pengunaan bahasa dalam majalah hiburan
Post on 26-Jul-2015
328 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PENGGUNAAN BAHASA DALAM MAJALAH
Pengenalan
Mengikut Kamus Dewan ( 2007 ) majalah didefinisikan sebagai terbitan berkala yang
mengandungi makalah, fiksyen, gambar foto, dan lain-lain lagi. Majalah merupakan salah
satu media cetak untuk menyampaikan maklumat. Terdapat pelbagai jenis majalah yang
dijual di pasaran. Antaranya majalah ilmiah dan majalah hiburan. Majalah ilmiah adalah
seperti Dewan Masyarakat, Dewan Siswa dan sebagainya. Majalah ilmiah ini membicarakan
isu-isu semasa dunia tanah air.
Pada kebiasaannya, majalah ilmiah dikarang oleh pengarang-pengarang yang
umumnya autoritatif dalam bidang masing-masing. Manakala majalah hiburan pula adalah
seperti majalah URTV, MEDIA, Mangga dan sebagainya. Majalah hiburan membicarakan
tentang artis-artis dan aspek-aspek dalam bidang seni kreatif. Pengarang-pengarangnya
terdiri daripada golongan wartawan.
Terdapat pelbagai laras bahasa serta gaya bahasa yang digunakan oleh pengarang-
pengarang mengikut genre tersendiri sama ada majalah berunsur ilmiah atau hiburan. Ini
dapat dikesan melalui pembacaan dan pemahaman tentang aspek-aspek tatabahasa .
1
Objektif
Dewasa ini, banyak majalah yang ditulis dan diterbitkan dengan pelbagai genre yang
menggunakan laras bahasa yang kadang-kala tidak menepati kehendak dan laras bahasa
yang standard.
Tujuan tugasan ini dilaksanakan adalah untuk mengkaji dan memahami aspek
penggunaan laras bahasa dalam majalah yang bukan berunsurkan hiburan. Selain itu tujuan
utama tugasan ini adalah untuk cuba mengkaji bentuk-bentuk perkataan dan pengimbuhan
yang digunakan dan secara tidak langsung dapat melihat penggunaan dan penguasaan
serta pemahaman pengarang dalam bidang bahasa. Laras bahasa yang diberi perhatian
adalah dari segi aspek ejaan, pemilihan kata dan ayat serta laras atau gaya bahasa itu
sendiri.
Ini adalah penting untuk mengetahui sejauh mana aspek penggunaan laras bahasa
dalam sesebuah majalah digunakan dan dilaksanakan dengan tepat dan betul. Tugasan ini
juga bertujuan untuk mengetahui jenis laras bahasa yang digunakan serta memahami
kekuatan dan kelemahan sesebuah majalah. Untuk tugasan ini majalah yang dipilih adalah
majalah PANCING bilangan ke 154 edisi Ogos 2010. Selepas membuat pembacaan dan
penelitian beberapa buah majalah, majalah Pancing telah dipilih untuk dijadikan sebagai
bahan kajian dan rujukan untuk dibuat dikaji penggunaan laras bahasanya berdasarkan
rujukan Tatabahasa Dewan Bahasa Melayu.
2
Penggunaan bahasa dalam majalah
Mengikut Kamus Dewan ( 2007 ) bahasa ialah lambang bunyi suara yang dipakai
sebagai alat perhubungan dalam lingkungan kelompok manusia ( antara seseorang individu
dengan individu yang lain ). Bahasa merupakan alat perhubungan manusia dengan manusia,
manusia dengan haiwan, dan manusia dengan alam. Bahasa ini meliputi aspek lisan seperti
perbualan, tulisan. Selain itu gerak badan juga merupakan salah satu bahasa untuk
berhubung. Oleh itu setiap kejadian ini mempunyai bahasa yang tersendiri. Artikel ini akan
menghuraikan penggunaan bahasa berdasarkan eleman-eleman bahasa dan rumus bahasa
yang diperiksa terhadap majalah.
