pengenalan konsep kendiri
Post on 30-Sep-2015
11 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
PENGENALAN KONSEP KENDIRI.
Pembangunan Kendiri merupakan satu aspek yang amat penting
khususnya dalammenghadapi arus globalisasi dunia semasa. Dengan
adanya pengetahuan yangmendalam terhadap aspek pembangunan kendiri,
seseorang dapat mempersiapkan dirinya secara mental bagi menghadapi
cabaran yang wujud dalam arus semasa. Setiap individu mempunyai
anggapan terhadap diri sendiri dan bagaimana orang lain memandang
dirinya. Konsep kendiri adalah merujuk kepada apa yang difikirkan
oleh individu kepada dirinya sendiri mengenai kekuatan dan
kelemahan yang ada pada diri individu tersebut ataupun
personalitinya. Oleh kerana itu, konsep kendiri merupakan satu
elemen yang sangat pentingdalam diri setiap individu kerana ia akan
digunakan untuk meramalkan apa yang akan berlaku terhadap individu
tersebut pada masa hadapan. Selain itu, konsep kendiri juga banyak
membantu individu untuk membuat keputusan dan menentukan tindakan
yang bakal diambil pada masa hadapan. Konsep Kendiri amat berkaitan
dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Secara amnya, sebagai
seorang guru atau pendidik yang bertanggungjawab mestilah memahami
dan mengamalkan konsep kendiri ini dalam kehidupan seharian. Konsep
kendiri sudah diterima sebagai suatu pemboleh ubah penting yang
mampu untuk mengingatkan perkembangan pelajar dan pembelajaran
mereka. Seseorang pelajar dikelilingi oleh persekitaran sosial yang
bertindak mempengaruhinya membuat keputusan dan menentukan masa
depan. Agen-agen persekitaran seperti ibu, bapa, guru dan rakan
sebaya adalah agen yang mempengaruhi seseorang pelajar. Agen-agen
tersebut membantu seseorang pelajar bertindak hasil daripada apa
yang difikirkan dalam mindanya.
Rogers (1951)adalah tokoh penting yang membicarakan tentang konsep
kendiri. Melalui Terapi Pusatan Klien beliau mengemukakan teori
konsep kendiri yang dikatakan lebih bersifat kemanusiaan. Pada asas
setiap individu sama ada pelajar dan bukan pelajar adalah golongan
yang dilahirkan lengkap, berbudi dan boleh dipercayai. Dalam erti
kata lain, setiap individu yang baru dilahirkan adalah diibaratkan
seperti kain putih. Agen-agen yang berada disekelilingnya akan
mencorakkan kain putih tersebut mengikut corak yang diminati
mereka.
Dalam kehidupan seharian seorang pelajar, mereka akan
menempuhpelbagai bentuk interaksi dengan persekitarannya. Oleh
kerana itu, pelajar tersebut akan membuat keputusan dan menentukan
apakah tinadakan yang akan diambil. Apabila berlaku interaksi
pelajar dengan persekitarannya, maka konsep kendiri akan timbul dan
mula terbentuk dalam diri setiap pelajar . Selain itu, sifat
kendiri bagi seseorang individu juga boleh terbentuk apabila
seseorang itu membayangkan dan mengambil nilai-nilai yangterdapat
pada orang lain dan menjadikannilai tersebut sebagai nilai dirinya
sendiri. Lama kelamaan sifat kendiri itu akan menjadi semakin
tekal.Seseorang individu akan bertindak mengikut apa yang
dipegangnya. Dalam kehidupan seharian seseorang individuakan
berhadapan dengan perkara yang sentiasa bertentangan dengan sikap
kendiri dirinya. Tentangan ini boleh dianggap sebagai satu bentuk
ancaman kepada struktur kendiri yang terbentuk dalam diri
seseorang.
TEORI KONSEP KENDIRI
Perihal bagaimana seseorang itu berpendapat tentang dirinya,
berdasarkan kesedaran tentang kelebihan dan kelemahan dan juga
melalui maklumat yang diterimanya daripada orang lain. Sikap dan
penilaian yang dibuat oleh orang lain biasanya menjadi asas bagi
membina konsepkendiri seseorang itu. (Vernon,1980).Konsep kendiri
merujuk kepada apa yang difikirkan oleh seseorang individu mengenai
kekuatan atau kelemahan yang ada pada diri atau personalitinya.
