pembangunan modul “basic of electric and … · pembangunan modul “basic of electric and...
Post on 08-Apr-2018
263 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC”
NORSHAHIDAH BINTI SHAFIE
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PEMBANGUNAN MODUL “BASIC OF ELECTRIC AND ELECTRONIC”
NORSHAHIDAH BT SHAFIE
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi
Sebahagian Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kemahiran Hidup )
FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL , 2009
iii
DEDIKASI
“Terima kasih buat Bonda dan Ayahanda yang tersayang dan tercinta, dengan keringat dan restu
mereka aku membesar dan berjaya.....
Teristimewa buat insan yang bergelar teman, terima kasih atas dorongan dan bantuan kalian.......
Terima kasih atas segalanya...”
iv
PENGHARGAAN
Syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya, dapat saya
menyempurnakan penyelidikan ini.
Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada En Mahyuddin Bin Arsat
selaku penyelia projek ini di atas komitmen, kesabaran , bimbingan dan nasihat yang
dihulurkan kepada saya dalam melaksanakan projek ini.
Penghargaan dan terima kasih juga kepada pelajar-pelajar 1 SPH kerana
telah memberikan kerjasama dalam membantu menyempurnakan soal selidik bagi
menjayakan projek ini. Ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan di atas
bantuan , dorongan dan tunjuk ajar kepada saya secara langsung atau tidak langsung.
Terima kasih...... Ikhlas dari
Norshahidah Bt Shafie
v
ABSTRAK
Modul merupakan bahan pembelajaran yang bertujuan untuk membolehkan
para pelajar belajar secara sendiri. Penggunaan modul bukan sahaja dapat membantu
pengguna memahami isi pelajaran malah dapat menambahkan lagi penguasaan
terhadap sesuatu topik yang terkandung di dalam modul. Justeru itu, projek telah
dijalankan untuk menghasilkan sebuah modul yang bertajuk “Basic of Electric and
Electronic”. Tujuan projek ini adalah untuk menghasilkan modul akademik dalam
bahasa Inggeris. Disamping itu, modul ini dibangunkan berdasarkan Model
Pembangunan Modul Sidek dan Teori Beban Kognitif. Modul berkenaan
mengandungi satu topik utama iaitu Passive Component dan terbahagi kepada tiga
sub topik iaitu Resistor, Capacitor dan Inductor. Setiap sub topik mengandungi
hasil pembelajaran (objektif), pengenalan, isi pelajaran, dan aktiviti yang dilengkapi
dengan gambar rajah berlabel sebagai rujukan dan contoh. Penilaian modul
terbahagi kepada tiga iaitu, kesahan, kebolehpercayaan dan penilaian keberkesanan.
Seramai dua orang pakar bidang Electric and Electronic menilai kesahan modul,
lapan belas orang pelajar 1 SPH (PERTANIAN) menilai kebolehpercayaan modul
dan 24 orang pelajar 1 SPH (ERT) terlibat dalam penilaian keberkesanan modul.
Penghasilan modul ini diharap dapat membantu pelajar dalam mempelajari topik ini
dengan lebih baik dan jelas.
