paperwork cancer charity cycling
Post on 04-Jul-2015
189 Views
Preview:
TRANSCRIPT
KERTAS KERJACANCER CHARITY CYCLING
KOLEJ PENDETA ZA’BAUNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
TARIKH2 MAC 2014
TEMPATDATARAN PUTRAJAYA, PRESINT 3
ANJURANBIRO TIMBALAN KETUA EKSEKUTIF MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR (MEP)
KOLEJ PENDETA ZA’BA
DENGAN KERJASAMAJABATAN PERKHIDMATAN PELAJAR, JPPel NATIONAL CANCER SOCIETY MALAYSIA
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKANKEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
TEMA“distance doesn’t count, donation do”
“Distance doesn’t count, donation do” 2 Mac 2014
KERTAS KERJA
CANCER CHARITY CYCLING
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dirangka untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan
untuk mengadakan program Cancer Charity Cycling .
2.0 PENDAHULUAN
Program Cancer Charity Cycling di bawah Karnival Premier Za’ba 2014 (KAPREZA ‘14)
merupakan program anjuran Biro Timbalan Ketua Eksekutif Majlis Eksekutif Pelajar, Kolej
Pendeta Za’ba dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia,
Majlis Belia Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia.
Karnival yang berkonsepkan hari keluarga ini telah masuk tahun yang kesembilan dan menjadi
satu program tradisi bagi warga Kolej Pendeta Za’ba. Maka, KAPREZA yang bakal berlangsung
pada tahun 2014 ini dengan tema dan pembaharuan yang tersendiri, bakal dijalankan dengan
matlamat utamanya untuk merapatkan ukhwah antara penghuni Kolej Pendeta Za’ba dengan pihak
pegurusan Kolej Pendeta Za’ba dan tidak lupa juga ukhuwah bersama komuniti setempat yang
berbilang kaum serta agama selaras dengan konsep 1Malaysia yang diterajui oleh Perdana Menteri
Malaysia, Y.A.B. Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
“Distance doesn’t count, donation do” menjadi pilihan tema bagi program ini bertujuan untuk
mencambahkan sifat prihatin mahasiswa/i terhadap isu semasa serta masyarakat sekeliling dalam
masa yang sama memupuk sukan berbasikal yang semakin dipandang sepi. Konsep riadah santai
yang diketengahkan mampu menarik perhatian pengunjung kerana bukan sahaja program yang
berbentuk sukan yang disediakan malah program berbentuk kemasyarakatan dan tidak lupa
“Distance doesn’t count, donation do” 2 Mac 2014
menyelitkan nila-nilai murni. Program ini mendapat kolaborasi bersama ‘Nasional Cancer Society
Malaysia’ dimana hasil kutipan ini akan terus disalurkan kepada persatuan tersebut bagi membantu
insan yang memerlukan.
Selain itu, ia juga bermatlamat untuk memberi inspirasi kepada mahasiswa/i Kolej Pendeta Za’ba
khususnya untuk merasai satu pengalaman berkerja secara kumpulan atau berorganisasi di samping
membentuk kemahiran kendiri dalam menjadi mahasiswa/i yang berketrampilan dan cemerlang
secara holistik. Diharapkan, dengan pengalaman yang mereka peroleh semasa menglibatkan diri
dalam program ini dapat memangkin potensi integriti yang dapat merapatkan jurang antara kaum
dan agama yang berlainan dan membentuk sahsiah yang tinggi dalam diri pelajar terhadap elemen
kemanusiaan.
Unsur-unsur penggunaan Bahasa Inggeris juga diterapkan dalam menjalankan program Cancer
Charity Cycling yang merujuk kepada kepentingan Bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi
antarabangsa. Hebahan dan promosi program akan dilaksanakan secara dwibahasa untuk menarik
minat para pengunjung.
Secara keseluruhan, program ini berpotensi untuk memupuk perpaduan antara kaum dan
penampilan seseorang mahasiswa/i untuk lebih berkeyakinan dan dapat menyesuaikan diri dengan
pelbagai cabaran di peringkat glokal mahupun global.
3.0 MISI
Menjadikan program ini sebagai satu medium kepada mahasiswa/i untuk berbakti dan sentiasa
peka terhadap isu semasa serta masyarakat sekeliling dengan cara beriadah .
4.0 MATLAMAT
“Distance doesn’t count, donation do” 2 Mac 2014
Mengeratkan hubungan antara warga Kolej Pendeta Za’ba di samping melatih mahasiswa/i untuk
menimba ilmu dalam berorganisasi dan pengurusan kerja agar dapat membentuk mahasiswa/i yang
mempunyai kemahiran generik yang diperlukan sebagai seorang mahasiswa/i yang berketrampilan.
Kerjasama yang terjalin dengan pihak luar juga memberi banyak manfaat kepada para mahasiswa/i
dalam mengembangkan potensi dan sahsiah diri.
