pembentukan masyarakat dalam wawasan 2020

Post on 28-Nov-2014

5.059 Views

Category:

Sports

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

PEMBENTUKAN MASYARAKAT DALAM WAWASAN 2020

SHAHRUL NAZMI B MOHAMADWAN MOHD ASYRAF B WAN AZMI

1-MEMBENTUK MASYARAKAT MALAYSIA YANG BEBAS ,TEGUH,DAN MEMPUNYAI KEYAKINAN DIRI

• Mewujudkan sebuah negara yang rakyatnya berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri.

• Bangga akan keadaannya kini dan segala apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah.

• Masyarakat Malaysia mudah dikenali daripada sikap ingin mencapai kecemerlangan, sedar akan semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa dan dihormati oleh rakyat lain.

2- MEMBENTUK MASYARAKAT DEMOKRATIS YANG MATANG

Membangunkan masyarakat demokratik serta mengamalkan suatu bentuk persefahaman yang matang.

Demokrasi yang dimaksudkan ialah demokrasi yang berasaskan kepada muafakat dan musyawarah serta boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun yang lain.

3- MEMBENTUK SEBUAH MASYARAKAT YANG KUKUH MORAL DAN ETIKANYA SERTA UTUH NILAI KEAGAMAANNYA

Mewujudkan masyarakat yang bermoral, tinggi nilai agama dan kejiwaan serta didorong oleh tahap etika yang tinggi.

Dilakukan oleh warganegara yangmempunyai kerohanian yang utuh dan berbudi pekerti luhur.

4-MEMBENTUK MASYARAKAT YANG MATANG DAN BERSIFAT TOLERAN

Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur, di mana masyarakat pelbagai kaum di Malaysia bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama tanpa rasa tersisih daripada bangsa tersebut.

Masyarakat dapat meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.

5-Membentuk masyarakat yang bersifat sains serta progresif

Masyarakat yang mempunyai daya penciptaan yang tinggi dan memandang jauh ke hadapan bukan sahaja memanfaatkan teknologi dengan menjadi pengguna teknologi tetapi turut menjadi penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

6-Membentuk masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang

Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi,iaitu suatu sistem sosial di mana kepentingan masyarakat adalah lebih utama daripada diri sendiri.

7-Menjamin pembentukan sebuah masyarakat yang adil ekonominya

Iaitu kerajaan yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama kepada masyarakat, yang mewujudkan perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.

8- Membentuk masyarakat yang makmur

Mewujudkan masyarakat yang makmur, dengan ekonomi yang mampu menghadapi persaingan,bersifat dinamis,tangkas dan giat serta mempunyai daya ketahanan yang tinggi

top related