vi
ABSTRACT
A module is a type of learning material that enables students to learn
individually. The use of a module does not only facilitate a user to understand the
material content but also to improve their mastery level towards a topic included in
the module. Therefore, a project was carried out to produce a module entitled ‘Basic
of Electric and Electronic’. The purpose of this project were to produce this
academic module in English. Beside that , the module has been develop by “Model
Pembangunan Modul Sidek” and “Cognitive Load Theory”. There one main topic in
this module which is, Passive Component and consist of three sub topic, Resistor,
Capacitor and Inductor. Each sub topic contains a learning outcome (objective),
introduction, content, and activities complete with labeled images as references and
examples. Module evaluation was in divided to three parts, such validity, reliability
and effective evaluation. A total of 2 lecturer specialized in Electric and Electronic
field were involved in the module validity, 18 student of 1 SPH (PERTANIAN) for
evaluated the module reliability and 24 student 1 SPH (ERT) for evaluated the
module effectiveness. The development of this module will be able to simplify on
the student’s learned and understanding of these topics.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii-xi
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv I PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Penyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.6.1 Pelajar Fakulti Pendidikan UTM 6
1.6.2 Pensyarah 6
1.6.3 Fakulti Pendidikan UTM 6
vi
1.7 Skop Kajian / Batasan Kajian 7
1.8 Definisi Terminologi 7
1.8.1 Modul 8
1.8.2 Basic 8
1.8.3 Electric 8
1.8.4 Electronic 8
1.9 Penutup 8
II SOROTON PENULISAN 2.1 Pengenalan 10
2.2 Modul 10
2.2.1 Sejarah Modul 11
2.2.2 Definisi Modul 12
2.2.3 Objektif Penggunaan Modul 13
2.2.4 Ciri-Ciri Modul 13
2.2.5 Prinsip-Prinsip Modul 18
2.2.6 Kegunaan Modul 19
2.3 Teori Pembangunan Modul 21
2.3.1 Teori Beban Kognitif 21
2.3.2 Teori Behaviorisme 23
2.3.2.1 Prinsip Teori Behaviorisme 23
2.3.2.2 Aplikasi Prinsip Teori Behaviorisme 24
2.3.3 Teori Konstruktivisme 24
2.3.3.1 Implikasi Teori Konstruktivisme 25
Dalam Pengajaran
2.3.3.2 Ciri-Ciri Konstruktivisme 25
2.4 Model Pembinaan Modul 26
2.4.1 Model Pembinaan Modul Sidek 26
2.4.2 Model Pembinaan Modul Sharifah Alwiyah 27
Alsagoff
2.4.3 Model Pembinaan Modul Russell 28
vii
2.5 Penutup 30
III REKABENTUK MODUL 3.1 Pengenalan 31
3.2 Proses Pembinaan Modul 31
3.2.1 Rasional Pemilihan Model Pembinaan Modul 32
Sidek
3.3 Peringkat I : Menyediakan Draf Modul 33
3.3.1 Pembinaan Matlamat 33
3.3.2 Mengenalpasti Teori, Rasional, Falsafah, 33
Konsep, sasaran dan Tempoh Masa
3.3.2.1 Rasional Pemilihan Teori Beban 34
Kognitif
3.3.3 Kajian Keperluan 34
3.3.4 Menetapkan Objektif 34
3.3.5 Pemilihan Isi Kandungan 35
3.3.6 Pemilihan Strategi 35
3.3.7 Pemilihan Logistik 35
3.3.8 Pemilihan Media 35
3.3.9 Menyatukan Draf Modul 35
3.4 Peringkat II : Mencuba dan Menilai Modul 36
3.4.1 Menguji Kesahan Modul 36
3.4.2 Kajian Rintis 37
3.4.2.1 Menguji Kebolehpercayaan Modul 37
3.4.3 Penilaian Keberkesanan 39
3.5 Rekabentuk Kajian 40
3.6 Tempat kajian 41
3.7 Populasi 41
3.8 Sampel Kajian 41
3.9 Instrumen Kajian 42
3.9.1 Ujian Bertulis 42
viii
3.5.2 Soal Selidik 43
3.10 Analisis Data 43
3.10.1 Kesahan Modul 43
3.10.2 Kebolehpercayaan Modul 44
3.10.3 Penilaian Keberkesanan 45
3.11 Andaian Kajian 46
3.12 Batasan Kajian 46
3.13 Penutup 47 IV PEMBINAAN MODUL DAN ANALISIS DATA 4.1 Pendahuluan 48
4.2 Bahagian A : Pembinaan Modul Akademik 49
4.2.1 Modul Basic Of Electric and Electronic 49
4.2.1.1 Format Pembinaan Modul Basic 49
Of Electric and Electronic
4.2.1.1.1 Tajuk Modul 49
4.2.1.1.2 Grid Kurikulum / Program 50
4.2.1.1.3 Penyataan Tujuan 51
