persepsi masyarakat felda air tawar dua …€¦ · persepsi masyarakat felda air tawar dua...
Post on 17-Sep-2018
227 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PERSEPSI MASYARAKAT FELDA AIR TAWAR DUA TERHADAP
PERLAKSANAAN MODUL KELUARGA SAKINAH DALAM MEMBENTUK
KELUARGA BAHAGIA
NORAISHAH BINTI AJMAIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)
PERSEPSI MASYARAKAT FELDA AIR TAWAR DUA TERHADAP PERLAKSANAAN MODUL KELUARGA SAKINAH DALAM MEMBENTUK KELUARGA BAHAGIA
JUDUL :
SESI PENGAJIAN : 2003 / 2004
Saya NORAISHAH BT AJMAIN (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan penukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan (√ )
SULIT
√ TIDAK TERHAD
TERHAD
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
Disahkan oleh,
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap :
JOHOR DARUL TA'ZIM
PM DR. HUSSIN BIN SALAMON
Nama Penyelia
Tarikh : 11 MAC 2004 Tarikh : 11 MAC 2004
CATATAN : * ** ♦
Potong yang tidak berkenaan. Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
B 1096 FELDA AIR TAWAR 2
81900, KOTA TINGGI
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)”
Tandatangan : ……
Nama Penyelia : PM DR HUSSIN SALAMON
Tarikh : 11 MAC 2004
PERSEPSI MASYARAKAT FELDA AIR TAWAR DUA TERHADAP
PERLAKSANAAN MODUL KELUARGA SAKINAH DALAM MEMBENTUK
KELUARGA BAHAGIA
NORAISHAH BINTI AJMAIN
Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2004
iii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : …… …………
Nama penulis : NORAISHAH BINTI AJMAIN
Tarikh : 11 MAC 2004
iv
DEDIKASI
Dalam kerendahan diri, ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada
kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada keluasan ilmu. Hidup ini indah jika
segalanya kerana Allah….
Teristimewa buat mak dan abah tercinta,
TUAN HJ AJMAIN BIN SUATAN & PUAN SANAH BINTI BUJANG
Dorongan dan doa restumu menjadi perangsang untukku meraih kejayaan. Setinggi
penghargaan untukmu atas segala jasa dan pengorbanan.
Buat Along, Angah, Edi, Erul, dan Ayin, teruskan usaha dalam perjuangan meniti
realiti kehidupan.
Untuk sahabat tersayang, Asma, kak Faiz, Lia, Huda dan Zila. Juga teman-
teman SPI lainnya. Semoga berjaya dalam menggapai kejayaan dunia dan akhirat.
Jutaan terima kasih untuk semua yang mendoakan kejayaanku.
“Setiap peristiwa yang berlaku mengajar kita erti ketabahan dan keinsafan dalam
mencari erti kehidupan yang lebih bahagia dan bermakna di sisi Ilahi.”
v
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T. Selawat dan salam buat junjungan mulia
tercinta pembawa obor menerangi alam. Syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan
kudrah dan iradahNya sempurnalah sebuah laporan kajian penyelidikan mengenai
persepsi masyarakat Felda Air Tawar Dua terhadap perlaksanaan Modul Keluarga
Sakinah dalam membentuk keluarga bahagia sebagai memenuhi syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam).
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih dirakamkan khusus buat
P.M. Dr Hussin Salamon selaku penyelia projek yang banyak memberi bimbingan,
nasihat, teguran dan dorongan tanpa jemu bagi melaksanakan kajian yang baik
sehingga selesai.
Setinggi penghargaan juga diucapkan kepada pihak Yayasan Pembangunan
Keluarga Darul Ta’zim, Jabatan Kahakiman Syariah Johor Bahru dan masyarakat
Felda Air Tawar Dua yang sudi bekerjasama dalam usaha memperolehi maklumat
yang diperlukan. Tidak ketinggalan juga pernghargaan kepada rakan-rakan dan setiap
individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam usaha
menyiapkan kajian ini.
Semoga Allah S. W.T membalas segala jasa dan pengorbanan yang diberikan.
Mudah-mudahan usaha ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.
vi
ABSTRAK
Sejak akhir-akhir ini, isu keruntuhan rumah tangga di kalangan umat Islam di
Malaysia semakin membimbangkan. Bagi mengatasi masalah ini, pelbagai
pendekatan telah dilaksanakan. Salah satu pendekatan yang digunakan oleh
Kerajaan Negeri Johor ialah dengan melaksanakan Modul Keluarga Sakinah melalui
Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPK Darul Ta’zim) yang bertujuan
untuk mengukuhkan institusi keluarga melalui program-program yang diadakan.
