panduanmenjawabsoalansains 111209040806-phpapp02

Post on 13-Jun-2015

197 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

PANDUAN MENJAWAB SOALAN SAINS UPSR

Panduan dan Teknik menjawab soalan Sains Bahagian A dan Bahagian B

Pengenalan Pada Kertas Sains• Kertas soalan ini mula diperkenalkan pada

peperiksaan UPSR tahun 1997

• Kertas soalan peperiksaan ini terdiri daripada satu kertas sahaja. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan ini ialah satu jam lima belas minit.

• Kertas ini terbahagi dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B

Pengenalan Pada Kertas Sains

• Bahagian A terdiri daripada 30 soalan. Soalan ini dalam bentuk aneka pilihan atau objektif. Masa dicadangkan untuk menjawab soalan ini ialah 45 minit.

• Bahagian B terdiri daripada 5 soalan berstruktur dan masa yang dicadangkan untuk menjawab soalan ini ialah 30 minit.

Panduan Menjawab Soalan

• Baca soalan sekurang-kurangnya dua kali untuk memahami kehendak soalan.

• Pertanyaan soalan dalam Kertas Sains ini tidak secara terus. Sebaliknya calon dikehendaki menjawab berdasarkan maklumat yang diberi.

Panduan Menjawab Soalan

• Kaitkan maklumat-maklumat tersebut dengan fakta dalam bidang penyiasatan yang disoal.

• Tandakan jawapan Bahagian A di kertas soalan dahulu sebelum memindahkan jawapan tersebut dengan menghitamkan kertas jawapan yang diberi.

Panduan Menjawab Soalan

• Calon perlu berhati-hati menandakan jawapan pada kertas jawapan (OMR)

• Pastikan jawapan tersebut sama dengan jawapan yang anda pilih di kertas soalan

Panduan Menjawab Soalan

• INGAT !! Pastikan anda dapat skor yang baik bagi kertas Bahagian A ini.

• Bahagian A menyumbang 60% daripada markah keseluruhan kertas Sains UPSR

Jenis-Jenis Soalan• Fakta

• Urutan

• Istilah

• Kaedah

• Pengelasan

• Prinsip / Konsep

• Tafsiran

• Terjemahan

• Ekstrapolasi

• Aplikasi

Fakta

• Menguji pengetahuan calon tentang fakta seperti ciri , sifat atau fenomena.

Contoh soalan

• Ketiga-tiga pereka cipta di atas memberi sumbangan dalam bidang …

A Pengangkutan

B Komunikasi

C Angkasa lepas

D Pembinaan

•Alexander Graham Bell

•Samual FB Morse

•Guglielmo Marconi

Jawapannya

B

Urutan

• Menguji pengetahuan calon tentang proses , aliran atau tertib, pergerakan fenomena berhubung dengan masa, kesinambungan dan perkembangan.

Contoh soalan

• Susun mengikut urutan kejadian objek dalam Sistem suria bermula dari ia berada di angkasa lepas hinggalah jatuh ke Bumi.

A Meteor Meteroid Meteorit

B Meteroid Meteorit Meteor

C Meteroid Meteor Meteorit

D Meteorit Meteor Meteroid

Jawapannya

C

Istilah

• Menguji pengetahuan calon tentang definisi, maksud, makna atau simbol yang berkaitan dalam soalan.

Contoh soalan

• Apakah yang dimaksudkan dengan siratan makanan ?

A Hubungan makanan antara setiap hidupan

B Keupayaan hidupan untuk terus hidup walaupun terdapat banyak rintangan

C Gabungan dalam bentuk makanan antara setiap hidupan

D Cara makanan diagih-agihkan kepada setiap hidupan

Jawapannya

C

Kaedah

• Menguji pengetahuan calon tentang cara, pendekatan dan teknik bagi mengenal pasti jawapan yang betul.

Contoh soalan

• Sebuah kubus mempunyai sisi 4 cm. Berapakah isi padu kubus tersebut selepas dipotong separuh daripada keseluruhannya ?

A 16 cm³

B 32 cm³

C 64 cm³

D 128 cm³

Jawapannya

B

Pengelasan

• Menguji pengetahuan calon tentang jenis, kumpulan, set atau bidang yang terlibat dalam soalan berkenaan.

Contoh soalan

• Antara berikut, objek yang manakah tidak boleh dikelaskan dalam kumpulan yang sama dari segi sumber asas objek tersebut ?

A C

B D

Jawapannya

A

Prinsip / Konsep

• Menguji pengetahuan calon tentang hukum dan prinsip sains.

Contoh soalan

• Pernyataan berikut boleh menerangkan tentang pembentukkan bayang-bayang objek kecuali

A cahaya bergerak lurus

B cahaya boleh dibiaskan

C cahaya tidak boleh menembusi objek legap

D cahaya boleh diselerakkan

Jawapannya

B

Tafsiran

• Menguji pemahaman calon tentang maklumat yang diberi dengan meminta calon membuat rumusan atau kesimpulan daripada data dalam soalan. Calon juga diuji tentang sesuatu idea secara menyeluruh.