Elemen-eleman bahasa
Penggunaan bahasa merujuk kepada penggunaan stilistik bahasa ( gaya bahasa ) yang
meliputi elemen-elemen bahasa dan rumus bahasa. Elemen-elemen bahasa meliputi aspek
diksi ( pemilihan kata ). Penggunaan diksi ini merangkumi penggunaan leksikal iaitu
perkataan dengan makna seadanya atau perkataan yang membawa satu makna sahaja.
Terdapat juga penggunaan semantika dalam majalah hiburan. Semantika adalah kata yang
mempunyai banyak makna.
Perkataan-perkataan sebegini sememangnya terdapat dalam bahasa Melayu yang
mempunyai perkataan - perkataan yang kadang kala membawa maksud tertentu dan
berbeza-beza mengikut situasi dan konteks ayat serta maksud yang ingin disampaikan.
3
Penggunaan bahasa dan sudut morfologi
Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang
mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata yang dimaksudkan
susunan bunyi ujaran atau lambing ( tulisan ) yang menjadi unit bahasa yang bermakna.
Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada
proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses
menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan atau fungsi dengan anggota
lain dalam golongan yang sama. Morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji
struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu.
Unit – unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut MORFEM. MORFEM
ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau menjalankan tugas nahu.
Perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil juga, tetapi mengandungi makna yang lengkap
dan dapat berdiri sendiri dalam ayat. MORFEM boleh bersifat bebas atau terikat.
Morfem terikat dan morfem bebas
Morfem boleh bersifat bebas atau terikat. Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud
bersendirian. Sebaliknya morfem terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama
morfem-morfem lain. Sebagai contoh, perkataan sekolah dan laut ialah morfem bebas
tetapi imbuhan ber- dalam bersekolah dan –an dalam lautan ialah morfem - morfem terikat,
oleh sebab unit-unit itu tidak boleh wujud tanpa kata dasar. Daripada contoh-contoh tadi
4
jelas terdapat perbezaan antara morfem dengan perkataan. Perkataan ialah bentuk bebas,
yang bermakna dan dapat berdiri dengan sendiri, misalnya rumah, sekolah, ajar dan undi.
Perbezaan antara perkataan dengan morfem terletak pada sifat bebasnya. Sebagaimana
yang telah disebutkan tadi, ada morfem yang bebas dan terikat, tetapi semua perkataan
bersifat bebas dan mampu berdiri sendiri. Rumah , sekolah, ajar, undi, misalnya ialah
bentuk-bentuk yang bebas kerana masing-masing mempunyai maknanya secara tersendiri,
manakala –an dalam ajaran dan –peng dalam pengundi akan hanya mempunyai makna
dan fungsi apabila ditambah pada bentuk-bentuk bebas tertentu.
Jelas di sini bahawa perkataan-perkataan terdiri daripada morfem tetapi tidak semua
morfem itu perkataan. Kesimpulannya, proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa
ialah proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam
kebanyakan bahasa proses pembentukan perkataan melibatkan pengimbuhan.
Morfem terikat
“ Cerita pengembaraan kami ke Borneo ini semuanya bermula dengan angan-angan
sejak beberapa tahun yang lalu. Ketika itu saya baru mengenali geng KLC termasuklah
Matthew dan Peter yang berasal dari Sarawak. Matthew dari etnik Kelabit manakala
Peter dari etnik Iban, kedua-duanya telah menetap di Kuantan belasan tahun yang lalu
kerana bekerja dengan oil & gas company yang beroperasi di negeri Tok Gajah ini.”
(Dipetik daripada majalah Pancing edisi Ogos 2010 halaman 11).
