ptcd-cj-bil. 1 & 2
Post on 29-Oct-2015
538 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
-
PERINTAH TETAP CUKAI
DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan :
KE.HF(-)669/37/(1)
BIL.1 KONSEP, PERUNDANGAN DAN PENTADBIRAN CUKAI JUALAN Tarikh: 2 Januari 2001
BAHAGIAN CUKAI DALAMAN
JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA
MALAYSIA
-
KANDUNGAN
PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN BIL 1 KONSEP, PERUNDANGAN DAN PENTADBIRAN CUKAI JUALAN
1. Pendahuluan
2. Tujuan
3. Skop
4. Terminologi
5. Tanggungjawab
6. Peraturan-Peraturan
6.1. Perintah Tetap adalah terhad
6.2. Latar belakang dan konsep cukai jualan
6.3. Perundangan
6.4. Pentadbiran
6.5. Lencana atau kad kuasa
6.6. Borang-Borang
6.7. Penyampaian notis
6.8. Orang yang berusan dengan kastam
6.9. Buku-buku rekod yang disenggarakan di dalam Perintah Tetap Cukai Jualan
7. Carta Aliran Kerja
8. Rujukan
9. Lampiran-Lampiran
10. Pembatalan
11. Penguatkuasaan
12. Penutup
-
PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN
Muka surat : 1/7
Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)
BIL. 1 KONSEP, PERUNDANGAN DAN PENTADBIRAN CUKAI JUALAN
Tarikh : 2 Januari 2001
1. PENDAHULUAN
Perintah Tetap Cukai Jualan (PTCJ) ini di susun semula selepas ianya dikeluarkan pada tahun
1972. Penyusunan semula Perintah ini adalah untuk mengemaskinikan prosedur kerja cukai
jualan selaras dengan dasar jabatan dan perubahan serta pindaan atas perundangan yang
berkaitan dengan cukai jualan.
2. TUJUAN
Perintah ini dikeluarkan berjutuan untuk :
2.1. Menerangkan konsep Cukai Jualan supaya pegawai-pegawai dapat menjalankan tugas mereka dengan lebih sempurna dan berkesan.
2.2. Mewujudkan garis panduan dan peraturan untuk pelaksanaan cukai jualan berkaitan dengan kawalan dan tatacara supaya seragam, sistematik dan cekap.
3. SKOP
3.1. Perintah ini menerangkan tentang maklumat umum berhubung dengan konsep cukai seperingkat, pendekatan mengikut positif method , kadar-kadar cukai yang ditetapkan, perundangan serta serta undang-undang subsidiari yang berkaitan dan aspek
pentadbiran atau pelaksanaan cukai jualan.
3.2. Perintah tetap ini tidak terpakai bagi cukai jualan petroleum kerana perintah berkaitannya telah dikeluarkan secara berasingan.
4. TERMINOLOGI
4.1. Salinan sah ialah salinan yang dikeluarkan oleh Jabatan sebagai *ganti salinan asal yang hilang. Salinan sah ini diberi dengan bayaran.
4.2. Input ialah bahan mentah, komponen dan bahan pembungkusan yang digunakan dalam pengilangan.
4.3. Output ialah barangan keluaran syarikat.
5. TANGGUNGJAWAB
Pengarah Kastam, Bahagian Cukai Dalaman, Ibu Pejabat, Pengarah-Pengarah Kastam Negeri
dan Ketua Stesen adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan pentadbiran dan menyelesaikan
masalah berkaitan.
-
PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN
Muka surat : 2/7
Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)
BIL. 1 KONSEP, PERUNDANGAN DAN PENTADBIRAN CUKAI JUALAN
Tarikh : 2 Januari 2001
Pelaksanaan perundangan Cukai Jualan mengikut fungsi secara teratur dan selaras dengan
arahan dan dasar kerajaan.
6. PERATURAN-PERATURAN
6.1. Perintah Tetap ini adalah TERHAD dan hanya untuk kegunaan pegawai-pegawai
6.2. LATAR BELAKANG DAN KONSEP CUKAI JUALAN
6.2.1. Cukai jualan diperkenalkan pada 29 Februari 1972 bertujuan untuk menampung kekurangan di dalam Belanjawan (Budget Deficit) disamping
berfungsi sebagai penyelaras ekonomi.
6.2.2. Cukai Jualan adalah merupakan cukai seperingkat (single stage taxation) iaitu dikenakan sekali sahaja samada diperingkat input atau output . Ianya dikenakan atas semua barangan bercukai yang dikilang di Persekutuan atau
yang diimport untuk kegunaan dalam negeri. Barang-barang yang dikilang di
Persekutuan, cukai jualan dikenakan pada masa barang-barang tersebut dijual,
digunakan atau dilupuskan dengan cara lain oleh pengilang berlesen manakala
barangan import dikenakan semasa barangan dilepaskan daripada kawalan
kastam.
6.2.3. Pendekatan dalam menguatkuasakan pengenaan cukai jualan adalah positive method bermakna semua barang atau produk pengilangan adalah bercukai jualan melainkan dikecualikan. Dari segi pelesenan pula semua aktiviti
pengilangan adalah tertakluk kepada pelesenan melainkan dikecualikan.
6.2.4. Menteri mengikut peruntukan seksyen 8 Akta Cukai Jualan 1972, melalui Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 1980 mengecualikan barang-barang yang
dinyatakan dalan Jadual A, orang dan barang-barang yang dinyatakan dalam
Jadual B dan Jadual C.
6.2.5. Menteri mengikut peruntukan seksyen 15 Akta Cukai Jualan 1972, melalui Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai) 1972 menetapkan kadar cukai untuk
dilevi iaitu semua barang-barang hendaklah tertakluk kepada cukai jualan pada
kadar 10% kecuali :
(i) barang-barang yang termasuk dalam perintah pengecualian yang dibuat dibawah seksyen 8.
-
PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN
Muka surat : 3/7
Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)
BIL. 1 KONSEP, PERUNDANGAN DAN PENTADBIRAN CUKAI JUALAN
Tarikh : 2 Januari 2001
(ii) barang-barang yang diimport oleh orang yang memasuki Persekutuan (begas) dan bukan untuk kegunaan perdagangan (tidak termasuk
kenderaan bermotor, minuman keras, spirit, tembakau, rokok, tayar dan
tiun).
6.2.6. Deskripsi barangan dan kod tariff untuk tujuan menentukan barangan bercukai jualan atau sebaliknya adalah merujuk kepada Perintah Duti Kastam semasa
(Prevalling Customs Duties Order).
6.2.7. Cukai Jualan adalah cukai ad valorem dan terdapat empat kadar cukai jualan yang ditetapkan iaitu 5%, 10%, 20% dan 25%. Mulai 1.1.2000 kadar spesifik
diperkenalkan untuk cukai jualan (petroleum)
6.3. PERUNDANGAN
6.3.1. Akta Cukai Jualan 1972
Akta Cukai Jualan 1972 (Akta 64) memperuntukkan undang-undang bagi
mengenakan, melevi dan memugut cukai jualan. Peruntukan dalam Akta dipakai
bagi seluruh Malaysia. Walau bagaimanapun Akta ini memperuntukkan
(i) Seksyen 1(3), Akta ini tidak terpakai bagi kawasan yang dikenali sebagai kawasan Pembangunan Bersama (Joint Development Area).
(ii) Seksyen 2A menganggap Kawasan Zon Bebas adalah sebagai berada di luar Malaysia.
(iii) Seksyen 2B menganggap Gudang Pengilangan Berlesen (GPB) adalah sebagai berada di luar Malaysia.
(iv) Bahagian XIV dan XVII iaitu seksyen 72 hingga 90 Akta menjelaskan bahawa
(a) Cukai jualan tidak dikenakan bagi barangan bercukai yang diimport ke Labuan dan Langkawai.
(b) Cukai jualan tidak dikenakan bagi barangan bercukai yang dipindahkan dari kawasan utama kastam ke Labuan dan Langkawi.
(c) Cukai jualan hendaklah dibayar atas barangan bercukai yang diangkut dari ke Labuan dan Langkawai ke kawasan utama kastam (import).
-
PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN
Muka surat : 4/7
Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)
BIL. 1 KONSEP, PERUNDANGAN DAN PENTADBIRAN CUKAI JUALAN
Tarikh : 2 Januari 2001
(d) Barangan yang dikilang di Labuan dan Langkawai disifatkan sebagai dikilang di luar Persekutuan
6.3.2. Lain-lain perundangan subsidiari ialah :
(i) Peraturan-Peraturan Cukai Jualan 1972 (P.U.(A)55/1972.
(ii) Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 1980 Jadual A, B, dan C (P.U.(A) 365/1980)
(iii) Perintah Cukai Jualan (Pengecualian Daripada Pelesenan). 1997 (P.U.(A) 412/1997).
(iv) Perintah Cukai Jualan (Kadar Cukai) 1972 (P.U.(A)52/1972 (P.U.(A) 52/1972
(vi) Perintah Cukai Jualan (Kadar-Kadar Cukai) 1997 (P.U.(A)118/1997).
(vii) Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) (Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor) 1989 (P.U.(A)414/1987).
6.3.3. Perintah ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan perundangan cukai jualan seperti di atas.
6.4. PENTADBIRAN
6.4.1. Di peringkat Ibu Pejabat, Cawangan Cukai Jualan diketuai oleh Penolong Kanan Pengarah Kastam dan ditadbir sebagai salah satu cawangan dalam Bahagian Cukai
Dalaman. Bahagian Cukai Dalaman diketuai oleh Pengarah Kastam dan beliau
bertanggungjawab kepada Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Operasi).
6.4.2. Di peringkat stesen, cukai jualan ditadbir mengikut fungsi bersama-sama dengan aktiviti cukai dalaman yang lain di Bahagian/Cawangan Cukai Dalaman yang
merangkumi Cawangan/Unit Penguatkuasaan Pelesenan, Kawalan Kemudahan,
Kawalan Pungutan serta Remisi dan Pelupusan.
-
PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN
Muka surat : 5/7
Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)
BIL. 1 KONSEP, PERUNDANGAN DAN PENTADBIRAN CUKAI JUALAN
Tarikh : 2 Januari 2001
6.4.3. Senarai pejabat-pejabat dan daerah-daerah cukai jualan adalah sebagaimana di Jadual Kedua, Peraturan-Peraturan Cukai Jualan 1972.