Konsep kendiri tersebut akan menjadi sesuatu yang penting kerana
konseptersebut akan digunakan untuk meramal masa depannya atau
tindakan yang bakal diambil. Terdapat dua kemungkinan apabila
seseorang itu mengambil sesuatu keputuasan sama ada gagal ataupun
Berjaya dalam keputusan yang diambil. Selain itu, konsep kendiri
jugamempengaruhi impian pelajar pada masa akan datang dan
harapan-harapan yang telah dibina oleh mereka.
Konsep kendiri terdiri daripada persepsi, kepercayaan, perasaan,
sikap serta nilai yang khusus dipegang oleh seseorang individu
tentang dirinya.
(H. V. Perkins)
Konsep kendiri sebagai tanggapan individu terhadap identitinya yang
berbeza dengan individu yang lain sejak dari bayi lagi.
(Stewat dan Friedman)
Konsep kendiri ialah integrasi pengetahuan bersama dengan reaksi
seseorang yang membezakan dirinya daripada individu lain.
(Popplestone dan McPherson)
Konsep kendiri ialah integrasi penilaian diri sendiri, penilaian
orang lain, dan penilaian tentang tanggapan orang lain terhadap
dirinya.(Amir Awang, 1991)CIRI KONSEP KENDIRI POSITIFSeseorang yang
berkonsep kendiri positif mempunyai penerimaan kendiri dan
mempunyai kefahaman tentang diri sendiri. Individu yang mempunyai
konsep kendiri positif boleh memahami dan menerima pelbagai fakta
tentang dirinya. Seseorang yang berkonsep kendiri positif juga akan
menetapkan matlamat dan tujuan yang sesuai dengan kebolehan
kendirinya. Individu ini juga akan menghasilkan beberapa ciri
tingkah laku yang menunjukkan keperibadian yang tinggi.
Pertama, seseorang yang tertanam di dalam dirinya konsep kendiri
yangpositif akan sentiasa merasa bebas untuk membuat pilihan dan
keputusan. Jarang sekali mereka berdepan dengan dilema ataupun
masalah dalam membuat pilihan atau keputusan. Jika individu ini
membuat keputusan, mereka tidak akan teragak-agak serta mereka
bolehmembuat pilihan tanpa terikat dengan pengaruh rakan atau
desakan keluarga.
Seterusnya, contoh seperti sikap bertanggungjawab di atas segala
tingkah laku adalah merupakan sifat individu berkonsep kendiri yang
positif. Individu tersebut juga akan mengakui kesilapannya jika dia
telah melakukan sesuatu kesilapan ataupun dia mempunyai
tanggungjawab terhadap apa yang berlaku di persekitarannya.
Selain itu, contoh lain bagi individu yang berkonsep kendiri yang
positif ialah mempunyai perasaan banggadengankejayaan yang dicapai.
Ini bukanlah bermaksud mereka mempunyai perasaan riak dan takabur,
tetapi mereka akan bersyukur di atas kejayaan tersebut. Selain itu,
mereka juga mempunyai hala tuju dan matlamat yangrealistik.
Semangat dan iltizam yang tinggi merupakan elemen yang penting
kepada individu yang berkonsep kendiri positif. Mereka akan
menghadapi cabaran dengan penuh semangat serta percaya kepada
kebolehan diri dan tidak mudah mengalah atau berputus asa. Mereka
juga sentiasa berfikiran positif danmenjadikan cabaran sebagai
semangat untuk terus berjaya dalam hidup.
Di samping itu, perasaan gembira dan riang adalah perasaan seorang
individu yang mempunyai konsep kendiri positif. Mereka pandai
menyembunyikan masalah walaupun mereka mempunyai banyak masalah
serta tidak pernah mengeluh dan menganggap masalah tersebut sebagai
satu cabaran yang perlu diatasi. Mereka akan rasa sangat gembira
jika masalah tersebut dapat diatasi dan sekiranya tidak, mereka
akan merujuk serta meminta nasihat daripada orang yang boleh
dipercayai dan memhami diri mereka.
