penggunaan ict dalam p & p - ppk3a

Post on 13-Apr-2016

247 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Penggunaan ICT Dalam P & P - PPK3auntuk kegunaan semua golongan

TRANSCRIPT

PenggunaanTeknologi Maklumat dan

Komunikasi (ICT)dalam

Pengajaran dan Pembelajaran

HJ RAHMAT CHOO ABDULLAH

Penggunaan TMK dalam P&P

Pengenalan

TMK Untuk Pembelajaran Tutorial

TMK Untuk Pembelajaran Penerokaan

TMK Sebagai Alat Aplikasi

TMK Sebagai Alat Pemudah Komunikasi

Klik pada judul untuk lihat Exit

Apa Maksud Penggunaan TMK Dalam P&P ?

menggunakan kemudahan dan perkakasan TMK secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk

meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P .

Penggunaan TMK dalam P&P ialah:

Exit

Apakah Manfaat TMK Dalam Pembelajaran?

berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran.

memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan.

meningkatkan motivasi murid.

membolehkan pembelajaran individu (individualise learning).

Exit

membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi

membolehkan murid mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperoleh

mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.

Apakah Manfaat TMK Dalam Pembelajaran?

Exit

• membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa

• meningkat daya kreativiti dan imaginasi murid.

• memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum

• meningkat kemahiran TMK.

Apakah Manfaat TMK Dalam Pembelajaran?

Exit

Syarat Untuk Memanfaatkan TMK Dalam P&P  Untuk memperoleh manfaat mengguna TMK dalam P&P perkara perkara berikut perlu diberi perhatian:

• Penggunaan TMK dalam P&P perlu dirancang dengan baik, bukan secara "bidan terjun" atau sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum.

• Penggunaan TMK bersesuaian dengan keperluan kurikulum dan menyokong pendekatan P&P

• Ada perkakasan dan perisian yang sesuai yang boleh digunakan dalam aktiviti pembelajaran

Exit

Guru tidak perlu menjadi pakar, cukup sekadar menguasai kemahiran asas TMK yang boleh diperolehi melalui aktiviti kelab komputer sekolah yang melaksanakan program Literasi Komputer Kementerian Pendidikan.

Perlukah Saya Menjadi Pakar Komputer Sebelum Boleh Menggunakannya Dalam P&P ?

Exit

Apakah Literasi Komputer?

• Minat terhadap komputer, penggunaan dan kegunaannya

• Boleh menggunakan perisian komputer

• Boleh berkomunikasi menggunakan komputer

Exit

Dalam konteks penggunaan TMK dalam P&P tiada satu cara pun boleh dikatakan sebagai terbaik dan mesti digunakan.

Pendekatan terbaik yang sebenarnya ialah apabila sesi penggunaan TMK itu * sesuai dengan keperluan murid, * dapat membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang munasabah.

Bagaimana Menggunakan TMK Dalam P&P ?

Exit

Penggunaan TMK dalam P&P dapat dilihat dan dua aspek,

* aspek pengajaran (guru mengguna TMK),

dan

* aspek pembelajaran (murid mengguna TMK).

Bagaimana Menggunakan TMK Dalam P&P ?

Exit

o Tutorial,

o Penerokaan (eksploratori),

o Aplikasi, dan

o Komunikasi.

Dalam konteks pembelajaran, penggunaan TMK dalam P&P boleh dikategori sebagai :

Dalam konteks pengajaran pula, TMK boleh diguna sebagai alat persembahan dan alat demonstrasi.

TMK Untuk Pembelajaran

Tutorial

Exit

Apabila TMK diguna untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan.

Apa maksud TMK untuk Pembelajaran Tutorial ?

Pembelajaran tutorial ini merangkumi :

• pembelajaran ekspositori,

• demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan

dan dikawal urutan, babaknya oleh sistem, dan

• latihan atau latihtubi yang disampai dan dikawal

oleh sistem.

Exit

Perkakasan TMK yang selalu diguna untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisian pendidikan (CourseWare) sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM, harddisk ataupun laman web intranet.