6.5. LENCANA ATAU KAD KUASA
Pegawai yang tidak berpakaian seragam semasa melaksanakan tugas-tugas cukai jualan
perlu memperkenalkan diri dengan menunjukkan lencana atau kad kuasa Jabatan dan
mengikrarkan jawatannya. Lencana atau Kad Kuasa dikeluarkan oleh Jabatan di bawah
seksyen 9(1) Akta Kastam 1967. Penggunaan lencana Jabatan hendaklah seperti
ditetapkan dalam Pekeliling Pentadbiran Bil 1 Tahun 1997 dan penggunaan kad kuasa
seperti ditetapkan dalam Perintah Tetap Perjawatan bil 32.
6.6. BORANG-BORANG
Borang-borang yang digunakan dalam urusan pelaksanaan cukai jualan adalah seperti
disenaraikan Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Cukai Jualan 1972. Borang-borang
tersebut boleh diberi salinan sah dengan bayaran seperti yang ditetapkan di bawah Ordinan
Bayaran 1951, Perintah Bayaran Kastam 1977.
6.7. PENYAMPAIAN NOTIS
Penyampaian apa-apa notis, arahan atau dokumen seperti yang dikehendaki dalam Akta
Cukai Jualan hendaklah dibuat mengikut seksyen 62 Akta.
6.8. ORANG YANG DILANTIK BERURUSAN DENGAN JABATAN DAN PERLANTIKAN AGEN
6.8.1. Stesen hendaklah meminta supaya syarikat atau orang kena cukai menamakan pegawai atau kakitangannya yang diberi kuasa berurusan dengan jabatan. Hanya
orang yang diberi kuasa berurusan dengan jabatan. Hanya orang yang dinamakan
atau orang yang dilantik sebagai agen kepada syarikat sahaja boleh berurusan
dengan jabatan.
6.8.2. Takrif Agen
(i) Agen ialah orang yang menjalankan urusan bagi pihak orang yang kena
membayar cukai selain daripada pekerja syarikat atau orang yang dilantik oleh
syarikat sebagai penasihat cukai, penasihat akaun yang dibayar gaji oleh syarikat
atau sebagainya (sekretariat).
-
PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN
Muka surat : 6/7
Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)
BIL. 1 KONSEP, PERUNDANGAN DAN PENTADBIRAN CUKAI JUALAN
Tarikh : 2 Januari 2001
(ii) Peguamcara (solicitor) dan orang yang telah diberi kuasa revocable power of attorney
(iii) Orang-orang yang terkeluar daripada takrif agen ialah :
(a) peguambela yang mewakili sesuatu syarikat berkaitan dengan kes yang telah didaftarkan dimana-mana mahkamah tidak tertakluk kepada seksyen
63A.
(b) mana-mana orang yang diberikan irrevoccable power of attorney
6.8.3. Urusan Yang Boleh Diwakili
Semua aktiviti berkaitan cukai jualan dibenarkan diwakili oleh agen kecuali
menghadiri Majlis Penyerahan Lesen dan Taklimat Cukai Jualan.
6.8.4. Prosedur Menjalankan urusan Bagi Pihak Pengilangan Berlesen
(i) Mana-mana orang yang mengendalikan urusan bagi pihak orang kena cukai dikehendaki mengemukakan surat perlantikan oleh orang kena cukai ketika
berurusan dengan Jabatan.
(ii) Borang-borang yang dikehendaki dikemukakan sebagai syarat berurusan
dengan jabatan hendaklah ditandatangani oleh orang kena cukai. Walau
bagaimanapun dalam kes peguam-peguam bertauliah yang dilantik oleh
Peguam Negara untuk mewakili orang kena cukai boleh dibenarkan
menandatangani borang-borang berkenaan.
6.8.5. Orang yang mengendalikan urusan hendaklah berdaftar dengan ROB, ROC atau lain-lain badan bagi Sabah dan Sarawak.
6.9. BUKU-BUKU REKOD YANG DISENGGARAKAN DI DALAM PERINTAH TETAP CUKAI JUALAN
Semua buku-buku rekod yang disenggarakan dalam pelaksanan cukai jualan hendaklah
dikawal. Disemak dan ditandatangani oleh pegawai yang hak yang menyelia di tiap-tiap
cawangan yang berkenaan dengan cara :-
-
PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN
Muka surat : 7/7
Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)
BIL. 1 KONSEP, PERUNDANGAN DAN PENTADBIRAN CUKAI JUALAN
Tarikh : 2 Januari 2001
6.9.1. Semua buku-buku berkenaan hendaklah ditutup dengan menjumlahkan jenis-jenis kelulusan, jumlah cukai terlibat, jumlah permohonan dab sebagainya mengikut
mana berkenaan pada tuai-tiap bulan.
6.9.2. Buku-buku berkenaan hendaklah ditandatangani tiap-tiap hujung bulan berkenaan.
7. CARTA ALIRAN KERJA
Tiada
8. RUJUKAN
8.1. Akta, peraturan dan perintah seperti di perenggan 6.3.1.
8.2. Ordinan Bayaran 1951, Perintah Bayaran Kastam 1977
8.3. Perintah Tetap Perjawatan Bil. 32
8.4. Pekeliling Pentadbiran Bil.1 Tahun 1977
9. LAMPIRAN-LAMPIRAN
Tiada
10. PEMBATALAN/PINDAAN
Perintah Tetap Cukai Jualan yang dikeluarkan bertarikh 8.12.71 dan 11.5.1982 adalah
dibatalkan.
11. PENGUATKUASAAN
2 Januari 2001
12. PENUTUP
Dengan gambaran yang jelas tentang konsep, perundangan dan pentadbiran cukai jualan,
diharapkan dapat dijadikan panduan oleh pegawai-pegawai pelaksanaan di semua peringkat
dalam mentadbirkan dan melaksanakan aspek terpenting cukaijualan iaitu pelesenan, pungutan,
kemudahan dan lain-lain perkara berbangkit yang berhubung dengannya.
-
PERINTAH TETAP CUKAI Rujukan :
DALAMAN CUKAI JUALAN KE.HF(-)669/37(1)
BIL. 2 PELESENAN CUKAI Tarikh : 2 Januari 2001
JUALAN
BAHAGIAN CUKAI DALAMAN
JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA
MALAYSIA
-
KANDUNGAN
PERINTAH CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN BIL.2 PELESENAN CUKAI JUALAN
1. Pendahuluan
2. Tujuan
3. Skop
4. Terminotogi
5. Tanggungjawab
6. Peraturan-Peraturan
6.1. Aktiviti pengilangan dan pelesenan
6.2. Pelesenan lesen pilihan
6.3. Perkara-perkara perlu dipastikan sebelum lesen dikeluarkan
6.4. Prinsip-prinsip pengilangan
6.5. Pengasingan aktiviti yang dibuat-buat
6.6. Permohonan lesen cukai jualan
6.7. Proses permohonan
6.8. Pindaan lesen
6.9. Pembatalan lesen
6.10. Pemindahan fail syarikat
6.11. Penyata Bulanan Lesen Cukai Jualan
6.12. Lesen hilang/musnah
6.13. Pemeriksaan akaun
7. Carta Aliran Kerja
8. Rujukan
9. Lampiran-Lampiran
-
PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN
Muka surat : 1/25
Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)
BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN
Tarikh : 2 Januari 2001
1. PENDAHULUAN
Tiap-tiap orang yang mengilang barang-barang bercukai jualan atau kontraktor yang menyiapkan
barang bercukai jualan dikehendaki memohon lesen dibawah seksyen 13 Akta melainkan ianya
dikecualikan melalui perintah cukai jualan berkaitan. Pengilang-pengilang hanya boleh
mengenakan cukai jualan ke atas pelanggannya setelah mereka dilesenkan dibawah Akta. Dalam
melaksanakan kehendak perundangan cukai jualan dari segi pelesenan dua faktor utama perlu
diberi perhatian iaitu mengilang barangan bercukai jualan dan takrif pengilangan.
2. TUJUAN
Perintah ini dikeluarkan bertujuan untuk memberi garis panduan yang seragam berkenaan
dengan pelaksanaan pelesenan cukai jualan.
3. SKOP
Perintah ini menetapkan prosedur yang perlu diikuti dari aspek pelesenan dan kawalan rekod
pengilangan berlesen cukai jualan.
4. TERMINOLOGI
4.1. Akta ialah Akta Cuaki Jualan 1972.
4.2. Peraturan ialah Peraturan-Peraturan Cukai Jualan 1972.
4.3. Pengilang ialah sebagaimana takrif seksyen 2 Akta.
4.4. Kontraktod ialah orang yang menjalankan kerja-kerja ke atas barangan bercukai yang dipunyai oleh orang lain.
4.5. Barang-barang ialah sebagaimana takrif seksyen 2 Akta.
5. TANGGUNGJAWAB
Tanggungjawab Cawangan/Unit yang melaksanakan tugas-tugas dibawah perintah ini ialah
memastikan :
5.1. Prosedur pelesenan diikuti dengan betul dan teratur.
5.2. Hanya pengilang-pengilang yang sepatutnya sahaja dilesenkan.
-
PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN
Muka surat : 2/25
Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)
BIL.2 PELESENAN CUKAI JUALAN
Tarikh : 2 Januari 2001
5.2. Lesen hendaklah diluluskan dan dikeluarkan dalam tempoh seperti yang ditetapkan dalam pelanggan.
6. PERATURAN-PERATURAN
6.1. Aktiviti Pengilangan dan Pelesenan
Tiap-tiap orang yang menjalankan aktiviti pengilangan barangan bercukai jualan adalah
dikehendaki memohon lesen cukai jualan di bawah seksyen 13 Akta. Syarikat kontraktor
yang mengambil upah bagi menjalankan kerja pengilangan barang-barang bercukai untuk
orang lain juga tertakluk kepada pelesenan. Namun begitu pengilang-pengilang seperti
disenaraikan dibawah ini dikecualikan daripada memohon lesen :
6.1.1. Pengilang barang-barang yang dikecualikan cukai jualan dibawah Jadual A. Perintah Cukai Jualan (Pengecualian) 1980.
6.1.2. Pengilang barang bercukai yang jumlah nilai jualan tahunannya kurang daripada RM 100,000.00 atau RM 20,000.00 mengikut mana berkenaan dan telah memohon
Sijil Pengecualian Daripada Pelesenan (SPP) dibawah Jadual A, Perintah Cukai
jualan (Pengecualian Daripada Pelesenan) 1997.
6.1.3. Pengilang yang operasi pengilangannya diketegorikan dibawah Jadual B, Perintah Cukai Jualan (Pengecualian Daripada Pelesenan ) 1997.
6.1.4. Aktiviti pengilangannya tidak tertakluk kepada definisi pengilangan dibawah seksyen 2 Akta.
6.1.5. Pengilang yang beroperasi di Labuan dan Langkawi, Zon Bebas dan Gudang Pengilangan Berlesen selaras dengan seksyen 72 hingga 90, 2A dan 2B Akta.