Boleh bertolak ansur dengan kekecewaan merupakan konsep kendiri
positif yang membantu individu menanggani kekecewaan yang
dihadapinya. Mereka tidak merasa kesal atau berputus asa serta
menerima dengan hati yang terbuka dengan kegagalan atau kekecewaan
yang dihadapi oleh mereka. Kegagalan akan memberi semangat yang
baru untuk mereka terus mencuba.
Di samping itu, individu berkonsep kendiri positif mempengaruhi
orang lain dengan menunjukkanciri-ciri konsep kendiri positif
seperti bertanggungjawab, bangga dengan kejayaan, selalu gembira
serta menghadapi cabaran dengan semangat. Mereka dapat mempengaruhi
orang lain dalam usaha mendapat tempat dalam kalangan masyarakat
atau membuat keputusan.
Sifat menghargai meliputi menghargai diri sendiri dan orang lain.
Individu berkonsep kendiri positif akan membentuk sikap menghargai
kebolehan, pencapaian, kewibawaan diri dan dalam masa yang sama
mampu menghargai orang lain. Memberi pujian danpenghormatan
kepadaorang lain akan menambahkan lagi pengaruh kerana orang yang
diberi penghargaanakan merasa dihargai dan diambil berat.
Tambahan pula, individu yang pemurah dan suka membantu orang lain
merupakan individu yang mempunyai konsepkendiri positif. Mereka
merasa bertanggungjawab untuk menghulurkan bantuan dan
menyelesaikan masalah mereka yang memerlukan. Perbuatan ini sangat
mulia dan patut ada dalam setiap diri individu.
Akhir sekali, individu yang mempunyai sifat-sifat diatas didapati
senang mendapat kawan dan disenangi oleh orang persekitaran. Ramai
orang suka mendampingi mereka kerana sikap mereka yang tidak
sombong, pandai menghargai rakan dan sentiasa membantu orang yang
memerlukan bantuan.
Secara tuntasnya, individu yang mempunyai konsep kendiri positif
mempunyai banyak kelebihan kepada dirinya yang boleh memudahkan
individu tersebut berinteraksi dengan masyarakat. Masyarakat juga
senang dengan kehadiran mereka yang membawa sikap positif yang
boleh menjadi teladan kepada semuaahli masyarakat.
CIRI KONSEP KENDIRI NEGATIF
Individu yang tidak mengenali dirinya sendiri merupakan individu
yang mempunyai konsep kendiri negatif. Sifat mereka ialah kurang
mempercayai diri sendiri serta tidak yakin dalam melontarkan
pandangan atau idea. Mereka juga merasakan diri mereka selalu
disisihkan dan tidak diperlukan. Ciri-ciri konsep kendiri negatif
seperti membuat jangkaan prestasi yang tidak realistik dan
penghargaan kendiri yang rendah mestilah dikenalpasti daripada
peringkat perkembangan kanak-kanak. Oleh yang demikian, ibu bapa
dan guru harus menolong kanak-kanak menyesuaikan diri dan mempunyai
pandangan yang realistik dan positif terhadap diri mereka.
Terdapat dua jenis konsep kendiri negatif. Jenis yang pertama
melibatkan pandangan individu terhadap dirinya yang tidak teratur,
tidak mantap serta tidak menampakkan pembinaan karakter yang
sempurna. Mereka tidak mengenali diri sendiri, tidak mengetahui
kelemahan dan kekuatan diri malah tidak dapat mengenalpasti
keinginan dalam hidupnya. Hal ini acap kali berlaku dalam kalangan
remaja yang masih tercari-cari identiti diri. Oleh yang demikian,
orang yang lebih dewasa bertanggungjawab membentuk konsep kendiri
mereka dengan baik.
Konsep kendiri negatif yang stabil akibat daripada pengaruh
persekitaran atau asuhan ialah jenis konsep kendiri negatif yang
kedua. Misalnya, mereka menjadi seorang pendiam, tidak bertimbang
rasa dan pemarah akibat daripada asuhan yang diterima. Ciri ini
seterusnya menjadi konsep kendiri mereka yang stabil.
