1 misi bahagian - lkim.gov.my · 2 visi bahagian meningkatkan taraf sosio ekonomi masyarakat...

12

Upload: others

Post on 25-Dec-2019

31 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1 MISI BAHAGIAN

Mewujudkan masyarakat nelayan yang maju dan produktif bagi mempertingkatkan industri perikanan negara.

2 VISI BAHAGIAN

Meningkatkan taraf sosio ekonomi masyarakat nelayan dan memperkasakan pertubuhan nelayan.

3 WAWASAN BAHAGIAN

Mewujudkan masyarakat dan pertubuhan nelayan yang produktif dan berdikari seiring dengan arus pembangunan negara.

4. OBJEKTIF BAHAGIAN

1. Mewujudkan pertubuhan-pertubuhan nelayan yang kukuh, berdaya maju dan mapan.

2. Menggembeleng nelayan melalui Persatuan Nelayan untuk menggalakkan penyertaan bagi menggiatkan sektor perikanan.

3. Meningkatkan Persatuan Nelayan sebagai entiti perniagaan dan memainkan peranan penting di dalam industri perikanan di samping aspek-aspek kebajikan.

4. Mengukuhkan lagi program pengkomersilan dan informasi pertubuhan nelayan sebagai penggerak utama dalam sektor perikanan.

5. Mewujudkan masyarakat nelayan yang mempunyai sikap positif, prograsif, bekerjasama, bersatupadu dan berdikari.

6. Mewujudkan perkampungan nelayan dan persekitaran yang bersih dan selesa. 7. Meningkatkan taraf serta kualiti kehidupan masyarakat nelayan dengan

penglibatan aktif ahli-ahli keluarga nelayan di semua peringkat. 5. PIAGAM PELANGGAN BAHAGIAN

1. Memberi kelulusan Permohonan Peruntukan Pembangunan yang dikemukakan oleh Persatuan Nelayan dalam tempoh 14 hari bekerja.

2. Menyelesaikan semua aduan dan masalah daripada nelayan dan Persatuan Nelayan dalam tempoh 3 hari bekerja.

3. Memberi kelulusan Permohonan Kad Pintar e-Diesel / e-Petrol dalam tempoh 3 hari bekerja.

4. Memberi kelulusan Permohonan Pinjaman Dana Nelayan yang dikemukakan oleh nelayan dan Persatuan Nelayan dalam tempoh 30 hari bekerja.

5. Mempastikan semua peruntukan pembangunan dibelanjakan pada tahun berkenaan.

6. TUGAS-TUGAS SEKSYEN

6.1. Seksyen Pembangunan Nelayan

i. Merancang dan melaksanakan program-program pembangunan nelayan dan keluarga nelayan meliputi isteri dan anak bagi merangsang pembentukan masyarakat nelayan yang mapan.

ii. Membantu nelayan miskin bagi memiliki peralatan moden bagi

mempertingkatkan pendapatan dan pada masa yang sama berusaha mengurangkan masalah kemiskinan di kalangan masyarakat nelayan.

iii. Membantu Persatuan Nelayan dalam merancang aktiviti ekonomi bagi

tujuan memperkasakan Persatuan Nelayan iv. Memantau dan mengawalselia projek ekonomi yang telah dilaksanakan

seperti projek akuakultur, agrotourism dan sebagainya v. Membantu Persatuan Nelayan dalam menentukan viability projek yang

akan dilaksanakan vi. Memantau laporan kemajuan bulanan dan menyediakan laporan prestasi

tahunan Persatuan Nelayan vii. Membantu meningkatkan pengurusan Persatuan Nelayan ke arah

pentadbiran yang cekap viii. Merancang dan melaksanakan kursus/latihan untuk Ahli Lembaga Pengarah

dan kakitangan Persatuan Nelayan ix. Memproses permohonan peralatan dan kemudahan pejabat yang bertujuan

memantapkan pengurusan Persatuan Nelayan x. Mengawalselia pelaksanaan Hari Penternak, Peladang Dan Nelayan Negeri

(HPPNN) dan Hari Penternak, Peladang Dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK)

xi. Menjadi Urusetia Konvensyen Peringkat Kebangsaan, Pertandingan

Persatuan Nelayan Jaya, Nelayan Jaya dan Nelayan Muda Jaya xii Merancang dan melaksanakan dan membantu program-program

komuniti/kumpulan/NGO nelayan seperti KUNITA, KUBENA, Kor Tani dll.

