pendidikan islam t4 (aqiqah)

Post on 10-Jun-2015

1.249 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Nota ringkas mengenai bab aqiqah

TRANSCRIPT

PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4

AQIQAH

2012

MAKSUD AQIQAH

• AQIQAH ialah penyembelihan binatang ternakan (al-An’am) yang sah dijadikan qurban sempena mencukur rambut bayi yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T.

HUKUM AQIQAH

Sunat Muakkad ke atas orang yang menanggung nafkah.

ANJURAN RASULULLAH S.A.W. UNTUK MENGAQIQAHKAN ANAK LELAKI DAN ANAK PEREMPUAN ANAK LELAKI -> 2 ekor kambing.

ANAK PEREMPUAN -> 1 ekor kambing.

WAKTU YANG PALING AFDAL MELAKUKAN AQIQAH

Pada hari ketujuh kelahiran bayi, jika tidak mampu pada hari tersebut bolehlah dibuat aqiqah pada bila-bila masa asalkan sebelum anak itu baligh.

SYARAT-SYARAT SAH AQIQAH Menyembelih binatang ternakan (al-

An’am) yang halal. Binatang yang sihat (tidak cacat). Binatang yang cukup umur (seperti

binatang qurban). Berniat aqiqah ketika menyembelih. Memenuhi syarat-syarat sembelihan

(rukun-rukun sembelihan,penyembelih dan binatang yang disembelih).

PERKARA SUNAT AQIQAH Berdoa ketika hendak menyembelih. Menyembelih ketika matahari sedang

naik. Mencukur rambut bayi selepas

menyembelih. Tidak mematah-matahkan tulang

binatang aqiqah. Daging aqiqah dimasak manis dan

dibuat jamuan. Dilakukan pada hari ketujuh selepas

kelahiran serta memberi nama yang baik kepada bayi.

HUKUM MENGENAI DAGING AQIQAH TIDAK WAJIB disedekahkan kepada

fakir miskin. HARUS dimakan semua oleh orang

yang beraqiqah. SUNAT dimasak manis kemudian dibuat

jamuan.

HIKMAH / TUJUAN AQIQAH Mendekatkan bayi kepada cara hidup

Islam sejak awal-awal lagi. Sebagai tanda kesyukuran kepada Allah

S.W.T. di atas kurniaan anak. Mengukuhkan hubungan silaturahim

antara keluarga anak dengan anggota masyarakat.

Mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. Sebagai pengisytiharan kepada anggota

masyarakat tentang anugerah Allah S.W.T.

SEBAB ANAK YANG DILAHIRKAN SUNAT DIPERDENGARKAN AZAN DI TELINGA KANAN DAN IQAMAH DI TELINGA KIRI

Supaya kalimah Tauhid itulah perkataan yang mula-mula didengar dalam hidupnya.

PEMBAHAGIAN DAGING BAGI IBADAT AQIQAH SUNAT diberi dalam keadaan telah

dimasak.

BOlEH diberi makan kepada orang kaya.

PERKARA-PERKARA SUNAT YANG DITUNTUT PADA HARI KETUJUH KELAHIRAN ANAK Aqiqah. Bercukur. Memberi nama yang baik. Berdoa. Bersedekah.

PERBEZAAN ANTARA QURBAN DAN AQIQAH

QURBAN AQIQAH

Masa:10 Zulhijjah hingga 13 Zulhijjah.

Hukum-Sunat Muakkad kepada orang yang mampu.

Disedekahkan daging yang mentah kepada fakir miskin/boleh diberikan kepada orang kaya.

Bila-bila masa,sebaik-baik hari ketujuh kelahiran bayi.

Sunat Muakkad kepada orang yang menanggung nafkah.

Dimasak agak manis, dibuat jamuan dan disedekahkan kepada fakir miskin.

QURBAN AQIQAH

Kadar-Lelaki dan wanita satu bahagian dari binatang qurban lembu,kerbau dan unta.Satu ekor jika kambing /biri-biri/ kibas.

Anak lelaki 2 bahagian binatang aqiqah dari unta,lembu,kerbau. Anak perempuan satu bahagian sahaja- 2 ekor jika kambing/ biri-biri untuk anak lelaki dan satu ekor untuk anak perempuan.

PERBEZAAN ANTARA QURBAN DAN SEMBELIHAN

QURBAN SEMBELIHAN

Hukumnya Sunat Muakkad.

Dilakukan hanya pada hari raya Aidiladha dan hari-hari Tasyrik 11,12 dan 13 Zulhijjah.

Hanya binatang al-An’am.

Hukumnya Harus.

Boleh dilakukan pada bila-bila masa.

Semua jenis binatang yang halal.

QURBAN SEMBELIHAN

Wajib disedekahkan sebahagian daging kepada orang miskin.

Haiwan yang cukup umur.

Ada kadar tertentu.

Tidak wajib sedekah.

Tiada syarat umur pada haiwan.

Tiada kadar.

TAMAT

SEKIAN,TERIMA KASIH

top related