pembangunan perisian pembelajaran berbantukan … filepembangunan perisian pembelajaran berbantukan...
Post on 29-May-2019
273 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan”.
(Kejuruteraan Mekanikal)
PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER
BERTAJUK DAYA GESERAN BAGI PENGAJIAN KEJURUTERAAN
MEKANIKAL TINGKATAN EMPAT
TAN TEE KIM
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kejuruteraan Mekanikal )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2006
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
iv
PENGHARGAAN
Penulis ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia projek
Sarjana Muda ini yang sentiasa memberikan komitmen terbaik, PM. Dr. Baharuddin
Aris atas bimbingan dan dorongan yang telah diberikan di sepanjang tempoh
penyeliaan tesis ini. Jasa baik dan sumbangan itu amatlah dihargai.
Penghargaan diberikan kepada ibu bapa dan ahli keluarga yang sentiasa
memberi dorongan dan sokongan. Tidak lupa juga rakan-rakan seperjuangan yang
telah banyak menghulurkan bantuan.
Perhargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini.
v
ABSTRAK
Daripada tinjauan yang dilakukan, pelajar sering mengalami kesulitan
dalam mempelajari konsep yang abstrak dalam Mekanik seperti tajuk Daya Geseran.
Kajian awal menunjukkan pembelajaran menggunakan perisian Pembelajaran
Berbantukan Komputer (PBK) adalah lebih berkesan berbanding dengan kaedah
pengajaran dan pembelajaran tradisional. Namun, perisian PBK tempatan amat
sukar didapati di pasaran. Berhubungan dengan itu, projek ini bertujuan untuk
membangunkan satu perisian PBK bertajuk Daya Geseran dengan menggunakan
pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah. Perisian PBK ini dibangunkan
khusus untuk pelajar Sekolah Menengah Teknik yang mempelajari subjek Pengajian
Kejuruteraan Mekanikal. Perisian ini telah dibangunkan dengan gabungan perisian
Macromedia Flash MX dan disokong oleh beberapa perisian lain, iaitu Ulead GIF
Animator 5, Adobe Photoshop 7.0, Vegas Movie Studio 4.0, Sound Forge 7.0 dan
Speaking Notepad. Tambahan lagi, ia dibangunkan daripada gabungan lima elemen
utama iaitu teks, grafik, audio, video dan animasi yang mampu menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran lebih efektif dan berkesan. Perisian ini telah
dipakejkan dalam CD-ROM bagi memudahkan lagi penggunaannya. Diharapkan
perisian ini dapat membantu mempertingkatkan lagi mutu pengajaran dan
pembelajaran sejajar dengan perkembangan teknologi masa kini.
vi
ABSTRACT
From the observation, students always encounter problems in learning the
concept which is too abstract in Mechanic, such as Friction Force. Early researches
showed that learning with the use of Computer Assisted Learning (CAL) software is
more effective compared to the traditional learning and teaching method. However,
local CAL software is difficult to get in the market. Therefore, the purpose of this
project is to develop CAL software on the topic of Friction Force by using the
Problem-Based Learning approach. It is developed specially for students in
Technical Schools who are learning Mechanical Engineering Study subject. This
CAL software is developed by Macromedia Flash MX and supported by other
software, such as Ulead GIF Animator 5, Adobe Photoshop 7.0, Vegas Movie Studio
4.0, Sound Forge 7.0. and Speaking Notepad. Besides, it is also developed by the
combination of five main elements, which are text, graphic, audio, video and
animation. These five elements will make the teaching and learning process more
effective and interesting. Furthermore, this CAL software is easy to use as it is
packaged into a CD-ROM. Last but not least, it is hope that this courseware will
help to improve the quality of the teaching and learning process which are parallel
with the development of the new technology these days.
