ppp_penaakulan_matematik tahun 3.pptx
Post on 21-Dec-2015
235 Views
Preview:
TRANSCRIPT
MATEMATIK KSSR TAHUN 3
KEMAHIRAN MENAAKUL
Kementerian Pelajaran MalaysiaBahagian Pembangunan Kurikulum
Model Kemahiran Berfikir
Kemahiran Berfikir
Kritis
Strategi Berfikir- Mengkonsepsi- Menyelesaikan masalah- Membuat keputusan
KreatifMenaakul
Dalam kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran menaakul bertindak sebagai pelincir dalam membuat pertimbangan secara logik dan rasional.
Lebih berkesan
Penaakulan bermakna pemikiran secara logik.
Satu proses kognitif dalam memberi penerangan munasabah untuk menyokong hujahan, tanggapan, rumusan atau keputusan yang telah dibuat.
Ia adalah kemahiran berfikir aras tinggi.
Kemahiran menaakul membolehkan murid memberi sebab dan akibat serta menyatakan rasional yang logik bagi menyelesaikan sesuatu masalah.
Penghujahan ialah proses membuat suatu keputusan berdasarkan beberapa pernyataan (premis) yang diberi.
Contoh 1Premis 1: Semua sudut tirus adalah kurang daripada 90°. Premis 2: Sudut A adalah sudut tirus.Kesimpulan: Sudut A adalah kurang daripada
90°. Contoh 2 Premis 1: Jika suatu nombor adalah gandaan 8, maka nombor itu adalah
gandaan 2. Premis 2: 16 adalah gandaan 8.Kesimpulan: 16 adalah gandaan 2.
Contoh 3Premis 1: Semua rombus adalah sisi empat.Premis 2: Segiempat sama adalah rombus.Kesimpulan: ____________________________
Contoh 4Premis 1: Kenaikan harga petrol akan menyebabkan pertambahan perbelanjaan syarikat
pengangkutan.Premis 2: ____________________________Kesimpulan: Perbelanjaan syarikat
pengangkutan akan bertambah.
Mengapa perlu Kemahiran Menaakul? Murid yang mempunyai kemahiran
menaakul akan memiliki ciri-ciri berikut: kritis, kreatif dan inovatif berani dan bijak menyoal ingin tahu daya berfikir sendiri dan fleksibel bekerjasama mengambil risiko berpandangan jauh membuat perbandingan
Jenis-jenis
kemahiran
menaakul
Logikal
VerbalSpatial
AbsrakNumerikal
Saintifik
SosialMoral
Jenis-jenis kemahiran menaakul
Deduktif Penaakulan secara deduktif ialah satu proses
membuat kesimpulan khusus berdasarkan pernyataan-pernyataan umum.
Contoh:Jika sebuah segiempat tepat mempunyai panjang, x cm dan lebar, y cm, maka perimeternya adalah 2(a+b) cm.
Diberi sebuah segiempat tepat berukuran 8 cm panjang dan 4 cm lebar. Berdasarkan pernyataan umum di atas, anda dapat membuat kesimpulan bahawa perimeter segiempat tepat tersebut adalah 2(8+4) cm iaitu 24 cm.
Kesimpulan yang dibuat secara deduktif adalah bersifat pasti kerana kesimpulan itu dibuat berdasarkan pernyataan-pernyataan umum.
Induktif Penaakulan secara induktif ialah satu
proses membuat kesimpulan umum berdasarkan pernyataan-pernyataan khusus.
Contoh:Hasil tambah semua sudut peluaran sebuah segitiga ialah 360°.Hasil tambah semua sudut peluaran sebuah segi empat ialah 360°.
Oleh itu, hasil tambah semua sudut peluaran suatu poligon ialah 360°.
Kesimpulan yang dibuat secara induktif tidak bersifat pasti kerana kesimpulan umum itu hanya berdasarkan beberapa kes khusus sahaja.
Bukti diperlukan untuk mendapat kepastian kesimpulan berkenaan.
Latar Belakang
Hasil daripada beberapa kajian dan juga TIMSS didapati murid kurang mahir dalam menjawab soalan-soalan yang memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi seperti penaakulan walaupun kemahiran ini telah tersurat di dalam kurikulum.
1. Knowing – covers the facts, concepts and procedures students need to know
2. Applying – focuses on the ability of students to apply knowledge and conceptual understanding to solve problems or answer questions
3. REASONING – goes beyond the solution of routine problems to encompass unfamiliar situations, complex contexts and multistep problems
Selain daripada soalan-soalan, latihan dan aktiviti yang boleh mengasah kemahiran menaakul, teknik penyoalan guru juga dapat membantu murid dalam menguasai penaakulan.
Mengapa guru tanya
soalan?
Menarik minat
Fokus/Perhatian
Merangsang murid
bertanya
Membangunkan suasana pembelajara
n
Supaya murid faham
Kemahiran menaakul
-----
Panduan untuk menerapkan Kemahiran Menaakul
1. Galakkan murid bertanya soalan dan teruskan bertanya soalan selanjutnya
2. Respon kepada soalan yang murid tanyakan, jangan matikan minat mereka
3. Mulakan dengan soalan yang kita pasti murid boleh jawab, ini akan memberikan keyakinan kepada murid itu sendiri
4. Kurangkan bertanya soalan jenis drilling ‘apa, yang mana satu dan di mana’ tetapi lebihkan soalan yang lebih mencabar ‘mengapa dan apa akan terjadi jika…’
5. Bimbing murid ke arah menjawab sendiri soalan yang mereka kemukakan, cuba jangan berikan jawapan terus kerana ini akan menghentikan proses berfikir
6. Anggaplah jawapan salah yang diberikan oleh murid sebagai satu peluang pembelajaran, jangan mengkritik jawapan murid
7. Walaupun proses ini memakan masa, impaknya adalah besar.
top related