pkk
Post on 09-Dec-2015
223 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
BAHAGIAN A – TUGASAN PBS (PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH)
PENGENALAN
Perbezaan individu merujuk kepada ketidaksamaan individu dalam apek
perkembangan secara fizikal, mental, emosi dan sosial. Definisi perbezaan individu
menurut kamus Dictionory of Psychology (1997) pula ialah variasi atau ketidaksamaan
individu daripada norma kumpulan sama ada sifat-sifat kognitif, emosi, fizikal, moral,
tingkah laku, sosial, bakat dan lain-lain aspek yang mungkin terdapat dalam kalangan
individu dalam sesuatu kumpulan. Manakala, Borich dan Tombari (1997) pula
mendefinisikan perbezaan individu sebagai variasi yang boleh diperhatikan di kalangan
ahli-ahli satu kumpulan dari segi ciri-ciri tertentu, seperti temperemen, tahap tenaga,
pola persahabatan, dan hubungan ibu bapa dengan anak-anak.
Konklusinya, setiap individu adalah berbeza antara satu sama lain daripada
pelbagai aspek perkembangan individu. Perbezaan ini memberi variasi kepada
persekitaran masyarakat serta mewujudkan suasana yang seimbang dalam
masyarakat.
Analogi mudah untuk memahami perbezaan individu ini ialah dengan melihat
keadaan yang berlaku di dalam sebuah bilik kuliah. Ketika pensyarah memberi kuliah,
ada dalam kalangan pelajar dilihat begitu fokus terhadap kuliah yang disampaikan dan
ada juga yang cepat hilang tumpuan. Selain itu, ada pelajar yang aktif ketika
perbincangan kumpulan serta dapat memproses segala maklumat dengan cepat dan
tepat, namun ada juga pelajar yang sebaliknya. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa
setiap pelajar dalam kelas tersebut mempunyai perbezaan antara satu sama lain yang
dikenali sebagai perbezaan individu.
Justeru, bagi melihat perbezaan individu yang berlaku terhadap murid dan
pelajar dengan lebih dekat lagi, semasa menjalani Latihan Amalan Profesional
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), semua guru pelatih diminta untuk memilih
empat orang murid iaitu dua orang daripada Tahap 1 dan dua orang lagi daripada
Tahap 2. Murid yang dipilih mestilah berumur antara 8-11 tahun dan berbeza jantina.
Kemudian, guru pelatih diminta untuk melaksanakan pemerhatian dan temu bual
1
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
dengan guru kelas murid tersebut, rakan sebayanya atau murid yang dipilih itu sendiri
bagi mengumpul maklumat profil dan pencapaian akademik murid yang dikaji. Maka,
melalui pemerhatian dan temu bual yang dijalankan serta berdasarkan maklumat yang
diperolehi, guru pelatih dapat melihat perbezaan yang wujud antara murid-murid yang
dikaji serta kesannya terhadap pencapaian akademik mereka.
Hasil pemerhatian dan temu bual yang dijalankan dilampirkan dalam bentuk
jadual dan graf. Jadual 1 menunjukkan profil bagi keempat-empat murid tersebut.
Manakala, Graf 1 hingga Graf 4 pula menunjukkan pencapaian akademik murid
tersebut berdasarkan keputusan peperiksaan pada setiap penggal.
Jadual 1 – Profil Murid
Murid A Murid B Murid C Murid D
Jantina Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan
Umur 8 Tahun 8 Tahun 11 Tahun 11 Tahun
Bangsa Melayu Melayu Melayu Melayu
Agama Islam Islam Islam Islam
Pekerjaan
Bapa
Penolong
Pengurus
Grand Season
Pemandu Teksi Kerani Pejabat Electrical
Quality
Controller
Taster
Pekerjaan Ibu Suri Rumah Suri Rumah Jurutrengkas
Bilangan Adik-
beradik (anak
ke berapa)
6 orang (anak
ke-6)
7 orang (anak
ke-7)
2 orang (anak
ke-2)
2 orang (anak
ke-2)
lokasi Tempat
Tinggal
Perumahan
Awam Seri
Johor, Kuala
Lump
Flat Seri Johor,
Kuala Lumpur
Flat Seri
Melaka, Kuala
Lumpur
Flat Seri
Sabah, Kuala
Lumpur
2
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Graf 1 – Pencapaian Akademik Murid A
Bahasa Melayu Pemahaman
Bahasa Melayu Penulisan
Bahasa Inggeris Matematik Sains0
20
40
60
80
100
120
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN MURID A
Penggal 1 Penggal 2
Graf 2 – Pencapaian Akademik Murid B
Sains
Matematik
Bahasa Inggeris
Bahasa Melayu Penulisan
Bahasa Melayu Pemahaman
0 20 40 60 80 100 120
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN MURID B
Penggal 1 Penggal 2
3
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Graf 3 – Pencapaian Akademik Murid C
Bahasa Melayu Pemahaman
Bahasa Melayu Penulisan
Bahasa Inggeris Matematik Sains0
5
10
15
20
25
30
35
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN MURID C
Penggal 1 Penggal 2
Graf 4 – Pencapaian Akademik Murid D
Sains
Matematik
Bahasa Inggeris
Bahasa Melayu Penulisan
Bahasa Melayu Pemahaman
0 20 40 60 80 100 120
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN MURID D
Penggal 1 Penggal 2
4
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
BANDING BEZA DAPATAN KAJIAN
Jadual 2 – Banding Beza Murid Tahap 1 (Murid A dan Murid B)
Murid A Aspek Perbandingan Murid B
Perumahan Awam Seri
Johor, Kuala Lumpur.