4.2.1.1.4 Objektif Umum 52
4.2.1.1.5 Aktiviti-Aktiviti Penilaian 55
Tersusun
4.2.1.1.6 Strategi Penilaian 56
4.2.1.1.7 Rujukan 58
4.3 Bahagian B : Hasil Dapatan Kajian yang telah 59
dijalankan
4.3.1 Kesahan Modul 59
4.3.1.1 Nilai Kesahan Modul 59
4.3.1.1.1 Kesahan pakar bidang 1 59
4.3.1.1.2 Kesahan pakar bidang 2 60
4.3.2 Kebolehpercayaan Modul 60
4.3.2.1 Nilai Kebolehpercayaan Modul 60
ix
4.3.3 Penilaian Keberkesanan 61
4.4 Penutup 62
V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 64
5.2 Perbincangan 64
5.3 Cadangan 68
5.4 Cadangan kajian lanjutan 68 5.5 Kesimpulan 69
RUJUKAN 71-74 LAMPIRAN 75-84
vi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Skala Likert 43
3.2 Nilai Korelasi dan Interpretasi daripada 45
Rowntree (1981)
3.3 Sistem Gred Pemarkahan UTM 45
4.1 Nilai Kebolehpercayaan Modul 60
4.2 Jadual Kekerapan dan Peratus Ujian Pasca 61
bagi Kumpulan Eksperimen dan Kumpulan
Kawalan
vii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 2.1 Model Pembinaan Modul Sidek 27
2.2 Proses Pembinaan Modul Syarifah Alwiyah 28
Alsagoff
2.3 Proses Pembinaan Modul Russell 29
3.1 Proses Menghasilkan Modul 32
3.2 Proses Mendapatkan Nilai Kebolehpercayaan 38
Menggunakan Model Selari
3.3 Proses Penilaian Keberkesanan 40
3.4 Populasi dan Sampel 42
3.5 Kaedah Pengiraan Kesahan Kandungan Modul 44
4.1 Tajuk Modul 49
4.2 Contoh isi kandungan bagi Modul Basic of Electric 50
and Electronic
4.3 Pernyataan tujuan bagi Modul 51
4.4 Objektif bagi Resistor 52
4.5 Objektif bagi Capacitor 53
4.6 Objektif bagi Inductor 54
4.7 Contoh isi pengajaran yang terdapat dalam modul 55
4.8 Contoh aktiviti 1 bagi capacitor 56
4.9 Contoh aktiviti 2 bagi capacitor 57
4.10 Rujukan 58
4.11 Nilai Kesahan Pakar Bidang 1 59
4.12 Nilai Kesahan Pakar Bidang 2 60
viii
SENARAI SINGKATAN IPTA : Institusi Pengajian Tinggi Awam
JPTK : Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan
UTM : Universiti Teknologi Malaysia
SPH : Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
ERT : Ekonomi Rumah Tangga
PERT : Pertanian
STS : Sangat Tidak Setuju
TS : Tidak Setuju
TP : Tidak Pasti
S : Setuju
SS : Sangat Setuju
SPSS : Statistical Packages for the Social Science
No : Nombor
% : Peratus
ƒ : Frekuensi
ix
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Soal Selidik Kesahan Kandungan Modul 74
Basic of Electric and Electronic
B Soal Selidik Menilai Kebolehpercayaan Modul 76
Basic of Electric and Electronic (RESISTOR)
Soal Selidik Menilai Kebolehpercayaan Modul 78
Basic of Electric and Electronic (CAPACITOR)
Soal Selidik Menilai Kebolehpercayaan Modul 80
Basic of Electric and Electronic (INDUCTOR)
C Penilaian Keberkesanan Modul 82
(UJIAN PASCA)
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan di Malaysia merupakan sektor perkhidmatan pembangunan
sumber manusia yang dinamik dalam mencorakkan perubahan dan kemajuan
masyarakat dan Negara. Hal ini selaras dengan Wawasan 2020 yang bertujuan
menjadikan Malaysia sebuah Negara maju sepenuhnya dan mampu bersaing dengan
negara maju lain sama ada dari segi ekonomi, teknologi dan pemodenan taraf hidup.
(Abd Rahim Abd Rashid, 2002). Justeru, bidang pendidikan merupakan bidang yang
penting dalam membentuk dan membangunkan sesebuah negara. Ia memerlukan
usaha-usaha strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan
amalannya tertahap kualiti yang tinggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-
cabaran abad ke-21.
Bagi mencapai matlamat Negara ke arah melahirkan individu yang cemerlang
dan memperolehi sesuatu maklumat dengan mudah, tepat, ringkas serta padat,
pembelajaran bercorak modul telah diperkenalkan dalam usaha untuk
memperkembangkan lagi status pendidikan negara. Pengajaran yang menggunakan
modul sudah lama digunakan di beberapa buah maktab perguruan di Malaysia.