Penyelidik ingin mengkaji persepsi masyarakat Felda terhadap perlaksanaan Modul
Keluarga Sakinah dalam membentuk keluarga bahagia. Sampel kajian terdiri
daripada 217 orang penduduk Felda Air Tawar Dua. Satu set soal selidik yang
terbahagi kepada empat bahagian telah disediakan berdasarkan objektif kajian yang
telah digariskan. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian
“Statistical Package for Social Science” dan menggunakan kaedah kekerapan,
peratusan dan min. Hasil kajian mendapati majoriti penduduk berpersepsi positif
terhadap perlaksanaan Modul Keluarga Sakinah dalam membentuk keluarga bahagia.
Beberapa cadangan telah dikemukakan bagi membantu perlaksanaan Modul
Keluarga Sakinah yang lebih mantap dan efisyen dalam membentuk keluarga
bahagia.
vii
ABSTRACT
Lately, the issue of broken family among Muslims in Malaysia becomes more
serious. In order to overcome this problem, various approaches have been
implemented. One of the approach that had been carried out by the State
Government of Johor is by implementing Modul Keluarga Sakinah through Yayasan
Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPK Darul Ta’zim), with the purpose of
consolidating family institution through its programs. The researcher intends to
study the Felda community’s perception on the implementation of Modul Keluarga
Sakinah in developing blissful family. 217 respondents from Felda Air Tawar Dua
have been selected in this research by giving them a set of questionnaires, which
consist of four sections base on the objectives of this study. The collected data is
analyzed by using “Statistical Package for Social Science” in form of frequency,
mean and percentage. The findings of this research show that, majority of the
community corroborated on the implementation of Modul Keluarga Sakinah in
developing a blissful family. A few suggestions have been put forward to enhance
performance of Modul Keluarga Sakinah to be more viable and efficient.
viii
SENARAI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
SENARAI KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI LAMPIRAN xii
SENARAI SINGKATAN xiii
BAB I PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 3
1.4 Persoalan Kajian 4
1.5 Objektif Kajian 4
1.6 Batasan Kajian 5
1.7 Kepentingan Kajian 5
1.8 Definisi Konsep dan Istilah 6
1.9 Rumusan 7
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan 9
2.2 Islam Menganjurkan Perkahwinan 9
ix
2.3 Matlamat Perkahwinan 11
2.4 Dasar Pembentukan Sistem Kekeluargaan Islam 14
2.5 Faktor-faktor Kebahagiaan Rumah Tangga 17
2.6 Perceraian
21
2.7 Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim 27
2.8 Perlaksanaan Program Keluarga Sakinah
di Felda Air Tawar Dua 30
2.9 Kajian Lalu Mengenai Institusi Kekeluargaan 30
2.10 Rumusan 32
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 33
3.2 Reka bentuk Kajian 33
3.2.1 Kaedah Kajian Perpustakaan 34
3.2.2 Kaedah Kajian Lapangan 34
3.2.2.1 Tempat Kajian 35
3.2.2.2 Populasi dan Sampel Kajian 35
3.2.2.3 Instrumen Kajian 36
3.2.2.4 Kajian Rintis 37
3.2.2.5 Analisis Data 38
3.2.2.6 Jangkamasa Kajian 38
3.3 Rumusan 39
BAB IV DAPATAN KAJIAN
4.1 Pendahuluan 40
4.2 Cara Penganalisisan 40
4.3 Analisis Taburan Responden Berdasarkan
Latar Belakang 42
4.3.1 Kelompok Jantina 42
4.3.2 Kelompok Umur 43
4.3.3 Status Perkahwinan 43
4.3.4 Pekerjaan 44
4.3.5 Latar Belakang Pendidikan 45
x
4.4 Analisis Taburan Skor Soal Selidik
Mengikut Item Bahagian B 46
4.5 Analisis Taburan Skor Soal Selidik
Mengikut Item Bahagian C 52
4.6 Analisis Taburan Skor Soal Selidik
Mengikut Item Bahagian D 58
4.7 Rumusan 64
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 65
5.2 Perbincangan 65
5.2.1 Bahagian B: Persepsi Masyarakat Felda
Air Tawar Dua Terhadap Program
Keluarga Sakinah. 66
5.2.2 Bahagian C: Penerimaan Masyarakat
Terhadap Modul Keluarga Sakinah 68
5.2.3 Bahagian D: Persepsi Masyarakat
Felda Air Tawar Dua Terhadap Peranan
Modul Keluarga Sakinah Dalam
Membentuk Keluarga Bahagia 71
5.3 Rumusan 74
5.4 Cadangan 76
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 77
5.6 Penutup 78
SENARAI RUJUKAN 79
LAMPIRAN
Lampiran A- D 81-91
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.6.3.1 Bilangan Perceraian Di Mahkamah Syariah
