persamaan tindakbalas kimiappt

Post on 03-Jul-2015

348 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

PERSAMAAN TINDAKBALAS KIMIA

-ANIZA BINTI NORDIN-NUR ANIZA BINTI ELIAS

-NURUL NADIHA DINTI ABDULAH

APA ITU PERSAMAAN TINDAKBALAS KIMIA?

• Tindak balas kimia melibatkan perubahan bahan tindak balas kepada hasil tindak balas. Tindak balas ini juga merupakan proses hasil penukaran sebatian kimia.

• Sebatian yang asalnya terlibat dengan tindak balas kimia dipanggil bahan tindak balas. Bahan tindak balas kimia lazimnya dicirikan melalui perubahan kimia, dan ia menghasilkan satu atau lebih hasil yang, secara amnya, berbeza dari bahan tindak balas.

Tindak balas kimia diwakili oleh persamaan yang menggunakan simbol

dan formula,kimia seperti di bawah

Bahan tindak balas ------> hasil tindak balas.

A + B --> C + D

Persamaan kimia mesti seimbang dari segi bilangan atom di sebelah kiri daN

kanan. Contoh:

1. Asid hidroklorik + Natrium Hidroksida ---> Natrium Klorida + Air HCL + NaOH ---> NaCl + H2O

2. Asid Sulfurik + Barium Hidroksida ----> Barium Sulfat + Air H2SO4 + Ba (OH)2 --> BaSO4 + H2O

3. Kalsium karbonat ---> Kalsium oksida + Karbon dioksida CaCO3 ---> CaO + CO2

4.1) JENIS-JENIS TINDAKBALAS

• Pengisomeran, • Gabungan terus atau sintesis• Pengurai kimia atau analisis, • Sesaran tunggal atau penggantian, • Metatesis atau Tindak balas sesaran

berganda

4.2) PERATURAN UNTUK MENULIS PERSAMAAN KIMIA

1. Meramalkan hasil tindak balas dengan tepat.2. Menulis formula yang betul bagi bahan tindak balas dan hasil tindak balas.3. Seimbangkan persamaan kimia itu.

1. Meramalkan hasil tindak balas.

• Untuk meramalkan hasil bagi sesuatu tindak balas anda perlu menggunakan pengetahuan yang sudah dipelajari.

• Misalnya, Asid + Alkali ----------> Garam + air

maka, asid sulfurik cair (asid) + natrium hidroksida (alkali) ---> natrium sulfat (garam) + air

2. Menulis formula yang betul

• Setiap unsur, molekul, sebatian atau ion mempunyai formula yang tersendiri. Formula tersebut adalah tetap dan tidak boleh diubah. Misalnya formula bagi natrium hidroksida ialah NaOH, maka anda tidak boleh menulis formulanya sebagai NaH, NaOOH, Na(OH)2 dan sebagainya. Anda perlu menghafalkan formula bagi beberapa unsur, molekul dan ion yang umum.

3. Menulis persamaan kimia yang seimbang.

• Suatu persamaan mesti seimbang, iaitu jumlah atom setiap unsur di sebelah kiri mesti sama dengan yang di sebelah kanan.

• Untuk mengimbangkan sesuatu persamaan,kita boleh mengikuti ikutlah langkah-langkah berikut ataupun menggunakan kaedah gaus dalam matriks algebra.

4.3) CONTOH SOALAN PERSAMAAN TINDAKBALAS KIMIA SERTA PENYELESAIAANNYA MENGGUNAKAN

MATRIKS AL-GEBRA:

• Pertama sekali, untuk meramalkan hasil bagi sesuatu tindak balas kimia kita perlu menggunakan pengetahuan yang sudah dipelajari.

• Misalnya, Asid + Alkali ----------> Garam + air Maka,

asid sulfurik cair (asid) + natrium hidroksida (alkali) ---> natrium sulfat (garam) + air

Menggunakan kaedah persamaan Gaus dalam mengimbangkan persamaan kimia dengan

cepat:

• Membentuk persamaaan:

wH2SO4 + xNaOH -------> yNa2SO4 + zH2O

X + 2w-2z= 0w-y = 0

x+4w-4y-z=0x-2y=0

Tukarkan dalam bentuk matrik:

Penggunaan persamaan Gaus untuk menyelesaikan dan mengimbangkan

persamaan kimia yang dicari:

Dalam bentuk persamaan:

W –Y = 0 W = Y

X + 2Y – 2Z = 0 X = -2Y + 2Z

Y – 1/2Z = 0 Y = ½ Z

Kita kemaskan lagi persamaan yang ada:

• Masukkan nilai Y=1/2Z kedalam persamaan 2

X = -2(1/2)Z + 2Z = Z • Maka, persamaan yang tinggal adalah:

Y = 1/2 ZW= 1/2 ZX= ZZ = t

Maka kita perlu mencari nilai integer t yang paling kecil yang boleh menjadikan nilai nombor

bulat:

Y = 1/2 t

W= 1/2 t

X= t

Z = t

Maka, nilai t yang paling sesuai dan kecil adalah 2:

Y = 1W= 1

X= 2

Z = 2

Persamaan lengkap bagi

adalah :

asid sulfurik cair (asid) + natrium hidroksida (alkali) ---> natrium sulfat (garam) + air

1H2SO4   + 2 NaOH ------->   1Na2SO4   +    2H2O

Kesimpulannya:

• Kita boleh menggunakan kaedah penyempurnaan Gaus dalam menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian kita.

top related