PERSAMAAN Flat Seri Johor, Kuala
Lumpur. Lokasi Tempat Tinggal
Pasif, fokus, pendiam, rajin
dan tekun.
Personaliti Pasif, fokus, pendiam, rajin
dan tekun.
Kurang bergaul dengan
rakan sebaya, hanya
menjawab pertanyaan guru,
mudah didekati oleh orang
yang baru dikenali.
Sosial Kurang bergaul dengan
rakan sebaya, hanya jawab
apabila disoal guru, mudah
didekati oleh orang yang
baru dikenali.
Lelaki, perkembangan
motor kasar dan motor
halus yang baik.
PERBEZAAN Perempuan, tindakan dan
pergerakan motor kasar
dan motor halus yang baik
tetapi lambat.
Fizikal
Seperti kanak-kanak biasa
dapat menyesuaikan emosi
dengan keadaan.
Emosi Sebagai anak perempuan
bongsu dalam keluarga,
emosi kadang-kadang
cepat berubah.
Tindak balas yang cepat
terhadap soalan yang
ditanya.
Kognitif Berfikir dahulu sebelum
menjawab pertanyaan.
Bapa seorang penolong
pengurus Grand Season,
manakala ibu seorang suri
rumah.
Pekerjaan Ibu Bapa Bapa seorang pemandu
teksi, manakala ibu
seorang suri rumah.
5
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Jadual 2 menunjukkan banding beza antara Murid A dan Murid B
berdasarkan aspek-aspek perbezaan individu.
Walaupun aspek perbezaan individu menjelaskan tentang perbezaan
antara seorang individu dengan individu lain, namun bagi Murid A dan Murid B mereka
mempunyai persamaan dari segi lokasi tempat tinggal, personaliti dan sosial. Kedua-
dua orang murid tersebut tinggal di rumah flat yang berdekatan dengan sekolah mereka
yang terletak di kawasan bandar bertaraf bandar raya. Selain itu, Murid A dan Murid B
mempunyai personaliti yang sama iaitu seorang yang pasif terutama di dalam kelas.
Mereka tidak pernah mengambil bahagian dalam perbincangan atau aktiviti
berkumpulan yang diadakan di dalam kelas. Mereka juga seorang yang pendiam dan
kurang bergaul dengan rakan sebaya yang lain. Selain itu, mereka juga fokus ketika
guru mengajar dan sangat rajin serta tekun menyiapkan latihan yang diberikan oleh
guru tanpa terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Berdasarkan ciri-ciri tersebut,
konklusinya kedua-dua murid ini ialah seorang yang berpersonalitii introvert. Manakala,
dari segi sosial pula, kedua-duanya tidak mempunyai jaringan persahabatan yang luas
kerana tidak banyak bergaul dengan rakan sebaya. Hubungan mereka dengan guru
pula, mereka hanya menjawab pertanyaan guru dan bertanya jika tidak faham sesuatu
pelajaran. Namun begitu, mereka mudah untuk didekati oleh orang yang baru dikenali
serta boleh berkomunikasi dengan baik walaupun baru kenal.
Perbezaan antara Murid A dan Murid B dapat dilihat melalui beberapa
aspek. Antaranya ialah mereka berbeza dari segi fizikal dimana Murid A ialah seorang
kanak-kanak lelaki yang mempunyai perkembangan motor kasar yang baik seperti
boleh berlari dan melompat serta perkembangan motor halus seperti dapat melukis dan
menggunting kertas dengan baik dan kemas. Manakala, Murid B merupakan seorang
kanak-kanak perempuan. Murid B dilihat mempunyai tahap perkembangan motor kasar
dan motor halus yang kurang mantap melalui tindakan dan pergerakannya terhadap
ujian yang dibuat seperti tidak dapat melambung dan menyambut duit syiling dengan
kemas serta tidak dapat melukis dan menggunting kertas dengan baik.
Dari segi kognitif pula, Murid A lebih pantas dalam memberi tindak balas
terhadap pertanyaan yang diajukan kepadanya. Keadaan ini menunjukkan bahawa
6
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
murid ini telah dapat berfikir dengan baik. Berbeza dengan Murid B, murid ini akan
berfikir terlebih dahulu terhadap sesetengah perkara yang ditanya sebelum memberi
jawapan kepada pertanyaan tersebut. Hal ini menjelaskan bahawa murid ini sukar untuk
memahami sesuatu perkara walaupun pertanyaan itu ialah perkara asas tentang
dirinya. Contohnya, murid ini tidak dapat menyebut tarikh lahirnya, namun setelah
diterangkan beberapa kali akhirnya murid tersebut dapat menyatakan tarikh lahirnya
dengan betul.