Negeri Johor Mengikut Daerah Pada Tahun 2002 26
2.6.3.2 Jumlah Perceraian Di Kota Tinggi Sepanjang
Tahun 2002 27
3.2.2.3 Nilai Item 37
4.3.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina 42
4.3.2 Taburan Responden Berdasarkan Umur 43
4.3.3 Taburan Responden Berdasarkan Status Perkahwinan 44
4.3.4 Taburan Responden Berdasarkan Pekerjaan 45
4.3.5 Taburan Responden Berdasarkan Latar Belakang
Pendidikan 45
4.4.1 Minat Terhadap Program Keluarga Sakinah 46
4.4.2 Kesesuaian Program Yang Dijalankan 48
4.4.3 Sambutan Masyarakat Terhadap Program
Keluarga Sakinah 50
4.5.1 Isi Modul Keluarga Sakinah 52
4.5.2 Perlaksanaan Modul Keluarga Sakinah Dalam Kehidupan 54
4.5.3 Kepentingan Modul Keluarga Sakinah Dalam
Pembentukan Keluarga Bahagia 56
4.6.1 Pengukuhan Institusi Keluarga 58
4.6.2 Panduan Hidup Berkeluarga 60
4.6.3 Panduan Untuk Mengatasi Masalah Rumah Tangga 62
xii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 81
B Surat Kebenaran PPIPS 89
C Surat Yayasan Pembangunan
Keluarga Darul Ta’zim 90
D Bilangan Perceraian di Mahkamah
Syariah Negeri Johor 91
xiii
SENARAI SINGKATAN
FELDA - Federal Land Development Authority
JAKIM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
KS - Kurang Setuju
MKS - Modul Keluarga Sakinah
S - Setuju
S.A.W - Solallahu Alaihi wa Sallam
S.W.T - Subhanahu wa Taala
SPSS - Statiscal Package for Social Science
SS - Sangat Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
TS - Tidak Setuju
YPK - Yayasan Pembangunan Keluarga
1
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Perkahwinan merupakan satu perkara yang amat dituntut oleh Islam. Islam
menggalakkan umatnya supaya berkahwin kerana perkahwinan mempunyai faedah
yang besar kepada individu dan masyarakat. Antara matlamat utama perkahwinan
adalah untuk memenuhi keperluan fitrah naluri manusia yang menginginkan hidup
berpasangan, dapat disalurkan ke jalan yang tidak melanggar batasan syarak.
Bagaimanapun, banyak kes keruntuhan rumah tangga dilaporkan pada hari ini. Ia
seolah-olah telah menjadi fenomena biasa dalam kehidupan masyarakat masa kini.
Kes-kes keruntuhan rumah tangga ini, sering menjadi bahan paparan di dada akhbar
dan majalah-majalah. Kes perceraian yang dilaporkan semakin meningkat dari
setahun ke setahun. Berdasarkan statistik perceraian mengikut sumber Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dari tahun 1990 hingga 2001, kes yang dilaporkan
adalah sebanyak 144,137 kes dan ini adalah angka yang perlu diberi perhatian oleh
semua pihak. Berdasarkan statistik tersebut, tahun 2001 mencatatkan kes perceraian
yang paling tinggi. Negeri Kelantan mencatatkan jumlah yang paling tinggi iaitu
sebanyak 2,217 kes diikuti Selangor 1,878 kes (Utusan Malaysia:2002).
Fenomena sebegini mencabar kewibawaan, imej dan keperibadian
masyarakat khususnya umat Islam. Trend ini sekaligus menimbulkan kebimbangan
di kalangan banyak pihak dan ia boleh menghalang matlamat mencapai kemajuan
dan kesejahteraan bangsa dan negara. Ini kerana pembangunan masyarakat dan
negara bermula dari institusi keluarga yang kukuh. Oleh itu, suatu pendekatan
2
dengan perancangan yang rapi harus dilakukan oleh semua pihak dari kalangan
masyarakat bagi membantu membendung fenomena ini dari terus merebak.
Menyedari hakikat itu, kerajaan negeri Johor telah mengambil inisiatif
menubuhkan Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Darul Ta'zim pada 1 Oktober
1997 bertujuan membangunkan keluarga yang baik secara terancang dari aspek
sosial, ekonomi dan politik (YPK Darul Ta’zim). Penubuhan YPK Darul Ta’zim
bermatlamat untuk menggalak dan membantu pembentukan masyarakat yang
harmoni, bahagia dan penyayang. Bagi mencapai matlamat itu, tumpuan utama YPK
Darul Ta’zim ialah ke arah mengukuhkan institusi keluarga dan menangani masalah
sosial. Beberapa program telah diatur secara bersepadu melibatkan agensi kerajaan,
sektor swasta dan pertubuhan sukarela bagi memenuhi matlamat tersebut. Program-
program yang dikendalikan oleh YPK Darul Ta’zim memfokuskan kepada
peningkatan pengetahuan masyarakat terutama di kalangan ibu bapa dan anak-anak
tentang cara yang berkesan membentuk institusi keluarga bahagia. Antara projek
dan program yang telah dijalankan oleh YPK Darul Ta’zim, ialah dengan
mewujudkan Modul Keluarga Sakinah.