5.0 OBJEKTIF
5.1 Menjadi satu medium untuk mengeratkan hubungan antara pengurusan dan juga penghuni
Kolej Pendeta Za’ba serta pihak badan bukan kerajaan.
5.2 Memberi peluang kepada mahasiswa/i untuk memupuk nila-nilai moral di luar dewan kuliah
5.3 Meningkatkan minat warga Universiti Kebangsaan Malaysia untuk melibatkan diri dalam
aktiviti luar.
5.4 Menunjukkan sokongan dan keprihatinan mahasiswa/i kepada ‘Nasional Cancer Society
Malaysia’
6.0 TEMA
“Distance doesn’t count, donation do”
7.0 ANJURAN
Biro Timbalan Ketua Eksekutif Majlis Eksekutif Pelajar, Kolej Pendeta Za’ba dengan kerjasama
Jabatan Perkhidmatan Pelajar, JPPel, Universiti Kebangsaan Malaysia, National Cancer Society
Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
8.0 TARIKH DAN MASA
Tarikh : 2 MAC 2014
Masa : 7.00pagi - 1.00tengah hari
“Distance doesn’t count, donation do” 2 Mac 2014
9.0 TEMPAT
Dataran Putrajaya , Presint 3
10.0 PUBLISITI
Program ini akan dihebahkan secara meluas dalam bentuk dwibahasa melalui iklan media massa,
flyers, poster dan banner di kawasan UKM, sekitar Bangi, Kajang dan Putrajaya. Golongan
sasaran adalah warga Kolej Pendeta Za’ba, semua warga kolej kediaman Universiti Kebangsaan
Malaysia, kelab-kelab berbasikal di sekitar Bangi, Kajang dan Putrajaya serta pelajar-pelajar di
institusi berhampiran Universiti Kebangsaan Malaysia.
11.0 CADANGAN PERASMI
11.1 Perasmi Pembukaan
Datuk Dr.Noor Azlan Ghazali
Naib Cancelor
12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
• Jumlah Krew program Cancer Charity Cycling : 14 orang
• Jumlah peserta : 200 orang [anggaran]
13.0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran A
“Distance doesn’t count, donation do” 2 Mac 2014
14.0 TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran B
15.0 PERINCIAN PROGRAM
Program yang berkonsepkan riadah santai ini amat bersesuaian dengan mahasiswa/i yang
inginkan sesuatu yang menyeronokkan di samping dapat menyihatkan badan. Program satu
hari ini juga melibatkan orang luar kerana penyertaan akan dibuka untuk orang ramai
menyertai dan sama-sama menagamalkan gaya hidup sihat dengan tujuan utama adalah
untuk menderma kepada yang benar-benar memerlukan melalui kerjasama dengan
Nasional Cancer Society Malaysia.
16.0 BELANJAWAN
Rujuk Lampiran C
17.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat sila hubungi:
NURUL ALIA BINTI MAT NASIR SUHAILI BINTI MAHMUD
Ketua Pengarah Cancer Charity Cycling Timbalan Ketua Pengarah Cancer Charity Cycling
Karnival Premier Za’ba 2013 Karnival Premier Za’ba 2013
Kolej Pendeta Za’ba Kolej Pendeta Za’ba
Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia
Tel : 014-5086005 Tel : 013-7752095
Tel(Pej) : 03-89217116 Tel (Pej: 03-89217116
Faks : 03-89216846 Faks : 03-89216846
“Distance doesn’t count, donation do” 2 Mac 2014
Emel : yaa_nasir@yahoo.com Emel :lieja_1994@yahoo.com
18.0 PENUTUP
18.1 Dengan program ini, diharap hubungan di antara penghuni dan pengurusan Kolej Pendeta
Za’ba dan kolej lain dan warga Kolej Pendeta Za’ba yang terdiri daripada pelbagai kaum
dapat dieratkan dan seterusnya dapat melatih pelajar menjadi mahasiswa/i yang
mempunyai kebolehpasaran yang tinggi.
18.2 Justeru itu, diharap agar kertas kerja ini mampu memberi satu gambaran yang positif bagi
pihak tuan untuk memberikan sumbangan dalam menjayakan program KAPREZA 2014
ini.
“Distance doesn’t count, donation do” 2 Mac 2014
Disediakan oleh,
.................................................
(NURUL ALIA BINTI MAT NASIR)Ketua Pengarah Cancer Charity CyclingKarnival Premier Za’ba 2014Kolej Pendeta Za’baUniversiti Kebangsaan Malaysia
Disahkan oleh,
.................................................
(NOR ASEKEN BT ROSLEY)Felo PenasihatKolej Pendeta Za’baUniversiti Kebangsaan Malaysia
Diluluskan oleh,
....................................................................
