pertimbangan dan kesedaran estetik

Post on 04-Jul-2015

877 Views

Category:

Documents

6 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

PERTIMBANGAN

DAN

KESEDARAN

ESTETIKAdib Zakaria

Siti Almunawarah

Melisa Amirullah

Nurul Nadwah Bt Khalid

Konsep Estetik

Secara umum, perkataan estetika dalam bahasa Yunani ialah aesthesis yang membawa maksud hal-hal yang dapat diserapkan oleh pancaindera atau lebih khusus lagi ialah ‘kepekaan’ manusia.

Estetika juga boleh diertikan sebagai persepsipancaindera (sense of perception) dimana istilahestetika digunakan untuk kajian falsafahnya tentangkesemua cabang kesenian dan untuk manifestasikeindahan sejati.

Pengertian Estetika daripada tokoh

falsafah

Estetika membawa banyak pengertian daripada ramai tokoh falsafah. Ahli Filsafah Jerman bernama Alexander Baumgarten (1714-1716) adalah orang pertama yang memperkenalkan perkataan ‘aisthetika’.

Estetika secara sederhana adalah ilmu yang membahas keindahan. Oleh itu, estetika merupakan cabang yang sangat dekat denganfilosofi seni.

Namun demikian Cottfried Leibniz (1646-1716) telah mengemukakanpendapatnya mengenai estetika dan memberi penekanan kepadapengalaman seni sebagai suatu bentuk ilmu.

Menurut Kattsoff of Philisophy.(1953) estetika adalah segala sesuatudan kajian terhadap hal-hal yang berkaitan dengan kegiatan seni.

Estetika sering diungkapkan sebagai persamaan makna seni, tetapi ia berbeza dengan ‘falsafah keindahan’, kerana estetikatidak semata-mata menjadi permasalahan falsafah.

Di dalamnya menyangkut perbahasan ilmiah berkaitan dengankarya seni, yang merangkumi bidang ilmiah, antaranya meliputiperbincangan tentang keindahan dalam seni atau pengalamanestetik, gaya atau aliran seni, perkembangan seni dansebagainya.

Secara langsung pengkajian falsafah estetika bersangkutandalam bidang-bidang seperti psikologi, sosiologi, antropologidan lain-lain yang bersangkutan.

Dilihat dari sudut konsep yang berkait dengan estetika termasuklah keindahan, cita rasa, simbolik, karya seni, pengalaman estetika dan sebagainya.

Estetika adalah suatu ilmu yang mempelajari segalasesuatu yang berkaitan dengan keindahan, mempelajari semua aspek yang disebut keindahan. Maksud keindahan itu amat luas.

Estetika boleh membahas tentang indah atau tidaknyasesuatu.. Yang jelas dalam hal ini, estetika adalahkarya seni manusia atau mengenai alam semesta ini.

Estetika sebagai keindahan yang berdasarkanpenglihatan (seni rupa) dan keindahan berdasarkanpendengaran (muzik).

Sehingga pengertian keindahan dapat meliputiaspek keindahan seni, keindahan alam, keindahanmoral dan keindahan intelektual.

Estetika sebagai kehindahan yang tercermin dariketeraturan, kerapian dan keagungan. Keindahanyang dicapai adalah keserasian bentuk (wujud) yang setingi-tingginya.

Estetika sebagai pengalaman itu adalah perasaanyang timbul kepada seseorang ketika memandangsesuatu yang indah pada alam atau karya seni.

Keindahan secara murni, menyangkut pengalamanestetik seseorang dalam kaitannya dengansesuatu yang dihayatinya.

Sedangkan keindahan secara sempit menyangkutbenda-benda yang dihayati melalui pancaindera.

CIRI-CIRI ESTETIKA

Estetika mempunyai ciri-ciri yang luas, seluas bidang cakupannya. Antara ciri-ciri estetika adalah wujud iaitu kenyataan yang nampak secara konkrit

melalui pancaindera mahupun kenyataan yang tidak dapat dilihat secara konkrit, yakni abstrak yang hanya dapat dibayangkan seperti suatu yang

diceritakan mahupun dibaca dalam buku.

Karya seni lukisan yang mengandungi gambar yang berwujud pemandangan, potret diri, atau dekorasi. Lukisan berbentuk abstrak boleh mempunyai wujudyang konkrit misalnya garis tebal berwarna merahdi sebela kiri dan lingkaran hitam di sebelah kanan, tetapi isi yang abstrak memerlukan pembayangansecara aktif dari pemerhati untuk memikirkan apa

yang dimaksudkan dan makna tersiratnya.

PENGALAMAN ESTETIK

Dapat membina kepekaan dan pertimbangan dalam diri individu, masyarakat dan persekitaran.Terbahagi kepada

Pengalaman langsung- Melalui proses membuat atau prosespenghasilan produk seni. Melalui penglibatan deria. Antara yang terlibat ialah pelukis, pengarca, pandai tukang dan sebagainya.

Pengalaman intelektual- Melalui kajian, penerokaan, eksperimendan dapatan dari pelbagai sumber dan maklumat dalam prosespenghasilan produk seni.Melalui penguasaan maklumat daripada pelbagai sumber yang mendalami tentang konsep, falsafah dan nilai. Kebanyakan yang terlibat ialah para pengkritik, penggiat seni pengkaji dan individuyang sentiasa mengambil tahu tentang perkembangan bidangyang berkaitan dengan seni.

top related