penerapan nilai murni melalui pembelajaran mama
Post on 22-Jun-2015
1.119 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PENERAPAN NILAI MURNI MELALUI PEMBELAJARAN-KOOPERATIF DALAM
SAINS
(Jurnal Pendidikan 27 (2001) 47 - 5 Nor Azizah Salleh, Siti Rahayah Ariffin Dan Musa Daia dari Fakulti
PendidikanUniversiti Kebangsaan Malaysia)
1.0 Pendahuluan
Kajian ini dijalankan oleh Nor Azizah Salleh, Siti Rahayah Ariffin dan Musa Daia (2001)
bertujuan untuk mengkaji bagaimana pembelajaran kooperatif dapat membantu menerapkan
nilai-nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah menengah. Dapatan
kajian ini menunjukkan pembelajaran kooperatif adalah kaedah pembelajaran yang menarik,
menyeronokkan tetapi memerlukan komitmen yang tinggi untuk melaksanakannya dengan
berkesan oleh guru-guru mata pelajaran Sains. Guru-guru perlu mencuba kaedah ini untuk
meningkatkan minat pelajar untuk mata pelajaran tersebut. Guru-guru perlu menggalakkan
aktiviti kumpulan, melatih pelajar mengamalkan nilai murni serta memberi penghargaan kepada
usaha mereka kerana cara ini merupakan daya tarikan kepada pelajar untuk mempelajari sains.
Kajian ini juga menyatakan bahawa pembelajaran kooperatif merupakan salah satu
kaedah aktiviti kumpulan yang didapati dapat memberi kesan kepada penerapan nilai-nilai
murni. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh manakah pembelajaran kooperatif dalam sains
dapat menerapkan nilai murni: bekerjasama, berdikari, kasih sayang, kebersihan mental,
kebersihan fizikal, kejujuran, kerajinan dan rasional. Seramai 990 orang pelajar Tingkatan dua
daripada 12 buah sekolah di Selangor diambil sebagai sampel dalam kajian ini. Alat kajian yang
1
digunakan adalah soal selidik pelajar (ujian pasca dan pra), pemerhatian guru dan temu bual
pelajar.
Kaedah kuasi eksperimen dijalankan dengan mengambil setiap sekolah dua buah kelas
dijadikan sampel: sebuah dijadikan kelas eksperimen dan sebuah lagi dijadikan kelas kawalan.
Kelas eksperimen diajar mengikut struktur kumpulan kooperatif STAD dan Jigsaw 2, sementara
kelas kawalan diajar secara traditional. Tempoh masa mengajar ialah enam minggu dan mata
pelajaran yang diajar adalah sains KBSM. Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan
ujian-t, min, kekerapan, sisihan piawai dan peratus. Hasil kajian menunjukkan semua nilai murni
dapat diterapkan secara signifikan (p<0.05) tetapi bilangan nilai murni yang diterapkan berbeza
antara sekolah. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan struktur Jigsaw 2 lebih banyak
menerapkan nilai murni daripada struktur STAD.
2.0 Pembelajaran Kooperatif Dan Nilai Murni.
Penyelidikan ini dijalankan terhadap kesedaran pentingnya membina insan yang
berakhlak, dan pentingnya peranan guru di sekolah dalam membentuk sahsiah murid. Antara
persoalannya ialah cara yang digunakan untuk nilai murni dapat diterapkan dengan berkesan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Cadangan kajian ini menyarankan guru harus
mempersiapkan diri dengan strategi-strategi yang berkesan untuk menangani masalah disiplin
dan akhlak bagi menghadapi cabaran remaja yang bermasalah. Sekiranya masalah remaja
dibiarkan maka masa depan negara amat membimbangkan kerana bertambahnya kelak bilangan
remaja yang bermasalah yang bakal menjadi warganegara Malaysia. Keamanan negara akan
2
terancam. Sebagai usaha untuk memperbaiki keadaan, penyelidik memberi fokus kepada aspek
pedagogi. Bagaimanakah nilai murni dapat diterapkan kepada pelajar di dalam bilik darjah
dengan berkesan Pembelajaran kooperatif adalah berdasarkan konsep kerjasama erat antara ahli
dalam kumpulan kecil yang terdiri daripada 4-5 orang. Ia juga menekankan kumpulan
heterogenus iaitu pelajar daripada pelbagai taraf pencapaian dan pentingnya kemahiran
berkomunikasi dan berinteraksi sosial antara ahli. Ia berasaskan pembelajaran bersama bukan
saingan atau secara individu.
