pengenalan kepada konsep perumahan honeycomb
Post on 04-Jul-2015
1.407 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
TAKLIMAT MULTIMEDIA
Konsep Perumahan demi Memakmurkan Rakyat dan Negeri
Perumahan “Honeycomb”
Mampu Milik
Rumah murah yang sediada di tanah air kita ada banyak kekurangannya. Kajian UPM telah mendapati tahap ketidak-puasan yang tinggi terutamanya rumah terlampau panas, dapur terlalu kecil dan atap bocor, Keselamatan dari jenayah merupakan satu lagi isu yang rumit. Tinjauan IKMAS and NST tahun lalu menunjukkan isu inilah menjadi kerunsingan utama. Satu lagi aspek keselamatan adalah bahaya kenderaan: jalan-jalan lurus yang terdapat di hadapan rumah-rumah teres terlalu bahaya untuk kanak kanak(5).
Rumah Murah
Bukan sahaja dalam rumah sahaja yang panas. Suhu kawasan luar rumahpun semakin panas. Menurut rekod yang ada Kuala Lumpur bertambah panas dengan kadar 0.6 darjah Celsius setiap dekad (6,7). Ini disebabkan bandaraya ini makin lama makin menjadi hutan batu. Walaupun sekarang lebih banyak pokok di tanam, kita dapati dari segi ekologi ia seperti gurun. Hidupan liar yang nampaknya sesuai dengan keadaan bandar kita adalah gagak dan nyamuk..
Problem: „Heat Island Effect‟Many cities are getting hotter
by 0.10C to 0.60C per decade
Baltimore USA 0.10C per decade
Shanghai China 0.1
Oakland USA 0.2
Tokyo Japan 0.3
Los Angeles USA 0.4
Kuala Lumpur 0.6
Conclusion: KL holds the world record !
Bukan sahaja susunatur rumah teres begitu membosankan
dari segi astetik (8), mereka juga menjadi sarang masaalah
sosial.
Di Selangor terdapat banyak rumah murah yang tak terjual.
Seorang pemaju mengeloh ”kami tak mahu bina rumah
muarah yang merugikan kami, tapi kerajaan paksa bila siap
rakyat tak mahu beli”. Kerajaan Selangor telah giat
mengimplementasikan polisi setiggan sifar. Tapi rumah –
rumah baru yang dibina tidak popular. Dikawasan setinggan
sebelum dipindah selalunya banyak bendera UMNO. Tapi
dekat flat flat yang baru pula, susah nak cari,.
POLISI RUMAH MURAH HARUS DIKAJI SEMULA
Figure 8
Tiap-tiap hari ada notis lelong dalam surat khabar. Harga
rezab banyak rumah murah di kawas -an Bukit Rawang di
utara Kuala Lumpu, harga rezabnya begitu rendah –
RM35,000, RM25,000, bawah RM20,000 pun ada. Kesian
orang-orang miskin yang tak berdaya membayar hutang
bank: orang kaya beli rumah naik harga, orang miskin beli
rumah turun harga,
Polisi perumahan melibatkan banyak aspek; perancangan
fisikal hanya satu daripada faktor-faktor yang mustahak.
Namun ia merupakan satu isu yang pokok.
Perumahan “Honeycomb” Mampu MilikMazlin Ghazali tessellar@gmail.com
Pengenalan
Konsep perumahan “Honeycomb”, boleh dilihat pengganti
kepada susunatur rumah teres. Kami cadangkan setiap
rumah disusun sekeliling satu halaman dimana terdapat
pokok-pokok rendang (1). Halaman “cul-de-sac” bukan
semata-mata untuk laluan kenderaan: ia merupakan
ruang yang selamat dari bahaya kenderaan laju dan
gejala jenayah, malah cukup selamat sebagai ruang
bermain, sekalipun untuk kanak-kanak yang belum
sekolah.
