panduanmenjawabsoalansains-111209040806-phpapp02.pptx
Post on 20-Nov-2015
253 Views
Preview:
TRANSCRIPT
GERAK GEMPUR SAINS UPSR
PANDUAN MENJAWAB SOALAN SAINS UPSR Panduan dan Teknik menjawab soalan Sains Bahagian A dan Bahagian B
Pengenalan Pada Kertas SainsKertas soalan ini mula diperkenalkan pada peperiksaan UPSR tahun 1997Kertas soalan peperiksaan ini terdiri daripada satu kertas sahaja. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan ini ialah satu jam lima belas minit.Kertas ini terbahagi dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B
Pengenalan Pada Kertas SainsBahagian A terdiri daripada 30 soalan. Soalan ini dalam bentuk aneka pilihan atau objektif. Masa dicadangkan untuk menjawab soalan ini ialah 45 minit.Bahagian B terdiri daripada 5 soalan berstruktur dan masa yang dicadangkan untuk menjawab soalan ini ialah 30 minit.
Panduan Menjawab SoalanBaca soalan sekurang-kurangnya dua kali untuk memahami kehendak soalan.Pertanyaan soalan dalam Kertas Sains ini tidak secara terus. Sebaliknya calon dikehendaki menjawab berdasarkan maklumat yang diberi.
Panduan Menjawab SoalanKaitkan maklumat-maklumat tersebut dengan fakta dalam bidang penyiasatan yang disoal.Tandakan jawapan Bahagian A di kertas soalan dahulu sebelum memindahkan jawapan tersebut dengan menghitamkan kertas jawapan yang diberi.
Panduan Menjawab SoalanCalon perlu berhati-hati menandakan jawapan pada kertas jawapan (OMR)Pastikan jawapan tersebut sama dengan jawapan yang anda pilih di kertas soalan
Panduan Menjawab SoalanINGAT !! Pastikan anda dapat skor yang baik bagi kertas Bahagian A ini.Bahagian A menyumbang 60% daripada markah keseluruhan kertas Sains UPSR
Jenis-Jenis SoalanFaktaUrutanIstilahKaedahPengelasanPrinsip / KonsepTafsiranTerjemahanEkstrapolasiAplikasi
FaktaMenguji pengetahuan calon tentang fakta seperti ciri , sifat atau fenomena.
Contoh soalanKetiga-tiga pereka cipta di atas memberi sumbangan dalam bidang APengangkutanBKomunikasiCAngkasa lepasDPembinaanAlexander Graham BellSamual FB MorseGuglielmo Marconi
JawapannyaB
UrutanMenguji pengetahuan calon tentang proses , aliran atau tertib, pergerakan fenomena berhubung dengan masa, kesinambungan dan perkembangan.
Contoh soalanSusun mengikut urutan kejadian objek dalam Sistem suria bermula dari ia berada di angkasa lepas hinggalah jatuh ke Bumi.A Meteor Meteroid MeteoritB Meteroid Meteorit MeteorC Meteroid Meteor MeteoritD Meteorit Meteor Meteroid
JawapannyaC
IstilahMenguji pengetahuan calon tentang definisi, maksud, makna atau simbol yang berkaitan dalam soalan.
Contoh soalanApakah yang dimaksudkan dengan siratan makanan ?A Hubungan makanan antara setiap hidupanB Keupayaan hidupan untuk terus hidup walaupun terdapat banyak rintanganC Gabungan dalam bentuk makanan antara setiap hidupanD Cara makanan diagih-agihkan kepada setiap hidupan
JawapannyaC
KaedahMenguji pengetahuan calon tentang cara, pendekatan dan teknik bagi mengenal pasti jawapan yang betul.
Contoh soalanSebuah kubus mempunyai sisi 4 cm. Berapakah isi padu kubus tersebut selepas dipotong separuh daripada keseluruhannya ?A 16 cmB 32 cmC 64 cmD 128 cm
JawapannyaB
PengelasanMenguji pengetahuan calon tentang jenis, kumpulan, set atau bidang yang terlibat dalam soalan berkenaan.
Contoh soalanAntara berikut, objek yang manakah tidak boleh dikelaskan dalam kumpulan yang sama dari segi sumber asas objek tersebut ?A C
B D
JawapannyaA
Prinsip / KonsepMenguji pengetahuan calon tentang hukum dan prinsip sains.
Contoh soalanPernyataan berikut boleh menerangkan tentang pembentukkan bayang-bayang objek kecuali A cahaya bergerak lurusB cahaya boleh dibiaskanC cahaya tidak boleh menembusi objek legapD cahaya boleh diselerakkan
JawapannyaB
TafsiranMenguji pemahaman calon tentang maklumat yang diberi dengan meminta calon membuat rumusan atau kesimpulan daripada data dalam soalan. Calon juga diuji tentang sesuatu idea secara menyeluruh.