Kajian yang dijalan oleh pengkaji ini adalah bertujuan untuk melihat sejauhmanakah
pembelajaran kooperatif dalam sains dapat menerapkan nilai murni iaitu bekerjasama, berdikari,
kasih sayang, kebersihan mental, kebersihan fizikal,kejujuran, kerajinan dan rasional. Model
yang pilih ialah Jigsaw 2 dan STAD. Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran
yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk
mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang
maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur
asas dalam pembelajaran koperatif adalah:
a. Saling bergantung antara satu sama lain secara positif,
b. Saling berinteraksi secara bersemuka,
c. Akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri,
d. Kemahiran Koperatif, Dan
e. Pemprosesan kumpulan
3
Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini. Individu
dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan
berbeza bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan.
Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan,
misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students Teams- Achievement
Division), Belajar Bersama (Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads),
dan Meja Bulat (Round Table).
Struktur Jigsaw 2 yang diaplikasikan oleh pengkaji ialah seperti berikut:
1. Guru mengajar.
2. Pelajar berbincang dalam kumpulan pakar.
3. Pelajar kembali ke kumpulan masing-masing berbincang dan mengajar ahli
kumpulan mereka.
4. Kuiz.
5. Peneguhan.
Dalam sesi ini pengajaran sebaya memainkan peranan yang sangat penting menurut cara
Jigsaw. Dalam cara ini, pembahagian tugas diagihkan di kalangan murid dalam kumpulan
pelbagai kebolehan. Bahan pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil. Setiap murid
diagihkan tugas untuk mempelajari satu topik kecil. Setelah menguasai topik kecil sendiri, murid
akan mengajar rakan-rakan lain dalam kumpulannya sehingga semua ahli kumpulan menguasai
semua topik kecil itu. Selepas itu satu aktiviti dijalankan untuk menguji sama semua ahli
kumpulan berjaya memahami dan menyempurnakan tugasan yang diberi. Jigsaw merupakan cara
4
pengajaran berpusatkan murid. Kemungkinan besar bahan baru dapat dikaitkan dengan
pengetahuan sedia ada dan membantu penstrukturan semula idea.
Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam
kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang
tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme. Ini amat bersesuai dengan cara untuk
menerapkan nilai murni dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut pengkaji ,nilai
murni masih belum dapat diterapkan dengan memuaskan di kalangan pelajar di sekolah
berasaskan masalah disiplin yang dilaporkan oleh para penyelidik dan akhbar tempatan.
kesedaran pentingnya membina insan yang berakhlak, dan pentingnya peranan guru di sekolah
dalam membentuk sahsiah murid. Kajian di barat (Johnson & Johnson 1994) menunjukkan
kaedah ini bukan saja membantu meningkatkan pencapaian akademik tetapi berkesan untuk
memupuk kerjasama, minat pada sekolah, kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dengan
orang lain dan kesan afektif lain yang positif. Kajian tempatan juga menyokong idea ini (Jamilah
1993, Ida 1995 dan Alimah 1996).
Penyelidikan ini sedar bahawa tanggungjawab mendidik dan membentuk akhlak adalah
tanggungjawab guru. Banyak strategi untuk menerapkan nilai murni boleh diaplikasikan oleh
guru dan satu daripadanya ialah melalui pembelajaran kooperatif. Tinjauan literatur daripada
Johnson dan Johnson (1994), Nor Azizah Salleh (1992) dan Sharan (1980), menunjukkan
bahawa pembelajaran kooperatif mempunyai struktur yang membolehkan interaksi sosial berlaku
dan dapat meningkatkan pencapaian, minat kepada sekolah, rakan dan mata pelajaran.