Oleh yang demikian, terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan
terbentuknya konsep kendiri negatif pada kanak-kanak. Antaranya
ialah pengaruh iklan dan pengaruh sebaran amseperti rancangan
televisyen, pita-pita videodaripada luar negara yang mempunyai
unsur-unsur negatif yang boleh mempengaruhi minda dan pemikiran
mereka. Hal ini kerana wujudnya sifat inkuiri atau sifat ingin tahu
serta mencuba sesuatu yang baru dalam diri kanak-kanak yang ingin
meningkat remaja sedangkan mereka tidak dapat membezakan mana satu
yang baik dan mana satu yang buruk. Justeru, berlakulah banyak
gejala negatif dalam masyarakat akibat daripada pengaruh ini.
Seterusnya, faktor lain yang menyebabkan berlakunya konsep kendiri
negatif ialah berlakunya kemerosotan nilai-nilai murni serta
nilai-nilai disiplin dalam diri seseorang itu. Hal ini sering kali
berlaku kerana kebanyakan individu mahukan kebebasan dan kurangnya
didikan awal daripada ibu bapa dan keluarga individu tersebut.
Ibubapa hanya mengambil sikap endah tak endah kepada anak-anak
mereka serta membiarkan membiarkan mereka tanpa memberi tunjuk ajar
yang betul. Maka, wujudlah konsep kendiri negati dalam individu
tersebut akibat daripada faktor keluarganya.
Selainitu, pengaruh persekitaran seperti ibu bapa, guru, rakan
sebaya dan masyarakat yang tidak menunjukkan contoh teladan yang
baik kepada kanak-kanak merupakan faktor terbentuknya konsep
kendiri negatif. Mereka juga melemparkan kritikan dan komen yang
tidak wajar kepada kanak-kanak. Sepatutnya, kanak-kanak memerlukan
kasih sayang, akan tetapi telah dicemuh. Mereka memerlukan belaian
kasih sayang daripada ibu bapa mereka dan bukan keperluan kebendaan
sahaja. Ibu bapa juga janganlah terlalu meletakkan harapan yang
terlalu tinggi kepada kanak-kanak kerana ini akan manggangu emosi
kanak-kanak yang merasa terbeban dengan harapan ibu bapa
mereka.
Faktor lain yang menyebabkan berlakunya konsep kendiri negatif juga
ialah kanak-kanak yang mempunyai pandanganrendah terhadap diri
sendiri. Kanak-kanak yang mempunyai masalah emosi selalunya
mempunyai masalah berkaitan fizikal seperti kecacatan dan mengalami
pengalaman traumatik. Hal ini sering berkaitan kerana masalah emosi
sering berkait rapat dengan persekitaran kanak-kanak tersebut. Jika
persekitarannya bermasalah, maka emosi akan terganggu. Justeru,
kanak-kanak ini tidak dapat menguasai sesuatu tugas
perkembangan.
Sebaliknya, ciri konsep negatif bertentangan dengan ciri konsep
kendiri yang positif. Individu yang menunjukkan konsep kendiri
negatif akan menunjukkan ciri seperti selalu meminta pertolongan.
Ini menunjukkan individu tersebut tidak mempunyai daya usaha untuk
memajukan diri sendiri. Selain itu, individu tersebut juga
menunjukkan sikap suka menagih simpati kepada oang lain untuk
mendapatkan sesuatu. Jika permintaannya tidak dipenuhi, individu
tersebut akan merasa tersinggung dan merajuk. Sikap yang
ditununjukkan ini jelas menggambarkan individu tersebut adalah
seorang yang sensitif.
Di samping itu, individu yang mempunyai konsep kendiri negatif juga
selalu memberikritikan atau komen yang menyinggung. Individu jenis
ini selalu nampak kesalahan orang lain tetapi jarang ataupun tidak
pernah untuk mengubah diri sendiri terlebih dahulu. Individu
tersebut juga selalu merasa tidak berpuas hati sama ada terhadap
diri sendiri ataupun orang lain. Mereka tidak pernah rasa bersyukur
terhadap nikmat kurniaan Allah yang begitu banyak sekali dalam
hidup mereka.
Antara ciri lain individu yang mempunyai konsep kendiri rendah
ialah selalu berangan-angan dan risau tentang pelbagai perkara.
