perumahan – part 2 (2015):

58
Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 1 Perumahan – Part 2 (2015): Berita Harian (cont.): PR1MA sasar 250,000 rumah diluluskan menjelang akhir tahun SABTU, 11 JULAI 2015 @ 4:24 PM KUALA LUMPUR: Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) menyasar 250,000 unit rumah mampu milik diluluskan oleh lembaga pengarahnya menjelang akhir tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Abdul Mutalib Alias, berkata lembaga pengarah sudah meluluskan 153,000 unit di 10 lokasi di seluruh negara, kecuali Labuan. "Kami sudah pun menerima 1,016,000 permohonan untuk rumah PR1MA setakat ini, dan permintaan sangat menggalakkan," katanya pada sesi pengundian bagi projek PR1MA@Cyberjaya 1 di sini, hari ini. Sesi pengundian itu dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah yang juga anggota lembaga pengarah PR1MA. Perumahan PR1MA disasarkan untuk rakyat Malaysia berpendapatan sederhana dengan purata pendapatan isi rumah antara RM2,500 dan RM10,000, berusia lebih 21 tahun dan belum memiliki lebih daripada satu hartanah individu atau keluarga. Unit terbabit dijual antara RM100,000 dan RM400,000. Mengulas dakwaan bahawa perumahan PR1MA semakin mahal hingga RM400,000, yang tidak mampu dibeli, Abdul Mutalib berkata dakwaan itu tidak benar. "Setakat ini perumahan kami tidak melebihi RM400,000, dan kebanyakan projek menawarkan harga antara RM250,000 dan RM300,000 seunit dan hanya ada beberapa unit berharga lebih RM350,000," katanya. Beliau berkata dasar membenarkan pembeli kali kedua membeli kediaman PR1MA bersama pembeli kali pertama, namun kelebihan diberikan kepada pembeli kali pertama. Ini bertujuan memberi peluang kepada mereka yang sudah memiliki rumah sebelum PR1MA ditubuhkan, yang jauh dari tempat kerja, untuk memiliki kediaman di lokasi yang ideal, katanya. Namun katanya, nisbah peruntukan kepada pembeli kali pertama adalah lebih tinggi iaitu 9:1 mengikut lokasi dan mungkin 7:3 di tempat lain. Bagaimanapun katanya 90 peratus pemohon masih belum memiliki rumah. Mengenai pengundian projek PR1MA@Cyberjaya membabitkan 325 pangsapuri, syarikat itu menerima permohonan 16 kali lebih besar berbanding unit yang ditawarkan. Pemohon yang berjaya dijadual memilih unit masing-masing pada minggu ketiga Ogos. Abdul Mutalib berkata, pada 2015, 6,240 unit kediaman menerusi lapan projek, akan diundi. Beliau berkata, maklumat mengenai pengundian hari ini dimuat naik dalam akaun Facebook syarikat itu, dengan pemohon dimaklumkan menerusi e-mel sebelum proses terbabit. Ia adalah inovasi yang boleh mengurangkan masa pemprosesan pengundian, katanya. - BERNAMA Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/67278

Upload: lydien

Post on 14-Jan-2017

272 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 1

Perumahan – Part 2 (2015):

Berita Harian (cont.):

PR1MA sasar 250,000 rumah diluluskan menjelang akhir tahun

SABTU, 11 JULAI 2015 @ 4:24 PM

KUALA LUMPUR: Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) menyasar 250,000 unit rumah mampu milik diluluskan oleh lembaga pengarahnya menjelang akhir tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Abdul Mutalib Alias, berkata lembaga pengarah sudah meluluskan 153,000 unit di 10 lokasi di seluruh negara, kecuali Labuan. "Kami sudah pun menerima 1,016,000 permohonan untuk rumah PR1MA setakat ini, dan permintaan sangat menggalakkan," katanya pada sesi pengundian bagi projek PR1MA@Cyberjaya 1 di sini, hari ini. Sesi pengundian itu dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah yang juga anggota lembaga pengarah PR1MA.

Perumahan PR1MA disasarkan untuk rakyat Malaysia berpendapatan sederhana dengan purata pendapatan isi rumah antara RM2,500 dan RM10,000, berusia lebih 21 tahun dan belum memiliki lebih daripada satu hartanah individu atau keluarga. Unit terbabit dijual antara RM100,000 dan RM400,000. Mengulas dakwaan bahawa perumahan PR1MA semakin mahal hingga RM400,000, yang tidak mampu dibeli, Abdul Mutalib berkata dakwaan itu tidak benar. "Setakat ini perumahan kami tidak melebihi RM400,000, dan kebanyakan projek menawarkan harga antara RM250,000 dan RM300,000 seunit dan hanya ada beberapa unit berharga lebih RM350,000," katanya.

Beliau berkata dasar membenarkan pembeli kali kedua membeli kediaman PR1MA bersama pembeli kali pertama, namun kelebihan diberikan kepada pembeli kali pertama. Ini bertujuan memberi peluang kepada mereka yang sudah memiliki rumah sebelum PR1MA ditubuhkan, yang jauh dari tempat kerja, untuk memiliki kediaman di lokasi yang ideal, katanya. Namun katanya, nisbah peruntukan kepada pembeli kali pertama adalah lebih tinggi iaitu 9:1 mengikut lokasi dan mungkin 7:3 di tempat lain. Bagaimanapun katanya 90 peratus pemohon masih belum memiliki rumah. Mengenai pengundian projek PR1MA@Cyberjaya membabitkan 325 pangsapuri, syarikat itu menerima permohonan 16 kali lebih besar berbanding unit yang ditawarkan. Pemohon yang berjaya dijadual memilih unit masing-masing pada minggu ketiga Ogos.

Abdul Mutalib berkata, pada 2015, 6,240 unit kediaman menerusi lapan projek, akan diundi. Beliau berkata, maklumat mengenai pengundian hari ini dimuat naik dalam akaun Facebook syarikat itu, dengan pemohon dimaklumkan menerusi e-mel sebelum proses terbabit. Ia adalah inovasi yang boleh mengurangkan masa pemprosesan pengundian, katanya. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/67278

Page 2: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 2

Pinjaman perumahan penjawat awam tidak akan dihentikan - Perbendaharaan

RABU, 8 JULAI 2015 @ 11:49 AM

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan menghentikan pinjaman perumahan kepada penjawat awam seperti yang dilaporkan oleh sebuah stesen televisyen dalam talian baru-baru ini, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah. Laporan itu menyebut bahawa kerajaan akan berbuat demikian bagi mengukuhkan kedudukan fiskal negara. "Kementerian kewangan amat kesal atas kenyataan tersebut yang disiarkan tanpa merujuk kepada Kementerian terlebih dahulu," katanya.

Malah, katanya, kerajaan akan menambah baik urusan pembiayaan pinjaman perumahan untuk penjawat awam. Untuk itu, katanya, kerajaan telah menubuhkan sebuah badan berkanun yang dikenali sebagai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) di bawah Kementerian Kewangan untuk menguruskan semua perkara berkaitan pinjaman perumahan penjawat awam. "LPPSA akan memastikan pinjaman perumahan dibuat secara lebih efisyen dengan mengekalkan segala terma dan kemudahan sedia ada," katanya. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/66572

Johor perlu sistem permudah beli rumah mampu milik

SABTU, 4 JULAI 2015 @ 7:55 AM Oleh Junita Mat Rasid [email protected]

Isu perumahan menjadi antara topik perbincangan panas di Johor, apatah lagi bandar raya Johor Bahru sememangnya dibanjiri golongan pekerja yang mencari rezeki termasuk mereka yang berulang-alik bekerja di Singapura. Jika ditanya berapa ramai anak muda yang sudah bekerja antara lima hingga 10 tahun yang memiliki rumah sendiri, pasti rata-rata akan menjawab mereka masih menyewa atau menumpang rumah keluarga. Pekerja bujang atau berkeluarga tidak mempunyai pilihan apabila hanya sekadar menyewa rumah dengan kadar bermula daripada RM600 hingga mencecah RM2,000, malah ada yang sekadar menyewa bilik atau rumah setinggan yang lebih murah. Harga rumah di bandaraya Johor Bahru, malah mungkin juga di semua bandar besar lain di seluruh negara, kini dianggap terlalu mahal dan di luar kemampuan kebanyakan orang untuk membelinya.

Tumpu projek rumah mewah

Pada masa sama pemaju kini dikatakan lebih memberi tumpuan kepada projek rumah mewah dan ia dibuktikan lagi apabila sepanjang dua minggu lalu saja, pemaju melancarkan projek perumahan mewah dengan setiap unit berharga bermula lebih RM1 juta sehingga hampir RM3 juta. Bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana, mana mungkin mereka mampu memiliki rumah yang selesa di lokasi strategik. Jika 10 tahun lalu, dengan kadar RM300,000 sudah dapat memiliki rumah mewah, namun kini dengan kadar sama, mereka hanya mampu memiliki rumah seumpama rumah kos rendah. Tidak dapat dinafikan projek pembinaan rumah dibina berdasarkan kepada permintaan dan ini menunjukkan mungkin semakin ramai yang mampu membeli rumah dengan harga tinggi. Kata orang bila ada duit lebih, bolehlah buat banyak pilihan.

Page 3: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 3

Pembangunan Johor yang dikatakan berada di landasan terbaik apabila mendapat pelaburan tertinggi di negara ini dalam tempoh dua tahun berturut-turut, sudah pasti sedikit sebanyak turut menyumbang kepada peningkatan nilai hartanah di Johor. Walaupun Kerajaan Pusat dan negeri bertekad menetapkan sasaran jumlah rumah dibina untuk keperluan rakyat Johor, kita berharap semua pihak bekerjasama memastikan keperluan perumahan untuk semua golongan di negeri ini. Kerajaan negeri turut mengumumkan untuk memberi perhatian kepada keperluan rumah untuk rakyat negeri ini dan dasar perumahan berjaya menetapkan sasaran 42,000 unit rumah mampu milik bernilai tidak melebihi RM150,000 dapat disiapkan menjelang tahun 2018, berbanding sasaran awal 28,000 unit rumah. Kita berharap bukan hanya golongan kurang berkemampuan, malah bagi yang tergolong dalam berpendapatan rendah dan sederhana juga turut berpeluang untuk menaruh harapan memiliki rumah di bawah pelbagai program yang dijalankan kerajaan seperti pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Mampu Milik.

Selesai isu pinjaman

Johor boleh menggunakan agensi di bawah kerajaan negeri seperti Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) dan Johor Corporation (JCorp) untuk terus membina rumah yang mampu dimiliki semua golongan rakyat di negeri ini. Pada masa sama, kerajaan perlu mewujudkan satu sistem yang lebih berkesan bagi menyelesaikan isu pinjaman perumahan yang menjadi masalah besar kepada pemohon serta pembeli rumah mampu milik di negeri ini termasuk meningkatkan serta memantapkan lagi proses jual beli serta pengagihan rumah.

Sudah pasti kita tidak mahu golongan ini hanya mampu melihat rumah itu dan tidak mampu memilikinya atau sekadar mampu melawat pameran perumahan tetapi tidak mampu untuk bersama-sama menjadi pembelinya, apatah lagi rumah di kawasan pembangunan Iskandar Malaysia yang kini harganya meningkat kepada 154 peratus dalam tempoh enam tahun. Tidak keterlaluan jika dikatakan isu projek perumahan ini menjadi antara isu yang cukup dekat di hati rakyat, malah boleh dikatakan ia menjadi antara penanda aras kemajuan rakyat di negeri ini. Projek pembinaan bangunan tinggi atau kompleks beli-belah saja tidak menjadi penentu pembangunan negeri ini, sebaliknya projek kesejahteraan rakyat juga perlu diambil kira.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/65588

SPNB sasar bina 15,000 lagi rumah aspirasi rakyat

RABU, 1 JULAI 2015 @ 6:30 PM

KUALA LUMPUR: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menyasarkan membina baki 15,000 lagi Rumah Aspirasi Rakyat (RAR) di seluruh negara tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif SPNB Aspirasi, Datuk Ahmad Azizi Ali. Katanya, SPNB telah memeterai perjanjian dengan beberapa rakan kongsi dan pihak pemaju bagi merealisasikan pembinaan itu bagi memenuhi sasaran pembinaan keseluruhan RAR tahun ini sebanyak 20,000 unit. Beliau berkata, setakat kini 5,000 unit RAR sedang dibina di beberapa negeri seperti Johor, Selangor, Kedah dan Perak.

"Pembangunan setakat ini (5,000 unit) adalah pada 50 hingga 70 peratus dan dijangka siap tahun depan," katanya pada sidang media selepas mengagihkan bubur lambuk di ibu pejabat SPNB di sini.

Page 4: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 4

Menurut Ahmad Azizi, rumah-rumah itu adalah produk utama SPNB dan projek itu paling penting menyasarkan golongan muda berpendapatan sederhana dan rendah untuk memiliki rumah sendiri pada harga lebih murah dari harga pasaran.

Namun harga rumah berkenaan sedikit berubah mengikuti lokasi. "Aspek kualiti tetap menjadi keutamaan pihak kami. Kita (SPNB) akan bina lebih banyak rumah mampu milik pada masa hadapan bagi memenuhi keperluan dan permintaan," katanya. Kira-kira 1,400 bekas bubur lambuk diagihkan kepada orang ramai pada majlis itu yang julung kali diadakan sempena Ramadan. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/64956

Penelitian secara holistik perlu untuk selesai masalah perumahan polis

AHAD, 28 JUN 2015 @ 2:28 PM

TAWAU: Penelitian secara holistik perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah perumahan polis, khususnya di kawasan luar bandar, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, perkara itu sangat penting untuk memastikan semua pegawai dan anggota polis menikmati kemudahan yang berkualiti dan sepatutnya. "Semua pegawai dan anggota polis, sama ada di bandar atau di kawasan pendalaman berhak mendapat kemudahan yang sepatutnya. Oleh itu kita perlu membuat penelitian secara terperinci untuk memastikan perkara itu dapat dicapai," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Pulau Sebatik, dekat sini, hari ini.

Pada masa sama beliau berkata, pada mesyuarat jemaah menteri minggu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi peruntukan tambahan untuk membaik pulih rumah polis dan tentera. "Walaupun kerajaan telah memberi peruntukan yang sangat besar untuk membaik pulih rumah polis dan tentera, iaitu sebanyak RM100 juta pada tahun ini, namun peruntukan itu didapati tidak mencukupi bagi membaik pulih dan jauh sekali untuk mempertingkatkan kemudahan sedia ada. "Oleh itu kita sangat berterima kasih kepada kerajaan, terutamanya kepada perdana menteri yang telah memberi peruntukan tambahan untuk membaik pulih rumah kediaman Polis Diraja Malaysia dan tentera," kata Ahmad Zahid.

Mengulas mengenai lawatannya hari ini, beliau berkata ia bertujuan untuk meninjau kemudahan balai termasuk rumah kediaman polis di kawasan pendalaman. "Kita telah meninjau beberapa kemudahan balai polis di kawasan ini (Pulau Sebatik) dan kita mendapati ada kemudahan balai yang tidak berada pada tahap yang sepatutnya. "Kita mendapati spesifikasi pembinaan kemudahan berkenaan tidak mengikut tahap yang seharusnya dan ada kemungkinan ia dipengaruhi oleh faktor kos pengangkutan, namun ia tidak seharusnya terjadi," katanya. Ahmad Zahid berkata, masalah ini perlu diatasi dan kerajaan tidak akan berkompromi tentang perkara itu kerana mahu memastikan semua anggota dan pegawai polis mendapat kemudahan yang sebaiknya. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/64195

Page 5: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 5

Lulus dulu pelan rumah mampu milik lain - Zainal Abidin

AHAD, 28 JUN 2015 @ 10:22 AM

GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang tidak harus mempersoalkan rancangan pembinaan rumah di bawah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) sedangkan pelan rumah kos rendah, sederhana rendah dan mampu milik yang dikemukakan untuk dibina di negeri itu hampir dua tahun lalu, masih tidak diluluskan. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman, berkata hingga hari ini, kelulusan pelan projek pembinaan sebanyak 9,500 unit rumah kos rendah dan mampu milik oleh agensi kerajaan pusat, masih tertangguh. Justeru, beliau menyeru kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP agar tidak terus melengah-lengahkan pelan pembinaan 9,500 unit rumah mampu milik berkenaan yang dikemukakan agensi kerajaan Persekutuan, JKP Sdn Bhd dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA).

"Tidak ada satu unit pun diluluskan tahun lalu dan tahun ini. Kita sudah tunggu satu setengah tahun tanpa sebarang kelulusan," katanya selepas majlis berbuka puasa di UMNO Bahagian Bayan Baru, malam tadi. Zainal Abidin berkata, Exco Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan Negeri, Jagdeep Singh Deo kerap mempersoalkan mengenai pelan perumahan PR1MA, sedangkan rancangan membina 9,500 unit rumah yang dikemukakan, hampir dua tahun lalu itu tidak mendapat perhatian. Beliau menjelaskan rancangan PR1MA adalah di bawah fasa ketiga yang bakal memanfaatkan 35,000 rakyat dan ia tidak dapat dilaksanakan kerana pelan fasa pertama membabitkan 9,500 unit masih tertangguh. "Kita tunggu pelan fasa pertama diluluskan dulu sebelum melaksanakan fasa kedua yang akan membabitkan 25,000 unit rumah dan seterusnya fasa ketiga (PR1MA).

"Lulus dulu pelan fasa pertama sebelum bercerita pasal PR1MA (fasa ketiga) yang masih dalam perancangan yang dibuat untuk kepentingan rakyat Pulau Pinang," katanya. Zainal Abidin turut menyuarakan kekesalan dengan sikap kerajaan negeri yang sentiasa memberi alasan untuk tidak meluluskan projek yang dikemukakan dengan menyatakan pelan itu tidak mengikut syarat. "Sewaktu kita mohon bawah JKP untuk 9,500 unit, mereka kata tak boleh lulus kerana pelan tidak ikut syarat. Jadi pelan bagi lapan daripada 15 projek telah dipinda, tetapi sampai sekarang tak diluluskan," katanya.

Zainal Abidin berkata, kerajaan negeri sekali lagi bertindak melengah-lengahkan kelulusan projek berkenaan dengan menyatakan JKP berhutang sebanyak RM500,000 dengan Majlis Bandaraya Pulau Pinang ekoran insiden runtuhan penebat kilat bangunan UMNO di Jalan Macalister, dua tahun lalu. "Kerajaan negeri mendakwa MBPP terpaksa baiki kerosakan jalan dan pasang jeriji di atas bangunan yang rosak demi keselamatan awam yang kos hanya mungkin RM100,000. Mereka kata kena bayar dulu (RM500,000) baru lulus pelan," jelasnya. Bagaimanapun, mengikut Zainal Abidin 'hutang' berkenaan sudah dilangsaikan namun pelan masih tidak diluluskan dan pihaknya seakan-akan dipermain-mainkan kerajaan negeri yang sering mencari masalah dan bukannya penyelesaian. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/64161

Page 6: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 6

Kerajaan nafi naikkan harga rumah PR1MA

KHAMIS, 18 JUN 2015 @ 2:08 PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak pernah menaikkan harga siling bagi rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) sehingga RM450,000 seperti yang didakwa sesetengah pihak, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata harga rumah berkenaan masih kekal di antara RM100,000 hingga RM400,000 seunit bergantung kepada lokasi projek. "PR1MA tidak pernah memutuskan untuk mengubah julat harga berkenaan dan akan memastikan harga rumah tidak melebihi harga maksimum dengan mengambil kira pendapatan golongan sederhana," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) yang mahu tahu rasional harga siling rumah PR1MA dinaikkan kepada RM450,000 dan peratusan rumah PR1MA dalam kategori itu. Menurut Shahidan, sebanyak 160,534 unit rumah PR1MA telah diluluskan oleh Perbadanan PR1MA Malaysia untuk dibina di seluruh negara termasuk 25,879 unit di Pulau Pinang, Sabah (12,644 unit) dan Sarawak (8,347 unit).

