pusat tuisyen didikan genius program bahasa melayu sekolah ...€¦ · program bahasa melayu...
Post on 30-Sep-2020
10 Views
Preview:
TRANSCRIPT
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Melayu Sekolah Rendah Edubest
Tahap SR2A
Modul 7
Nama : ____________________________
Markah Kuiz Komputer
Minggu Tarikh Tatabahasa
(%)
Perbendaharaan Kata (%)
Peribahasa
(%)
Lain-lain
1
2
3
4
5
Program Bahasa Melayu Edubest Modul 7
A. Bacaan
Bacaan : Rahsia Gua Di Hutan
a. Perbendaharaan Kata
Bil. Perkataan/Frasa Kata Akar 意思
1
rahsia
-sesuatu yang disembunyikan daripada
pengetahuan orang lain
秘密
2 kelengkapan
-peralatan yang digunakan
设备/用具
3 segala
-semua
全部
4
umpan
-sesuatu yang dilekatkan pada mata kail untuk
memikat ikan
鱼饵
5 pesanan
-nasihat
吩咐
6 tersemat
-disimpan dalam hati, terasa
藏在心里
7 menongkat
-menurunkan tongkat basikal
将脚车支
撑杆放下
8 tapak
-tempat
地点
9 memecahkan kesunyian
-menghilangkan rasa sunyi
打破沉寂
10 menyaksikan
-melihat
看见
Program Bahasa Melayu Edubest SR2A07 1
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
11
bunyi deruman
-bunyi seperti guruh yang terdengar dari jauh
(bunyi enjin)
轰轰声
12 bersembunyi
-menyorok
藏在
13 sebalik
-di belakang
后面
14
menyiasat
-mencari keterangan tentang sesuatu perkara
secara teliti
调查
15 memikul
- membawa barang di atas bahu
抬/扛
16 menyeludup
-membawa masuk secara haram
走私
17 menceritakan
-mengisahkan
讲述
18 membuat keputusan
-berputus
决定
19 melaporkan
-mengadu
报告
20 kampit
- guni kecil, bungkusan besar
袋
21 dikerahkan
-dihimpun untuk melakukan sesuatu
被召集
22 gempar
-heboh, riuh-rendah
轰动
23 pangkalan
-tempat barang-barang dikumpul
集中地
24 diberi penghargaan
-diberi ganjaran, diberi penghormatan
被表扬
25
membanteras
-menghapuskan kegiatan jenayah / perkara yang
tidak baik
除灭
Program Bahasa Melayu Edubest SR2A07 2
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
26 kegiatan
-kegiatan
活动
b. Latihan Perbendaharaan Kata - Isi tempat kosong dengan
perkataan yang tersenarai di atas.
1. Tiga orang pemuda itu dijatuhkan hukuman penjara selama tiga
tahun kerana ______________telefon bimbit ke dalam negara
kita.
2. Pesanan ibu yang _____________ di dada Aishah akan dijadikan
nasihat yang berguna semasa melanjutkan pelajaran di seberang
laut.
3. Kim Seng terpaksa _______________tanggungjawab keluarga
sejak kecil lagi kerana dia kehilangan ibu bapanya dalam suatu
kemalangan.
4. Pihak sekolah akan _____________kejadian meniru dalam
peperiksaan kali ini.
5. Pihak kerajaan memerlukan kerjasama orang ramai untuk
_____________ penyalahgunaan dadah.
6. Beratus-ratus orang askar telah _____________ untuk mencari
mangsa tragedi kapal terbang terhempas yang berlaku malam tadi.
7. Aida telah membongkar ___________ kejayaan bapanya dalam
bidang perniagaan setelah didesak berbuat demikian oleh pihak
wartawan.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2A07 3
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
8. Segala _____________ yang diperlukan untuk perkhemahan kali
ini perlu disediakan sebelum kita bertolak.
9. Tindakan Wei Sheng menyelamatkan seorang budak yang hampir
mati lemas telah ___________________ oleh pihak polis.