6.2. Permohonan lesen pilihan
Pengilang-pengilang seperti di perenggan 6.1.2. dan 6.1.3. boleh memohon supaya diberi
lesen sebagai pengilang ber lesen dan dengan itu semua peruntukan Akta dan Peraturan
cukai jualan terpakai kepada pengilang itu
6.3. Perkara-perkara perlu dipastikan sebelum lesen dikeluarkan
Sebelum sesuatu lesen dikeluarkan pegawai yang hak menproses lesen hendaklah
memastikan perkara-perkara berikut:-
-
PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN
Muka surat : 3/25
Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)
BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN
Tarikh : 2 Januari 2001
6.3.1. Penjenisan barangan adalah betul supaya cukai jualan hanya dikenakan ke atas barang yang bercukai sahaja. Sekiranya kod tariff diragui, kemukakan permohonan penjenisan ke
Bahagian Perkhidmatan Teknik, Cawangan Pengurusan Penjenisan dengan segera seperti
ditetapkan dibawah Perintah Tetap Kastam Bil.2; dan
6.3.2. Aktiviti syarikat adalah tertakluk kepada definisi pengilangan.
6.4. Prinsip-prinsip Pengilangan
Prinsip-prinsip berhubung definisi Pengilangan ialah :-
6.4.1. Definisi Pengilangan boleh dibahagikan kepada tiga unsur yang perlu dipenuhi sebelum mana-mana proses pembuatan barangan dianggap sebagai pengilangan. Unsur-unsur
tersebut ialah:
(i) mengubahjadi dengan cara manual atau jentera
KEPADA
(ii) satu keluaran baru
dengan cara
(iii) mengubah saiz , bentuk atau jenis bahan
Unsur-unsur definasi pengilangan di (i) di atas didapati ada dua pilihan cara mengubahjadi
bahan iaitu secara manual atau jentera. Unsur di (iii ) iaitu ciri-ciri perubahan saiz, bentuk
atau jenis bahan adalah mencukupi jika salah satu ciri telah dipenuhi. Ciri yang penting
untuk menetapkan definisi pengilangan ialah hasil dari sesuatu pemerosesan akan
menghasilkan satu keluaran baru.
6.4.2. Pemasangan mesin-mesin atau lain-lain barang daripada bahagian-bahagian atau
komponen-komponen barang-barang seperti pemasangan kenderaan, televisyen, perabut
dan lain-lain adalah tertakluk kepada definisi pengilangan.
6.4.2. Proses pengilangan yang mudah seperti mencantumkan dua atau tiga bahagian-bahagian dengan skrew pada mesin tidak tertakluk kepada definisi pengilangan dengan syarat :-
6.4.3. Proses pengilangan yang mudah seperti mencantumkan dua atau tiga bahagian-bahagian dengan skrew pada mesen tidak tertakluk kepada definisi pengilangan dengan syarat :-
-
PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN
Muka surat : 4/25
Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)
BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN
Tarikh : 2 Januari 2001
(i) mesin tersebut telah lengkap dan tiada tambahan bahan trmpatan baru digunakan dalam pemasangan tersebut;
(ii) pemasangan boleh dibuat dengan mudah dan cepat; dan
(iii) barang dibeli atau diimport oleh bukan pemegang berlesen
6.4.4. Contoh-contoh keputusan aktiviti yang dikategorikan sebagai bukan pengilangan di bawah Seksyen 2 Akta :-
(i) Aktiviti mengecat, menyadur atau menyemburkan cat (spraying and painting) ke atas barangan yang telah dibayar cukai jualan.
Ringkasan kes :
Syarikat telah membeli barangan siap seperti perabut, alat-alat ganti
motosikal, barang-barang plastik atau barang-barang terpakai dan
kemudiannya mengecat atau menyemburkan cat kepada barangan tersebut.
Barangan tersebut kemudiannya dipasarkan ke pasaran tempatan atau
eksport oleh syarikat berkenaan.
Rasional :
Tidak ada keluaran baru.
Walau bagaimanapun sekiranya aktiviti menyadur atau menyemburkan cat
ini merupakan aktiviti yang berterusan dalam proses pengilangan sesuatu
barang keluaran sesebuah syarikat, ianya merupakan aktiviti yang
tertakluk kepada definisi pengilangan di bawah seksyen 2 Akta.
(ii) Pengubahsuaian kenderaan yang cukainya telah dibayar dan dilepaskan daripada kilang kepada ambulan
Ringkasan kes :
Kenderaan van telah dijual oleh kilang kepada pelanggannya yang
kemudiannya mengubahsuai van tersebut menjadi ambulan untuk kegunaa
di hospital ataupun lain-lain badan.
-
PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN
Muka surat : 5/25
Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)
BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN
Tarikh : 2 Januari 2001
Rasional :
Pengubahsuaian barangan selepas cukai jualan dibayar dikategorikan
sebagai repair.
(iii) Aktiviti pemotongan aluminium dan kaca oleh kontraktor bangunan di tbangunan didirikan
Ringkasan kes :
Kontraktor bangunan telah membeli aluminium dan kaca yang bersaiz
besar dibawa ke tempat kerja-kerja dijalankan untuk mendirikan sesebuah
bangunan. Aluminium dan kaca tersebut dipotong menjadi bingkai
aluminium dan tingkap yang kemudiannya terus dipasang ke
bangunantersebut.
Rasional :
Aktiviti pemotongan aluminium dan kaca seperti ini oleh syarikat atau
kontraktor yang tidak mempunyai premis tetap untuk pengilangan bingkai
pintu, tingkap atau fixed panel aluminium dan kaca tidak tertakluk kepada
definisi pengilangan di bawah seksyen 2 Akta.
(iv) Penyediaan makanan preparation of meats di restoran-restoran dan hotel
Ringkasan kes :
Pertanyaan samaada penyediaan makanan seperti coleslaw, coldmeats,
sausages dan lain-lain di restoran-restoran dan hotel untuk dihidangkan
terus kepada pelanggan tertakluk kepada cukai jualan atau tidak.
Rasional :
Aktiviti tersebut dikecualikan di bawah butiran 5, Perintah Cukai Jualan
(Pengecualian Daripada Pelesenan) 1997. Dengan itu tidak tertakluk
kepada pelesenan cukai jualan.
-
PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN
Muka surat : 6/25
Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)
BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN
Tarikh : 2 Januari 2001
(v) Laminating gypsum Board
Ringkasan kes :
Syarikat menjalankan aktiviti membeli dan menjual gypsum board.
Semasa menjual gypsum tersebut ada antara pengilangan meminta syarikat
menampalkan gypsum board dengan vinyl sheeting. Bahan-bahan mentah
utama yang digunakan ialah gypsum board, glue dan vinyl sheeting telah
dibeli dan diperolehi dengan membayar cukai jualan. Proses yang
dijalankan ialah menyapu glue dengan roller dan melekatkan vinyi
sheeting kepada gypsum board dan membuat trimming dengan cara
menual atau menggunakan mesen.
Keputusan Ibu Pejabat :
Tidak ada keluaran baru.
(vi) Engraving ceiling board
Bahan mentah utama yang digunakan ialah ceiling/gypsum board. Proses
engraving dilakukan dengan memasukkan ceiling/gypsum board melalui
mesin tertentu atau secara manual.
Rasional :
Tidak ada keluaran baru
(vii) Membekal, menghantar dan memasang roller shutter ke bangunan, rumah kedai dan komplek beli belah.
Ringkasan kes :
Syarikat menjalankan perniagaan secara sub-kontrak bagi kontraktor
bangunan-bangunan seperti kilang, bangunan, rumah kedai dan
sebagainya. Syarikat membeli bahan-bahan mentah dan komponen secara
berasingan seperti PPGI coil, chain block, panel, bar, spring, centre
multion lock, bolts and nuts dan lain-lain bahan berkaitan daripada
beberapa pengilang tempatan. Syarikat kemudiannya akan memotong
bahan-bahan mentah seperti metal stat dan lain-lain kepada saiz yang
dikehendaki mengikut spesifikasi yang diberi oleh arkitek
-
PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN
Muka surat : 7/25
Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)
BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN
Tarikh : 2 Januari 2001
atau kontraktor. Bahagian-bahagian komponen telah lengkap sebagai satu
unit roller shuttet akan dihantar ke premis dan dipasang di on-site serta
diuji untuk memastikan ianya berfungsi dengan licin mengikut spesifikasi
pelanggan. Syarikat berpendapat bahawa aktiviti ini dikecualikan daripada
pelesenan di bawah Butiran 3, Jadual B, Perintah Cukai Jualan
(Pengecualian Daripada Pelesenan) 1997.
Rasional:
Aktiviti memotong bahan-bahan mentah seperti metal stat dan lain-lain
kepada saiz yang dikehendaki mengikut spesifikasi yang diberi oleh arkitek
atau kontraktor dan menyediakan bahagian-bahagian komponen lengkap
sebagai satu unit roller shuter adalah satu keluaran baru syarikat. Nilai
jualan bagi tujuan pengiraan cukai jualan tidak termasuk upah pemasangan
dan kos penghantaran.
(viii) Pengenaan cukai jualan ke atas pengeluaran air melalui tubewell
Ringkasan kes :
Syarikat menjalankan aktiviti mengeluarkan air mineral melalui tubewell
secara terus dari bawah tanah. Air yang disedut dari perut bumi dialirkan
melalui saliran ke saluran penapisan bagi menapis keladak dan kotoran dan
seterusnya melalui proses ultraviolet bagi membasmi kuman. Air yang siap
diproses dibotolkan dan dipasarkan ke pasaran tempatan dan eksport.
Rasional :
Tidak ada keluaran baru.
6.4.5. Sekiranya terdapat keraguan dalam menentukan definisi pengilangan bagi sesuatu proses pembuatan barangan, laporan hendaklah dikemukakan ke Ibu Pejabat untuk
keputusan.
6.5. Kelayakan Penilaian Nilai Jualan Penilaian Atas Upah di Bawah Seksyen 7(3) Akta
6.5.1. Pengilang dibenarkan membuat penilaian jualan berdasarkan
-
PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN
Muka surat : 8/25
Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)
BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN
Tarikh : 2 Januari 2001
kerja-kerja yang telah dijalankan (upah) mengikut seksyen 7(3) Akta tertakluk
kepada syarat-syarat berikut :-
(i) Syarikat hanya menjalankan kerja-kerja lanjutan kepada barangan yang dibekalkan;
(ii) Kerja-kerja dibuat atas barangan yang dibekalkan oleh mana-mana pembekal dan barang-barang yang sama yang telah dijalankan kerja-kerja
lanjutan dikembalikan kepada pembekal tersebut;
(iii) Pembekal yang menghantar barangan tersebut ialah orang yang dikategorikan sebagai bukan pengilang di bawah Akta;
(iv) Semua barangan yang dibekalkan kepada pengilang atau bahan yang digunakan dalam pengilangan telah dibayar cukai jualan;
(v)
(vi) Perolehan bahan mentah/komponen tanpa cukai jualan untuk digunakan dalam pengilangan seperti dijelaskan dalam PTCJ Bil 5.