Individu yang mempunyai sifat ini adalah individu yang tidak
mempunyai matlamat, visi dan misi dalam hidup mereka. Hidup mereka
kosong kerana hidup mereka tidak mempunyai arah dan tujuan dalam
mencapai kejayaan didunia dan diakhirat.
Selain itu, sikap mementingkan diri sendiri dan suka menyalahkan
orang lain juga merupakan ciri-ciri konsep kendiri negatif.
Individu ini merasakan apa yang dilakukan oleh dia adalah semuanya
betul tanpa menghiraukan orang lain. Sikap pentingkan diri sendiri
yang ditunjukkan oleh individu tersebut menunjukkan dia tidak
mempunyai sifat toleransi dalam perhubungan. Individu ini akan
membawa pelbagai masalah jika dia berada di dalam kelompok
masyarakat.
Salah satu ciri konsep kendiri negatif yang penting juga ialah
berkeyakinan diri yang rendah serta bersikap pasif. Mereka merasa
terlalu banyak kekurangan yang ada di dalam diri mereka yang
menyebabkan mereka merasa kurang yakin apabila berada dikhalayak
ramai seterusnya mengambil sikap berdiam diri dan tidak ambil
peduli. Ini jelas menunjukkan bahawa inidividu jenis ini mempunyai
kemahiran komunikasi yang sangat lemah oleh sebab sikap mereka yang
pasif dan kurang berkeyakinan itu.
Seterusnya, individu yang berkonsep kendiri negatif juga mempunyai
ciri tidak sukakan cabaran. Mereka merasa cabaran merupakan satu
bebanan berat yang perlu ditanggung oleh mereka. Oleh yang
demikian, mereka akan rasa murung dan tertekan apabila sesuatu
masalah terjadi kepada mereka. Justeru, hidup individu ini akan
menjadi kucar-kacir akibat daripada sikap mereka yang tidak suka
akan cabaran dan hanya ingin mengambil jalan mudah sahaja.
HELAH BELA DIRI
Helah bela diri ialah satu proses yang dilakukan oleh manusia
secara sedar ataupun tidak sedar. Helah bela diri ini dilakukan
untuk memperthankan ego, ancaman, dan kebimbangannya. Kebiasannya,
helah ini digunakan oleh individu yang sedang dalam kerisauan. Satu
kajian telah dilakukan oleh Sigmund Freud dan beliau
telahmengklsifikasikan konsep kendiri kepada beberapa
bahagian.
Rasionalisasi ialah memberikan penerangan atau alasan yang
kelihatan munasabah dan logik terhadap sesuatu tingkah laku untuk
melindungi atau menyembunyikan motif yang sebenar. Rasionalisasi
juga sering digunakan untuk mempertahankan ego seseorang. Secara
kesimpulannya,rasionalisasi ialah penjelasan atau sebab satu-satu
situasi itu tidak dapat diterima. Sebagai contoh : seorang murid
yang gagal dalam peperiksaan akan memberikan alasan bahawa gurunya
bersikap pilih kasih.
Sublimasi merupakan helah bela diri yang paling sihat. Ia adalah
satu cara untuk individu menyalurkan kekecewaanya kepada saluran
yang dapat menerima dan yang memuaskan individu tersebut dari segi
sosial. Keinginan tersebut dapat dipuaskan melalui aktiviti yang
diterima oleh masyarakat. Sebagai contoh seseorang ibu yang
kematian anak akan mengambil anak angkat dan mencurahkan sepenuh
kasih sayang kepada anak angkat tersebut.
Pemindahan ialah satu proses yang berlaku apabila seseorangindividu
memindahkan rasa kecewanya kepada seseorang individu yang lain.
Pemindahan memerlukan seseorang individu yang dapat menerima
kekecewaan tersebut dari individu lain. Biasanya orang yang menjadi
mangsa terdiri daripada inferior yang dijangka tidak bertindakbalas
terhadapnya. Sebagai contoh seseorang guru yang sedang dalam
keadaan marah akan memindahkan rasa marah tersebut kepada
murid-muridnya.
Projeksiialah satu tindakan untuk seseorang individu
membalikkankonflik yang terdapat dalam dirinya kepada orang lain.
Seseorang akan berusaha untuk meletakkan kesalahan tersebut di atas
bahu orang lain dengan dakwaan individu tersebut juga bersalah.