6.2. Seksyen Bantuan Nelayan

i. Merancang serta menyelaras keperluan Dana Nelayan dan Tabung Pembangunan Ekonomi Persatuan Nelayan untuk kemudahan para nelayan

ii. Menyelaras, mengurus, memproses dan menyalur kemudahan pinjaman

Dana Nelayan serta Tabung Pembangunan Ekonomi Persatuan Nelayan kepada Persatuan Nelayan untuk menjalankan projek-projek ekonomi

iii. Memantau laporan pelaksanaan dan kemajuan projek serta prestasi bayaran

balik iv. Merancang, melaksana dan menyelaras Program Azam Tani

6.3. Seksyen Perumahan Nelayan

i. Merancang, melaksana dan menyelaras Program Perumahan Nelayan ii. Merancang, melaksana dan menyelaras Program Pembasmi Kemiskinan

6.4. Seksyen Keselamatan & Kebajikan Nelayan

i. Merancang, melaksana dan menyelaras pelaksanaan diesel bersubsidi kepada nelayan

ii. Menyelaras keperluan diesel-kuota diesel bersubsidi untuk keperluan

nelayan bagi melaksanakan aktiviti penangkapan ikan iii. Mengawalselia dan memantau Pusat Jualan Disel / Petrol Bersubsidi iv. Mengurus, memantau dan mengawalselia bantuan atau insentif kepada

kumpulan sasar

7. FUNGSI-FUNGSI UNIT

7.1. Seksyen Pembangunan Nelayan

7.1.1 Unit Pembangunan Nelayan

i. Membantu menggerakkan PN dalam pertumbuhan ekonomi melalui aktiviti perniagaan;

Agrotourism Pemasaran Akuakultur Jualan Minyak Kontrak Kompleks Pendaratan Ikan

ii. Menyelia laporan prestasi projek ekonomi PN iii. Membantu dan membimbing pengurusan PN kearah pentadbiran yang

cekap melalui kursus dan latihan kakitangan PN iv. Merancang dan menguruskan program, kursus, seminar, bengkel dan

konvensyen kepada nelayan;

HPPNK HPPNN EXPO Program Turun Padang Kursus Lawatan

v. Merancang, mengenalpasti, melaksana dan memantau Program

Peningkatan Ekonomi untuk Komuniti Nelayan (KUNITA & KUBENA)

vi. Memantau dan menyelaras program-program yang melibatkan NGO-

LKIM (Kor Tani, PEBENA, WAVE dll) vii. Merancang, melaksana dan memantau Kursus Pengukuhan/Kursus

Keusahawanan/Kursus Kemahiran untuk Komuniti Nelayan viii. Memantau dan menyelaras Program Kerjasama GIATMARA-LKIM

untuk Kursus Kemahiran Anak-anak Nelayan

7.2 Seksyen Bantuan Nelayan

7.2.1 Unit Dana Nelayan, Azam Tani & Touchpoint

i. Menyelaras, mengurus dan memproses kemudahan pinjaman Dana Nelayan dan Transformasi Nelayan.

ii. Memantau perbelanjaan peruntukan yang diluluskan. iii. Memantau dan mengawalselia pelaksanaan kemajuan projek PN yang

dibiayai melalui pinjaman Dana Nelayan. iv. Memastikan dan mengawalselia prestasi kutipan dan bayaran balik

pinjaman Dana Nelayan. v. Menyelia dan memastikan pengawalan kredit diamalkan dalam

urusniaga. vi. Menyelia rekod-rekod pinjaman dan bayaran balik Dana Nelayan dan

Transformasi Nelayan.

