permainan tradisional caplong

Post on 03-Jul-2015

1.196 Views

Category:

Design

7 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

TAJUK : PERMAINAN TRADISIONAL

CAPLONG

(BEDIL BULUH)NAMA : MOHAMAD AIMAN BIN ABDULLAH SANINO. MATRIK : 09DRI12F1007KELAS : DRI 2A

PERMAINAN TRADISIONAL

• Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagaijenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan. Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unikkerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehinggamembentuk kebudayaan masing-masing. Ini termasuklah sukabergotong-royong menjalankan kegiatan ekonomi, di manaikatan itu terus diperkukuh dan dipererat dengan acara-acarakeramaian dan juga hiburan. Lantaran resam yang demikianmaka banyak permainan tradisional yang terhasil dandipertandingkan.

• Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagiandaripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita.

• Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainantradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidupnenek moyang kita.

• Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainanrakyat.

• Ada diantara permainan ini yang sekarang tidak dimainkanlagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenekkita sahaja.

• Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanaksehingga hari ini.

• Diantara permainan itu ialah congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing, selambut, kabaddi, mahjong dan lain-lain.

SEJARAH CAPLONG• Permainan caplong atau bedil buluh ialah sejenis permainan

perang olok-olok.

• Tujuannya ialah menguji kecekapan menembak para pemain.

• Selalunya ia dimainkan oleh kanak-kanak lelaki yang berusia antaratujuh dan dua belas.

• Kawasan permainan ialah semak-samun atau kawasan yang banyak pokok, untuk mudah bersembunyi.

• Alat yang diperlukan ialah senapang buluh buatan sendiri danpeluru.

CARA PEMBUATAN CAPLONG• Senapang buluh ini terdiri daripada tiga bahagian, iaitu

bahagian laras, pelantak dan pemegang pelantak.

• Bahagian laras dibuat daripada buluh pagar yang berlubang.

• Panjangnya lebih kurang sekaki

• Bahagian pelantak dibuat daripada buluh pagaryang kecil yang boleh dicucuk ke dalam larassenapang tadi.

• Ukuran pelantak mestilah pendek sedikit daripadalaras senapang .

• Pelantak ini mempunyai pemegang yang deperbuatdaripada buluh pagar yang dikerat pendek yang samabesarnya dengan laras senapang.

• Peluru untuk bedil buluh ini biasanya adalah buah cenderai atausurat khabar yang dibasahkan dan digentel sebesar lubangsenapang.

CARA BERMAIN• Pemain akan dibahagikan ke dalam dua pasukan, iaitu

pasukan penyerang dan pasukan bertahan.

• Sebelum memulakan permainan, kedua-dua pasukanmenguji senapang masing-masing.

• Ujian dilakukan dengan cara menghentak peluru ke dalamlaras senapang.

• Kemudian pelantak dimasukkan ke dalam laras dan ditolakkuat sehingga peluru itu meluncur keluar denganmengeluarkan bunyi letupan.

• Ahli-ahli pasukan penyerang akan memulakan permainan dengancuba mencari dan menembak pasukan bertahan yang sedangsembunyi.

• Pasukan bertahan pula akan cuba memerangkap dan jugamenembak pasukan yang menyerang.

• Pemain yang terkena tembakan dikira mati.

• Keadaan berbalas tembakan ini berterusan sehingga kesemuapemain dalam sesuatu pasukan terkena tembakan

• Tembakan hanya boleh dilakukan di bahagian badan.

• Sebarang tembakan di kepala dikira batal.

• Setelah selesai pusingan ini, kedua-dua pasukan akan bertukarperanan.

• Pasukan yang menyerang menjadi pasukan bertahan dan pasukanbertahan pula menjadi pasukan penyerang.

• Begitulah dilakukan sebanyak beberapa pusingan sehinggapermainan tamat.

• Cara mendapatkan mata ialah dengan mengira bilangan ahlipasukan yang tidak mati setelah sesuatu pusingan ditamatkan.

• Pasukan yang paling banyak mendapat mata dikira menang.

MASALAH PERMAINAN CAPLONG• Caplong yang diperbuat daripada buluh tidak tahan lama dan

mudah rosak.

• Cara pembuatan yang agak rumit dan memerlukan kepakarandalam menghasilkan permainan ini.

• Permukaan buluh yang licin dan akan memudaratkan pemain

• Cara penggunan alat permainan ini yang agak rumit.

• Penghasilan caplong yang mengambil masa yang lama untukdihasilkan.

• Kekurangan dan agak susah mencari buah cenerai untukdijadikan sebagai peluru.

• Buluh yang digunakan untuk penghasilan caplong seakin susahuntuk didapati.

PENYELESAIAN MASALAH

• Menukar bahan pembuatan caplong daripada buluh ke bahanyang lebih kuat seperti plastik, besi atau kayu.

• Pembuatan caplong akan lebih mudah dengan menggunakanteknologi pembuatan zaman sekarang contohnya dibuatdengan menggunakan mesin.

• Permukaan buluh yang licin akan ditukarkan kepada bahanyang lebih kasar seperti getah, kayu atau plastik.

• Akan dipermudahkan cara penggunaan tetapi tidak akan laridaripada konsep permainan yang asal.

• Penghasilan peluru bagi permainan ini akan ditukar kepadabahan yang mudah digunakan seperti plastik atau getah.

SEKIAN

TERIMA KASIH

top related