Melalui Modul Keluarga Sakinah, suami isteri dan semua ahli keluarga akan
diberikan ilmu, kefahaman serta pengetahuan yang menjadi asas kepada institusi
kekeluargaan untuk mengecapi kehidupan yang bahagia. Program ini menyediakan
10 modul untuk dijadikan panduan bagi mewujudkan keluarga bahagia. Modul yang
disediakan ialah meliputi aspek pra-perkahwinan, persediaan keibubapaan, pra-
keibubapaan, bayi, mumayyiz, remaja, dewasa, alam matang, usia emas dan husnul
khatimah.
1.2 Latar Belakang Masalah
Setiap insan mengharapkan sebuah keluarga yang bahagia di samping hidup
bermasyarakat dalam suasana yang harmoni. Yayasan Pembangunan Keluarga
(YPK) Darul Ta’zim berperanan untuk membantu mewujudkan suasana ini.
3
Sehubungan dengan itu, satu program yang dijalankan bagi mencapai objektif ini
adalah dengan mewujudkan Modul Keluarga Sakinah. Modul Keluarga Sakinah
(MKS) yang dilancarkan pada 1998 telah menjadi lambang kepada YPK Darul
Ta’zim sebagai Modul Keluarga Johor. Sejak itu, YPK Darul Ta’zim
bertanggungjawab untuk menyebarluaskan modul keluarga ini untuk digunapakai
dalam setiap keluarga di negeri ini. Pelbagai pendekatan dibuat bagi menarik
perhatian orang ramai antaranya ialah melalui ceramah, forum, tazkirah dan
sebagainya.
Mulai 2002, YPK Darul Ta’zim telah menggunakan beberapa pendekatan
baru bagi pelaksanaan Modul Keluarga Sakinah ini. Selain ceramah yang diadakan
secara konsisten, modul ini telah digerakkan dengan program-program khas dan
penglibatan yang menyeluruh dari semua pihak sama ada masyarakat, pemimpin,
agensi kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan.
Masyarakat merupakan elemen terpenting bagi menjayakan program ini.
Namun, apakah persepsi masyarakat terhadap program Keluarga Sakinah yang
dirancang untuk mereka? Adakah masyarakat dapat menerima perlaksanaan Modul
Keluarga Sakinah dalam kehidupan seharian dan adakah Modul Keluarga Sakinah
yang dilaksanakan dapat membentuk keluarga yang bahagia.
1.3 Pernyataan Masalah
Setiap anggota masyarakat mempunyai peranan dan tanggung jawab
tersendiri bagi mewujudkan suasana yang aman dan harmoni dalam keluarga dan
masyarakat. Jika dilihat, Modul Keluarga Sakinah ini berperanan untuk
membimbing dan membentuk individu dan masyarakat ke arah tujuan tersebut.
Namun, sekiranya diperhatikan secara kasar, perlaksanaan Modul Keluarga Sakinah
di kalangan masyarakat Felda kurang mendapat sambutan yang menyeluruh dari
masyarakat tersebut.
4
Berdasarkan pernyataan masalah yang dinyatakan di atas, kajian ini
dilakukan untuk mengkaji persepsi masyarakat Felda Air Tawar Dua terhadap
perlaksanaan Modul Keluarga Sakinah dalam membentuk keluarga bahagia. Hasil
dapatan dari kajian yang dilakukan akan mempertingkat perlaksanaan modul ini.
Kajian ini akan memfokuskan kepada perlaksanaan, penerimaan serta keberkesanan
Modul Keluarga Sakinah di kalangan peneroka Felda khususnya di Felda Air Tawar
Dua.
1.4 Persoalan Kajian
Bagi memenuhi matlamat kajian ini, maka persoalan yang diutarakan ialah
sebagaimana berikut:
1.4.1 Apakah persepsi masyarakat Felda Air Tawar Dua
tentang perlaksanaan program Keluarga Sakinah?
1.4.2 Adakah perlaksanaan Modul Keluarga Sakinah ini
diterima baik oleh masyarakat setempat?
1.4.3 Adakah Modul Keluarga Sakinah ini mampu
membentuk keluarga yang bahagia?
top related