Sememangnya rumah-rumah “cul-de-sac” (2) telah lama
popular di negara maju seperti US dan Australia. Namun
apa yang dicadangkan di sini, bukan sahaja untuk
perumahan mewah, malah juga sesuai sebagai alternatif
kepada rekabentuk rumah kos sederhana-rendah dan
kos rendah
Sekira disekeliling setiap halaman kita bina rumah banglo, tentu sekali rumah sedemikian merupakan rumah mewah harga tinggi. Kalau di pinggir Kuala Lumpur harga satu rumah lebih dari RM 1juta! Tetapi macam mana jika kita bahagikan rumah itu kepada dua pintu rumah, satu menghadap kearah satu halaman dan satu lagi kearah halaman yang lain (3). Sebagai contoh, katakan rumah banglo yang asal, keluasan bangunannya 4000 kp dan keluasan tanah 6000kp. Jadi, rumah yang kami belah dua tadi, kelasan bangunannya hanya 2000kp dan keluasan tanah, 3000. Kalau kami belah tiga pula? Maka keluasan bangunan kembar tiga ini keluasa terbinanya turun kepada lebih kurang 1300kp dan keluasan lotnya, 2000kp.
Jadi kita boleh lihat bagaimana rumah harga sejuta lebih tadi dibuat lebih sesuai untuk golongan pendapatan menengah.
Macam mana pula kalau kita belah empat – dua unit menghadap satu halaman, dan yang dua lagi berdepankan halaman yang lain. Keluasan terbina rumah kembar empat ini hanya 1000kp dan keluasan tanahnya 1500kp. Ini dah seperti rumah teres biasa. Sekiranya kami bahagikan pula kepada enam pintu, setiap rumah keluasan bangunan setiap pintu hanya 670kp, dan keluasan tanah hanya 1000kp. Ini setara dengan keluasan rumah murah diatas lot 20‟X50‟!
Setiap kali kita memecahkan bangunan supaya mengandungi lebih banyak unit, maka keluasan bangunan lagi kecil, jumlah unit bertambah, oleh itu kepadatan susunaturpun meningkat. Maka harga rumah dapat di kurangkan.
Patutlah sekiranya mutu kemasan dan keluasan bangunan dan tanah rumah mewah adalah berkali-kali ganda rumah yang murah. Tetapi cuba lihat pula bagaimana mutu kualiti persekitaran yang terdapat pada halaman “cul-de-sac” yang kami sediakan tidak langsung terjejas. Sama-ada untuk perumahan mewah harga sejuta lebih, ataupun untuk rumah kos rendah sekalipun keluasan dan mutu halaman adalah sama sahaja.
Matlamat “Honeycomb”
Tujuan kami adalah untuk membentuk semula dalam perumahan baru kami elemen sosial dan fisikal yang terbaik yang pernah wujud dalam kampung halaman kita semua: dimana depan rumah kita ada ruang yang hijau dan rendang; dimana anak-anak kita boleh bermain diluar kawasan rumah bersama-sama kawan tanpa was was yang timbul dari bahaya jenayah dan lalulintas kenderaan; dimana kita kenal siapa dia jiran-jiran kita, dengan wujudnya pertalian sahabat dan semangat masyarakat setempat. Tentunya sesuatu yang lebih menarik sekira dibanding degan rekabentuk dan susunatur rumah teres yang begitu lumrah.
Lebih dari itu, konsep “honeycomb” bukan sahaja boleh menyesaikan masaalah mutu perumahan dari segi fisikal dan sosial, tetapi pendekatan ini tidak meningkatkan kos pembangunan. Malah dengan kaedah ini, jumlah unit yang boleh dibina dalam setiap ekar boleh ditingkatkan dan kos prasarana dapat dikurangkan.
Asas Teori Rekabentuk “Honeycomb”
Konsep “Honeycomb” adalah diilhamkan dari konsep
“tessellasi” atau “cantuman-adu” iaitu satu cabangan ilmu
hisab yang mengkaji rekabentuk dan penyusunan jubin.
Dalam seluruh sejarah rekabentuk dan peyusunan jubin,
ahli seni dan karyawan Islamlah yang teragong.
Umpamanya corak dibawah dari Alhambra di selatan
Sepanyol pada zaman pemerintahan Islam dikurun ke15.