vii. Membimbing Pengurusan Kredit di PN. Memberi bimbingan dan

khidmat nasihat kepada PN dalam bayaran balik dan pengurusan kewangan PN.

viii. Merancang, menyelaras dan melaksanakan Program Pembasmian

Kemiskinan;

Program Touch Points Pembasmian Kemiskinan Masyarakat Nelayan

Program Kesejahteraan Rakyat ix. Merancang, memproses permohonan baru dan menyalurkan

peruntukan Azam Tani kepada Negeri yang terlibat. x. Memantau pergerakan perbelanjaan program. xi. Melaksanakan kursus AKPK sebagai memenuhi syarat utama

sebelum menerima peruntukan. xii. Mengemaskini data peserta Azam Tani melalui system E-Kasih.

7.3 Seksyen Perumahan Nelayan

7.3.1 Unit Perumahan

i. Merancang, memproses, menyalurkan peruntukan dan memantau pelaksanaan permohonan baik pulih rumah nelayan.

ii. Merancang, memproses, menyalurkan peruntukan dan memantau

pelaksanaan permohonan bina baru rumah nelayan. iii. Merancang, memproses, menyalurkan peruntukan dan memantau

pelaksanaan penempatan semula rumah nelayan. iv. Terlibat sebagai Urusetia Jawatankuasa Induk Peringkat Kementerian

bagi tujuan kelulusan permohonan sebelum senarai permohonan dibukukan.

v. Memastikan data permohonan dikemaskini oleh Negeri melalui

Sistem Pendaftaran dan Pelaksanaan Perumahan SP3N LKIM. vi. Menjawab surat-surat khas dari pelbagai pihak seperti Parlimen

Kawasan dan Kementerian berkaitan isu perumahan nelayan.

7.4 Seksyen Keselamatan Dan Kebajikan

7.4.1 Unit Kebajikan Nelayan

i. Melaksanakan pemberian Elaun Sara Hidup Nelayan. ii. Menyelia kelayakan Elaun Sara Hidup Nelayan setiap bulan. iii. Menyelia pendaftaran Insurans Nelayan kepada nelayan. iv. Menyelia bayaran pampasan insuran kepada nelayan. v. Tabung Bencana Alam Nelayan

7.4.2 Unit Subsidi Diesel / Petrol

i. Menyelia pendaftaran kad e-Nelayan ii. Menyelia kuota pembekalan diesel bersubsidi iii. Menguruskan pembukaan Pusat Jualan Diesel Subsidi Persatuan

Nelayan Kawasan iv. Pemantauan jualan diesel bersubsidi v. Menyelia Sistem e-Nelayan Management Diesel vi. Menguruskan pembukaan Stesen Jualan Petrol Bersubsidi vii. Menguruskan pembayaran tuntutan petrol bersubsidi viii. Menyelia jualan petrol bersubsidi ix. Menyelia Sistem e-Nelayan Petrol

7.4.3 Unit Keselamatan

7.5 Urusetia Dan Pentadbiran Bahagian PMN

7.5.1 Unit Pentadbiran Bahagian PMN

i. Merancang dan menguruskan keperluan bajet KWP / KWM dan APDS.

ii. Menyelaras semua kursus / bengkel / seminar pegawai dan kakitangan Bahagian PMN

iii. Mengurus hal ehwal pentadbiran, fail / surat menyurat, peralatan, aset dan Inventori Bahagian PMN

iv. Menyelaras semua laporan pembangunan Bahagian PMN / maklumat / data dari semua unit.

v. Menyelaras maklumbalas minit mesyuarat bagi setiap unit.

vi. Pemantauan Projek PMN.