Menjawab soalan tambahan Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) mengenai keterbukaan kerajaan memberikan tanah kepada pemaju untuk mengurangkan kos pembinaan rumah PR1MA, Shahidan berkata, pihak PR1MA sentiasa mengadakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi tujuan berkenaan. Malah katanya, menerusi kerjasama dengan kerajaan negeri termasuk Perlis, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang, harga rumah PRIMA di negeri berkenaan dapat dikurangkan. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/62028

Jurang harga hartanah dan pendapatan semakin rapat

RABU, 17 JUN 2015 @ 6:11 PM Oleh Ahmad Fiesal Othman [email protected]

KUALA LUMPUR: Langkah mengetatkan syarat pinjaman yang dilaksanakan Bank Negara Malaysia (BNM) sejak dua tahun lalu menunjukkan kesan positif untuk merapatkan jurang antara pertumbuhan harga hartanah dan pertumbuhan pendapatan. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong, berkata sejak langkah itu diperkenalkan pada 2013, pasaran hartanah tidak meningkat begitu ketara berbanding pertumbuhan dua angka setiap tahun sebelumnya. Beliau berkata, perkembangan itu sesuatu yang positif bagi membendung kenaikan harga rumah yang melambung tinggi sebelum itu hingga menyebabkan ramai rakyat tidak mampu membeli rumah.

"Walaupun kita mengharapkan pertumbuhan dalam pasaran hartanah untuk mewujudkan banyak kesan berganda, tetapi pada masa sama kita juga tidak mahu ramai yang tidak mampu membeli rumah kerana harga yang sentiasa meningkat lebih tinggi daripada kenaikan pendapatan," katanya selepas pelancaran Persidangan Kemuncak Perbankan Malaysia Ke-19 anjuran Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) di sini hari ini. Yang hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif ASLI, Tan Sri Dr Michael Yeoh. Chua berkata, BNM Negara akan sentiasa menilai risiko bagi mengelakkan berlakunya gelembung hartanah, memastikan kemapanan dalam nisbah pembayaran balik serta pembangunan portfolio perumahan yang berterusan. Beliau berkata, langkah mengetatkan syarat pinjaman itu juga

Page 7: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 7

membantu memperlahankan peningkatan hutang isi rumah yang mana bank pusat akan sentiasa membuat penilaian berterusan bagi menangani hutang isi rumah yang tinggi berbanding Keluaran Dalam Negara kasar (KDNK).

"Pada masa ini, paras hutang isi rumah Malaysia berbanding KDNK adalah kira-kira 88 peratus, antara yang tertinggi di dunia," katanya. Sementara itu, Yeoh berkata, kelembapan ketara dalam sektor hartanah berdasarkan hasil jualannya yang rendah serta pasaran sekunder yang agak tepu antara kebimbangan utama ramai pihak terhadap ekonomi negara. Bagaimanapun, beliau berkata, situasi itu masih terkawal dan tidak mengakibatkan jualan panik, manakala harga pula masih dikekalkan. "Kebimbangan lain ialah penyusutan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang menyebabkan kalangan pengimport, pengusaha serta rakyat Malaysia di luar negara turut risau," katanya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/61863

1,018 pemaju projek terbengkalai dikenakan tindakan

SELASA, 16 JUN 2015 @ 3:22 PM

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,018 pemaju perumahan dikenakan tindakan pendakwaan dan kompaun hingga Mei tahun ini, kata Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique. Halimah berkata, daripada jumlah berkenaan sebanyak 146 pemaju disenarai hitam akibat projek terbengkalai. Katanya, tindakan berkenaan juga membabitkan pemaju yang gagal membayar kompaun iaitu sebanyak 337 pemaju, ingkar arahan hukuman tribunal tuntutan pengguna perumahan rakyat (307), projek sakit (131), disabitkan mahkamah dengan denda melebihi RM10,000 (17) dan pemaju tanpa lesen (80).

"Jumlah ini membabitkan 3,607 orang ahli lembaga pengarah yang melanggar peraturan 118 Akta Pemaju Perumahan," katanya menjawab soalan Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR-Telok Kemang) di Dewan Rakyat. Kamarul Baharin, ingin tahu berhubung langkah-langkah yang diambil kerajaan bagi memastikan baki projek perumahan swasta yang terbengkalai yang diambil alih oleh kerajaan dapat disiapkan dalam masa ditetapkan dan jumlah pemaju yang disenarai hitam. Halimah berkata, sejak 2009 hingga tahun lalu, sebanyak 216 projek perumahan swasta diisytiharkan terbengkalai di seluruh Semenanjung Malaysia.

"Daripada jumlah itu 165 atau 76.4 peratus projek yang diambil alih oleh kerajaan telah disiapkan kementerian, manakala 51 lagi projek sedang dalam pelbagai peringkat dan perancangan pemulihan," katanya. Halimah juga berkata, kementerian akan terus mempergiatkan aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan terhadap pemaju dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati mengingkari peraturan yang ditetapkan hingga menyebabkan projek perumahan terjejas.

Katanya, kementerian mengambil beberapa inisiatif bagi memastikan projek terbengkalai dapat disiapkan dalam tempoh ditetapkan antaranya mengenal pasti pemaju berkeupayaan dan berpengalaman untuk melaksanakan pemulihan projek. Selain itu, kementerian juga mengadakan perundingan dari semasa ke semasa dengan semua pihak berkepentingan bagi mencari penyelesaian

Page 8: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 8

terbaik, memantau dan membuat penyelarasan di tapak projek dengan bantuan agensi negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), katanya. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/61614

Utama rumah atau simpanan hari tua

ISNIN, 1 JUN 2015 @ 7:54 AM Oleh Saidon Idris

KETIKA membahaskan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) di Dewan Rakyat, Selasa lalu, Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani mencadangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja memberikan kelonggaran kepada golongan berpendapatan rendah mengeluarkan wang daripada Akaun 1 untuk membayar pendahuluan bagi pembelian rumah. Mengikut beliau, langkah itu bagi membantu golongan berpendapatan rendah yang tidak mampu membeli rumah kerana tiada wang untuk membuat bayaran pendahuluan, walaupun harga yang ditawarkan hanya antara RM35,000 hingga RM42,000. Walaupun KWSP membenarkan pengeluaran dari Akaun 2, bagi golongan ini tidak mencukupi kerana gaji mereka kecil. Dari satu sudut, apa yang dicadangkan itu adalah amat baik, tetapi dari sudut lain pula ia ibarat memiliki kain sesentung - tutup kepala kaki terbuka, tutup kaki kepala terbuka.

Tabungan perlu mencukupi

Tidak dinafikan kediaman adalah keperluan asas, tetapi kelangsungan hidup ketika hari tua juga tidak boleh dinafikan. Justeru, mempunyai tabungan mencukupi untuk persaraan adalah amat penting. Dalam hal ini jika cadangan itu mahu dilaksanakan ia perlu dibuat secara berhati-hati dengan syarat yang ketat. Sebagai contoh mungkin dibenarkan sejumlah tertentu sahaja bagi mencukupkan baki wang pendahuluan diperlukan selepas mengambil kira pengeluaran Akaun 2. Kita tidak mahu ada kalangan golongan itu nanti memiliki rumah, tetapi kehidupan hari tua mereka amat menyedihkan.

Mengikut Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia, purata jangka hayat penduduk Malaysia ialah sekitar 75 tahun. Kajian itu juga mendapati purata jangka hayat sihat penduduk negara ini adalah sekitar 66 tahun. Justeru, penduduk negara ini dijangka menjadi warga tua lemah dan berpenyakit selama lapan hingga 10 tahun terakhir hayat mereka. Berdasarkan perangkaan ini, keperluan mempunyai simpanan mencukupi sememangnya tidak boleh dinafikan. Berapa jumlahnya bergantung kepada keperluan dan gaya hidup yang seseorang itu mahukan. Sebagai kiraan kasar, jika kita memerlukan RM1,000 sebulan untuk menampung kehidupan selama 20 tahun selepas bersara, maka kita perlu mempunyai simpanan sebanyak RM240,000.

Penyediaan rumah untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana sememangnya sentiasa menjadi keutamaan kerajaan. Dalam tempoh RMKe-11 sahaja kerajaan menyasarkan membina 606,000 unit rumah mampu milik berkualiti. Kerajaan juga menyasarkan membina atau membaiki 47,000 unit rumah untuk isi rumah miskin, di samping pembinaan rumah transit di bandar untuk belia dan pasangan berkahwin. Namun, seperti yang semua maklum berikutan pembangunan pesat yang berlaku terutama di bandar utama, sudah ada kawasan yang dahulunya kawasan perumahan untuk golongan berpendapatan rendah kini dimajukan semula dengan projek komersial. Ini perlu

Page 9: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 9

dihentikan kerana walaupun projek itu ada menyediakan perumahan, harganya di luar kemampuan golongan berkenaan.

Dalam hal ini, Johari turut mencadangkan kerajaan mewartakan kawasan perumahan rakyat di bandar sebagai kawasan yang tidak boleh dijual beli. Kerajaan wajar menimbangkan secara serius cadangan itu bagi memastikan bandar kita didiami pelbagai lapisan masyarakat dan bukan hanya dimonopoli oleh golongan kaya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/58396

Sindiket punca harga hartanah melambung di Sarawak

SABTU, 30 MEI 2015 @ 5:17 PM Oleh Rudi Affendi Khalik [email protected]

SANTUBONG: Peningkatan mendadak harga hartanah di negeri ini, khususnya rumah kediaman dipercayai berpunca daripada kewujudan sindiket atau 'kartel' yang cuba mengaut keuntungan mudah. Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Abang Openg, mendedahkan kewujudan sindiket terbabit disedari selepas pihaknya menjalankan kajian terperinci kenaikan luar biasa hartanah, khususnya di beberapa bandar utama di seluruh negeri, termasuk Kuching. "Di Sarawak, berlaku kenaikan mendadak harga rumah dan premis perniagaan yang dirasakan tidak masuk akal, malah berlaku peningkatan antara 60 peratus hingga 70 peratus dari paras normal.

"Bayangkan, harga rumah teres mencecah RM400,000 seunit dan ini tentunya membebankan pembeli, terutama golongan pertengahan. Di Bintulu pula, harga sewa bilik mencecah RM800 sebulan. Ia tidak munasabah dan kita percaya situasi ini dirancang rapi sindiket tertentu," katanya ketika merasmikan Projek Rumah Mesra Mampu Milik 1Malaysia Muara Tebas, di sini, sebentar tadi. Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Pengerusi Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB), Datuk Dr Latif Ahmad.

Berdasarkan modus operandi digunakan, Abang Johari menjelaskan sindiket akan bersaing sesama mereka membeli tanah di sesebuah kawasan yang berpotensi dibangunkan bagi tujuan perumahan atau pembinaan bangunan komersial sebelum menetapkan harga pasaran. Justeru, bagi menangani situasi itu, kerajaan negeri terpaksa campur tangan bagi menstabilkan harga pasaran melalui lambakan penawaran rumah agar tidak membebankan rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana. "Menerusi Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11), kita memohon untuk tambahan lebih 20,000 unit rumah bagi tujuan ini," katanya.

Pada masa yang sama, katanya, kerajaan negeri akan melaksanakan undang-undang baharu bagi menangani kenaikan harga ini. "Melalui undang-undang ini, Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) Sarawak akan mengambil alih dan membangunkan 30 peratus rumah kos rendah yang gagal dibangunkan oleh pemaju swasta. Levi untuk rumah ini pula akan dibayar oleh pemaju swasta yang gagal itu, tetapi ia akan dibangunkan di atas tanah milik HDC," katanya.

Page 10: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 10

DATUK Amar Abang Johari Tun Openg menunjukkan harga rumah yang tertera di sepanduk pada pelancaran Projek Rumah Mesra Mampu Milik 1Malaysia Muara Tebas, hari ini. - Foto Mas Adib Saie

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/58096

Pinjaman perumahan tidak diketatkan - Zeti

SELASA, 26 MEI 2015 @ 5:52 PM

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini menjelaskan pinjaman perumahan tidak diketatkan bagi pembeli rumah mampu milik kali pertama. "Syarat yang diketatkan ialah bagi pembelian hartanah kediaman kali ketiga untuk mengelak risiko keadaan hutang yang berlebihan di negara ini," kata Gabenor Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz. Beliau berkata demikian kepada media pada pengumuman Laporan Tahunan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (FSA) 2014, di sini hari ini. "Semua peminjam perlu lulus penilaian kemampuan.

Kami melakukan ini sebagai panduan kepada bank untuk mengelak risiko keadaan hutang yang berlebihan," katanya. Zeti menjawab soalan sama ada dasar BNM ke atas kelulusan pinjaman perumahan terlalu ketat dan jumlah permohonan yang ditolak tinggi menyebabkan ramai pemaju menangguhkan pelancaran hartanah.

Baru-baru ini, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Ismail Karim adalah antara yang dipetik media sebagai berkata bahawa kerajaan negeri menerima aduan daripada pembeli rumah kali pertama yang layak dari segi kewangan tetapi pinjaman mereka ditolak oleh bank. Sementara itu, Zeti berkata

Page 11: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 11

negara masih berada pada landasan pertumbuhan yang kukuh dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun ini dijangka pada purata, lima peratus. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/57331

RMK11 fokus tingkatkan akses rakyat kepada perumahan mampu milik

KHAMIS, 21 MEI 2015 @ 11:54 AM

KUALA LUMPUR: Sebanyak 606,000 buah rumah akan dibina untuk isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) sebagai usaha meningkatkan akses rakyat kepada perumahan mampu milik yang berkualiti. Selain itu, kerajaan juga menyasarkan untuk membina atau membaiki 47,000 rumah untuk isi rumah miskin yang akan dilaksanakan bagi tempoh 2016 hingga 2020.

Menurut RMK11 bertemakan 'Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat' yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat hari ini, bank tanah akan diwujudkan untuk pembangunan perumahan mampu milik terutama di kawasan bandar, bagi menambah baik perancangan dan pembangunan perumahan mampu milik. Malah, kerajaan akan turut memanfaatkan kerjasama antara Jabatan Perumahan Negara dengan Majlis Agama Islam Negeri bagi mengenal pasti tanah wakaf dan baitulmal yang berpotensi untuk dibangunkan.

Dokumen pembangunan lima tahun itu turut menggariskan pembentukan satu pangkalan data bersepadu yang boleh dicapai oleh semua pihak berkepentingan untuk memastikan penawaran rumah-rumah mampu milik dipadankan dengan permintaan mengikut tempat, harga dan kumpulan sasar. Berdasarkan Teras Strategik 'Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat' itu, kerajaan akan meneruskan program-program sedia ada yang telah berjaya dalam memenuhi keperluan perumahan untuk golongan sasar di kawasan bandar dan luar bandar.

Ia termasuk Program Bantuan Perumahan (PBR) untuk golongan miskin, Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M), Program Perumahan Rakyat (PPR), Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) untuk isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana, serta program perumahan untuk generasi kedua peneroka Felda dan Felcra.

Teras yang sama turut memberi perhatian kepada kumpulan sasaran seperti generasi muda melalui pembinaan rumah-rumah transit di kawasan bandar untuk belia dan pasangan berkahwin termasuk di bawah program Bandar Belia 1Malaysia. "Rumah transit ini menyediakan kediaman sementara kepada keluarga berkenaan bagi membolehkan mereka menabung untuk membeli rumah pertama mereka. "Sektor swasta akan digalakkan untuk membangunkan perumahan awam yang boleh dilaksanakan melalui kerjasama awam-swasta," kata laporan itu.

Menurutnya, kadar sewa perumahan awam akan dikaji semula bagi memastikan dana yang mencukupi untuk menampung kos pengurusan dan penyenggaraan perumahan awam yang standard. Pembangunan semua perumahan mampu milik yang baharu juga akan digalakkan untuk menyediakan kemudahan dan infrastruktur yang mesra alam sekitar dan berdaya huni untuk rakyat, termasuk OKU dan warga emas. - BERNAMA

Page 12: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 12

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/56229

10,000 rumah mampu milik dibina di Perak menjelang 2018

SELASA, 19 MEI 2015 @ 7:05 PM

MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berucap ketika merasmikan pelancaran Rumahku Amanjaya di Ipoh, hari ini. - Foto Supian Ahmad

IPOH: Sebanyak 10,000 unit rumah mampu milik di bawah projek Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) akan dibina secara berperingkat di Perak menjelang 2018, kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. Zambry yang juga Pengerusi PKNP, berkata pelaksanaan projek berkenaan tidak hanya memberi tumpuan kepada satu kawasan berdasarkan pertumbuhan ekonomi semata-mata, sebaliknya akan turut dilaksanakan di kawasan luar bandar.

Beliau berkata, matlamat PKNP adalah untuk mempertingkat dan memperbaiki taraf kehidupan rakyat, suatu contoh rakyat didahulukan dan bukan hanya mengira keuntungan semata-mata. "Ini adalah satu daripada usaha kita untuk memastikan ia dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya dan diagihkan kepada setiap daerah di negeri ini," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan dua projek fasa pertama rumah mampu milik di bawah program 'Rumahku Aman Jaya Bandar Meru Raya' di sini, hari ini yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Datuk Aminuddin Md Desa.

Kedua-dua rumah mampu milik itu ialah D'Aman Residensi dan Casa Kayangan bakal dibina di Meru Raya di sini yang juga sebahagian daripada inisiatif pembangunan keseluruhan perumahan mampu milik di negeri ini. Sejumlah 1,704 unit rumah mampu milik dibina bagi fasa pertama yang mana rumah bagi D'Aman Residensi dijual pada harga bermula RM145,000 hingga RM166,000 manakala Casa Kayangan pula dijual pada harga bermula RM250,000 hingga RM299,000. - BERNAMA

Page 13: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 13

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/55900

Projek perumahan rumah rakyat terus jadi agenda utama kerajaan - PM

SABTU, 16 MEI 2015 @ 11:27 AM

JOHOR BAHRU: Ekonomi keperluan rakyat terutama projek pembinaan rumah rakyat akan terus menjadi agenda utama kerajaan, tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Katanya, ia selaras dengan manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu yang menjadikannya antara keutamaan tertinggi yang diperjuangkan kerajaan.

"Projek Perumahan Rakyat ini akan terus menjadi keutamaan kerajaan BN," katanya. Beliau berkata demikian berucap merasmikan penyerahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Melana Indah Fasa 1 dan melancarkan pembinaan PPR Melana Fasa II, dekat sini sebentar tadi. Turut hadir Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Melana Indah dibina di tapak seluas 7.6 hektar membabitkan 1,170 unit rumah pangsa tiga bilik dengan disediakan pelbagai kemudahan infrastruktur membabitkan kos RM147.7 juta, manakala Sungai Melana II membabitkan 1,000 unit rumah yang kini dalam proses kerja tapak. PPR Melana Indah akan menempatkan penghuni dari kawasan setinggan di Kampung Bakar Batu di Perling, Lorong 1 Kampung Sungai Danga, Kampung Skudai Kiri dan Kampung Usahajaya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/55189

PKNS salur elaun rumah untuk mangsa tanah mendap di Seksyen 7, Shah Alam

JUMAAT, 8 MEI 2015 @ 9:23 PM Oleh Syafiq Aznan [email protected]

SHAH ALAM: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyalurkan bantuan elaun rumah sewa antara RM2,000 hingga RM2,500 kepada keluarga yang berpindah akibat kejadian tanah mendap di Seksyen 7, pada 2 April lalu. Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim, berkata bantuan kepada 12 keluarga itu akan disalurkan sehingga rumah semua mereka selamat untuk kembali didiami.

"Semua 12 unit rumah yang terbabit dengan kejadian tanah mendap sudah dikosongkan dan penghuni kini menetap di rumah sewa di sekitar Lembah Klang," katanya dalam satu kenyataan akhbar, di sini, hari ini. Ishak berkata, PKNS bersama pemaju akan dipanggil pada 20 Mei ini untuk membentangkan penemuan awal kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), sama ada kawasan di Jalan Plumbum, Seksyen 7 itu masih berisiko berlaku pergerakan tanah atau sebaliknya.

"Bagi memastikan kawasan berkenaan benar-benar selamat, pemantauan berterusan sehingga tiga bulan lagi akan dilakukan oleh MBSA. Pemantauan juga akan dilakukan pihak pemaju di kawasan bersebelahan tapak insiden untuk tempoh yang sama," katanya. Pada 2 April lalu, sebanyak 12 keluarga di Jalan Plumbum 7/101A di Seksyen 7, di sini, terpaksa dipindahkan daripada kediaman masing-masing selepas rumah mereka mengalami keretakan teruk berikutan kejadian tanah mendap.