Begitu juga dengan emosi mereka. Murid A adalah seperti kanak-kanak lain
yang dapat menyesuaikan emosi dengan keadaan yang berlaku, tetapi Murid B
mempunyai emosi yang mudah terganggu dengan perubahan keadaan seperti mudah
menangis dan merajuk yang mungkin disebabkan faktor anak bongsu dalam keluarga.
Sementara itu, kedua-dua murid ini mempunyai latar belakang keluarga
yang berbeza. Bapa Murid A bekerja sebagai Penolong Pengurus Grand Season dan
anak bongsu daripada enam orang adik-beradik. Manakala Murid B pula mempunyai
tujuh orang adik-beradik dan bapanya bekerja sebagai pemandu teksi.
Dari segi tahap pencapaian dalam akademik, kedua-dua murid ini
menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam pelajaran sehingga mampu mencatat
keputusan yang membanggakan dalam peperiksaan. Keadaan ini mungkin disebabkan
mereka mempunyai persamaan dari segi personaliti dan sosial. Pencapaian akademik
mereka juga membuktikan bahawa perbezaan latar belakang keluarga tidak menjadi
penghalang kejayaan seseorang. Walaupun Murid B mempunyai bilangan adik-beradik
yang ramai dan bapanya pula seorang pemandu teksi, namun dia berjaya membuktikan
bahawa dia boleh berjaya dalam pelajarannya.
7
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Jadual 3 – Banding Beza Murid Tahap 2 (Murid C dan Murid D)
Murid C Aspek Perbandingan Murid D
Flat Seri Melaka, Kuala
Lumpur.
PERSAMAAN Flat Seri Sabah, Kuala
Lumpur. Lokasi Tempat Tinggal
Lelaki, perkembangan
motor kasar yang baik,
perkembangan motor halus
yang lambat.
PERBEZAAN Perempuan, tindakan dan
pergerakan motor kasar
yang lambat,
perkembangan motor halus
yang baik.
Fizikal
Aktif, pemalu, suka akan
perhatian, patuh dan fokus.
Personaliti Pasif, fokus, teliti, pendiam
dan rajin..
Bergaul dengan rakan
sebaya dan rapat dengan
mereka, tetapi diam dengan
orang yang baru dikenali
tetapi banyak bercakap dan
bertanya guru.
Sosial Hanya bergaul dengan
rakan baik, rapat dengan
keluarga, patuh dan
mendengar arahan guru
tetapi seorang yang kurang
terlibat dengan aktiviti luar.
Gembira apabila bermain
dengan rakan tetapi
cemburu apabila guru
memberi perhatian kepada
rakan lain.
Emosi Emosi tidak stabil apabila
tidak berjaya mencapai apa
yang diinginkan.
Tindak balas yang lambat
terhadap pertanyaan dan
dapat menjawab pertanyaan
setelah ditanya berulang
kali,
Kognitif Memberi tindak balas yang
cepat apabila ditanya dan
jawapan yang diberikan
menunjukkan
kematangannya.
Bapa seorang Kerani
Pejabat.
Pekerjaan Ibu Bapa Electrical Quality Controller
Taster. : Jurutrengkas.
8
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Banding beza murid Tahap 2 iaitu antara Murid C dengan Murid D adalah
seperti yang terkandung dalam Jadual 3. Murid C dan Murid D memiliki persamaan dari
segi lokasi tempat tinggal iaitu tinggal di rumah flat yang berdekatan dengan sekolah.
Rumah flat yang didiami mereka terletak di kawasan bandar, Bandar Raya Kuala
Lumpur.
Perbezaan mereka pula dapat dilihat melalui aspek fizikal dan aspek-aspek
perbezaan individu yang lain. Dari segi fizikal, Murid C ialah seorang kanak-kanak lelaki
yang mempunyai perkembangan motor kasar yang baik seprti dapat berlari dan
melompat dengan aktif. Walau bagaimanapun, perkembangan motor halus Murid C
tidak begitu baik kerana berdasarkan ujian yang dibuat, didapati murid ini mempunyai
masalah dalam meniru dan melukis semula gambar bentuk-bentuk asas. Murid C juga
tidak dapat menggunting kertas mengikut bentuk dengan baik dan kemas. Berbeza
dengan murid D, murid ini ialah seorang kanak-kanak perempuan yang boleh berlari
dan melompat, namun kurang aktif dari segi tindakan dan pergerakannya kerana murid
ini tidak suka melibatkan diri dalam aktiviti luar bilik darjah atau luar rumah. Namun,
perkembangan motor halusnya sangat baik dimana beliau berupaya menriu dan
melukis semula gambar bentuk-bentuk asas dengan cantik dan kemas. Begitu juga
dengan keupayaan menggunting kertas mengikut bentuk, hasil yang ditunjukkan sangat
kemas.