Selayang pandang (5), tentulah kita fikir corak jubin ini
sungguh rumit hendak disusunkan. Ada bintang sembilan, the
bintang empat, bentuk mata lembing, bentuk daun,dan lain
lain. Akan tetapi corak yang kompleks ini dibina dari hanya
satu carak jubin yang kecil dan begitu simple. Di sinilah
letaknya kemahiran kreatif karyawan jubin tamaddun Islam
pada satu masa dahulu - corak dan rekabentuk jubin yang
begitu halus dan kompleks boleh dihasilkan kaedah yang
begitu mudah. Dalam konsep “Honeycomb” kami
mengapplikasikan kuasa kreatif ilmu cantuman-adu ini kepada
bidang perancangan bandar!
Perancangan “Honeycomb”
Kita bermula dengan corak jubin yang berbentuk segi enam yang mengandungi tapak-tapak lot dan bangunan rumah (warna merah), jalan akses (kuning) yang membulat dan kawasan lapang (hijau) di bahagian tengah. Sekumpulan rumah yang kecil, 16 pintu dalam contoh ini (6), disusun sekeling halaman, bagaikan keluarga duduk semeja. Kelumpuk sejiran ini disempadankan dengan pagar belakang rumah. Hanya ada satu jalan masuk. Taman hijau di tengah halaman menjadi medan untuk anak anak bermain dan interaksi sosial. Satu ruang yang boleh dikirakan sebagai seauatu yang menjadi milik bersama. FaKtor inilah yang boleh menolong mewujudkan semangat kekitaan dikalangan jiran sehalaman ini. Kami menjadikan corak sehalaman ini sebagai carak jubin asas kawasan perumahan yang hendak dirancangkan.
Corak ini boleh disusun-adu untuk membentuk pula kelumpuk yang lebih besar, iaitu satu komuniti “cul-de-sac” yang mengandungi tiga halaman berasingan dengan 46 pintu rumah yang mana hanya ada satu jalan masuk. Bentuk ini boleh dicantum-adukan lagi untuk membina satu kejiranan taman yang mengandungi 250 buah rumah yang dikelilingi jalan pengagih atau distribution road. Berdasarkan elemen-elemen ini kita boleh menyusun-atur mana-mana tapak.
Dalam contoh iberikuti, tapak 80 ekar ini disusun dengan corak jubin kejiranan
taman.(9). Kemudian jubin jubin ini di potong supaya mengikut bentuk
sempadan. Seterusnya satu sistem jalan menurut hierarki di bentuk – ada
jalan utama yang merentasi taman ini, diikuti dengan jalan secondary yang
semulanya bertembung dengan jalan utama. Setiap rumah terletak dalam
kelumpuk sehalaman atau kelumpuk “cul-de-sac” yang jalan-masuknya
adalah melalui jalan utama atau jalan “secondary” tersebut. Dengan sistem
jalan hierarki ini masalah takut sesat dapat diatasi .
Konsep Kejiranan BaruKonsep kejiranan dalam perancangan sedia-ada berasaskan idea “neighburhood unit” yang diperintis oleh pakar sosiologi Amerika, Clarence Perry pada tahun 1927, dimana saiz kejiranan itu diantara 6000 hingga 9000 penduduk, iaitu jumlah penduduk yang boleh memerlu satu sekolah rendah.
Rumusan yang kita boleh dapati dari penyelidikan sosiologi yang terkini yang berkisar kepada konsep “conversation group”, “sympathy group”, kerjasama sosial dan masaalah “bystander problem”, “free-rider” dan “social loafing”. Kesemua penyelidikan ini memperkatakan bagaimana interaksi, perhubungan dan kerjasama sosial dan harus ada dalam demi mewujudkan semangat kejiranan tidak effektif dalam kumpulan yang terlalu besar.
Menurut konsep kejiranan “Honeycomb” seorang individu sebahagian dari keluarga, yang sebahagian daripada komuniti sehalaman, yang sebahagian daripada komuniti taman, yang menjadi sebahagian daripada komuniti negeri dan seterusnya.