Selain itu Kurikulum Sains yang dibangunkan tidak hanya menekankan penyepaduan
antara pemerolehan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan pengamalam sikap saintifik dan
5
nilai murni tetapi juga menekankan kebolehan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran
yang diperolehi dalam kehidupan harian. Adalah diharapkan pelaksanaan kurikulum ini menjadi
wahana untuk mencapai hasrat menghasilkan insan yang seimbang dan dapat menyumbang
kepada keharmonian dan kesejahteraan negara.
3.0 Dapatan Kajian
Dapatan kajian ini menunjukkan keberkesanan kaedah pembelajaran kooperatif dalam
menerapkan nilai-nilai murni hanya dapat dilihat dalam dapatan menggunakan instrumen
pemerhatian dan temu bual pelajar. Instrumen yang mengandungi ujian pra dan pasca kurang
menunjukkan perbezaan yang signifikan bagi kebanyakan nilai-nilai murni. Walau
bagaimanapun, peningkatan penerapan nilai murni tetap berlaku melalui pembelajaran
kooperatif. Hasil kajian menunjukkan bahawa pada umumnya sekolah yang melaksanakan
kaedah kooperatif Jigsaw 2, menunjukkan peningkatan penerapan nilai berbanding STAD. Ini ini
disebabkan kaedah kooperatif STAD tidak terdapat aktiviti perbincangan kumpulan pakar seperti
dalam kooperatif Jigsaw 2. Secara tidak langsung, ruang interaksi antara pelajar berkurangan jika
dibandingkan dengan kaedah kooperatif Jigsaw 2. Pelajarpelajar dalam koperatif STAD ini
masih berinteraksi, tetapi terhad dalam kumpulan. kecil masing-masing. Walau bagaimanapun
kedua-dua kaedah mempunyai kekuatan masing-masing untuk berperanan bagi menerapkan
nilai-nilai murni.
Hasil analisis kualitatif terhadap persepsi guru tentang nilai murni lain yang telah diterap
semasa menjalankan kerja kumpulan. Nilai-nilai tersebut adalah nilai berani, kesyukuran,
bertanggungjawab, hormat menghormati antara rakan yang berlainan ras dan latar belakang.
6
Sikap dan minat pelajar terhadap mata pelajaran sains juga meningkat. Pelajar lebih seronok
belajar dalam kumpulan dan mereka lebih berusaha meningkatkan pencapaian.
4.0 Implikasi Kajian
Hasil dapatan kajian ini menunjukkan penurunan negatif dalam kedua-dua kelas
eksperimen dan kawalan. Ini disebabkan oleh sikap pelajar-pelajar tidak mempedulikan
kepentingan menjawab soal selidik dengan jujur dan ikhlas. Pelajar menunjukkan disiplin yang
baik dan menjaga kebersihan kelas, mungkin disebabkan oleh peraturan sekolah yang ketat.
Ganjaran kelas terbersih mungkin faktor pelajar menunjukkan nilai murni kebersihan fizikal,
bukan kaedah pembelajaran kooperatif. Kesukaran mengukur tahap keberkesanan nilai murni
yang diterapkan. Pelajar didapati berubah-ubah ‘mood’ dan ini menyukarkan guru mengukur
tahap berkesanan nilai murni. Pembelajaran kooperatif hanya dilaksanakan sebanyak 6 kali
sahaja. Ini mungkin tidak mencukupi kerana tahap keberkesanan penerapan nilai murni
memerlukan masa yang agak panjang. Tambahan pula dengan isi pengajaran yang banyak, guru
mengabaikan penerapan nlai murni. Peralatan makmal yang tidak mencukupi menyukarkan guru
menjalankan aktiviti kumpulan semasa melaksanakan kerja eksperimen.