Dari segi personaliti pula, Murid C merupakan seorang yang berpersonaliti
ekstrovert iaitu aktif terutama di dalam kelas dan bersama rakan sebaya, namun agak
pemalu apabila bertemu orang yang baru dikenali. Selain itu, murid ini seorang yang
suka akan perhatian terutama daripada gurunya ketika di dalam kelas, seorang yang
patuh pada arahan dan mempunyai daya fokus yang lebih lama semasa proses
pengajaran dan pembelajaran I(P&P) berbanding rakanya yang lain. Murid D pula
merupakan seorang yang pasif di dalam kelas, sentiasa fokus pada pelajarannya,
pendiam dan tidak banyak bergaul dengan rakan-rakannya. Seorang yang teliti dalam
setiap kerjanya terutama dalam menyiapkan latihan dan kerja rumah yang diberikan
oleh guru. Ciri-ciri ini menjadikan Murid D seorang yang berpersonaliti introvert.
9
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Berdasarkan personaliti mereka, perbezaan dari segi sosial mereka tidak
banyak berubah. Seperti Murid C, dia seorang yang berinteraksi dengan rakan sebaya
dan rapat dengan mereka, banyak bercakap dan bertanya guru ketika di dalam kelas
tetapi sedikit pendiam apabila didekati oleh orang yang baru dikenali serta suka terlibat
dengan aktiviti luar. Manakala, Murid D pula seorang yang rapat dengan keluarga,
hanya berbual dan mesra dengan kawan baiknya sahaja serta tidak melibatkan diri
dengan aktiviti luar rumah dan tidak bergaul dengan orang sekeliling.
Seterusnya, dari segi emosi pula Murid B selalu gembira apabila bermain
dengan rakan-rakannya tetapi akan cepat cemburu apabila guru memberi perhatian
kepada rakan lain dan mengabaikan dirinya. Hal ini kerana, dia seorang yang suka
akan perhatian dan sukar mengawal emosi apabila tidak diberi perhatian. Begitu juga
dengan Murid D, dia seorang yang boleh mengawal emosinya, tetapi apabila
berhadapan dengan kegagalan seperti tidak berjaya mencapai sesuatu perkara yang
ditarget, dia akan mudah kecewa dan seterusnya menjadikan kekecewaan itu untuk
terus bangkit mencapai matlamatnya. Ini membuktikan bahawa dia seorang yang
mempunyai semangat yang kuat dalam hidupnya.
Aspek kognitif pula menunjukkan bahawa Murid C seorang yang
mempunyai tahap perkembangan kognitif yang lemah apabila tidak mampu menjawab
pertanyaan asas tentang dirinya. Namun, dalam sesetengah perkara dia dapat
menjawabnya setelah ditanya dan diterangkan berulang kali. Berbeza dengan Murid D,
dia dapat memberi tindak balas yang pantas terhadap setiap pertanyaan dan jawapan
yang diberikan menunjukkan kematangan fikirannya.
Akhir sekali mengenai pekerjaan ibu bapa masing-masing. Bapa Murid C
ialah seorang Kerani Pejabat. Manakala, ibu bapa Murid D ialah seorang yang
bekerjaya dimana bapanya seorang Electrical Quality Controller Taster dan ibunya pula
seorang Jurutrengkas.
Perbezaan individu antara Murid C dan Murid D menyebabkan mereka
mempunyai pencapaian akademik yang berbeza, dimana Murid D lebih menonjol dari
segi akademik berbanding Murid C.
10
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
BAHAGIAN B - PENULISAN AKADEMIK
Perbezaan individu yang wujud dalam kalangan individu telah dibincangkan
secara sepintas lalu dalam bahagian A. Perbezaan individu menjelaskan bahawa setiap
individu adalah berbeza dari segi fizikal, personaliti, kognitif, sosial dan sebagainya.
Perbezaan ini menyebabkan setiap individu mempunyai kekuatan dan kelemahan
masing-masing. Perkembangan individu telah menyumbang kepada perbezaan ini.
Perkembangan berlaku pada kadar yang berbeza mengikut kematangan dan
pengalaman pembelajaran individu tersebut (Haliza Hamzah & Joy N. Samuel, 2008).
Faktor baka dan persekitaran ialah antara faktor yang mempengaruhi perkembangan
dan perbezaan individu.
Aspek kognitif ialah salah satu aspek perkembangan dan perbezaan
individu. Perkembangan kognitif merujuk kepada kebolehan individu untuk berfikir,
memberi pendapat, memahami serta mengingati perkara-perkara yang berlaku di
persekitaran masing-masing. Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan,
mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, berimaginasi dan lain-
lain. Selain itu, aspek kognitif juga boleh dilihat dari segi keupayaan belajar, kadar
kebolehan bertindak dan kebolehan bahasa setiap individu (Tang Chee Yee).
Oleh yang demikian, pencapaian akademik seseorang individu atau pelajar
boleh dijadikan salah satu pengukur kepada tahap perkembangan kognitif seseorang.
Jika dilihat realiti yang berlaku di sekolah dan institusi pengajian tinggi, pencapaian
akademik seseorang pelajar dengan pelajar lain adalah berbeza. Mengapa perbezaan
ini wujud?, sedangkan semua pelajar tersebut belajar perkara yang sama. Hal ini
kerana, setiap individu atau pelajar tersebut dipengaruhi oleh persekitaran mereka.