5
Dalam petikan di atas dapatlah kita memahami dan mengkaji tentang morfem dan laras
bahasa yang digunakan. Sebagai contoh, hampir keseluruhan perkataan yang digunakan
adalah morfem terikat. Contohnya perkataan “pengembaraan” yang ditulis dalam ayat yang
pertama. Perkataan “pengembaraan” merupakan morfem terikat yang memiliki lima morfem
iaitu pe + ng + em + ba + ra + an yang pada asal kata dasarnya ialah kembara. Kata dasar
atau perkataan kembara dapat berdiri dengan sendiri dan mempunyai maknanya yang
tersendiri tetapi imbuhan peng- dan -an tidak akan mempunyai makna tanpa kata dasar
kembara. Ini kerana imbuhan peng- dan -an tidak dapat berdiri dengan sendirinya tanpa
disertakan kata dasar bersamanya.
Seterusnya perkataan “mengenali” juga merupakan morfem terikat. Ini jelas dapat
dilihat dengan hadirnya imbuhan meng- dan imbuhan –i. Perkataan mengenali ini juga
mempunyai lima morfem iaitu me + ng + e + na + li. Pada asalnya kata dasarnya ialah
kenal. Perkataan kenal tetap akan dapat berdiri dengan sendirinya tanpa kehadiran
imbuhan meng- dan -i dan mempunyai maknanya yang tersendiri. Tetapi sebaliknya bagi
imbuhan meng- dan –i yang memerlukan kata dasar untuk berfungsi sebagai perkataan
yang bermakna.
Dalam petikan di atas juga terdapat sedikit kesalahan dari aspek tatabahasa iaitu
penggunaan tanda baca yang tidak tepat. Sebagai contoh “oil & gas company” ditulis
dengan huruf kecil yang sepatutnya permulaan kata nama khas harus ditulis dengan huruf
besar seperti Oil & Gas Company. Andai pengarang hanya ingin menulis maksud umum
6
seharusnya penulis boleh memilih untuk ditulis dengan perkataan syarikat minyak dan gas
bukannya oil & gas company.
Morfem bebas
“ Setelah beberapa tahun ianya sepi dari perancangan akhirnya pada awal bulan April
yang lalu, Sabri menghubungi saya mengatakan Matthew telah mendapat tarikh yang
sesuai untuk projek pancingan sebarau kami. Tarikh kunjungan adalah pada minggu
pertama bulan Jun dan ketika itu berlangsungnya Pesta Gawai, jadi Matthew
mempunyai cuti yang agak panjang untuk menerima kunjungan kami ”.
( Petikan majalah Pancing edisi Ogos 2010 halaman 12 )
Dalam perenggan ini dapat dilihat terdapat beberapa perkataan yang merupakan morfem
bebas. Ini dapt dilihat melalui sifatnya yang mampu berdiri sendiri dan mempunyai makna
mengikut konteks penggunaan ayat. Sebagai contoh awal yang boleh dilihat adalah
perkataan tahun. Perkataan ini mampu berdiri sendiri dan mempunyai maknanya yang
tersendiri tanpa memerlukan imbuhan untuk melengkapkannya supaya mempunyai makna.
Seterusnya perkataan minggu dalam ayat yang kedua. Perkataan minggu juga
mempunyai makna tanpa disertai oleh imbuhan dan mampu berdiri dengan sendirinya.
Contoh lain morfem bebas yang boleh dipetik daripada petikan ayat di atas adalah seperti
lalu, awal, untuk, cuti dan panjang.
7
Dapat dilihat dalam setiap perkataan atau ayat terdapat morfem – morfem yang
memainkan peranannya tersendiri untuk memberi makna kepada perkataan dan ayat bagi
tujuan untuk menyampaikan maksud dengan tepat dan gramatis. Kehadiran morfem bebas
dan morfem terikat ini dapat memberi ketepatan maksud kepada ayat dalam setiap majalah
khususnya dan bidang penulisan amnya.