(vii) Penilaian di bawah seksyen 7(3) Akta tidak terpakai jika sebahagian bahan mentah/komponen dibekalkan oleh pembekal manakala sebahagian
bahan mentah lagi dibeli oleh pengilang. Penilaian cukai jualan adalah
seperti dijelaskan di PTCJ Bil. 4.
6.5.2. Jenis pengilangan yang dibenarkan penilaian jualan atas upah.
(i) Jenis pengilangan yang telah diluluskan oleh Ketua Pengarah Kastam untuk penilaian atas amaun upah yang dikenakan oleh pengilang atas
kerja-kerja yang dilakukannya ialah seperti kerja-kerja chroming, electro-
planting, bending, hot-dip galvanizing, diecutting, perforating,
heattreatment, hot-stemping, dan chamfering and edging.
(ii) Kelulusan bagi permohonan penilaian atas upah bagi pengilangan seperti inibolehlah diluluskan oleh Pengarah Kastam Negeri dengan mengenakan
syarat-syarat seperti di perenggan 6.5.1.
-
PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN
Muka surat : 9/25
Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)
BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN
Tarikh : 2 Januari 2001
6.5.3. Tatacara Permohonan
(i) Permohonan Penilaian di bawah seksyen 7(3) Akta bagi lesen baru hendaklah dibuat kepada Pengarah Kastam Negeri, Cawangan Pusat
Pelesenan Bersetempat bersama-sama dengan permohonan lesen cukai
jualan unyuk diproses. Jika syarikat telah dilesenkan, permohonan
hendaklah dikemukakan kepada cawangan/Unit Penguatkuasaan
Pelesenan untuk diproses selanjutnya.
(ii) Permohonan syarikat bagi aktiviti kerja-kerja selain daripada yang dibenarkan di para 6.5.2(i) hendaklah dikemukakan ke Ibu Pejabat,
Bahagian Cukai Dalaman untuk kelulusan Ketua Pengarah Kastam.
Laporan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan Borang
CD(P)1. Surat Pekeliling Bahagian Cukai Dalaman Bil.3 / Tahun
2000.
6.6. Pengasingan Aktiviti Perniagaan Yang Dibuat-buat.
Jika didapati atau disyaki beberapa buah syarikat yang berhubungan dengan sengaja
mengasingkan aktiviti-aktiviti syarikat mereka bertujuan untuk mengelakkan daripada
liabiliti pembayaran cukai jualan, satu siasatan terperinci hendaklah dibuat ke atas syarikat-
syarikat berkenaan. Penyiasatan hendaklah ditumpukan berasaskan samada syarikat adalah
saling terikatdan berhubungan dari tiga aspek kewangan, ekonomi dan pengurusan
organisasi iaitu :-
6.6.1. Kewangan :
(i) Mengunakan sistem kewangan/perakuan/audit yang sama.
(ii) Saling memberikan bantuan kewangan atau memerlukan sokongan kewangan contohnya seperti suntikan modal antara satu sama lain.
(iii) Berkongsi keuntungan atau faedah kewangan dalam urusan perniagaan.
6.6.2. Ekonomi iaitu aktiviti syarikat saling menyokong atau melengkapkan antaran satu sama lain bagi merealisasikan satu tujuan perniagaan yang sama dan saling
mendapat keuntungan antara satu sama lain dan membekalkan barangan kepada
pelanggan yang sama.
-
PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN
Muka surat : 10/25
Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)
BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN
Tarikh : 2 Januari 2001
6.6.3. Pengurusan organisasi :
(i) Mempunyai ahli-ahli lembaga pengarah yang terdiri dari orang yang sama.
(ii) Menggunakan sistem pemasaran yang sama.
(iii) Pengeluaran invois-invois jualan secara berpusat.
(iv) Syarikat menggunakan/berkongsi premis, tenaga pekerja, peralatan dan kemudahan yang sama antara syarikat.
(v) Barang-barang yang dihasilkan adalah dari kategori yang sama.
6.6.4. Dalam menentukan ciri-ciri seperti di paras 6.6.1. hingga 6.6.3. tidak semestinya semua ciri-ciri yang disebutkan perlu dipenuhi. Jika pegawai kanan di stesen
berpuashati salah satu ciri daripada ketiga-tiga aspek kewangan, ekonomi dan
pengurusan organisasi dipenuhi dan menunjukkan bahawa satu pengasingan
aktiviti perniagaan adalah dibuat-buat, satu laporan lengkap dalam Borang
CD(P)1 , Surat Pekeliling Bahagian Cukai Dalaman Bil. 3 / Tahun 2000 beserta dokumen-dokumen sokongan berkaitan hendaklah dikemukakan ke
Bahagian Cukai Dalaman, Ibu Pejabat untuk mendapatkan keputusan Ketua
Pengarah Kastam bagi melesenkan syarikat-syarikat berkenaan sebagai orang kena
cukai tunggal.
6.6.5. Ketua Pengarah Kastam akan memutuskan bahawa syarikat-syarikat tersebut adalah sebagai orang kena cukai tunggal dan stesen hendaklah mengambil tindakan
berikut:-
(i) Mengeluarkan notis arahan orang kena cukai tunggal kepada syarikat-syarikat berkenaan melalui format seperti di Lampiran 1. Notis arahan
hendaklah dihantarkan kepada semua syarikat berkenaan.
(ii) Mengarahkan supaya orang kena cukai tunggal menamatkan suatu orang kena cukai tunggal menamatkan suatu nama untuk tujuan disebutkan
dalam Lesen Cukai Jualan dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis
-
PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN
Muka surat : 11/25
Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)
BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN
Tarikh : 2 Januari 2001
Arahan orang kena cukai tunggal. Jika tidak dinamakan oleh Syarikat-syarikat
berkenaan Pengarah Kastam Negeri boleh menetapkan nama yang disebut dalam
lesen dari salah satu dari nama-nama syarikat yang dianggap syarikat Induk.
(iii) Memastikan permohonan lesen dikemukakan dalam tempoh 21 hari dari arahan yang terakhir dari kalangan orang kena cukai tunggal tersebut
Contohnya seperti berikut :-
Nama Notis
Syarikat arahan
Dihantar
A 10/01/01
B 15/01/01
C 20/1/01
Tarikh kuatkuasa ialah 11/02/01 atau mana-mana tarikh terkemudian
seperti yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah Kastam.
(iv) Notis arahan hendaklah ditandatangani oleh Pengarah Kastam Negeri.
6.6.6. Lesen hendaklah dikeluarkan atas nama syarikat induk atau satu nama tertentu yang ditetapkan, manakala lain-lain syarikat hendaklah disenaraikan sebagai
cawangannya. Salinan lesen yang diakui sah hendaklah diserahkan kepada semua
cawangan orang kena cukai tunggal berkenaan.
6.6.7. Bagi peruntukan seksyen 12A(3)Akta, jika didapati ada syarikat lain yang boleh dianggap sebagai sebahagian orang kena cukai tunggal selepas orang kena cukai
tunggal tersebut dilesenkan, surat arahan tambahan hendaklah dikeluarkan kepada
syarikat berkenaan. Tarikh syarikat tersebut dianggap sebagai sebahagian orang
kena cukai tunggal hendaklah berkuatkuasa mengikut tarikh pengilangan barangan
bercukai bermula atau jika tarikh pengilangan lebih awal dari tarikh orang kena
cukai tunggal A, B dan C dilesenkan, iaitu mulai tarikh ABC dilesenkan.
-
PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN
Muka surat : 12/25
Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)
BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN
Tarikh : 2 Januari 2001
Contohnya ialah seperti berikut :-
Arahan Arahan tambahan Tarikh
Kepada sebagai Orang Kena Berkuatkuasa
Orang Kena Cukai Tunggal
Cukai
Tunggal A,B
Dan C
15/01/00 Jika D Tarikh mengilang 15/01/00
- 20/10/99 ( sebelum
lesen A, B, C
berkuatkuasa
Jika D mengilang mulai 30/03/00
30/03/00 ( selepas lesen
A, B, C berkuatkuasa
6.6.8. Pertimbangan bagi pengasingan aktiviti perniagaan yang dibuat-buat hendaklah dikaji secara case by case basis berasaskan pemerhatian perkara-perkara di perenggan 6.6.1. hingga 6.6.3.
6.7. PERMOHONAN LESEN CUKAI JUALAN
6.7.1. Permohonan lesen cukai jualan hendaklah dikemukakan kepada Pegawai Kanan yang hak di Cawangan/Unit Pusat Pelesenan Bersetempat di stesen kastam yang
mengawal daerah tersebut dengan mengemukakan dua salinan borang JKED.NO.1
(JKED .1) seperti di Jadual Pertama, Peraturan Cukai Jualan beserta
dokumen-dokumen sokongan dalam Jadual 1.
6.7.2. Permohonan hendaklah dibuat dan ditandatangani oleh pemohon seperti berikut :-
(i) Syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 hendaklah ditandatangani oleh salah seorang ahli lembaga pengarah atau seorang
yang diberikuasa secara bertulis.
(ii) Firma didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 atau oleh lain-lain badan di Sabah dan Sarawak :
-
PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN
Muka surat : 13/25
Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)
BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN
Tarikh : 2 Januari 2001
Bil Jenis Dokumen
diperlukan
Perniagaan didaftar
di bawah Akta
Syarikat 1965
Perniagaan di daftar
dibawah Akta Pendaftaran
Perniagaan 1956/Lain-lain
badan di Sabah dan
Sarawak
Jadual 1
Borang Tambahan
(Lampiran II)
Satu salinan
Memorandum &
Articles of Association
Borang 9 dan Borang
13 (jika berkaitan )
Satu salinan Borang 24
(Return of altotment of
shares)
Borang 44
Satu salinan Borang 49
(Ahli Lembaga
Pengarah)
Borang Pendaftaran
Perniagaan bersama
Borang A, B dan D.