10. Seluruh masyarakat menjadi ___________ apabila
mengetahui orang yang kelihatan baik selama ini ialah penjenayah
yang amat dikehendaki oleh pihak polis.
( %)
Program Bahasa Melayu Edubest SR2A07 4
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Rahsia Gua Di Hutan
Cuaca pada pagi itu sangat cerah. Hisham, Mutu dan Jun Wei
sedang menyiapkan kelengkapan yang perlu dibawa untuk memancing.
Mereka hendak memancing di sungai yang terletak di hujung
kampung. Setelah pasti segala kelengkapan seperti umpan, makanan
dan sebagainya telah tersedia, mereka pun bertolak ke sana. Mereka
berbasikal dengan berhati-hati untuk menjaga keselamatan masing-
masing. Pesanan Cikgu Fadilah, iaitu berhati-hati di jalan raya
sentiasa tersemat dalam ingatan mereka.
Tidak lama kemudian, mereka pun sampai di tempat yang ditujui.
Setelah menongkat basikal masing-masing, mereka pun mencari tapak
yang sesuai untuk memancing.
“Hisham, Jun Wei, saya hendak berjalan-jalan sebentar.
Lagipun, ikan tidak mahu makan umpan saya lagi,” kata Mutu
memecahkan kesunyian.
“Baiklah, tapi jangan pergi terlalu jauh ke dalam hutan,” pesan
Hisham kepada Mutu.
Mutu pun bangun sambil melakukan senaman ringan. Dia
berjalan-jalan di dalam hutan sambil menyaksikan keindahan alam.
Tidak jauh dari situ dia ternampak sebuah gua. Terdapat lorong kecil
menuju ke gua itu. Tiba-tiba Mutu terdengar bunyi deruman enjin
kenderaan. Kelihatan sebuah lori kecil melalui lorong itu. Dua orang
lelaki berada di dalam lori itu.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2A07 5
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
“Eh, mengapa lori itu masuk ke sini ? Setahu saya, hanya pencari
rotan yang keluar masuk ke hutan ini,” bisik Mutu. Mutu bersembunyi
di sebalik sebatang pokok untuk menyiasat hal yang sebenar.
Pemandu lori itu memberhentikan lori itu di hadapan gua
tersebut. Kedua-dua orang lelaki tadi mengangkat sesuatu dari lori
itu. Mereka memikul barangan tersebut ke dalam gua.
“Mungkin mereka menyeludup barangan. Gua itu pula dijadikan
pusat simpanan,” bisik Mutu.
Kedua-dua orang lelaki itu meninggalkan gua tersebut setelah
mengangkut semua barang di dalam lori itu. Mutu segera
meninggalkan tempat itu lalu mendapatkan rakan-rakannya.
“Hisham, Jun Wei, mari kita tinggalkan tempat ini,” kata Mutu
sebaik sahaja dia tiba di tempat rakan-rakannya.
“Kenapa, Mutu ? Apa yang berlaku ? Mengapakah kamu nampak
cemas?” tanya Hisham.
Mutu pun menceritakan kejadian yang dilihatnya kepada Hisham
dan Jun Wei. Mereka membuat keputusan untuk melaporkan hal
tersebut kepada pihak polis.
Pihak polis segera ke tempat kejadian setelah menerima laporan
tersebut. Mereka menjumpai berguni-guni kampit beras yang
disembunyikan di dalam gua itu. Beberapa orang anggota polis telah
dikerahkan supaya berkawal di sekitar kawasan itu.
Pada keesokan harinya, penduduk kampung gempar apabila
mendengar berita penangkapan sekumpulan penyeludup beras di hutan
itu. Gua tersebut dijadikan pangalan mereka.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2A07 6
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Hisham, Mutu dan Jun Wei diberi penghargaan kerana
bekerjasama dengan pihak polis membanteras kegiatan tersebut.