KANDUNGAN
BAB
PERKARA
MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Projek 7
1.5 Rasional Pemilihan Tajuk 7
1.6 Skop Projek 9
1.7 Kepentingan Projek 9
1.8 Definisi Istilah 10
1.8.1 Pembangunan 10
1.8.2 Perisian 11
vii
1.8.3 Pembelajaran Berbantukan Komputer 11
1.8.4 Daya Geseran 11
1.8.5 Pengajian Kejuruteraan Mekanikal 12
1.9 Penutup 12
BAB II
SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Masalah Pengajaran dan Pembelajaran Daya Geseran 13
2.3 Perkembangan Penggunaan Teknologi Komputer dalam Sistem Pendidikan Malaysia
16
2.4 Penggunaan Teknologi Komputer dalam Pendidikan di Malaysia
19
2.4.1 Komputer dalam Pentadbiran dan Pengurusan Pendidikan
19
2.4.2 Komputer dalam Kajian dan Penyelidikan Pendidikan
20
2.4.3 Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran 21
2.5 Pembelajaran Berbantukan Komputer 21
2.5.1 Klasifikasi Pembelajaran Berbantukan Komputer
22
2.5.2 Kelebihan Pembelajaran Berbantukan Komputer
23
2.5.2.1 Maklum Balas Serta Merta 23
2.5.2.2 Pengajaran Diindividukan 23
2.5.2.3 Sabar dan Tidak Penat 23
2.5.2.4 Menggantikan Kaedah Tradisional 24
2.5.2.5 Kebebasan Guru 24
2.5.3 Keberkesanan Pembelajaran Berbantukan Komputer dalam Pendidikan
24
2.6 Pembelajaran Berasaskan Masalah 26
2.6.1 Ciri-ciri Pembelajaran Berasaskan Masalah 28
2.6.2 Kelebihan Pembelajaran Berasaskan Komputer 30
viii
2.6.3 Aplikasi Pembelajaran Berasaskan Masalah dalam Pembelajaran Berbantukan Komputer
32
2.7 Multimedia 34
2.8 Elemen-elemen Multimedia 35
2.8.1 Teks 35
2.8.2 Grafik 36
2.8.3 Audio 38
2.8.4 Video 39
2.8.5 Animasi 40
2.9 Penutup 40
BAB III
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 41
3.2 Model Reka Bentuk Perisian 41
3.3 Fasa Analisis 42
3.3.1 Pemilihan Topik dan skop Perisian 43
3.3.2 Pernyataan Objektif Perisian 43
3.3.3 Pengenalpastian Kumpulan Sasaran 44
3.3.4 Perkakasan, Alat Pengarangan dan Perisian Sokongan yang Diperlukan
44
3.3.4.1 Perkakasan Minima 44
3.3.4.2 Alat Pengarangan 45
3.3.4.3 Perisian Sokongan 46
3.4 Fasa Reka Bentuk 46
3.4.1 Proses Reka Bentuk 46
3.4.1.1 Carta Alir 47
3.4.1.2 Papan Cerita 51
3.4.2 Reka Bentuk Antaramuka Pengguna 51
3.5 Fasa Pembangunan 51
3.5.1 Perkakasan yang Diperlukan 52
3.5.2 Alat Pengarangan yang Diperlukan 52
3.5.3 Perisian Sokongan yang Diperlukan 53
ix
3.5.3.1 Teks 53
3.5.3.2 Grafik 53
3.5.3.3 Audio 54
3.5.3.4 Animasi 54
3.5.3.5 Video 54
3.6 Fasa Perlaksanaan 55
3.7 Fasa Penilaian 55
3.7.1 Penilaian Formatif 56
3.7.2 Penilaian Sumatif 56
3.8 Penutup 57
BAB IV
PEMBANGUNAN PERISIAN
4.1 Pengenalan 58
4.2 Pakej Perisian 58
4.3 Reka Bentuk Skrin 59
4.3.1 Persembahan Permulaan 59
4.3.2 Pengenalan Projek 61
4.3.3 Fasa Pembelajaran 61
4.3.4 Kuiz 64
4.3.5 Halaman Keluar 64
4.3.6 Halaman Perhargaan 64
4.3.7 Pengantara Muka Perisian 67
4.4 Strategi Penyampaian Maklumat dalam Persekitaran Pembelajaran Berasaskan Masalah
67
4.4.1 Tutorial 68