(PROF. MADYA DR. AHMAD SUNAWARI LONG)PengetuaKolej Pendeta Za’baUniversiti Kebangsaan Malaysia
“Distance doesn’t count, donation do” 2 Mac 2014
LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASI
PROGRAM CANCER CHARITY CYCLING
Penaung
YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan ShahabudinNaib Canselor, UKM
Pengerusi
Datuk Dr.Noor Azlan GhazaliTimbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni), UKM
Penyelaras
Yang Dihormati En. Musa Zainal AbidinTimbalan Pendaftar
Jabatan Perkhidmatan Pelajar, UKM
Pengetua
YBhg. Prof. Madya Dr. Ahmad Sunawari LongPengetua Kolej Pendeta Za’ba, UKM
Timbalan Pengetua
Yang Dihormati Dr. Mohd Suzeren Md JamilTimbalan Pengetua Kolej Pendeta Za’ba, UKM
Felo Penasihat
Nor Aseken Bt RosleyFelo Kanan Kolej Pendeta Za’ba, UKM
Ketua Eksekutif
Nurul Jannah Binti Ahmad GhulamudinA137789 (FPEND/3) 014-5295903
“Distance doesn’t count, donation do” 2 Mac 2014
Ketua Pengarah
Nurul Alia Binti Mat NasirA143150(FEP/1)014-5086005
Timbalan Ketua PengarahSuhaili Binti Mahmud
A143274(FEP/1)013-7752095
SetiausahaHayani Amanina Binti Hisham
A143822(FPEND/1)017-9299763
BendahariFarlena Idayu Binti Md Salleh
A144145(FKAB/1)017-7966648
Pengarah Pemasaran : Yazmalina Binti Yaacob (FPEND/1) A143844
Timbalan Pengarah Pemasaran : Ahmad Rahimi Bin Mahmad Nasir(FKAB/1)A144116
Pengarah Publisiti : Nur Farahhuda Binti Zainal Abidin(FKAB/1)A139664
Pengarah Protokol : Afiqah Nuraini Binti Md Nor (FPEND/1)A1435587Timbalan Pengarah Protokol : Siti Syahara Binti Mad Yusoh(FKAB/1)A144149
Pengarah Cenderamata : Nor Nabilah Binti Mostafa Kamal(FSSK/1)A146686
Pengarah Teknikal : Muhamad Aqil Bin Azri(FKAB/1)A144102
Pengarah Keselamatan : Muhammad Hafiz Bin Mohd Noor(FKAB/1)A144126 Pengarah Jamuan & Kebajikan : Nur Fatihah Binti Abdul Ghafar(FKAB/1)A144169
Pengarah Tugas-Tugas Khas : Muhammad Noor Famy Bin Fazarnor(FKAB/1)A144176
“Distance doesn’t count, donation do” 2 Mac 2014
LAMPIRAN B
TENTATIF PROGRAM
CYCLING FOR CHARITY
TARIKH & MASA PERKARA TEMPAT
AHAD ( 2 MAC 2014 )
6.30 Pagi
• Peserta ukm berkumpul dihadapan pusaneka Pusaneka
7.00 Pagi• Ketibaan peserta seramai 200
orang di perkarangan mahkamah putrajaya
• Pendaftaran • Agihan baju peserta• Taklimat program kepada
peserta. Taklimat mengenai objektif program, keselamatan
dan laluan oleh wakil Kapreza
Di perkarangan Mahkamah Putrajaya
8.00 Pagi • Peserta dilepaskan oleh wakil Kapreza.
10.00 Pagi • Ketibaan peserta di perkarangan mahkamah putrajaya.
10.30 Pagi • Majlis perasmian• Majlis penyampaian
sumbangan• Persembahan
12.00 tengah hari • Jamuan vip• Jamuan peserta• Agihan cenderamata peserta
1.00 Tengah hari • Majllis Bersurai
“Distance doesn’t count, donation do” 2 Mac 2014
LAMPIRAN C
BELANJAWAN
ANGGARAN PENDAPATAN
BIL PERKARA JUMLAH
1. Sumbangan luar
Street Marketing
RM1600.00
RM400.00
2. Yuran ( RM25 x 200 orang ) RM5000.00
JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN RM7000.00
ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA HARGA UNIT JUMLAH
1. Jamuan peserta
Jamuan VIP
RM5.00
RM25
200
2
RM1000.00
RM50
RM1050.00
2. Publisiti• Banting • Banner• Poster bewarna
RM10.00RM30.00RM2.00
8265
RM80.00RM60.00RM130.00
“Distance doesn’t count, donation do” 2 Mac 2014
RM270 . 00
3. Cenderamata• Tetamu kehormat
• Peserta
RM15.00
RM15.00
2
200
RM30.00
RM3000.00
RM3030.00
4. Peralatan• Basikal RM10.00 100 RM1000.00
5. Lain-lain keperluan• 4 Kanopi dan 150 buah
kerusi• Khemah untuk sponsor RM650.00
6. Sumbangan RM5.00 200 RM1000.00
JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN RM7000.00
“Distance doesn’t count, donation do” 2 Mac 2014
“Distance doesn’t count, donation do” 2 Mac 2014
top related