Gambar berukuran
pasport
Salinan kad
pengenalan/pasport
Pelan lokasi
Carta aliran
pengilangan
Salinan lesen sokongan
jika berkenaan
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
/
/
/
/
/
/
Gambar Pemohon
/
/
/
/
/
/
/
Semua gambar rakan kongsi
/
/
/
/
-
PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN
Muka surat : 14/25
Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)
BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN
Tarikh : 2 Januari 2001
(a) Firma perkongsian oleh setiap rakan kongsi; atau
(b) Syarikat perseorangan oleh pemilik sendiri
6.8. PROSES PERMOHONAN
Permohonan yang diterima hendaklah diambil tindakan serta merta seperti berikut :-
6.8.1. Penerimaan Permohonan dan Dokumen
Dokumen-dokumen permohonan hendaklah disemak untuk menentukan semua
butir-butir permohonan adalah lengkap dan teratur. Stesen hendaklah mempunyai
senarai semak (checklist) dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan
lesen sebagai panduan untuk menentukan permohonan yang dikemukakan adalah
lengkap. Hanya permohonan yang lengkap sahaja diterima, dicop tarikh
penerimaan, diberi nombor pendaftaran pada JKED. 1 dan diproses seterusnya.
Permohonan yang tidak lengkap hendaklah dikembalikan kepada pemohon.
Permohonan yang diterima melalui pos yang tidak lengkap, pemohon hendaklah
diberitahu secara bertulis dengan kadar segera.
6.8.2. Pendaftaran Permohonan
Permohonan yang lengkap hendaklah didaftarkan dalam Buku Daftar Induk
Permohonan Lesen. Buku daftar ini hendaklah mengandungi butir-butir berikut :-
(i) Tarikh daftar; (ii) Nombor daftar; (iii) Nama pemohon; (iv) Alamat pemohon; (v) Tarikh permohonan diluluskan; (vi) Nombor lesen; (vii) Tarikh pengilangan dimulakan; (viii) Barang keluaran; dan (ix) Catatan
6.8.3. Akuan Penerimaan
Surat pengakuan penerimaan permohonan hendaklah dikeluarkan serta merta.
-
PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN
Muka surat : 15/25
Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)
BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN
Tarikh : 2 Januari 2001
6.8.4. Fail Pengilangan Berlesen
Satu fail pengilangan berlesen hendaklah dibuka mengikut Perintah Am Jabatan
Bil.12 setelah permohonan didaftarkan.
6.8.5. Kelulusan Lesen
Permohonan lesen hendaklah diluluskan oleh Penolong PengarahKastam ke atas
atau mana yang berkenaan mengikut penurunan kuasa di bawah Perintah Am
Jabatan Bil.4.
6.8.6. Pengeluaran Lesen
Lesen hendaklah dikeluarkan atas nama perniagaan seperti didaftarkan di Pejabat
Pendaftar Syarikat/Perniagaan dan bukan atas nama pemohon, Pengarah,
Pengurus, Setiausaha atau lain-lain orang berkenaan.
6.8.7. Nama Pegawai Menandatangani Lesen
Nama pegawai yang menandatangani lesen hendaklah dicopkan pada lesen cukai
jualan tetapi nama jawatan tidak dibenarkan.
6.8.8. Tarikh Kuatkuasa
Tarikh kuatkuasa lesen yang dikeluarkan adalah berdasarkan tarikh permohonan
diterima atau mengikut tarikh jangkaan pengilangan sekiranya pengilangan belum
dijalankan. Tarikh penguatkuasaan lesen tidak boleh dikebelakangkan.
Contohnya :-
Tarikh Tarikh Mula/ Tarikh
Permohonan Jangkaan Kuatkuasa
Diterima Pengilangan Lesen
1.10.98 1.1.99 1.1.99
(jangkaan
pengilangan)
1.10.98 3.3.98 1.10.98
( Mula
mengilang)
-
PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN
Muka surat : 16/25
Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)
BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN
Tarikh : 2 Januari 2001
Jika syarikat telah menjalankan pengilangan barangan bercukai sebelum lesen
berkuatkuasa dan nilai jualan telah melebihi had pengecualian pelesenan, cukai
jualan dan penalti atas barang-barang yang dikilang yang dijual dan dilupuskan
hendaklah dituntut untuk tempoh berkenaan. Tuntutan dibuat berdasarkan seksyen
2 (maksud orang kena cukai ) dan seksyen 30 Akta. Syarikat boleh mengikrarkan jumlah jualan untuk tempoh tersebut melalui penyata CJ3. Walau
bagaimanapun jika syarikat enggan berbuat demikian, jumlah tuntutan hendaklah
dipastikan melalui pemeriksaan akaun khas ke atas invois-invois jualan syarikat
berkenaan.
6.8.9. Deskripsi barangan
Deskripsi barangan dan kod tariff hendaklah dicatitkan secara terperinci diruangan
Perihal Am mengenai barang-barang yang dikilang dalam lesen yang dikeluarkan. Jika ruangan tidak mencukupi bolehlah disenaraikan di dalam satu
lampiran. Hanya deskripsi barangan bercukai sahaja perlu dicatatkan dalam lesen
berkenaan.
6.8.10. Tempoh Kelulusan
Permohonan yang lengkap dan teratur hendaklah diluluskan dalam tempoh 2 hari
bekerja dari tarikh permohonan didaftarkan.
6.8.11. Salinan Lesen Cukai Jualan
Lesen Cukai Jualan hendaklah dikeluarkan melalui Borang C.J. No.2 (CJ2) dalam
tiga salinan dan diagihkan seperti berikut :
(i) Salinan asal - pengilang berlesen bersama-sama dengan Lampiran III.
(ii) Salinan pendua - fail induk pengilang berlesen
(iii) Salinan Ketiga - buku lesen
(iv) Salinan fotostat lesen hendaklah dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh lesen dikeluarkan kepada :
(a) Pengarah Kastam Negeri, Bahagian Cukai Dalaman, Cawangan/Unit Penguatkuasaan Pelesenan dimana cawangan syarikat itu terletak, bagi
tujuan penguatkuasaan dan kawalan jika pelesenan secara berpusat.
-
PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN
Muka surat : 17/25
Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)
BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN
Tarikh : 2 Januari 2001
(b) Bahagian Cukai Dalaman, Ibu Pejabat berserta dengan sesalinan dokumen-dokumen berkaitan.
(v) Salinan fotostat lesen yang diakui sah hendaklah dikeluarkan kepada pengilang yang dilesenkan secara berpusat untuk dipamerkan di
premis-premis mereka.
6.8.12. Permohonan Berpusat.
Permohonan lesen bagi pengilang yang mempunyai lebih dari satu premis
atau cawangan, hanya satu lesen sahaja dikeluarkan jika :
(i) Peremis atau cawangan tidak menyelenggara sebarang rekod, invois atau resit :
(ii) Semua urusan perakaunan, invois, pembayaran dibuat oleh syarikat induk. Alamat-alamat premis hendaklah dimasukkan dalam lesen
syarikat induk (Ibu Pejabat). Salinan lesen tersebut hendaklah
dibuat salinan yang diakui sah dan dipamirkan di semua
cawangan/premis syarikat berkenaan. Pembayaran cukai jualan
hanya dibuat oleh syarikat induk sahaja.
(iii) Pengilang di bawah satu entiti yang sama.
(iv) Pengilang diarahkan dilesen sebagai orang kena cukai tunggal.
6.8.13. Tindakan selepas lesen dikeluarkan
Fail pengilang berlesen yang telah diluluskan hendaklah dihantar ke
Cawangan/Unit Penguatkuasaan Pelesenan Cukai Dalaman. Fail-fail ini
Hendaklah didaftarkan dalam Buku Daftar Induk Pelesennan dan perlu
disimpan di Cawangan/unit ini. Buku daftar ini hendaklah mengandungi
maklumat seperti berikut :-
(i) Nama pengilang; (ii) Alamat syarikat (tempat urusan utama dan cawangan);
-
PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN
Muka surat : 18/25
Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)
BIL. 2 - PELESENAN CUKAI JUALAN
Tarikh : 2 Januari 2001
(iii) Tarikh permohonan diluluskan; (iv) Nombor lesen; (v) Tarikh kuatkuasa lesen; (vi) Barang keluaran; dan (vii) Catatan.
6.8.14. Fail pengilangan berlesen hendaklah diminitkan ke Cawagan/Unit Kawalan Pungutan untuk tindakan membuka fail CJ3 dan kad lejar.
6.9. PINDAAN LESEN
6.9.1. Pindaan lesen cukai jualan hendaklah dikemukakan kepada Cawangan/Unit Penguatkuasaan Pelesenan. Tindakan bagi permohonan pindaan lesen
adalah mengikut Peraturan 7, Peraturan Cukai Jualan. Keadaan di mana
lesen perlu dipinda adalah seperti berikut :-
(i) Perubahan nama sesuatu syarikat atau urusan meliputi pertukaran taraf syarikar perseorangan kepada Sdn. Bhd. atau Sdn. Bhd. kepada
Berhad atau sebaliknya. Surat pengesahan oleh Pendaftar Syarikat
perlu dikemukakan.
(ii) Pertukaran alamat bagi mana-mana tempat dimana urusan dijalankan.
(iii) Pembukaan mana-mana tempat baru urusan atau penutupan mana-mana tempat urusan.
(iv) Pertukaran atau penambahan jenis barang yang dikilang.
(v) Apabila salah satu daripada pengilang yang dianggap sebagai orang kena cukai tunggal telah tidak lagi menjadi anggota konstituen bagi
orang kena cukai tunggal tersebut.
(vi) Apabila diminta berbuat demikian oleh Ketua Pengarah Kastam.
6.9.2. Satu buku rekod pindaan dinamakan Buku Daftar Pindaan Lesen Cukai Jualan hendaklah disediakan yang mengandungi maklumat-maklumat seperti berikut :-
(i) Bilangan; (ii) Nama syarikat;
-
PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN
Muka surat : 19/25
Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)
BIL. 2 - PELESENAN CUKAI JUALAN
Tarikh : 2 Januari 2001
(iii) Nombor lesen; (iv) Tarikh permohonan diterima; (v) Butir-butir pindaan; (vi) Tarikh permohonan diluluskan; dan (vii) Tarikh lesen dikembalikan
6.9.3. Permohonan pindaan lesen cukai jualan hendaklah diproses dan diluluskan dalam tempoh 2 hari dari tarikh permohonan diterima. Tindakan-tindakan
yang perlu diambil adalah seperti berikut :
(i) Meneliti butir-butir permohonan pindaan lesen dan sekiranya perlu, buat lawatan ke premis kilang untuk pengesahan;
(ii) Pindaan hendaklah diluluskan oleh pegawai kanan berpangkat Penolong Pengarah Kastam dan ke atas atau mana yang berkenaan
mengikut penurunan kuasa sebagaimana Perintah Am Jabatan
Bil.4 ;
(iii) Semua salinan lesen di perenggan 6.8.11 hendaklah dipinda dan Ibu Pejabat hendaklah dimaklumkan mengenai pindaan berkenaan; dan
(iv) Satu salinan fotostat lesen yang telah dipinda hendaklah dipanjangkan ke Cawangan/Unit Kawalan Kemudahan atas
perubahan maklumat syarikat dan barang-barang yang dikilang
6.9.4. Pertukaran atau penambahan rakan kongsi
Pengilang hendaklah memaklumkan pertukaran atau penambahan rakan
kongsi kepada Cawangan/Unit Penguatkuasaan Pelesenan. Maklumat
hendaklah disimpan dalam fail induk pemegang lesen atau dikemaskini
maklumat komputer SMK-CD sebagai rekod bagi tujuan menuntut
kekurangan cukai jualan dan lain-lain.
