petua memasak -- zat besi

Post on 20-Jul-2015

71 Views

Category:

Self Improvement

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Iskandar

http://www.tanamsendiri.comhttp://www.facebook.com/Tanamsendiri

Zat besi diperlukan oleh badan untuk membina sel darah merah. Sekiranya anda kehilangan darah, misalnya cedera dalam kemalangan, menghidap penyakit barah, wanita yang mengeluarkan darah haidyang banyak, bersalin, mengawal makan kerana diet yang keterlaluan, atau wanita yang aktif sukan, warga emas, anda perlu ambil lebih makanan dengan zat besi.

Makan banyak daging, daging ayam, telur terutama kuning telur, kacang pea, kurma, kismis, roti yang diperkaya dengan zatbesi, buah limau kerana Vitamin C membantu badan menyerap lebih banyak zat besi, serta sayuran hijau.

Jika anda memasak makanan yang masamatau berasid, misalnya tomato, masakdalam periuk besi. 120ml sos tomato yang dimasak dalam periuk besi mengandungi 1.2mg zat besi manakala sos tomato yang dimasak dalam periuk biasa mengandungi 0.7mg zat besi.

Seeloknya elakkan dari mengambil pil zatbesi, kecuali diarahkan oleh doktor. Pengambilan zat besi yang berlebihanadalah merbahaya pada badan.

top related