7
5.0 Perbincangan.
Dalam sesi perbincangan in saya akan mengupas isu- isu berkaitan nilai murni yang belum
dikupas aoleh pengkaji iaitu : Adakah faktor-faktor berikut menjadi faktor penentu kepada
kejayaan menerapkan nilai murni dalam amalan pembelajaran kooperatif.
1. Faktor Diri Sendiri dapat membantu menerapkan nilai murni dalam amalan Pembelajaran
Koperatif.
2. Faktor Rakan Sebaya dapat membantu menerapkan nilai murni dalam amalan
Pembelajaran Koperatif.
3. Faktor Guru dapat membantu menerapkan nilai murni dalam amalan Pembelajaran
Koperatif.
4. Faktor Suasana Pembelajaran dapat membantu menerapkan nilai murni dalam amalan
Pembelajaran Koperatif.
5.1 Faktor Diri Sendiri dapat membantu menerapkan nilai murni dalam amalan
Pembelajaran Koperatif.
8
Pada hari ini, suasana di dalam kelas lebih berorentasikan peperiksaan iaitu memberi
penekanan kepada pencapaian akademik semata-mata. Kaedah pengajaran yang digunakan di
dalam kelas menjadi salah satu faktor yang membuatkan pelajar menjadi pasif dan kurang
berinteraksi sesama rakan dalam melakukan tugasan. Bertitik tolak daripada permasalahan yang
wujud di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi aspek pretasi dan
hubungan sosial. Salah satu alternatif kepada strategi pengajaran dan pembelajaran yang sedia
ada adalah pembelajaran koperatif.
Adakalanya pembelajaran kooperatif menimbulkan keresahan kepada guru yang
khuatirkan kecairan pembelajaran apabila pelajar yang cerdas berada di dalam kumpulan yang
kurang cerdas, tetapi mengikut Slavin ( 1991) ia akan memberi faedah kepada golongan yang
berbeza kebolehan yang belajar dalam satu kumpulan. Kajian menunjukkan pembelajaran
kooperatif boleh meningkatkan pencapaian dan kemahiran kognitif pelajar. Jika dijalankan
dengan sempurna, setiap pelajar mempunyai tanggungjawab untuk mencapai kemahiran sesuatu
subtopik serta berpeluang berkongsi pengetahuannya dengan ahli kumpulan yang lain. Untuk
tujuan ini , pelajar perlu betul-betul memahami subtopik itu, bukan sekadar menghafal sesuatu
topik. Ini mengakibatkan pemprosesan pada aras yang lebih tinggi,yang meningkatkan daya
ingatan dan seterusnya membolehkan mereka menunjukkan pencapaian yang lebih baik.
Kajian juga menunjukkan pembelajaran kognitif boleh memberbaiki kemahiran sosial
pelajar. Ahli-ahli dalam kumpulan perlu bekerjasama untuk mencapai objektif pembelajaran.
Secara tidak langsung, mereka perlu mempelajari atau memperbaiki kemahiran sosial mereka.
Pelajar yang bersuara perlahan perlu meninggikan suara supaya didengari dan difahami oleh ahli
kumpulan lain. Teguran sesama ahli perlu dilakukan dengan sewajarnya agar dinamik kumpulan
9
tidak hancur dan gerak kerja berjalan lancar. Hal ini bersesuaian dengan penerapan nilai murni di
dalam Sains.
Mengikut Spencer Kagan (1988). Di dalam bukunya “Coperative Learning: Resources
for Teachers”, pembelajaran kooperatif bagi golongan berbakat telah membawa banyak
keberkesanan atau faedah seperti membaiki hubungan social amat bertepatan denga senario yang
berlaku sekarang di mana pentingnya memupuk kesedaran nilai murni dan sosial dikalangan
pelajar. Hal ini kerana sekolah sering dihambat dengan masalah disiplin yang berlaku dalam
kalangan pelajar. Hal ini pastinya amat membimbangkan banyak pihak kerana pelajar merupakan
tiang negara pada masa hadapan. Keruntuhan moral ini boleh menjejaskan matlamat negara
dalam melahirkan modal insan yang berkualiti dalam memacu negara ke era negara maju.