6.10. PEMBATALAN LESEN
6.10.1. Bila lesen perlu dibatal dan satu lesen baru perlu dikeluarkan :
Lesen cukai jualan hendaklah dibatalkan dan suatu lesen baru dikeluarkan
bagi kes-kes berikut :-
-
PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN
Muka surat : 20/25
Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)
BIL. 2 - PELESENAN CUKAI JUALAN
Tarikh : 2 Januari 2001
(i) Perniagaan dipajak, lesen hendaklah dibatal dan dikeluarkan atas nama pemajak.
(ii) Pertukaran hak milik syarikat/firma.
(iii) Pengilang berlesen meninggal dunia dan perniagaan diambil alih oleh orang lain.
(iv) Syarikat pengilang diletakan di bawah penerima, seksyen 69 Akta
atau penyelesai hutang piutang, seksyen 70 Akta atau pemegang
amanah dan penerima faedah di bawah seksyen 22(4)Akta.
(v) Pengilang telah diberi arahan dan dilesenkan oleh Ketua Pengarah Kastam sebagai orang kena cukai tunggal.
6.10.2. Lesen cukai jualan hendaklah dibatalkan terus apabila :
(i) Pengilang berlesen bertukar taraf kepada Sijil Pengecualian Daripada Pelesenan (SPP).
(ii) Syarikat dibubarkan atau menamatkan pengilangan.
(iii) Pemilik meninggal dunia dan perniagaan ditamatkan.
6.10.3. Permohonan Pembatalan Lesen
Permohonan pembatalan lesen hendaklah dikemukakan kepada Cawangan/Unit
Penguatkuasaan Pelesenan dengan mengemukakan permohonan bertulis yang
disertakan bersama-sama dengan lesen asal cukai jualan.
6.10.4. Buku Daftar Pembatalan Lesen Cukai Jualan
Satu buku rekod pembatalan lesen dinamakan Buku Daftar Pembatalan Lesen Cukai Jualan hendaklah disediakan yang mengandungimaklumat seperti berikut :-
(i) Bilangan; (ii) Nama pengilang; (iii) Nombor lesen; (iv) Tarikh permohonan diterima; (v) Sebab-sebab pembatalan;
-
PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN
Muka surat : 21/25
Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)
BIL. 2 - PELESENAN CUKAI JUALAN
Tarikh : 2 Januari 2001
(vi) Tarikh permohonan diluluskan; dan (vii) Tarikh lesen dibatalkan.
6.10.5. PROSES PEMBATALAN LESEN
(i) Tindakan Pembatalan Lesen
Sebaik sahaja permohonan pembatalan lesen cukai jualan diterima,
tindakan hendaklah diambil oleh stesen seperti berikut :-
(a) Memastikan lesen asal dikembalikan oleh pemohon dan lesen tersebut hendaklah dibatalkan serta merta. Jika lesen asal tidak
dapat dikembalikan pemegang lesen hendaklah megemukakan
salinan laporan polis.
(b) Kelulusan kemudahan CJ5, CJ5B dan CJ5A yang berkaitan dengan syarikat berkenaan hendaklah ditarikbalik dengan serta
merta.
(c) Tindakan pembatalan lesen hendaklah diambil seperti berikut :-
- Cop batal pada lesen asal dan pendua;
- Membatalkan butir-butir pelesenan pada Buku Daftar Induk Pelesenan dan ditandatangan oleh Pegawai Kanan
Cawangan / Unit Penguatkuasaan Pelesenan;
- Cop batal pada fail induk syarikat, fail CJ3, kad lejar dan semua sampul-sampul kecil berkaitan.
(d) Menghantar fail syarikat berkenaan ke Bahagian Pemeriksaan Akaun seberapa segera yang boleh bagi mengesahkan dan
mengambil tindakan mengenai perkara-perkara berikut :-
- Tunggakan Penyata CJ3 dalam tempoh lesen berkuatkuasa sehingga fail dibatalkan;
- Tunggakan cukai jualan/penalti;
-
PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN
Muka surat : 22/25
Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)
BIL. 2 - PELESENAN CUKAI JUALAN
Tarikh : 2 Januari 2001
- Memastikan tiada penyalahgunaan CJ5 dan CJ5B;
- Cukai jualan ke atas baki stok bahan mentah yang diperolehi bebas daripada cukai jualan hendaklah dipungut. Sekiranya baki
stok diambil alih oleh pemegang CJ5/CJ5B, kelulusan hendaklah
diperolehi daripada Pegawai Kanan Yang Hak; dan
- Cukai jualan ke atas baki stok barang siap hendaklah dituntut daripada pengilang.
(e) Fail pengilang hendaklah ditutup oleh Cawangan/Unit Penguatkuasaan Pelesenan setelah menerima laporan pemeriksaan
akaun pembatalan lesen yang telah diperakukan dan semua tunggakan
cukai jualan telah dijelaskan. Fail yang telah dibatalkan dan dokumen
berkenaan hendaklah disimpan bersama-sama dan disimpan selamat
mengikut Perintah Am Bil.51;
(f) Memaklumkan ke Ibu Pejabat melaui format seperti di Lampiran IV bersama-sama dengan sesalinan laporan pemeriksaan akaun
pembatalan lesen setelah semua tunggakan cukai jualan dijelaskan.
(ii) Pembatalan lesen pemilik yang meninggal dunia
Pembatalan lesen bagi kes pemilik meninggal dunia hendaklah
dikemukakan secara bertulis dengan segera kepada Pemegang Amanah.
Sekiranya mempunyai tunggakan cukai jualan/penalti hendaklah
dijelaskan oleh orang yang bertanggungan.
(iii) Pembatalan lesen di bawah Seksyen 13A(3) Akta
(a) Pengilang berlesen yang didapati tidak mematuhi seksyen 17, 17A, 18, 19, 22(1) dan 22(2) Akta hendaklah dinasihatkan secara bertulis
supaya mematuhi seksyen berkenaan.
(b) Sekiranya surat nasihat tersebut tidak dipatuhi dan melibatkan cukai jualan tidak dibayar, satu lawatan pemeriksaan akaun hendaklah
dibuat serta merta ke Premis pengilang berkenaan untuk memastikan
-
PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN
Muka surat : 23/25
Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)
BIL. 2 - PELESENAN CUKAI JUALAN
Tarikh : 2 Januari 2001
kekurangn cukai jualan yang terlibat. Surat tuntutan hendaklah
dikeluarkan kepada syarikat dengan segera. Jika syarikat tidak
membayar cukai terlibat dalam tempoh yang ditetapkan, prosedor
tuntutan sivil hendaklah diambil serta merta mengikut Perintah
Tetap Sivil.
(c) Jika pengilang masih lagi mengulangi kesalahan selepas tindakan sivil di ambil, satu laporan lengkap hendaklah dikemukakan ke Ibu
Pejabat yang mengandungi butir-butir tindakan yang telah diambil
dan pengesyoran untuk tindakan menarikbalik lesen di bawah seksyen
13A Akta untuk pertimbangan Ketua Pengarah Kastam.
6.11. Pemindahan fail pengilang
6.11.1. Jika pengilang berlesen memindahkan tempat urusan utama dan
operasinya, fail pengilang hendaklah dipindahkan ke stesen di mana pengilang tersebut berurusan dan beroperasi.
6.11.2. Tindakan Pemindahan Fail Oleh Stesen Asal
(i) Membuat pindaan kepada lesen pengilang berkenaan dan memindahkan fail pengilang ke stesen baru dengan
menghantar surat rasmi berserta dengan dokumen-dokumen
berikut :-
(a) Dokumen-dokumen berkaitan pengilang seperti fail induk, fail CJ3, fail CJ5 dan kad lejar; dan
(b) Semua notis tuntutan cukai jualan/penalti, dokumen pembayaran ansuran dan baki tunggakan cukai
jualan/penalti (jika ada).
(ii) Mengecop perkataan Fail dipindahkan ke stesen . dalam Buku Daftar Induk Pelesenan.
6.11.3. Tindakan Oleh Stesen Penerima
(i) Stesen penerima hendaklah mendaftarkan fail mengikut siri Buku Daftar Induk Pelesenan di stesen berkenaan.
-
PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN
Muka surat : 24/25
Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)
BIL. 2 - PELESENAN CUKAI JUALAN
Tarikh : 2 Januari 2001
(ii) Pengilang berkenaan hendaklah dimaklumkan supaya berurusan di stesen baru (stesen penerima) berkaitan
dengan pembayaran, permohonan CJ5 dan lain-lain
mengenai hal-hal cukai jualan.
(iii) Dokumen-dokumen dari stesen lama hendaklah disimpan bersama-sama dokumen baru sebagai rujukan.
(iv) Semua urusan menyelesaikan tunggakan cukai jualan di stesen lama hendaklah diambil alih oleh stesen baru.
(v) Satu pemeriksaan akaun hendaklah diprogramkan dengan kadar segera ke atas pengilang ini.
6.12. PENYATA BULANAN LESEN CUKAI JUALAN
Satu Penyata Bulanan Pelesenan Cukai Jualan seperti di Lampiran V
hendaklah dikemukakan ke Ibu Pejabat sebelum 10 haribulan bulan
berikutnya.
6.13. LESEN HILANG/MUSNAH
Lesen pengilang yang hilang/musnah tidak boleh digantikan dengan
mengeluarkan lesen baru. Satu salinan sah boleh dikeluarkan atas
permohonan secara bertulis oleh pengilang berlesen beserta satu laporan polis
membuktikan salinan asal telah hilang atau musnah. Salinan diakui sah
hendaklah dibayar mengikut Ordinan Bayaran 1951, Perintah Bayaran
Kastam 1977.
6.14. PEMERIKSAAN AKAUN
Pemeriksaan akaun ke atas pengilang berlesen cukai jualan hendaklah dibuat
berdasarkan panduan yang diberikan dalam kumpulan 207.000 Perintah
Tetap Pemeriksaan Akaun.