“Shared Streets‟Rangkaian jalanraya “Honeycomb” mengandungi cul-de-sac and jalan penghubung yang pendek dan jalan-jalan ini memebawa kepada jalan penghubung yang melingkar (10). Pemandu kenderaan tidak boleh bergerak laju dengan corak jalan sebegini, oleh itu ia lebih selamat untuk pejalan kaki dan kanak-kanak. Konsep “shared street” dimana kereta, pejalan kaki dan kanak-kanak berkongsi kegunaan jalanraya kawasan perumahan adalah satu idea yang telah dilaksanakan di negari Belanda, Jerman, Austria dan Britain, dan didapati konsep ini disukai ramai samping berjaya menurukan kadar kemalangan(11).
Terdapat juga ruang yang sesuai untuk tempat kereta pelawat dalam rangkaian jalan “Honeycomb”
“Defensible space”Susun-atur “Honeycomb” dengan sendirinya mewujudkan satu hierarki ruang dimana terdapat ruang persendirian, ruang separa persendirian, ruang separa awam dan ruang awam. Penduduk ada pengaruh keatas persekitaran di hadapan pintu pagar mereka; para pelawat boleh dapat merasai bila mereka memasuki kawasan separa persendirian. Rekabentuk halaman “Honeycomb” membenarkan penduduk memerhati dengan senang apa yang berlaku di luar. Mereka boleh kenal siapa jiran dan siapa orang luar. Inilah maksudnya “ruang yang boleh dipertahankan”. Tambah lagi, lorong belakang - ia itu punca 30% dari kes pecah masuk – lansung tidak ada.
Kawasan sosial dan riadah bagi setiap lapisan rakyat
Ruang di depan rumah yang ibu-bapaboleh memerhati, yang selamat dari lalulintas dan orang yang tidak dikenali menjadi kawasan bermain yang sesuai unyuk kanak-kanak pra-sekolah. Kanak-kanak lebih besar boleh bermain di padang yang terletak lebih jauh dari rumah.
Kawasan taman d tengah halaman juga sesuai untuk warga tua dan kurang upaya. Tanpa peluang untuk bergaul dengan masyarakat setempat mereka akan rasa terpencil. Inilah yang berkurangan sangat di taman-taman perumahan yang sedia-ada.
SUASANA MESRA ALAM
Perumahan kontur
Untuk membina rumah teres yang panjang dengan murah,
bukit perlu dicantas, lembah dan sungai ditimbus. Unit-unit
rumah “Honeycomb” adalah lebih kecil dan padat; pertukaran
paras boleh dilakukan di antara bangunan. Ini mengurangkan
isipadu tanah cantas dan timbus
Mengurangkan kesan pulau haba
Bahagian bahu jalan rumah teres dengan kabel,longkang dan
saluran paip tidak sesuai untuk pokok-pokok : pohon besar
dan rendang boleh hidup dengan suburnya di taman-taman
yang terdapat di depan setiap rumah “Honeycomb”.
Penebangan pokok-pokok untuk membina hutan batu adalah
penyebab utama kesan “heat-island”.
Peneduhkan jalan dan binaan landskap luar adalah oleh
rimbunan pokok mengurangkan suhu luaran. Tambah lagi
penyejatan atau “codensation” daun-daun akan menyejukkan
lagi udara
Biodiversiy dalam kawasan bandar
Lanskap di kawasan perumahan “Honeycomb” bukan sahaja
untuk kecantikan persekitaran malah boleh menjadi sumber
makanan dan habitat untuk spesis binatang kecil terutama
sekali burung-burung. UPM sedang mengkaji bagaimana
spesis rama-rama, burung dan mamalia kecil boleh
dikembang-biak di kawasan bandar.
RUMAH HONEYCOMB
SESEBUAH
RUMAH BANGLO
BIASA
Rekabentuk rumah generasi baru
Rumah teres yang begitu lumrah itu sudah berkali-kali
direkabentuk semula. Merekabentuk rumah teres telah
menjadi kerja membosankan. Perumahan “Honeycomb”
merupakan cabaran baruPendekatan menghasilkan jenis
rumah yang barui. Bentuk baru ini memberi ruang yang
lebih besar lagi kepada para arkitek.
Banglo dengan tampak hadapan terbuka luas
Rumah banglo buka hadapannya biasany berukuran 60‟.
Ini mengakibatkan tampak hadapan yang sempit.