4.4.2 Glosari 68
4.4.3 Laman Web 70
4.4.4 Artikel 70
4.5 Aplikasi Pembelajaran Berasaskan Masalah dalam Perisian
70
4.5.1 Pembelajaran Bermula dengan Masalah 71
x
4.5.2 Pelajar Adalah Bertanggungjawab Terhadap Pembelajaran Mereka Sendiri
72
4.5.3 Pelajar Adalah Bersifat Aktif Terhadap Pembelajaran Mereka Sendiri
72
4.5.4 Aktiviti Refleksi di Akhir Pembelajaran 74
4.6 Penutup 74
BAB V
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 75
5.2 Rumusan 75
5.3 Perbincangan 76
5.4 Masalah-masalah yang Dihadapi Semasa Pembangunan Perisian
77
5.4.1 Kekurangan Kemahiran dan Pengalaman 77
5.4.2 Kekangan Masa 78
5.4.3 Kekurangan Panduan dan Rujukan 78
5.5 Kekuatan Perisian yang Dibangunkan 79
5.6 Kelemahan Perisian yang Dibangunkan 80
5.7 Cadangan 80
5.8 Penutup 81
RUJUKAN LAMPIRAN
82
88
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Keputusan Peperiksaan SPM bagi Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Sekolah Menengah Teknik Kerian, Perak
4
1.2 Jadual Analisis Soalan Peperiksaan SPM Pengajian Kejuruteraan Mekanikal Bagi Bab Mekanik
8
3.1 Spesifikasi Sistem Komputer dalam Pengarangan PBK
45
3.2 Simbol-simbol Piawai dalam Pembangunan Perisian
48
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Aliran Kerja Model ADDIE 42 3.2 Carta Alir Perisian Secara Umum 49 3.3 Carta Alir Isi Pelajaran 50 4.1 Montaj Permulaan 60 4.2 Paparan Pilihan 60 4.3 Panduan Pengguna 60 4.4 Menu Utama 62 4.5 Pengenalan Projek 62 4.6 Fasa Pembelajaran 62 4.7 Fasa 1 63 4.8 Fasa 2 63 4.9 Fasa 3 63 4.10 Kuiz 65 4.11 Paparan Keluar 65 4.12 Paparan Penghargaan 65 4.13 Pilihan Menu Tarik ke Bawah (Pull Down Menu) 66 4.14 Butang Navigasi Maju dan Undur 66 4.15 Butang Navigasi Suara Latar 66 4.16 Paparan Tutorial 1 66 4.17 Paparan Tutorial 2 66 4.18 Paparan Glosari 69 4.19 Paparan Laman Web 69 4.20 Paparan Artikel 69
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Kesukaran Topik-topik PKM Tingkatan 4 88
B Keputusan Peperiksaan SPM bagi PKM 89
B Analisis Soalan Peperiksaan SPM bagi PKM untuk Bab
Mekanik
89
C Surat Pengakuan Perbincangan Pemilihan Tajuk 90
BAB I
PENGENALAN 1.1 Pendahuluan
Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai matlamat Wawasan 2020,
negara kita yang tercinta, Malaysia, bukan sahaja mengkehendakkan masyarakatnya
mengamalkan budaya berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif, tetapi bersama-sama
menggabungkan penggunaan teknologi dan bersedia untuk turut serta dalam ekonomi
globalisasi. Perkembangan teknologi maklumat dengan adanya penggunaan
komputer dalam apa jua bidang telah menjadikan semua maklumat mudah diakses,
disebar dan disimpan. Sementara itu, kecanggihan serta kemampuan teknologi ini
menyampaikan sesuatu maklumat secara cepat, tepat dan menarik dalam bentuk
multimedia telah menjadikannya sebagai satu daya tarikan ke arah mewujudkan satu
senario yang lebih menyeronokkan.