8. PROGRAM-PROGRAM BAHAGIAN PMN

8.1 Seksyen Pembangunan Nelayan

i. Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri (HPPNN) ii. Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan (HPPNK) iii. Pertandingan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Jaya dan Nelayan Jaya

Peringkat Kebangsaan iv. Konvensyen Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan

(HPPNK) v. Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism International (MAHA) vi. Program Pemimpin Bersama Nelayan vii. Aktiviti Kumpulan Wanita Nelayan (KUNITA) viii. Aktiviti Kumpulan Belia Nelayan (KUBENA) ix. Aktiviti KOR Tani

8.2 Seksyen Bantuan Nelayan

i. Kursus dan ceramah untuk peserta pinjaman Dana Nelayan ii. Lawatan dan pemantauan projek-projek Persatuan Nelayan iii. Lawatan Petugas Bayaran Balik iv. Perjumpaan Bersama Pekerja Khas Dana Nelayan v. Kursus Pengendalian Sistem e-Dana vi Program Azam Tani vii. Program Touchpoint

8.3. Seksyen Perumahan Nelayan

i. Projek Penempatan Semula Nelayan

ii. Projek Bina Baru Rumah Nelayan iii. Projek Baikpulih Perumahan Nelayan

8.4. Seksyen Keselamatan & Kebajikan Nelayan

i. Pembayaran Elaun Sara Hidup Nelayan Secara Tunai ii. Tabung Bencana Alam Nelayan iii. Insuran Nelayan

9 SKIM BANTUAN BENCANA ALAM & KEBAJIKAN NELAYAN

9.1 PENGENALAN & OBJEKTIF

Skim Bantuan Bencana Alam & Kebajikan Nelayan telah diperkenalkan pada 16 Januari 2009 dan bertujuan untuk memberi bantuan kepada nelayan untuk meringankan beban apabila berlaku musibah kepada mereka. Objektif pelaksanaan Skim Bantuan Bencana Alam & Kebajikan Nelayan adalah :-

Memberi bantuan/sumbangan segera dalam bentuk kewangan kepada nelayan yang terlibat dalam kemalangan atau bencana alam yang melibatkan kehilangan/kemusnahan/kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa bagi meringankan beban mangsa dan juga keluarga.

Memberi bantuan dan sumbangan kepada nelayan yang ditimpa kemalangan atau bencana alam.

9.2 TAFSIRAN BENCANA ALAM

Tafsiran Kemalangan Dan Bencana Alam bagi maksud mendapatkan bantuan kewangan dan sumbangan dari Skim Bantuan Bencana Alam & Kebajikan Nelayan adalah :

i) Kecederaan, kecacatan, kematian diri, kerosakan rumah dan peralatan

menangkap ikan yang disebabkan oleh bencana alam seperti : Banjir Ribut/Taufan Tsunami Tanah Runtuh/Hakisan Gempa Bumi

ii) Kecederaan, kecacatan, kematian diri, kerosakan rumah dan peralatan

menangkap ikan disebabkan kebakaran. iii) Kecederaan, kecacatan, kematian diri, kerosakan rumah dan peralatan

menangkap ikan disebabkan kemalangan. iv) Kematian seperti sakit, tua atau kematian biasa.

Mana-mana kemalangan disebabkan aktiviti-aktiviti yang

menyalahi peraturan dan undang-undang negara adalah tidak layak untuk mendapat bantuan dari tabung ini.

Mana-mana nelayan yang ditimpa kemalangan/bencana alam/kematian tetapi tidak tersenarai dalam tafsiran di atas dan difikirkan layak untuk mendapatkan bantuan/sumbangan serta mendapat kelulusan Ketua Pengarah LKIM, adalah layak diberi bantuan di bawah peruntukan Skim Bantuan Bencana Alam & Kebajikan Nelayan.

9.3 KELAYAKAN

Nelayan yang layak menerima bantuan dan sumbangan dari Skim Bantuan Bencana Alam & Kebajikan Nelayan ini adalah :-

i) Nelayan yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia atau Jabatan Perikanan Sabah dan mempunyai kad nelayan, atau ;

ii) Nelayan yang mempunyai kad e-Diesel dan kad e-Petrol, atau ;

iii) Nelayan yang menjadi ahli Persatuan Nelayan Kawasan dalam kategori 11(1)a, 11(1)b dan 11(1)c.

