pembajaan kelapa sawit

Post on 06-Apr-2018

226 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 PEMBAJAAN KELAPA SAWIT

    1/5

    PEMBAJAAN KELAPA SAWIT

    Pembajaan merupakan komponen kos penanaman yang paling tinggi (50-60%) dalam sesuatu

    operasi ladang.Banyak ladang yang telah berjaya meningkatkan hasil melalui kualiti pembajaan yang baik.

    Namun begitu tidak kurang juga ladang-ladang yang telah membelanjakan wang yang banyakuntuk jenis baja yang difikirkan terbaik, kerja percontohan daun/tanah serta analisis danmengubahsuai kadar baja yang ditabur tetapi tidak memanfaatkan usaha-usaha ini disebabkan

    kelalaian dan penyeliaan yang tidak sempurna atau menyeluruh di ladang

    KESALAHAN-KESALAHAN YANG SERING DITEMUI DI LADANG

    y Kaedah penaburan baja tidak betul. Baja tidak ditabur rata tetapi bertompok-tompokdalam bulatan pokok. Ini boleh menyebabkan kerosakan pada akar tanaman dan

    mengundang kepada kehilangan baja melalui air larian permukaan dan larut resap.y Masa pembajaan tidak betul iaitu dilakukan pada musim kering ataupun musim hujan.y Kadar baja tidak mencukupi terutama pada kawasan tanaman muda dan yang berpotensiuntuk berhasil tinggi akibat daripada penyeliaan yang tidak sempurna.y Ketidakseimbangan baja yang ditabur iaitu jenis baja ditabur tidak mengikut keperluan

    pokok.

    y Salah tempat perletakan baja.y Kesuburan pokok diatasi secara mudah iaitu dengan meningkatkan kadar baja berbanding

    dengan untuk memperbaiki sifat fizikal atau saliran tanah terlebih dahulu.y Pelepah pokok sawit yang belum matang kerap kali dicantas secara berlebihan

    menyebabkan baja yang ditabur banyak tertumpu untuk pembentukan vegetatif pokokberbanding untuk pembentukan bahagian reproduktif seperti bunga dan tandan buah.

    KEPERLUAN ZAT NUTRIEN PADA POKOK SAWITA. Nutrien Utama

    1. Nitrogen (N)

    y Penting dalam pembentukan klorofil, protin dan beberapa enzim dalam tumbuhan.Memberi kesan terhadap luas permukaan daun, warna daun dan kadar penghasilan daun.

    y Kekurangan N amat nyata pada pokok sawit muda yang ditanam pada kawasan berprofilcetek, berpasir ataupun tanah yang tidak bersaliran baik.Sumber baja N contohnya ammonium sulfat (21%N), urea (46%N), dan ammonium

    nitrate (34%N).

    2. Fosforus (P)

    y Kekurangan P boleh menyebabkan pertumbuhan palma terbantut, pelepah pendek,ukurlilit batang dan saiz tandan kecil.

    y Bagaimanapun, kandungan P secara berlebihan dalam palma boleh menindaspengambilan kuprum (Cu) dan zink (Zn).

  • 8/3/2019 PEMBAJAAN KELAPA SAWIT

    2/5

    y Sumber baja fosforus contohnya CIRP (35% P2O5), TSP (46% P2O5) dan Gafsa (29%P2O5)

    3. Kalium (K)

    y Kandungan

    Kyang cukup boleh meningkatkan ketahanan pokok sawit terhadap seranganpenyakit dan musim kemarau serta boleh meningkatkan bilangan dan saiz tandan.

    y Kekurangan Kpada palma kerap berlaku pada tanah berpasir dan gambut.Tanda-tanda kekurangan Kadalah bintik-bintik oren (orange spotting) pada daun dandalam keadaan teruk hujung daun menjadi kering.

    y Kandungan Kyang berlebihan dalam palma boleh menjejaskan kandungan minyak dalamtandan,merendahkan kandungan boron (B) dan magnesium (Mg) dalam palma.

    SumberKadalah seperti MOP (60% K2O) dan abu tandan (bunch ash) (30-40% K2O).

