prinsip wawasan 2020

Post on 08-Aug-2015

374 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Cabaran-cabaran ini membangkitkan beberapa isu utama yang harus dihadapi bagi membolehkan Malaysia mencapai taraf negara maju.

Isu-isu ini ialah :

Pembentukan Satu Negara Satu Bangsa Malaysia.

- Menjadi prasyarat kepada kemajuan kerana tanpa rakyatnya mempunyai satu pemikiran terhadap satu negara dan bangsa, sebarang bentuk kerjasama untuk maju tidak terjalin.- Bagi mengisi konsep ini, istilah seperti perpaduan negara, kesetiaan kepada negara, keharmonian dan toleransi perlulah difahami dan diamalkan.

Negara Perindustrian.

- Negara telah berjaya mengubah corak ekonomi dalam kehidupannya daripada pertanian kepada perindstrian.- Wawasan 2020 berkehendak rakyat Malaysia meneruskan proses transformasi daripada kehidupan bertani kepada perindustrian.- Bagi mencapai taraf negara perindustrian pertumbuhan ekonomi yang amat pesat amatlah penting.- Sumbangan sector perdagangan dan komersial yang melibatkan soal modal, pelaburan, daya saing, kualiti tenaga kerja, berdikari dan kekentalan mengahdapi cabaran.

Keadilan ekonomi dan sosial.

- Satu masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi dan sosial perlu bagi mewujudkan satu negara maju dan bersatu. - Sebuah negara maju tidak patut mewujudkan keadaan yang satu golongan rakyat mempunyai segala-galanya sedangkan satu golongan lagi tercicir.

Moral dan etika.

- Negara maju yang dicita-citakan seharusnya berpegang kepada falsafah moral dan etika yang tinggi berasaskan kepercayaan agama.- Pengenalan nilai-nilai murni akan menjadi faktor penghalang dalaman untuk tidak menyalahgunakan kemahiran yang dimiliki.

Pembangunan masyarakat Berdasarkan Sistem Kekeluargaan.

- Keluarga menjadi asas pembangunan masyarakat. Keluarga dan

masyarakat mencorakkan kualiti individu yang menjadi rakyat dan pemimpin sesebuah negara.

top related