7. CARTA ALIRAN KERJA
Seperti di Lampiran VI
-
PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN
Muka surat : 25/25
Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)
BIL. 2 - PELESENAN CUKAI JUALAN
Tarikh : 2 Januari 2001
8. RUJUKAN
Peruntukan undang-undang berhubung dengan pelesenan cukai jualan adalah seperti
berikut :-
8.1. Seksyen 13 Akta Cukai Jualan 1972
8.2. Bahagian II, Peraturan Cukai Jualan 1972
8.3. Perintah Cukai Jualan (Pengecualian Daripada Pelesenan) 1997.
9. LAMPIRAN-LAMPIRAN
Lampiran I, II, III, IV, dan VI.
10. PEMBATALAN / PINDAAN
Perintah Tetap Cukai Jualan yang dikeluarkan bertarikh 8.12.1971 dan 11.5.1982
dibatalkan.
11. PENGUATKUASAAN
2 Januari 2001
12. PENUTUP
Aspek pelesenan adalah merupakan sesuatu yang penting dan perlu diberi perhatian
kerana ianya merupakan titik tolak kepada kutipan hasil negara. Kesilapan pelesenan
akan mengakibatkan kerugian hasil negara dan juga boleh menjejaskan pengilang.
Oleh itu segala panduan dalam perintah ini perlu dipatuhi supaya hanya pengilang
yang benar-benar sah dan layak sahaja dilesenkan.
-
Lampiran 1
(PTCD-CJ Bil.2)
JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA
-----------------------------------------------------------
-----------------------------------------------------------
Ruj Fail:
Tarikh:
Pengurus
------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------
Tuan,
NOTIS PEMBERITAHU PELESENAN CUKAI JUALAN
DI BAWAH SEK 12a AKTA CUKAI JUALAN 1972.
Adalah saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa setelah penyiasatan dan kajian secara terperinci ke atas syarikat
tuan, Ketua Pengarah Kastam berpuashati bahawa aktiviti perniagaan tuanadalah merupakan
aktiviti pengasingan perniagaan yang dibuat-buat. Oleh yang demikian syarikat tuan dan
syarikat-syarikat seperti tersebut di bawah ini adalah dianggap sebagai satu entiti dan sebagai
orang kena cukai tunggal (single taxable person) dan tertakluk kepada pelesenan cukai jualan.
Nama syarikat Alamat
2.1.
2.2.
2.3.
3. Dengan ini tuan diarahkan untuk memohon lesen cukai jualan di bawah seksyen 13 Akta
Cukai Jualan 1972 dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat ini. Tuan tidak boleh melepaskan atau
menjual apa-apa barangan bercukai melainkan selepas syarikat tuan dilesenkan dibawah seksyen
13 Akta Cukai Jualan. Tindakan mahkamah akan diambil ke atas syarikat tuan sekiranya tuan
gagal mengemukakan permohonan lesen cukai jualan dalam tempoh yang ditetapkan.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah
( Nama )
Pengarah Kastam Negeri
.
-
Lampiran II
(PTCD-CJ Bil.2)
JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA
MALAYSIA
BORANG MAKLUMAT TAMBAHAN BAGI PERMOHONAN
LESEN CUKAI JUALAN/
SIJIL PENGECUALIAN DARIPADA PELESENAN
BAHAGIAN A (Checklist dokument-dokumen sokongan dikehendaki)
1. Dokumen berhubung dengan pendaftaran syarikat
1.1. Permohonan perniagaan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 :
1.1.1. Satu salinan MAA
1.1.2. Satu salinan Borang 9/Borang 13
1.1.3. Satu salinan Borang 24
1.1.4. Satu salinan Borang 44
1.1.5. Satu salinan Borang 49
1.2. Permohonan perniagaan perseorangan/firma perkongsian yang didaftarkan dibawah Akta Perniagaan 1956 :
2.2.1. Satu salinan Borang A
2.2.2. Satu salinan Borang B (Jika terdapat perubahan)
2.2.3. Satu salinan Borang D
2. Lain-lain dokumen
2.3. 2 salinan gambar foto pemohon (ahli lembaga
pengarah/pemilik/pekongsi perniagaan)
2.4. Satu salinan pelan lokasi/pejabat/kilang
2.5. Satu salinan carta aliran pengilang
2.6. Satu salinan lesen dari lain-lain agensi (jika berkenaan)
-
BAHAGIAN B
3. MAKLUMAT LATAR BELAKANG SYARIKAT
3.1. Adakah syarikkat pernah dilesenkan di bawah Akta Cukai Jualan 1972. Jika Ya, nyatakan nombor fail dan nombor lesen dahulu.
___________________________________________________________
3.2. Adakah syarikat mempunyai Sijil Pengecualian Daripada Pelesenan (SPP).
___________________________________________________________
3.3. Adakah syarikat ini bertukar taraf (change of status). Jika ya nyatakan nombor fail dan lesen dahulu
___________________________________________________________
3.4. Adakah syarikat mengambil alih (takeover) syarikat lain. Jika Ya nyatakan nombor fail dan nombor lesen dahulu
___________________________________________________________
3.5. Bilangan pekerja pejabat
Tetap : _____________________________________________________
Sementara : ________________________________________________
3.6. Bilangan pekerja kilang
Tetap : _____________________________________________________
Sementara : _________________________________________________
3.7. Anggaran gaji sebulan :
Status Pejabat Kilang
Tetap : ____________ __________
Sementara : ____________ __________
-
4. AHLI LEMBAGA PENGARAH
4.1. Butir-butir lembaga pengarah/rakan kongsi/pemilik
NAMA ALAMAT RUMAH NO. TELEFON
4.2. Adakah mana-mana orang di para 4.1. di atas memiliki saham syarikat lain atau berkongsi dalam perniagaan lain. Jika Ya, nyatakan nombor fail dan lesen syarikat berkenaan
NAMA NAMA/ALAMAT JENIS JUMLAH
AHLI SYARIKAT PERNIAGAAN SAHAM
-
5. Mesin/jentera yang digunakan dalam pengilangan
Jenis Mesin Bilangan Harga
6. Bahan-bahan mentah dan nama pembeli
Bahan Mentah Nombor Pembekal &
Kod Tarif Alamat
7. Jenis Barangan siap
Nama Nombor Nama Nombor
Barang Kod Tarif Barang Kod Tarif
-
BAHAGIAN C (Untuk diisi permohonan lesen sahaja)
(tandakan (/) pada petak disediakan)
8. Sila kemukakan penyata untung rugi (profit & lost account) tahun terakhir (jika berkenaan)
9. Adakah syarikat menggunakan khidmat akauntan ? Jika ya nyatakan nama dan alamat syarikat berkenaan.
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
10. Maklumat produk (sertakan lampiran jika perlu)
10.1. Nama Perdagangan (Trade mark):
______________________________________
10.2. Jenama : _________________________________________________________
10.3. Model : _________________________________________________________
10.4. Butir-butir kos produk (untuk satu unit)
10.4.1. Kos bahan mentah : _____________________________
10.4.2. Kos buruh : _____________________________
10.4.3. Kos overhead : _____________________________
10.4.4. Kos pentadbiran : _____________________________
10.5. Lain-lain kos :
10.5.1. Iklan dan promosi jualan
____________________________
10.5.2. Jaminan
____________________________
10.5.3. Faedah kewangan ____________________________
-
10.5.4. Duti Import __________________________
10.5.5. Komisen pengedar __________________________
10.5.6. Royalti __________________________
10.5.7. Lain-lain, sila nyatakan __________________________
11. Jumlah kos (jumlah para 10.4 dan 10.5) __________________________
12. Keuntungan __________________________
13. Harga jualan __________________________
Dengan ini saya ____________________________________________________________
(Nama Pemohon)
No. Kad Pengenalan / pasport _________________________________________ mengaku
Bahawa semua maklumat di atas adalah betul dan benar.
Tandatangan : __________________________________ Tarikh : __________________
Jawatan :
Cop syarikat :
-
Lampiran III
(PTCD CJ Bil.2)
Jabatan Kastam dan Eksais Diraja
_____________________________
_____________________________
_____________________________
________________________________________________________________________
Ruj Fail :
Tarikh :
___________________________________________
___________________________________________
___________________________________________
Tuan,
Pelesenan Cukai Jualan dan Pemberitahuan
Mengenai Undang-Undang Cukai Jualan
Adalah saya diarah merujuk perkara di atas.
2. Permohonan lesen cukai jualan tuan telah diluluskan dan nombor lesen tuan ialah
___________________________ dan berkuatkuasa mulai tarikh ___________________.
Tuan hendaklah menulis nombor lesen tuan dalam semua urusan surat menyurat dengan
pejabat ini. Lesen tuan hendaklah dipamirkan pada tempat-tempat pengilangan atau di
pejabat dan tempat pengilangan jika premis pejabat dan kilang berasingan.
3. Mulai tarikh berkuatkuasa lesen cukai jualan seperti di atas, tuan adalah dikehendaki :-
3.1. Mengenakan dan memungut cukai jualan berdasarkan niali jualan atas
barang-barang dikilang yang dijual, digunakan atau dilepaskan selain
daripada jualan mengikut seksyen 6 atau mengikut nilai upah di bawah
seksyen 7(3) Akta Cukai Jualan 1972. Cukai tidak perlu dikenakan ke atas
orang-orang atau barang yang dikecualikan cukai jualan mengikut Perintah
Cukai Jualan (Pengecualian) 1980.
-
3.2. Jumlah cukai jualan yang dikenakan hendaklah ditulis berasingan daripada
harga jualan pada semua invois jualan tuan mengikut seksyen 17 Akta Cukai
Jualan 1972.
3.3. Semua invois jualan hendaklah ditulis dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa
Inggeris;
3.4. Menghantar Penyata C.J.No.3 untuk pembayaran cukai jualan dalam tempoh
28 hari selepas tamat tempoh cukai mengikut seksyen 19 dan 22 Akta Cukai
Jualan 1972.
3.5. Pembayaran Cukai Jualan hendaklah dibuat kepada Pengarah Kastam Negeri,
di Pejabat Kastam, Cawangan/Unit Kawalan Pungutan dimana syarikat tuan
dilesenkan pada waktu pejabat seperti berikut :
(di negeri dimana hari rehat mingguan hari Ahad)
Isnin hingga Jumaat - 8.00 pagi hingga 3.30 Petang
Sabtu - 8.00 pagi hingga 12.00 Tengahari
Atau
(di negeri dimana hari rehat mingguan hari Jumaat)
Ahad hingga Rabu - 8.00 pagi hingga 3.30 Petang
Khamis - 8.00 pago hingga 12.00 Tengahari
3.6. Menyimpan rekod-rekod yang kemaskini berhubung dengan :-
3.6.1. Rekod pengeluaran 3.6.2. Rekod barangan yang dikenakan cukai jualan; 3.6.3. Rekod pembelian bahan mentah dan penggunaannya; dan 3.6.4. Rekod pelupusan bahan mentah atau sisa.