Faktor pengalaman mereka di tempat belajar terutama dari segi pergaulan dengan
rakan sebaya dan penglibatan dalam sebarang bentuk aktiviti pengajaran dan
pembelajaran (P&P) serta keadaan persekitaran keluarga banyak mempengaruhi
seseorang dari segi prestasi dan pencapaian akademik. Menurut Normal L. Munn,
persekitaran ialah segala benda yang ada di sekeliling unit-unit kebakaan. Amrom
Schenefield pula menyatakan bahawa persekitaran ialah segala benda yang ada di luar
diri individu dan faktor bakanya bermula daripada peringkat persenyawaan.
11
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Berdasarkan teori perkembangan kognitif yang dikemukakan oleh ahli psikologi
Switzerland iaitu Jean Piaget, antara faktor yang boleh mempengaruhi proses
pemikiran individu ialah pengalaman sosial dan interaksi individu dengan persekitaran.
Pengalaman sosial merujuk kepada pergaulan individu dengan orang di sekeliling
mereka seperti keluarga, guru dan rakan sebaya. Manakala, interaksi individu dengan
persekitaran pula merujuk kepada interaksi yang berlaku dengan persekitaran adalah
untuk memahami perkara-perkara yang berlaku bagi membolehkan individu meneroka,
menguji, memerhati serta menyusun maklumat yang didapati.
Namun, pencapaian akademik seseorang pelajar juga berbeza mengikut jantina.
Campbell dan Clewell (1999) menyatakan bahawa pengaruh jantina adalah amat besar
dalam mempengaruhi pencapaian akademik seseorang individu. Jantina boleh
mempengaruhi individu dalam berbagai cara dan keadaan contohnya dalam cara
berpakaian, berfikir, kesopanan, sikap, personaliti dan juga dalam pencapaian
akademik. Di Malaysia, perbezaan gander yang mempengaruhi prestasi dan
pencapaian akademik jelas dapat dilihat melalui statistik pelajar lelaki dan perempuan di
institusi-institusi pendidikan seperti sekolah dan universiti.
Berdasarkan satu kajian yang bertajuk “Prestasi Akademik Mengikut Gander”
(2005) oleh Zalizan Mohd Jelas, Saemah Rahman, Roselan Baki dan Jamil Ahmad
menyatakan bahawa faktor persekitaran sekolah meliputi aspek pengajaran guru,
pelaksanaan hukuman, penguatkuasaan peraturan, hubungan guru dengan pelajar,
hubungan pelajar dengan pelajar, pelaksanaan kokurikulum dan kemudahan asas.
Umumnya juga pelajar perempuan dikatakan lebih cenderung untuk mengambil
tindakan yang lebih mendekatkan mereka dengan sekolah berbanding pelajar lelaki. Ini
bermakna, jika keadaan persekitaran sekolah tidak memuaskan hati pelajar, pelajar
perempuan akan mengambil tindakan yang positif dan terus belajar seperti biasa,
manakala pelajar lelaki pula mengambil tindakan yang agak negatif seperti ponteng
kelas, ponteng sekolah dan tidak memberi perhatian terhadap pelajaran. Tegasnya,
walaupun dalam keadaan yang kurang selesa pun pelajar perempuan tetap lebih
mementingkan pelajaran mereka. Faktor persekitaran keluarga pula menunjukkan
bahawa latar belakang pendidikan ibu bapa dan status sosioekonomi keluarga turut
12
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
memberi impak terhadap prestasi akademik seseorang pelajar. Perhatian dan layanan
ibu bapa terhadap anak lelaki dan perempuan juga berbeza. Dalam aspek pendidikan
misalnya, pelajar perempuan lebih mendapat galakan keluarga, sokongan moral dan
material, dan lebih diharapkan oleh keluarga untuk cemerlang dalam pendidikan
berbanding pelajar lelaki. Kawalan keluarga yang lebih ke atas pelajar perempuan
memberikan ruang dan peluang yang lebih kepada pelajar perempuan untuk
menumpukan perhatian kepada pelajaran. Secara tidak langsung, mereka mempunyai
lebih semangat dan peluang untuk menumpukan perhatian terhadap pelajaran.
Keadaan ini turut dilaporkan oleh Eisenberg, Martin dan Fabes (1996).
Oleh itu, berdasarkan data yang dikumpul dan dinyatakan dalam bahagian A,
(lihat jadual 1.2 dan 3 serta graf 1,2,3 dan 4 ) jelaslah bahawa faktor pengalaman murid
di sekolah serta persekitaran keluarga mempengaruhi pencapaian akademik
berdasarkan jantina murid. Prestasi dan pencapaian akademik murid perempuan (Murid
B dan Murid D) adalah lebih baik berbanding murid lelaki (Murid A dan Murid C).
Seperti Murid B, murid ini ialah anak bongsu daripada tujuh orang adik-beradik.
