pengajian am: biodiversiti
Post on 30-Oct-2014
167 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
SELAMAT DATANG
BIODIVERSITI
DEFINISI
Kepelbagaian biologi atau biodiversiti didefinisikan sebagai keanekaan antara
organisma hidup daripada pelbagai sumber tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma
yang saling berinteraksi.
KEKAYAAN SPESIS HIDUPAN
Keseluruhan variabiliti hidupan daripada semua sumber ekosistem daratan, akuatik
dan kekompleksan ekologi.
3 ARAS KOMPOSISI BIODIVERSITI
–Diversiti ekosistem
–Diversiti spesis
–Diversiti genetik
DIVERSITI EKOSISTEM
BIOM ( BIOME)
BIOKAWASAN (BIOREGION)
LANSKAP
EKOSISTEM
HABITAT
NIC (NICHE)
POPULASI
DIVERSITI EKOSISTEM
EKOSISTEM LUAS (JUTA BATU PERSEGI)
% DARIPADA KESELURUHAN LUAS TANAH
Hutan 18.2 31.7
Padang rumput & Savana 11.6 20.2
Kawasan tanaman 6.2 10.7
Tanah Lembap 2.0 3.5
Gurun & Tundra 19.6 34.0
Jumlah Keluasan Daratan 57.6
Laut tepi pantai 8.4
Terumbu Karang 0.2
Laut lepas 164
Jumlah keluasan samudera
172.6
DIVERSITI GENETIK
POPULASI
INDIVIDU
KROMOSOM
GEN
NUKLEOTID
DIVERSITI GENETIK
•Variasi dalam dan antara populasi Spesies.
•Diukur dalam bentuk variasi antara gen atau DNA atau Jujukan Asid Amino.
DIVERSITI SPESIS
KINGDOM
PHYLA
FAMIILI
GENUS
SPESIS
SUBSPESIS
POPULASI
INDIVIDU
DIVERSITI SPESIS
•Variasi spesies dan subspesies.
KEPENTINGANA.KEPADA ALAM
1.PENGEKALAN KITAR HIDROLOGI Hidupan semula jadi berfungsi sebagai penyerapan air dari tanah dan membebaskannya melalui proses transpirasi. Hutan, padang rumput dan tanah lembab akan menyerap air apabila jumlahnya banyak dan membebaskannya sedikit demi sedikit apabila air bertakung. Hal ini dapat mengawal banjir.
2.MODIFIKASI IKLIMBiodiversiti juga memberi khidmat ekosistem seperti mengatur perjalanan cuaca dan iklim. Ia juga menyerap radiasi daripada cahaya matahari dan membebaskan wap. Ia akan mempengaruhi keadaan iklim dan menyederhanakan suhu. Kestabilan iklim akan berlaku dengan adanya fungsi oleh kepelbagaian biologi biodiversiti ini.
KEPENTINGAN
3.KAWAL HAKISAN TANAH
Daun dan sampah hutan boleh menyerap dan mengurangkan impak air hujan. Ini sekaligus menghalang tanah menjadi pecah. Selain itu, akar berfungsi ‘mengikat tanah’ dan membantu menghalang berlakunya hakisan terutamanya di kawasan tanah tinggi. Manakala tumbuhan, haiwan kecil dan mikroorganisma menyumbang kepada pembentukan tanah. Di kawasan yang berombak, paya bakau berfungsi mengurangkan kesan pukulan ketika rebut. Hal ini bukan sahaja menjaga kontur pantai malah dapat menyelamatkan harta benda dan nyawa.
KEPENTINGAN
4.SELENGGARA KITAR OKSIGEN DAN NITROGEN
Tumbuhan menghasilkan oksigen untuk pernafasan. Manakala mikrob pula membantu menambah kesuburan tanah serta penetapan kandungan nitrogen dalam tanah. Kepelbagaian biodiversiti juga boleh menghalang tompokan sebatian nitrogen seperti unsur-unsur ammonium dan nitrat yang boleh mengganggu kesuburan tanah.
KEPENTINGAN
B.KEPADA MANUSIA
1.NILAI INSTRUMENBerguna kepada manusia, kini sebanyak 3000 spesis tumbuhan di dunia ini dikenalpasti berfungsi sebagai anti-kanser. Dijangkakan sumbangan kekayaan kepelbagaian biodiversiti ini menyumbangkan US$8 BILION setahun untuk menghasilkan ubat bagi syarikat yang mengendalikan bidang ini. Ini jelas bahawa kekayaan kepelbagaian spesis biodiversiti ini mampu memperbaiki tahap kesihatan masyarakat dan meningkatkan jangka hayat manusia.contohnya, anthroposentrik-digunakan dalam memajukan bank genetik, khasnya untuk memajukan sektor pertanian ,perhutanan, akuakultur dan penternakan. Ia juga boleh digunakan sebagai sumber perubatan yang menyumgang jutaan ringgit setahun kepada ekonomi negara.