Page 14: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 14

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, tembok penghadang di kawasan perumahan berkenaan roboh berikutan tanah mendap. BH pada Februari 2012 pernah melaporkan mengenai hampir 1,000 penduduk di taman perumahan berhampiran i-City, di sini, dikejutkan dengan dentuman kuat sebelum berlaku tanah mendap pada awal pagi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/53706

Harga rumah Projek Perumahan Generasi Baru FELDA kini RM90,000 - PM

SABTU, 2 MEI 2015 @ 6:45 PM Oleh Syed Azwan Syed Ali [email protected]

KUALA LUMPUR: Harga rumah bagi Projek Perumahan Generasi Baru FELDA di seluruh negara diturunkan daripada RM125,000 kepada RM90,000 seunit bagi membolehkan generasi baru FELDA memiliki rumah idaman mereka. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat pengumuman itu sebentar tadi melalui Facebook PMO Malaysia selepas menyelami keluh kesah generasi baru agar harga rumah terbabit dikaji semula.

Katanya, kerajaan juga akan menyediakan skim sewa beli bagi generasi baru yang tidak berkeupayaan mendapatkan pembiayaan. "Kerajaan sentiasa peka dan mengambil berat tentang pemilikan rumah mampu milik di tanah rancangan FELDA khususnya generasi baru. "Komitmen kerajaan terhadap perkara ini telah dizahirkan dengan pembinaan 1,504 unit Perumahan Generasi Baru FELDA di Parlimen Rompin iaitu di Felda Selancar 4/5 sebanyak 480 unit, Felda Keratong 4 sebanyak 264 unit, Felda Selendang 2 sebanyak 360 unit dan Felda Keratong 7 sebanyak 400 unit pada harga RM 125,000 seunit jauh lebih rendah dari harga pasaran semasa.

"Menyelami keluh kesah generasi baru serta permintaan agar harga rumah tersebut dikaji semula, saya telah mengarahkan Pengarah Besar FELDA, Datuk Hanapi Suhada, untuk menawarkan harga baru rumah-rumah itu pada harga RM90,000 untuk pembelian secara jual-beli," kata Perdana Menteri mengenai Projek Perumahan Generasi Baru FELDA di Parlimen Rompin.

PERUMAHAN untuk generasi kedua Felda di Felda Selendang 1, Rompin, Pahang. - Foto /Mohamad Shahril Badri Saali

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/52371

Page 15: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 15

PM Manifesto BN garis 6 agenda bantu, bela pengundi Permatang Pauh

KHAMIS, 30 APRIL 2015 @ 2:34 Oleh Hifzuddin Ikhsan [email protected]

ZAHID (kiri) bersama calon BN PRK Permatang Pauh, Suhaimi (dua dari kiri) membaca manifesto selepas pelancaran di Bandar Perda, Bukit Mertajam, hari ini. - Foto Danial Saad

PERMATANG PAUH: Barisan Nasional (BN) hari ini melancarkan manifesto Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh yang menggariskan enam agenda dalam membantu dan membela nasib pengundi di kawasan berkenaan. Pengumuman manifesto BN itu dibuat Pengarah Pilihan Raya PRK Permatang Pauh bagi BN yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Command Centre Bandar Perda, di sini. Turut hadir, Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel; Presiden GERAKAN, Datuk Seri Mah Siew Keong; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman; barisan pimpinan BN dan UMNO negeri serta calon BN, Suhaimi Sabudin.

Ahmad Zahid dalam ucapannya memberi komitmen tinggi BN akan melaksanakan sepenuhnya janji manifesto jika diberi mandat dan kemenangan kepada calon BN pada PRK kali ini. "Jika BN menang, kita akan laksana 100 peratus aku janji ini di dalam manifesto ini. Ini aku janji yang pasti dilaksanakan jika Suhaimi (calon BN) menang. "Berilah peluang tiga tahun kepada BN laksana aku janji ini," katanya disambut sorakan ribuan penyokong BN yang hadir. Berikut antara cadangan manifesto BN bagi PRK Permatang Pauh yang akan berlangsung 7 Mei ini.

Ekonomi;

-Menyediakan kemudahan Mikro Kredit Khas Parlimen Permatang Pauh untuk peniaga-peniaga kecil -Menubuhkan Pusat Penjanaan Usahawan Kecil dan Sederhana untuk mempertingkatkan jumlah penglibatan belia dalam bidang keusahawanan

-Mengusahakan peluang-peluang pekerjaan baru bagi golongan belia

Pendidikan;

Page 16: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 16

-Mengusahakan terbinanya sebuah Sekolah Menengah Agama Berasrama Penuh di kawasan Parlimen Permatang Pauh.

-Membantu pihak Sekolah, Kebangsaan dan Jenis Kebangsaan dalam melahirkan lebih ramai pelajar-pelajar yang cemerlang.

Kesihatan;

-Meningkatkan keupayaan Hospital Seberang Jaya, pembesaran dan peningkatan fasiliti perubatan dan kesihatan;

-Menambahkan bilangan Klinik 1 Malaysia di kawasan Parlimen Permatang Pauh

Program kesejahteraan rakyat luar bandar;

-Mengusahakan pembukaan Kedai Rakyat 1 Malaysia dan Kedai Agro Rakyat 1 Malaysia

-Membina Projek Perumahan untuk Rakyat Termiskin (PPRT)

-Memastikan Penyaluran Bantuan Kebajikan berterusan kepada golongan yang memerlukan termasuk Program Baik Pulih Rumah bagi golongan berpendapatan rendah

-Mewujudkan Mini Rural Transformation Centre (RTC) di kawasan DUN Permatang Pasir

-Mempertingkatkan kemudahan infrastruktur kawasan luar bandar

Pembangunan komuniti;

-Menambah bilangan Pusat Asuhan Kanak-kanak dan Tadika KEMAS dan Jabatan Perpaduan di Taman-taman Perumahan

-Mengusahakan bantuan untuk Masjid, Surau dan Rumah-rumah Ibadat Semua Agama

-Mengusahakan naik taraf dan penyelenggaraan kemudahan-kemudahan awam di taman-taman perumahan

-Mengusahakan peruntukan di bawah Program Tabung Penyelenggaraan 1 Malaysia (TP1M ) bagi tujuan penyelenggaran perumahan pangsapuri Kos Rendah dan Kos Sederhana Rendah yang memerlukan.

-Mengusahakan pembinaan Gelanggang Sukan Komuniti di setiap kawasan DUN sebagai pusat kegiatan riadah dan sukan bagi golongan belia

-Memupuk semangat perpaduan dan saling hormat menghormati di kalangan masyarakat

Keselamatan;

-Menubuhkan Community Policing di setiap kawasan perumahan

-Menggalakkan penyertaan masyarakat bagi meramaikan anggota RELA

-Memperbesarkan jumlah keanggotaan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM)

Page 17: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 17

-Menambahkan pasukan Unit Ronda Bermotosikal (URB) di seluruh kawasan Parlimen Permatang Pauh

-Menambahkan kekerapan 'omnipresence' pasukan Polis Di Raja Malaysia di kawasan-kawasan "hotspot"

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/50838

PM 1,000 rumah PPR di Gua Musang bakal diagih

AHAD, 26 APRIL 2015 @ 1:35

GUA MUSANG: Sejumlah 1,000 unit rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Jalan Persiaran Raya, Bandar Baharu di sini, bakal diagihkan kepada penduduk setinggan dan mangsa banjir dalam masa terdekat. Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, rumah PPR itu telah siap sepenuhnya dan kini dalam proses peringkat akhir kelulusan pinjaman Bank Rakyat sebanyak RM35 juta untuk para pembelinya.

"Apabila semuanya selesai nanti, setiap penghuni yang layak akan menerima pinjaman bank itu RM35,000 untuk seunit rumah dengan kadar bayaran balik RM125 sebulan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Indera Petra 1 di sini, hari ini.

Tengku Razaleigh berkata kadar bayaran balik pinjaman itu adalah yang paling rendah dan mampu dibayar oleh pemilik rumah berkenaan. Beliau yang juga Ketua Umno bahagian Gua Musang berkata matlamat utama pembinaan rumah PPR itu untuk mengatasi masalah penduduk setinggan sekitar bandar itu dan sebagai menunaikan janji kerajaan untuk membina 1,500 unit rumah.

"Tetapi oleh kerana keluasan kawasan itu tidak mencukupi untuk pembinaan 1,500 unit rumah, maka kerajaan terpaksa bina 1,000 unit dahulu manakala baki 500 unit lagi akan dibina di kawasan lain yang tapaknya telah dikenal pasti," katanya. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/49944

Rumah: FELDA tidak pernah tipu peneroka - Isa Samad

KHAMIS, 23 APRIL 2015 @ 11:43 PM

ROMPIN: Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad hari ini menafikan dakwaan pembangkang bahawa agensi berkenaan menipu peneroka tanah rancangan itu dengan mengenakan bayaran tinggi untuk projek perumahan generasi keduanya. Beliau berkata, masyarakat FELDA harus menerima hakikat bahawa tiada rumah yang selesa dapat dibina dengan harga RM90,000 ke bawah. "Kita tiada hasrat menipu rakyat dalam isu rumah. Tetapi kita harus terima hakikat bahawa dengan harga RM90,000, kita tidak dapat bina rumah yang selesa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah Dewan Semai Bakti di Felda Keratong 10, di sini hari ini.

Page 18: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 18

Beliau berkata, pihaknya akan membuat penjelasan mengenai isu harga rumah itu kepada masyarakat FELDA dalam kawasan Parlimen Rompin. Pada 2013, FELDA memperuntukkan sebanyak RM1.4 bilion bagi membina 20,000 unit rumah mampu milik di seluruh negara, dalam tempoh lima tahun bagi memberi peluang kepada generasi keduanya memiliki rumah. Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Nasrudin Hassan, pada sidang media harian parti itu di Markas PAS Rompin di Bandar Satelit Muadzam Shah dekat sini hari ini, berkata isu rumah generasi kedua FELDA akan menjadi antara isu utama kempen jentera parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin.

"Soal rumah untuk generasi kedua FELDA masih tertunggak dan pengundi di kawasan itu kecewa setelah sekian lama rumah yang dijanjikan kepada mereka masih tidak dimiliki sehingga sekarang," katanya. "Memandangkan Parlimen Rompin mengandungi 14 tanah rancangan FELDA dan isu perumahan itu adalah satu isu yang begitu dekat dengan golongan pengundi di kawasan itu," katanya. Selain itu, Nasrudin berkata isu nasional juga akan menjadi tumpuan jentera kempen PAS termasuk isu cukai barang dan perkhidmatan (CBP) dengan menggunakan slogan 'satu undi untuk PAS, satu undi tolak CBP'.

"PAS turut akan menggunakan strategi mendekati penjawat awam dan pimpinan setempat dalam usaha meraih undi golongan itu terhadap calon mereka," katanya. Beliau berkata, persepsi masyarakat bahawa PAS hanya ingin mengurangkan majoriti dimenangi calon Barisan Nasional (BN) pada PRK kali ini adalah tidak benar, malah parti itu kini memberi tumpuan untuk merampas kerusi Parlimen Rompin yang selama ini milik BN.

Calon BN, Datuk Hasan Arifin dicabar oleh calon PAS, Nazri Ahmad bagi mengisi kekosongan kerusi itu berikutan penyandangnya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lepas. Pengundian awal akan diadakan pada 30 April dan pengundian sepenuhnya 5 Mei ini. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/49362

Ali komited PR1MA capai objektif

KHAMIS, 23 APRIL 2015 @ 3:51 PM

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa yang baru dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), komited untuk memastikan pelaksanaan PR1MA berjalan lancar dan mencapai objektifnya. "Kita ada Indeks Petunjuk Prestasi (KPI). Apa yang akan dilakukan oleh saya dan semua anggota PR1MA ialah untuk memastikan pelaksanaan pembinaan rumah ini lancar tanpa halangan dan mencapai objektif yang kita sasar," katanya.

Bercakap pada sidang media selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Perdana Menteri 2014, di sini, hari ini, Ali berterima kasih kepada kerajaan atas kepercayaan melantiknya menjadi Pengerusi PR1MA. PR1MA merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana, dengan purata pendapatan isi rumah bulanan antara RM2,500 dan RM10,000. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/49299

Page 19: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 19

PPA1M durian runtuh untuk penjawat awam - Najib

RABU, 8 APRIL 2015 @ 5:39 PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan Projek Perumahan Awam 1Malaysia (PPA1M) Bukit Jalil yang akan membabitkan pembinaan 1,536 unit kediaman. Beliau berkata, PPA1M adalah durian runtuh buat kakitangan awam kerana ia dijual dengan harga lebih rendah berbanding pasaran. Kediaman PPA1M yang berkeluasan antara 1,000 hingga 1,434 kaki persegi dijual kepada penjawat awam dengan harga antara RM150,000 hingga RM300,000 seunit.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/46404

12 pemilik rumah mendap setuju pindah

AHAD, 5 APRIL 2015 @ 7:54 PM

SHAH ALAM: Dua belas pemilik unit rumah di Jalan Plumbum 7/101A, Seksyen 7 di sini yang mengalami mendapan tanah Khamis lalu akhirnya akur untuk berpindah demi keselamatan berikutan kawasan berkenaan masih dalam pemantauan bencana tahap satu. Pegawai Daerah

Page 20: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 20

Petaling, Datuk Mohd Misri Idris, berkata Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) selaku pemaju perumahan juga setuju menanggung semua kos perpindahan berkenaan termasuk menyediakan senarai rumah yang boleh disewa bagi penduduk terjejas. "Arahan berpindah selewat-lewatnya sebelum Rabu ini. Jika penduduk ada pilihan rumah lain untuk penempatan, boleh kemukakan kepada pihak perbadanan, jadi tiada sebab untuk penduduk terjejas tidak berpindah dari kawasan terbabit.

"Bagi kawasan mendapan itu, kita sudah mendapat kerjasama daripada pihak pemaju I-City supaya menghentikan projek mereka sementara waktu bagi kerja-kerja memantau struktur tanah kawasan terbabit," katanya ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk terjejas di sini hari ini. Mohd Misri berkata bagi unit rumah lain di dalam kawasan yang sama, tiada arahan berpindah dikeluarkan berikutan struktur tanah masih selamat dan tidak terjejas namun PKNS akan terus menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa demi keselamatan awam.

Ditanya punca berlaku mendapan tanah di kawasan perumahan berkenaan, Mohd Misri tidak menolak kemungkinan keadaan hujan berterusan selain pembangunan pesat projek I-City dilihat mampu menjadi faktor pergerakan tanah. Sehubungan itu, katanya, PKNS akan memulakan langkah baik pulih kawasan terjejas dalam tempoh terdekat bagi memastikan kawasan itu selamat pada masa depan. Dalam pada itu, seorang penduduk terjejas, Andrew Devidass, 36, ketika ditemui menyatakan tawaran harga pembelian semula rumah yang mendap itu oleh PKNS sepatutnya mengikut spesifikasi harga hartanah semasa.

Adalah sukar baginya serta penduduk lain mencari jenis rumah sama di sekitar bandar raya itu pada kadar RM405,000, iaitu pampasan yang ditawarkan PKNS untuk membeli rumah terjejas berkenaan. "Kita boleh jual rumah itu sekiranya PKNS boleh bagi penilaian harga mengikut keadaan semasa. Saya sudah bayar pinjaman untuk rumah itu sekarang dan mana mampu untuk tambah lagi pinjaman bagi mendapatkan rumah pada keluasan yang sama," katanya.

Bagi Marziah Mahmud, 43, beliau mendakwa alasan yang diberikan PKNS bagi permasalahan tanah mendap berkenaan masih sama sejak kali pertama kejadian itu sekitar tahun 2008. Katanya, perbadanan itu seharusnya lebih arif mengenai masalah mendapan berkenaan kerana ia berlaku buat kali kedua namun masih belum mendapat penyelesaian terbaik menanganinya. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/45588

Dewan Rakyat: GST tidak akan naikkan harga PR1MA

RABU, 25 MAC 2015 @ 12:06 PM

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mulai bulan depan tidak akan menaikkan harga rumah di bawah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA). Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, berkata harga rumah itu terus kekal dijual 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.

"GST bukan untuk menaikkan harga, jadi tiada sebab mengapa harga rumah PR1MA akan naik, sebaliknya 20 peratus akan terus berjalan," katanya menjawab soalan tambahan Mohd Fasiah Mohd

Page 21: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 21

Fakeh (BN-Sabak Bernam) di Dewan Rakyat, hari ini. Mohd Fasiah ingin tahu sama ada GST akan menaikkan harga rumah PR1MA sekali gus menjejaskan pembinaannya.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/43261

SPNB bina lebih 32,000 unit RMR

RABU, 18 MAC 2015 @ 1:16 PM

KUALA LUMPUR: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah membina 32,948 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) di seluruh negara sejak 2002, kata Datuk Ahmad Maslan. Katanya, setakat ini sebanyak 2,803 unit lagi Rumah Mesra Rakyat sedang dalam proses pembinaan di seluruh negara meliputi kawasan tanah rancangan Felda dan kampung tersusun. "Kita terima 74,022 permohonan. Sejumlah 35,751 yang lulus...bakinya tidak lulus kerana pendapatan isi rumah pemohon melebihi RM3,000 sebulan," katanya ketika menjawab soalan tambahan Dr Azman Ismail (PKR-Kuala Kedah) mengenai pembinaan RMR dan isu pemilikan tanah bagi projek itu.

Pecahan pembinaan RMR mengikut negeri adalah Terengganu 4,702 unit, Kelantan (4,812 unit), Pahang (2,837 unit), Perak (3,467 unit), Pulau Pinang (255 unit), Kedah (4,150), Perlis (714 unit) dan Negeri Sembilan (2,683 unit). Manakala di Selangor (1,528 unit), Melaka (1,689 unit), Johor (4,402 unit), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (9 unit), Sabah (770 unit), Sarawak (893 unit) dan Wilayah Persekutuan Labuan (37 unit), katanya.

Berhubung isu pemilikan tanah, Ahmad berkata perbincangan di peringkat keluarga diperlukan bagi memastikan pembinaan rumah dapat dilaksanakan dengan lancar. Menjawab soalan asal yang dikemukakan Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik), mengenai peruntukan kerajaan kepada pembinaan RMR, Ahmad berkata kerajaan memberikan subsidi sebanyak RM20,000 bagi setiap unit rumah yang dibina. RMR dikhususkan kepada golongan berpendapatan rendah seperti nelayan dan petani yang memiliki tanah tetapi tidak mampu membina rumah sendiri. Dalam isu lain, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata proses persempadanan semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak telah selesai dan telah diwartakan untuk dikuatkuasa pada 5 Dis lepas.

Beliau yang menjawab soalan Dr Mohd Hatta Md Ramli (PAS-Kuala Krai) berkata kajian semula persempadanan semula itu diluluskan DUN Sarawak yang menambah komposisi keanggotaan DUN daripada 71 kerusi kepada 82 kerusi. Tambah Shahidan, SPR perlu menyiapkan kajian semula dalam tempoh masa dua tahun dan laporan akhir hasil kajian itu akan dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat untuk pertimbangan. Kajian semula persempadanan dilakukan sekurang-kurangnya lapan tahun sekali dan kali terakhir dibuat pada 2003. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/41754

Page 22: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 22

GST tidak jejas harga rumah PR1MA

AHAD, 15 MAC 2015 @ 5:11 PM

SUNGAI PETANI: Pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) tidak akan menjejaskan harga rumah di bawah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), kata Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia, Tan Sri Dr Jamaludin Jarjis. Jamaludin berkata, sebaliknya, pihaknya akan memastikan harga rumah yang dijual sekurang-kurangnya 20 peratus lebih rendah daripada pasaran setempat. "Rumah PR1MA tidak ada impak dengan GST (GST), sebaliknya kita mahu pastikan harga rumah PR1MA ini, sekurang-kurangnya 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran setempat. Kita tidak boleh ambil ukuran harga pasaran tempat lain, ia mesti berasaskan dengan harga setempat.

