pengertian dan ciri,whang ho
Post on 18-Jan-2016
63 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
PENGERTIAN DAN CIRI-CIRI TAMADUN
TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014 TEMA 7 (Bab 1 Tingkatan 4)
MAKSUD DAN CIRI TAMADUN
SKOP KAJIAN Pengertian tamadun dari segi bahasa dan pandangan sarjana Pusat tamadun awal dunia Ciri-ciri tamadun awal manusia Sumbangan tamadun awal manusia
SOALAN CONTOH
Soalan Struktur
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan tamadun dari sudut pandangan sarjana berikut :(i) Sarjana Barat(ii) Sarjana Islam
[2 markah]
(b) Berikan dua buah tamadun awal dunia yang muncul di kawasan lembah sungai.[2 markah]
(c) Pada pandangan anda, mengapakah masyarakat dalam tamadun awal membina tamadun mereka di kawasan lembah sungai ?[2 markah]
(d) Nyatakan ciri tamadun awal dunia.[2 markah]
(e) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah sumbangan tamadun awal kepada peradaban manusia pada masa kini ?[2 markah]
Soalan Esei
(a) Apakah maksud tamadun ? [4 markah]
(b) Huraikan ciri tamadun awal dunia. [10 markah]
(c) Apakah sikap yang perlu kita contohi daripada masyarakat dalam tamadun awal untuk membolehkan kita membina sebuah tamadun yang unggul ?
[6 markah]
NOTA
1
PENGERTIAN TAMADUN
Maksud Tamadun Berasal daripada bahasa Arab – mudun, madain dan madana Bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar Dalam bahasa Inggeris disebut civilization Berasal daripada perkataan Greek – civitas Bermaksud bandar Bermaksud peradaban Sarjana Barat – tamadun ialah pembangunan lahiriah Kemajuan dalam aspek ekonomi, pembandaran, perundangan, kebudayaan dll Tamadun tiada kaitan dengan unsur rohaniah Sarjana Islam – tamadun ialah pembangunan lahiriah dan rohaniah Kemajuan dalam bidang fizikal dan sahsiah Mesti seimbang antara kemajuan lahiriah dan rohaniah
Jawapan
Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab iaitu mudun, madain dan madana. Perkataan tersebut bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Dalam bahasa Inggeris, tamadun disebut sebagai civilization. Perkataan civilization berasal daripada perkataan Greek iaitu civitas. Perkataan civitas bermaksud bandar.
Dari segi konsep, tamadun membawa maksud peradaban, pembangunan atau kemajuan. Menurut pandangan sarjana Barat, tamadun bermaksud pembangunan dalam bidang lahiriah iaitu kemajuan manusia dalam aspek yang berkaitan dengan ekonomi, pembandaran, kebudayaan, undang-undang dan sebagainya. Menurut mereka, tamadun tidak ada kaitan dengan unsur rohaniah. Menurut sarjana Islam pula, tamadun bermaksud pembangunan dalam aspek lahiriah dan rohaniah iaitu kemajuan dalam bidang fizikal dan sahsiah manusia. Menurut mereka, tamadun mestilah wujud keseimbangan antara kemajuan lahiriah dan rohaniah.
PUSAT TAMADUN AWAL DUNIA
Pusat Tamadun Awal Dunia Tamadun Mesopotamia – di lembah sungai Tigris dan Euphrates Tamadun Mesir Purba – di lembah sungai Nil Tamadun Indus – di lembah sungai Indus Tamadun Hwang Ho – di lembah sungai Hwang Ho
CIRI TAMADUN AWAL DUNIA
Ciri Tamadun Awal Dunia Mempunyai petempatan kekal
Penduduk nomad menetap di lembah sungaiLembah sungai dipilih kerana dapat menjamin kelangsungan bekalan makananContohnya di lembah sungai Tigris dan Euphrates, di lembah sungai Nil, di lembah sungai Indus dan di lembah sungai Hwang Ho.
Mempunyai organisasi sosialTerjadi disebabkan penduduk bertambah ramaiMasyarakat mempunyai susun lapisTerdapat dua lapisan masyarakat iaitu lapisan atasan dan bawahanLapisan atasan terdiri daripada raja dan bangsawanLapisan bawahan terdiri daripada rakyat dan hamba
2
Mempunyai sistem pemerintahanDiperintah oleh rajaRaja berkuasa mutlakRaja berkuasa di peringkat pusatDibantu oleh bangsawan dan pendetaBangsawan menjadi pentadbir wilayahPendeta menjalankan urusan keagamaanMewujudkan undang-undang untuk melicinkan pentadbiran
Mempunyai pengkhususan pekerjaanBerlaku kerana terdapat pelbagai keperluanContoh – petani, artisan, tentera, tukang dll.
Mempunyai agama dan kepercayaanMempercayai animisme – unsur alam dikawal oleh semangatSemangat boleh mendatangkan kebaikan dan keburukanContohnya memuja bukit-bukau, laut, gunung dsb.Mempercayai politeisme – banyak tuhanContohnya tuhan bukit, tuhan syurga, tuhan matahari dll.
Mempunyai bahasa dan tulisanBahasa digunakan untuk berhubung dengan masyarakat luarTulisan digunakan untuk merekodkan pelbagai urusanContoh tulisan ialah hieroglif, cuneiform, ideogram dan piktograf
Jawapan
Ciri tamadun awal dunia ialah mempunyai petempatan kekal. Penduduk nomad mula hidup menetap di kawasan lembah sungai yang subur. Mereka membina petempatan kekal di situ supaya dapat menjamin kelangsungan bekalan makanan. Mereka menjalankan aktiviti bercucuk tamam. Kawasan lembah sungai yang menjadi pusat petempatan kekal ialah di lembah sungai Tigris dan Euphrates, di lembah sungai Nil, lembah Indus serta lembah Hwang Ho.