Cogan kata ‘Satu Rumah Satu Komputer’ sering kali dilihat di mana-mana
jua, terutamanya akhbar-akhbar tempatan hari ini. Bagi menyempurnakan hasrat ini,
kerajaan telah pun membenarkan ahli-ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP) untuk mengeluarkan wang simpanan melalui akaun KWSP bagi pembelian
komputer. Dari situ, ternyatalah bahawa maklumat-maklumat yang bakal dapat dan
guna daripada penggunaan teknologi maklumat itu adalah sangat berguna dalam
setiap bidang, dari urusan pentadbiran negara sehinggalah urusan pendidikan.
2
Kepentingan komputer bertambah jelas berikutan dengan perasmian Koridor
Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multimedia Super Corridor (MSC) oleh
bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 29 Ogos 1995.
Projek MSC ini mengandungi tujuh aplikasi bagi merialisasikan objektifnya, salah
satu daripadanya ialah ‘Sekolah Bestari’. Perlaksanaan projek Sekolah Bestari
adalah berdasarkan lima konsep keperluan yang meliputi bahan pengajaran dan
pembelajaran, sistem penilaian, sistem pengurusan sekolah, infrastruktur teknologi
dan pengintegrasian sistem. Ini jelas menunjukkan bahawa aplikasi teknologi
multimedia digunakan semaksimum yang mungkin dalam bidang pendidikan, dari
urusan pentadbiran sehinggalah urusan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah. Ini sekali gus telah menjadikan teknologi multimedia sebagai suatu Bahan
Bantu Mengajar (BBM).
Dengan itu, tidak dapat dinafikan bahawa media dan teknologi pembelajaran
telah banyak mempengaruhi corak pendidikan di seluruh dunia. Perkembangan dan
program komputer telah mula mengubah senario pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah. Kemampuan komputer multimedia manggabungkan animasi, video dan
audio bersama-sama dengan teks dan grafik, serta keupayaannya untuk
melaksanakan interaktiviti telah dilihat sabagai satu cara pendidikan yang berkesan
(Norazah Yusof, 1997). Penggunaan perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer
(PBK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan institusi pendidikan
yang lain menjadi semakin giat. Menurut Hashimah Mohamad (1994), proses
pembelajaran adalah menjadi lebih eksplisit apabila dikelilingi oleh teknologi dan
banyak kajian telah menunjukkan bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer yang mempunyai ciri-ciri yang menarik dan menyeronokkan
adalah setanding dengan atau lebih berkesan daripada kaedah tradisional yang hanya
menggunakan buku, kapur dan papan hitam.
Nahtijahnya, teknologi digital telah menguasai dunia pendidikan yang
menuntut kita semua supaya mengikut rentaknya. Dengan itu, guru mestilah dilatih
agar dapat mengintegrasikan perisian pendidikan dalam bilik darjah yang dapat
membantu mempertingkatkan kemahiran berfikir dan kreativiti. Menurut Zoraini
Wati Abas (1994), penggunaan komputer akan menjadikan pelajar-pelajar lebih
3
berkemahiran daya berfikir dan dapat meningkatkan pengetahuan mereka dalam
menyediakan diri dalam corak kehidupan di zaman ledakan maklumat ini.
1.2 Latar Belakang Masalah Sejak mencapai kemerdekaan, negara kita telah mengalami perubahan yang
pesat dalam sistem pendidikannya. Dasar pendidikan sentiasa dikaji dan
diperkemaskini bagi memastikan keberkesanan perlaksanaannya dalam menghadapi
alaf baru yang timbul dalam bidang ekonomi, politik dan sosial selaras dengan
perkembangan pesat yang berlaku dalam negara. Di samping itu, falsafah negara
berhasrat untuk membentuk perkembangan potensi individu secara holistik dan
bersepadu supaya dapat menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis dari
segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Pemangkin ke arah pengubahsuaian ini,
kerajaan telah mengwujudkan Sekolah Bestari yang lengkap dengan teknologi terkini
bagi memperbaiki sistem pendidikan negara di samping menyediakan tenaga kerja
mahir bagi menghadapi cabaran zaman maklumat ini.