"Kita tidak mahu jual rumah yang terlalu mahal atau terlalu murah, kalau terlalu mahal orang tidak mampu, sebab itu kita mahu tengok permohonan, berapa gaji mereka, kemudian kita akan tentukan satu paras," katanya dalam sidang media selepas melawat tapak projek Bandar Utama, Sidam Kiri, di sini, hari ini. Jamaludin juga berkata, bagi pemohon yang tidak mendapat pembiayaan daripada institusi kewangan, terdapat Skim Sewa Beli yang membolehkan mereka mendapatkan rumah PR1MA.

"Kita sedar, ramai orang sama ada di bandar atau luar bandar yang kerja sendiri, tiada penyata gaji, pemandu teksi, penjaja kecil, mereka juga berhak mendapat rumah PR1MA. "Pemohon bagaimanapun perlu memohon pembiayaan menerusi bank terlebih dahulu, jika terbukti permohonan mereka ditolak oleh tiga bank, kita akan bawa mereka menerusi Skim Sewa Beli," katanya. Jamaludin berkata, sejumlah 2,744 unit rumah PR1MA akan dibina di kawasan Sungai Petani dengan harga permulaan RM118,000 dan sehingga kini pihaknya telah menerima 1,872 permohonan untuk fasa pertama yang melibatkan 970 unit rumah.

"Saya lihat perjalanan pelaksanaan projek ini amat baik dan saya yakin 970 unit rumah ini akan siap menjelang akhir tahun ini dan penyerahan kunci akan dibuat secara cabutan bagi pemohon yang layak, permohonan masih dibuka sama ada secara atas talian, Kerajaan Negeri atau pejabat jualan di tapak projek," katanya. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/41163

Kerajaan komited bina rumah mampu milik untuk rakyat - Najib

KHAMIS, 12 MAC 2015 @ 5:22 PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan komited kepada agenda membina rumah mampu milik untuk rakyat. Katanya, melalui program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), impian lebih ramai rakyat Malaysia untuk memiliki rumah sendiri akan menjadi kenyataan. "Alhamdulillah. Kerajaan komited kepada agenda membina rumah-rumah mampu milik dan Insya-Allah, melalui PR1MA Homes impian lebih ramai rakyat Malaysia memiliki rumah sendiri akan jadi kenyataan," katanya menerusi catatan terbaru di akaun Facebooknya di sini hari ini.

Page 23: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 23

Dalam catatannya itu, Najib turut berkongsi video berdurasi 3.15 minit dari akaun Facebook 1Malaysia yang memaparkan kisah keluarga Norazam Azman yang merupakan antara pembeli terawal rumah PR1MA. Ia menceritakan bagaimana golongan kurang berkemampuan seperti Norazam, 33, berkeluarga dan mempunyai dua anak terpaksa duduk menumpang di rumah mentua serta menyewa di rumah kos rendah sebelum akhirnya dapat memiliki kediaman sendiri dengan adanya program PR1MA itu.

Sabtu lalu, Perdana Menteri menyerahkan kunci kepada sebahagian daripada 560 pemilik rumah PR1MA di tapak pertama projek itu di Presint 11, Putrajaya. PR1MA ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM10,000 untuk memiliki kediaman berkualiti tinggi di lokasi-lokasi strategik dengan harga antara RM100,000 hingga RM400,000. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/40439

Hampir 120,000 unit rumah PR1MA dilulus

RABU, 11 MAC 2015 @ 2:18 PM

KUALA LUMPUR: Sebanyak 119,933 Projek Pembinaan Perumahan 1 Malaysia (PR1MA) telah diluluskan pembinaannya di seluruh negara setakat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim. Ini termasuk sebanyak 8,547 rumah PR1MA yang telah diluluskan untuk Sarawak, katanya menjawab soalan Wong Ling Biu (DAP-Sarikei) mengenai sama ada PR1MA akan dilaksanakan di Parlimen Sarikei. "Bagaimanapun, setakat ini tiada rancangan pembangunan untuk PR1MA di Sarikei, tetapi kita sedia membuka kawasan untuk projek itu jika ada permohonan dan tanah baharu yang diberikan oleh kerajaan negeri," katanya.

Rumah PR1MA bertujuan membantu rakyat berpendapatan sederhana mendapatkan rumah dan pembeli yang layak ialah mereka yang mempunyai pendapatan RM2,500 sehingga 10,000 sebulan, mengikut umur dan jumlah tanggungan. Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir berkata, Indeks Syariah Malaysia merupakan usaha bertahap perintis dan ke hadapan oleh kerajaan bagi memperkukuhkan komitmen memajukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Jamil Khir berkata itu akan diukur mengenai kesungguhan kerajaan menambah baik syariat Islam oleh Jawatankuasa Teknikal Indeks Syariah Malaysia, yang dianggotai para tokoh dan pakar Islam dalam pelbagai aspek. Katanya, ketika ini lima teras dalam Maqasid Syariah, iaitu pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta yang akan diukur sememangnya banyak telah diguna pakai dan memberi manfaat dalam kehidupan masyarakat walaupun tidak dilabel sebagai produk Islam.

Beliau menjawab soalan Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) mengenai bagaimana Indeks Syariah Malaysia dapat membantu dalam mengenal pasti ruang pembaikan dan rakyat dapat menerima manfaat itu di Dewan Rakyat, hari ini. – BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/40165

Page 24: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 24

Kerajaan komited penuhi keperluan rumah mampu milik - PM

SABTU, 7 MAC 2015 @ 11:02 AM

PUTRAJAYA: Kerajaan komited untuk memenuhi keperluan rumah mampu milik di seluruh negara untuk golongan yang layak, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri, berkata rumah yang dijual pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran semasa itu sumbangan kerajaan bagi memastikan lebih ramai isi rumah memiliki kediaman sendiri. "Rumah yang sekurang-kurangnya 20 peratus lebih murah ini adalah bukti komitmen kerajaan dalam memastikan kadar pemilikan rumah di kalangan rakyat bertambah.

"Kita akan perbanyakkan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi memastikan jumlah rumah mampu milik ini mencukupi," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan kunci projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), di sini sebentar tadi. Projek PR1MA yang pertama disiapkan itu merangkumi 560 unit lengkap dgn dewan, surau, taman permainan dan pusat jualan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/39154

Tiada GST caj penyelenggaraan kediaman strata

RABU, 25 FEBRUARI 2015 @ 6:25 PM

KUALA LUMPUR: Caj perkhidmatan penyelenggaraan bagi kediaman berstrata akan dikecualikan daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan. Pengecualian cukai itu meliputi setiap jenis kediaman berstrata termasuk perumahan kos rendah seperti projek perumahan rakyat dan kediaman berstrata mewah seperti pangsapuri dan kondominium. Yuran itu sebelum ini dikenakan GST tetapi selepas pertimbangan dibuat, kerajaan memutuskan untuk mengecualikannya daripada sistem percukaian itu.

"Perubahan polisi itu berlaku setelah mengambil kira bahawa perniagaan (penyelenggaraan) itu bukan bertujuan membuat keuntungan berlebihan," katanya selepas program Penerangan GST, Bajet dan Isu Semasa di sini. Program peringkat Wilayah Persekutuan itu adalah yang kelima diadakan di kawasan Lembah Pantai.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/36904

Pelaksanaan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor perlu dipercepatkan - Shahrir

SABTU, 21 FEBRUARI 2015 @ 5:41 PM

JOHOR BAHRU: Pelaksanaan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) 2014 perlu dipercepatkan bagi memberi peluang lebih ramai warga negeri ini untuk membeli rumah mampu milik. Anggota Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, enakmen yang sudah diluluskan pada Jun 2014 itu, masih perlu juga diperjelaskan, bagi membolehkan rakyat mengetahui apakah faedah dan peluang bagi memiliki hartanah mampu milik.

Page 25: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 25

"Memang akan ada lebih banyak rumah mampu milik akan didirikan terutama di kawasan Iskandar Malaysia, contohnya di atas tanah yang dimiliki oleh agensi kerajaan. Namun kita masih berharap pelaksanaan LPHJ 2014 dipercepatkan bagi memberi peluang kepada lebih ramai bakal pembeli," kata beliau kepada pemberita ketika merasmikan Rakan Kembara Malaysia Johor di Plaza Angsana, di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai bagaimana LPHJ boleh membantu orang ramai dalam memiliki rumah mampu milik terutamanya di Iskandar Malaysia.

Enakmen LPHJ yang diluluskan Dewan Undangan Negeri Johor itu, bakal melibatkan penyediaan dasar, pelaksanaan, penyelarasan serta perancangan pembangunan sektor perumahan dan hartanah di negeri itu. Shahrir, yang juga Anggota Majlis Penasihat Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), turut menjelaskan pemilikan rumah mampu milik itu turut akan disokong program lain seperti program sewa beli dan bantuan daripada Baitulmal untuk rakyat termiskin, dalam usaha memastikan segenap lapisan masyarakat berpeluang memiliki rumah.

Ketika ditanya mengenai sama ada Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) boleh dimiliki oleh mereka yang belum berkahwin, beliau menjelaskan permohonan dari kumpulan ini masih diterima. "Bagaimanapun, keutamaan mungkin diberi kepada golongan yang sudah berkahwin. Apabila bekalan rumah semakin banyak, peluang kepada mereka yang belum berkahwin akan lebih terbuka," kata Shahrir.

Mengenai program Rakan Kembara Malaysia Johor, beliau berkata ia dilihat dapat memberi banyak manfaat kepada golongan belia kerana ia membabitkan pengembaraan dengan pelbagai program pengisian termasuk misi bantuan kemanusiaan. Beliau, yang juga Rakan Eksekutif Rakan Kembara Malaysia Johor, turut mengalu-alukan penyertaan lebih ramai belia kepada program ini, yang kini mempunyai keanggotaan sebanyak 4,300 seluruh Malaysia termasuk lebih kurang 1,000 anggota di Johor. Selain dapat menyertai aktiviti berbentuk pengembaraan, anggotanya juga akan memperolehi perlindungan insurans nyawa dan kecacatan kekal serta potongan harga jika berurusan dengan rakan strategik Rakan Kembara Malaysia, kata Shahrir. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/36139

Page 26: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 26

Kerajaan Terengganu agih rumah, kiosk basmi kemiskinan bandar

KHAMIS, 5 FEBRUARI 2015 @ 8:12 PM

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Roslee Daud (tengah) bersama penerima bantuan perumahan bandar dan kiosk penjaja bergerak di Dungun hari ini. - Foto Rosli Ilham

DUNGUN: Majlis Perbandaran Dungun (MPD) menerima peruntukan sebanyak RM240,000 dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi membina enam rumah di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB). Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Roslee Daud, berkata setiap rumah yang berharga RM40,000 itu diberi kepada kumpulan PPKB terdiri daripada isi rumah B40 iaitu yang berpendapatan kurang daripada RM2,300 sebulan termasuk isi rumah miskin dan mudah miskin. "Pelaksanaan PPKB itu adalah selari dengan hasrat kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-10, untuk mengurangkan kemiskinan daripada 3.8 peratus pada 2009 kepada 2.0 peratus pada tahun ini.

"Selain itu, ia bagi meningkatkan purata pendapatan isi rumah terendah daripada RM1,440 pada 2009 kepada RM2,300 pada tahun ini," katanya ketika menyampaikan bantuan perumahan bandar dan kiosk penjaja bergerak di bawah program itu di sini hari ini. Pada majlis itu, Roslee menyampaikan enam rumah dan 10 unit kiosk penjaja bergerak di bawah program PPKB melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM150,000. Katanya, inisiatif di bawah PPKB bertujuan membantu golongan miskin dan berpendapatan rendah di bandar, meningkatkan kualiti hidup di samping mengurangkan beban tanggungan keluarga.

"Hasrat kerajaan adalah untuk menyediakan bantuan yang boleh memberi keselesaan kepada rakyat ke arah menuju maju pada 2020," katanya. Sementara itu, seorang penerima bantuan rumah, Kamal Bacha Abd Mohammed, 46, dari Kampung Sungai Buaya berkata sudah lama beliau mengindamkan untuk tinggal di rumah sendiri. "Saya rasa bagaikan mimpi kerana terpilih pada program ini. Untuk membinanya sendiri, saya tidak mampu," kata pengusaha warung yang mempunyai tiga anak itu.

Page 27: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 27

Bagi Orang Kelainan Upaya (OKU) Zakaria Awang, 34, dari Kampung Pulau Serai yang menerima kiosk bergerak pula gembira kerana permohonan untuk mendapatkan kiosk selama ini menjadi kenyataan. Peniaga buger yang masih bujang itu berkata, sebelum ini gerainya agak kurang menarik, tetapi dengan adanya koisk baharu yang diterimanya hari ini, ia memberi semangat untuk beliau berniaga dengan lebih serius. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/33458

Jabatan Perumahan Negara perlu lebih serius tangani isu selenggara rumah murah, PPR

KHAMIS, 29 JANUARI 2015 @ 10:09 PM KUALA LUMPUR: Jabatan Perumahan Negara perlu lebih serius menangani isu penyelenggaraan rumah murah dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi memastikan kes kanak-kanak maut akibat terjatuh dari kediaman itu tidak berulang. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata kekurangan dana untuk membiayai penyelenggaraan dikesan antara punca operasi itu gagal dilaksanakan secara konsisten.

"Jawatan kuasa penduduk di kawasan rumah murah dan PPR juga perlu serius mengutip bayaran penyelenggaraan digunakan untuk kerja menyelenggara bagi memastikan keselamatan penduduk sentiasa terjamin," katanya. Beliau diminta mengulas kes Muhammad Hazriq Danish Ain Alden, 5, yang maut selepas terjatuh dari tingkat enam kediamannya di PPR Seksyen 8, Kota Damansara, Petaling Jaya, semalam. Terdahulu Abdul Rahman menghadiri majlis penutupan "Global Leader Experiences anjuran Prudential Assurance Malaysia Berhad, di sini.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/32327

Page 28: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 28

Pastikan rumah PPR sentiasa diselenggara - Rohani

KHAMIS, 29 JANUARI 2015 @ 2:46 PM

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan memastikan semua infrastruktur di bawah seliannya diselenggara dengan baik bagi mengelakkan insiden tidak diingini berlaku. - Foto ihsan http://www.selangorku.com/

PETALING JAYA: Rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) perlu sentiasa dipantau dan diselenggara bagi memastikan ia selamat untuk penghuninya terutama kanak-kanak, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rohani Abdul Karim. Beliau berkata, selain itu rumah PPR ini juga perlu dibina dengan ciri keselamatan bagi memastikan ia selamat dan mesra kanak-kanak. Ini adalah penting berikutan beberapa kejadian kanak-kanak maut akibat terjatuh dari kediaman mereka di kawasan PPR, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau sebelum itu menziarahi keluarga Muhammad Zul Hazriq Danish Aiden, 5, yang meninggal dunia selepas terjatuh melalui jurang di antara pagar besi yang sudah rosak ketika sedang bermain bersama abangnya di koridor tingkat enam, Blok B, PPR Seksyen 8, Kota Damansara di sini, semalam. Rohani berharap Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dapat mengkaji semula reka bentuk rumah PPR serta sentiasa memantau penyelenggaraan rumah-rumah berkenaan bagi mengelakkan perkara tidak diingini.

Beliau berkata, perkara ini perlu dipandang serius memandangkan kejadian seumpama itu bukanlah kali pertama berlaku di kawasan itu seperti dimaklumkan oleh penduduk di kawasan itu, iaitu pada tahun lepas seorang kanak-kanak berusia empat tahun dari Blok D turut maut selepas terjatuh dari tingkat 14. Rohani juga berharap orang ramai tidak cepat menuding jari dengan menyalahkan ibu bapa atas kemalangan itu kerana ia terjadi bukan berpunca daripada kecuaian sebaliknya atas faktor keselamatan di bangunan kediaman berkenaan.

Page 29: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 29

"Orang ramai jangan cepat nak salahkan ibu bapa kerana kemalangan ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Walaupun kita dah cuba sedaya upaya menjaga anak-anak, kalau keadaan kawasan kediaman kita rosak sana-sini ia mungkin boleh terjadi kepada anda juga," katanya. Rohani juga berkata, kementeriannya akan menawarkan khidmat kauseling kepada keluarga berkenaan bagi memulihkan semangat ibu kanak-kanak itu Nor Sahura Sahara, 35, serta empat lagi anaknya, Nur Diana Aiden, 15, Muhammad Zul Hisham Aiden, 12, Nur Aldira Aiden, 10 dan Muhammad Zul Haiqal Daniel,7, yang kehilangan anak dan adik bongsu mereka. Hadir sama menziarahi Nor Sahura ialah Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Datuk Norani Mohd Hashim yang turut menyampaikan bantuan RM400 sebulan kepada keluarga itu. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/32200

Kerajaan bina 6,000 lagi unit kediaman PPA1M fasa dua

ISNIN, 26 JANUARI 2015 @ 7:31 PM

TAN Sri Dr Ali Hamsa diiringi Presiden Perbadanan, Tan Sri Aseh Che Mat melihat model rumah yang bakal dibina di Presint 17 selepas melancarkan portal dan permohonan online PPA1M Putrajaya Fasa 2 di Dewan Melati, Kompleks Perbadanan Putrajaya di sini hari ini. - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Kerajaan akan membangunkan 6,000 lagi unit kediaman di bawah Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Putrajaya bulan depan, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa. Beliau berkata, permohonan PPA1M Putrajaya fasa kedua itu akan dibuka untuk pendaftaran pada 12 Februari hingga 12 Mac ini dan penjawat awam yang mencukupi syarat boleh membuat permohonan secara dalam talian. Katanya, syarat kelayakan pendapatan maksima untuk permohonan itu telah dinaikkan dari RM8,000 kepada RM10,000 sebulan bagi pendapatan kasar suami, isteri atau isi rumah.

Page 30: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 30

"PPA1M Putrajaya Fasa 2 bagi kategori pangsapuri adalah berharga dari RM90,000 hingga RM300,000 bagi saiz daripada kategori 850 kaki persegi hingga 1,500 kaki persegi," katanya semasa melancarkan portal dan sistem permohonan dalam talian PPA1M, Isnin. Tanpa memberitahu lokasi pembinaan projek tersebut, Ali berkata penambahan unit kediaman itu membuktikan kesungguhan kerajaan membantu penjawat awam memiliki rumah sendiri dengan harga yang mampu dimiliki terutamanya bagi kawasan Putrajaya.

Pada April tahun lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan sejumlah 10,639 unit kediaman di bawah PPA1M Putrajaya fasa satu khusus untuk penjawat awam di bandar-bandar utama, yang berharga antara RM150,000 dan RM300,000. PPA1M Putrajaya fasa satu di Presint 17 dan Presint 11 di sini, dijangka siap pada 2017 hingga 2018. Ali berkata, nilai PPA1M Putrajaya yang sedang dibina di Putrajaya adalah kira-kira RM150 hingga RM300 sekaki persegi, berbanding nilai semasa jualan apartmen di Putrajaya dan Cyberjaya pada kadar RM500 sekaki persegi.

Mengulas mengenai laman sesawang PPA1M Putrajaya, katanya kesemua permohonan, semakan keputusan cabutan undi, status dan perkembangan projek boleh dilihat dan dipantau oleh pemohon atau pembeli melalui laman sesawang itu. Beliau kata, laman sesawang itu akan dikemaskini pada setiap empat bulan. Pada majlis yang sama, beliau bersama Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Dr Aseh Che Mat juga mencabut undi PPA1M Siri 5 Pudina Putrajaya bagi 1,500 unit buah rumah, yang dijangka siap pada 2017.

Pada cabutan itu, hampir 62 peratus penjawat awam di Putrajaya berjaya dalam cabutan undi dan akan menerima surat tawaran pembelian PPA1M Putrajaya dalam tempoh terdekat. Sesi cabutan Siri 6 dan 7 untuk baki 3,000 unit PPA1M Putrajaya Fasa Satu dijangka diadakan pada Jun ini. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/31608

PR1MA lulus 72 projek seluruh negara tahun ini

ISNIN, 26 JANUARI 2015 @ 4:50PM

JOHOR BAHARU: Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) meluluskan sebanyak 72 projek pembangunan kediaman di seluruh negara tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Abdul Mutalib Alias, berkata semua projek itu akan menawarkan sejumlah 50,000 unit kediaman. "Untuk keseluruhan projek, saya difahamkan lebih 11,000 unit (rumah) sudah dimulakan pembinaannya dalam pelbagai peringkat. "Baki 32,000 hingga 40,000 unit pula masih dalam proses membersih tanah serta tapak," katanya selepas melawat tapak projek PR1MA di Bandar Layangkasa dan Tebrau, di sini hari ini.