Ciri yang kedua ialah mempunyai sistem organisasi sosial. Lebihan bekalan makanan menyebabkan berlakunya pertambahan penduduk. Pertambahan penduduk menyebabkan wujudnya susun lapis dalam masyarakat. Masyarakat tamadun awal mempunyai dua susun lapis utama iaitu lapisan atasan dan lapisan bawahan. Lapisan terdiri daripada raja dan bangsawan. Lapisan bawahan pula terdiri daripada golongan rakyat dan hamba.
Ciri yang ketiga ialah mempunyai sistem pemerintahan. Sistem pemerintahan diterajui oleh raja. Raja mempunyai kuasa mutlak. Raja berkuasa di peringkat pusat. Raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pendeta. Bangsawan dilantik menjadi pentadbir wilayah. Pendeta diberi kuasa menjalankan urusan keagamaan. Undang-undang diwujudkan untuk melicinkan pentadbiran.
Ciri yang keempat ialah mempynyai pengkhususan pekerjaan. Penduduk yang ramai menyebabkan wujudnya pelbagai keperluan. Ada yang memerlukan tukang untuk membina tempat tinggal dan ada yang memerlukan artisan untuk menghasilkan barang keperluan dan perhiasan. Oleh itu, wujudlah pelbagai jenis pekerjaan seperti petani, tukang, artisan, tentera dan sebagainya.
Ciri yang kelima ialah mempunyai agama dan kepercayaan. Masyarakat dalam tamadun awal mempercayai animisme. Mereka mempercayai bahawa setiap unsur alam dikawal oleh semangat. Semangat tersebut boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan kepada manusia. Oleh itu, mereka memuja semangat supaya memberikan kebaikan kepada mereka. Masyarakat tamadun awal juga mempercayai politeisme iaitu mempercayai wujudnya banyak tuhan. Mereka mempercayai tuhan bulan, tuhan matahari, tuhan ibu, tuhan sungai dan sebagainya.
Ciri yang keenam ialah mempunyai bahasa dan tulisan. Bahasa digunakan untuk berhubung dengan masyarakat luar. Tulisan digunakan untuk merekodkan pelbagai urusan seperti mencatat doa, menulis surat kredit, menulis undang-undang dan lain-lain. Contoh tulisan tamadun awal ialah hieroglif, cuneiform, ideogram dan piktograf.
3
SEBAB TAMADUN AWAL DUNIA BERTUMPU DI LEMBAH SUNGAI
Membina petempatan kekal di lembah sungai kerana ..... Tanah subur Sesuai bercucuk tanam Menjamin kelangsungan bekalan makanan Tanah pamah yang luas Sesuai membina tempat tinggal Bekalan air untuk kegunaan harian Bekalan air untuk pengairan Bekalan sumber protin Laluan perhubungan dan pengangkutan Mana-mana jawapan munasabah
Jawapan
Masyarakat tamadun awal membina petempatan kekal di kawasan lembah sungai kerana tanah subur sesuai untuk bercucuk tanam dan dapat menjamin kelangsungan bekalan makanan. Selain itu, masyarakat tamadun awal membina petempatan kekal di lembah sungai kerana terdapat tanah pamah yang luas sesuai untuk membina tempat tinggal. Sebab yang lain ialah sungai dapat membekalkan sumber air untuk kegunaan harian dan sumber pengairan. Seterusnya sungai juga membekalkan sumber protin serta menjadi laluan untuk perhubungan dan pengangkutan.
SUMBANGAN TAMADUN AWAL DUNIA
Sumbangan Tamadun Awal Dunia
Tamadun Mesopotamia Pembinaan negara kota Penciptaan dan penggunaan roda Penciptaan layar dan kapal layar Pengenalan Kod Undang-Undang Hammrurabi Mengkatalogkan ubat-ubatan dan cara penggunaannya
Tamadun Mesir Purba Pengenalan sistem pemerintahan bercorak teokrasi Menebusguna padang pasir menjadi kawasan pertanian Perkembangan dalam ilmu matematik dan astronomi Pengenalan kaedah pengawalan banjir Penciptaan kalendar Pengenalan teknik pembedahan Penciptaan teknik memumiakan mayat
Tamadun Indus Pengenalan bandar terancang Penciptaan batu-bata daripada tanah liat melalui pembakaran Perubahan sikap mengambil unsur baik daripada tamadun lain Kebijaksanaan menggunakan persekitaran untuk membina tamadun
Tamadun Hwang Ho Pengenalan sistem pemerintahan berasaskan dinasti Penciptaan alat-alat pertanian Penggunaan teknologi baru dalam pertanian Penciptaan terusan Pengenalan kaedah dan strategi peperangan
4
Rangka Jawapan
Sumbangan tamadun Mesopotamia kepada peradaban manusia pada hari ini ialah pembinaan negara kota, penciptaan roda serta penggunaannya dan penciptaan layar kapal. Selain itu, sumbangan tamadun Mesopotamia juga ialah pengenalan Kod Undang-Undang Hammrurabi dan teknik mengkatalogkan ubat-ubatan serta cara-cara penggunaannya.
Sumbangan tamadun Mesir Purba kepada peradaban manusia pada hari ini ialah pengenalan sistem pemerintahan bercorak teokrasi, Menebusguna padang pasir menjadi kawasan pertanian serta mengembangkan ilmu matematik dan astronomi. Selain itu, sumbangan tamadun Mesir Purba juga ialah memperkenalkan kaedah mengawal banjir, mencipta kalendar, memperkenalkan teknik pembedahan dan mencipta kaedah memumiakan mayat.