Bapanya bekerja sebagai pemandu teksi dan ibunya pula tidak bekerja. Namun,
pencapaian akademiknya di sekolah sangat baik dan sering mendahului rakan-
rakannya yang lain. Walaupun personalitinya ialah seorang yang pasif di dalam kelas,
tidak banyak bergaul dan bermain dengan rakan sebaya serta kuramg aktif dalam
aktiviti P&P namun murid ini masih boleh mengekalkan kecemerlangannya dalam
pelajaran. Hal ini mungkin kerana personalitinya yang pasif dan tidak gemar bergaul
dengan orang di sekelilingnya menyebabkan murid ini tidak mudah untuk dipengaruhi
oleh aktiviti dan tingkah laku rakan sebaya. Kelebihan ini digunakannya untuk
menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran. Tambahan pula, persekitaran
keluarga yang ramai dan pekerjaan bapanya mendorong murid ini untuk belajar
bersungguh-sungguh bagi mengubah nasib keluarganya.
Murid D pula lahir dalam keluarga yang sederhana dimana kedua-dua ibu
bapanya mempunyai latar belakang pendidikan dan pekerjaan yang baik. Selain itu,
13
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
murid ini juga merupakan anak bongsu daripada dua orang adik-beradik. Saiz keluarga
yang kecil dan latar belakang ibu bapa yang berpendidikan dan bekerjaya sangat
mempengaruhi pencapaian akademik murid ini. Dari segi akademik, Murid D ialah
seorang murid yang sentiasa menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam pelajaran.
Walaupun dari segi penglibatannya dalam aktiviti selain akademik sangat kurang,
begitu juga dengan pergaulannya dengan rakan sebaya, namun dorongan dan
perhatian daripada keluarga sangat membantu murid ini dalam pelajarannya.
Data yang dikumpul juga menunjukkan bahawa pencapaian akademik murid
lelaki adalah berbeza antara Murid A dan Murid C. pencapaian akademik Murid A lebih
baik berbanding Murid C. Hal ini mungkin dipengaruhi oleh faktor persekitaran mereka.
Murid A seorang yang pasif di dalam kelas dan jaringan pergaulan dengan rakan
sebaya yang terhad. Walau bagaimanapun, murid ini mempunyai persekitaran keluarga
yang baik dimana ibu bapanya mempunyai latar belakang pendidikan dan pekerjaan
yang baik. Faktor anak bongsu dalam keluarga menyebabkan murid ini boleh
mencontohi abang serta kakaknya khususnya dari segi pelajaran. Ibu bapa juga pasti
memberi perhatian dan menitikberatkan soal pelajaran anak-anak. Oleh yang demikian,
walaupun pengalaman Murid A di sekolah tidak banyak mempengaruhi dirinya, namun
hubunganya dengan keluarga membantu Murid ini untuk cemerlang dalam pelajaran.
Berbeza dengan Murid C, Murid ini sangat aktif di dalam kelas. Hal ini juga
menyebabkan murid ini mempunyai jaringan sosial yang luas dengan rakan sebayanya
yang lain. Murid ini juga aktif mengambil bahagian dalam aktiviti P&P di dalam kelas.
Walau bagaimanapun, Murid C dilihat kurang menonjol dari segi pencapaian akademik.
Jika dilihat dari sudut persekitaran keluarganya pula, murid ini mempunyai dua orang
adik-beradik dan hanya tinggal bersama bapanya sahaja. Keadaan ekonomi keluarga
boleh dikatakan kurang stabil kerana bapanya bekerja sebagai seorang kerani pejabat.
Tambahan pula, murid ini membesar tanpa perhatian dan kasih sayang seorang ibu.
Faktor ini mungkin menjadi antara faktor yang menyebabkan murid ini kurang
cemerlang dari segi pelajaran.
14
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Tuntasnya, faktor pengalaman murid di sekolah seperti pergaulan dengan rakan
sebaya dan guru, penglibatan dalam sebarang aktiviti P&P dan kokurikulum serta
komitmen dengan jawatan dan tugas yang diberikan tidak banyak mempengaruhi murid
perempuan. Hal ini kerana mereka masih konsisten degan pencapaian akademik yang
cemerlang walaupun mereka kurang dari segi pengalaman di sekolah. Hal ini kerana,
mereka mempunyai hubungan kekeluargaan yang kuat dengan ibu bapa dan adik
beradik. Oleh yang demikian, mereka dapat mengekalkan prestasi dalam pelajaran
hasil daripada dorongan dan perhatian keluarga. Begitu juga dengan murid lelaki,
walaupun mereka kelihatan aktif di sekolah banyak terlibat dengan pelbagai aktiviti dan
selalu dikaitkan dengan kenakalan, namun persekitaran keluarga tetap memberi impak
yang besar terhadap pencapaian akademik mereka. Jika persekitaran keluarga yang
sentiasa memberi perhatian dan penekanan terhadap aspek akademik ekoran daripada
latar belakang pendidikan ibu bapa, perkara ini tidak menjadi masalah kepada murid.
Sebaliknya, faktor sosioekonomi dan ketiadaan pelengkap kepada sebuah institusi
kekeluargaan sedikit sebanyak akan menjejaskan pencapaian akademik murid.
Perbezaan gander pula menunjukkan bahawa masih wujud perbezaan dalam
pencapaian akademik antara murid lelaki dan murid perempuan. Hal ini tidak dapat
disangkal lagi kerana perbezaan personaliti antara lelaki dan perempuan menjadi faktor
utama mengapa murid lelaki dan perempan mempunyai pencapaian akademik yang
berbeza. Personaliti mereka juga dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran. Oleh
yang demikian, tidak hairanlah jika ada pendapat yang menyatakan bahawa murid
perempuan lebih menonjol dalam pencapaian akademik berbanding murid lelaki dan
begitu juga sebaliknya.