Pembelajaran menggunakan modul juga mempunyai beberapa kebaikan tertentu dan
lebih mudah disediakan. ( Sharifah Alwiyah Alsagoff, 1984 ).
2
Modul akademik merupakan salah satu bentuk modul yang berkonsepkan
memberi kemudahan khususnya kepada pelajar universiti atau kolej bagi mengikuti
pengajian mereka di pusat-pusat pengajian tinggi sama ada swasta atau awam seperti
yang telah ditetapkan oleh pihak universiti atau kolej. Modul ini kebiasaannya dibina
untuk pelajar yang mengikuti kursus secara sepenuh masa tetapi boleh juga
digunakan oleh pelajar yang mengikuti kursus secara separuh masa. Modul jenis ini
adalah modul yang sangat lengkap dan mengandungi semua bahan dan sumber
pengajaran dan pembelajaran termasuk nota yang telah disediakan oleh pensyarah
(Sidek Mohd Noah dan Jamaluddin Ahmad, 2005).
Secara tidak langsung, ini dapat membantu pelajar dan pensyarah
memperoleh, meningkatkan dan menyebarkan ilmu pengetahuan secara lebih
sistematik. Dengan ini, mutu pengajaran pensyarah dan juga prestasi pelajar-pelajar
yang mengikuti subjek Asas Elektrik dan Elektronik ini meningkat. Ini sekali gus
dapat meningkat kualiti dan mutu serta nama Fakulti Pendidikan UTM sebagai
fakulti yang banyak melahirkan mahasiswa yang memperoleh keputusan yang
cemerlang. Akibatnya, ilmu-ilmu pengetahuan yang diperolehi itu dapat
dimanfaatkan kepada diri dan seterusnya pihak lain di universiti.
Kesimpulannya, dalam corak pendidikan terbuka di semua pusat pengajian
tinggi, penggunaan modul adalah digalakkan dan bersesuaian bagi melahirkan
graduan yang mempunyai kelulusan ikhtisas yang khusus, kemahiran yang terlatih
serta mempunyai kualiti dan daya kepimpinan yang tinggi, bertanggungjawab dan
sebagainya bagi memenuhi keperluan negara selaras dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Negara.
1.2 Latar belakang masalah
Dalam meniti arus gelombang globalisasi masa ini, penggunaan bahasa
Inggeris adalah sangat penting bagi setiap individu. Ini dapat dilihat melalui
penegasan yang di buat oleh Perdana Menteri kita iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad
3
Badawi (Utusan Melayu, 9 Jun 2008) terhadap dasar meritokrasi dan pengajaran
Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Menurut beliau, pelaksanaan dasar
tersebut diyakini mampu meningkatkan lagi prestasi pelajar bumiputera dan itu akan
menjadi satu cabaran. Pelajar bumiputera pasti sanggup menghadapi cabaran serta
memperbaiki diri dan prestasi mereka.
Pada masa ini, penggunaan modul akademik yang telah dibangunkan
memberi kemudahan khususnya kepada pelajar universiti atau kolej bagi mengikuti
pengajian mereka di institusi pengajian tinggi sama ada swasta atau awam telah
digunakan secara meluas. Modul yang dihasilkan adalah modul yang sangat lengkap
dan mengandungi semua bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang
selaras dengan sukatan pelajaran yang ditetapkan oleh pihak kolej atau universiti.
Namun apa yang dapat dilihat pada senario penghasilan modul pada hari ini, ia masih
menggunakan bahasa Melayu dalam penulisan modul itu sendiri. Malangnya,
pengajaran dan pembelajaran dalam bidang teknikal telahpun di ubah dalam bahasa
Inggeris sepenuhnya. Bahkan, kertas peperiksaan akhir juga telahpun diwujudkan
dalam bahasa Inggeris.