Sumbangan tamadun indus kepada peradaban manusia pada hari ini ialah memperkenalkan kaedah membina bandar terancang serta mencipta batu-bata daripada tanah liat dengan menggunakan suhu yang tinggi. Selain itu, sumbangan tamadun Indus juga ialah mengajar agar bersikap mengambil unsur baik daripada tamadun lain dan bertindak bijak menggunakan persekitaran untuk membina tamadun.
TAMADUN HWANG HO
TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014 TEMA 7 (Bab 1 Tingkatan 4)
TAMADUN HWANG HO
SOALAN STRUKTUR (Modul 1)
(a) Apakah ciri bandar dalam Tamadun Hwang Ho.
Terletak di kawasan tanah tinggi Terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran
Didiami oleh raja, golongan pembesar dan golongan agama Dilengkapi tembok menghalang pencerobohan musuh Dikelilingi oleh perkampungan petani
[2 markah]
(b) Berikan dua golongan bawahan yang terdapat dalam susun lapis masyarakat Hwang Ho.
Petani, Artisan Pedagang Hamba
[2 markah]
(c) Jelaskan sistem kepercayaan yang menjadi amalan dalam masyarakat Hwang Ho.
Mempercayai kuasa raja adalah mandat tuhan. Mempercayai animisme Menyembah sungai, bukit dan gunung.
5
Mengamalkan politeisme. Menyembah tuhan syurga (shang-ti), Dewa Syurga (Tien) dan tuhan bumi (Tu). Memuja roh nenek moyang. Mempercayai ramalan. Mempercayai konsep Yin dan Yang. Mempercayai konsep Feng Hsui.
[2 markah]
(d) Nyatakan kepentingan penggunaan kalendar dalam kehidupan harian masyarakat Hwang Ho.
Menentukan bilangan hari dalam setahun Meramalkan cuaca
Menetapkan tarikh perkahwinan Memulakan aktiviti bercucuk tanam Menjalankan aktiviti harian Memulakan pelayaran Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]
(e) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah sumbangan Tamadun Hwang Ho kepada peradaban manusia pada hari ini.
Memperkenalkan sistem pemerintahan monarki. Mengamalkan pemerintahan berasaskan putaran dinasti Pembinaan terusan untuk tujuan pertanian dan mengelakkan banjir. Membajak tanah pertanian. Menggunakan peralatan cangkul dan sabit untuk pertanian. Menggunakan batas untuk tujuan penanaman.
Memperkenalkan sistem tulisan ideogram. Mengamalkan pemujaan roh nenek moyang Mengamalkan konsep Yin dan Yang Mengamalkan konsep Feng Hsui Memperkenalkan Sistem kalendar 12 bulan dan 360 hari setahun. Mengamalkan penggunaan kalendar untuk menjalani aktiviti harian. Memperkenalkan Falsafah perang Sun Tzu.
[2 markah]
6
TAMADUN HWANG HO
SOALAN STRUKTUR (Modul 2)
(a) Apakah keistimewaan bandar Anyang ?
Terletak di kawasan tanah tinggi Terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran
Didiami oleh raja, golongan pembesar dan golongan agama Dilengkapi tembok menghalang pencerobohan musuh Dikelilingi oleh perkampungan petani
[2 markah]
(b) Bagaimanakah sistem pemerintahan beraja diamalkan dalam Dinasti Shang ?
Pengganti raja adalah saudara lelaki atau anak lelaki raja. Raja berkuasa dalam politik, ekonomi, sosial dan agama. Raja berkuasa secara langsung di kawasan pusat pentadbiran. Kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan. Raja tidak perlu mendapatkan pengesahan politik. Raja dibantu oleh bangsawan dan pegawai kerajaan. Golongan bangsawan mentadbir wilayah. Bangsawan boleh wujudkan sistem pentadbirannya sendiri. Bangsawan dibenarkan memungut cukai, menguatkan pertahanan dan melaksanakan undang-undang sendiri.
[2 markah]
(c) Nyatakan amalan agama dan kepercayaan yang terdapat dalam masyarakat Shang.
Mempercayai kuasa raja adalah mandat tuhan. Mempercayai animisme Menyembah sungai, bukit dan gunung. Mengamalkan politeisme. Menyembah tuhan syurga (shang-ti), Dewa Syurga (Tien) dan tuhan bumi (Tu). Memuja roh nenek moyang. Mempercayai ramalan. Mempercayai konsep Yin dan Yang. Mempercayai konsep Feng Hsui.
[2 markah]
(d) Kegemilangan tamadun Hwang Ho banyak bergantung kepada kemajuan masyarakat Dinasti Shang dalam bidang pertanian? Nyatakan kemajuan tersebut.
Penggunaan sistem pengairan dalam pertanian. Pembinaan terusan untuk pengairan dan mengelakkan banjir. Teknologi pembajakan. Penciptaan cangkul. Penciptaan sabit. Penggunaan batas untuk penanaman. Penggunaan peralatan besi mengganti peralatan daripada kayu.
[2 markah]
7
(e) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah peranan petempatan kekal terhadap pembinaan tamadun di lembah Hwang Ho ?
Membolehkan masyarakat menjalankan kegiatan pertanian Menyebabkan berlakunya kemajuan dalam pertanian Menjalin bekalan makanan mencukupi Menyebabkan berlakunya pertambahan penduduk Menyebabkan wujudnya pengkhususan pekerjaan Menyebabkan wujudnya kegiatan perdagangan Menyebabkan wujudnya susun lapis masyarakat Mwujudkan sistem pemerintahan dan pentadbiran Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]
PENINGKATAN TAMADUN MANUSIA (Sistem Pemerintahan)
TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014 TEMA 7 (Bab 2 Tingkatan 4)
Tahun 2008 adalah tahun terkini yang memberi fokus kepada Bab 2 Tingkatan 4. Tajuk SISTEM PEMERINTAHAN pernah diuji kepada calon dalam peperiksaan Sejarah Kertas 2 untuk item Struktur.