Pandangan orang ramai akan dipesongkan agar kelemahan dan keaiban
dirinya dapat dilindung. Contohnya seorang pelajar yang lemah dalam
peperiksaan akan meniru dengan menganggap pelajar lain juga akan
meniru.
Introjeksi ialah satu jenis helah bela diri yang berlawanan dengan
projeksi. Seseorang individu akan menyerap pengaruh luar dan
persiktaran ke dalam dirinya. Contohnya seorang pelajar akan
mengikut ciri-ciri seorang guru jika pelajar tersebut menyukai guru
tersebut.
Pembentukan reaksi ialah satu bentuk helah bela diri bagi
mempertahankan diri daripada sesuatu ancaman dengan memperlihatkan
satu reaksi yang bertentangan dengan reaksi tersebut. Sebagai
contoh seorang pelajar yang akan menghadapi peperiksaan akan ketawa
untuk menyembunyikan perasaan getar tersebut.
Kompensasi ialah menggunakan aktiviti lain yang hampir sama untuk
menggantikan yang lain. Contohnyaseorang individu yang lemah dalam
akademik akan menggunakan kelebihannya dalam bidang sukan untuk
mendapat perhatian daripada guru dan orang lain.
Represi ialah satu tindakan untuk mengatasi perasaan sedih atau
kecewa dengan mengalihkan perasaan tersebut daripada kesedaran dan
mempercayai bahawa perkara tersebut tidak wujud dan tidak berlaku.
Menurut Freud, tindakan ini ialah seperti memendamkan fikiran,
keinginan dan konflik kepada alam yang bawah sedar. Contohnya
seseorang yang kehilangan seseorang yang disayanginya akan
mendiamkan diri dan tidak mahu bercakap mengenainya seperti ingin
membuang perasaan sedih tersebut daripada darinya. Apabila
seseorang individu membenamkanemosi dalam dirinya, merekan akan
mengalami tekanan yang akan menggagngu emosi driri mereka
sendiri.
Regresi berlaku apabila seorang individu kembali kepada jenis
tingkah laku yang terdahulu yang menjadi kebiasaan kepadanya semasa
proses perkembangan dahulu. Sebagai contoh, seorang pelajar akan
menangis jika tidak mendapat perhatian. Perbuatan tersebut adalah
sesuatu yang dilakukan semasa kecil dahulu.
Fantasi ialah satu situasi yang membuatkan seseorang individu
membentuk satu fantasi yang lebih selesa dalam fikirannya untuk
melupakan segala masalah. Fikiran yang dibentuk adalah lebih selesa
daripada keadaan sebenar. Contohnya seseorang yang miskin akan
berfantasi untuk menjadi seorang yang kaya.
Penyangkalan merupakan satu bentuk helah bela diri yang menafi dan
menolak realiti. Proses ini berlaku apabila individu tidak dapat
menerima kenyataan. Sebagai contoh seorang yang didapati mengidap
penyakit barah akan menafikan perkara tersebut dengan dengan
mengatakan laporan doktor itu salah.
Identifikasi berlaku apabila seseorang cuba untuk melindungi
kelemahan dirinya dengan menyamakan dirinya dengan orang yang
mempunyai kelebihan. Kaedah ini merupakan kaedah penyesuaian yang
sesuai. Sebagai contoh seorang pelajar akan berkawan rapat dengan
kumpulan sorak sekolah untuk menunjukkan pelajar itu juga
popular.
Keagrisifan ialah tindakan untuk meluahkan rasa kecewa secara
agresif. Mereka akan mencederakan dan member ancaman untuk
membendung kekecewaan. Contohnya seseorang kanak-kanak akan maraung
dengan kuat kepada ibunya jika tidak dibelikan mainan.KAITAN ANTARA
KONSEP KENDIRI DENGAN PERSONALITI INDIVIDU.
Menurut Rogers (1959) kendiri merupakan satu organisasi atau aturan
persepsi yang konsisten yang dilihat sebagai aku, saya, atau
diri.Ini bermakna kendiri merupakan definisi yang diberi oleh
seseorang individu tentang dirinya kepada oranglain secara sedar
dengan menggunakan perkataan saya atau aku.