    4. Magnesium (Mg)

    y Magnesium adalah elemen utama dalam klorofil dan sangat penting untuk kecekapanfotosintesis.Selain itu ia juga berperanan untuk metabolisma fosfat, respirasi tumbuhan

    dan pengaktifan enzim.

    y Kekurangan Mg kerap berlaku pada tanah berpasir dan sangat berasid.y Daun pada pelepah tua yang terdedah pada matahari akan menjadi kuning/oren bermula

    pada tepi lai daun. Dalam keadaan teruk hujung dan keseluruhan pelepah bawah akanberwarna kuning/oren dan menjadi kering.

    y Kandungan Kdan Ca yang tinggi dalam tanah boleh menjejaskan pengambilan Mg olehpalma.

    y SumberMg adalah seperti Kieserite (27% MgO) dan GML (18-20% MgO).

    5. Kalsium (Ca)

    y Keperluan Ca tidak begitu ketara pada tanaman sawit. Keperluan Ca oleh pokok sawitdapat dipenuhi secara tidak langsung dengan pemberian baja fosfat (RP) dan kapur

    (GML) kerana kedua-duanya mengandungi Ca.y Hanya diperlukan pada tanah berasid dan gambut untuk mengurangkan keasidan tanah

    dan seterusnya meningkat penyerapan nutrien lain seperti N, P dan unsur mikro olehpalma.

    y Sumber: GML (18 20% MgO)

    B. Mikro Nutrien

    1. Boron (B)

    y Kekurangan boron menyebabkan rupabentuk daun tidak normal seperti daun bercangkuk(hooked leaf), daun kerinting (crinkled leaf), daun pelepah kecil, daun berbentuk tulangikan (fish-bone leaf) dan cacat hujung daun (blind leaf).

  • 8/3/2019 PEMBAJAAN KELAPA SAWIT

    3/5

    y Keperluan B pada palma meningkat apabila pendebungaan sawit bertambah baik denganbantuan agen pendebungaan seperti Elaeidobius kamerunicus.

    y Kekurangan B juga berkaitan dengan kandungan N, Kdan Ca yang tinggi dan tidakseimbang pada pokok sawit.

    y Sumber B: Pelbagai sumber sodium borate seperti HGFB (46-48% B2O3)

    2. Kuprum (Cu)

    y Kekurangan Cu berlaku pada pokok sawit yang ditanam pada tanah gambut atau sangatberpasir.

    y Gejala yang teruk menyebabkan pucuk/daun pelepah muda menjadi pendek, kuning danakhirnya kering.

    y Juga dikenali sebagai 'mid-crown chlorosis'.y Sumber Cu adalah seperti kuprum sulfat.

    3. Zink (Zn)

    y Kekurangan Zn kerap berlaku pada tanah gambut dan boleh menjejaskan pembentukanvegetatif dan reproduktif palma. Daun pelepah bawah kekuningan dan dikenali sebagai

    'peat yellow'.y Sumber Zn adalah seperti zink sulfat

    FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGAMBILAN NUTRIEN OLEH

    POKOK SAWIT

    1. Kaedah Penaburan

    y Manual iaitu samada di bulatan atau baris pelepah.2. Masa Penaburan

    y Elakkan aplikasi baja pada musim panas berpanjangan atau musim hujan.3. Kekerapan Penaburan

    y Bergantung kepada topografi ladang, jenis tanah, jumlah hujan tahunan, dan jenis baja.4. Kadar Baja

    y Bergantung kepada umur pokok dan potensi hasil sesuatu kawasan.5. Tempat Perletakan Baja

    y Bergantung kepada umur pokok dan topografi iaitu baja ditabur samada di bulatan,lorong pelepah atau teres