Contoh soalanJadual di atas menunjukkan perubahan suhu air yang telah direkodkan dalam satu penyiasatan. Antara berikut, penyataan yang manakah boleh mewakili maklumat dalam jadual di atas ?I Tenaga haba telah dibebaskanII Perubahan keadaan bahan mulai berlaku pada minit ke 25III Proses penyejatan telah berlaku
A III sahaja C I dan III sahajaB I dan II sahaja D I, II dan III
Masa/minit51015202530Suhu/ c503320800
JawapannyaB
TerjemahanMenguji pemahaman calon tentang maklumat / data / fakta yang diberikan dan biasanya memerlukan calon menyatakan maksud atau memindahkan data daripada satu bentuk ke bentuk yang lain. Data / maklumat yang diberi boleh jadi dalam bentuk jadual, graf, simbol atau gambar rajah.
A C
B D
Contoh soalan
Antara berikut, yang manakah boleh dikaitkan dengan sifat cahaya di atas ?
JawapannyaC
EkstrapolasiMenguji pemahaman calon tentang kesan / akibat / implikasi daripada sesuatu tindakan. Calon biasanya diminta membuat ramalan berdasarkan maklumat yang terdapat dalam soalan.
Contoh soalanAntara berikut bola yang manakah akan bergerak lebih jauh apabila menuruni landasan ?
JawapannyaD
AplikasiMenguji keupayaan calon menggunakan pengetahuan dan pemahaman fakta untuk dihubungkaitkan dengan situasi baru khususnya berlatarbelakangkan kehidupan seharian.
Contoh soalanMengapakah kereta lumba lebih rendah berbanding kereta lain ?A Lebih lajuB Bentuk yang menarikC Tidak mudah terbalikD Menjimatkan perbelanjaan
JawapannyaC
Tip Menjawab Soalan Bahagian BBagi soalan Bahagian B, istilah-istilah yang digunakan perlu diketahui oleh para calon kerana telah dipelajari di bilik darjah. Misalnya, apakah inferens? Apakah kesimpulan? Apakah hipotesis? Apakah pemboleh ubah? Dan pelbagai lagi.
Tip Menjawab Soalan Bahagian BAdalah dicadangkan calon memperuntukkan masa sebanyak 45 minit untuk menjawab soalan Bahagian A dan 30 minit untuk menjawab soalan Bahagian B.Semak jawapan anda sebelum menghantar kepada pengawas peperiksaan.
Tip Menjawab Soalan Bahagian BSoalan berstruktur sentiasa bermula dengan sesuatu perenggan yang mempunyai maklumat tertentu. Fahamkan segala maklumat yang diberikan dalam perenggan itu sebelum menjawab.
Bentuk SoalanPada asasnya terdapat 4 bentuk utama yang digunakan dalam pertanyaan soalan Kertas Sains. Bentuk-bentuk soalan itu ialah:i. Eksperimen ii. Rajah/Gambar Rajah/Jadual/Maklumatiii. Padananiv. Kemahiran matematik
EksperimenHampir keseluruhan soalan yang dikemukakan adalah berasaskan eksperimen atau uji kaji. Untuk menjawab soalan seperti ini, calon hendaklah memerhati dengan teliti dan memahami dengan teliti perkembangan eksperimen tersebut.
Rajah/Gambar Rajah/Jadual/MaklumatSekurang-kurangnya 20 soalan dalam Bahagian A dan semua soalan Bahagian B pada peperiksaan disertakan rajah/gambar rajah/jadual/maklumat. Untuk menjawab soalan seperti ini, para calon perlu memahami maklumat yang diberi menerusi rajah/gambar rajah/jadual/maklumat tersebut.
PadananSelain daripada soalan yang berbentuk eksperimen atau rajah, ada juga soalan yang mengemukakan maklumat dalam bentuk padanan atau gandingan. Para calon dikehendaki memilih padanan yang sesuai sebagai jawapannya. Soalan bentuk ini lebih menguji kepada aplikasi konsep sains atau tokoh yang terlibat dalam bidang sains.
Kemahiran matematikTerdapat juga soalan dalam Kertas Sains ini memerlukan calon menguasai kemahiran matematik. Soalan yang dikemukakan biasanya melibatkan aspek pengiraan. Pengiraan ini meliputi pengiraan isi padu, keluasan, panjang, masa dan sebagainya.