15
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
BAHAGIAN C – PENULISAN REFLEK
Sebagai seorang bakal guru yang akan berhadapan dengan kanak-kanak
berusia 7-12 tahun, pengetahuan tentang perkembangan mereka dari pelbagai aspek
dapat membantu seseorang guru untuk membuat persediaan dan menambah
pengalaman sebelum melangkah ke alam kerjaya sebagai seorang guru. Justeru,
sebagai penuntut Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, setiap guru pelatih telah
diberi pendedahan awal berkenaan kanak-kanak melalui subjek Perkembangan Kanak-
Kanak. Oleh itu, kami dapat mempelajari dengan lebih mendalam tentang pelbagai
aspek perkembangan kanak-kanak iaitu dari segi fizikal, kognitif, bahasa, sosio-emosi
serta pelbagai aspek perbezaan individu.
Oleh yang demikian, untuk membantu meningkatkan lagi pengetahuan dan
kefahaman tentang perkembangan kana-kanak, kami sebagai guru pelatih telah
diwajibkan mengikuti Latihan Amalan Profesional Pengalaman Berasaskan Sekolah
(PBS) selama seminggu di sekolah yang menjadi pilihan setiap guru pelatih. Saya dan
seorang lagi rakan telah memilih Sekolah Kebangsaan Seri Cheras, Kuala Lumpur
sebagai lokasi PBS kami. Sepanjang tempoh PBS kami telah diberi tugasan untuk
memilih empat orang murid iaitu dua orang daripaa Tahap 1 dan dua orang lagi
daripada Tahap 2 yang berlainan jantina. Kami dikehendaki melaksanakan temu bual
dengan guru kelas murid tersebut atau ibu bapa serta rakan sebayanya bagi
mendapatkan maklumat tentang profil dan pencapaian akademik murid tersebut.
Pada peringkat awal, usaha untuk mencari maklumat murid menjadi mudah
dengan bantuan beberapa orang guru kelas yang bersedia untuk membantu saya dan
rakan. Saya juga telah mendapat kerjasama yang baik daripada guru-guru tersebut
sepanjang usaha mengumpul maklumat pelajar yang dipilih terutama semasa sesi temu
bual. Namun, berlaku sedikit kesulitan apabila saya terpaksa menemu bual dan
melaksanakan ujian terhadap murid yang dipilih pada hari yang sama bagi kedua0dua
murid Tahap 2. Hal ini kerana, semua murid Tahap 2 akan terlibat dengan
peperikasaan sepanjang minggu tersebut. ole itu saya hanya mempunyai masa selama
sehari untuk mendapatkan segala maklumat yang diperlukan berkenaan murid-murid
yang dipilih. Pemerhatian saya terhadap murid tersebut terutama semasa proses P&P
16
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
tidak dapat dilakukan secara menyeluruh disebabkan kekangan masa akibat minggu
peperiksaan. Namun, hal ini dapat diatasi apabila maklumat daripada guru kelas murid
tersebut banyak membantu saya mengenali murid tersebut terutama dari segi
personality dan pencapaian akademik murid.
Selain itu, bagi murid Tahap 1 pula, pada mulanya saya menghadapi kesukaran
untuk memilih murid, namun setelah berbincang dengan salah seorang guru kelas
akhirnya saya dapat memilih murid yang sesuai sebagai responden. Proses menemu
bual dan melaksanakan ujian terhadap murid tersebut juga berjalan dengan lancar.
Secara keseluruhannya, tugasan ini memberi peluang kepada saya untuk
berinteraksi dengan kanak-kanak walaupun hanya sebagai guru pelatih. Pengalaman
ini memberi pendedahan awal kepada saya tentang cara bagaimana untuk
berkomunikasi dengan kanak-kanak agar dapat menarik perhatian mereka. Selain itu,
saya juga dapat meningkatkan keyakinan diri terutama apabila disapa sebagai “cikgu”.
Pengalaman bergaul dengan guru-guru berpengalaman semasa proses mengumpul
maklumat juga dapat membantu saya memperbaiki kaedah bekomunikasi agar lebih
berkesan. Di samping itu juga, saya dapat melihat dengan lebh dekat lagi bagaimana
faktor persekitaran boleh mempengaruhi proses perkembangan individu.
Selain itu, tugasan ini juga dapat membantu saya memahami salah satu aspek
perkembangan individu iaitu perkembangan kognitif. Saya dapat melihat bagaimana
bagaimana perkembangan kognitif berlaku pada peringkat kanak-kanak yang berusia 7-
11 tahun. Seperti yang dikemukakan oleh Jean Piaget, kanak-kanak pada peringkat ini
berkebolehan berfikir secara logik walaupun pemikiran mereka masih terikat dengan
situasi yang konkrit. Hal ini bermaksud, kanak-kanak pada usia 7-11 tahun sudah boleh
menguasai kemahiran seperti pemuliharaan, pengelasan dan penyusunan bersiri.