Contoh soalan

• Jadual di atas menunjukkan perubahan suhu air yang telah direkodkan dalam satu penyiasatan. Antara berikut, penyataan yang manakah boleh mewakili maklumat dalam jadual di atas ?

I Tenaga haba telah dibebaskan

II Perubahan keadaan bahan mulai berlaku pada minit ke – 25

III Proses penyejatan telah berlaku

A III sahaja C I dan III sahaja

B I dan II sahaja D I, II dan III

Masa/minit 5 10 15 20 25 30

Suhu/ °c 50 33 20 8 0 0

Jawapannya

B

Terjemahan• Menguji pemahaman calon tentang

maklumat / data / fakta yang diberikan dan biasanya memerlukan calon menyatakan maksud atau memindahkan data daripada satu bentuk ke bentuk yang lain. Data / maklumat yang diberi boleh jadi dalam bentuk jadual, graf, simbol atau gambar rajah.

A C

B D

Contoh soalan

•Antara berikut, yang manakah boleh dikaitkan dengan sifat cahaya di atas ?

Jawapannya

C

Ekstrapolasi

• Menguji pemahaman calon tentang kesan / akibat / implikasi daripada sesuatu tindakan. Calon biasanya diminta membuat ramalan berdasarkan maklumat yang terdapat dalam soalan.

Contoh soalan• Antara berikut bola yang manakah akan bergerak

lebih jauh apabila menuruni landasan ?

Jawapannya

D

Aplikasi

• Menguji keupayaan calon menggunakan pengetahuan dan pemahaman fakta untuk dihubungkaitkan dengan situasi baru khususnya berlatarbelakangkan kehidupan seharian.

Contoh soalan

• Mengapakah kereta lumba lebih rendah berbanding kereta lain ?

A Lebih laju

B Bentuk yang menarik

C Tidak mudah terbalik

D Menjimatkan perbelanjaan

Jawapannya

C

Tip Menjawab Soalan Bahagian B

• Bagi soalan Bahagian B, istilah-istilah yang digunakan perlu diketahui oleh para calon kerana telah dipelajari di bilik darjah. Misalnya, apakah inferens? Apakah kesimpulan? Apakah hipotesis? Apakah pemboleh ubah? Dan pelbagai lagi.

Tip Menjawab Soalan Bahagian B

• Adalah dicadangkan calon memperuntukkan masa sebanyak 45 minit untuk menjawab soalan Bahagian A dan 30 minit untuk menjawab soalan Bahagian B.

• Semak jawapan anda sebelum menghantar kepada pengawas peperiksaan.

Tip Menjawab Soalan Bahagian B

• Soalan berstruktur sentiasa bermula dengan sesuatu perenggan yang mempunyai maklumat tertentu.

• Fahamkan segala maklumat yang diberikan dalam perenggan itu sebelum menjawab.

Bentuk Soalan• Pada asasnya terdapat 4 bentuk utama yang

digunakan dalam pertanyaan soalan Kertas Sains.

• Bentuk-bentuk soalan itu ialah:

i. Eksperimen

ii. Rajah/Gambar Rajah/Jadual/Maklumat

iii. Padanan

iv. Kemahiran matematik

Eksperimen

• Hampir keseluruhan soalan yang dikemukakan adalah berasaskan eksperimen atau uji kaji. Untuk menjawab soalan seperti ini, calon hendaklah memerhati dengan teliti dan memahami dengan teliti perkembangan eksperimen tersebut.

Rajah/Gambar Rajah/Jadual/Maklumat

• Sekurang-kurangnya 20 soalan dalam Bahagian A dan semua soalan Bahagian B pada peperiksaan disertakan rajah/gambar rajah/jadual/maklumat. Untuk menjawab soalan seperti ini, para calon perlu memahami maklumat yang diberi menerusi rajah/gambar rajah/jadual/maklumat tersebut.

Padanan

• Selain daripada soalan yang berbentuk eksperimen atau rajah, ada juga soalan yang mengemukakan maklumat dalam bentuk padanan atau gandingan. Para calon dikehendaki memilih padanan yang sesuai sebagai jawapannya. Soalan bentuk ini lebih menguji kepada aplikasi konsep sains atau tokoh yang terlibat dalam bidang sains.

Kemahiran matematik

• Terdapat juga soalan dalam Kertas Sains ini memerlukan calon menguasai kemahiran matematik. Soalan yang dikemukakan biasanya melibatkan aspek pengiraan. Pengiraan ini meliputi pengiraan isi padu, keluasan, panjang, masa dan sebagainya.

Tip Menjawab Soalan Bahagian BKata Kunci Kemahiran Proses Sains

• Membuat Inferens

• Meramal

• Membuat Hipotesis

• Mentafsir Maklumat/ Data

• Mengawal Pemboleh Ubah

• Pemerhatian

• Pola dan Corak

• Hubungan

• Kesimpulan

Kata Kunci Soalan

Membuat Inferens

Tip-tip untuk menjawab

• Perhatikan fenomena / kejadian yang berlaku (menggunakan deria)

• Fikirkan sebab berlakunya kejadian / fenomena (menggunakan minda )

• Penerangan dari pemerhatian utama atau sebab terjadi demikian

Sila jawab soalan ini.