Penggunaan bahasa dari sudut sintaksis
Selepas bidang morfologi, bidang yang amat penting adalah sintaksis. Sintaksis dapat
ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau
konstruksi ayat. Kita juga dapat memahami bidang sintaksis sebagai bidang kajian tentang
hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan
perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Dalam
bidang sintaksis ini, antara bahagian yang penting adalah klausa, ayat tunggal dan ayat
majmuk.
Klausa
Klausa adalah unit yang merupakan rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan
predikat yang menjadi konstituen atau bahagian kepada ayat. Subjek dikatakan sebagai
sesuatu bentuk ayat iaitu konstituen, sama ada terdiri daripada satu perkataan atau
beberapa perkataan yang bersifat frasa nama dan menjadi judul atau unsur yang
diterangkan. Predikat pula ialah kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan
8
menjadi unsur yang menerangkan subjek. Dalam kebanyakan bahasa, termasuk bahasa
Melayu subjek setiap ayat adalah frasa nama.
“ Ahmad labuhkan set pancing beliau terlebih dahulu”.
(petikan ayat di halaman 84 majalah Pancing edisi Ogos 2010 )
Dapat ditakrifkan klausa di atas mempunyai subjek dan predikat yang lengkap untuk
bertindak sebagai ayat. “Ahmad” merupakan predikat manakala “labuhkan set
pancingnya terlebih dahulu” bertindak sebagai predikat.
Ayat tunggal
Ayat tunggal ialah ayat yang terbina daripada dua bahagian iaitu subjek dan predikat. Subjek
ialah bahagian diterangkan manakala predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan
subjek. Contohnya, “Ali menunggang basikal”. Sebagai contoh, ayat yang dipetik daripada
majalah Pancing edisi Ogos 2010 halaman 65 ini merupakan ayat tunggal. “ Tetapi tidak
berkekalan”. Tidak banyak ayat tunggal yang dapat dikesan dalam majalah ini kerana
kebanyakan ayat merupakan ayat majmuk.
9
Ayat majmuk
Ayat majmuk adalah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih,
dan percantuman ayat-ayat disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat
yang baharu. Contoh ayat majmuk adalah seperti “Ali menunggang basikal manakala siti
bermain layang-layang”. Ayat sebenarnya terdiri daripada dua ayat tunggal iaitu “Ali
menunggang basikal” dan “Siti bermain layang-layang”. Ayat ini dicantumkan dengan
meggunakan kata hubung iaitu manakala untuk menjadikannya ayat majmuk dan bertindak
sebagai satu ayat yang membawa dua maksud.
“Masalahnya sukar untuk kami menghubungi beliau kerana jadual kerjanya di
pelantar minyak memang “menakutkan” iaitu 45 hari berterusan di laut dan hanya 2
minggu bercuti”.
( petikan daripada majalah Pancing edisi Ogos 2010 halaman 12 )
“Masalahnya sukar untuk kami menghubungi beliau” merupakan ayat yang pertama dan
“Jadual kerjanya memang menakutkan iaitu 45 hari berterusan di laut dan hanya 2
minggu bercuti” adalah ayat yang kedua. Kedua-dua ayat ini dicantumkan menjadi ayat
majmuk dengan penggunaan kata hubung kerana.
Ayat majmuk seterusnya yang boleh dipetik adalah “ Sabri menghubungi Peter tetapi
masalahnya beliau juga tidak mengetahui tentang lokasi yang akan kami kunjungi
kerana dia juga pertama kali akan ke sana”.
10
Ayat majmuk di atas merupakan cantuman daripada 3 ayat tunggal yang dicantumkan
menjadi satu ayat. Ayat pertama adalah “Sabri menghubungi Peter”. Kedua adalah
“Masalahnya beliau juga tidak mengetahui tentang lokasi yang akan kami kunjungi”
dan ayat yang ketiga adalah “Dia juga pertama kali akan ke sana”. Semua ayat di atas
dicantumkan dengan menggunakan kata hubung tetapi dan kerana. Ayat pertama
dihubungkan dengan ayat yang kedua menggunakan kata hubung tetapi dan ayat kedua
dihubungkan dengan ayat yang ketiga dengan menggunakan kata hubung kerana.
