perpaduan salaf dan khalaf
Post on 08-Aug-2015
41 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Perpaduan Salaf Dan Khalaf ( Salafi/Wahabi Dan Asya’irah)
www.darulkautsar.net
Perpaduan Salaf Dan Khalaf (Salafi/Wahabi dan Asya’irah)
Halaman Utama m/s. 1
Perpaduan Salaf Dan Khalaf ( Salafi/Wahabi Dan Asya’irah)
www.darulkautsar.net
Halaman Utama
1. PENGENALAN UMUM 1
2. Perpaduan Salaf Dan Khalaf ( Salafi/Wahabi Dan Asya’irah) 3
3. CADANGAN BACAAN LANJUT 8
Halaman Utama m/s. 2
Perpaduan Salaf Dan Khalaf ( Salafi/Wahabi Dan Asya’irah)
www.darulkautsar.net
Perpaduan Salaf Dan Khalaf (Salafi/Wahabi dan Asya’irah)
http://www.youtube.com/watch?v=0043FCUdrmg
Kelebihan dan kebaikan-kebaikan yang terdapat pada golongan Salafi/Wahabi
Pada asasnya golongan Salafi/Wahabi adalah pengikut ahlul-hadits (atau golongan Hanabilah, iaitu
pengikut Imam Ahmad bin Hanbal). Oleh itu yang pastinya ianya tidak terkeluar dari kelompok
Ahlus-sunnah wal jamaah.
Golongan Salafi/Wahabi banyak berjasa kepada Islam dalam membenteras kekarutan dan amalan
yang sesat yang berleluasa dalam masyarakat Arab. Golongan ini juga berperanan dalam
mendedahkan golongan sesat seperti Syiah.
Oleh itu tidak hairanlah jika Syiah, sebagai tindakbalas, selalu memburuk-burukkan
Wahabi. Adalah amat malang jika kita pula terpedaya dengan daayah Syiah ini dan
turut memburuk-burukkan saudara kita dari golongan Salafi/Wahabi ini.
Banyak kebaikan yang ada pada golongan Salafi/Wahabi dan dalam banyak perkara mereka lebih
tepat daripada kita. Sebagai contohnya masyarakat kita masih lagi melakukan amalan membazir
dan bid’ah yang ditentang oleh Salafi/Wahabi seperti menabur bunga atas kubur atau mengadakan
sambutan Maulidur Rasul. Contoh lain, raja-raja dari negara yang dikatakan berfahaman Wahabi
dimakamkan seperti rakyat biasa menyebabkan ramai orang bukan Islam begitu tertarik dengan
Islam dan seterusnya memeluk Islam.
Kita sepatutnya berfikiran terbuka dan menerima apa saja amalan yang menepati syariat yang
diamalkan oleh golongan Salafi/Wahabi ini. Kita patut mencontohi golongan Salafi/Wahabi
dengan keazaman jitu mereka dalam membenteras amalan bid’ah dan syirik.
Halaman Utama m/s. 3
Perpaduan Salaf Dan Khalaf ( Salafi/Wahabi Dan Asya’irah)
www.darulkautsar.net
Perbezaan di antara golongan Salafi/Wahabi dengan golongan Asya’irah adalah di segi furu’
aqidah
Sebenarnya, perbezaan kita dengan golongan Wahabi adalah dari segi furu` aqidah dan bukannya
usul aqidah. Perbezaan dengan golongan Salafi/Wahabi tidak sama dengan perbezaan kita dengan
golongan Syiah di mana golongan Syiah adalah nyata sesat dan terkeluar dari Islam. Golongan
Wahabi adalah dalam kelompok Ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak sesat.
Perkara-perkara yang patut diperbetulkan oleh golongan Salafi/Wahabi
Walau bagaimanapun begitu, tidak dinafikan bahawa ada kelompok-kelompok dalam golongan
Salafi/Wahabi yang agak keterlaluan dengan menghukum golongan Asya’irah adalah
sesat. Kesilapan ini adalah kesilapan sebagai manusia biasa maka hendaklah kita sama-sama
betulkan. Kita tidak boleh mengatakan mereka sesat apatah lagi mengkafirkan mereka.
