pbs kesusasteraan melayu komunikatif

Post on 24-Jan-2016

147 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

CONTOH KERJA KURSUS MULTIMEDIA SEMESTER 2-3 BAGI MATAPELAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF STPM

TRANSCRIPT

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

(PBS)KESUSASTERAAN MELAYU

KOMUNIKATIF(KMK)922/4

PENGGAL 2/2014

PAHLAWAN IALAH DIA

Nukilan

Abdul Ghafar Ibrahim

Pahlawan ialah dia yang mengalirkan keringat

demi meyuburkan ladang negara tersayang

Pahlawan ialah warga yang menitiskan darah

demi menghidupkan simfoni negara berbilang.

Dialah pahlawan yang mengumpulkan tenaga siap sedia

Atas nama negara yang tidak dibiarkan leka

Dialah pahlawan yang menghimpunkan setia

tahan dan ujiatas nama negara yang

dibiarkan mati.

Siang-siang berjaga-jaga kerana tak relamasa depan bangsanya lena

Malam-malam waspada kerana tak sangguppeluang bangsanya tertutup.

Khidmat cemerlangnya mengapung pada permukaan bahang puji dan keji

Semangat wajarnya kental membara

di udara kaji dan uji.

Mentari waktu menyambar kasih

sayangnyapada keluarga semasa

bertugas jauh

Bulan masa merebut tidurnyadari sisi dikasihi

oleh jadual cemas.

Dialah askar pelindung kota penyokong desa warga yang tekadnya disimpulmatikanoleh jawapan sejahtera aman

Dialah nadi ketahanan industri

teknologi kembanganmemikul amanah tak

berkesudahandemi mencari

jawapan makmur jaya.

Tubuhnya perisai tembus peluru.Bom-bom-boom-bamm

dia tak gentarTum-tam-tum-

tammmdia tunggu

Tret-tet-tret-tett

dia terus maju.

Baktinya bunga harum warna-warni

dia tak pedulidia tak terpegun

dia terus tekun.

Sebagai warga bangga bermaruahdia terus gemakan gunung hasrat.

Selamatkan negaraBesar bangsaPelihara agamaDaulat bahasaCemerlang budaya

Kerana dialah anak watan pewaris keselamatanKerana dialah kelompok rakyat

penjunjung amanatyang bersandar pada sinar takwayang penuh mengalami erti sengsara

Cedera di bukittangis di laut

jerit di udara

tumpang di sempadanbuta di ladang

lemas di sungai

lesu di bawahparah di lembah

Yang menjadikan kematian bukti hidupnya pahlawanbukti zaman yang pernah

dilindungizaman yang menjadi saksikepada nilai kemanusiaan yang merah dipertahankan

SEKIANTERIMA KASIH

Disediakan oleh:Norfazila Binti Jam950905-13-5874

6AD

top related