refleksi dua
Post on 22-Dec-2015
223 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
REFLEKSI
Pada 4 Mac 2015, IPG Batu Lintang telah manganjurkan satu Program Bicara Intelek
yang berkaitan dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2012-2015). Semua guru
pelatih dikehendaki menghadiri program ini. Dalam program ini, IPG telah mengundangkan dua
penceramah iaitu Dr. Hayati Binti Ismail yang berkhidmat sebagai Pengurus Sektor Komunikasi
Dan Perhubungan Padu serta Dr. Rosli Bin Yacob yang bertugas sebagai Ketua Sektor Dasar
Keguruan.
Pada pukul 8 pagi, ceramah ini pun bermula. Kami pun menyanyikan lagu “Negaraku”.
Setelah itu, ucapan diberikan oleh penganjur program ini. Selepas itu, penceramah pun
berkongsi dengan kami tentang perlaksanaan PPPM. Saya amat tertarik dengan peekongsian
penceramah kerana beliau merupakan seorang yang aktif, mesra dan berpusatkan pendengar.
Bukan itu sahaja, beliau berjalan-jalan sekeliling pendengar dan menyoalkan pendapat kami
sepanjang ceramah ini diadakan. Beliau juga seorang yang pandai berjenaka. Oleh itu,
kebanyakkan kami berasa minat dan seronok untuk mendengar perkongsian beliau. Selain itu,
beliau telah memberi galakkan dan motivasi kepada kami. Antaranya, beliau telah memberitahu
kami bahawa terdapat banyak orang yang memohon untuk masuk ke IPG tetapi hanya
segelintir daripada mereka berjaya. Kami merupakan orang yang terpilih untuk berkhidmat
kepada sekolah, maka kami seharusnya bangga kepada diri sendiri dan menjadi seorang guru
yang bertanggungjawab serta cemerlang.
Dalam program ini, penceramah juga menyatakan perkembangan teknologi telah
membawa kepada transformasi pendidikan kepada murid hari ini. Hal ini demikian untuk
memberi alam belajar yang sesuai kepada murid. Dalam hal ini, guru perlu melakukan
perubahan supaya menarik minat murid semasa pengajaran dan pembelajaran (PdP) diadakan.
Para era globalisasi ini, murid-murid sentiasa didedahkan dengan kemudahan teknologi terkini.
Sebagai seroang guru kita perlu melengkapkan diri dengan ilmu teknologi supaya tidak
ketinggalan zaman dan menyebabkan PdP menjadi bosan.
Kerajaan telah melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang bermula
pada 2013 hingga 2025 demi mencapai status negara maju pada tahun 2020. Sasarannya,
ialah memastikan pelajar dipersiapkan dengan pelbagai ilmu, nilai dan kemahiran agar mereka
dapat bersaing di peringkat global. Oleh itu,, para pendidik mempunyai tanggungjawab yang
besar. Para pendidik perlu mempunyai kualiti dan kecekapan yang tinggi serta mempamerkan
personaliti yang cemerlang seterusnya melakukan transformasi pendidikan. Sebagai contoh,
pada masa dahulu suasana kelas ialah sehala. Sekarang suasana kelas bertukar menjadi dua
hala dan proses PdP menjadi lebih memusatkan murid. Ini merupakan salah transformasi yang
dilakukan oleh para guru. Selain itu, kemudahan yang lebih lengkap dan sempurna telah
disediakan di sekolah untuk menghasilkan suasana belajar yang lebih kondusif.
Pada pukul 10.00 pagi, ceramah ini pun tamat. Kami telah bersurai dan bergerak dari
Taza ke Dewan Brooke untuk aktiviti bengkel yang seterusnya. Sebelum bengkel diteruskan,
kami telah diberi makanan. Kami telah berbual-bual antara satu sama lain sambil makan
makanan yang disediakan.
Pada pukul 10.30 pagi, bengkel kami bermula. Penceramah telah memberi satu taklimat
kecil kepada kami. Tajuknya adalah berkaitan dengan aspirasi murid yang telah dinyatakan
dalam PPPM. Seterusnya, kami telah diberi satu tugasan. Kami telah dibahagi 4 orang
sekumpulan, setiap kumpulan mesti terdiri daripada 3 orang perempuan dan seorang lelaki.
Tugasan yang diberi ialah mereka cipta susun atur kelas yang akan kami aplikasikan pada
masa akan datang serta menyatakan strategi PdP yang akan diaplikasikan. Selepas siap,
seorang wakil kumpulan akan ditinggalkan untuk membuat penerangan kepada susunan kelas
yang dilukis manakala ahli kumpulan lain akan melawa ke kumpulan lain untuk memerhatikan
hasil kerja mereka.
Dalam aktivti ini, saya dikehendaki menjelaskan kepada guru pelatih lain tentang
tugasan yang telah kami siapkan. Mereka agak berpuas hati dengan hasil kerja kumpulan saya.
Mereka juga telah mencadangkan saya supaya menyediakan komputer bagi setiap pelajar.
Namun begitu, saya telah menjelaskan kepada mereka bahawa komputer akan menyebabkan
murid kami tidak pandai menulis dan kurang mendengar kepada pengaran guru. Saya juga
telah memerhati bahawa kebanyakkan kumpulan mengaplikasikan teori pembelajaran
kooperatif, teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dan kaedah memusatkan murid. Selain
itu, kemudahan-kemudahan yang akan disediakan oleh guru pelatih kepada anak muridnya
adalah seperti berikut: komputer, meja, kerusi, tingkap, sudut bacaan, sudut bahan bantu
mengajar dan sebagainya. Secara keseluruhannya, guru pelatih kini amat mementingkan
interaksi dan komunikasi semasa individu serta aplikasi teknologi terkini.
Selepas itu, beberapa orang daripada kami telah diminta untuk menyatakan
pengalaman dan pendapat kami sepanjang aktiviti ini dijalankan. Sebelum bersurai, kami telah
diminta untuk mengisi borang soal selidik yang telah disediakan. Saya agak berpuas hati
dengan program ini dan saya telah memberi komen yang baik kepada aktiviti yang dijalankan.
Pada pukul 12.30, semua aktiviti tamat dan guru pelatih pun balik.
Saya berasa amat bersyukur kerana dapat mengikuti program ini. Saya telah
mempelajari banyak ilmu baharu yang dapat melengkapkan diri saya sebagai seorang bakal
guru. Saya berharap guru pelatih lain juga telah mempelajari sesuatu daripada program ini.
Akhir sekali, saya akan berusaha untuk menjadi seorang guru yang bertanggungjawab pada
masa akan datang.
top related