Besar implikasinya jika kita mengatakan mereka sesat atau kafir, di antaranya kita tidak boleh
berimamkan mereka ketika bersembahyang di Masjidil Haram atau Masjid Nabawi.
Sepatutnya kita tidak membesar-besarkan dan fokuskan perhatian kita kepada kesilapan-kesilapan
ini. Kita sepatutnya akur bahawa kita sendiri pun tidak terlepas dari kesilapan-kesilapan
seumpama itu.
Antara kesilapan golongan Salafi/Wahabi
1) Golongan Salafi/Wahabi umumnya menganggap golongan Asya`irah sesat dan langsung tidak
menerima kelompok ‘ahlun nazor’ sedangkan pada hakikatnya ‘ahlun nazor ‘ juga diterima kerana
mereka juga menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai ikutan.
2) Golongan Salafi/Wahabi percaya bahawa Imam Abul Hasan al-`Asy`ari hanya bertaubat dan
mempunyai aqidah sebagaimana ahli sunnah wal-jamaah di saat akhir hayatnya. Sebenarnya
Halaman Utama m/s. 4
Perpaduan Salaf Dan Khalaf ( Salafi/Wahabi Dan Asya’irah)
www.darulkautsar.net
anggapan ini tidak benar kerana adalah tidak munasabah tidak ada seorangpun anak-anak murid
Abul Hasan al-`Ays`ari yang ramai itu yang tahu atau sedar tentang kesalahan aqidahnya dan
menurutnya dengan membuta tuli sehinggalah saat-saat akhir hayatnya.
Adakah kita yang hidup seribu tahun kemudian di zaman ini, lebih tahu daripada anak-anak
muridnya sendiri?
3) Golongan Salafi/Wahabi tersilap dalam menghukum sifat 20 itu salah dan bid`ah. Hakikatnya,
dalam al-Quran juga ada menyebutkan sifat-sifat yang tersebut. Golongan Wahabi juga
mendakwa golongan `Asya`irah menghadkan sifat Allah hanya kepada 20 sifat sahaja sedangkan
golongan `Asyairah tidak pernah menghadkan sifat Allah setakat 20 sahaja, sebaliknya golongan
`Asya`irah mengatakan selain dari 20 sifat tersebut Allah juga bersifat dengan segala sifat
kamaalaat.
Antara kesilapan golongan `Asya`irah:
1) Kesilapan golongan Asya`irah pula ialah mereka keterlaluan dalam mempertahankan fahaman
mereka sehingga tidak mahu langsung menerima kritikan. Imam al-Ghazali berpendapat tidak salah
mengkritik `Asya`irah sekiranya terdapat kesalahan.
2) Begitu juga dalam masalah sifat 20 yang mana sesetengah golongan `Asya`irah menganggap
tidak masuk syurga mereka yang tidak mengetahuinya.
Alangkah baiknya jika kita dapat meneliti suatu hadits di mana Nabi s.a.w. bertanya kepada
seorang hamba perempuan yang akan dibebaskan dengan pertanyaan “di mana Allah?” lalu hamba
itu menjawab: “Allah di langit.” Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: “Siapa aku?” maka
jawabnya; “Engkau Rasulullah.” Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dia beriman.”
Pengikut Hanabilah, Wahabi dan Ahlul Hadits menerima hadits tersebut tanpa takwilan dan
menyerahkan kepada Allah apakah maksud sebenar ‘Allah di langit’ itu.
Jelas dari kisah ini bahawa Rasulullah s.a.w. mengi`tiraf iman hamba tersebut tanpa bertanya
adakah dia tahu sifat 20.