Konsep kendiri seorang individu itu akan kerap berubah kerana
setiap manusia akan cuba mencapaiaoa yang diingininya. Namun
begitu, setiap individu akan cuba untuk mengekalkan kualiti asal
yang ada pada dirinya sendiri. Hal ini bergantung kepada pengalaman
seseorang tentang pelbagai hal dari zaman kanak-kanak serta
persepsi keseluruhan yang ada pada diri individu tersebut. Konsep
kendiri terbentuk daripada perasaan penerimaan orang lain terhadap
dirinya dan bagaimana layanan yang diperolehi daripada keluarga,
masyarakat dan persekitaran. Ini bermaknapenilaian terhadap konsep
kendiri dapat dilihat daripada tiga sumber. Sumber yang pertama
ialah kasih sayang atau sokongan yang diterima
daripadapersekitaran. Sumber kedua ialah kemampuan dan keupayaan
diri dan sumber yang terakhir ialah penerimaan keluarga dan
masyarakat sekitar terhadap dirinya.
Menurut Rogers, dalam diri setiap individu terdapat diri unggul
iaitu bentuk atau konsep kendiri yangamat diingini oleh seseorang.
Diri unggul ini mempunyai elemen seperti persepsi dan makna yang
relevan pada dirinya serta sesuatu yang amat bernilai pada
dirinya.
Sebagai kesimpulan, personaliti seseorang itu mempunyai perkaitan
kuat dengan konsep kendiri. Ini kerana personaliti merupakan
sifat-sifat atau ciri-ciri yang dimiliki oleh seseorang individu,
seperti cara berfikir dan beremosi yang membolehkan dirinya
dibezakan dengan individu lain.
FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN KONSEP KENDIRI
Setiap kanak-kanak adalah berbeza antara satu sama lain. Contoh
perbazaan yang dapat dikenalpasti ialah perbezaan dari segi
pembentukan konsep kendiri. Perbezaan pembentukan konsep kendir
kanak-kanak dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti faktor model.
Model ialah individu yang diikut oleh kanak- kanak tersebut seperti
ibu bapa, rakan sebaya dan orang dewasa daripada pelbagai aspek
dalam kehidupan mereka. Oleh itu, kanak-kanak mestilah mendapat
bimbingan yang betul daripada golongan ini supaya konsep kendiri
negatif dapat dibentuk dalam diri mereka. Jika model mereka
bersifat negatif, maka kanak-kanak tersebut juga akan mengikut
segala perbuatan negatif yang dilakukan oleh model mereka. Justeru,
amat penting sekali kanak-kanak mendapat didikan yang betul dan
sempurna supaya konsep kendiri positi dapat dibentuk dalam diri
mereka.
Seterusnya, faktor persekitaran seperti budaya masyarakat setempat,
persepsi masyarakat dan peranan media massa juga merupakan elemen
yang penting dalam pembentukan sesuatu konsep kendiri. Budaya
masyarakat amat penting dalam pembentukan konsep kendiri kerana
kanak-kanak hidup dan dibesarkan di dalam masyarakat. Oleh itu,
sudah tentu berlakunya proses asimilasi tabiat budaya di dalam diri
kanak-kanak tersebut. Budaya lain seperti hedonisme juga
merupakanfaktor yang membentuk konsep kendiri kanak-kanak tersebut.
Media massa juga memainkan peranan yang penting. Pada peringkat
ini, media massa merupakan satu agen penyiaran yang penting kerana
kanak-kanak banyak menonton televisyen. Justeru, media massa perlu
bertanggungjawab dalam memastikan konsep kendiri positif dapat
dibentuk dalam diri kanak-kanak dengan menyiarkan saluran-saluran
yang berfaedah dan dapat menjana perkambangan minda
kanak-kanak.
Di samping itu, sifat semulajadi seperti baka dan persepsi terhadap
diri sendiri juga merupakan faktor pembentukan konsep kendiri. Baka
yang diwarisi oleh ibu bapa akan membentuk konsep kendiri
kanak-kanak tersebut. Oleh itu, bukan sahaja rupa paras sahaja yang
akan diwarisi oleh ibu bapa, akan tetapi perangai ataupun tabiat
ibu bapa tersebut juga akan mempengaruhi oleh kanak-kanak. Oleh
yang demikian, amat penting sekali ibu bapa untuk mengawal emosi
dan tingkah laku mereka supaya zuriat mereka menjadi baik
terutamanya ibu ketika mangandung kerana segala perbuatan,pemakanan
dan tingkah laku ibu akan turun kepada janin di dalam kandungannya.