Bagaimana TMK Diguna Untuk Pembelajaran Tutorial?

Exit

lstilah Computer Assisted Instruction (CAl) digunakan untuk menggambarkan penggunaan komputer dalam P&P.

Istilah Intelligent Computer Assisted Instruction (ICAI) atau Intelligent Tutoring System (ITS) pula digunakan bersama.

Bagaimana TMK Diguna Untuk Pembelajaran Tutorial?

Exit

Ciri Pembelajaran Tutorial ini melahirkan pelbagai perisian pendidikan yang berupaya menyesuai maklumat yang disampai dengan kemampuan dan keperluan murid.

Perisian kursus yang ada pada hari ini kebanyakannya berbentuk multimedia.

Bagaimana TMK Diguna Untuk Pembelajaran Tutorial?

Exit

Secara umumnya, setiap perisian pendidikan perlu mengandungi satu atau lebih daripada komponen berikut::

mempersembahkan maklumat,

membimbing,

menyediakan / memberi latihan, dan

menilai pencapaian pengguna

Bagaimana TMK Diguna Untuk Pembelajaran Tutorial?

Exit

“Sebahagian besar perisian pendidikan yang diguna dalam pembelajaran tutorial direka bentuk berdasar kepada model tradisional P&P, model transmisi, yang melihat guru sebagai penyampai maklumat utama dan murid sebagai penerima.

Perisian pendidikan seperti ini lebih mudah diadaptasi oleh guru.” (Clack dan Sun, 1996).

Bagaimana TMK Diguna Untuk Pembelajaran Tutorial?

Exit

Bagaimanapun, guru harus berhati-hati dalam melaksanakan pendekatan ini. Kesilapan dalam memberikan pertimbangan boleh:

mengakibat pembaziran masa dan tenaga. menghalang penggunaan kemudahan TMK yang

lebih produktif. menjurus ke arah penyalahgunaan kemudahan

TMK. mengakibatkan lebih banyak masa diperlukan

oleh murid untuk belajar sesuatu bidang ilmu.

Bagaimana TMK Diguna Untuk Pembelajaran Tutorial?

Exit

Sebelum guru mengguna pendekatan ini, perkara-perkara berikut perlu diberi pertimbangan:

• Ada perisian pendidikan yang sesuai. Untuk tujuan ini, guru perlu terlebih dahulu menilai setiap perisian pendidikan yang hendak diguna oleh murid.

• Ada peralatan TMK yang sesuai untuk melaksana perisian.

• Ada kemahiran mengendali peralatan TMK.

• Ada keperluan untuk mengguna TMK (penggunaan TMK dapat membantu murid memahami dan menguasai pengetahuan yang dikehendaki).

Bagaimana TMK Diguna Untuk Pembelajaran Tutorial?

Exit

Perancangan ini perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:

• Lokasi peralatan TMK (dalam kelas atau di luar kelas).

• Penggunaan secara berkumpulan atau individu.

• Penggunaan di dalam atau di luar waktu persekolahan.

Bagaimana TMK Diguna Untuk Pembelajaran Tutorial?

Setelah pasti benar-benar wujud keperluan, guru hendaklah merancang penggunaan TMK, bukan dibuat secara bidan terjun.

Exit

* Kelas yang mengandung kemampuan belajar yang

berbeza. Dalam situasi ini, guru boleh memberi tumpuan kepada sebahagian murid sementara sebahagian yang lain mengguna komputer.

Situasi Yang Sesuai Untuk Guna Pendekatan ini ?

Penggunaan TMK untuk pembelajaran tutorial sesuai digunakan dalam situasi berikut:

* Guru terpaksa bertugas di luar dan kelas diselia oleh guru ganti. Dalam situasi ini, guru tersebut boleh merancang pembelajaran mengguna komputer.

Exit

Situasi Yang Sesuai Untuk Guna Pendekatan ini ?

• Terdapat murid yang sukar mengikuti pengajaran guru. Dalam situasi ini, guru boleh menggunakan perisian pendidikan khusus untuk pemulihan.