Abdul Mutalib berkata kebanyakan rumah PR1MA itu dibangunkan di kawasan bandar utama dan sub-bandar, rentetan daripada keperluan orang ramai yang ingin turun ke kawasan itu untuk bekerja. "Selain itu, kebanyakan rumah PR1MA juga untuk golongan yang berpendapatan sederhana antara RM2,500 - RM10,000 sebulan," jelasnya. Bagi negeri Johor tahun ini, perbadanan itu meluluskan sembilan projek perumahan PR1MA termasuk di Bandar Layangkasa, Tebrau, Taman Rinting (Masai), Taman Perling (Mukim Pulai), dan Skudai yang akan menawarkan sejumlah 13,951 unit rumah.

Page 31: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 31

"Ketika ini, dua projek yang sedang melalui pembinaan ialah di Bandar Layangkasa Fasa 1 dan Tebrau. Ia adalah projek pembinaan sebanyak 475 unit rumah teres dua tingkat serta 1,284 unit apartmen. "Kedua-duanya mencapai kemajuan projek masing-masing sebanyak 30 peratus serta 10 peratus dan dijangka siap pada Julai tahun ini dan Disember tahun depan," katanya. Kedua-dua projek itu turut menerima sejumlah 23,842 permohonan dari penduduk Johor sejak pendaftaran projek itu dibuka pada 15 Januari lalu. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/31551

Penguatkuasaan Akta Pengurusan Strata diumum dalam tempoh terdekat

ISNIN, 26 JANUARI 2015 @ 2:23 PM

PUTRAJAYA: Penguatkuasaan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) bagi menggantikan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 akan diumum dalam masa terdekat. Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) ke-69 yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini, hari ini. Turut hadir, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan timbalannya, Datuk Halimah Mohd Sadique. Menurut kenyataan kementerian itu, penguatkuasaan Akta 757 akan memberi impak positif dan signifikan kepada jutaan penduduk di bangunan strata yang membentuk 30 peratus daripada populasi kadar utama negara.

"Untuk menjamin keselesaan dan kesejahteraan hidup mereka (penduduk di bangunan strata), pengurusan bangunan mestilah mencapai tahap yang tinggi seperti ditetapkan termasuk melalui Akta 757," menurut kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat MNKT berkenaan. Menerusi penguatkuasaan Akta 757 itu kelak, sebuah Tribunal Pengurusan Strata juga akan ditubuhkan untuk membantu menyelesaikan masalah atau pertikaian yang timbul dalam kalangan penghuni dan pihak-pihak berkepentingan dengan mudah, cepat dan murah.

Menurut kenyataan itu, untuk merealisasikan penubuhan tribunal berkenaan wujud keperluan untuk resolusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi pelantikan pengerusi, timbalan pengerusi dan anggota serta kakitangannya. Mesyuarat juga setuju agar permulaan tarikh penguatkuasaan Peraturan-peraturan Pengurusan Strata (PPS) (Penyenggaraan dan Pengurusan) adalah serentak dengan penguatkuasaa Akta 757.

Selain itu, mesyuarat hari ini sebulat suara setuju dengan pemakaian Malaysian Private Entities Reporting Standards (MPERS) sebagai asas penyediaan kewangan Pihak Pengurusan Bangunan Berstrata di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. MNKT kali ini turut setuju dengan Garis Panduan Perancangan (GPP) Pembangunan Fizikal Pulau-Pulau dan Taman Laut yang juga semakan semula ke atas Garis Panduan Panduan Perancangan Pembangunan Fizikal Pulau-Pulau yang diterbitkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia pada 1996.

GPP antara lain bertujuan membantu kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan serta pemaju mengurus, mengawal dan membangunkan kawasan pulau dari aspek peletakan, kepadatan serta aktiviti yang dibenarkan dan tidak dibenarkan. – BERNAMA

Page 32: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 32

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/31520

PR1MA serah 600 unit rumah pertama akhir tahun ini

KHAMIS, 22 JANUARI 2015 @ 8:31 PM

KUALA LUMPUR: Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), yang membantu mereka yang berpendapatan sederhana memiliki kediaman sendiri, dijangka menyerahkan 600 unit pertama rumah mampu miliknya menjelang akhir tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Mutalib Alias, berkata projek itu masing-masing membabitkan projek 300 unit kediaman di Bertam, Pulau Pinang dan Kuala Ketil, Kedah. "Saya jangkakan (dapat serahkan) menjelang akhir tahun ini biarpun kami mensasarkannya pada Ogos ini. Pihak kami sedang berusaha memastikan kesemua unit itu dapat diserahkan menjelang Ogos," katanya pada taklimat media di sini, hari ini.

Syarikat itu baru-baru ini melancarkan dan membuka permohonan bagi tujuh projek di Kuala Lumpur, Perak, Kedah, Melaka dan Johor. Projek berkenaan adalah PR1MA @ Alam Damai, Kuala Lumpur; PR1MA @ Bandar Meru Raya, Perak; PR1MA @ Sungai Petani 1, Kedah; PR1MA @ Kuala Ketil, Kedah; PR1MA @ Bandar Layangkasa, Johor; PR1MA @ Tebrau, Johor dan PR1MA @ Melaka Tengah 1, Melaka. Abdul Mutalib berkata, harga rumah itu berpatutan kerana lebih rendah daripada pasaran dan sambutannya ternyata amat menggalakkan.

"Proses ini jelas membuktikan komitmen berterusan PR1MA bagi memastikan mereka yang berpendapatan sederhana mencapai impian untuk memiliki kediaman sendiri," katanya. Pembeli disyaratkan berpendapatan isi rumah antara RM2,500 dan RM10,000. Sehingga kini, kira-kira 890,000 pembeli yang berpotensi mendaftar bagi memiliki kediaman PR1MA di seluruh negara. Abdul Mutalib berkata, sebanyak 14 lagi projek perumahan akan dibuka untuk permohonan tidak lama lagi selain tujuh projek sedia ada. "Saya boleh memberi jaminan ada lebih banyak lagi projek dibuka untuk permohonan," katanya.

PR1MA juga, kata Abdul Mutalib, akan menimbang cadangan pemaju lain bagi pembinaan rumah selagi ia menepati kriteria, terutamanya harga, spesifikasi bahan binaan, kos dan memiliki rekod yang cemerlang. Sementara itu, Abdul Talib menyifatkan langkah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bagi mengekalkan pembangunan dan ekonomi negara, Selasa lalu, sebagai strategi bijak untuk merangsang permintaan domestik. "Langkah itu akan membolehkan rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk menimbang pilihan rumah PR1MA. Sehubungan itu, kami jangka dapat melihat lebih ramai akan mendaftar di talian," katanya. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/30888

Harga rumah di Sarawak tidak akan naik mendadak

ISNIN, 19 JANUARI 2015 @ 5:20 PM

KUCHING: Kementerian Perumahan Sarawak memberi jaminan harga rumah kediaman di negeri ini tidak akan naik secara mendadak apabila Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan April

Page 33: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 33

depan. Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, berkata sekalipun berlaku kenaikan ia adalah minimum - antara dua dan tiga peratus sahaja. "Sehubungan itu pihak tertentu serta pemaju hartanah tidak perlu menakut-nakutkan bakal pembeli rumah kononnya harga rumah akan naik secara mendadak sebaik sahaja GST dilaksanakan," katanya pada sidang media selepas merasmikan penutupan Seminar GST Dalam Sektor Perumahan di sini, hari ini.

Sambil menjelaskan bahawa hanya bangunan komersial akan dikenakan GST dan bukannya rumah kediaman, beliau menasihatkan bakal pembeli rumah kediaman supaya tidak percaya dengan kenyataan (mengenai kenaikan harga rumah) oleh pihak pemaju. Beliau berkata, terdapat undang-undang bagi mengawal kenaikan harga rumah, khususnya membabitkan penjualan rumah kos rendah dan rumah mesra rakyat. Sementara itu, beliau berkata, bagi menampung permintaan yang tinggi terhadap rumah kos rendah dan rumah mampu milik di negeri ini, kerajaan negeri menerusi Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) akan membangunkan sejumlah 3,500 rumah seumpama itu di Kuching, Bintulu dan Miri dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Katanya, HDC akan mengambil alih projek pembinaan rumah kos rendah dan mampu milik daripada pemaju swasta yang tidak berminat membina rumah seumpama itu. Mengenai GST dalam sektor perumahan, Abang Johari berkata apabila rejim cukai yang baru itu dilaksanakan hanya penjualan rumah komersial akan dikenakan cukai maksimum enam peratus berbanding 15 peratus sekarang. Seminar sehari itu dianjurkan Kementerian Perumahan Sarawak dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/30271

500 PPR Gua Musang ditawar kepada mangsa banjir Kuala Krai - Abdul Rahman

ISNIN, 19 JANUARI 2015 @ 3:17 PM

KUALA LUMPUR: Sebanyak 500 daripada 1,000 rumah sementara Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Gua Musang akan ditawarkan kepada mangsa banjir dari Kuala Krai yang turut kehilangan rumah baru-baru ini. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata tawaran itu dibuat selepas mendapati hanya 500 keluarga dari Gua Musang yang terlibat akan mendiami rumah PPR yang ditawarkan. Katanya, bagaimanapun jarak antara Kuala Krai dan Gua Musang yang jauh mungkin menjadi faktor sesetengah mangsa enggan berpindah ke penempatan sementara itu.

"Ada juga yang enggan untuk pindah ke Gua Musang buat sementara waktu sebelum perumahan kekal mereka siap dibina kerana jarak yang agak jauh dari kawasan asal mereka," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Beliau berkata demikian selepas menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Malaya (UM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) serta melancarkan Program Komuniti Kesedaran Keselamatan kebakaran di sini, hari ini. Katanya, kerajaan sudah mempunyai keputusan berkaitan jenis dan reka bentuk rumah baharu yang bakal dibina bagi menggantikan rumah mangsa banjir yang musnah dan perkara itu akan diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam masa terdekat.

Page 34: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 34

Paling senang sekarang ialah kita kumpulkan mereka dalam satu kawasan dan bina rumah teres, rumah panjang atau khemah yang dibuat dalam satu kawasan tapi nampaknya ada rasa tidak puas hati sedikit berikutan faktor lokasi," katanya. Beliau berkata, kerajaan pusat komited untuk membantu membina semula rumah yang musnah akibat banjir dan berusaha memenuhi setiap permintaan mangsa dengan menyediakan pelbagai pelan penyelesaian. Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan membuat perolehan tiga unit helikopter baharu dan alatan tambahan sebagai persedian menghadapi ancaman banjir pada masa akan datang.

"Sebahagian daripada peruntukan RM500 juta yang diumumkan kerajaan baru-baru ini diperuntukkan kepada JBPM untuk beli peralatan yang sesuai dalam urusan menangani masalah banjir," katanya. Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Rahman berkata MoU antara UM dan JBPM adalah perkongsian pintar dua institusi itu dalam menjalankan penyelidikan dan menyediakan kurikulum pengajian merekabentuk bangunan dengan sistem keselamatan lebih canggih. -- BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/30218

PR1MA buka permohonan untuk tujuh projek perumahan

JUMAAT, 16 JANUARI 2015 @ 3:35 PM

KUALA LUMPUR: Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) hari ini membuka permohonan untuk 7,116 unit rumah bagi tujuh projek kediaman Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Kuala Lumpur, Perak, Kedah, Melaka dan Johor. Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias berkata, tujuh projek berkenaan ialah Alam Damai, Kuala Lumpur; Bandar Meru Raya, Perak; Sungai Petani 1, Kedah; Kuala Ketil, Kedah; Bandar Layangkasa, Johor; Tebrau, Johor dan Melaka Tengah 1.

"Rumah-rumah PR1MA yang dibuka untuk proses permohonan akan ditawarkan pada harga yang menepati kemampuan dan pada harga yang telah dimandatkan iaitu sekurang-kurangnya 20 peratus lebih rendah daripada harga pasaran dan pada masa sama berkualiti tinggi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Pendaftar PR1MA diseru membuat permohonan untuk projek pembangunan yang dipilih melalui laman web PR1MA di www.pr1ma.my sebelum tarikh tutup permohonan pada 28 Februari ini.

Menurutnya, bagi mereka yang belum berdaftar diminta mendaftar di laman web terlebih dahulu sebelum membuat permohonan. "Proses ini mempamerkan komitmen berterusan PR1MA dengan satu lagi langkah ke hadapan untuk merealisasikan impian masyarakat Malaysia yang berpendapatan sederhana iaitu berpendapatan isi rumah antara RM2,500 hingga RM10,000 sebulan untuk memiliki kediaman sendiri," katanya. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/29646

Page 35: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 35

Skim insurans perumahan lindungi pembeli dikaji

JUMAAT, 9 JANUARI 2015 @ 5:51 PM

PUTRAJAYA: Kerajaan sedang mengkaji satu skim insurans perumahan yang dilaksanakan di Korea Selatan bagi memberi lebih perlindungan kepada pembeli daripada menjadi mangsa projek perumahan terbengkalai. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata penelitian awal mendapati Korean Housing Insurance Scheme berjaya membantu dan melindungi pembeli-pembeli rumah di negara itu. Katanya, skim itu akan memberi pampasan kepada pembeli sekiranya rumah tidak disiapkan dan pada masa sama ia dapat memastikan pemaju melaksanakan kerja dengan sebaik-baiknya. "Secara prinsipnya, pemaju perumahan setuju dengan perkara itu.

Perlu masa untuk perhalusi beberapa perkara. Sistem atau idea itu sedang dipertimbangkan pada masa ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat Tahun Baharu pada perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini. Abdul Rahman berkata, kementeriannya sedang mengkaji beberapa perkara di bawah skim itu, termasuk pihak yang akan membiayai tabung di bawah skim berkenaan. Mengambil contoh pelaksanaan di Korea, beliau berkata kerajaan Korea bekerjasama dengan pemain industri perumahannya di mana kerajaan akan membiayai sebahagian wang manakala industri perumahan membiayai bahagian selebihnya.

Di Korea juga, katanya, setiap transaksi berkaitan perumahan seperti menandatangani Perjanjian Jual-Beli ataupun pembayaran sewa, sebahagian wang akan disalurkan ke tabung bagi menjana pendapatan yang kemudiannya akan digunakan menyelesaikan isu industri perumahan. "Namun ini tidak semestinya akan diaplikasikan di negara ini.

Terdapat banyak cara untuk melaksanakannya. Kita masih dalam kajian," katanya. Sementara itu, Abdul Rahman berkata kementeriannya juga mengkaji untuk mewajibkan pemaju perumahan mempunyai harta cair yang banyak dalam bentuk tunai dan harta bagi mengelak berlaku projek perumahan terbengkalai. "Ini adalah satu idea yang mudah dan boleh melindungi pembeli rumah. Dengan ini, hanya mereka yang mempunyai kecairan tunai yang tinggi akan dibenarkan mendapatkan lesen untuk projek-projek," katanya. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/28145

KWSP mudahkan pengeluaran pinjaman perumahan dengan e-Pengeluaran

ISNIN, 5 JANUARI 2015 @ 5:37 PM

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan ahli-ahli yang mempunyai pinjaman perumahan dengan RHB Bank dan Maybank boleh memilih menghantar permohonan pengeluaran mereka secara dalam talian melalui kemudahan e-Pengeluaran untuk pembayaran balik pinjaman perumahan. Kemudahan itu yang disediakan melalui i-Akaun, memudahkan permohonan pengeluaran secara dalam talian bagi pembayaran ansuran bulanan pinjaman perumahan dan mengurangkan atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan.

Page 36: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 36

"Ahli perlu mendaftar sebagai pengguna i-Akaun untuk menggunakan kemudahan ini," kata KWSP dalam satu kenyataan hari ini. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi), Datuk Mohd Naim Daruwish, berkata pada awalnya mereka memperkenalkan e-Pengeluaran dengan RHB Bank, dan setakat ini sudah menerima lebih daripada 10,000 permohonan pengeluaran daripada ahli yang mempunyai pinjaman perumahan bersama bank itu.

"Kemudahan e-Pengeluaran membolehkan ahli menghantar permohonan pengeluaran secara dalam talian dengan cepat, tepat dan mudah. Ahli hanya perlu datang ke cawangan KWSP untuk pengesahan ibu jari. "Kami kini sedang bekerjasama dengan Maybank dan kami akan meluaskan perkhidmatan ini kepada ahli yang mempunyai pinjaman perumahan dengan bank-bank lain tidak lama lagi," katanya. Kemudahan e-Pengeluaran boleh digunakan oleh ahli yang sudah membuat pengeluaran yang sama sebelum ini.

Ahli-ahli mestilah pembeli dan pemilik rumah termasuk sebagai peminjam perumahan sama ada daripada RHB Bank atau Maybank. Mohd Naim berkata KWSP juga merancang untuk memperluaskan kemudahan e-Pengeluaran ini dalam skim pengeluaran lain seperti membeli rumah, pendidikan dan kesihatan. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/27303

Utusan Malaysia:

Pastikan kesahihan skim ditawarkan pemaju perumahan

23 Disember 2015 1:18 AM

\

Mohamad Yusoff Ghazali

Page 37: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 37

PUTRAJAYA 22 Dis. – Para pembeli rumah dinasihatkan supa-ya memastikan kesahihan skim-skim menarik yang ditawarkan pemaju serta memahami sepenuhnya perkara tersebut sebelum membeli rumah idaman masing-masing.

Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, Datuk Mohamad Yusoff Ghazali berkata, permintaan tinggi dalam pasaran perumahan telah mendo-rong para pemaju swasta menawarkan pelbagai skim me-narik untuk memasarkan produk mereka. “Skim-skim ini dijadikan daya tumpuan kepada bakal-bakal pembeli dan golongan ini seharusnya berhati-hati sebelum membuat pembelian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Menurutnya, antara aduan skim yang diterima oleh jabatan tersebut ialah penjualan rumah menggunakan konsep Islam yang mana para pembeli akan mendapat RM500 selama 36 bulan atau sehingga kunci rumah diserahkan kepada pembeli selepas perjanjian ditandatangani. Beliau berkata, para pembeli yang berminat untuk memiliki rumah yang ditawarkan oleh pemaju perlu mendapat pinjaman peribadi terlebih dahulu dan seterusnya membayar sepenuhnya kepada peguam yang dilantik pemaju berkenaan.

Aduan seterusnya, ujar Mohamad Yusof, skim tawaran Rumah Impian 1Malaysia yang me-minta pembeli berminat membayar RM500 untuk menjadi ahli dan kad diskaun yang diberi boleh digunakan untuk melancong, tempahan hotel serta mendapat diskaun rumah sehingga RM30,000 dan pembeli dijanjikan rumah tersebut siap dalam tempoh tiga tahun, namun lokasi projek belum dikenal pasti. “Tawaran seterusnya ialah skim sewa milik yang mana pihak menyewa rumah akan mendapat hak pemilikan selepas tamat tempoh 30 tahun dengan jaminan pelaburan sebanyak RM200,000. “Bayaran sewa milik bulanan antara RM450 hingga RM1,300 dan pemaju memaklumkan bahawa rumah tersebut dijangka di-siapkan dalam tempoh masa tiga hingga lima tahun selepas membuat bayaran Pemilikan Awal,” katanya. Tegas beliau, tatacara penjualan perumahan seperti skim-skim yang ditawarkan itu tidak mengikut garis panduan yang termaktub dalam Akta Pemaju Perumahan (Kawalan Pelesenan) 1996 (Akta 118) dan Peraturan-Peraturan.

Sehubungan itu, katanya, bakal pembeli perlu berhati-hati kerana skim tersebut tidak terjamin dan hak pembeli tidak dilindungi di bawah Akta 118. Mohamad Yusof mengingatkan pembeli agar memastikan lesen pe-maju perumahan masih berkuat kuasa; permit iklan dan jualan yang sah masih berkuat kuasa; kebenaran merancang dan pelan susun atur telah diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT); tanah berstatus perumahan dan pecah sempadan te-lah diluluskan oleh Pejabat Tanah dan Surat Perjanjian Jual dan Beli (SPJB) yang sera-gam mengikut Peraturan-Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan 1989).