Kata Kunci Soalan

Meramal

Apakah yang akan berlaku …….?

Ramalkan apakah yang akan berlaku ?

Menjangkakan apa yang akan berlaku pada masa akan datang berdasarkan pengalaman / pengetahuan atau data-data / maklumat yang terbukti kesahihannya.

Tip-tip untuk menjawab

•Kaji keputusan atau pemerhatian yang diberi

•Tentukan sama ada soalan meminta meramal keputusan akan datang / keputusan yang sebelumnya

•Lihat pola yang ada ( jika ada jadual atau graf diberi )

•Cari susunan pola yang berurutan

•Daripada susunan pola tentukan jawapan anda

Sila jawab soalan ini.

Kata Kunci Soalan

Mengawal Pemboleh Ubah

Nyatakan / cadangkan maklumat yang perlu

Tip-tip untuk menjawab

• Senaraikan semua pemboleh ubah yang terlibat dalam eksperimen

• Kenal pasti jenis pemboleh ubah

Tip-tip untuk menjawab• Pemboleh Ubah dimanipulasikan

Perkara yang diubah-ubah pada mulanya seperti saiz, bentuk, bilangan, suhu dan sebagainya.

• Pemboleh Ubah bergerak balas

Perkara yang bertindak balas berikutnya setelah diubah-ubah pemboleh ubah manipulasi atau hasil keputusan eksperimen yang perlu dicatat

• Pemboleh ubah dimalarkan

Perkara yang perlu ditetapkan/ dikawal agar tidak mempengaruhi keputusan eksperimen nanti atau faktor-faktor lain yang boleh menpengaruhi keputusan eksperimen selain daripada pemboleh ubah yang dimanipulasikan

Sila jawab soalan ini.

Kata Kunci Soalan

Mentafsir Maklumat

•Apakah tajuk eksperimen ?

•Tajuk penyiasatan

•Tujuan eksperimen

•Tujuan penyiasatan

•Nyatakan pola / corak

Tip-tip untuk menjawab

• Kaji semua maklumat yang dikumpulkan / diberi

• Kenal pasti pola / corak maklumat

• Fahamkan apa sebenarnya maklumat-maklumat tersebut

• Tentukan perkaitan antara maklumat-maklumat itu

Sila jawab soalan ini.

Kata Kunci Soalan

• Hipotesis

• Kesimpulan

• Rumusan

• Hubungan

• Apakah perkaitan….. ?

• Nyatakan perkaitan ….

Membuat Hipotesis

Tip-tip untuk menjawab

• Kenal pasti pemboleh ubah dimanipulasi

• Kenal pasti pemboleh ubah bergerak balas

• Nyatakan hubungan / perkaitan

Sila jawab soalan ini.

Kata Kunci Soalan

Soalan-soalan Aplikasi

• Soalan yang menggunakan pengetahuan dan pemahaman fakta untuk dihubungkan dengan situasi baru khususnya berlatarbelakangkan kehidupan seharian.

Rumusan

• Rumusan ada kaitan dengan membuat kesimpulan, tetapi rumusan lebih ringkas penerangannya dan masih menggunakan data yang dicatat.

Contoh soalan

Berat baja (g)

30 40 50 60 70 80 90

Bilangan buah mangga yang dihasilkan

10 15 22 24 24 24 20

Soalan

• Nyatakan rumusan berdasarkan maklumat dalam jadual tadi.

Contoh soalan

Berat baja (g)

30 40 50 60 70 80 90

Bilangan buah mangga yang dihasilkan

10 15 22 24 24 24 20

Nyatakan rumusan berdasarkan maklumat dalam jadual diatas.

Jawapannya

• Bilangan buah mangga yang dihasilkan paling banyak jika menggunakan baja dari 60g hingga 80g.

SILA JAWAB TEKA-TEKI INI

• Rekaan teknologi sangat berguna,

• Memudahkan kerja pada masa kini,

• Menaik objek mudah sekali,

• Seperti bendera di tiang tinggi.

TAKAL

SILA JAWAB TEKA-TEKI INI• Bahagian sistemnya ada dua,

• Bulat dan lurus itulah sifatnya,

• Banyak didapati pada basikal dan kereta,

• Berputar dan bergerak bebas jika diguna

RODA DAN GANDAR

Di mana ada kemahuan, di situ ada “A” one

Rahsia Terbesar Kejayaan

Ialah Memberi

Tumpuan Sepenuhnya Ketika Guru Mengajar

Untuk Berjaya Dengan Cemerlang

SAYA YANG PERLU TEKUN BELAJAR

Bukan ibu bapa saya

Bukan guru-guru saya

Bukan kawan-kawan saya

TETAPI SAYA. YA, SAYA

SEKIAN, TERIMA KASIH

ATAS PERHATIAN

ANDA

TAMAT

top related