program taman kekal pengeluaran makanan

Post on 30-Jan-2016

294 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Program Taman Kekal Pengeluaran Makanan

TRANSCRIPT

PROGRAM TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN (TKPM) PENGENALAN

Program Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) dicadangkan sebagai satu strategi di bawah Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) untuk menggalakkan pelaksanaan projek pertanian secara berskala besar, komersil dan berteknologi tinggi oleh usahawan termasuk sektor swasta.

KONSEP PELAKSANAAN PEMBANGUNAN PROGRAM TKPM

Konsep Pembangunan TKPM melibatkan kerjasama Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan pengusaha seperti berikut:-

Kerajaan Negeri bersetuju menyediakan tanah dan digazetkan sebagai projek TKPM;Kerajaan Persekutuan menyediakan infrastruktur asas dan pengurusan di bawah landasan MOA Inc.;Usahawan dan syarikat swasta terlibat dalam pengeluaran tanaman makanan (melalui sewaan lot yang disediakan)

MATLAMAT/OBJEKTIF PROGRAM TKPM

Mewujudkan zon pengeluaran tanaman makanan kekalMembantu meningkatkan pengeluaran makanan negara yang mapan dan berkualitiMembangunkan dan meningkatkan penglibatan usahawan-usahawan dalam bidang pengeluaran tanaman makanan secara komersilMeningkatkan pendapatan bersih peserta kepada sekurang-kurangnya RM 3,000 sebulanMenggalakkan dan meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam pengeluaran tanaman makanan

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN TKPM

Peserta berpengalaman dan terlatihMempunyai minat dan kesungguhanMempunyai modal dan sanggup meminjamMempunyai sikap ‘terbuka dan positif'Sanggup mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Pertanian

Pemilihan peserta dijalankan oleh Jawatankuasa Temuduga yang dipengerusikan oleh Pengarah Pertanian Negeri dan ahli-ahli terdiri daripada Jabatan / Agensi dibawah MOA Inc.

STRATEGI PELAKSANAAN DAN PENGELUARAN PROGRAM TKPM

Strategi pelaksanaan dan pengeluaran program TKPM adalah seperti berikut:-

Pembangunan yang berasaskan pendekatan pengezonan Berdasarkan ‘Market driven'Berlandaskan pembangunan kluster industri tanaman makanan

Mewujudkan rantaian makanan (From Farm to Table) dalam pembangunan kluster industri tanaman makananPerladangan berskala besar dan komersilPenglibatan pihak swasta Penggunaan teknologi perladangan moden dan terkiniAmalan pertanian baik

STRATEGI PEMASARAN PROGRAM TKPM

Strategi pemasaran bagi program TKPM adalah melalui 3 kaedah seperti berikut:-

Pemasaran atas inisiatif sendiri (pasaran domestik dan eksport)Pemasaran secara ‘contract farming' (FAMA, Syarikat Individu)Pemasaran melalui anchor company:-- Swasta- Government-Linked Company (GLC)

PEGAWAI PENGHUBUNG

Putrajaya1 Nama Pegawai Tuan Hj. Azmi bin Daud Jawatan Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pembangunan Industri No. Tel Pejabat 03-887033410 Email azmi@doa.gov.my No. Faks 03-88888319 2 Nama Pegawai Puan Saiarah Asri Jawatan Penolong Pengarah Seksyen Pembangunan Industri No. Tel Pejabat 03-88703476 Email saiarah@doa.gov.my No. Faks 03-88888319 3 Nama Pegawai Encik Mohd Noor Azlan bin Othman Jawatan Penolong Pengarah Seksyen Pembangunan Industri No. Tel Pejabat 03-88703464 Email noorazlan@doa.gov.my No. Faks 03-88888319 4 Nama Pegawai Puan Izzat Shafaah binti Ibrahim

Jawatan Penolong Pengarah Seksyen Pembangunan Industri No. Tel Pejabat 03-88703472 Email izzats@doa.gov.my No. Faks 03-88888319

PEGAWAI PENGHUBUNG

Nama : Encik Mohd Hafizul bin Husin

No. Tel : 03-8870 3552

No. Fax : 03-8870 3377

Emel : hafizul@doa.gov.my

Alamat : Bahagian Pengembangan Pertanian Dan Industri Asas Tani

Jabatan Pertanian,

Aras 8, No. 30, Persiaran Perdana,

Presint 4, 62624 Putrajaya.

top related