KEPENTINGAN
Sumber Ubatan1. Vinkristin & Vinblastin (Rosy Periwinkle)
berasal Dari Pulau Madagascar
A. Leukemia Kanak-Kanak (Acute Leukemia)- Bilangan Sel Darah Putih Meningkat- Punca - Radiasi (Bom Atom)- Keturunan- Virus.- Simptom – Anaemia (Kekurangan Darah Merah), Demam, Pendarahan Dan Pembengkakan Nodus Limfa. - Bunuh 90% Pesakit Dalam Masa 6 Bulan.
B. Penyakit Hodgkin· Barah Sistem Limfa (Lymphatic System)· Petanda Awal – Bengkak Nodus Limfa (Lymph Nodes), Limpa (Spleen), Hati (Liver) Dan Organ Laino Demam, Kehilangan Berat Badan, Lemah. · Punca Tidak Ketahuio Mungkin Bakteria, Protozoa Dan Virus.
KEPENTINGAN
2. Dadah Capoten•Mengawal tekanan darah tinggi•racun ular (Pit Viper)
3. Dadah Taxol•Barah payu dara dan rahim.•Ekstrak dari kulit pokok yew•Kini, 3,000 spesies tumbuhan anti kanser.•25% ubatan di USS mengandungi bahan dari tumbuhan tempatan.•Membaiki Tahap Kesihatan masyarakat •Tingkat Jangka Hayat
KEPENTINGAN
Dadah Modern Daripada Ubatan Tradisional
Dadah Kegunaan Ubatan Sumber
1 Aspirin Kurang Sakit, Radang (Inflammation)
Filipendula ulmaria
2 Kodein Kurang Sakit, Ubat Batuk Papaver somniferum
3 Ipecac Galak Muntah Psychotria ipecacuanha
4 Pilokarpin Kurang Tekanan Di Mata Pilocarpus jaborandi
5 Pseudoefedrin Kurang Hidup Tersumbat Ephedra sinica
6 Kuinin Ubat Malaria Cinchona officinalis
7 Reserpin Ubat Penenang, Rendah Tekanan Darah
Rauwolfia serpentina
8 Tropan Sedatif, Analgesik Datura stramonium, Datura metel
9 Theofilin Buka Saluran Penafasan Camellia sinensis
10 Vinblastine Ubati Penyakit Hodgkin’s Catbaranthus roseus
11 Kokain Ubat Bius Erythroxylum coca
KEPENTINGAN
POTENSI TUMBUHAN ASLI MALAYSIA
Tongkat Ali (Eurycoma Longifolia)
•Potensi Untuk Ubat Antimalaria
KEPENTINGAN
Bintangor (Calophyllum lanigerum)
•Ubat Virus HIV
KEPENTINGAN
Kepentingan Komersial
•Tangkap Ikan Komersial.
•Balak.
•Perniagaan Haiwan Peliharaan (Pet) Eksotik Ikan, Reptilia, Mammal, tumbuhan.
•Barang-Barang Sukan & Rekreasi Alat Pancing, Renang, Sampan.
• Ekopelancongan Lawat Kawasan Ekologi Unik Hasil Pendapatan Pelancong & Penginapan • Sumber Makanan Rusa, Pelanduk, Seladang, petai dan dsb.
KEPENTINGAN
Kepentingan Rekreasi, Estetik Dan Penyelidikan Sains •Pancing, Buru, Kembara, Khemah,
•Perhati Burung, Fotografi.
•Kepuasan Estetik
•Kajian Sains Ilmu & Kefahaman • Evolusi & Ekologi Kajian Hidupan Liar & Ekosistem - Dokumentari Ikan Paus· Kepuasan Estetik· Tidak Pernah Lihat Sendiri· Nilai Rekreasi Dan Estetik Sumbang Kewangan Untuk Sokong Spesies Liar.