Perjanjian itu merangkumi Jadual G (Tanah dan Bangunan); Jadual H (Bangunan yang dipecah bahagi); Jadual I (Bina dan Jual bagi Tanah dan Bangunan) dan Jadual J (Bina dan Jual bagi Bangunan yang dipecah bahagi). “Selain skim-skim tawaran itu, terdapat juga pemaju dan koperasi yang menjalankan Pemaju Perumahan tanpa memiliki lesen serta permit iklan dan jualan yang dikeluarkan di bawah Akta 118 dan JPN sedang menyiasat pihak-pihak yang terlibat dan mengambil tindakan sewajarnya bagi melindungi kepentingan pembeli rumah,” ujarnya.

Beliau menyarankan orang awam memberi maklumat dan melaporkan kepada Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Perumahan Negara sekiranya menemui atau menerima tawaran skim perumahan yang meragukan. Mereka juga boleh menyemak maklumat pemaju dengan melayari

Page 38: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 38

laman web http://ehome.kpkt.gov.my atau menghubungi Bahagian Pe-ngu-atkuasaan, Jabatan Perumahan Negara di talian 03-80008000.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pastikan-kesahihan-skim-ditawarkan-pemaju-perumahan-1.171953

Bomba komuniti kawasan perumahan mulai 2016

Pelaksanaan di setiap kawasan perumahan mulai 2016

14 Disember 2015 12:55 AM

HALIMAH MOHAMED SADIQUE (dua dari kanan) menandatangani plak perasmian melancarkan Pasukan Bomba Komuniti Daerah Kluang dan Balai Komuniti Rumah Rakyat Gunung Lambak di Kluang, Johor, semalam. UTUSAN/ MUHAMAD AIMY AHMAD

KLUANG 13 Dis. – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan mencadangkan penubuhan pasukan bomba komuniti di setiap kawasan perumahan seluruh negara secara berperingkat selewat-lewatnya awal tahun depan. Timbalan Menterinya, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, usaha itu sebagai sebahagian langkah kementerian memperke-nalkan garis panduan kepada pihak berkuasa tempatan dan jawatan-kuasa perwakilan penduduk tentang menangani kebakaran.

Menurutnya, langkah mewujudkan bomba komuniti dilihat mampu mengelakkan kemusnahan lebih teruk apabila sesuatu kejadian kebakaran berlaku kerana tindakan awal daripada pasukan yang disertai penduduk setempat itu. “Melalui penubuhan pasukan bomba komuniti, kita menyasarkan setiap 10 buah rumah di dalam sesuatu taman perumahan akan memiliki sekurang-kurang satu alat pemadam api dan ahli pasukan perlu tahu rumah mana yang memiliki peralatan itu. “Tindakan awal

Page 39: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 39

ini mampu menyelamatkan sebahagian harta benda atau nyawa mangsa sebelum ketibaan pasukan bomba dan penyelamat, malah mereka juga berperanan untuk mengetahui kedudukan pili bomba dan perlu menjaganya,” katanya selepas melancarkan Pasukan Bomba Komuniti Daerah Kluang dan perasmian Balai Komuniti Rumah Rakyat Gunung Lambak di sini hari ini.

Tambah Halimah, sehingga kini hanya tujuh pasukan bomba komuniti ditubuhkan di daerah ini dan masih jauh jika dibandingkan dengan jumlah kawasan penempatan penduduk dan taman perumahan yang ada. “Justeru, pasukan bomba dan pe-nyelamat harus memperbanyakkan lagi latihan pengendalian alat serta cara melawan kebakaran dengan betul dan berkesan kepada komuniti yang terlibat agar lebih ramai mampu membantu,” ujarnya. Dalam pada itu, balai komuniti yang menelan kos sehingga RM290,000 itu akan digunakan masyarakat setempat untuk menjalankan aktiviti berfaedah seperti bersukan atau kegiatan kemasyarakatan tanpa perlu mendirikan khemah tambahan seperti sebelum ini.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/bomba-komuniti-kawasan-perumahan-mulai-2016-1.168803

Pemaju perumahan kelahiran Malaysia terkenal di Australia

08 November 2015 4:11 PM

KUALA LUMPUR 8 Nov. - Pemaju perumahan kelahiran Malaysia, Maha Sinnathamby, yang kini sedang membangunkan bandar raya terbesar di Australia, Greater Springfield, berminat membangunkan bandar raya di negara ini jika mendapat peluang. Sinnathamby, 75, dilahirkan di Rantau, Negeri Sembilan. Beliau adalah pengasas dan pengerusi Greater Springfield Land Corp Pty berhampiran Brisbane. Pemaju yang masih sayangkan Malaysia itu berkata, negara ini mempunyai potensi untuk terus berkembang. Katanya, Malaysia mempunyai banyak kaum dan terdapat banyak kawasan yang berpotensi dikembangkan menjadi bandar raya. "Saya sentiasa ada rancangan untuk membangunkan sebuah bandar di sini, tetapi malangnya tidak ada masa untuk saya melakukannya sekarang. "Anda perlu melakukan kajian dan mendapatkan lima kawasan berpotensi untuk membangunkan bandar raya dan yang paling penting, percaya kepada diri sendiri," katanya kepada Bernama selepas dianugerahkan 'The BrandLaureate Premier Brand ICON Leadership Award 2015' di sini baru-baru ini.

BrandLaureate Brand ICON Leadership Award mengiktiraf pemimpin dalam bidang masing-masing yang telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan negara dan komuniti mereka. Sinnathamby berkata, Malaysia perlu menjadi contoh terbaik kepada Asia kerana negara ini mempunyai sumber yang banyak, iklim yang baik, masyarakat pelbagai kaum serta bakat yang menjadinya kaya. "Kita mempunyai banyak potensi kerana kita mempunyai sumber yang banyak, sumber tenaga yang banyak kerana generasi muda mempunyai banyak idea," katanya.

Projek Greater Springfield Sinnathamby telah diumum sebagai projek komuniti dirancang terbaik dunia oleh Persekutuan Hartanah Antarabangsa. Setakat ini ia telah menarik pelaburan lebih A$11 billion (A$1=RM3.12) daripada pelabur awam dan swasta, termasuk jalan kereta api A$2.6 bilion dibiayai kerajaan ke Brisbane.

Page 40: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 40

Beliau juga telah memenangi anugerah untuk reka bentuk dan kejuruteraan untuk pembangunannya dari Universiti New South Wales, bandar raya yang dirancang terbaik di Kongres Dunia Persekutuan Hartanah Antarabangsa Ke-61 di Bali dan menerima Anugerah Kecemerlangan Usahawan Terkemuka Antarabangsa Gopio 2010 berikutan pencapaiannya dalam projek Greater Springfield yang memberi tumpuan ke atas pembangunan pendidikan dan kesihatan untuk komuniti tempatan.- BERNAMA

http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/pemaju-perumahan-kelahiran-malaysia-terkenal-di-australia-1.156183

Tiada skim perumahan rakyat untuk bumiputera di Pulau Pinang

02 Disember 2015 12:58 AM

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Kepesatan pembangunan projek perumahan mewah di Pulau Pinang gagal di-seimbangkan dengan keperluan membangunkan perumahan rak-yat untuk golongan bumiputera apabila kerajaan DAP Pulau Pinang masih gagal mewujudkan skim perumahan yang sesuai meskipun telah memerintah sejak 2008. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata, kegagalan mewujudkan skim tersebut serta beberapa syarat ketat yang dikenakan menyebabkan beberapa projek rumah rakyat yang dirancang Kerajaan Pusat melalui Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) mengalami masalah untuk dibangunkan.

Katanya, contoh yang jelas adalah rancangan untuk membina sebanyak 3,000 unit rumah kepada golongan bumiputera di Teluk Kumbar masih gagal dimulakan memandangkan Perda masih belum mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri sejak 2008 lagi. “Perda mempunyai masalah-masalah tertentu contohnya di Teluk Kumbar, ini merupakan satu kelewatan, yang kedua, kerajaan negeri mengambil semua 100 unit rumah di mana 60 unit Perda berikan secara percuma kepada kerajaan negeri. “Maknanya ada banyak syarat yang saya setuju perlu kita sela-raskan, tetapi kebanyakan soal perumahan didaftarkan dan diberi kelulusan oleh kerajaan negeri,” katanya ketika menjawab soalan Jeff Ooi Chuan Aun (DAP-Jelutong) di Dewan Rakyat hari ini. Chuan Aun bertanya mengenai jumlah unit perumahan yang dikhususkan kepada bumiputera di negeri itu melalui Perda yang tidak diduduki dan telah dijual serta yang disewakan kepada orang lain tanpa audit.

Menurut Razali, setiap rumah yang dibangunkan Perda dan telah dijual adalah milik mutlak pembeli, justeru agensi tersebut tidak mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada ia telah disewakan atau dijual. Tegas beliau, Kerajaan Pusat mempunyai perancangan untuk membangunkan lebih banyak ru-mah kepada golongan bumipu-tera, namun memerlukan kerjasama sepenuhnya daripada kerajaan negeri. “Sehingga tahun lalu, Perda telah membangunkan 9,934 unit rumah pelbagai kategori di ne-geri itu. Sebanyak 1,716 unit dibina dalam tempoh 2008 hingga 2015 manakala ketika ini seba-nyak 1,687 unit sedang dibangunkan. “Dalam perancangan kita juga adalah membina 5,119 unit rumah menjelang 2020 yang boleh dibantu kerajaan negeri untuk dipercepat agar perancangan ini memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

http://www.utusan.com.my/berita/parlimen/tiada-skim-perumahan-rakyat-untuk-bumiputera-di-pulau-pinang-1.164562

Page 41: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 41

Wujud data bank perumahan

Kumpul maklumat seluruh negara secara efisien

MOHD. ASRON MUSTAPHA DAN MOHAMMAD YASIR JAAFAR | 08 Disember 2015 1:11 AM

KUALA LUMPUR 7 Dis. - Kerajaan dalam proses membangunkan sistem data bank perumahan yang berfungsi bagi mengumpul maklumat berkaitan perumahan seluruh negara secara efisien. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, sistem yang dibangunkan oleh kementerian melalui Jabatan Perumahan Negara itu adalah untuk memberi maklumat mengenai penawaran rumah unit bumiputera sebelum dilepaskan kepada hak milik bebas. “Sistem ini juga akan mengemaskini status kemajuan projek perumahan di seluruh negara dan buat pertama kalinya melalui sistem ini, unit-unit bumiputera di semua negeri yang belum dijual akan dimaklumkan kepada rakyat. “Kementerian akan meminta daripada pemaju tempoh tiga bulan lagi untuk menawarkan unit ini kepada pembeli bumiputera sebelum dilepaskan kepada hak milik bebas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Norliza Abdul Rahim yang bertanya tentang usaha kerajaan membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah dalam sidang Dewan Negara, hari ini. Menurut Abdul Rahman, sistem tersebut turut membolehkan pembeli mendapatkan maklumat berhubung kemajuan projek perumahan yang sedang dibina sama ada lewat, mengikut jadual atau pun sudah siap sebelum tarikh ditetapkan. “Malah pembeli boleh mendapatkan maklumat tentang rekod mengenai pemaju perumahan terutama pemaju yang pernah diambil tindakan seperti dikenakan kompaun, penalti atau sebagainya ke-rana melanggar peraturan ditetapkan. “Ini bagi memupuk disiplin dalam kalangan pemaju kerana segala rekod mereka akan dikongsi dengan pembeli,” katanya. Jelas Abdul Rahman, sistem berkenaan dijangka dilancarkan menjelang tahun hadapan sekali gus mampu dimanfaatkan orang ramai khususnya pembeli.

http://www.utusan.com.my/berita/parlimen/wujud-data-bank-perumahan-1.166785

Page 42: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 42

Koperasi masjid ceburi sektor perumahan

Melonjakkan pendapatan ahli, tambah aset

HARIS FADILAH AHMAD | 03 Disember 2015 12:32 AM

Abdul Fattah Abdullah (duduk, tiga dari kiri) bersama-sama Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Pembangunan Ekonomi Kariah Masjid selepas mesyuarat agung, di Lipis, Pahang, kelmarin. utusan/HARIS FADILAH AHMAD

LIPIS 2 Dis. - Koperasi Kariah Masjid disaran menceburi sektor perumahan supaya lebih berdaya saing sekali gus dapat melonjakkan pendapatan ahli dan menambah aset koperasi berkenaan. Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, ahli koperasi yang memiliki aset hartanah tetap, boleh bergabung dengan koperasi kariah untuk terlibat dalam sektor tersebut bagi memenuhi permintaan perumahan ketika ini.

Katanya, peranan koperasi kariah bukan sahaja menambah pendapatan serta keuntungan tetapi membantu kerajaan negeri meluaskan kawasan perbandaran melalui pusat pertumbuhan baharu dan pertambahan bilangan penduduk. “Angkasa bersedia menjadi pemudah cara (orang tengah) dan penasihat bagi Koperasi Pembangunan Ekonomi Kariah Masjid Kampung Kuala Kechau, di sini untuk terbabit dengan projek perumahan di kawasan tanaman kelapa sawit seluas 73.6 hektar berdekatan kampung berkenaan. “Usaha koperasi ini merupakan strategi terbaik dan dipuji kerana berasaskan kedudukan ekonomi dan pulangan keuntungan mereka perlu meneroka bidang berkenaan walaupun berdepan pelbagai caba-ran,” katanya kepada pemberita se-le-pas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Pembangunan Eko-nomi Kariah Masjid di Kampung Kuala Kechau di sini semalam. Yang turut hadir, Pengerusi Koperasi Pembangunan Ekonomi Kariah Masjid Kampung Kuala Kechau, Hamizi Abdul Rahman dan 74 ahli koperasi berkenaan.

Page 43: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 43

Abdul Fattah berkata, Angkasa menyambut baik persetujuan ahli Koperasi Pembangunan Ekonomi Kariah Masjid Kampung Kuala Kechau untuk menceburi sektor perumahan dan kejayaannya nanti akan menjadi perintis bidang berkenaan dalam kalangan 330 koperasi kariah di negara ini. “Saya yakin lokasi projek perumahan ini yang terletak kira-kira lapan kilometer dengan bandar Lipis dan berdekatan jalan alternatif Lipis ke Gua Musang strategik serta akan mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan pembeli di daerah ini mahupun dari luar. “Harga jualan rumah teres dan berkembar serta premis perniagaan dari projek berkenaan antara RM250,000 hingga RM300,000 mampu dimiliki oleh kakitangan kerajaan dan pengusaha swasta di sini,” katanya. Sementara itu, Hamizi berkata, pihaknya mendapat bantuan daripada Angkasa dan Felcra Berhad (Felcra) untuk membangunkan projek perumahan sekali gus mewujudkan pertumbuhan baharu di Kuala Kechau.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/koperasi-masjid-ceburi-sektor-perumahan-1.164852

Perumahan Komuniti

Sebanyak 280 unit dibina di Larkin siap 2017

MAZNAH MOHD. ARSHAD | 23 November 2015 12:23 AM

Shahrir ABDUL SAMAD (tengah) secara gimik merasmikan Majlis Pecah Tanah Rumah Mampu Milik Taman Aman Larkin di Johor Bharu, semalam. Turut kelihatan Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ Sdn Bhd, Abd Razak Mohd Yusoff, Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Puteri, Datuk Adam Sumiru, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Ab Hamid Halidek dan Datuk Bandar Johor Bahru, A.Rahim Nin. UTUSAN/NUR AISYAH MAZALAN

Page 44: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 44

JOHOR BAHRU 22 Nov. - Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd. (KPRJ), akan membangunkan Perumahan Komuniti di Taman Aman, Larkin, di sini melibatkan sebanyak 280 unit rumah pangsa kos sederhana rendah lima tingkat yang dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan 2017. Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ, Abd. Razak Mohd. Yusoff berkata, projek pembangunan bercampur yang dilaksanakan dengan kerjasama Cemerlang Land Sdn. Bhd., itu terletak di kawasan seluas 2.8 hektar.

Beliau berkata, projek perumahan berkenaan merangkumi dua blok, iaitu 165 unit rumah pangsa kos sederhana rendah yang akan dijual dengan harga RM50,000, manakala satu blok lagi melibatkan pembinaan 115 unit kediaman yang lebih luas pada harga RM80,000 seunit bagi yang memberi pilihan kepada pembeli. “Kami berharap projek Perumahan Komuniti ini akan dapat di-siapkan mengikut jadual, iaitu pada pertengahan tahun 2017,” katanya dalam majlis pecah tanah projek berkenaan yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad, di sini hari ini.

Abd. Razak berkata, pembangunan tersebut meliputi kawasan keseluruhan seluas 25.18 hektar dengan 13.7 hektar merupakan ta-nah rizab Melayu, manakala ba-ki-nya adalah tanah pegangan bebas. Menurutnya, tapak projek ber-kenaan merupakan penempatan setinggan yang merangkumi empat kampung, iaitu Kampung Aman, Kampung Sri Kenangan, Kampung Rajawali dan Kampung Sri Paya. Beliau berkata, pembangunan keseluruhan di kawasan tersebut merangkumi pembinaan 1,836 unit kediaman pelbagai kategori yang disokong oleh unit perdagangan dan terbahagi kepada beberapa fasa pembangunan.

“Sebanyak 248 unit rumah pangsa kos rendah berharga RM25,000 sudah siap dibina pada 2013 dan telah didiami penduduk,” katanya.

http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/johor/perumahan-komuniti-1.161124

Henti sementara projek perumahan

Kejadian banjir kilat menyusahkan penduduk

17 Ogos 2015 1:19 AM

PULAU PINANG 16 Ogos - Kerajaan DAP Pulau Pinang digesa menghentikan sementara semua projek perumahan sehingga kerja-kerja penambahbaikan infrastruktur yang menyebabkan banjir kilat dilaksanakan. Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak berkata, sejak kebelakangan ini, kejadian banjir di kawasan berdekatan dengan projek pembinaan berlaku dengan kerap sehingga menyusahkan penduduk.

Menurut beliau, Kerajaan DAP Pulau Pinang sepatutnya mengkaji semula pelan kerja tanah serta pelan jalan dan parit yang telah dan bakal diluluskan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) kepada pemaju. “Dalam jangka masa panjang tidak ada gunanya pemaju mengaut keuntungan lumayan dan dalam masa sama penduduk setempat di kawasan berkenaan menanggung derita akibat arus pembangunan yang semakin rancak diluluskan oleh kerajaan negeri. “Justeru, Jabatan Kejuteraan MBPP perlu memanggil semua pemaju dan jurutera sivil terlibat dengan projek perumahan bagi tujuan penambahbaikan supaya masalah banjir dapat diatasi segera,” katanya dalam satu ken- yataan di sini baru-baru ini.Beliau mengulas mengenai kejadian banjir kilat yang semakin kerap

Page 45: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 45

berlaku di beberapa kawasan di negeri ini terutama ketika hujan lebat dan berpanjangan dalam tempoh lama.

Dalam tempoh kira-kira seminggu lalu, tiga kejadian banjir kilat akibat hujan lebat dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di negeri ini dengan terbaharu pagi semalam membabitkan kawasan Balik Pulau di sini, yang terjejas teruk. Menurut Rahmad, tindakan segera perlu diambil Kerajaan DAP Pulau Pinang bagi mengatasi masalah itu memandangkan keadaan cuaca hujan tidak menentu kebelakangan ini. “Kita tidak mahu hanya apabila berlakunya kehilangan nyawa akibat banjir kilat ini, baru Kerajaan DAP Pulau Pinang mahu mengambil tindakan,” katanya.

http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/pulau-pinang/henti-sementara-projek-perumahan-1.125015

Agenda perumahan keutamaan Melaka

15 Ogos 2015 12:32 AM

MELAKA 14 Ogos – Kerajaan negeri akan tetap memberi keutamaan kepada agenda perumahan di negeri ini bagi memastikan setiap rakyat mampu memiliki kediaman sendiri. Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, rumah menjadi penanda aras sesebuah kehidupan dalam satu komuniti dan menjadi impian setiap lapisan masyarakat untuk memilikinya.

