pelan induk pembangunan pendidikan jangka panjang 2006 2010
Post on 28-Nov-2014
6.055 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN JANGKA PANJANG 2006-2010
PENGENALAN
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah dirangka untuk melaksanakan dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia. PIPP telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
ENAM TERAS PIPPJP 2006-2010PIPPJPJ 2006-2010 telah menggariskan ENAM TERAS iaitu; •membina negara bangsa, •membangunkan modal insan, •memperkasakan Sekolah Kebangsaan,•merapatkan jurang pendidikan, •memartabatkan profesion keguruan.•Melonjak kecemerlangan institusi pendidikan
MEMBINA NEGARA BANGSA Keupayaan membina negara bangsa bergantung
kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme, lingua franca, integrasi, kewarganegaraan dan demokrasi.
Fokus utama dalam membina negara bangsa mencakupi usaha-usaha seperti memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai asas perpaduan, integrasi nasional dan bahasa ilmu. Fokus lain ialah memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa serta memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari dalam membentuk pemikiran kehidupan.
STRATEGI MEMBINA NEGARA BANGSA
Menggerakkan gelombang baru gerakan memperkasakan bahasa kebangsaan.
Memantapkan pelaksanaan Dasar Buku Negara.
Menyelaras peranan semua pihak terlibat untuk menggiatkan aktiviti kebahasaan, kesusasteraan, pengkaryaan, penterjemahan dan penerbitan.
Mewujudkan bulan bahasa dan sastera negara dalam usaha memperkasakan bahasa kebangsaan.
MEMBANGUNKAN MODAL INSAN
Ini bertujuan memastikan anak bangsa Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan.
Di samping itu, para pelajar akan dilengkapi kemahiran, komunikasi berkesan, kebolehan menggunakan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dengan baik, berupaya berfikir secara kreatif dan kritis.
STRATEGI DI BAWAH RMK-9 Mengadakan lebih banyak pilihan
pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar
Meningkatkan keupayaan dan minat pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran
Memupuk pelajar supaya memiliki kemahiran dan ketrampilan
Memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistik
RMK-9
Memantapkan program ko-kurikulum dan sukan
Memperkukuh disiplin pelajar Mempercepat perkhidmatan sistem
aduan masalah disiplin dengan mempelbagaikan saluran aduan terus
Memantapkan kurikulum Meningkatkan kerjasama KPM dengan
pelbagai agensi
MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEB.
Ciri-ciri SK perkasa ialah : Infrastruktur lengkap dan berkualiti. Pemimpin dan guru cekap, terlatih dan berkualiti, semua
pelajar menguasai 3M. Beraspirasi nasional. Menawarkan bahasa Cina dan bahasa Tamil. Pencapaian akademik cemerlang. Sistem sokongan yang kuat dan mencukupi. Iklim dan budaya sekolah yang sihat. Penawaran dan pelaksanaan kurikulum berasaskan
pelanggan. Penawaran dan pelaksanaan kokurikulum yang berkesan. Pencapaian sahsiah pelajar cemerlang.
MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN DI LUAR BANDAR
Membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar di seluruh negara.
memfokuskan peningkatan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran pelajar.
memfokuskan untuk mengurangkan jurang pencapaian akademik dengan menambah
bilangan komputer, TV Pendidikan,video teleconferencing, SchoolNet, makmal komputer, kemudahan perkakasan,pengisian dan tenaga kerja.
meningkatkan penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira).
MEMARTABATKAN PROFESION PERGURUAN
Guru-guru yang baru menamatkan pengajian perguruan dari maktab atau institusi pengajian tinggi akan diwajibkan berkhidmat di kawasan pedalaman dahulu tanpa sebarang pengecualian.
KPM akan menambah baik insentif dan mewujudkan skim insurans khusus kepada guru yang berkhidmat di pedalaman selain menyediakan rumah guru dan kemudahan asas yang sempurna.
Kurikulum Institut Pendidikan Guru (IPG) secara berpusat akan digubal bagi memberi penekanan kepada elemen baru dalam kurikulum pendidikan guru.
memberi fokus kepada membangunkan infrastruktur yang meliputi Pusat Maklumat Latihan Keguruan, Sistem Penyaluran, rangkaian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Portal Pendidikan Guru dan Total Campus Management System.
MELONJAKKAN KECEMERLANGAN INSTITUSI
PENDIDIKAN Dasar KPM adalah untuk mengadakan pendekatan, piawaian
dan penanda aras yang lebih tepat serta bersesuaian dengan ciri dan keperluan kluster institusi pendidikan yang ada iaitu mengikut bidang khusus (niche areas) masing-masing.
Institusi-institusi model yang dapat dijadikan contoh akan dibangunkan supaya dapat dijadikan showcase di peringkat antarabangsa.
sebanyak 300 buah institusi pendidikan yang menyerlah dan cemerlang dalam kluster institusi pendidikan tertentu akan dikenal pasti dan dipilih.
Ringkasan Teras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010
Membina negara bangsaMemperkasakan bahasa kebangsaan, memantapkan perpaduan negara danintegrasi nasional, memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budayabangsa.
· Membangunkan modal insanMeningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan, memupukpelajar memiliki kemahiran, ketrampilan dan disiplin.
· Memperkasakan Sekolah KebangsaanMenambah program prasekolah, memantapkan kepimpinan pengetua/gurubesar dan kualiti guru serta kurikulum dan kokurikulum.
SAMBUNGAN RINGKASAN· Merapatkan jurang pendidikan Membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan
luar bandar,mengurangkan keciciran dan meningkatkan bilangan guru terlatih di kawasan pedalaman.
· Memartabatkan profesion keguruan Menambah baik sistem pemilihan dan persekitaran kerja
guru, memantapkan latihan perguruan, kerjaya, perancangan dan pengurusan sumber manusia.
· Melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan Memilih guru berkebolehan dan berkemahiran tinggi dan
mewujudkan sekolah kluster yang memberi lebih autonomi kepada sekolah.
KESIMPULAN
Dengan termeterainya PIPP 2006-2010, diharapkan bidang pendidikan bukan sahaja dapat melahirkan modal insan yang berpengetahuan, kuat fizikal dan cerdik minda tetapi juga mempunyai nilai-nilai yang sempurna dan murni untuk memikul amanah bagi membantu memajukan negara. Modal insan yang mempunyai celik minda dan nilai-nilai ditambah sangat penting untuk melakukan anjakan besar selain mampu bersaing untuk berjaya. Negara perlu melahirkan lebih ramai Ulul-Albab (pemikir) yang bersyukur kerana mereka merupakan golongan yang mampu melaksanakan amanah bagi membawa kebaikan kepada negara.
top related