pendekatan tingkahlaku - kognitif
Post on 20-Jan-2016
78 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
TEORI RASIONAL EMOTIF TINGKAHLAKU
Albert EllisKerjaya bermula sebagai kaunselor keluarga kemudian
berubah kepada psikoanalisis
Kecewa dengan perubahan yang lambat dan minima pada diri klien – berubah minat kepada teori tingkah laku dan kemudian menjadi pengasas kepada REBT
Teori berasaskan andaian bahawa individu mempunyai keupayaan bertindak sama ada dalam bentuk rasional mahu pun tidak rasional
Ellis melihat manusia pada dua sudut iaitu individu yang sihat yang dianggap rasional dan individu yang tidak sihat yang dianggap tidak rasional
Perkembangan teori1950 an – awalnya dikenali sebagai Rational
Therapy (RT)1970 an – teori diubahsuai dan dikenali
sebagai Rational Emotive Therapy (RET)1990 an – teori dimantapkan dan dikenali
sebagai Rational Emotive Behaviour Therapy (REBT)
Pandangan Terhadap ManusiaFikiran dan emosi manusia adalah berhubung kait
Manusia secara semulajadi adalah rational and irrational; sensible and crazy
Manusia mudah dipengaruhi oleh perkara negatif & menyusahkan
Pemikiran adalah punca masalah atau kejayaan manusia.
Manusia menghadapi masalah bukan akibat daripada peristiwa tetapi lebih kepada apa yang mereka fikirkan terhadap peristiwa itu
Manusia mempunyai pilihan untuk mengawal pemikiran, perasaan dan tingkah laku mereka
Andaian tentang sifat asas manusiaREBT percaya manusia berkecenderungan mereka-reka
kepercayaan yang menyebabkan diri terganggu. Ellis berpendapat penyebab utama gangguan emosi ialah diri individu sendiri dan bukannya apa yang berlaku ke atasnya
Pemikiran yang tidak rasional dan tidak logik mengakibatkan gangguan emosi atau psikologi yang kemudiannya membawa kepada tingkah laku neurotik
Pemikiran tidak rasional diperolehi -ibu bapa, keluarga dan budaya
Gangguan emosi yang berterusan ditentukan oleh persepsi dan sikap terhadap peristiwa yang terjalin melalui pengucapan kendiri (auto suggestion). Gangguan tersebut bukanlah hasil dari peristiwa luaran.
Pemikiran dan emosi negatif serta sikap mengalah (self-defeating behaviour) mesti disusun semula menjadi logik dan rasional
Caragaya PemikiranPemikiran RasionalManusia bertanggungjawab ke atas gangguan emosi yang
dirasai, mempunyai unsur kreatif dan sensual, mampu dan berjaya berkomunikasi dengan orang lain dengan jelas dan bebas, boleh belajar dari kesilapan yang dilakukan, fleksibel, penerimaan kendiri, berani ambil risiko, dan mempunyai matlamat jelas
Tingkahlaku rasional ialah sesuatu hasil yang berbentuk positif
Pemikiran Tidak RasionalCenderung untuk memusnahkan diri (self destructive),
mengelak memikirkan tentang sesuatu perkara, mengulangi sesuatu kesilapan, menyalahkan diri sendiri, tidak mempunyai daya toleransi, percaya kepada kuasa ghaib (superstitious), merasa diri terlalu sempurna, dan mengelakkan diri dari menuju penyempurnaan kendiri
Tingkahlaku yang berbentuk negatif dan tidak menguntungkan diri
11 Pemikiran Tidak RasionalSaya mesti diterima dan disayangi oleh orang rapat/
signifikan dalam hidup saya kerana ini sangat penting bagi saya
Saya percaya bahawa semua masalah mesti ada jawapannya, dan jika saya tidak mendapat jawapannya bererti saya tidak bagus/ berguna
Saya mesti dapat apa yang saya harapkan, dan jika gagal mendapatkannya, ianya adalah satu keadaan yang mengecewakan, teruk
Saya percaya bahawa masalah orang lain mesti menjadi masalah saya dan saya bertanggungjawab
Lari dari masalah adalah lebih baik dari menghadapinya
Saya hanya berguna, bagus jika saya …. dan jika tidak, saya adalah teruk, tidak berguna dan orang lain mungkin tidak menerima saya jika saya pamerkan kekurangan (perceived perfectionism)
Saya percaya bahawa orang jahat, tidak adil, kejam dan lain-lain mesti dipersalahkan dan diambil tindakan/dihukum
Saya mesti bergantung kepada orang lain
Saya mesti ingatkan bahaya selalu
Saya tidak boleh berubah. Masa lampau yang mencorakkan saya.
Kebahagiaan saya adalah dari orang lain atau di luar diri saya dan saya tiada kuasa untuk mengawalnya.
Objektif REBTMeminimakan perasaan salah diri klien dan
mewujudkan falsafah kehidupan yang lebih realistik, toleransi, dan rasional
Mengajar klien untuk menilai semula peristiwa lepas dan falsafah yang dipegang supaya dia lebih realistik dan logik dari segi pemikiran, emosi dan tingkah laku
Mengajar klien menjadi lebih independen dan berani memberi peneguhan positif terhadap dirinya
Peranan KaunselorMengajar kemahiran baru; membimbing
Memberi maklumat / tugasan
Mencabar pemikiran tidak rasional
top related