Rumah banglo bentuk “Honeycomb” memiliki tampak
hadapan yang jauh lebih luas, yang menghasilkan
pemandangan tampak hadapan yang lebih menarik.
Bentuk serupa banglo
Rumah berangkai “Honeycomb”sesuai disambungkan
belakang rumah dengan belakang rumah, manakala
jalan masuk rumah pula adalah dari halaman yang
berlainan. Rumah Kembar Dua dan Kembar Tiga
kelihatan seperti rumah Banglo apabila dipandang
dari depan (19-21)
KEMBAR TIGA
KEMBAR DUA
KEMBAR DUA
KEMBAR TIGAGambarajah 21
12
KEMBAR EMPAT KEMBAR ENAM
Bentuk serupa rumah kembar
Rumah Kembar Empat serta Enam Lapan boleh
disambung antara tepi dengan tepi atau belakang
dengan belakang dan kelihatan seperti rumah
Kembar
KEMBAR EMPAT
KEMBAR ENAM
1
2
3
4
PENGGUNAAN TANAH LEBIH
EFISYEN Susunatur “Honeycomb” yang mengandungi 5 unit
rumah jenis kembar empat dan kembar enam di
bandingkan dengan tata-atur rumah teres yang
bersamaan dengan 5 unit tadi. Kami dapati
susunan “Honeycomb” adalah lebih efisyen
kerana peratusan keluasan jalan telah menurun
dari 41% untuk rumah teres kepada hanya 26%:
tanah rumah banglo yang boleh dijual meningkat
dari 52% ke 67%. (25-26).
5 UNIT
HONEYCOMB HOUSE TERRACE HOUSE
(SM) (%) (SM) (%)
ROAD 334 26 611 41
GREEN 93 7 103 7
HOUSE 861 67 761 52
TOTAL 1288 100 1475 100
16 UNIT
HONEYCOMB HOUSE TERRACE HOUSE
(SM) (%) (SM) (%)
ROAD 879 23 1323 35
GREEN 264 7 269 7
HOUSE 2721 70 2190 58TOTAL 3864 100 3782 100
Kami buat pula perbandingan 16 unit. Di sini
keluasan jalan susunatur “Honeycomb” hanya 23%
berbanding dengan 35% untuk rumah teres; keluasan
tanah yang boleh dijual adalah70%, meningkat dari
58%. Jelas dari rajah di bawah penggunaan tanah
kaedah “Honeycomb” jauh lebih berkesan.
Gambarajah 26
.
Terrace
Road 47% 33%
Saleable land 44% 58%
Green area 9% 9%
Number of units
per acre
15 units 15 units
Average lot size 1261 sf 1658 sf
30% larger!
Kita lihat pula dua tapak yang mana ukuran masing-masing
sesuai sekali untuk susunatur rumah teres dan rumah
“Honeycomb”. Di sini lagi sekali kita dapat lihat bagaimana
kaedah “Honeycomb” menghasilkan jumlah keluasan jalan
yang lebih rendah dan jumlah tanah rumah yang lebih tinggi.
Dalam contoh ini peratusan kawasan lapang dan jumlah unit
disamakan; oleh kerana itu, purata saiz sebuah rumah
meningkat 30% (Rajah 26-28).
Kami telah membuat beberapa kajian terperinci yang
membuat perbandingan di antara susunatur teres yang
disediakan oleh pemaju dan tata-atur “Honeycomb”.
Hasilnya semua sangat menyakinkan. Perbandingan
untuk projek diatas tapak 18 ekar di Demak Laut,
Kuching adalah satu contoh (29-30)
Di sini jumlah unit adalah sama.. Alternatif rumah
teres hanya menghasilkan tanah jualan 40%
daripada keluasan keseluruhan. Ini adalah biasa
untuk kebanyakkan projek perumahan. Tetapi, bagi
susunan “Honeycomb”, tanah untuk di jual mencapai
tahap 43%, manakala kawasan lapang juga lebih
besar. Ini adalah akibat penjimatan tanah untuk
rezab jalan yang menurun 15% (31)!SUSUNATUR “HONEYCOMB”
RUMAH TERES
COMPARISON BETWEEN TERRACE HOUSING AND TESSELLATION
Jarak dan keluasan susunatur rumah “Hneycomb” kembari-enam dan tatatur perumahan teres yang setara boleh di nyatakan dalam bentuk variable x, y, dan seterusnya. Dengan menggunaTeoremPythagoras dan Penyelesaian Persamaan Kuadratik, satu model matematik yang membandingi dua alternatif ini dapat dihasilkan (32-33).