Menurutnya, dengan memiliki rumah yang selesa, seseorang secara tidak langsung akan menjadikan persekitarannya sebagai satu tanggungjawab dan dengan adanya tanggungjawab itu, maka masalah sosial dapat dikurangkan, sekali gus meningkatkan kehidupan sesebuah masyarakat. “Kenaikan kos sara hidup yang tinggi, ke-perluan rumah mampu milik bukan sahaja mendesak untuk golongan berpendapatan rendah tetapi juga untuk golongan kelas menengah.

“Harga rumah yang kian meningkat menyebabkan keupayaan dan kemampuan untuk memiliki rumah semakin terbatas. Oleh yang demikian, tujuan utama campur tangan kerajaan dalam perumahan seperti melalui dasar penetapan harga jualan adalah untuk meningkatkan keadilan dan kesaksamaan serta keseimbangan sosial bagi memastikan rakyat mempunyai peluang untuk meningkatkan taraf hidup,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ismail Othman semasa majlis perasmian Eks-po Hartanah Malaysia (Mapex) Melaka 2015 di Banda Hilir baru-baru ini. Yang turut hadir, Pengerusi penganjur, Datuk Ngoh King Hua dan Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Cawangan Melaka, Datuk Anthony Adam Cho. Dalam pada itu, kata Idris, kerajaan negeri tidak berhasrat menyu-litkan para pemaju perumahan kerana berpegang teguh dengan pendirian Gagasan Rakyat Didahulukan.

http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/agenda-perumahan-keutamaan-melaka-1.124322

Page 46: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 46

Isu perumahan jadi keutamaan

Najib beri jaminan kepentingan rakyat didahulukan

HUSSAINI AMRAN | 04 Mei 2015 1:46 AM

KUALA LUMPUR 3 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa beliau akan sentiasa memberi keutamaan kepada isu berkaitan pemilikan rumah di negara ini. Perdana Menteri berkata, kepentingan rakyat termasuk warga Felda dalam soal pemilikan rumah perlu didahulukan. “Soal pemilikan rumah mampu milik akan saya sentiasa berikan keutamaan demi kepentingan semua rakyat Malaysia, termasuk warga Felda. “Moga program di Felda Keratong 10, Rompin sebentar lagi berjalan lancar,” katanya melalui laman Facebook beliau hari ini. Semalam, Najib mengumumkan, kerajaan menawarkan harga RM90,000 untuk pembelian rumah secara jual beli kepada generasi baharu Felda di Parlimen Rompin, berbanding harga asal RM120,000 yang ditawarkan sebelum ini.

Bagi generasi baharu yang tidak berkeupayaan mendapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berkenaan, kerajaan akan menyediakan skim sewa dan beli iaitu mereka dapat menduduki rumah itu selama lima tahun secara sewaan dengan kadar munasabah. Projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) dilancarkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim di Felda Keratong 10 hari ini.

Kelmarin, calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin, Datuk Hasan Arifin memohon Perdana Menteri supaya mengkaji semula harga kira-kira 18,000 rumah generasi kedua Felda di Rompin kerana harga antara RM120,000 hingga RM140,000 seunit itu adalah di luar kemampuan golongan sasar. Sebanyak 1,504 unit kediaman dibina di bawah projek PGBF di Parlimen Rompin iaitu di Felda Selancar 4 dan 5 sebanyak 480 unit, Felda Keratong 4 (264 unit), Felda Selendang 2 (360 unit) serta Felda Keratong 7 (400 unit).

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/isu-perumahan-jadi-keutamaan-1.87667

LKIM utamakan perumahan nelayan

22 Mac 2015 12:16 AM

TELOK KEMANG 21 Mac – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sedang merangka strategi yang lebih berkesan bagi membolehkan nasib nelayan di negara ini dapat dibela dengan sewajarnya terutamanya dalam soal perumahan.

Pengerusinya, Datuk Irmohizam Ibrahim memberitahu, aspek perumahan nelayan sedang dikaji oleh pihaknya dan pemberian bantuan akan disalurkan bagi meningkatkan taraf hidup nelayan menerusi Bajet 2015. “Selain itu, perumahan itu nanti bukan sahaja untuk mereka diami, malah mempunyai nilai tambah dalam sosioekonomi serta merancakkan industri hiliran dan mengindahkan kawasan. “Saya fikir sudah tiba masanya untuk kita berubah yang mana sebelum ini, kita membaiki rumah semata-mata kepada konsep pengindahan kawasan perumahan agar lokasi ini akan menjadi produk pelancongan, selain tempat penjualan ikan,” katanya.

Page 47: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 47

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-37 Persatuan Nelayan Kawasan Port Dickson dekat Lukut di sini hari ini. Katanya, sejumlah RM250 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan menerusi Bajet 2015 dan pihaknya bercadang untuk menjadikan beberapa buah lokasi untuk melaksanakan projek berkenaan.

Jelas Irmohizam, buat masa ini pihaknya telah mengenal pasti kawasan di Langkawi, Kedah untuk dijadikan sebagai projek perintis memandangkan lokasi ini mempunyai prospek tinggi untuk dijadikan contoh untuk seluruh negara. “Pada masa yang sama, kita juga menyeru kepada mana-mana kerajaan negeri untuk memberikan kerjasama mencari lokasi strategik supaya nelayan ini bukan sahaja dapat menjana pendapatan, bahkan lokasi mereka boleh dijadikan sebagai perumahan agropelancongan,” katanya.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/lkim-utamakan-perumahan-nelayan-1.72098

Gazetkan tapak perumahan awam

22 Februari 2015 1:30 AM

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Nasib rakyat berpendapatan rendah akan terus terbela jika tapak perumahan awam sedia ada digazetkan kekal sebagai kawasan perumahan awam sekali gus memastikan golongan tersebut berupaya memiliki hartanah di ibu negara.

Pengerusi Persatuan Penduduk Flat Seri Johor 4C, Abdul Rashid Md. Yusop berkata, jika diberikan kepada pihak swasta sudah tentu mereka akan mengambil kira aspek keuntungan tanpa memikirkan nasib golongan kurang berkemampuan. “Kerajaan harus memastikan kebajikan rakyat terjamin dan tidak sewenang-wenangnya memberikan tanah perumahan awam kepada pihak swasta untuk dibangunkan projek komersial. “Kita sedia maklum jika projek komersial dibangunkan harga yang ditawarkan sangat tinggi sehingga mustahil bagi golongan berpendapatan rendah untuk memilikinya. Sudahnya hanya akan dimiliki oleh golongan atasan sahaja,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani sebelum ini mencadangkan supaya tapak-tapak perumahan awam sedia ada digazetkan untuk kekal sebagai kawasan perumahan awam dengan tanggungjawab pembangunan semula hanya diberikan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi geran peruntukan kerajaan.

Menurutnya, penglibatan pihak swasta dalam pembangunan semula mesti hanya sebagai kontraktor dan bukannya pemaju bagi mengelakkan golongan berkenaan mengambil sebahagian tanah-tanah tersebut untuk keuntungan komersial. Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Flat Sri Sabah 3A, Raja Rahim Raja Muhaiddin berkata, jika tanah perumahan awam tidak digazetkan, dikhuatiri tanah-tanah di Kuala Lumpur dimonopoli oleh ‘orang luar’. “Pemaju yang membangunkan projek komersial bukan sahaja mereka yang datang dari dalam negara, bahkan kini terlalu ramai pihak luar contohnya pemaju dari Singapura yang membangunkan projek-projek komersial di sini. “Adakah kerajaan mahu lihat rakyat terpinggir di negara sendiri sedangkan orang asing dengan mudah memiliki hartanah di ibu kota,” ujarnya.

Page 48: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 48

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/gazetkan-tapak-perumahan-awam-1.62058

Mahu bajet lebih besar untuk perumahan

06 Oktober 2015 1:50 AM

PETALING JAYA 5 Okt. – Kerajaan diharap dapat memberi peruntukan kewangan yang lebih besar terhadap pembinaan perumahan mampu milik menerusi Bajet 2016.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, pihaknya juga mahu satu pendekatan yang lebih khusus, selain bajet yang membolehkan rakyat akses mudah kepada rumah mampu milik.

Sehubungan itu, pihaknya di bawah Jabatan Perumahan Negara akan memperbaiki proses kelulusan permohonan projek-projek perumahan rakyat. “Isu kelulusan permohonan rumah kos rendah menjadi satu daripada kekangan utama yang terpaksa ditangani di peringkat kerajaan tempatan, kerajaan ne-geri dan kerajaan Persekutuan. “Kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan perlu memberi kerjasama bagi menyelesaikan isu terbabit supaya lebih banyak rumah kos rendah dapat dibina. Kita perlu pastikan proses kelulusan dapat disegerakan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Sambutan Hari Ha-bitat 2015 di sini hari ini.

Bajet 2016 akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada 23 Oktober ini.

Tambah Abdul Rahman, beliau mahu kerajaan melalui SPNB (Syarikat Perumahan Negara Berhad) serta PR1MA (Perumahan Rakyat 1Malaysia) dapat memberikan lebih tumpuan dalam pelaksanaan agendanya supaya lebih ramai rakyat berpendapatan rendah dan sederhana mempunyai akses untuk memiliki rumah sendiri. Ditanya mengenai harga rumah kos rendah di negara ini, Abdul Rahman berkata, harga tersebut adalah RM35,000 sebuah manakala kos pembinaannya melebihi RM150,000. Katanya, ini bermaksud kerajaan telah memberi subsidi yang sangat besar kepada rakyat dalam bidang perumahan. “Rumah kos rendah di negara ini sudah pun murah,” jelasnya.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/mahu-bajet-lebih-besar-untuk-perumahan-1.143476

Dasar Perumahan NS diterima baik – MB

OLEH AINOL AMRIZ ISMAIL | 11 Ogos 2015 12:26 AM

SEREMBAN 10 Ogos - Dasar holistik yang diperkasakan kerajaan Negeri Sembilan akan memperlihatkan negeri ini dipacu secara agresif bagi tempoh 30 tahun akan datang dengan disokong asasnya oleh Dasar Jaringan Keselamatan Sosial (DJKS) yang menjadi teras kepada pembangunannya. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Dasar Pembangunan dan Pemodenan Negeri Sembilan 2016-2045 yang diper-kenalkan dengan terasnya DJKS itu akan disisip oleh dasar sokongan seperti sektor perumahan melalui Dasar Perumahan Negeri Sembilan; luar bandar (Dasar Pembangunan Luar Bandar); pendidikan; pelancongan dan pertanian serta dasar

Page 49: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 49

mensejahterakan dari segi alam sekitar. “Dasar Pembangunan dan Pemodenan Negeri Sembilan ini satu platform yang besar untuk kita jadikan teras 30 tahun akan datang. Di bawah teras itu ada pembangunan dan itu disokong oleh DJKS,” katanya pada Persidangan Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan ke-13, di sini hari ini.

Kata Mohamad (BN-Rantau), antara yang menjadi perhatian dalam dasar yang besar itu ialah Dasar Perumahan Negeri Sembilan yang telah pun dilancarkan pada Jun lalu. Beliau yang mengambil masa hampir sejam menerangkan Dasar Perumahan Negeri Sembilan itu kepada ahli dewan memberitahu, itu merupakan dasar intervensi kerajaan supaya industri perumahan di Negeri Sembilan dapat ‘ditenangkan’ kerana isu perumahan itu termasuklah hal berkaitan harga telah menjadi perbualan rakyat kerana sudah berada di luar kemampuan untuk memilikinya.

“Tiga perkara telah diambil peringatan sebelum membuat dasar itu, iaitu kerajaan tidak mahu lagi melihat rakyat apabila balik ke rumah dan masuk tidur dengan perut yang kosong; ke-duanya kerajaan tidak mahu lagi melihat rakyat bersempit, tidak mampu memiliki rumah serta mengetepikan elemen ‘rumah mampu tengok kepada rumah mampu milik’. “Akhirnya tentulah soal pelajaran kerana apabila ada rumah selesa, keluarga dapat hidup sihat dan anak-anak dapat memberikan perhatian kepada pelajaran mereka,'' jelasnya.

Maka, katanya, empat komponen di bawah Dasar Perumahan Negeri Sembilan telah digariskan iaitu komponen pembangunan dan harga rumah; komposisi pembangunan perumahan; keluasan dan saiz perumahan serta pemilikan dan kuota bumiputera. “Dalam dasar itu, daripada 50 peratus pembangunan dan perumahan mampu milik ini, kerajaan negeri telah menetapkan 15 peratus daripadanya hendaklah dijual pada harga tidak melebihi RM80,000; 15 peratus lagi tidak melebihi RM250,000 dan 20 peratus lagi pada kadar RM400,000. “Kuota bumiputera ditetapkan sebanyak 50 peratus dengan 30 peratus daripadanya kekal sebagai pemilikan bumiputera, manakala 20 peratus lagi adalah kuota anjalan di mana mereka yang membelinya boleh melepaskan rumah itu dalam tempoh antara lima hingga lapan tahun yang ditetapkan kelak,” ujarnya.

Dalam pada itu semasa sidang akhbar selepas persidangan, Mohamad gembira apabila Dasar Perumahan Negeri Sembilan ini disambut baik oleh penyokong kerajaan serta pembangkang. “Pembangkang juga berpuas hati dan terima pakai, malah Loke Siew Fook (DAP-Chennah) menyatakan amat baik kerajaan buat intervensi ini supaya pemaju tidak mengambil keuntungan besar. Yang penting Dewan yang bersidang pada hari ini menyokong dasar ini dan menyaksikan ahlinya faham serta dapat menerangkan kepada orang ramai mengenai-nya,” katanya.

Mengenai soalan lisan, Cha Kee Chin (DAP-Bukit Kepayang) berkaitan kuota 50 peratus bumiputera itu, Mohamad menjelaskan, ada kuota yang diletakkan dalam senarai boleh ubah, di mana ada kawasan tradisinya penduduk bukan Melayu, boleh diberi kelonggaran untuk dilepaskan selepas melepasi beberapa peringkat yang ditetapkan kerajaan. “Secara dasarnya, semua kawasan mesti dikenakan kuota 50 peratus itu, ada kawasan yang kita letakkan jadualnya yang boleh mereka buat rayuan kepada kerajaan kelak,” katanya.

Berkaitan Dasar Pembangunan Luar Bandar pula, Mohamad memberitahu, itu akan dilancarkan tahun hadapan dan sudah dikenal pasti kawasan untuk Projek Peluasan Kampung selain menyediakan infrastruktur dan kemudahan yang baik. Soal perumahan pegawai dan kakitangan kerajaan pula, ia akan dibina di kawasan Sendayan dengan diskaun berpatutan disediakan untuk

Page 50: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 50

mereka. Dasar Pembangunan dan Pemodenan Negeri Sembilan ini adalah seiring dengan pembangunan wilayah ekonomi baharu, Malaysia Vision Valley (MVV) selain memenuhi kehendak dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) yang akan bermula pada tahun 2016.

http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/negeri-sembilan/dasar-perumahan-ns-diterima-baik-8211-mb-1.122856

Perumahan Awam Sri Pahang bakal dibangun

26 Jun 2015 12:38 AM

KUALA LUMPUR 25 Jun – Kementerian Wilayah Persekutuan akan membangunkan semula kawasan Perumahan Awam (PA) Flat Sri Pahang di Bangsar sebagai kawasan perumahan rakyat bertujuan memberi ke-selesaan kepada penduduk. Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, proses kerja-kerja pembinaan kawasan perumahan tersebut dijangka bermula tahun depan.

Menurutnya, proses pembangunan secara berperingkat itu dilaksanakan bagi memudahkan urusan pemindahan penduduk ke kawasan yang akan ditetapkan kemudian. “Sebelum ini ada pihak mendakwa dan menuduh tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ini bakal dirampas dan kononnya akan dijual kepada orang ramai. “Padahal kita ingin bangunkan semula kawasan perumahan ini bagi keselesaan penduduk dalam meneruskan kelangsungan hidup seiring pembangunan,” katanya ke-tika ditemui Utusan Malaysia pada Program Nur Ramadan peringkat Parlimen Lembah Pantai di sini. Yang turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Phesal Talib dan Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin.

Kawasan perumahan Flat Sri Pahang dibina pada tahun 1975 itu berkeluasan 1.6 hektar dan mempunyai lima blok dengan ketinggian empat hingga 16 tingkat. Secara keseluruhan terdapat kira-kira 856 unit rumah yang semuanya disewa kepada penduduk setempat. Dalam pada itu, beliau turut memberi jaminan hasil daripada pembangunan perumahan rakyat itu juga akan diberikan semula kepada penduduk asal kawasan ber-kenaan sama ada melalui sewaan atau penjualan terus kepada yang berkemampuan. “Kita tahu mereka mempunyai kekangan untuk mendapatkan rumah. Jadi kita akan guna kaedah sama seperti rumah-rumah flat lain dengan memberi sewa kepada mereka yang memerlukan dengan kadar sewaan rendah. “Melalui pembangunan ini juga permohonan akan dibuka kepada orang ramai sekiranya terdapat kekosongan unit,” katanya.

http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/perumahan-awam-8232-sri-pahang-bakal-dibangun-1.107011

Kadar terendah elaun tetap perumahan naik

SAIFULIZAM MOHAMAD | 17 Jun 2015 11:05 AM

PUTRAJAYA 17 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kenaikan kadar terendah elaun imbuhan tetap perumahan kakitangan awam daripada RM180 kepada RM300 berkuatkuasa pada 1 November ini. Beliau berkata, kadar baharu yang diumumkan itu akan

Page 51: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 51

membabitkan 1.1 juta kakitangan awam gred 41 ke bawah selain melibatkan implikasi kewangan negara sebanyak RM1.04 bilion setahun.

“Bagi kakitangan awam yang mendiami kuarters dan mereka selama ini tidak menerima faedah elaun perumahan juga akan menerima bayaran 25 peratus daripada kadar baharu imbuhan tetap perumahan yang baharu ini,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-14 (MAPPA XIV) bertemakan Mendepani Realiti Baharu Negara: Pertumbuhan Melalui Produktiviti dan Inovasi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kadar-terendah-elaun-tetap-perumahan-naik-1.103916

Dasar perumahan negeri bantu pasangan baru kahwin

13 Jun 2015 12:10 AM

SEREMBAN 12 Jun – Golongan muda terutamanya dalam kalangan mereka yang baharu berkahwin dijangka meraih manfaat besar daripada Dasar Perumahan Negeri Sembilan yang dilancarkan oleh kerajaan negeri minggu lalu. Naib Ketua Pemuda UMNO negeri, Azharuddin Shujauddin berkata, pembinaan rumah mampu milik yang menjadi teras utama dasar berkenaan akan memberi peluang kepada golongan berkenaan menikmati kehidupan selesa dengan memiliki rumah sendiri.

Beliau berkata, Pergerakan Pemuda UMNO negeri percaya dasar itu bersifat menang-menang antara orang ramai, pemaju hartanah dan kerajaan negeri dengan semua pihak tidak akan merasa rugi dengan pelaksanaannya. “Jadi kepemimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan sebulat suara menyokong penuh dasar yang memberi manfaat kepada masyarakat kerana kerajaan yang ada memandang serius pemilikan rumah yang begitu mendesak,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam. Yang turut hadir para pemimpin Pemuda UMNO seluruh bahagian di negeri ini.

Minggu lalu, kerajaan negeri mengumumkan Dasar Perumahan Negeri Sembilan dengan menetapkan 50 peratus daripada pembangunan mesti dibina rumah mampu milik. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, komponen rumah mampu milik itu terdiri daripada 15 peratus rumah yang berharga RM80,000 ke bawah manakala 15 peratus lagi RM250,000 ke bawah dan 20 peratus RM400,000 ke bawah. Beliau berkata, baki 50 peratus rumah yang hendak dibina terpulang kepada pemaju untuk menawarkan perumahan mewah.