KEPENTINGAN
DIVERSITI HIDUPAN
SPESIES BILANGAN SPESIES
YANG DIKETAHUI
ANGGARAN SPESIES
KETEPATAN
Virus 4,000 400,000 Sangat Rendah
Bakteria 4,000 1,000,000 Sangat Rendah
Fungi 72,000 1,500,000 Sederhana
Protozoa 40,000 200,000 Sangat Rendah
Alga 40,000 400,000 Sangat Rendah
Tumbuhan 270,000 320,000 Baik
Nematod 25,000 400,000 Rendah
Krustasea 40,000 150,000 Sederhana
Arachnid 75,000 750,000 Sederhana
Serangga 950,000 8,000,000 Sederhana
Moluska 70,000 200,000 Sederhana
Kordat 45,000 50,000 Baik
Others 115,000 250,000 Sederhana
1,750,000 13,620,000 Sangat Rendah
KAWASAN MEGA DIVERSITI MALAYSIA
KUMPULAN BILANGAN SPESIES
BILANGAN SPESIES ENDEMIK
FAUNA Mamalia 286 27
Burung 736 11
Reptilia 268 69
Amfibia 158 27
Ikan Marin 4,000
Ikan Air Tawar 449
Invertebrata 150,000
Flora Tumbuhan Berbunga
15,000
Palma 213 84
Anggerik 2,500 350
Paku-Pakis 1,159
Kulat 400
Lumut 432
MASALAH
1.KEGIATAN MANUSIA YANG MENGUBAH DAN MENGHAPUSKAN TEMPAT KEDIAMAN MEREKA.
Banyak aktiviti yang menyebabkan terjejasnya biodiversiti. Akibatnya, banyak spesis yang belum lagi dikenalpasti telah pupus. Ada di antara spesis ini telah disenaraikan dalam kategori spesis terancam. Jika tidak ditangani awal dari sekarang, biodiversiti yang ada sekarang akan terjejas teruk dan mungkin hilang buat selamanya.
MASALAH
2.PENGEKSPLOITASI HUTAN TROPIKA OLEH NEGARA MEMBANGUN YANG KAYA DENGAN BIODIVERSITI BAGI TUJUAN UNTUK MENGAUT KEUNTUNGAN.
Contohnya kemunculan pelancong berasaskan alam semulajadi atau pelancongan eko adalah satu aktiviti penting yang boleh mendatangkan hasil kepada negara membangun. Namun andainya pelancongan eko tidak dilaksanakan dengan teratur hal ini boleh menyebabkan kerosakan biodiversiti. Kemusnahan habitat akibat penukaran tanah untuk pertanian,perlombongan, penempatan, pembinaan dan sebagainya untuk tujuan pembangunan juga bakal memusnahkan kekayaan biodiversiti dunia.
MASALAH
3.PERUBAHAN IKLIM DAN BENCANA ALAM
seperti tanah runtuh, banjir, kemarau, tsunami (2004) dan sebagainya menyebabkan kemusnahan kepada kepelbagaian biologi daratan dan akuatik dunia.
4.PENGGUNAAN SUMBER BIOLOGI SECARA TIDAK LESTARI DAN BERLEBIHAN
seperti aktiviti pembalakan dan pemburuan yang tidak terkawal menjadi satu agenda kepada kepupusan kepelbagaian biologi.
LANGKAH MENGATASI
1. MENGADAKAN BENGKEL MENGENAI PENGURUSAN BIODIVERSITI.ISU DASAR DAN CABARAN KEPADA MALAYSIA
Dilangsungkan pada 17 Ogos 1999 dianjurkan bersama oleh Institut Kajian Pembangunan (SABAH),Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia(MIER) dan Queen’s University, Kingston,Canada. Bengkel tersebut dibiayai oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Kanada (CIDA), NGO’s dan badan-badan swasta. Antara isu yang disentuh adalah mengenai biodiversiti, bioprospek, pengurusan dan pengawasan pelancongan eko dan perlindungan spesis terancam.
LANGKAH MENGATASI
2.MENGGALAKKAN DAN MEMPERBANYAKKAN PENUBUHAN PUSAT PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
Contohnya Taman Teknologi Malaysia(TPM) sedang giat menjalankan kajian terhadap potensi-potensi yang boleh digunakan daripada hasil khazanah alam negara. Pusat-Pusat penyelidikan seperti Pusat Biodiversiti Raub menjalankan kerja-kerja mengutip, memelihara dan menjalankan kerja-kerja kajian farmakologi sampel, pemprosesan dan penghasilan benih.
LANGKAH MENGATASI
3.MENGETATKAN KAWALAN DAN MENJALANKAN PEMANTAUAN YANG LEBIH TELUS.
Antara teknologi konservasi biodiversiti yang paling praktikal dan digunakan secara meluas pada masa kini adalah secara penentuan dan pemantauan menerusi satelit. Aktiviti pembalakan dan pemburuan haram misalnya perlu dikawal lebih ketat. Begitu juga dengan biodiversiti akuatik. Malaysia yang mempunyai nilai yang tinggi,pengawalan terhadap hidupannya termasuk terumbu karang perlulah dilakukan dengan lebih mantap supaya tidak merugikan negara.
Sekian terima kasih
‘berusahalah untuk mencapai’ kejayaan
kerana tiada kejayaan tanpa usaha
Pembentang :Rahimah, madelina, farhana, jela janela. .
top related