Merujuk kepada Jadual 1.1, keputusan Peperiksaan SPM bagi mata pelajaran
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal di Sekolah Menengah Teknik Kerian, Perak
adalah tidak begitu memuaskan. Mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
(PKM) merupakan mata pelajaran yang wajib diambil oleh pelajar Sekolah
Menengah Teknik aliran Mekanikal. Daya geseran merupakan salah satu sub-topik
yang selalu dianggap susah oleh pelajar dalam Bab Mekanik bagi PKM Tingkatan
Empat. Pelajar mengalami banyak masalah terutama sekali apabila mempelajari
konsep-konsep yang abstrak dalam Daya Geseran. Mereka beranggapan bahawa
topik ini boleh dipelajari secara hafalan, tetapi sebenarnya ia amat bergantung
kepada tanggapan konsep secara fizikal dan geometri tentang sesuatu jasad apabila
dikenakan daya (Tan Kim Tong, 1994).
Meriam dan Kraige (1987) menyatakan bahawa objektif utama dalam
pembelajaran mata pelajaran Mekanik ialah untuk membantu pelajar
4
mengembangkan kebolehan berfikir serta mendapat gambaran mengenai masalah
yang berkaitan dengan kejuruteraan. Satu daripada objektif utama dalam pengajaran
dan pembelajaran mata pelajaran Mekanik ialah untuk mengembangkan kebolehan
pelajar kejuruteraan menganalisa masalah dengan cara yang mudah dan logik (Beer
dan Johnston, 1984). Sehubungan itu, guru perlulah menyampaikan konsep dengan
teliti supaya pelajar dapat memahaminya dengan jelas disamping dapat membentuk
gambaran untuk digunakan dalam penyelesaian masalah sebenar dalam kejuruteraan.
Jadual 1.1 : Keputusan Peperiksaan SPM bagi Pengajian Kejuruteraan
Mekanikal Sekolah Menengah Teknik Kerian, Perak
Tahun Bilangan Calon 1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G TH %
Lulus
2001 178 0 0 6 4 13 19 53 66 16 1 90.96%
2002 142 0 0 3 8 14 15 49 32 20 1 85.81%
2003 137 1 5 17 19 33 29 27 6 0 0 100%
2004 57 2 7 9 14 14 8 3 0 0 0 100%
Pendekatan pengajaran tradisi yang berasaskan ‘chalk and talk’ ataupun
‘spoonfeeding’ tidak lagi menarik minat atau merangsang proses pembelajaran
pelajar. Isi pelajaran yang abstrak seperti topik Daya Geseran adalah sukar untuk
diterangkan dengan menggunakan kaedah tradisional. Dengan itu, hanya pelajar
yang mempunyai imaginasi yang tinggi mampu menghayati pelajaran yang
disampaikan oleh guru dengan kaedah tradisional manakala yang lain akan merasa
tersisih dan bosan. Menurut Rarni Ahmad (2000), antara beberapa sebab
menyebabkan keciciran pelajar dalam pembelajaran ialah penggunaan bahan
pengajaran yang kurang terangsang, persekitaran pembelajaran yang kurang
memberangsangkan dan ketidakpelbagaian dalam kaedah pengajaran yang digunakan
oleh guru.
5
Baharuddin Aris, Rio Sumarni Sharifuddin dan Manimegalai Subramaniam
(2001) menyatakan bahawa pemilihan media dan bahan pengajaran bagi pengajaran
tradisi adalah berasaskan keutamaan dan mudah didapati tetapi keberkesanannya
tidak diketahui. Akan tetapi, perubahan dalam pendidikan negara yang menjurus
kepada penggunaan kelengkapan perkakasan dan perisian komputer serta pencapaian
maklumat tanpa sempadan telah membawa satu perubahan besar dalam bilik darjah.