B. Pemahaman
Jawab soalan-soalan berikut:
1. Mengapakah Mutu berasa hairan apabila melihat sebuah lori masuk
ke dalam hutan itu ? (KBAT)
2. Apakah tujuan Mutu bersembunyi di sebalik sebatang pokok ?
(KBAT)
3. Apakah kejadian yang sebenar yang berlaku di gua tersebut ?
(KBAT)
4. Pada pandangan kamu, apakah tindakan yang perlu diambil apabila
terlihat seseorang melakukan perbuatan yang bertentangan dengan
Program Bahasa Melayu Edubest SR2A07 7
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
undang-undang seperti merosakkan kemudahan awan dan sebagainya ?
(KBAT)
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
___________________________________________________
( %)
Program Bahasa Melayu Edubest SR2A07 8
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
C. Tatabahasa
a. Nota Ringkas Imbuhan meN-, be, ber
1. Imbuhan meN- terdiri daripada me-, men-, mem-, meng-, meny-,
2. Penggunaan jenis imbuhan me- berdasarkan huruf pertama kada
akar.
Imbuhan me- huruf pertama kata akar
me l, m, n, r, w
mem b, f, p
men c, d, j, t, y, z,
meng a, e, i, o, u, g, h, k
meny s
3. Penambahan imbuhan meN- dan be/ber mempunyai fungsi tertentu:
Imbuh
an be/ber
me-
meN- meN...i meN...kan
Fungsi
&
Contoh
melakukan
sendiri
berfikir
berehat
melakukan
sesuatu
Mengambil
memasak
perbuatan yang
mengenai
seseorang
menghadiahi
menemui
Menjadikan
meluaskan
membesarkan
perbuatan
yang
melibatkan 2
pihak
bersalam
bergaduh
seperti
melaut
melangit
perbuatan yang
mengenai benda
memasuki
menghadiri
melakukan untuk
menjalankan
memasakkan
memiliki
berduit
berumah
Program Bahasa Melayu Edubest SR2A07 9
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
menggunakan
berbaju
berpayung
bersama
bertiga
berlima
menghasilkan/
mengeluarkan
berbuah
bedaun
sudah
dilakukan
berbaduh
bertulis
Nota: Biasanya, perkataan yang berimbuhan be/ber akan diikuti
dengan kata sendi atau tanda baca.
Latihan 1.1
Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.
mengacau menyalak mengajar menganyam
membeli menggali mengalir membanting
1. Anjing Encik Tan ________________ apabila ternampak pencuri
memanjat pagar.
2. Mira _______________ adiknya membaca dan mengira.
3. Ayah _______________ sehelai selendang sutera untuk ibu.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2A07 10
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
4. Kami _______________ dodol pada malam hari raya.
5. Pak Cik Malik _______________lubang untuk menanam bangkai
kucingnya.
6. Air Sungai Rejang ________________ dengan deras.
7. Nenek sedang _________________ mengkuang untuk dibuat
tikar.
8. Mak Midah _________________ tulang empat kerat untuk
menyara keluarganya.
( %)
Latihan 1.2
Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.
berlanggar berjalan berputik berlumba
berkelah berbasikal bersama berbual
1. Fadli dan Yani ________________ ketika Cikgu Salmah mengajar.
2. Penunggang motosikal itu terbabas ketika _______________
dengan kawannya.
3. Buah jambu yang ditanam oleh datuk sudah _________________.
4. Wei Chong dan Samy _________________ ke sekolah.
5. Faizal pergi ke pekan ________________ kakaknya.
6. Adik suka _______________ keliling kampung pada waktu petang.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2A07 11
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
7. Pada minggu yang lepas, kami _________________ di Pantai Batu
buruk.
8. Lori itu ________________ dengan sebuah bas persiaran.
( %)
Latihan 1.3
Beri imbuhan beR- yang sesuai pada perkataan yang sesuai (KBAT)
1. Lelaki yang kot hitam itu ialah seorang pegawai kerajaan.
2. Ahmad berjanji tidak akan bohong kepada ibunya lagi.
3. Syarikat itu mengambil masa bulan-bulan lamanya untuk
menyiapkan projek itu.
4. Kami sekeluarga bincang tentang kenduri arwah yang hendah
diadakan.