PENINGKATAN TAMADUN
(SISTEM PEMERINTAHAN)
SKOP KAJIAN
Latar Belakang kemunculan dan Ciri Sistem Demokrasi di Yunani Perbandingan Demokrasi Yunani Dengan Demokrasi di Malaysia Kepentingan Sistem Demokrasi Perkembangandan Ciri Sistem Republik di Rom Ciri pemerintahan Sistem Beraja Mutlak di India Pelaksanaan Sisem Pemerintahan Bercorak Birokrasi di China
SOALAN STRUKTUR
Jadual di bawah menunjukkan bentuk pemerintahan pada zaman peningkatan tamadun manusia.
Tamadun Bentuk Pemerintahan
Yunani Sistem Demokrasi
8
Rom Sistem Republik
India Sistem Beraja Mutlak
China Sistem Birokrasi
(a) Nyatakan ciri sistem demokrasi di Athens. [2 markah]
(b) Jelas peranan Dewan Perhimpunan dan Dewan Senat dalam sistem pemerintahan republik di Rom.
(i) Dewan Perhimpunan[1 markah]
(ii) Dewan Senat [1 markah]
(c) Julius Caesar telah mengubah sistem republik di Rom kepada sistem beraja. Sebutkan perubahan yang dilakukan oleh beliau.
[2 markah]
(d) Bagaimanakah sistem pemerintahan beraja mutlak dilaksanakan dalam tamadun India ? [2 markah]
(e) Jelaskan sistem birokrasi awam dilaksanakan pada zaman Dinasti Chin di China. [2 markah]
JAWAPAN
(a) Nyatakan ciri sistem demokrasi di Athens.
Mempunyai Dewan Perhimpunan dan Majlis. Dewan Perhimpunan dianggotai oleh semua warganegara lelaki yang dewasa. Tempoh menjadi ahli Dewan Perhimpunan ialah antara enam bulan hingga setahun. Dewan Perhimpunan bersidang tiga kali sebulan. Dewan Perhimpunan bertanggungjawab mencadangkan dasar kerajaan. Keputusan Dewan Perhimpunan dihantar kepada Majlis untuk dibincangkan. Dewan Perhimpunan melantik ahli Majlis, Majistret dan Juri. Dewan Perhimpunan boleh memecat ahli Majlis, Majistret dan Juri.
[2 markah]
(b) Jelas peranan Dewan Perhimpunan dan Dewan Senat dalam sistem pemerintahan republik di Rom.
(i) Dewan Perhimpunan
Melantik Konsul Membantu Konsul menjalankan pentadbiran negara. membincangkan hal-hal pentadbiran negara. Merangka perundangan negara.
[1 markah]
(ii) Dewan Senat
Menerima keputusan yang dibuat oleh Dewan Senat. Membincangkan semula apa yang telah diluluskan oleh Dewan Senat. Meluluskan keputusan Dewan Senat.
[1 markah]
9
(c) Julius Caesar telah mengubah sistem republik di Rom kepada sistem beraja. Sebutkan perubahan yang dilakukan oleh beliau.
Menjalankan pemerintahan bercorak empayar Membentuk pemerintahan berpusat Menyatukan wilayah kecil yang ditaklukinya Menamatkan pemerintahan republik Menguasai angkatan tentera dan Senat Mengisytiharkan dirinya diktator dan memakai gelaran Maharaja
[2 markah]
(d) Bagaimanakah sistem pemerintahan beraja mutlak dilaksanakan dalam tamadun India ?
Raja mempunyai kuasa mutlak Raja menjadi ketua pemerintah Raja mengetuai pentadbiran Raja menjadi ketua agama Kedudukan raja diperkukuhkan dengan upacara ritual Raja dianggap suci Golongan Brahmin merupakan penasihat Golongan Ksyatria menjadi pegawai tertinggi
[2 markah]
(e) Jelaskan sistem birokrasi awam dilaksanakan pada zaman Dinasti Chin di China.
Pegawai pentadbiran awam dilantik oleh maharaja Pegawai dilantik daripada kalangan rakyat Perlantikan dibuat oleh jawatankuasa perkhidmatan awam Perlantikan pegawai berasaskan pencapaian dalam peperiksaan awam
[2 markah]
PENINGKATAN TAMADUN
(SISTEM PEMERINTAHAN)
SOALAN ESEI
Sistem demokrasi Yunani dan sistem republik Rom adalah dua bentuk pemerintahan yang diamalkan oleh kebanyakan negara demokrasi pada hari ini.
JAWAPAN
(a) Terangkan perkembangan sistem pemerintahan di Athens sehingga munculnya sistem demokrasi.
Pada mulanya Athens mengamalkan pemerintahan berajaRaja menjadi ketua hakim, ketua tentera dan ketua agama.
Raja dibantu oleh konsul dalam pentadbiran.
Pemerintahan beraja bertukar menjadi pemerintahan oligarkiKuasa dan peranan raja dibolot oleh Konsul.Raja mempunyai kuasa yang terhad.Pemerintahan dijalankan oleh konsul.
10
Pemerintahan oligarki bertukar kepada pemerintahan aristokrasiDaripada golongan konsul lahirnya golongan aristokrat yang kuat.Mereka memiliki kuasa yang besar.Mereka menguasai pentadbiran.