5.2Faktor Rakan Sebaya dapat membantu menerapkan nilai murni dalam amalan
Pembelajaran Koperatif
Pembelajaran kooperatif sebenarnya merangkumi banyak jenis bentuk pengajaran dan
pembelajaran. Asasya ia menggalakkan pelajar belajar bersama-sama dengan berkesan melalui
pembentukan kumpulan yang homogen seperti dalam pendidikan inklutif. Ianya boleh digunakan
oleh pelbagai kumpulan umur dan dalam pelbagai mata pelajaran.Pembelajaran koopeatif
dilaksanakan secara kumpulan kecil supaya pelajar-pelajar dapat berkerjasama dalam kumpulan
untuk mempelajari isi kandungan pelajaran dengan pelbagai kemahiran sosial. Secara dasarnya,
pembelajaran kooperatif melibatkan pelajar bekerjasama dalam mencapai satu-satu objektif
pembelajaran (Johnson & Johnson, 1991) dan mendorong pelajar mempunyai motivasi untuk
melakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan juga kumpulan.
10
5.3 Faktor Guru dapat membantu menerapkan nilai murni dalam amalan Pembelajaran
Koperatif.
Guru perlu menjelaskan kepada pelajar apakah tingkahlaku yang wajar dan tidak wajar
semasa pembelajaran kooperatif berlaku. Guru juga perlu meberikan asas kemahiran komunikasi
misalnya bagaimana menyuarakan pendapat dan bagaimana menghadapi percanggahan
pendapat. Guru perlu mengawasi interaksi yang berlaku semasa pelajar menjalankan aktiviti
kumpulan di dalam kelas. Perbincangan yang berlaku seharusnya yang berkaitan dengan
tugasan . Interaksi juga harus berlaku di antara setiap ahli kumpulan dan tidak meminggirkan
mana-mana ahli kumpulan. Perbincangan dan keputusan juga tidak dimonopoli oleh ahli
kumpulan tertentu sahaja. Oleh itu guru juga memjadi faktor yang penting dalam menerapkan
nilai-nilai murni kepada pelajar.
5.4 Faktor Suasana Pembelajaran dapat membantu menerapkan nilai murni dalam
amalan Pembelajaran Koperatif
Persekitaran bilik darjah perlulah mesra budaya supaya suasana pembelajaran menjadi
kondusif untuk murid pelbagai latar bangsa dan budaya. Ianya turut mengembangkan nilai murni
yang menjadi nadi bagi kehidupan masyarakat yang harmonis dan aman diperingkat nasional dan
global. Antara nilai murni yang di perlukan oleh masyarakat pelbagai agama, etnik dan budaya
ialah hormat-menghormati, toleransi, kasih-sayang terhadap alam sekitar, kepatuhan kepada
peraturan dan undang-undang dan semangat patriotik. Oleh itu penerapan nilai murni
berdasarkan suasana pembelajarn kooperatif dapat diterap dengan persekitaran bilik darjah yang
11
perlu guru wujudkan bagi suasana pembelajaran yang mengalakkan interaksi dan intergrasi di
kalangan murid, di dalam dan di luar bilik darjah.
Syed Ismail & Ahmad Subki (2008). menjelaskan bahawa pengurusan bilik darjah
sebagai orkestra dalam kehidupan. Memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan
prosedur dan sumber pengajaran. Keutamaan ditumpukan adalah penyusunan suasana bilik
darjah bagi memaksimumkan keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta pemikiran
terlebih dahulu mengenai maslaah-masalah yang mungkin timbul. Susunan kerusi dan meja
boleh memberikan kemudahan mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti
berkumpulan; cahaya yang mencukupi serta peredaran udara secukupnya. Oleh itu faktor bilik
darjah boleh menjadi faktor penyumbang penerapan nilai murni dalam pembelajaran kooperatif
sekiranya pengurusan bilik darjah adalah cekap dan efisiyen.