5. Ladang ternakan biri-biri itu dipagar dengan kawat duri.
6. Erina nampak cantik apabila baju kebaya.
7. Kami selalu main badminton pada hari minggu.
8. Mangsa bot karam itu renang sejauh dua kilometer untuk sampai
Ke pantai.
9. Beberapa ekor kerbau sedang kubang di dalam lumpur.
10. Kami rasa mual setelah makan nasi di warung itu.
( %)
Program Bahasa Melayu Edubest SR2A07 12
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
2.1 Gariskan perkataan yang perlu dibubuh imbuhan „meN-„ dan
tuliskan perkataan yang berimbuhan „meN-„ berkenaan (KBAT)
1 Pekebun akan petik sayur yang sudah cukup
besar.
2 Ibu bapa yang dera anak mereka akan didakwa.
3 Banyak penjaja jual makanan di tepi jalan.
4 Pekerja sekolah sedang sapu dedaun kering.
5 Abang pandai tulis karangan.
6 Lina garu tangannya yang digigit nyamuk.
7 Ayah sedang ambil bajunya di bilik.
8 Kok Liang suka ikut emaknya ke pekan.
( %)
2.2 Gariskan perkataan berimbuhan „meN‟ yang terbaik
1. Tukang masak itu sedang ( mengerat , mengkerat , menkerat ) ubi
kentang dengan pisau.
2. Roshini suka ( menbaca , membaca , mengbaca ) novel bahasa
Inggeris.
3. Ghani berjaya ( menelak , menggelak , mengelak ) sebuah motosikal
yang nyaris-nyaris melanggarnya.
4. Kita mestilah cuba ( menfahami , memfahami , memahami ) sesuatu
yang diajar guru sebaik mungkin.
i-Think
Program Bahasa Melayu Edubest SR2A07 13
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
5. Pemuda yang ( mengelar , menyelar , menggelar ) dirinya sebagai
jutawan itu rupanya seorang pesakit jiwa.
6. Pasukan pendaki negara kita berjaya ( mendaki , mengdaki ,
memdaki ) Gunung Everest.
7. Cik Yani akan ( menlanjutkan , menglanjutkan , melanjutkan )
pelajarannya di England.
( %)
2.3 Betulkan penggunaan imbuhan „meN-„ yang salah (KBAT)
1. Perbuatan menlepak dan mengrayau-rayau tidak patut
diamalkan.
2. Kita tidak patut memhina dan mempandang rendah terghadap
orang cacat.
3. Jentera pengorek digunakan untuk mengkorek lubang dan
memalihkan tanah.
4. Penyiasat peribadi itu sedang menintai gerak-geri seorang
jutawan.
( %)
Program Bahasa Melayu Edubest SR2A07 14
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
D. Pertuturan
Situasi
Anda ternampak seorang pelajar sedang merosakkan harta
benda sekolah. Apakah yang akan anda beritahu pelajar tersebut ?
Mengapa ? Jika pelajar tersebut enggan mendengar nasihat anda,
apakah yang akan anda lakukan ?
E. Penulisan
Karangan Jenis Cerita/Cereka
(Menyudahkan Cerita)
Panduan Mengarang
1. Karangan jenis ini mengisahkan pengalaman seseorang atau
cerita rekaan (cereka)
2. Peristiwa yang ditulis dalam cerita seboleh-bolehnya sesuatu
yang logik, iaitu yang berkemungkinan besar berlaku dalam
kehidupan kita.
3. Anda boleh melibatkan diri anda (guna “aku” / “saya”) atau
menamakan watak (“Siti” / “Ali”) dalam cerita.
4. Cerita hendaklah ditulis dalam urutan peristiwa yang mempunyai
permulaan, perkembangan, kemuncak dan pengakhiran.
5. Sebagai kesimpulan, masukkan unsur moral atau nilai-nilai murni
yang berkaitan.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2A07 15
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Karangan Contoh:
Sudah semak-samun diredahi, jalan keluar tidak juga ditemui.