Dalam perkembangan berkaitan, Majlis Belia Negeri Sembilan (MBNS) turut menyokong penuh pelaksanaan dasar perumahan tersebut. Presidennya, Wan Salwati Abdullah berkata, kesukaran untuk memiliki rumah akibat harga yang meningkat telah menimbulkan keresahan di kalangan golongan belia untuk memiliki rumah sendiri. “Rintihan masyarakat mengenai situasi ini telah mendapat perhatian kerajaan negeri yang mengambil tindakan merangka dan melaksanakan dasar perumahan yang lebih kompetitif,” ujarnya.

http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/dasar-perumahan-negeri-8232-bantu-pasangan-baru-kahwin-1.102188

Page 52: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 52

Jangan takut dengan dasar perumahan NS

24 Mei 2015 12:24 AM

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI

[email protected]

SEREMBAN 23 Mei

Pemaju perumahan di negeri ini tidak perlu takut dengan dasar perumahan negeri yang sedang dirangka oleh kerajaan kerana usaha yang dilakukan adalah bersifat menang-menang melibatkan pemaju dan orang ramai. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Jalaluddin Alias berkata, dasar yang dibentuk oleh kerajaan negeri itu bukanlah untuk memberi tekanan kepada pemaju perumahan dalam sektor hartanah.

Akan tetapi kata beliau, langkah itu bertujuan bagi membolehkan rakyat mampu untu memiliki kediaman sendiri dengan harga yang berpatutan dan berkualiti pada masa yang sama pemaju juga boleh meraih keuntungan. “Benar haraga hartanah kini semakin meningkat, tetapi apa yang berlaku adalah ada pihak-pihak ambil kesempatan atas modal mereka yang besar, beli rumah sehingga lebih daripada satu dan kemudiannya menjual dengan harga tinggi. “Perkara ini berlaku kerana permintaan dari pembeli dan mereka mendpaat keuntungan. Jadi sebab itulah kalau boleh kita mahu hadkan pembelian rumah ini kepada mereka yang ingin menetap di sesebuah kawasan bukannya untuk tujuan pelaburan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ekspo Hartanah Malaysia (Mapex) negeri 2015 anjuran Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) di Seremban Prima dekat sini hari ini. Jelas beliau, apa yang dikaji oleh kerajaan negeri menerusi dasar perumahan ialah perlaksanaan sesebuah projek mestilah berkonsepkan setempat dengan pemaju harus membina kesemua konsep rumah mengikut tahap tertentu.

Malah kata beliau kerajaan negeri telahpun mengadakan perbincangan dengan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REDHA) untuk menjelaskan mekanisme dan pelaksanaan dasar baharu sebelum diumunmkan kelak. Sejumlah 1,987 unit hartanah pelbagai jenis bernilai kira-kira RM1.1 bilion ditawarkan pada ekspo tersebut yang diadakan di pusat membeli belah Seremban Prima selama tiga hari sejak semalam dan berakhir esok. Sebanyak 18 pemaju perumahan, sebuah bank mengambil bahagian dalam ekspo berkenaan.

http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/jangan-takut-dengan-dasar-perumahan-ns-1.94968

Page 53: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 53

PPK bimbang trend sawah jadi taman perumahan

Boleh menjejaskan bekalan beras negara

08 Mei 2015 12:57 AM

PASIR MAS 7 Mei – Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kangkong di sini melahirkan kebimbangan terhadap trend masa kini iaitu pemilik tanah di kawasan sawah lebih cenderung menjadikannya sebagai taman perumahan.

Pengerusinya, Mohd. Yaman Mohamad berkata, jika trend itu tidak dibendung segera dikhuatiri boleh menjejaskan bekalan beras negara pada masa hadapan. “Saya harap kerajaan akan memandang serius perkara ini dan mengambil langkah-langkah pencegahan segera. Langkah pencegahan ini penting bagi mengelakkan sebarang konflik pada masa akan datang yang pastinya akan memberikan impak negatif kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Kempen Kesedaran Pematuhan terhadap Rice Check Ke Arah Pemutuan Sebenar Padi Menjelang 2016 di sini baru-baru ini. Menurut Mohd. Yaman, isu terbabit tidak boleh di pandang ringan kerana melibatkan soal bekalan makanan negara. Katanya, selain itu perkara tersebut juga melibatkan masa depan petani sendiri yang menjana pendapatan menerusi aktiviti menanam padi. “Saya harap pemilik kawasan sawah padi ini dapat berfikir panjang sebelum membuat satu-satu keputusan berhubung perkara ini demi kepentingan semua,” kata-nya. Dalam perkembangan lain, berkata sebanyak 2,500 hektar kawasan padi berada dalam seliaan PPK Kankong yang hanya diusahakan sekali untuk satu musim.

http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/ppk-bimbang-trend-sawah-jadi-taman-perumahan-1.89098

Kerajaan negeri boleh campur tangan isu perumahan

17 April 2015 12:59 AM

KOTA KINABALU 16 April – Kerajaan negeri bakal diberikan kuasa untuk campur tangan menyelesaikan isu berkaitan perumahan termasuk isu sewaktu tempoh pengurusan interim melalui Enakmen Bangunan dan Hartanah Awam (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2012.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Hajiji Mohd. Noor berkata, draf perundangan tersebut telah selesai disediakan dengan kerjasama Jabatan Tanah dan Ukur, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Persatuan Pemaju-pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (Shareda), Persatuan Perundangan Sabah dan Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia (RISM). “Draf enakmen itu telah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Besar negeri untuk disemak dan diperhalusi sebelum dibentangkan serta diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang. “Kita yakin dengan enakmen ini, kerajaan akan mempunyai kuasa campur tangan untuk menyelesaikan isu jawatankuasa pengurusan bersama (JMC) semasa tempoh pengurusan interim,” katanya ketika menggulung perbahasan ucapan dasar Yang Dipertua Negeri Sabah peringkat kementerian dalam sidang DUN semalam.

Page 54: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 54

Hajiji berkata, isu tidak telus pihak pengurusan dalam membuat keputusan atau mengambil sesuatu tindakan tanpa berbincang dengan semua pemilik perumahan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemilik rumah. Sehubungan itu, ujarnya, pihak kementerian telah mengarahkan pemaju-pemaju berkenaan menubuhkan JMC dengan wakil-wakil pemilik rumah bagi berbincang atau berdialog menyelesaikan sebarang isu berbangkit. “Arahan penubuhan JMC ini adalah prosedur pentadbiran (antara fungsi Suruhanjaya Bangunan) di bawah Enakmen baharu itu,” katanya.

Tambah Hajiji, Jabatan Perumahan Negara telah meluluskan pembinaan 500 unit rumah projek perumahan rakyat (PPR) di tapak tanah persendirian di Kampung Sapagaya, Jalan Silam, Lahad Datu. Bagaimanapun menurutnya, permohonan Datuk Mohd. Yusof Apdal (BN-Lahad Datu) untuk menambah 500 unit rumah PPR di tapak tanah Majlis Daerah Lahad Datu belum diluluskan oleh Jabatan Perumahan Negara.

http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kerajaan-negeri-boleh-campur-tangan-isu-perumahan-1.81612

Dasar Perumahan jaga kepentingan rakyat Johor

Dakwaan warga Singapura tidak minat beli rumah di negeri itu

AZIZI MAJID | 07 Mac 2015 1:25 AM

JOHOR BAHRU 6 Mac - Dasar Perumahan Rakyat Johor yang diperkenalkan kerajaan negeri pada 2012 bertujuan untuk menjaga kepentingan dan memenuhi keperluan rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, tidak timbul persoalan rakyat Singapura tidak berminat memiliki rumah di negeri ini disebabkan dasar perumahan itu dibuat bagi mengawal pemilikan asing. “Ingin saya tegaskan dasar perumahan yang kita lakukan adalah untuk rakyat, bagi rakyat Johor. Kalau perlu ubah, kita ubah. Biarlah rakyat Singapura nak cakap apa pun,” katanya dalam entri terbaharu laman sosial Facebook beliau semalam.

Beliau memuat naik status ber-kenaan bagi mengulas dakwaan bahawa rakyat Singapura tidak berminat memiliki rumah di negeri ini disebabkan dasar perumahan tersebut dan kadar pemilikan rumah rakyat republik itu menurun pada tahun lalu berbanding 2013.

Mengulas lanjut isu berkenaan, Mohamed Khaled ketika ditemui pada Majlis Anugerah Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Rin-ting, Masai di sini hari ini berkata, penurunan permintaan rumah dalam kalangan warga asing di negeri ini turut dipengaruhi oleh dasar yang diperkenalkan kerajaan Pusat. “Di Johor ada dua pasaran (perumahan), iaitu pasaran tempatan dan warga asing, namun hanya pasaran warga asing menunjukkan penurunan permintaan. “Ini kesan daripada dasar-dasar untuk mengelak berlakunya spekulasi seperti yang diperkenalkan kerajaan Pusat, antaranya menerusi usaha Bank Negara memperketatkan pinjaman dan usaha menetapkan nilai hartanah yang boleh dibeli oleh warga asing,” katanya.Menurut beliau, dasar yang dilaksanakan itu adalah sesuatu yang biasa bagi mana-mana negara dan boleh mendatangkan masalah sekiranya tidak dikuatkuasakan.

Page 55: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 55

http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/johor/dasar-perumahan-jaga-kepentingan-rakyat-johor-1.66678

Jelaskan status wang terkumpul perumahan bumiputera

27 Februari 2015 1:14 AM

PULAU PINANG 26 Feb. – Kerajaan DAP Pulau Pinang digesa menjelaskan status wang terkumpul dalam Akaun Amanah Perumahan Bumiputera negeri yang didakwa tidak digunakan untuk membina perumahan gantian bagi bumiputera. Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang (MTPNPP), Datuk Zainal Abidin Osman berkata, laporan Ketua Audit Negara 2013 menunjukkan jumlah wang terkumpul dalam Akaun Amanah Perumahan Bumiputera kerajaan negeri berjumlah RM53.9 juta.

Bagaimanapun menurutnya, tiada per-belanjaan dibuat menerusi akaun tersebut sehingga Disember tahun sama sedangkan wang terkumpul itu adalah perolehan daripada pelepasan lot-lot perumahan kuota bumiputera yang dibayar oleh pemaju kepada kerajaan negeri. “Sehubungan itu, kita minta kerajaan negeri menjelaskan kenapa selepas lima tahun penubuhannya, wang terkumpul dalam akaun amanah itu tidak diguna pakai oleh kerajaan negeri untuk menyediakan unit-unit perumahan sebagai gantian kepada bumiputera di negeri ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Akaun Amanah Perumahan Bumiputera Pulau Pinang ditubuhkan pada September 2009, bertujuan meng-akaunkan sumbangan kerajaan negeri, kerajaan Persekutuan, pemaju atau pihak lain.

http://www.utusan.com.my/berita/politik/jelaskan-status-wang-terkumpul-perumahan-bumiputera-1.64113

Kerajaan cadang wujudkan Skim Jaminan Perumahan

Lindungi pembeli daripada risiko projek terbengkalai

MOHAMMAD YASIR JAAFAR | 23 Februari 2015 1:38 AM

KUALA LUMPUR 22 Feb. - Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bercadang untuk mewujudkan Skim Jaminan Perumahan dalam usaha melindungi pembeli rumah daripada risiko terperangkap dengan projek perumahan terbengkalai.

Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, mekanisme berkenaan telah dipratikkan di Korea Selatan serta memperlihatkan keberkesanannya menerusi aspek pengurangan kes rumah terbengkalai sekali gus mengurangkan kesengsaraan pembeli rumah. “Secara ringkas skim ini adalah pembeli akan dilindungi dengan insurans dan sekiranya ada projek yang terbengkalai maka pembeli berkenaan akan menerima pampasan yang sesuai. “Kita baharu sahaja menerima taklimat daripada wakil Korea Selatan berhubung skim berkenaan dua minggu lalu, saya akan membentangkannya di mesyuarat Kabinet untuk dipertimbangkan berhubung pelaksanaannya,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Page 56: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 56

Mengulas lanjut berhubung projek perumahan terbengkalai di negara ini, Abdul Rahman memberitahu, meskipun kes berkenaan telah menyaksikan penurunan mendadak, namun kementerian tetap memberi perhatian serius kerana masalah itu merupakan isu sensitif dan melibatkan kepentingan rakyat. “Saya sedar dengan perkara itu dan pihak kementerian telah mengambil beberapa langkah bagi mengatasi masalah itu termasuk menyenarai hitam pemaju yang dikenal pasti gagal menyiapkan projek yang dibangunkan. “Di samping itu, pihak kementerian juga telah memperketatkan syarat-syarat syarikat pemaju sebelum menjalankan projek perumahan seperti meningkatkan kadar deposit mereka,’’ katanya.

Dalam pada itu, Abdul Rahman menyarankan pembeli rumah supaya lebih bijak dan berhati-hati sebelum ingin membeli kediaman yang diingini. “Pembeli juga perlu memainkan peranan mereka dengan meneliti latar belakang sama ada pemaju yang membangunkan projek berkenaan berpotensi dan boleh dipercayai. “Malah kita juga akan mewujudkan sebuah laman web khas bagi memudahkan pembeli memantau potensi serta keupayaan pemaju perumahan di negara ini,’’ katanya. Bagaimanapun, beliau menegaskan syarikat pemaju perumahan supaya tidak cuba mengaut keuntungan semata-mata kerana perumahan itu merupakan pelaburan besar bagi seseorang individu yang melibatkan soal kewangan.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kerajaan-cadang-wujudkan-skim-jaminan-perumahan-1.62500

Pembangunan perumahan awam perlu alami gelombang kedua

23 Februari 2015 1:38 AM

KUALA LUMPUR 22 Feb. – Langkah mewartakan tapak perumahan awam sedia ada sebagai tapak kekal adalah perlu sekali gus dapat mewujudkan gelombang kedua pembangunan di kawasan berkenaan.

Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari berkata, melalui usaha itu, kerajaan disaran mewujudkan satu dasar khusus berhubung pembangunan perumahan awam berkenaan bagi mengelakkan daripada dikomersialkan oleh pihak tertentu. Katanya, pembinaan bagi gelombang kedua mestilah lebih kondusif iaitu meliputi keluasan rumah dan kuantiti yang lebih banyak berbanding sebelum ini. "Saya mencadangkan supaya pembinaan kali ini lebih menitikberatkan soal keluasan setiap unit rumah dan kuantiti rumah bagi satu kawasan. Sebelum ini hanya lima tingkat dibina, tetapi kali ini dibina dengan lebih banyak bagi memenuhi permintaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas cadangan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani yang mahukan agar kawasan-kawasan perumahan awam digazetkan kekal selain memastikan pembangunannya dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Dalam pada itu, Ahmad Fauzi berkata, langkah itu juga bagi mengelakkan setiap kawasan perumahan awam kekal menjadi hak milik kerajaan untuk kegunaan semua rakyat. “Dasar itu bertujuan mengelakkan setiap kawasan perumahan awam tidak diswastakan ataupun dijual kepada pemaju hartanah yang lain untuk pembinaan komersial,” katanya.

Page 57: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 57

Menurutnya, kerajaan perlu memainkan peranan penting dalam menjayakan usaha tersebut bagi mengurangkan kos hidup rakyat khususnya golongan miskin bandar. “Langkah ini memerlukan campur tangan kerajaan terutamanya dalam pemberian geran kepada DBKL setiap tahun bagi tujuan pembangunan dan penyelenggaraan kawasan berkenaan. “Bagaimanapun DBKL perlu mewujudkan satu tabung khusus bagi meletakkan hasil penjualan tanah awam sebelum ini bagi tujuan yang sama,” katanya.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pembangunan-perumahan-awam-perlu-alami-gelombang-kedua-1.62508

Kerajaan kaji wujudkan skim jaminan perumahan

11 Februari 2015 1:27 AM

PUTRAJAYA 10 Feb. – Kerajaan akan memiliki 70 peratus saham dalam skim jaminan perumahan yang kini dalam kajian dan penelitian Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi menangani isu rumah terbengkalai.

Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, pihak kementerian bercadang memberi sebanyak 30 peratus lagi saham kepada syarikat swasta sekiranya mereka berminat. Menurutnya, dengan pemilikan saham majoriti itu, kerajaan mungkin akan mengeluarkan dana permulaan sekurang-kurangnya RM280 juta daripada jumlah yang diperlukan iaitu RM400 juta. “Mungkin kerajaan boleh mengambil dana Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Dana CIDB itu adalah levi yang dibayar oleh pemaju bagi tujuan latihan untuk penggiat industri. “Namun perkara ini masih dalam kajian, belum ada sebarang keputusan kerana banyak peringkat perbincangan yang perlu dilalui, antaranya melibatkan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda), pemaju dan Kementerian Kewangan,” katanya selepas menghadiri perbincangan meja bulat mengenai skim tersebut di sini hari ini.

Beliau sebelum ini mengumumkan kementeriannya sedang mengkaji skim jaminan perumahan yang menyamai skim di Korea Selatan bagi melindungi hak pembeli, manakala di pihak pemaju, skim berkenaan akan memberi bantuan kepada mereka sekiranya berlaku kenaikan kos pembinaan yang tidak dijangka. Antara kaedah utama skim tersebut adalah kerajaan serta pemaju mewujudkan satu tabung untuk dijadikan dana membayar pampasan kepada mana-mana pihak berkaitan sekiranya berlaku insiden seperti penipuan serta rumah terbengkalai.

Abdul Rahman berkata, antara persetujuan yang dicapai pada perbincangan meja bulat itu adalah bank tidak perlu menyimpan ge-ran tanah atau rumah kerana menerusi skim berkenaan, pihak yang bakal menguruskannya ialah Perbadanan Jaminan Perumahan Negara. “Premium rumah yang biasa dibayar untuk syarikat insurans juga akan dibayar terus kepada pihak perbadanan dan langkah itu akan memudahkan urusan pembe-lian rumah,” katanya.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kerajaan-kaji-wujudkan-skim-jaminan-perumahan-1.58292

Page 58: Perumahan – Part 2 (2015):

Artikel Berita Mengenai Industri Pembangunan di Malaysia Innovacia Sdn Bhd

www.innovacia.com.my Experience Innovation. Outsource it to us. [email protected] 58

40,105 gagal miliki rumah kerana projek terbengkalai

28 Oktober 2015 4:04 PM

KUALA LUMPUR 28 Okt. - Sebanyak 224 projek perumahan swasta di semenanjung terbengkalai dalam tempoh antara tahun 2009 hingga September 2015. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, masalah tersebut menyebabkan 40,105 pembeli masih gagal memiliki rumah masing-masing yang telah ditempah.-UTUSAN ONLINE

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/40-105-gagal-miliki-rumah-kerana-projek-terbengkalai-1.151645

Bina rumah kehendak rakyat

Perak cadang wujud Lembaga Perumahan

SAYED HESHAM IDRIS | 06 Februari 2015 12:42 AM

IPOH 5 Feb. - Kerajaan negeri bercadang mewujudkan Lembaga Perumahan bagi memastikan rumah yang dibina berasaskan keperluan rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Saarani Mohamed berkata, Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak (UPEN) telah diminta membuat kertas kerja berhubung cadangan tersebut. Menurut beliau, Lembaga Perumahan tersebut akan berperanan sebagai penasihat kepada kerajaan negeri dalam perkara berkaitan industri perumahan. Katanya, ini bagi menyelesaikan perbezaan pendapat yang kerap berlaku di antara pihak pemaju dengan kerajaan berhubung industri perumahan di negeri ini. “Dasar kerajaan negeri ialah untuk memberi peluang sebaik mungkin kepada rakyat untuk memiliki rumah. “Jadi sudah sampai masanya perlu ada satu formula 'menang-menang' bagi pihak kerajaan dan pemaju perumahan yang dapat memberi manfaat kepada rakyat menerusi penubuhan Lembaga Perumahan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini semalam. Mesyuarat yang membincangkan berkenaan isu industri perumahan itu turut disertai Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) dan Pejabat Tanah dan Galian. Menurut Saarani, Lembaga Perumahan itu akan memastikan pembangunan sesuatu kawasan perumahan perlu ada permintaan dan penawaran. “Jika terlampau banyak rumah, tiada pembeli pun kita alami kerugian. “Terlampau tinggi permintaan tetapi rumah tidak ada akan menyebabkan harga rumah akan meningkat. “Isu-isu sebegini perlu diselesaikan sebelum pembinaan perumahan boleh dilaksanakan,” katanya. Mengenai pembinaan rumah kos rendah yang tidak menguntungkan pemaju, Saarani berkata, harga rumah kos rendah telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada harga RM42,000 seunit.

http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/perak/bina-rumah-kehendak-rakyat-1.56349