pbs bm b3dt1e2-r

Post on 26-Jul-2015

6.460 Views

Category:

Documents

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

BAND 3 - aras rendahBahasa MelayuTingkatan 1

TRANSCRIPT

PBS 2012 DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

NK @ 2012 PBS BMT1 | B3DT1E2-R

SMK METHODIST (ACS) KLANG JALAN RAYA BARAT 41000 KLANG, SELANGOR

NAMA : ___________________________________________ TINGKATAN : ___________________

KEMAHIRAN MENULIS BAND 3 PERNYATAAN STANDARD Memahami dan memberikan respon kepada maklumat yang didengar

– dituturkan, dibaca dan ditulis. DESKRIPTOR B3 DT1 – Menulis ayat dalam perenggan. EVIDENS B3 DT1 E2 – Menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam

perenggan.

ARAHAN : Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian, isikan tempat kosong dalam petikan itu dengan penanda wacana yang sesuai.

Semasa waktu rehat, saya, Dass dan Kum Meng ke bawah pokok angsana di tepi padang. Kami

duduk di situ sambil makan bekalan kami. (1) __________________ , kami berbual-bual tentang

perlawanan bola sepak petang semalam.

Perlawanan antara sekolah kami dengan SMK Teluk Gadong itu sungguh hebat. (2) ____________ ,

kedua-dua pasukan sama kuat dan bermain dengan baik. Setelah pasukan lawan mendapat gol yang

pertama, pasukan kami membalas dalam masa lima minit kemudian. (3) __________________ , pada

waktu rehat kedua-dua pasukan seri dengan 1-1.

(4) __________________ , dalam babak kedua permainan menjadi lebih hebat. Bola dibawa turun

naik dari gol ke gol tetapi tiada jaringan dapat dibuat. Kedua-dua pasukan mencuba beberapa kali.

(5)__________________ , dalam dua minit yang terakhir kekasaran berlaku di depan pintu gol lawan.

Ayam tambatan pasukan kami, Azrul, ditumbuk ketika dia hendak menanduk bola ke dalam gol lawan.

Kejadian itu mencetuskan pergaduhan.

(6) __________________ , pengadil melayangkan kad merah kepada dua orang pemain pasukan

lawan. (7) __________________ , pengadil juga member tendangan penalty kepada pasukan kami.

Azrul seperti biasa menyudahkan tendangan itu dengan mudah. Pasukan kami menang dengan

jaringan dua gol.

(8) __________________ , itulah kali pertama pasukan kami dapat mengatasi pasukan SMK Teluk

Gadong. Sudah lima tahun kami kalah atau seri sahaja dengan pasukan mereka. Perbualan kami

terhenti apabila loceng berbunyi. Kami pun berlari ke kelas kami.

Akhirnya

Tiba-tiba Sebenarnya Di samping itu Akibatnya Selain itu

Seterusnya Sebenarnya

PBS 2012 DOKUMEN STANDARD PRESTASI BAHASA MELAYU TINGKATAN 1

NK @ 2012 PBS BMT1 | B3DT1E2-R

JAWAPAN : 1 – Di samping itu 2 - Sebenarnya 3 – Akhirnya 4 – Seterusnya 5 – Tiba-tiba 6 – Akibatnya 7 – Selain itu 8 – Sebenarnya

top related