Halaman Utama m/s. 5
Perpaduan Salaf Dan Khalaf ( Salafi/Wahabi Dan Asya’irah)
www.darulkautsar.net
(Nota: Sebenarnya, sifat 20 itu bukanlah berasal dari Imam Abu Hasan Assya’ari kerana beliau
hanya memperkenalkan sifat 13 yang kemudian digabungkan dengan Maturidiyyah menjadikan
dua puluh kesemuanya).
Umat Islam hendaklah bersifat terbuka.
Kedua-dua golongan `Asya`irah dan juga Salafi/Wahabi sepatutnya bersifat terbuka dan berlapang
dada dalam menerima kritikan dan pandangan pihak lain. Perbahasan ilmiah dalam suasana saling
menghormati adalah sesuatu yang sihat dan digalakkan dalam Islam. Janganlah kita saling sesat
menyesatkan antara satu sama lain.
Sumbangan besar Salafi/Wahabi dan `Asya`irah kepada ummat Islam.
Hakikatnya, kedua-dua golongan Salafi / Wahabi dan Asya’irah ini telah memberikan sumbangan
yang amat besar kepada ummat Islam.
Sekiranya kita menafikan `Asya`irah maka kita menafikan ramai ulama dan tokoh-tokoh dari
kelompok ` Asya’irah yang telah berjasa besar kepada Islam seperti Imam an-Nawawi, Hafiz Ibnu
Hajar, Badruddin `Aini, Ibnu Battol dan lain-lain lagi. Alangkah sayangnya jika pendapat mereka ini
tidak boleh dipakai oleh umat Islam. Walaupun begitu, hakikatnya umat Islam di seluruh dunia
menerima dan mendapat manafaat dari pendapat-pendapat mereka tidak kira dari golongan
Salafi/Wahabi atau Asya’irah.
Begitu juga sebaliknya, terdapat ramai tokoh-tokoh dari golongan Salafi/Wahabi yang telah
memberi sumbangan yang besar kepada ummat seperti Sheikh Abd Wahhab sendiri. Kita akan
kerugian besar jika menolak sumbangan dari tokoh-tokoh tersebut.
Panduan ulama’ dalam aqidah:
Sebagai panduan, ulama’ telah menetapkan kaedah bahawa : Jika terdapat sesuatu pendapat yang
menyebabkan sejumlah besar ummat Islam terutama ulama’-ulama`nya dianggap sesat, maka
pendapat itu tidak benar.
Halaman Utama m/s. 6
Perpaduan Salaf Dan Khalaf ( Salafi/Wahabi Dan Asya’irah)
www.darulkautsar.net
Berdasarkan kaedah ini, boleh disimpulkan bahawa pendapat yang mengatakan samada
golongan Wahabi/Salafi atau `Asya`irah sesat adalah pendapat yang salah.
Sumber : http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=4330
Halaman Utama m/s. 7
Perpaduan Salaf Dan Khalaf ( Salafi/Wahabi Dan Asya’irah)
www.darulkautsar.net
CADANGAN BACAAN LANJUT :-
1. Doa Awal Dan Akhir Tahun – Adakah Ia Benar Atau Bathil
2. Doa Setelah Solat Jenazah : Darimanakah Asal Usulnya ?
3. Fatwa Tentang Merayakan Sambutan Nisfu Syaaban
4. Hadis Tentang Allah Tengok Hamba Nisfu Syaaban
5. Henti Sambut Hari Valentine
6. Hujah Dan Dalil Tentang Kelebihan Tentang Mengadakan Sambutan
Maulidur Rasul Dan Sangggahan Terhadapnya
7. Imam Bukhari Perempuan Berhaidh Boleh Berada Dalam Masjid
8. Keharusan Perempuan Yang Haid Membaca Al-Quran
9. Kesahihan Wirid Selepas Solat
10. Panduan Saf Kanak-Kanak
11. Perpaduan Solat Dan Khalaf
12. Sejauh Mana Bid’ah Membuat Bubur Asyura
13. Tidakkah Bid’ah Menyediakan Makanan Selepas Kematian
14. Umrah
Halaman Utama m/s. 8
top related