Penggunaan TMK untuk pembelajaran tutorial sesuai digunakan dalam situasi berikut:

• Terdapat murid cerdik yang memerlukan aktiviti pengayaan. Dalam situasi ini, perisian pendidikan yang mencabar minda boleh diberikan kepada mereka.

Exit

Dapat mengindividukan pembelajaran

Apa Kelebihan Mengguna TMK?

Murid belajar mengikut kemampuan sendiri.

Meningkatkan motivasi murid untuk belajar.

Murid boleh belajar tanpa penyeliaan atau dengan penyeliaan guru yang minimum.

TMK Untuk Pembelajaran

Penerokaan (Exploratory)

Exit

Apabila TMK digunakan untuk :

TMK Untuk Pembelajaran Penerokaan

mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, portal maklumat dan sebagainya.mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi.melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid.

Exit

Dalam pembelajaran penerokaan, murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui TMK.

Ini berbeza dengan pembelajaran tutorial di mana murid hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem.

TMK Untuk Pembelajaran Penerokaan

Exit

Pendekatan ini serasi dan menyokong pendekatan constructivism, iaitu teori pembelajaran yang memberi penekanan kepada .

Bagaimana TMK Diguna Untuk Pembelajaran Penerokaan ?

Exit

• pemikiran kritis,• penyelesaian masalah• pengalaman pembelajaran yang autentik, dan• pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial

Situasi Apakah Yang Sesuai Untuk Guna Pendekatan ini?

TMK sesuai digunakan dalam situasi:

pembelajaran yang berbentuk inkuiri penemuan.

pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar.

aktiviti yang berkaitan kajian masa depan.

aktiviti pembelajaran yang berbentuk simulasi.

Exit

Apakah Kelebihan Mengguna TMK Untuk Pembelajaran Penerokaan?

Memberi peluang kepada murid untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing.

Mendorong murid terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran.

Memberi peluang kepada murid untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas.

Memberi peluang kepada guru menerapkan teori pembelajaran moden seperti constructivism, multiple intelligence dan lain-lain.

Exit

TMK Sebagai Alat

Aplikasi

Exit

Apakah Maksud TMK Sebagai Alat Aplikasi?

TMK dikatakan diguna sebagai alat aplikasi apabila membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran

Contohnya penggunaan perisian aplikasi pemproses kata di mana murid dapat hasilkan karangan pendek.

Perisian aplikasi khusus seperti editor grafik, Computer Aided Design (CAD) dan lain-lain, juga termasuk dalam kategori alat aplikasi yang boleh digunakan untuk membantu murid melaksanakan aktiviti pembelajaran.

Exit

Apa Kelebihan Mengguna TMK Sebagai Alat Aplikasi?

Murid boleh memberikan tumpuan kepada melakukan aktiviti pembelajaran yang autentik.

Guru boleh mengemuka masalah yang lebih mencabar minda murid.

Murid dapat meningkat kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran.

Exit

TMK Sebagai Alat

Pemudah Komunikasi

Exit

TMK dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila diguna untuk memboleh murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk.

Kemajuan TMK membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti:

Apa Maksud TMK Sebagai Alat Pemudah Komunikasi?

teks, grafik, audio,video, atau kombinasi pelbagai mod.

Exit

Bagaimana Guna TMK Sebagai Alat Komunikasi Dalam P&P ?

Empat teknik untuk komunikasi melalui TMK, iaitu:

Teknik Seorang - Sendirian,

Teknik Seorang kepada Seorang,

Teknik Seorang kepada Ramai, dan

Teknik Ramai kepada Ramai.

Exit

Apa Kelebihan Guna TMK Sebagai Alat Pemudah Komunikasi?

Boleh melaksana pembelajaran kolaboratif.

Tingkatkan penglibatan murid dalam proses pembelajaran melalui “peer group” yang bersifat global.

Boleh melibat pakar dari dalam dan luar negara dalam proses pembelajaran.

Exit

top related