Pemerintahan aristokrasi digantikan dengan pemerintahan diktator / tiraniRakyat yang dipimpin oleh tentera menggulingkan golongan aristokrasi.Pemimpin diktator memerintah secara kuku besi.
Pemerintahan diktator ditukar kepada pemerintahan demokrasiGolongan aristokrat kembali menggulingkan pemerintahan diktator Pemerintahan bercorak demokrasi diperkenalkan.
[6 markah]
(b) Bagaimanakah sistem republik diamalkan di Rom ?
Di Rom, tiada pemerintah berkuasa mutlak. Kuasa tertinggi terletak pada dua orang konsul. Konsul dilantik oleh Dewan Senat. Dewan Senat membantu Konsul menjalankan pemerintahan. Dewan Senat dianggotai oleh golongan bangsawan. Dewan Senat membincangkan pentadbiran dan merangka perundangan. Konsul dilantik daripada kalangan ahli Dewan Senat. Sebelum dilantik menjadi konsul seseorang itu mestilah seorang praeotor Dewan Senat dibantu oleh Dewan Perhimpunan. Dewan Perhimpunan dianggotai semua rakyat Rom. Keputusan Dewan Senat diluluskan oleh Dewan Perhimpunan
[6 markah]
(c) (i) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah perbezaan demokrasi di Yunani dengan demokrasi di Malaysia ?
Demokrasi di Yunani berbentuk penyertaan langsung. Semua warganegara lelaki dewasa menjadi ahli Dewan Perhimpunan Demokrasi di Malaysia berbentuk penyertaan tidak langsung. Rakyat diwakili oleh wakil dalam Dewan Rakyat. Wakil rakyat dipilih melalui pilhan raya.
[4 markah]
(ii) Mengapakah sistem demokrasi sesuai diamalkan di negara kita ?
Memberi peluang kepada rakyat terlibat dalam pemerintahan Melicinkan pentadbiran negara Menjamin pemerintahan yang ada Membolehkan kerajaan ditukar jika tidak cekap Memberi peluang kepada rakyat menyuarakan pendapat Melancarkan pembangunan negara Mana-mana jawapan munasabah
PENINGKATAN TAMADUN MANUSIA (Peningkatan Ekonomi dan Pendidikan)
TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014 TEMA 7 (Bab 2 Tingkatan 4)
11
PENINGKATAN TAMADUN (Peningkatan Ekonomi dan Pendidikan)
Tajuk Peningkatan Tamadun (Ekonomi dan Pendidikan) tidak pernah diuji kepada calon dalam peperiksaan Sejarah Kertas 2 SPM sejak tahun 2004 hingga sekarang.Tahun terakhir Tema 7 (Ba2 Tingkatan 4) diuji kepada calon ialah dalam SPM 2008.
PENINGKATAN TAMADUN (Peningkatan Ekonomi)
SKOP KAJIAN Punca negara kota Yunani memberi tumpuan kepada bidang perdagangan Faktor kepesatan perdagangan dalam tamadun India Kemajuan bidang pertanian dalam tamadun China Kepentingan dan sumbangan bidang perdagangan dan pertanian Usaha meningkatkan bidang perdagangan dan pertanian di negara kita
SOALAN STRUKTUR
Peningkatan tamadun manusia telah membawa kepada kemajuan dalam pertanian hingga membawa kepada penghasilan yang berlebihan dan meningkatnya aktiviti perdagangan.
(a) Apakah faktor yang membantu kepesatan perdagangan dalam tamadun India pada abad ke-3 Sebelum Masihi. [2 markah]
(b) Apakah tujuan penubuhan persatuan perdagangan dan perusahaan (stresthin) di India pada Zaman Vedik ? [2 markah]
(c) Pada pandangan anda, apakah punca yang menyebabkan kebanyakan negara kota di Yunani memberikan tumpuan kepada aktiviti perdagangan ?
[2 markah]
(d) Senaraikan sumbangan tamadun China terhadap kemajuan pertanian sejak zaman Dinasti Han hingga ke zaman Dinati Shang.
[2 markah]
(e) Apakah usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kemajuan pertanian di negara kita ? [2 markah]
JAWAPAN
(a) Apakah faktor yang membantu kepesatan perdagangan dalam tamadun India pada abad ke-3 Sebelum Masihi.
Hubungan perdagangan dengan luar Munculnya pusat perusahaan Mempunyai barang dagangan yang banyak Terdapat banyak pelabuhan Terdapat persatuan perdagangan (stresthin) Terdapat undang-undang perdagangan. Menggunakan mata wang sebagai medium jual beli Pelaksanaan sistem cukai
12
Mana-mana jawapan munasabah[2 markah]
(b) Apakah tujuan penubuhan persatuan perdagangan dan perusahaan (stresthin) di India pada Zaman Vedik ?
Mengawal harga barang Mengawal kualiti barang Mengawal gaji pekerja Menjaga kebajikan pekerja
[2 markah]
(c) Pada pandangan anda, apakah punca yang menyebabkan kebanyakan negara kota di Yunani memberikan tumpuan kepada aktiviti perdagangan ?
Mahu mendapatkan makanan dari luar Muka buminya tidak sesuai untuk pertanian Wujudnya hubungan perdagangan dengan negara luar Berkembangnya perdagangan melalui jalan laut. Yunani mempunyai bekalan dagangan yang banyak Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]
(d) Senaraikan sumbangan tamadun China terhadap kemajuan pertanian sejak zaman Dinasti Han hingga ke zaman Dinati Shang.