Perubahan akan berlaku selaras dengan perkembangan dan pembangunan bahan
pengajaran dalam bentuk Pengajaran dalam bentuk perisian komputer dalam
berbagai media yang lebih menarik, lebih tersusun, lebih merangsang dan mencabar.
Di sekolah, pelajar yang bermasalah mungkin malu bertanya atau takut
bertanya kepada guru apabila tidak faham akan pengajaran guru tersebut. Tetapi
dengan adanya perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK), pelajar boleh
menerima maklum balas dengan serta-merta apabila bertanyakan sesuatu dengan
memasukkan input yang disediakan seberapa banyak tanpa perlu rasa takut dimarahi
kerana komputer adalah alat yang tidak mengenal penat dan bosan (Abu Bakar,
1997).
Walaupun perisian PBK telah dikenalpasti mempunyai banyak kelebihan,
tetapi masih tidak ramai guru di Malaysia mahu membangunkannya untuk kegunaan
pelajar sama ada di sekolah atau di rumah. Kebanyakan perisian kursus Kejuruteraan
Mekanikal adalah dari luar negara dan tidak menepati sukatan pelajaran Kementerian
Pendidikan Malaysia ataupun dibangunkan oleh golongan yang tidak mempunyai
pengalaman dan pengetahuan tentang teori-teori pengajaran dan pembelajaran (Rarni
Ahmad, 2000). Oleh itu hanya terdapat beberapa perisian pendidikan yang
berunsurkan tempatan (Shamsul Bahri, 1997). Hal ini telah menyebabkan
kekurangan perisian PBK Pengajian Kejuruteraan Mekanikal dalam Bahasa Inggeris
yang berdasarkan sukatan pelajaran yang dikeluarkan oleh pusat perkembangan
kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.
Proses pengajaran dan pembelajaran bukanlah semudah yang difikirkan oleh
kebanyakan orang, di mana guru hanya perlu masuk ke dalam kelas dan bersedia
memberi fakta-fakta yang telah disediakan tanpa mengambilkira keupayaan dan
6
keperluan pelajar (Jamaludin Mohaiadin, 1989). Peranan guru dahulu yang hanya
sebagai penyampai ilmu telah bertukar menjadi seorang fasilitator, mentor, penunjuk
ilmu, perunding dan rakan belajar bersama pelajar. Maka dengan perubahan inilah,
teknologi digital menguasai dunia pendidikan yang menuntut kita semua supaya
mengikut rentaknya. Dalam hal ini, para pendidik haruslah memberi satu respon
yang positif ke arah mengimplementasikannya demi merealisasikan kehendak dan
keperluan negara untuk menghasilkan warganegara yang mampu mendukung
matlamat dan hasrat kerajaan. Guru-guru perlu membangunkan perisian PBK sendiri
yang mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Usaha perlu dilakukan
untuk merekacipta dan membangunkan perisian mengikut acuan pemikiran sendiri
tanpa perlu bergantung kepada perisian PBK dari luar negara.
1.3 Pernyataan Masalah
Mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM) adalah merupakan
mata pelajaran yang wajib diambil oleh pelajar Sekolah Menengah Teknik aliran
Kejuruteraan Mekanikal. Para pelajar dikehendaki mengambil sekurang-kurangnya
empat waktu seminggu untuk mempelajari mata pelajaran ini. Memandangkan mata
pelajaran PKM sangat susah dipelajari dan masa yang diperuntukkan adalah amat
singkat, maka mereka akan sentiasa berusaha dengan gigih agar mendapat keputusan
yang cemerlang dalam peperiksaan kelak.
Malangnya, sehingga kini masih belum ada perisian PBK yang menepati
kehendak sepenuhnya mata pelajaran PKM untuk Daya Geseran dalam Bab
Mekanik. Oleh itu, satu perisian PBK bagi memenuhi keperluan tersebut perlu
dibina dan diuji keberkesanannya agar dapat meningkatkan prestasi para pelajar
dalam bidang tersebut.