Tip Menjawab Soalan Bahagian BKata Kunci Kemahiran Proses SainsMembuat InferensMeramalMembuat HipotesisMentafsir Maklumat/ DataMengawal Pemboleh UbahPemerhatianPola dan CorakHubunganKesimpulan
Kata Kunci Soalan
Membuat Inferens
Tip-tip untuk menjawabPerhatikan fenomena / kejadian yang berlaku (menggunakan deria)Fikirkan sebab berlakunya kejadian / fenomena (menggunakan minda )Penerangan dari pemerhatian utama atau sebab terjadi demikian
Sila jawab soalan ini.
Kata Kunci Soalan
MeramalApakah yang akan berlaku .?Ramalkan apakah yang akan berlaku ?Menjangkakan apa yang akan berlaku pada masa akan datang berdasarkan pengalaman / pengetahuan atau data-data / maklumat yang terbukti kesahihannya.
Tip-tip untuk menjawab
Kaji keputusan atau pemerhatian yang diberiTentukan sama ada soalan meminta meramal keputusan akan datang / keputusan yang sebelumnyaLihat pola yang ada ( jika ada jadual atau graf diberi )Cari susunan pola yang berurutanDaripada susunan pola tentukan jawapan anda
Sila jawab soalan ini.
Kata Kunci Soalan
Mengawal Pemboleh UbahNyatakan / cadangkan maklumat yang perlu
Tip-tip untuk menjawabSenaraikan semua pemboleh ubah yang terlibat dalam eksperimenKenal pasti jenis pemboleh ubah
Tip-tip untuk menjawabPemboleh Ubah dimanipulasikanPerkara yang diubah-ubah pada mulanya seperti saiz, bentuk, bilangan, suhu dan sebagainya.Pemboleh Ubah bergerak balasPerkara yang bertindak balas berikutnya setelah diubah-ubah pemboleh ubah manipulasi atau hasil keputusan eksperimen yang perlu dicatatPemboleh ubah dimalarkanPerkara yang perlu ditetapkan/ dikawal agar tidak mempengaruhi keputusan eksperimen nanti atau faktor-faktor lain yang boleh menpengaruhi keputusan eksperimen selain daripada pemboleh ubah yang dimanipulasikan
Sila jawab soalan ini.
Kata Kunci Soalan
Mentafsir MaklumatApakah tajuk eksperimen ?Tajuk penyiasatanTujuan eksperimenTujuan penyiasatanNyatakan pola / corak
Tip-tip untuk menjawabKaji semua maklumat yang dikumpulkan / diberiKenal pasti pola / corak maklumatFahamkan apa sebenarnya maklumat-maklumat tersebutTentukan perkaitan antara maklumat-maklumat itu
Sila jawab soalan ini.
Kata Kunci SoalanHipotesisKesimpulanRumusanHubunganApakah perkaitan.. ?Nyatakan perkaitan .
Membuat Hipotesis
Tip-tip untuk menjawabKenal pasti pemboleh ubah dimanipulasiKenal pasti pemboleh ubah bergerak balasNyatakan hubungan / perkaitan
Sila jawab soalan ini.
Kata Kunci SoalanSoalan-soalan AplikasiSoalan yang menggunakan pengetahuan dan pemahaman fakta untuk dihubungkan dengan situasi baru khususnya berlatarbelakangkan kehidupan seharian.
RumusanRumusan ada kaitan dengan membuat kesimpulan, tetapi rumusan lebih ringkas penerangannya dan masih menggunakan data yang dicatat.
Contoh soalanBerat baja (g)30405060708090Bilangan buah mangga yang dihasilkan10152224242420
SoalanNyatakan rumusan berdasarkan maklumat dalam jadual tadi.
Contoh soalanBerat baja (g)30405060708090Bilangan buah mangga yang dihasilkan10152224242420
Nyatakan rumusan berdasarkan maklumat dalam jadual diatas.
JawapannyaBilangan buah mangga yang dihasilkan paling banyak jika menggunakan baja dari 60g hingga 80g.
SILA JAWAB TEKA-TEKI INIRekaan teknologi sangat berguna,Memudahkan kerja pada masa kini,Menaik objek mudah sekali,Seperti bendera di tiang tinggi.
TAKAL
SILA JAWAB TEKA-TEKI INIBahagian sistemnya ada dua,Bulat dan lurus itulah sifatnya,Banyak didapati pada basikal dan kereta,Berputar dan bergerak bebas jika diguna
RODA DAN GANDAR
Di mana ada kemahuan, di situ ada A oneRahsia Terbesar Kejayaan Ialah Memberi Tumpuan Sepenuhnya Ketika Guru Mengajar
Untuk Berjaya Dengan CemerlangSAYA YANG PERLU TEKUN BELAJARBukan ibu bapa sayaBukan guru-guru sayaBukan kawan-kawan sayaTETAPI SAYA. YA, SAYA
SEKIAN, TERIMA KASIH ATAS PERHATIAN ANDA
TAMAT
top related