Penggunaan tenggala Penggunaan batas Penggunaan kolar kuda Penciptaan alat kegunaan pertanian. Pengenalan sistem tanaman bergilir Penggunaan sistem teres Pembinaan terusan untuk pengairan
[2 markah]
(e) Apakah usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kemajuan pertanian di negara kita ?
Menggunakan teknologi moden Menjalankan kegiatan secara berskala besar Memberi tumpuan kepada pertanian komersil Memproses hasil pertanian menjadi barangan pengguna Mengeksport hasil pertanian Menjalankan penyelidikan untuk meningkatkan hasil Membantu petani mendapatkan kemudahan kredit Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]
SOALAN ESEI
Peningkatan ekonomi yang berlaku dalam Tamadun India dan China telah membawa kepada perkembangan peradaban manusia
(a) Terangkan faktor yang membantu kepesatan aktiviti perdagangan dalam tamadun India pada abad ketiga sebelum masihi.
[6 markah]
(b) Jelaskan peningkatan kemajuan pertanian di China pada zaman Dinasti Chou.[6 markah]
(c) (i) Pada pandangan anda, apakah sumbangan bidang perdagangan terhadap kemajuan sesebuah negara ?[4 markah]
13
(ii) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah usaha yang dilaksanakan untuk menjadikan pertanian di negara kita sebagai satu bidang perniagaan ?
[4 markah]
JAWAPAN
(a) Terangkan faktor yang membantu kepesatan aktiviti perdagangan dalam tamadun India pada abad ketiga sebelum masihi.
Hubungan perdagangan dengan luar Kerajaan Maurya mengadakan hubungan dengan Macedonia, Sri Lanka, Asia Tengah dan Asia Tenggara.
Munculnya pusat perusahaan Contohnya Anga, Kalinga dan Karusa.
Berkembangnya bidang perusahaanContohnya perusahaan tekstil, dan sutera di Bengal dan Benares.Contohnya perusahaan emas, mutiara dan batu permata
Mempunyai barang dagangan yang banyak Contohnya senjata, gading gajah, emas, berlian dll.
Terdapat pelabuhan yang menghubungkan India dengan negara luar ContohnyaTamralipti, Ghantashala, Kadura, Broach, Chaul dan Cambay.
Terdapat persatuan perdagangan (stresthin)Stresthin mengawal harga dan kualiti barang serta mengawal gaji pekerja.Contohnya persatuan tukang kayu, tukang logam, tukang kulit dsb.
Terdapat undang-undang perdagangan. Undang-undang digubal untuk mengawal persatuan.Undang-undang diawasi oleh raja
Menggunakan mata wang sebagai medium jual beliContohnya mata wang emas pada Zaman Gupta.
Pelaksanaan sistem cukaiContohnya cukai hasil pertanian dan buah-buahan.
[6 markah]
(b) Jelaskan peningkatan kemajuan pertanian di China pada zaman Dinasti Chou.
Penggunaan tenggala Penggunaan batas Penggunaan kolar kuda Penciptaan alat kegunaan pertanian. Pengenalan sistem tanaman bergilir Penggunaan sistem teres Pembinaan terusan untuk pengairan
[6 markah]
(c) (i) Pada pandangan anda, apakah sumbangan bidang perdagangan terhadap kemajuan sesebuah negara ?
Membolehkan barangan negara kita dieksport Menjana ekonomi negara Menyediakan peluang pelaburan Membekalkan peluang pekerjaan Menggalakkan pengaliran dana asing Mana-mana jawapan munasabah
[4 markah]
(ii) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah usaha yang dilaksanakan untuk menjadikan pertanian di negara kita sebagai satu bidang perniagaan ?
Menjalankan kegiatan pertanian secara komersil Mengeksport hasil pertanian Menjalankan penyelidikan untuk meningkatkan kualiti hasil pertanian Memproses menjadi barangan pengguna
14
Mana-mana jawapan munasabah [4 markah]
PENINGKATAN TAMADUN (Peningkatan Pendidikan)
SKOP KAJIAN Falsafah pendidikan Athens dan Sparta Kesan penekanan negara kota Rom terhadap pendidikan ilmu yang praktikal Matlamat dan Ciri pendidikan agama di India pada Zaman Vedik Pelaksanaan sistem pendidikan dan peperiksaan awam di China Kepentingan pendidikan kepada negara Usaha menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan Langkah meningkatkan kualiti pendidikan di negara kita
SOALAN STRUKTUR
Jadual di bawah berkaitan dengan peningkatan sistem pendidikan dalam tamadun manusia.
Tamadun Sistem Pendidikan
Yunani Falsafah Pendidikan Athens
India Pendidikan Agama
China Pendidikan Awam
JAWAPAN
(a) Apakah matlamat Falsafah Pendidikan Athens ?
Bertujuan melahirkan manusia yang seimbang dari segi rohani dan jasmani Bertujuan melahirkan manusia seimbang dari segi fizikal dan mental. Bertujuan melahirkan manusia yang cemerlang. Bertujuan melahirkan manusia yang menguasai semua aspek. Bertujuan melahirkan manusia yang dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat.
[2 markah]
(b) Nyatakan ciri pendidikan agama yang dilaksanakan dalam tamadun India pada Zaman Vedik.
Mempelajari agama Hindu. Didominasikan oleh kaum lelaki sahaja. Mempelajari kitab Veda. Menggunakan bahasa Sanskrit Menggunakan kaedah hafalan Dijalankan di rumah dan di istana. Diajar oleh Brahmin / guru agama
[3 markah]
(c) Nyatakan kemahiran yang ditekankan dalam sistem pendidikan China pada tahap berikut :
(i) Pendidikan Tahap Rendah
Peringkat rendah – dan menghafal tulisan ideogram serta menghafal sembilan buah buku suci [1 markah]
(ii) Pendidikan Tahap Menengah
Peringkat menengah – Menulis karangan dan mempelajari karya sastera. [1 markah]
15
(d) Pada pandangan anda, mengapakah pendidikan memainkan peranan penting dalam meningkatkan tamadun manusia ?
Melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan Melahirkan tenaga pekerja yang mahir Melahirkan masyarakat yang patuh kepada ajaran agama Memudahkan masyarakat menerima maklumat Membasmi buta huruf dalam masyarakat Memudahkan hubungan dengan negara luar Membolehkan teknologi digunakan dengan lancar Mana-mana jawapan munasabah
[3 markah]
SOALAN ESEI
Perkembangan pendidikan dalam tamadun dunia bertujuan membina kegemilangan dan meningkatkan martabat bangsa dalam tamadun tersebut.
[6 markah]
SOALAN ESEI
(a) Jelaskan tentang falsafah pendidikan berikut :
(i) Falsafah pendidikan Athens
Bertujuan melahirkan manusia yang seimbang dari segi rohani dan jasmani Bertujuan melahirkan manusia seimbang dari segi fizikal dan mental. Bertujuan melahirkan manusia yang cemerlang. Bertujuan melahirkan manusia yang menguasai semua aspek. Bertujuan melahirkan manusia yang dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat.
[2 markah] (ii) Falsafah pendidikan Sparta
Bertujuan melahirkan tentera yang gagah berani. Bertujuan melahirkan manusia yang mempunyai semangat patriotik. Bertujuan melahirkan munsia yang setia kepada negara. Bertujuan mengutamakan latihan fizikal. Menekankan kemahiran menggunakan senjata.
[2 markah]
(b) Terangkan pelaksanaan peperiksaan awam di China pada zaman peningkatan tamadun.
Peperiksaan awam mempunyai tiga tahap iaitu tahap pertama (Hsiu Tai), tahap kedua (Chun Jen) dan tahap ketiga (Chin Shih).Tahap pertama setaraf dengan ijazah pertama.Tahap kedua setaraf dengan ijazah sarjana.Tahap ketiga setaraf dengan ijazah doktor falsafah.
Tempat peperiksaan diadakan mengikut tahapnya.Tahap pertama dijalankan di peringkat daerah.Tahap kedua dijalankan di ibu kota daerah.Tahap ketiga dijalankan di istana.
Lulusan peperiksaan akan mendapat faedah Lulus tahap pertama boleh jadi pegawai kerajaan.Lulus tahap ketiga layak menjadi pendidik.
Tempoh peperiksaan mengikut tahap Tahap pertama diadakan dua kali dalam tiga tahun.Tahap kedua dan ketiga diadakan tiga tahun sekali.
Peraturan peperiksaan sangat ketatMereka yang meniru akan dijatuhi hukuman mati.Pemeriksa dikurung sebelum tiba hari peperiksaan.Calon ditempatkan di dalam bilik selama tiga hari untuk menjawab.
16
[6 markah]
(c) (i) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah matlamat pendidikan agama yang dilaksanakan dalam tamadun India pada Zaman Vedik ?
Hendak mempelajari hukum agama Sebagai persediaan menghadapi hari selepas mati. Menjadikan manusia hidup sempurna Supaya mengetahui nilai murni yang diajar agama Bertujuan mendalami agama Hindu dan Buddha Bertujuan melahirkan Brahmin yang berilmu. Bertujuan menambahkan ilmu. Bertujuan mengatasi buta huruf. Untuk menjawat jawatan dalam pentadbiran. Mana-mana munasabah
[4 markah]
(ii) Pada pandangan anda, bagaimanakah mutu pendidikan di negara kita dapat dipertingkatkan ?
Melengkapkan prasarana pendidikan Membekalkan guru terlatih yang mencukupi Meningkatkan kaedah pengajaran secara berkesan Menggunakan teknologi ICT dalam pendidikan Menambahkan pusat pengajian tinggi Membuat penambahbaikan terhadap sistem peperiksaan Mana-mana jawapan munasabah
[6 markah] [4 marka
PENGARUH AGAMA HINDU DAN BUDDHA DI ASIA TENGGARA
TAJUK RAMALAN SEJARAH 2 SPM 2014 TEMA 7 (Bab 3 Tingkatan 4)
PENGARUH HINDU DAN BUDDHA DI ASIA TENGGARA
17
SKOP KAJIAN
Cara Penyebaran Pengaruh Hindu dan Buddha di Asia Tenggara Pengaruh Hindu dan Buddha Dalam Sistem Pemerintahan Pengaruh Hindu dan Buddha Dalam Seni Bina Candi Borubudur dan Angkor Wat Pengaruh Hindu dan Buddha Terhadap Bahasa dan Kesusasteraan
SOALAN ESEI
Setelah wujud perhubungan dengan kerajaan India sejak abad ke-3 Masihi, masyarakat Asia Tenggara mula menerima dan mengamalkan aspek kebudayaan yang dipengaruhi agama Hindu – Biddha.
JAWAPAN ESEI
(a) Bagaimanakah pengaruh agama Hindu dan Buddha datang ke Asia Tenggara ?
Disebarkan oleh Ksyatria (tentera) semasa menakluki tanah jajahan Disebarkan oleh Vaisya (pedagang) yang berdagang ke Asia Tenggara. Disebarkan oleh golongan Brahmin (Pendeta) yang menerapkannya dalam pemerintahan, kesenian dan kesusasteraan. Disebar oleh pedagang Asia Tenggara yang berdagang ke India Mereka mengambil unsur kebudayaan India dan menyesuaikannya dengan budaya tempatan Disebarkan oleh pemerintah yang menganut agama Hindu dan Buddha dan menjadi ikutan rakyat.