12
http://kheru2006.i8.com/EDU3106/5_Pembinaan_Persekitaran_Bilik_Darjah.htm
6.0 Cadangan
Pengintegrasian pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran dapat
dilakukan melalui proses perancangan, pengendalian, pengurusan dan penilaian oleh guru-guru
sains yang ingin melaksakan pembelajaran kooperatif di dalam bilik darjah. Pembelajaran
koperatif mengganggap kejayaan insan bukan tertakluk kepada kecemerlangan akademik
semata-mata. Perkembangan kecerdasan intelektual(IQ), sosial dan afektif (EQ) merupakan teras
13
bagi pembelajaran koperatif melalui amalan interaksi kumpulan yang berkesan. Pembelajaran
koperatif menyediakan gelanggang bagi pelajar mengalami dan membina realiti hidup dalam era
sains dan teknologi yang pesat berkembang. Di samping membentuk ‘independent thinkers’,
pembelajaran koperatif juga berusaha ke arah membentuk kemahiran berinteraksi, hormat-
menghormati dan berkomunikasi secara positif dalam masyarakat
Berasaskan kepada ‘brain-based learning’, gaya pembelajaran dan kecerdasan pelbagai,
pembelajaran koperatif menganggap bahawa setiap individu mempunyai potensi untuk berjaya.
Kejayaan adalah tanggungjawab bersama antara individu, rakan sebaya , unsur-unsur dalam
persekitarannya , peranan guru , kemudahan prasarana sekolah dan semua pihak yang terlibat
melahirkan modal insan. Oleh itu pihak yang berkenaan seperti Institut Pengajian Tinggi, Institut
Perguruan dan Institusi Pengajian Swasta perlu memperbanyakkan lagi kursus untuk
memperkayakan lagi model pembelajaran kooperatif.
7.0 RUMUSAN
Akhlak dan keperibadian murni yang dibentuk dalam diri setiap individu terutamanya
remaja dan generasi yang akan datang akan menjadi perintis dalam membangunkan negara. Pada
usia yang muda, mereka mudah terpengaruh dengan aktiviti-aktiviti sosial yang kurang
berfaedah dan terjebak dalam kancah maksiat seperti mabuk, menagih dadah, merokok,
14
melacurkan diri, berfoya-foya dan lain-lain. Gejala-gelaja tersebut perlu dibanteras dan langkah-
langkah perlu diambil untuk mengatasinya sebelum ia akan menjadi semakin berleluasa. Kita
tidak mahu negara lain memandang rendah terhadap negara kita dan kepentingan untuk menjaga
nama baik negara Malaysia adalah amat perlu. Didikan agama yang secukupnya dan kesedaran
diri juga perlu untuk mengatasi gejala keruntuhan akhlak yang berlaku pada masa ini. Apabila
terbentuknya akhlak yang tinggi, diharapkan negara lain akan memandang tinggi terhadap negara
kita setanding dengan negar-negara maju yang lain.
Kesimpulan daripada kajian ini ialah pembelajaran kooperatif adalah satu kaedah
pembelajaran yang menarik, menyeronokkan tetapi memerlukan komitmen yang tinggi untuk
melaksanakannya dengan berkesan. Guru-guru perlu mencuba kaedah ini untuk meningkatkan
minat pelajar untuk mata pelajaran tersebut. Guru-guru perlu menggalakkan aktiviti kumpulan,
melatih pelajar mengamalkan nilai murni serta memberi penghargaan kepada usaha mereka
kerana cara ini merupakan daya tarikan kepada pelajar.Pembelajaran kooperatif merupakan salah
satu kaedah aktiviti kumpulan yang didapati dapat memberi kesan kepada penerapan nilai-nilai
murni.
15
top related