2019 REFLEKSI(BMM 3105)
3/3
60
Disediakan oleh,
....................................................................
(WAN MUHAMMAD FAUZAN BIN WAN ZAIN)
PISMP BAHASA MELAYU 1
top related