Setiap jalan ada penghujung, tetapi mengapakah arah yang dicari
tidak juga ditemui ?
(Mulakan karangan anda dengan “Apakah telah…”)
Apakah telah tersilap arah ? Mereka memandang sesama
sendiri. Pandangan tidak secerah tadi. Tidak lama lagi, seluruh
alam akan gelap.
“Kita mesti cari jalan keuar!”
“Memang kita cari jalan keluar! Kita tidak boleh bermalam di
tengah hutan ini! Di sini banyak binatang buas!” balas Daniel
dengan perasaan kecewa dan geram.
Kata-kata Daniel membuat muka Zahid pucat lesi. Dia memang
penakut. Sejak awal lagi, dia tidak mahu ke hutan ini sekadar untuk
melastik burung, tetapi setelah didesak, akhirnya dia menerima
ajakan temannya itu. Sekarang, apa sudah terjadi ?
“Tolong!” jerit Daniel. Suara itu bergema. Daniel menjerit lagi.
Tiada sesiapa menyambut jeritannya. Setelah usaha itu tidak
berhasil, mereka meneruskan perjalanan dengan meredah hutan.
Tiba-tiba, mereka terlihat sebuah rumah. Ini perkampungan Orang
Asli! Mereka memandang sesama sendiri. Mereka tahu, sampai di
sini, mereka telah sesat terlalu jauh.
Oleh sebab tiada pilihan lain, mereka menuju ke perkampungan
Orang Asli. Mereka menerangkan kisah mereka dari A hingga Z
kepada seorang lelaki.
Program Bahasa Melayu Edubest SR2A07 16
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
“Burung juga mahu hidup. Mengapakah kamu menjadi pembunuh?
Lain kali, jangan buat lagi,”tegur Ketua Orang Asli, Sial anak lelaki
Umbun. Mereka hanya mengangguk.
“Marilah aku hantar kalian ke jalan keluar.”
Kata-kata itu bagaikan memberi nyawa kepada mereka. Mereka
segera mengucapkan terima kasih.
Latihan 1 :
Pada suatu petang, Azlan mengambil angin di padang yang
berdekatan dengan rumahnya. Dia berehat di bawah sebatang pokok
yang rendang. Azlan duduk di atas kerusi di bawah pokok.
Tiba-tiba...
(Mulakan karangan anda dengan “Tiba-tiba…”)
Program Bahasa Melayu Edubest SR2A07 17
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Latihan 2 :
Ibu sedang memasak di dapur. Ramu dan adiknya yang berumur
tiga tahun sedang bermain di bilik.
Tiba-tiba,.
(Mulakan karangan anda dengan “Tiba-tiba…”)
Program Bahasa Melayu Edubest SR2A07 18
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Input Bahasa
Frasa Kerja
1. menghalang
mereka
2. menghampiri
kereta
3. menghembus
lilin
4. menghias ruang
tamu
5. menghidangkan
makanan
:
:
:
:
:
Pengurus syarikat itu tidak dapat
menghalang mereka daripada berpiket di
hadapan pejabat.
Pemuda yang bercermin mata hitam itu
menghampiri kereta yang hendak dicurinya
itu.
Selepas berhajat, Lilian menghembus lilin
dan memotong kek.
Ibu dan kakak sibuk menghias ruang tamu
untuk menyambut Tahun Baharu Cina
Pelayan restoran itu menghidangkan
makanan yang enak selepas sepuluh minit.
Simpulan Bahasa
1. hilang akal : tidak tahu apa yang harus dilakukan
2. hisap darah : memeras keuntungan yang terlalu banyak
3. ikat perut : mengurangkan makan kerana hendak berjimat
4. iri hati : dengki; berasa tidak senang dengan kelebihan
orang lain
5. isi hati : perasaan
6. jaga mulut : berhati-hati dengan apa yang diucapkan
7. jalan buntu : tidak ada kata sepakat atau cara
Program Bahasa Melayu Edubest SR2A07 19
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pelan Lokasi
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my
top related