Sehubungan dengan perkara yang telah dibincangkan, penghasilan perisian
PBK yang bertajuk Daya Geseran bagi Bab Mekanik dalam PKM Tingkatan Empat
adalah untuk memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisi kepada corak
7
terkini, membantu para pelajar mengembangkan kebolehan untuk membayangkan
serta memahami konsep yang abstrak dalam topik ini. Selain itu, dengan
pembangunan perisian PBK ini diharapkan dapat menambahkan bilangan perisian
PBK yang berdasarkan sukatan pelajaran yang dikeluarkan oleh pusat perkembangan
kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.
1.4 Objektif Projek Objektif projek ini ialah:
a) Menghasilkan sebuah perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer
bertajuk Daya Geseran bagi mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan
Mekanikal (PKM) Tingkatan Empat.
b) Menambahkan bilangan perisian pendidikan bagi mata pelajaran PKM
yang mengikut sukatan pelajaran KBSM 2005.
1.5 Rasional Pemilihan Tajuk Pemilihan tajuk Daya Geseran sebagai projek pembangunan perisian PBK
adalah berdasarkan kepentingannya dalam aspek pengetahuan bagi para pelajar yang
menceburi bidang kejuruteraan. Pengetahuan terhadap Daya Geseran adalah suatu
keperluan asas bagi seseorang jurutera mekanikal. Dengan pengetahuan tersebut, ia
dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan
kerjaya mereka ataupun masalah yang berlaku dalam kehidupan seharian.
Dalam tajuk Daya Geseran ini terdapat banyak konsep abstrak yang sukar
difahami dan bosan jika disampaikan dalam bentuk lisan dan teks sahaja. Satu
tinjauan telah dilakukan terhadap empat orang guru Pengajian Kejuruteraan
Mekanikal (PKM) di Sekolah Menengah Teknik Kerian, Perak. Mereka berpendapat
bahawa tajuk Daya Geseran merupakan tajuk yang paling sukar dikuasai oleh
8
pelajar. Masalah yang sering dihadapi oleh pelajar ialah mereka tidak dapat
menggambarkan serta memahami konsep yang abstrak dalam topik ini. Selain itu,
pelajar suka menghafal rumus Daya Geseran tanpa mengwujudkan idea bagaimana
rumus tersebut terhasil dan mengapa rumus tersebut digunakan untuk mencari
jawapan bagi masalah Daya Geseran. Di samping menghafal rumus, pelajar juga
menghafal langkah-langkah penyelesaian yang rutin sehingga mereka tidak dapat
mengesan kesilapan yang berlaku semasa proses penyelesaian. Dengan setakat
menghafal rumus dengan membuta tuli dan tanpa makna ini akan menjadikan mata
pelajaran tersebut sukar difahami oleh pelajar.
Oleh yang demikian, diharapkan dengan penerapan elemen-elemen grafik,
animasi, audio dan video di dalam perisian PBK, pelajar akan mendapat satu
gambaran yang konkrit terhadap konsep-konsep abstrak tersebut. Dengan itu, pelajar
akan lebih bermotivasi untuk mempelajari tajuk ini dan sekaligus dapat
meningkatkan ilmu pengetahuan dan keputusan peperiksaan mereka.
Selain itu, pemilihan tajuk ini juga berdasarkan kepada analisis kertas
peperiksaan SPM bagi Bab Mekanik dalam mata pelajaran PKM. Merujuk kepada
Jadual 1.2, terdapat banyak soalan yang kerap dikemukakan dari Bab Mekanik dalam
Peperiksaan SPM, iaitu empat hingga lima soalan bagi Kertas 1 dan dua soalan bagi
kertas 2. Masing-masing memperuntukkan markah yang banyak, iaitu 10% untuk
soalan Kertas 1 dan 20% untuk saolan Kertas 2. Daripada analisis tersebut, dapatlah
disimpulkan bahawa betapa pentingnya bagi para pelajar menguasai topik tersebut
sekiranya ingin mendapat keputusan yang cemerlang dalam PKM.