9.4 TATACARA PERMOHONAN

Permohonan untuk mendapatkan bantuan dan sumbangan dari Skim Bantuan Bencana Alam & Kebajikan Nelayan ini hendaklah menggunakan borang permohonan yang boleh didapati secara percuma di pejabat Persatuan Nelayan Kawasan yang berdekatan dan laman web rasmi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia: http://www.lkim.gov.my

Setiap permohonan yang dikemukakan hendaklah disertakan dengan

salinan dokumen yang disahkan benar oleh Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kawasan. Salinan dokumen yang perlu disertakan adalah seperti berikut :-

i. Salinan Laporan Polis ii. Salinan Kad Pengenalan iii. Salinan Kad Nelayan iv. Salinan Kad e-Petrol atau e-Diesel v. Salinan Sijil Kematian (Jika Berkenaan) atau Dokumen/Sijil

Pengkebumian vi. Salinan Lesen Vesel (Jika Berkenaan) vii. Surat Pengesahan masuk hospital viii. Gambar-gambar berkaitan (jika ada)

Borang Permohonan yang telah lengkap hendaklah disokong oleh ADUN / Penghulu / JKK Kampung dan Pengurus Besar Persatuan Nelayan Kawasan dan dikemukakan untuk kelulusan oleh Pengarah atau Timbalan Pengarah LKIM Negeri.

Permohonan yang dibuat selepas 60 HARI dari tarikh kejadian adalah tidak

layak dipertimbangkan untuk mendapatkan bantuan/sumbangan di bawah Skim Bantuan Bencana Alam & Kebajikan Nelayan.

9.5 JENIS BANTUAN YANG DIBERIKAN

Kemalangan diri o Khairat Kematian o Keilatan Kekal o Hilang Upaya Kekal o Masuk Wad* (3 hari ke atas)

* Bagi nelayan yang masuk wad selain daripada kemalangan hanya layak diberi

bantuan sekali sahaja dalam setahun. Kerosakan harta benda

o Bot o Sampan o Rumah o Pukat dan lain-lain peralatan penangkapan ikan.

Kematian Biasa

o Khairat Kematian 10. AKTIVITI / EVENT YANG AKAN DIJALANKAN BAHAGIAN PMN TAHUN

2015

i. Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Peringkat Kebangsaan Tahun 2015 ii. Kongres Agro Makanan 2015 iii. Pertandingan Nelayan Jaya Peringkat Kebangsaan Tahun 2015 iv. Pertandingan Persatuan Nelayan Jaya Peringkat Kebangsaan Tahun 2015 v. Majlis Penberian Elaun Sara Hidup Nelayan Secara Tunai vi. Program Kecerian Perkampungan Nelayan

11 PROGRAM-PROGRAM PEMBANGUNAN BAHAGIAN PMN DIBAWAH

KUMPULAN WANG PEMBANGUNAN

i. Program Pembasmi Kemiskinan Mesyarakat Nelayan ii. Pembelian/Pembinaan Pejabat Persatuan Nelayan iii. Bantuan Bagi Pemeroses Produk Makanan iv. Pinjaman Modal Di Bawah Dana Nelayan & Usahawan Nelayan v. Pinjaman Di Bawah Transformasi Nelayan Pantai

12 PROGRAM-PROGRAM PEMBANGUNAN BAHAGIAN PMN DIBAWAH

PROGRAM KHAS

i. Bantuan Bencana Alam ii. Program Azam Tani iii. Argo Pelancongan iv. Projek Penempatan Semula Nelayan v. Projek Perumahan Nelayan vi. Projek Baik Pulih Pelantar vii. Peningkatan Kemudahan Asas Nelayan viii. Touch Point

ix. Program Kor Tani x. Naik Taraf Chalet Persatuan Nelayan

13 Maklumat Pengurus Protal Nama : Muhammad Ruzi bin Daud Jawatan/Gred : Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi / E38 No. Pejabat : 03-80649181 No HP : 017 – 6297321 Email : [email protected] Hubungi Kami: Bahagian Pembangunan Masyarakat Dan Pertubuhan Nelayan Wisma LKIM Jalan Desaria, Pulau Meranti 47120 Puchong, Selangor Tel : 03-8064 9000 Faks : 03-80602944