Kita dapat mengkaji bagaimana efisyensi dan kepadatan dipengaruhi keluasan tepubina rumah, iaitu kawasan rumah yang dibenarkan mendirikan bangunan selepas Dengan memasukkan input yang berlainan bagi keluasan tepubina, hasilnya, ia itu % tanah yang boleh dijual atau kepadatan, boleh direkod di atas gambarajah (34-35)
Kami dapat buktikan secara matematikbahawa jenis rumah kembar-enam dalam perumahan Cantuman-Adu sentiasa lebih padat dan efisyen dari perumahan teres.
SUSUNATUR “HONEYCOMB”
RUMAH TERES
PANGSAPURIKita boleh juga pakai konsep “Honeycomb” untik apartmen. Sebagai
alternatif kepada flat 5 tingkat yang memanjang dan berderet, adalah
blok pangsapuri “Honeycomb” yang padat yang disusun dalam
kelumpuk segi-enam. Terdapat halaman komuniti di tengah-tengah
setiap kelumpuk blok. Tambah lagi, disetiap tingkat, unit unit pangsapuri
disusun mengelilingi lobi yang berbentuk bulat. Lobi ini menjadi kawasan
luar untuk dinikmati bersama oleh jiran-jiran di tingkat yang sama. Boleh
diletak perkakas permainan atau taman dalaman ataupun pancutan air.
Pangsapuri disini direkabentuk supaya memiliki tingkap yang menghala
kearah lobi ini supaya ianya boleh diperhati oleh para penduduk demi
keselamatan bersama dan menghindari dari gejala vandalisme.
Gambarajah 37
Ini adalah contoh pangsapuri 850 kp. Tidak begitu susah
hendak merekabentuk blok segi-enam ini. Ada pintu masuk
utama ke ruang makan dan ruang tamu. Ada juga pintu kedua
melalui tempat jemur kain dan dapur yang luas. Kesemua
kawasan basah dikumpulkan bersama untuk menyenangkan
pembinaan; akses kepada 3 bilk tidur adalah melalui ruang
keluarga. Ruang tamu dan makan memiliki pemandangan luar
melalui balkoni dan pintu gelongsor yang lebar.
Gambarajah 40
Perumahan yang memakmurkan rakyat
Hampir semua orang ingin memiliki rumah sendiri. Bagi mereka yang sudah ada rumah, lazimnya, inilah aset mereka yang terbesar. Jadi dimanakah terletaknya nilai sesbuah rumah itu? Jawapan dari valuer atau estate agent, ada 3 faktor – lokasi, lojasi, lokasi.
Bukan batu-bata dan konkrit, atau mutu kemasan dalaman sama ada marmar atau jubin biasa, atau style senireka yang menjadi penentu nilai sesebuah rumah. Dan bila kita katakan lokasi, ia bukan semata-mata soal geografi yang mudah.. Flet Bangsar Baru di Kuala Lumpur umpamanya di tengah bandar tetapi harganya tidak tinggi. Siapa mahu duduk dalam sarang masaalah sosial - slum – dimana ada kematian kerana terhempap basikal yang dibuang dari tingkat atas!
Rumah-rumah yang selesa, dalam kawasan yang selamat
dengan jiran-jiran yang baik, yang dilihat sebagai lokasi yang
agak sunyi dan eksklusif, dengan pokok yang rendang dan
hijau. Rumah-rumah beginilah yang boleh naik harga.
Pemilik-pemilik rumah “Honeycomb” yang hidup dengan
harmoni sesama sendiri, menjaga dan memperbaiki halaman
di depan rumah masing-masing, yang sama sama
mewujudkan semangat kejiranan dan kekitaan, mereka
bukan sahaja mendapat menfaat dari „quality of life‟ yang
baik, tetapi juga mendapat manfaat dari peningkatan nilai
aset mereka.
Table 42
top related