Bagi membolehkan pencapaian akademik bagi setiap pelajar mencapai tahap
yang membanggakan terutama dalam subjek teknikal, modul-modul yang dihasilkan
perlulah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama bagi memantapkan
pengetahuan para pelajar. Ini sejajar dengan sistem penarafan yang akan dilaksana di
Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bagi membolehkan kualiti dan daya saing
IPTA diukur. Sementara itu, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 hingga
2010 telah menyediakan rangka kerja bagi meningkatkan lagi kualiti dan akses
kepada pendidikan. (Utusan Melayu, 26 Jun 2008).
Selain itu, penggunaan bahasa Inggeris telah lama diwujudkan di sekolah-
sekolah teknik dan vokasional seluruh Malaysia. Malah di UTM sendiri telah mula
menggunakan bahasa Inggeris terutama bagi subjek-subjek teknikal dalam sesi
pengajaran dan juga pembelajaran. Oleh yang demikian, adalah wajar bagi setiap
pelajar teknikal di UTM mempunyai satu rujukan yang ringkas dan padat dalam
4
bahasa Inggeris sebagai rujukan tambahan walaupun telah dihujani dengan lambakan
buku teknikal yang sedia ada.
Bagi menghasilkan modul yang berkesan, ia haruslah dibangunkan
berdasarkan teori pembelajaran yang relevan. Menurut Baharuddin Aris et al (2002),
rekabentuk bahan pengajaran pendidikan melibatkan pedagogi dan rekabentuk
pengajaran (Instructional Design) disamping teknologi yang digunakan. Antara asas
teori pembelajaran yang digunakan dalam pembangunan modul ialah teori
behaviorisme, teori beban kognitif dan teori konstruktivisme. Pemilihan teori yang
bersesuaian akan dijelaskan secara terperinci dalam bab yang seterusnya.
Selain itu juga, penghasilan modul yang sistematik dan mengikut setiap
langkah-langkah mereka bentuk, akan menghasilkan satu modul yang baik dan
mempunyai kesinambungan dari isi kandungannya, (Meyer,1996). Terdapat
beberapa kaedah proses pembinaan modul iaitu dengan menggunakan model yang
diperkenalkan oleh Syarifah Alwiyah Alsagoff (1984), Rusell (1974), dan Sidek
Mohd Noah (2001). (Sidek Mohd Noah dan Jamaluddin Ahmad, 2005). Model yang
bertepatan dan bersesuaian bagi pembangunan modul ini akan dihuraikan dalam bab
dua penulisan tesis ini.
Justeru, penghasilan modul berkenaan Asas Elektrik dan Elektronik di dalam
bahasa Inggeris adalah penting bagi kegunaan kepada pensyarah dan juga kepada
pelajar dalam memperolehi maklumat yang tepat, ringkas dan padat serta mudah.
Penghasilan modul yang dibangunkan menggunakan teori-teori yang bersesuaian
juga mampu memberi impak yang besar terhadap pengetahuan pelajar sekaligus
memudahkan sesi pengajaran oleh tenaga pengajaran.
1.3 Penyataan masalah
Berdasarkan latar belakang masalah yang telah dinyatakan di atas, dapat di
lihat bahawa penghasilan modul pada hari ini masih menggunakan bahasa Malaysia
5
walaupun bahasa Inggeris telah di aplikasikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di IPTA khasnya di Universiti Teknologi Malaysia. Selain itu, belum
terdapat modul bagi subjek Basic of Electric and Electronic dihasilkan dalam bahasa
Inggeris di Fakulti Pendidikan UTM. Hal ini menyebabkan pelajar menghadapi
kesulitan dalam menjalani proses pembelajaran. Penggunaan teori dan model dalam
membangunkan modul juga perlu dititikberatkan bagi menghasilkan modul yang
mudah difahami dan sistematik.
1.4 Objektif kajian
Objektif bagi kajian ini adalah :
i. Membangunkan satu modul berdasarkan teori yang bersesuaian.
ii. Membangunkan satu modul mengikut model pembinaan modul yang
relevan.
iii. Membina satu modul akademik bertajuk “Basic of Electric and
Electronic” .
1.5 Persoalan kajian
Persoalan bagi kajian ini adalah :
i. Adakah modul yang dibangunkan dapat mengaplikasikan teori yang
bersesuaian?
ii. Adakah modul yang dibangunkan dapat mengikut model pembinaan
modul yang relevan?
6
iii. Adakah modul akademik bertajuk “Basic of Electric and Electronic”
dapat dibangunkan?
top related