perkembangan sosio emosi

13
PERKEMBANGAN SOSIO EMOSI • KANAK-KANAK • AWAL REMAJA

Upload: vennella-sandah

Post on 14-Jun-2015

8.185 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perkembangan sosio emosi

PERKEMBANGAN SOSIO EMOSI

• KANAK-KANAK• AWAL REMAJA

Page 2: Perkembangan sosio emosi

TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

• Teori perkembangan Psikososial Erik Erikson• Teori ini menekankan kepentingan hubungan

sosial dengan individu-individu di persekitaran kanak-kanak. Menurut Erikson, personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini.

Page 3: Perkembangan sosio emosi

Perkembangan Sosioemosi Kanak

I. EmosiII. SosialIII. MoralIV. Rohani

Page 4: Perkembangan sosio emosi

Emosi

• Emosi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kanak-kanak. Ada perkara atau benda yang dialami seseorang mendatangkan rasa senang dan ada perkara yang tidak menyenangkan.

• Jenis emosi kanak-kanak :

Emosi Kesedaran

Kendiri

Bertindak Balas Kepada Emosi

Page 5: Perkembangan sosio emosi

Emosi Kesedaran Kendiri• Emosi kesedaran kendiri ini lebih kepada faktor persekitaran iaitu

aspek keluarga. Pada umur 2 tahun kanak-kanak mula menunjukkan emosi malu, bersalah, dengki dan bangga. Kanak-kanak mempunyai perasaan malu dan bersalah sekiranya ditegur oleh ibubapa atau penjaganya.

• Kanak-kanak pada peringkat prasekolah kerap mengalami emosi kesedaran diri dan menjadi semakin sensetif pada pujian dan kritikan orang lain. (Lewis,1995; Alessandri & Sullivan ,1992)..

Page 6: Perkembangan sosio emosi

Bertindak Balas Kepada Emosi

• Satu lagi emosi yang berkembang pada peringkat kanak-kanak adalah empati. Kanak-kanak yang bertindak dengan empati lebih suka berkongsi dan menolong apabila mereka melihat seseorang sedih (Eisenberg & Fabes,1998).

• Pada peringkat umur 7-9 tahun, kanak-kanak mula sedar akan perasaan orang lain. Ketika berumur 9 – 12 tahun, kanak-kanak menghadapi dilema kerana nilai-nilai dan norma-norma kumpulan rakan sebaya berbeza dengan nilai norma ibu bapa mereka.

Page 7: Perkembangan sosio emosi

PERINGKAT PERKEMBANGAN SOSIAL KANAK-KANAK MENGIKUTTEORI PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL ERIKSON

1. Aotunomi lawan Keraguan (1-3 Tahun)• Perkembangan kanak-kanak pada tahap ini tertumpu kepada

perkembangan fizikal. Sekirannya mereka berjaya dan menerima sokongan daripada orang sekeliling ia menimbulkan rasa percaya kepada keupayaan diri, namun sekiranya gagal mereka mula ragu-ragu terhadap keupayaan diri.

2. Inisiatif Lawan Rasa Bersalah (4-5 Tahun)• Kanak-kanak cuba untuk berdikari, ada inisiatif untuk melakukan sesuatu

sendiri, sekiranya gagal ia boleh menimbulkan rasa bersalah terhadap ibu bapa dan guru.

3. Rajin lawan rasa rendah diri (6-11)• Kanak-kanak perlu menguasai kemahiran-kemahiran tertentu di alam

persekolahan, kegagalan akan membawa rasa rendah diri dan tiada keyakinan untuk mencuba lagi.

Page 8: Perkembangan sosio emosi

Moral dan Rohani

• Antara teori-teori perkembangan moral ialah TEORI PIAGET yang diperkenalkan oleh Jean Piaget berdasarkan pemerhatian semulajadi terhadap kanak-kanak dan beliau telah membahagikan perkembangan moral kepada dua tahap iaitu :

• Tahap Pertama : Moraliti Heteronomus ( 6-10 tahun ) yang mana kanak-kanak mempercayai peraturan datang dari ibu bapa. Peraturan juga dianggap sebagai sesuatu yang tidak boleh diubah dan mereka perlu ikut peraturan tersebut tanpa membangkangnya.