3.7. Memberitahu Cawangan/Unit Penguatkuasaan Pelesenan dimana syarikat
tuan dilesenkan dengan mengemukakan lesen cukai jualan sekiranya
berlaku;
3.7.1. Pertukaran nama syarikat
3.7.2. Pertukaran alamat urusan
3.7.3. Pertukaran taraf syarikat persendirian kepada awam
3.7.4. Tambahan atau pembatalan mana-mana tempat urusan
3.7.5. Pertukaran atau penambahan barang dikilang
3.7.6. Pertukaran atau pertambahan rakan kongsi
-
3.7.7. Apabila syarikat dipajakkan
3.7.8. Apabila syarikat ditukar milik atau diambil alih oleh orang lain
3.7.9. Apabila syarikat menamatkan perniagaan
3.7.10. Apabila syarikat dibubarkan
3.7.11. Apabila tuanpunya syarikat meninggal dunia (bagi syarikat pemilik tunggal).
4. Penalti akan dikenakan sebanyak 10% ke atas jumlah cukai yang patut dibayar
sekiranya tuan membayar cukai jualan selepas tempoh 28 hari selepas tamat tempoh
cukai. Penalti akan bertambah sebanyak 10% bagi tiap-tiap tiga puluh hari berikutnya
atau sebahagian daripadanya jika cukai jualan masih belum dibayar.
5. Tuan berhak mendapat bahan-bahan mentah tempatan atau import untuk
digunakan dalam pengilangan bebas dari cukai jualan. Permohonan tersebut hendaklah
dibuat ke Cawangan/Unit Kawalan Kemudahan di mana syarikat tuan dilesenkan melalui
Sistem Kredit atas bahan yang berbayar cukai jualan yang digunakan dalam pengilangan.
6. Di bawah seksyen 64 Akta Cukai Jualan 1972 tuan dikehendaki mengemukakan
pada tiap-tiap tahun perakaunan audit yang ditandatangani oleh seorang akauntan
berkelayakan yang bukan berkerja di syarikat tuan.
7. Kesalahan melanggar kehendak-kehendak Akta Cukai Jualan 1972 boleh
dikenakan penjara hingga 12 bulan atau denda hingga RM5,000.00 atau kedua-duanya
sekali.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
( )
b.p. Pengarah Kastam Negeri,
_____________________________
-
Lampiran IV
(PTCD-CJ Bil.2)
LAPORAN PEMBATALAN FAIL CUKAI JUALAN
1. BUTIR-BUTIR PEMBATALAN FAIL dan LESEN
1.1. Nombor : __________________________________________________________
1.2. Nombor Lesen : _____________________________________________________
1.3. Tarikh lesen dibatalkan : ______________________________________________
1.4. Tarikh fail/dokumen-dokumen dibatalkan : ________________________________
1.5. Sebab-sebab lesen dibatalkan :
1.6. (i) Perniagaan ditamatkan/ditukarmilik
Tarikh : _____________________
(ii) Perubahan taraf syarikat
Tarikh : _____________________
(iii) Lain-lain (nyatakan)
_______________________________________________________________
2. PEMERIKSAAN AKAUN
2.1. Laporan pemeriksaan bilangan : _________________________________________
2.2. Tempoh laporan dari : _________________________________________________
2.3. Disahkan bahawa kedudukan retan cukai jualan C.J.No.3 telah diterima kesemuanya.
2.4. Disahkan bahawa semua tunggakan/cukai jualan serta penalti telah dijelaskan
2.5. Lain-lain maklumat (jika ada) :
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
-
3. Ulasan dan pengesahan Ketua Cawangan Penguatkuasaan Pelesenan
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
Tandatangan : ______________________________
Nama : ( )
Jawatan :
Tarikh :
-
Lampiran V
(PTCD CJ BIL.2)
PENYATA BULANAN
PELESENAN CUKAI JUALAN
STESEN :
BULAN :
Kod
Jabatan
Jenis Industri
Bil.
Pengilang
berlesen
awal bulan
Bil. lesen
dilulus
Bil. Lesen
dibatal
Bil
pengilang
berlesen
akhir bulan
402 Tembakau
403 Minyak wangi, bedak & alat solek
405 Minuman keras
406 Minuman keras malt
407 Minuman ringan
408 Kenderaan bermotor penumpang
409 Kenderaan bermotor Dagangan
410 Kenderaan bermotor bas
411 Mesin & alat ganti
412 Confectionary
413 Barang-barang buatan getah selain
dari kasut
414 Kasut dan seumpamanya
415 Barang-barang plastik
416 Kain
417 Pakaian
418 Barang-barang elektrik
419 Perabut & barang-barang buatan kayu
420 Barang-barang buatan logam selain
daripada mesen
421 Sabun dan bahan pencuci
422 Kertas & barang-barang buatan kertas
423 Cat, Bernis dan seumpamanya
424 Bateri lampu suluh & radio
425 Bateri-bateri yang lain
426 Barang-barang simen
430 Pelbagai (selain industri di atas)
432 Cerut
433 Rokok
JUMLAH
-
LAMPIRAN VI
(PTCD CJ BIL.2) CARTA ALIRAN PERMOHONAN
LESEN CUKAI JUALAN
Kembalikan
kepada
pemohon
Tidak
Tidak
Lengkap
Untuk kajian
semula
Lulus
Terima Permohonan JKED Ni.1 dan
dokumen sokongan
S e m a k
Permohonan
Daftar permohonan, rekod dalam
buku daftar dan buka fail induk
Sediakan ulasan dan pengesyoran
dan minitkan fail pada pegawai
meluluskan lesen
Sediakan lesen
Agihkan salinan lesen
Serah fail induk ke Unit
Kawalan Penguatkuasaan
Pelesenan
Rekod butir-butir pelesenan
ke dalam Buku Daftar Induk
Pelesenan
Minitkan fail ke Unit Kawalan
Pungutan untuk membuka fail
C.J.No.3 dan Kad Lejar
Kembalikan fail kepada Unit
Kawalan Penguatkuasaan
Pelesenan
Simpan fail
-
SILA LIHAT PERINTAH TETAP CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN
BIL. 3 - PENGECUALIAN DARIPADA PELESENAN CUKAI JUALAN DAN
AKTIVITI PENGILANGAN KHUSUS.
-
PERINTAH TETAP CUKAI
DALAMAN CUKAI JUALAN Rujukan :
KE.HF(-)669/37/(1)
BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN
Tarikh : 2 Januari 2001
BAHAGIAN CUKAI DALAMAN
JABATAN KASTAM DAN EKSAIS DIRAJA
MALAYSIA
-
KANDUNGAN
PERINTAH CUKAI DALAMAN CUKAI JUALAN BIL.2 PELESENAN CUKAI JUALAN
10. Pendahuluan
11. Tujuan
12. Skop
13. Terminologi
14. Tanggungjawab
15. Peraturan-Peraturan
15.1. Aktiviti pengilangan dan pelesenan
15.2. Pelesenan lesen pilihan
15.3. Perkara-perkara perlu dipastikan sebelum lesen dikeluarkan
15.4. Prinsip-prinsip pengilangan
15.5. Pengasingan aktiviti yang dibuat-buat
15.6. Permohonan lesen cukai jualan
15.7. Proses permohonan
15.8. Pindaan lesen
15.9. Pembatalan lesen
15.10. Pemindahan fail syarikat
15.11. Penyata Bulanan Lesen Cukai Jualan
15.12. Lesen hilang/musnah
15.13. Pemeriksaan akaun
16. Carta Aliran Kerja
17. Rujukan
18. Lampiran-Lampiran
-
PERINTAH TETAP CUKAI
DALAMAN CUKAI JUALAN Muka surat : 1/25
BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN
Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)
Tarikh : 2 Januari 2001
7. PENDAHULUAN
Tiap-tiap orang yang mengilang barang-barang bercukai jualan atau kontraktor yang
menyiapkan barang bercukai jualan dikehendaki memohon lesen dibawah seksyen 13
Akta melainkan ianya dikecualikan melalui perintah cukai jualan berkaitan. Pengilang-
pengilang hanya boleh mengenakan cukai jualan ke atas pelanggannya setelah mereka
dilesenkan dibawah Akta. Dalam melaksanakan kehendak perundangan cukai jualan dari
segi pelesenan dua faktor utama perlu diberi perhatian iaitu mengilang barangan bercukai
jualan dan takrif pengilangan.
8. TUJUAN
Perintah ini dikeluarkan bertujuan untuk memberi garis panduan yang seragam berkenaan
dengan pelaksanaan pelesenan cukai jualan.
9. SKOP
Perintah ini menetapkan prosedur yang perlu diikuti dari aspek pelesenan dan kawalan
rekod pengilangan berlesen cukai jualan.
10. TERMINOLOGI
10.1. Akta ialah Akta Cuaki Jualan 1972.
10.2. Peraturan ialah Peraturan-Peraturan Cukai Jualan 1972.
10.3. Pengilang ialah sebagaimana takrif seksyen 2 Akta.
10.4. Kontraktor ialah orang yang menjalankan kerja-kerja ke atas barangan bercukai yang dipunyai oleh orang lain.
10.5. Barang-barang ialah sebagaimana takrif seksyen 2 Akta.
11. TANGGUNGJAWAB
Tanggungjawab Cawangan/Unit yang melaksanakan tugas-tugas dibawah perintah ini
ialah memastikan :
11.1. Prosedur pelesenan diikuti dengan betul dan teratur.
11.2. Hanya pengilang-pengilang yang sepatutnya sahaja dilesenkan.
-
PERINTAH TETAP CUKAI
DALAMAN CUKAI JUALAN Muka surat : 2/25
BIL. 2 PELESENAN CUKAI JUALAN
Rujukan : KE.HF(-)669/37/(1)
Tarikh : 2 Januari 2001
5.3. Lesen hendaklah diluluskan dan dikeluarkan dalam tempoh seperti yang ditetapkan dalam pelanggan.
6. PERATURAN-PERATURAN
6.3.Aktiviti Pengilangan dan Pelesenan
Tiap-tiap orang yang menjalankan aktiviti pengilangan barangan bercukai jualan
adalah dikehendaki memohon lesen cukai jualan di bawah seksyen 13 Akta.
Syarikat kontraktor yang
top related