perkembangan sosio emosi

Post on 18-Jun-2015

6.410 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

PERKEMBANGAN SOSIO EMOSI(ROHANI,SOSIAL,EMOSI DAN

MORAL) PRENATAL & BAYI

DISEDIAKAN OLEHNUR AFIFA MOHD ZAID

NUR SYAFIQA MOHD ZAMANIFADHILA ALIHAN

UNTUK PERHATIAN;EN.ZAHARIM BIN TAWANG

DEFINISI SOSIO EMOSI

• Kamus Pelajar Edisi Pertama-sosial bermaksud segala hal yang berkaitan dengan masyarakat atau kemasyarakatan.

• Kamus Dewan Edisi Ketiga-sosial sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan.

• Perkembangan sosial pula adalah satu proses apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya.

emosi1. satu perasaan afektif yang dialami oleh seseorang

individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya.

2. ditakrifkan sebagai tindak balas atau kebangkitan yang ditonjol keluar sebagai rangsangan kepada perasaan emosi.

Sosioemosi dalam kalangan kanak-kanak ditakrifkan sebagai satu proses berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat

• Teori Erik Erikson pula menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-individu di persekitaran kanak-kanak.

• Menurut Erikson, personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini.

• Di dalam teori ini, Erikson memperkenalkan lapan peringkat perkembangan psikososial. Setiap peringkat saling berkait rapat antara satu sama lain.

BAYI

Emosi kesedaran kendiriemosi tercetus oleh sebab-sebab tertentu seperti

empati,cemburu,malu timbul pada usia sekitar 1 ½ tahun

Emosi utama6 bulan pertama;

Terkejut, gembira, marah, sedih, benci, berminat

MENANGIS• Bentuk komunikasi utama utk berhubung dgn persekitaran.• Kebanyakan ibubapa dapat kenalpasti jenis tangisan

bayi (lapar,sakit,lampin basah)• Behavioris John Watson-ibubapa yg selalu respon pd

bayi yg menangis seolah-olah meneguh perbuatan itu dan sebabkan mrk lebih kerap menangis.

• Mary Ainsworth –tekankan respon yg cepat dan tenangkan bayi akan membuat hbgn ibu bapa dan bayi lebih erat.

SENYUMAN2 jenis senyuman bayi a) Senyuman reflektifTingkah laku sendiri tanpa rangsangan luar-

senyum waktu tidurb)Senyuman bersosial• Tindakan dr rangsangan luar yg bermula

pada 2-3 bulan.• Tunjukkan rasa selamat,selesa dan

disayangi.

Peringkat-peringkat yang terlibat untuk kanak-kanak yang berusia 2 - 6 tahun ialah:• Autonomi lawan keraguan (1 hingga 3 tahun)1. Kanak-kanak akan cuba melakukan aktiviti fizikal

tanpa memerlukan bantuan orang dewasa contohnya ingin cuba makan dan minum dengan sendiri, membuang air, memakai kasut dan sebagainya.

2. Kanak-kanak yang diberi sokongan untuk meneroka perlakuan fizikal ini akan merasa mempunyai keyakinan diri atau autonomi manakala yang tidak diberi peluang akan merasa ragu-ragu kepada dirinya.

• Inisiatif lawan rasa berasa bersalah (4 hingga 6 tahun)

1. Kanak-kanak cuba berdikari dengan meneroka persekitaran dan kemahiran baru. Mereka suka bertanya dan mahu penjelasan untuk situasi yang berlaku.

2. Sokongan yang diberi akan menggalakkan inisiatif dalam diri kanak-kanak. Kanak-kanak yang tidak diberi peluang akan rasa bersalah kepada dirinya

RUJUKAN• Rafidah Kastawi(2008),Perkembangan

Kanak-kanak Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian 4 Tahun,Kumpulan Budiman Sdn.Bhd Kuala Lumpur.

• www.pdfqueen.com/teori-perkembangan-kohlberg/6/

top related