Jelas di sini, ayat majmuk dapat terbentuk melalui cantuman dua ayat atau lebih.
Pada kebiasaannya ayat majmuk terbentuk dengan kehadiran kata hubung untuk
mencantumkan sesuatu ayat dengan ayat atau ayat-ayat yang lain.
11
Kesimpulan
Selepas membaca dan meneliti laras bahasa dari sudut morfologi iaitu morfem terikat dan
morfem bebas serta dri sudut sintaksis seperti klausa, ayat tunggal dan ayat majmuk, saya
dapati majalah ini mempunyai hasil penulisan yang baik dari sudut penggunaan bahasanya.
Hampir keseluruhan ayat adalah ayat majmuk yang mengaplikasikan penggunaan morfem
terikat dan morfem bebas serta klausa, ayat tunggal dan ayat majmuk dengan baik dan
berkesan. Ayat-ayat yang digunakan merupakan ayat yang gramatis yang diolah dengan
penggunaan perkataan-perkataan dan imbuhan yang tepat dan sesuai oleh pengarang dan
editor.
Sewaktu melaksanakan tugasan ini, saya telah mempelajari banyak pengetahuan
tentang aspek-aspek penggunaan bahasa dan tatabahasa dalam penulisan sesebuah
majalah serta sesuatu hasil penulisan. Saya juga dapat membuat penilaian tentang hasil
penulisan yang bermutu atau sebaliknya.
Selain itu, pelbagai genre dan gaya penulisan yang diamalkan oleh penulis majalah
dan setiap satunya berbeza antara satu sama lain mengikut bidang dan pengkhususan
penulisan majalah sama ada majalah berunsur hiburan atau majalah berunsur ilmiah.
12
Cadangan
Walaupun keseluruhan penulisan adakah baik, masih terdapat beberapa kesalahan
kecil yang dilakukan. Antaranya ialah penggunaan perkataan “ia”. Perkataan “ia” merupakan
kata ganti diri kedua yang sama maksud dengan “dia”. Dalam majalah Pancing ini terdapat
banyak perkataan ia yang digunakan dan tidak merujuk kepada penggunaan kata ganti diri.
Selain itu pengarang juga menggunakan perenggan dalam setiap rangkap –
rangkapnya. Adalah lebih baik jika pihak majalah Pancing dapat menyertakan maksud dalam
bahasa Melayu untuk istilah-istilah bahasa Inggeris yang digunakan. Ini dapat
menambahkan kosa kata dan pengetahuan bagi para pembaca di samping mengisi masa
dengan bacaan ringan melalui istilah-istilah baharu. Sebagai contoh istilah bahasa Inggeris
iaitu balcony yang dalam istilah bahasa Melayu bermaksud anjung. Adalah diharapkan
semoga majalah yang menjadi bacaan kepada kaki – kaki pancing ini dapat memberi
pengetahuan dan ilmu kepada para pembaca walaupun tidak bersifat ilmiah sepenuhnya
tetapi masih mempunyai info – info yang berguna dalam pendidikan dan pengetahuan
tentang alam semula jadi.
13
Bibliografi
Dewan Bahasa dan Pustaka (1996), Kamus Dewan Edisi Ketiga.Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Farid M. Onn (1979), Media Massa dan Masalah Pencemaran Bahasa Malaysia:
Dewan Bahasa
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2011),
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Nik Safiah Hj Karim (2003), Bahasa Kita Jilid 1 dan 2. Kuala Lumpur: K. Publishing Sdn. Bhd.
Yeo Kee Jiar dan Rohaini Kamsan (2000), Tatabahasa Bestari. Selangor:
Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.
14
15
16
17
18
19
top related