pengaruhdankesanlaporanrazakterhadapdasarpendidikan-120509225442-phpapp01.pptx

Post on 06-Feb-2016

26 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

PENGARUH DAN KESAN LAPORAN RAZAK TERHADAP DASAR PENDIDIKAN

DI MALAYSIA

AHLI KUMPULAN:NOORUL SYAUQINA NAZMI

NOR AZLINDA MOHD YUSOPANIRA MD NOOR

YUSMI YUSUF@MUHAMAD

PENGENALAN

• Jurnal Laporan Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 dipetik daripada Jurnal Pendidikan ,Jilid 16, 1998/1999.

• Jurnal ini ditulis adalah bertujuan untuk memahami dasar kompromi yang menjadi intipati didalam Laporan Razak 1956.

RINGKASAN JURNAL

• Laporan Razak ditubuhkan apabila Parti Perikatan memenangi pilihan raya yang pertama kali diadakan di Persekutuan Tanah Melayu.

• Tugas utama kerajaan baru itu ialah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pendidikan untuk mengkaji semula dasar pendidikan negara.

• Dipengerusikan oleh Allahyarham Tun Hj. Abdul Razak yang merupakan Menteri Pelajaran pada ketika itu.

12 CADANGAN PENTING

Keempat-empat sistem persekolahan dalam peringkat sekolah rendah akan terus diadakan; kurikulumnya akan dipinda dan disesuaikan dengan menyerapkan unsur-unsur kebangsaan ke dalamnya.

Sistem persekolahan akan dipinda kepada 2 kategori sahaja iaitu Sekolah Umum dan Sekolah Jenis Umum.

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan menjadi mata pelajaran wajib bagi semua sekolah.

Murid-murid Cina dan India boleh mempelajari bahasa ibunda mereka di Sekolah Jenis Umum (aliran Inggeris), jika terdapat permintaan daripada ibu bapa mereka dengan jumlah murid lima belas orang.

Satu sukatan pelajaran yang sama harus digubal bagi semua sekolah rendah.

Sekolah akan dikelolakan oleh Penguasa Pelajaran Tempatan bersama-sama dengan Jemaah Pengurus Sekolah atau Lembaga Pengelola Sekolah.

Kelayakan guru untuk mengajar di sekolah rendah sekurang-kurangnya memperoleh Sijil Sekolah Menengah Rendah serta mendapat latihan sepenuh masa selama setahun diikuti dengan dua tahun latihan sepenuh masa.

Penubuhan satu jenis sekolah menengah sahaja di mana BM dan BI akan dijadikan bahasa yang wajib dipelajari oleh semua murid. Mereka juga akan menduduki peperiksaan akhir yang sama.

Sistem pendidikan sekolah menengah akan dibahagikan kepada 3 peringkat.

Pelajar perlu lulus peperiksaan untuk masuk ke sekolah.

Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional.

Jemaah Nazir Persekutuan perlu ditubuhkan untuk memberi bimbingan profesional kepada guru berkenaan.

KESAN LAPORAN RAZAK TERHADAP DASAR PENDIDIKAN DI MALAYSIA

• Sistem persekolahan pelbagai aliran.• Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa

pengantar di semua sekolah.• Wujud KBSR,KBSM,KSSR dan KSSM.

ULASAN ARTIKEL

• KEKUATAN

• Penggunaan ayat yang mudah dan senang untuk difahami.

• Fakta yang diberikan adalah tepat.

KELEMAHAN

o Terdapat beberapa kesalahan ejaan.o Isi tidak padat.o Kurang menarik kerana tidak diselitkan

gambar mahupun carta.o Tidak mesra pembaca.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

• Penulis perlu mempelbagaikan kaedah penulisan.

• Penulis perlu lebih teliti untuk mengelakkan berlaku sebarang kesilapan.

• Isi penting dihitamkan.

KESIMPULAN

• Jurnal ini mempunyai kekuatan yang tersendiri.

• Jika kesilapan diperbetulkan, jurnal ini akan lebih mantap.

• Laporan Razak perlu diteruskan kerana ia mampu memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

top related