• Tahap Kedua : Moraliti Autonomus @ Kerjasama ( 10-11 ke atas ). Tahap ini dicirikan dengan fleksibiliti moral. Kanak-kanak sudah mula kurang egosentik dan peraturan tidak dilihat sebagai sesuatu yang tidak boleh diubah. Menurut Piaget lagi, pergerakan dari satu tahap ke tahap lain bergantung kepada kematangan dari pengalaman sosial terutama sekali pengalaman menyelesaikan konflik yang berlaku sesama kawan-kawan.

Page 9: Perkembangan sosio emosi

Teori Perkembangan Remaja 13-15 tahun

• Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget • Remaja mencapai akil baligh- pecah suara,

pengeluaran sperma, kedatangan haid.• Perubahan tubuh badan.

Page 10: Perkembangan sosio emosi

Perkembangan dari segi Sosial • Perubahan besar yang dihadapi oleh kaum remaja ialah

perkembangan sosial iaitu mereka cenderung untuk berpisah daripada struktur kekeluargaan kerana menganggap kawan-kawan sebayanya adalah lebih penting.

• Kawan-kawanlah tempat seseong remaja itu berkongsi pandangan, cerita-cerita, bertukar-tukar fikiran serta pendapat. Kawan-kawan dapat memberi sesuatu yang bebas daripada segala bentuk larangan atau sekatan..

Page 11: Perkembangan sosio emosi

Moral Teori Perkembangan Moral Piaget

- 10 tahun ke atas- Peringkat moral Autonomus• Para remaja mula sedar bahawa peraturan dan undang-

undang dicipta oleh manusia dan bukan sesuatu yang mutlak.

• Mula menilai sesuatu tindakan berdasarkan niat dan kesan

• Boleh mempertimbangkan sesuatu yang betul atau salah berdasarkan peraturan yang diberi oleh ibu bapa mahupun peraturan di sekolah.

Page 12: Perkembangan sosio emosi

• Aspek lain dalam perkembangan moral ialah ‘rasa bersalah’ yang berubah daripada perasaan bersalah kanak-kanak dari segi ciri dan fokus. Remaja akan berasa bersalah jikalau tidak melakukan sesuatu atau apabila melakukan sesuatu yang salah.

• Para remaja akhirnya sedar bahawa peraturan sosial itu perlu demi mengawal tingkah laku manusia. Lama kelamaan remaja juga sedar bahawa peraturan sosial berperanan dalam menyelaraskan interaksi dengan orang lain.

Page 13: Perkembangan sosio emosi

Emosi • Perkembangan emosi awal remaja menunjukkan sifat sensitif, reaktif yang kuat,

emosinya bersifat negatif dan temperamental (mudah tersinggung, marah, sedih, dan murung). Remaja yang berkembang di lingkungan yang kurang kondusif, kematangan emosinya terganggu. Sehingga sering mengalami kesan negatif berupa tingkah laku contohnya, kebanyakkan remaja yang menghadapi masalah akan bunuh diri.

• 1) Agresif : melawan, keras kepala, berkelahi, suka menggangu dan lain-lainnya• 2) Lari dari kenyataan (regresif) : suka melamun, pendiam, senang menyendiri, minum

minuman keras, atau ubat terlarang (pil khayal)• Sedangkan remaja yang bijak mengawal perasaan dapat membantu kematangan emosi

remaja menjadi :1) Adekuasi (ketepatan emosi) : cinta, kasih sayang, simpati, altruis (senang

menolong), respek (sikap hormat dan menghormati orang lain), ramah, dan lain-lainnya

2) Mengendalikan emosi : tidak mudah tersinggung, tidak agresif, wajar, optimistik, menghadapi kegagalan secara sihat dan bijak