Justeru, ibu bapa hendaklah menjaga segala perbuatan mereka supaya
zuriat mereka apabila dilahirkan nanti boleh menjadi seorang yang
berguna.
Akhir sekali, kepercayaan kepada nilai-nilai keperluan seperti
keselamatan, kasih sayang dan penghormatan diri adalah faktor
pembentukan konsep kendiri. Nilai kasih sayang sayang amat penting
sekali bagi seseorang kanak-kanak dalam membentuk konsep kendiri
dalam dirinya. Jika kasih sayang tidak diberikan sekucukupnya,
kanak-kanak tersebut akan membesar di dalam suasana yang serba
kekurangan. Keselamatan juga penting bagi kanak-kanak kerana mereka
masih kecil dan tidak dapat membezakan mana perkara yang bahaya dan
tidak bahaya. Oleh itu, amatpenting sekali bagi ibu bapa serta guru
untuk menjaga keselamatan kanak-kanak bagi memastikan mereka dapat
membentuk konsep kendiri yang positif.
PERANAN GURU DALAM PERKEMBANGAN KENDIRI MURID
Guru mestilah mengambil perhatian tentang perbezaan yang terdapat
pada murid kerana setiap kanak-kanak adalah berbeza antara satu
sama lain. Kesilapan guru ialah selalu mengandaikan murid-muridnya
dalam sebuah kelas adalah sama. Hal ini akan membawa kepada
pembentukan konsep kendiri yang salah. Oleh yang demikian, guru
perlu memperbetulkan tanggapan yang salah ini serta guru mestilah
memainkan peranan penting untuk membantu kanak-kanak dalam
membentuk konsep kendiri yang positif.
Dalam hal ini, guru perlu peka dengan kebolehan dan minat setiap
murid. Komunikasi dan interaksi yang baik dengan murid dapat
membantu guru mengetahui kebolehan dan minat mereka. Dengan cara
ini, guru boleh menggunakan kebolehan yang terdapat dalam diri
murid untuk meningkatkan konsep kendiri yang positif dalam diri
kanak-kanak tersebut.
Apabila kanak-kanak sedar akan keupayaan diri mereka, keyakinan
diri mereka akan meningkat. Hal ini membolehkan kanak-kanak
tersebut menjalinkan hubungan sosial yang baik dengan individu yang
berada dekat denga persekitaran mereka. Oleh yang demikian, ia akan
membawa kepada kemahiran interaksi yang baik, gaya percakapn yang
berhemah dan dapat mengawal emosi dengan bijak. Ini adalah konsep
kendiri positif yang terbentuk di dalam diri murid tersebut. Oleh
itu, guru perlu menunjukkan tauladan yang baik serta menjadi model
dalam pembentukan kendiri yang positif kepada murid-murid.
Selain itu, guru perlu merancang aktiviti pelajar yang berpusatkan
murid. Apabila murid diberi peluang untuk menunjukkan kebolehannya
di dalam bilik darjah, ia dapat monolong kanak-kanak membina konsep
kendiri yang baik. Kanak-kanak juga perlu diberi peluang untuk
menerokakebolehan dan menggunakan bakat yang unik yang ada dalam
setiap kanak-kanak.
Aktiviti luar bilik darjah seperti aktiviti kokurikulim juga dapat
menanamkan sikap yang positif dalam diri murid-murid.
Aktiviti-aktiti yang memerlukan murid-murid bekerja dalam kumpulan,
menyelesaikan masalah, berdikari, berdisiplin, tolong-menolong dan
menonjolkan sifat kepimpinan akan membantu murid membina konsep
kendiri yang positif.
Oleh itu, guru perlu memberi sokongan dan dorongan kepada
kanak-kanak serta membimbing dan menasihati mereka supaya
kanak-kanak merasakan diri mereka berkebolehan dan berkeyakinan.
Justeru, hal ini akan membantu membina watak kanak-kanak yang sihat
dalam semua perkembangan.
top related