[6 markah]
(b) Terangkan pengaruh agama Hindu dan Buddha yang terdapat dalam sistem pemerintahan beraja di Asia Tenggara.
Sistem pemerintahan meniru sistem beraja di India. Pemerintah menggunakan gelaran raja. Raja berada di puncak pemerintahan Raja dinasihati Brahmin dalam pentadbiran dan agama. Raja berkuasa mutlak. Perintah raja adalah undang-undang. Melanggar titah raja adalah derhaka. Raja dianggap bayangan tuhan / dewaraja. Raja dipercayai mempunyai kesaktian. Unsur mitos digunakan untuk menunjukkan kehebatan raja. Pelbagai istiadat diwujudkan untuk mengukuhkan raja. Pembinaan kota yang melambang orde kosmos.
[6 markah]
(c) (i) Jelaskan sistem pentadbiran Srivijaya yang menerima pengaruh India.
Raja mengetuai pemerintahan.Raja menguasai pentadbiran pusat dan daerah.Raja boleh diganti oleh puteranya yuvaraja, pratiyuvaraja dan raja kumara.Raja putra tidak boleh menggantikan raja kerana dia anak gundik.
Pentadbiran pusat diketuai oleh anak-anak raja Yuvaraja, Pratiyuvaraja, Raja Kumara dan Raja Putra mengetuai pentadbiran pusat.Anak raja dibantu oleh Parvanda / Senapati dalam pentadbiran.Di bawah Parvanda terdapat hakim, temenggung dan penghulu.
Pentadbiran peringkat daerah ditadbir oleh datu.Datu dilantik oleh raja.Datu terbahagi kepada dua iaitu parvanda (berketurunan raja) dan bhupati (orang-orang kaya)
18
Datu hendaklah mengangkat sumpah di Telaga Batu.
Hamba raja adalah golongan paling bawah dalam sistem pentadbiran.Hamba raja menjadi orang suruhan.
[4 markah]
(ii) Pada pandangan anda, mengapakah sistem beraja di negara kita perlu dipertahankan ?
Mengekalkan identiti Menambahkan kecekapan pemerintahan Menjamin keadilan Mengekalkan ciri pemerintahan sedia ada Menerima pakai unsur yang lebih baik Memenuhi kehendak rakyat Mengelakkan pengaruh unsur negatif Mana-mana jawapan munasabah
[4 markah]
SOALAN STRUKTUR
Gambar rajah di bawah merujuk kepada pengaruh agama Hindu dan Buddha terhadap aspek budaya di Asia Tenggara.
JAWAPAN STRUKTUR
(a) Apakah tujuan pemerintah kerajaan awal di Asia Tenggara membina monumen ?
Memperingati tokoh ternama Mengingati peristiwa penting. Menunjukkan kehebatan pemerintah Menunjukkan kegemilangan sesebuah kerajaan Menunjukkan kekayaan negara Menjadi rumah ibadat Tempat menyimpan abu jenazah raja Tempat menyimpan patung dewa utama Melambangkan orde kosmos
[2 markah]
(b) Nyatakan dua ciri binaan Angkor Wat.
Tingginya 213 meter Keluasan ialah 208 hektar. Di tengahnya ada dewan pemujaan Tempat pemujaan berbentuk teres bertingkat empat. Setiap sudut mempunyai menara. Di bahagian luarnya terdapat tembok. Terdapat ukiran epik Ramayana dan Mahabharata di dinding tembok.
[2 markah]
(c) Jelaskan pengaruh agama Buddha yang terdapat pada binaan candi Borubudur di Jawa Tengah.
Mempunyai tiga tingkat yang melambangkan tahap kehidupan dalam ajaran Buddha iaitu sila, samadhi dan panna. Mempunyai lapan teres yang melambangkan Jalan Mulia Lapan Lapis.
19
Di tingkat pertama terdapat tiga teres yang melambangkan tiga jalan mulia iaitu “berusaha dengan benar”, “membuat pertimbangan dengan benar” dan “memberi tumpuan dengan benar”.
Di tingkat pertama terdapat ukiran cerita riwayat hidup Gautama Buddha. Tingkat kedua melambangkan samadhi (penumpuan) Tingkat kedua ada tiga teres yang melambangkan tiga jalan mulia iaitu “bertindak benar”, “bercakap benar” dan “berfikir benar”. Tingkat ketiga melambangkan panna. Tingkat ketiga mempunyai dua teres yang melambangkan dua jalan mulia iaitu “memahami dengan benar” dan “berfikir dengan
benar”. Setiap tingkat diletakkan stupa dan patung Buddha.
sebagai tanda ingatan kepada kematian. [2 markah]
(d) Nyatakan dua kegunaan bahasa Sanskrit dalam kerajaan awal di Asia Tenggara.
Menulis batu bersurat Menulis kitab agama Hindu dan Buddha Mendalami kitab agama Hindu dan Buddha Menulis kesusasteraan Menjadi bahasa diplomatik Mencatat doa Mencatat salasilah raja
[2 markah](e) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah pengaruh agama Hindu dan Buddha yang terdapat dalam kesusasteraan masyarakat di Asia Tenggara ?
Perkataan Sanskrit digunakan dalam kesusasteraan Ditulis menggunakan bahasa Sanskrit Terdapat unsur mitos dan lagenda dalam cerita Meniru jalan cerita epik Ramayana dan Mahabharata Cerita lisan membawa cerita Ramayana dan Mahabharata Wayang kulit mengambil cerita Ramayana Cerita hikayat adalah saduran epik Ramayana dan Mahabharata
[2 marka
20
top related