Jadual 1.2 : Jadual Analisis Soalan Peperiksaan SPM Pengajian Kejuruteraan
Mekanikal bagi Bab Mekanik
Tahun 2001 2002 2003 2004
Kertas 1 4 4 4 5 Kertas 2 2 2 2 2
9
1.6 Skop Projek
Perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) ini direkabentuk
khusus untuk para pelajar Sekolah Menengah Teknik yang mengambil jurusan
Kejuruteraan Mekanikal. Topik yang dipilih untuk pembangunan perisian PBK
ialah Daya Geseran yang merupakan salah satu sub-topik dari Bab Mekanik, yang
terkandung dalam Buku Teks Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM) Tingkatan
Empat, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Bahan-bahan pelajaran
yang menarik telah dimasukkan bagi tujuan memperkayakan pengetahuan dan
kemahiran pelajar dalam tajuk ini.
1.7 Kepentingan Projek
Banyak kepentingan yang terdapat dalam perisian Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PBK) ini sekiranya ia dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Perisian ini
dapat membantu para guru dan pelajar dalam menjamin keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran. Antara kelebihan perisian ini ialah pembelajaran
bentuk ini boleh diulang seberapa banyak kali mengikut kehendak pelajar sehingga
berpuas hati dan memahami isi pelajaran dengan jelas. Ini kerana tahap kemampuan
dan keupayaan kefahaman seseorang adalah berbeza antara satu sama lain (Ee Ah
Meng, 1996). Kesimpulannya, tidak semua pelajar dapat mengikuti sesi pengajaran
dan pembelajaran PKM dengan sepenuhnya dalam dua waktu secara berturut-turut
yang mengambil masa satu jam tiga puluh minit. Kenyataan ini telah diakui oleh
guru-guru sekolah yang menjadi responden kepada kajian yang dijalankan oleh
pembangun. Ini sekaligus dapat mengelakkan masalah pelajar yang pasif dan
tercicir.
Pengajaran dan pembelajaran (P&P) melalui perisian ini juga akan lebih
menarik dan menyeronokkan dengan konsep interaktif dan multimedia yang
digunakan. Interaktiviti di dalam sistem multimedia membolehkan sesuatu proses
latihan atau pengajaran dijalankan mengikut kesesuaian dan cita rasa pelajar. Ini
seterusnya mampu meningkatkan atau merangsang keyakinan diri dan juga
10
motivasi pelajar. Di samping itu, PBK ini memudahkan proses P&P kerana ia
menyelitkan elemen-elemen seperti grafik, animasi, audio, video dan teks dalam
menerangkan bahagian-bahagian tertentu yang sukar diterangkan dengan hanya
menggunakan teks sahaja. Selain itu, arahan yang digunakan untuk menjelajahi
perisian ini adalah mudah difahami dan dikendalikan oleh para pelajar. Ini akan
menimbulkan sifat inkuiri, perasaan suka meneroka dan menjelajah serta memberi
pengalaman baru kepada pelajar yang akan memberi penekanan kepada minat dan
bersemangat untuk belajar.
Dengan adanya perisian PBK ini, pembelajaran berpusatkan guru dapat
dikurangkan kerana pelajar perlu berdikari untuk mendapatkan maklumat mengikut
kehendak mereka. Aspek hipermedia dalam multimedia membolehkan pelajar untuk
mengembara di dalam sesuatu topik pelajaran mengikut kehendak dan keperluan
mereka. Dengan itu, ia memberi peluang yang baik kepada pelajar untuk belajar
mengikut keselesaan dan kemampuan masing-masing. Dengan secara tidak
langsung, penghasilan perisian ini sedikit sebanyak dapat menyumbangkan kepada
pembangunan perisian multimedia yang berbentuk pendidikan di negara kita.
top related