  • 8/3/2019 PEMBAJAAN KELAPA SAWIT

    4/5

    6. Kualiti Baja

    y Baja yang tidak berkualiti mempunyai kadar nutrien yang lebih rendah daripada yangsepatutnya dan jika tidak diambil perhatian menyebabkan pokok tidak mendapat zat

    nutrien yang cukup dan kerugian pada pihak ladang.y D

    ua komponen yang perlu diberi perhatian iaitu komposisi nutrien dalam baja danperatusan kelembapan pada baja.y Oleh itu setiap jenis baja yang diterima perlu disampel untuk analisa kedua-dua

    komponen berkenaan sebelum baja tersebut diaplikasi ke ladang

    FAKTOR-FAKTOR KEHILANGAN NUTRIEN

    1. Persediaan Awal Ladang Tidak Betul

    y Berlaku hakisan di ladang secara meluas menyebabkan kehilangan banyak tanah atas(topsoil)

    2. Pemeruwapan (volatilisation)

    y Berlaku pada baja berunsur N seperti Urea. Boleh dikurangkan melalui:a) Aplikasi baja berunsur N (urea) pada bulan lembap

    b) Baja N yang ditabur ditutup dengan tanah (raking in).

    c) Aplikasi baja N dipecahkan kepada beberapa pusingan.

    3. Larut resap (leaching)

    y Kerap berlaku pada kawasan tanah berpasir dan menerima hujan tinggi.y Unsur N, Kdan Mg adalah nutrien utama yang boleh hilang melalui larut resap.y Kehilangan melalui larut resap boleh dikurangkan secara:

    a) Aplikasi sesuatu jenis baja dipecahkan kepada beberapa pusingan.

    b) Menabur rata baja pada kawasan akar aktif tanaman untuk meningkatkan kadarserapan.

    c)M

    engelakkan pembajaan pada bulan-bulan yang hujan tinggi iaitu hujan melebihi250 mm per bulan atau bilangan hari hujan melebihi 15 hari per bulan.

    d) Sungkupan dengan tandan kosong untuk meningkatkan kandungan organik tanah.e) Meninggikan pH tanah berasid melalui pengapuran untuk meningkatkan kadar

    pertukaran kation (CEC).

  • 8/3/2019 PEMBAJAAN KELAPA SAWIT

    5/5

    4. Hakisan

    y Melibatkan kehilangan tanah atas dan zat nutrien yang terkandung bersamanya.y Kehilangan nutrien melalui hakisan dan air larian permukaan boleh dikurangkan secara:

    a) Aplikasi baja dibahagikan kepada beberapa pusingan.b) Kekalkan penutup bumi yang baik dalam ladang

    c) Penggunaan tandan kosong ataupun pelepah yang dicantas sebagai sungkupand) Pembinaan teres dan tapak tanaman yang baik pada kawasan berbukit.

    e) Penggunaan ban (soil bund) ataupun 'silt pit' untuk memperlahan dan memerangkap aliran airpada kawasan teres

    5. Zat Nutrien Diikat Oleh Tanah (Fixation)

    Contohnya:

    a) Nitrogen (N) diikat oleh tumbuhan kekacang ataupun mikrob untuk proses pereputan bahan

    organik.b) Fosforus (P) diikat oleh tanah yang kaya dengan unsur Fe dan Al.

    Proses pengikatan ini boleh dan akan dikurangkan apabila:

    a) Bahan organik telah terurai sepenuhnya dan unsur N dibebaskan secara mineralisasi.b) Aplikasi baja fosforus (P) secara jalur (band application), di atas pelepah ataupun di luar

    bulatan pokok iaitu kawasan akar aktif untuk mengurangkan sentuhan baja dengan tanah.

    c)M

    elakukan pengapuran pada tanah pH

    rendah.d) Sungkupan permukaan tanah dengan pelepah yang dicantas ataupun tandan kosong.

    KESIMPULAN

    y Peningkatan penghasilan BTS bergantung kepada beberapa faktor seperti tanah,pembajaan, cuaca (hujan, suhu, cahaya), amalan agronomi dan tahap pengurusan ladang.

    y Oleh kerana baja merupakan komponen kos yang tinggi dalam operasi perladangan sawit,kualiti baja dan keberkesanan pembajaan janganlah dipandang ringan oleh pihakpengurusan.

    y Faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pembajaan adalah:a) Kaedah membaja

    b)M

    asa penaburanc) Kadar pembajaan

    d) Persaingan rumpaie) Bilangan dirian pokok f) Serangan perosak & penyakit

top related