Perkara ini dapat dilihat melalui ujian-ujian yang saya lakukan terhadap murid-murid
yang dipilih serta pemerhatian terhadap murid lain.
Di samping itu juga, saya dapat mengaitkan aspek pencapaian akademik
seseorang murid dengan perkembangan kognitif. Melalui pencapaian akademik murid,
kita dapat mengenalpasti tahap perkembangan kognitif seseorang. Dengan kata lain,
pencapaian akademik juga boleh menjadi salah satu pengukur kepada perkembangan
kognitif individu.
17
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Perbezaan individu yang wujud dalam kalangan murid juga dapat dilihat dari segi
kognitif. Saya dapat menilai bagaimana faktor-faktor perbezaan individu mempengaruhi
aspek kognitif murid. Faktor baka menjelaskan bahawa ibu bapa yang mempunyai
kecerdasan yang tinggi akan melahirkan anak yang bijak dan cerdas. Namun, ada juga
dalam kalangan murid di sekolah ini mempunyai kecemerlangan akademik yang baik
walaupun datang daripada keluarga yang biasa sahaja. Faktor persekitaran memberi
impak terhadap perkembangan kognitif murid. Kebanyakan murid-murid di sekolah ini
tinggal di kawasan rumah flat yang berdekatan dengan sekolah. Taraf sosioekonomi
keluarga juga rendah. Hal ini menyebabkan perkembangan kognitif murid di sekolah ini
berada pada tahap sederhana kerana persekitaran yang sama dilalui oleh semua
murid.
Sepanjang melaksanakan tugasan ini juga, saya dapat memerhatikan
bagaimana guru-guru menghadapi murid-murid yang berbeza tahap perkembangan
kognitif khususnya sewaktu mengendalikan proses P&P. seperti yang diketahui, tidak
semua murid mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang sama, oleh itu guru
harus menyesuaikan P&P dengan tahap setiap murid. Melalui pemerhatian dan temu
bual dengan beberapa orang guru, saya dapat mempelajari beberapa kaedah untuk
menghadapi murid-murid semasa P&P, contohnya mempelbagaikan bahan P&P
dengan sesuatu yang mudah untuk menark perhatian dan meningkatkan kefahaman
murid terhadap perkara yang diajar, misalnya menggunakan kecanggihan teknologi
maklumat.
Melalui tugasan ini juga, saya dapat menambah kefahaman tentang tahap-tahap
perkembangan kognitif kanak-kanak. Hal ini kerana, untuk melaksanakan tugasan ini
saya perlu membuat pembacaan tentang perkembangan kognitif kanak-kanak.
Seterusnya melalui pembacaan tersebut saya dapat meningkatkan lagi kefahaman
saya dengan melihat sendiri perkembangan yang berlaku dalam kalangan murid di
sekolah tersebut. Oleh yang demikian, kefahaman saya tidak hanya terbatas kepada
teori semata-mata, malah turut melihat sendiri bagaimana teori teori tersebut berlaku
dalam proses perkembangan individu.
Akhir sekali, melalui interaksi saya dengan murid-murid di sekolah ini, saya dapat
melihat dengan lebih dekat lagi beberapa tahap perkembangan kognitif kanak-kanak.
18
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Antaranya ialah kanak-kanak pada peringkat ini mempunyai rasa ingin tahu yang
sangat besar. Penguasaan jumlah pengetahuan dan pemikiran bertambah banyak
kerana pada peringkat ini mereka mempelajari kemahiran akademik yang asas seperti
membaca, menulis dan mengira.
Tuntasnya, melalui tugasan ini saya dapat meningkatkan lagi kefahaman saya
tentang perkembangan kognitif individu terutama perkembangan pada peringkat kanak-
kanak berusia 7-11 tahun. Pengalaman menemu bual guru dan berinteraksi dengan
murid-murid banyak membantu saya dalam menambah pengetahuan dan pengalaman
tentang skop tugasan seterusnya dapat melaksanakan tugasan ssehingga selesai
dengan baik dan efektif.
19
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
RUJUKAN
Atan Long. (1976). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Abdul Rahim M. Ali. (2001). Ilmu Pendidikan DPM Pendidikan di Malaysia dan Psikologi
Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distribution Sdn. Bhd.
Crow & Crow. (1980). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. (Habibah Bt. Elias,
terjemah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ee Ah Meng. (1996). Psikologi Pendidikan 1. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
Haliza Hamzah & Joy N. Samuel. (2008). Perkembangan Kanak-Kanak. Selangor:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Kamarulzaman Kamaruddin. (2009). Psikologi Perkembangan. Tanjung Malim:
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Mok Soon Sang. (2009). Perkembangan Kanak-kanak. Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali & Ramlah Jantan. (2006).
Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Open University Malaysia.
Rohani Abdullah, (2001). Perkembangan Kanak-Kanak Penilaian Secara Portfolio.
Selangor:
Universiti Putra Malaysia.
Tang Chee Yee. (1989). Psikologi Perkembangan. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn.
Bhd.
Prestasi Akademik Mengikut Gander, daripada :
http://journalarticle.ukm.my/153/1/1.pdf
pada 2012, Mac, 24
20
top related